PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan...

27
1 JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA BANCI EKONOMI 2011 (BAGI TAHUN RUJUKAN 2010) PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK A. UMUM 1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan memberikan kerjasama. 2 Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim 2010. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6) bulan dari tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan anggaran yang munasabah. 3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilik pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini boleh bertindak bagi pihak pemilik. 4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir. 5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan perbezaan tersebut pada ruangan catatan di muka surat 16 soal selidik ini. Penjelasan ini akan membantu meminimakan pertanyaan. B. SKOP DAN LIPUTAN 1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam perkhidmatan penginapan di seluruh Malaysia. 2. Perkhidmatan penginapan ditakrifkan sebagai penyediaan tempat penginapan berbayar jangka pendek sama ada dibuka kepada orang awam atau terhad kepada ahli sebuah pertubuhan tertentu. Termasuk juga penyediaan tempat penginapan lain. Untuk banci ini, ianya termasuk hotel (termasuk resort), hotel bajet / motel, pangsapuri khidmat, chalet, rumah rehat / rumah tetamu / hostel / bed & breakfast, tapak perkhemahan dan institusi penginapan yang lain. Tidak termasuk penyewaan tempat tinggal berperabot jangka panjang. PENGINAPAN

Transcript of PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan...

Page 1: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

1

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

BANCI EKONOMI 2011

(BAGI TAHUN RUJUKAN 2010)

PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK

A. UMUM

1. Banci ini dijalankan di bawah peruntukan Akta Perangkaan,1965 (Disemak-1989). Akta ini

menjamin bahawa kandungan soal selidik pertubuhan yang diterima adalah SULIT dan tidak

boleh dihebahkan kepada sesiapa atau mana-mana institusi di luar Jabatan ini. Soal selidik

tuan akan hanya digunakan bersama-sama dengan soal selidik lain bagi memperoleh

perangkaan menyeluruh. Akta ini juga memperuntukkan denda yang berat ke atas keengganan

memberikan kerjasama.

2 Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik ini hendaklah meliputi tahun takwim

2010. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan tahun

takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam (6) bulan dari

tahun takwim boleh diterima. Sekiranya akaun tuan belum dimuktamadkan, sila berikan

anggaran yang munasabah.

3. Tanggungjawab mengemukakan maklumat untuk soal selidik ini adalah terletak kepada pemilik

pertubuhan ini dan bukan wakil, setiausaha atau akauntannya, meskipun mereka ini boleh

bertindak bagi pihak pemilik.

4. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir.

5. Semasa melengkapkan soal selidik ini, sekiranya terdapat mana-mana perkara yang

mempunyai perbezaan yang ketara berbanding dengan tahun sebelumnya, sila jelaskan

perbezaan tersebut pada ruangan catatan di muka surat 16 soal selidik ini. Penjelasan ini

akan membantu meminimakan pertanyaan.

B. SKOP DAN LIPUTAN

1. Banci ini meliputi semua pertubuhan yang terlibat dalam perkhidmatan penginapan di seluruh

Malaysia.

2. Perkhidmatan penginapan ditakrifkan sebagai penyediaan tempat penginapan berbayar jangka

pendek sama ada dibuka kepada orang awam atau terhad kepada ahli sebuah pertubuhan

tertentu. Termasuk juga penyediaan tempat penginapan lain. Untuk banci ini, ianya termasuk

hotel (termasuk resort), hotel bajet / motel, pangsapuri khidmat, chalet, rumah rehat / rumah

tetamu / hostel / bed & breakfast, tapak perkhemahan dan institusi penginapan yang lain.

Tidak termasuk penyewaan tempat tinggal berperabot jangka panjang.

PENGINAPAN

Page 2: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

2

3. Tuan dikehendaki melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan ini yang

meliputi mana-mana aktiviti yang dinyatakan di atas.

4. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah BEBAS, sila laporkan semua maklumat dalam soal

selidik ini KECUALI Soalan 14 di muka surat 17.

5. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah ibu pejabat, sila laporkan semua maklumat dalam

soal selidik ini. Jika jenis organisasi pertubuhan ini adalah cawangan yang tidak mempunyai

akaun yang berasingan dengan ibu pejabat, sila pastikan alamat ibu pejabat dilaporkan di

Soalan 14.2 dan 14.3 di muka surat 17.

C. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK

Soalan 1: Maklumat Pengenalan

Perkara 1.1 Sila berikan nombor pendaftaran syarikat / perniagaan jika berdaftar dengan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lain-lain nombor pendaftaran.

Perkara 1.2 Sila nyatakan jenis organisasi pertubuhan tuan dan sila tanda (X) dalam satu kotak

sahaja.

Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti

sekarang.

Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh operasi perlu meliputi

sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam tahun rujukan.

Contoh:

(a ) 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010

(b) 1 Julai 2010 hingga 30 Jun 2011

Perkara 1.5 Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

Pelaburan merujuk kepada pemegangan aset kewangan di luar negara oleh

residen (individu, pertubuhan atau organisasi lain). Aset kewangan terdiri daripada

pelaburan dalam anak syarikat atau syarikat bersekutu, sekuriti ekuiti, sekuriti

hutang, bon, unit amanah, kredit perdagangan, pemberian pinjaman, deposit,

pemberian pendahuluan dan aset lain.

Perkara 1.6 Sila tandakan aktiviti yang menghasilkan pendapatan utama daripada perniagaan

yang dijalankan.

/ / / /

Tahun Bulan Hari

hingga 3 1 1 2 2 0 11

0

Tahun Bulan Hari

Dari 0 1 0 1 2 0 10

000000085

/ / / /

Tahun Bulan Hari Tahun Bulan Hari

Dari 0 1 0 7 2 0 1 05

hingga 3 0 0 6 2 0 1 1

Page 3: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

3

(a) Hotel (termasuk resort)

Hotel merupakan pertubuhan yang menyediakan penginapan jangka pendek

terutamanya kepada pelancong. Hotel juga menyediakan kemudahan

sampingan seperti restoran, kolam renang dll. Sesetengah hotel mempunyai

kemudahan konferensi dan menggalakkan kumpulan kerja untuk mengadakan

konvensyen dan bermesyuarat di lokasi mereka. Pengkelasan hotel (termasuk

resort) adalah berdasarkan penarafan 3 bintang dan keatas mengikut sistem

rating yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

(b) Hotel bajet

Hotel bajet merujuk kepada penginapan yang mempunyai kemudahan yang

terhad berbanding hotel. Kebiasaannya hotel bajet tidak mempunyai bankuet,

dewan persidangan, kolam renang, gymnasium, sauna, kemudahan permainan

(outdoor dan indoor) dan sebagainya. Pengkelasan hotel bajet / motel adalah

berdasarkan penarafan 2 bintang ke bawah atau mengikut pengkelasan Orkid

yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.

(c) Pangsapuri khidmat

Merupakan pangsapuri atau rumah eksklusif yang dilengkapi dengan perabot.

Kebiasaannya pangsapuri mempunyai lebih ruang, keselesaan dan privasi

berbanding hotel.

(d) Chalet

Chalet merujuk kepada rumah yang menyediakan kemudahan seperti ruang

menunggu, set dapur yang serba ringkas dll. Sesetengah chalet menyediakan

kemudahan permainan seperti karom, go-kart, menjelajah hutan dengan

berjalan kaki atau menunggang basikal dan lain-lain.

(e) Rumah rehat / rumah tetamu / hostel / bed & breakfast

Rumah rehat / rumah tetamu merujuk kepada rumah persendirian yang telah

diubah secara eksklusif untuk tetamu menginap.

Hostel menyediakan penginapan jangka pendek kepada pelajar atau

pengembara. Kemudahan yang disediakan adalah katil, bilik air dan ruang

menunggu secara berkongsi dan jarang mempunyai bilik persendirian. Bayaran

sewa hostel biasanya lebih murah berbanding hotel.

Bed & breakfast merupakan pertubuhan yang dijalankan oleh pemilik rumah

atau kenalan ahli keluarga yang menetap di rumah tersebut. Tetamu akan

menginap di bilik tidur (private) pada waktu malamnya dan akan disediakan

sarapan disebelah paginya

(f) Tapak perkhemahan, taman kenderaan rekreasi dan taman treler

Penyediaan penginapan di tapak perkhemahan, taman treler, kem rekreasi,

kem memancing dan memburu untuk pelawat yang menginap untuk tempoh

masa yang singkat serta penyediaan tapak dan kemudahan untuk kenderaan

rekreasi.

(g) Jenis penginapan yang lain

Selain daripada perkara yang dinyatakan diatas.

Page 4: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

4

Perkara 1.7 Sila laporkan alamat tempat perniagaan tuan jika berlainan dengan alamat yang

diberikan di muka depan. Alamat tempat perniagaan merujuk kepada alamat lokasi

fizikal di mana tempat perniagaan sebenar terletak. Jika lokasi tempat perniagaan

sebenar terletak di luar kawasan bandar, sila berikan lokasinya dengan lengkap

seperti kampung atau bandar yang berhampiran sekali dengannya.

Perkara 1.8 Sila pastikan data yang dilapor dalam Soal Selidik ini hanya berkaitan dengan

pertubuhan ini di mana lokasinya adalah sama seperti alamat yang diberikan di

dalam Soalan 1.6.

Sila tanda (X) dalam satu kotak sahaja.

Soalan 2: Taraf Sah

Perkara 2.1 Tanda (X) dalam satu kotak sahaja

(a) Hak Milik Perseorangan

Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan

ianya dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pemilik

mempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya.

(b) Perkongsian

Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk

mengkontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mendapat

keuntungan. Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau salah seorang

daripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak. Perkongsian

perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli sekurang-kurangnya dua orang

dan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang.

(c) Syarikat Sendirian Berhad

Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk menjalankan

perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan. Saham dipegang

secara tertutup oleh pemegang–pemegang saham yang mempunyai kawalan

terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan tanggungan berhad.

Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel

Persatuan sendiri, yang antara lain:

i. menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya;

ii. menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga lima

puluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yang

masih menjadi ahli);

iii. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-apa

saham atau debentur syarikat itu; dan

iv. melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpan

wang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untuk

dibayar bila dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak.

Page 5: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

5

(d) Syarikat Awam Berhad

Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang

ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua orang

untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan.

Saham syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka dan bagi sesebuah

syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh bertukar milik

secara bebas. Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah entiti yang sah dan

ditubuhkan mengikut Memorandum dan Artikel Persatuan.

(e) Syarikat Koperasi

Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidak

terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang yang

ada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya.

(f) Perbadanan Awam

Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta

Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri.

(g) Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari Keuntungan

Ia merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan tanggungan

berhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan kebajikan,

keagamaan, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi dan pertubuhan lain

yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti kepada isi rumah. Ia

memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma atau pada harga yang

tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan. Sebarang keuntungan yang

diperolehi dilabur semula ke dalam pertubuhan berkenaan.

(h) Lain-lain

Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-mana

kategori yang tersebut di atas, misalnya syarikat sendirian bukan berhad.

Perkara 2.2 Tandakan (X) dalam kotak yang sesuai bagi yang menjawab (a), (b) atau (c)

sahaja.

Pertubuhan milikan wanita: Ia merujuk kepada pertubuhan sekurang-kurangnya

51 peratus pemilikan ekuiti dipegang oleh wanita ATAU pemegang saham terbesar

adalah wanita dan pertubuhan diuruskan oleh wanita ATAU Pengarah Urusan atau

Ketua Pengarah Eksekutif adalah wanita yang memiliki sekurang-kurangnya 10

peratus ekuiti.

Soalan 3: Dana Pemegang Saham Dan Struktur Hak Milik

Perkara 3.1 Dana pemegang saham:

Perkara 3.1.1 Modal berbayar

Masukkan nilai modal berbayar di dalam kotak yang disediakan.

(a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk

kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik perseorangan atau rakan

kongsi.

Page 6: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

6

(b) Bagi syarikat sendirian berhad atau syarikat awam berhad, ia merujuk

kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat.

(c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang dibayar oleh

kerajaan Malaysia.

(d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan dibayar oleh

anggota-anggota, dan / atau modal yuran.

Perkara 3.1.2 Rizab

Masukkan nilai rizab dalam kotak yang disediakan.

(a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang

terkumpul, rizab modal, akaun premium saham, rizab am, rizab tukaran

mata wang asing dan rizab lain.

(b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan atau perkongsian, ia merujuk

kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian.

(c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan atau kerugian yang

terkumpul dan dana rizab.

Perkara 3.2 Struktur hak milik

Sila berikan peratus (%) hak milik pertubuhan berdasarkan modal berbayar seperti

pada 31 Disember 2010.

Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf residen pemilik modal

berbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf

kewarganegaraan mereka.

Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen Malaysia

Residen Malaysia adalah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang

lazimnya berada di Malaysia untuk jangka masa sekurang-kurangnya satu

tahun. Residen Malaysia meliputi:

Cawangan dan anak syarikat asing yang didaftarkan di Malaysia.

dan

Warganegara asing yang menetap atau bekerja di Malaysia lebih daripada

setahun.

Perkara 3.2.1.1 Individu

Jelas maksudnya.

Perkara 3.2.1.2 Institusi / syarikat

(a) Bumiputera

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh

Bumiputera, contohnya:

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Koperasi Polis

Jabatan Koperasi

ASM Mara

Page 7: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

7

Amanah Saham PNB

(b) Bukan Bumiputera

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Bukan

Bumiputera.

Perkara 3.2.2 Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan

Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh Kerajaan

Persekutuan, Negeri atau Tempatan, contohnya:

Khazanah Nasional Berhad

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)

Kementerian Kewangan Malaysia

Keretapi Tanah Melayu

Bank Pertanian Malaysia

Lembaga Air Perak

Yayasan Kemiskinan Kelantan

Lembaga Pelabuhan Johor

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Universiti Malaya (UM)

Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Kementerian Kewangan Negeri Sabah

Penerbangan Malaysia Berhad

Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

Menteri Besar Incorporation

Selangor State Incorporation

Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB)

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sembilan

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu

Page 8: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

8

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak

Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh bukan Residen Malaysia

Bukan Residen Malaysia ialah individu, pertubuhan atau organisasi lain yang

lazimnya tinggal atau terletak di luar negara selain Malaysia. Bukan residen

Malaysia terdiri daripada:

Cawangan dan anak syarikat di luar negara kepada syarikat induk di

Malaysia dan

Rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara melebihi

setahun.

Perkara 3.3 Jika modal berbayar pertubuhan tuan dipegang 51 peratus dan ke atas oleh

syarikat/individu di luar nagara, secara langsung atau tidak langsung, sila

nyatakan negara syarikat induk muktamad.

Syarikat induk muktamad merujuk kepada entiti teratas dalam rentaian pemilikan

syarikat yang memiliki, secara langsung atau tidak langsung, kepentingan milikan

ekuiti dalam pertubuhan ini sebanyak 51 peratus atau lebih. Saham syarikat induk

muktamad adalah tidak dimiliki secara majoriti oleh syarikat lain.

Negara merujuk kepada lokasi di mana syarikat induk muktamad menjalankan

aktiviti ekonomi/perniagaan.

Contoh pemegangan secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat induk

muktamad dalam anak syarikat di Malaysia:

Contoh 1: Pemegangan secara langsung oleh syarikat induk di luar negara

Jepun

-------------------------------------------------------

Parent Company (X)

80%

Responden Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: Jepun

Malaysia

Page 9: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

9

Contoh 2: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad

di luar Negara melalui pemegangan syarikat induk immediate

di Malaysia

USA

--------------------------------------------------------

Malaysia

Contoh 3: Pemegangan secara tidak langsung oleh syarikat induk muktamad di

luar negara melalui pemegangan syarikat induk immediate di negara

asing lain.

--------------------------------------------------------

--------------------------------------------------------

Soalan 4: Perbelanjaan Modal Dan Nilai Harta

i. Maklumat yang dikehendaki dalam soalan ini adalah:

Ultimate Parent Company (X)

80%

Indirectly owned 80%

Immediate Parent Company (B)

100%

%

Respondent Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: USA

Ultimate Parent Company (X)

80%

Immediate Parent Company (B) Indirectly owned 80%

100%

Respondent Company (R)

Negara syarikat induk muktamad: USA

USA

Bermuda

Malaysia

Page 10: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

10

a. nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun rujukan;

dan

b. nilai urus niaga harta pada tahun rujukan.

ii. Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dan

sebagainya) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada

setahun dan ianya adalah bertujuan untuk digunakan oleh pertubuhan ini.

iii. Harta lain meliputi paten, muhibah, lukisan, barang kemas, kerja dalam pelaksanaan dan

sebagainya

iv. Nilai buku bersih pada awal tahun perlu direkodkan dalam ruangan (01), iaitu nilai setelah

mengambil kira susut nilai pada masa itu.

v. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan itu sama

ada diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri.

Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan

lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah

dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraan semasa adalah dikecualikan.

vi. Pemilikan daripada pertubuhan lain hendaklah dinilaikan pada kos penuh yang terlibat,

iaitu pada harga serahan dicampur dengan kos pemasangan, termasuk sebarang bayaran

dan cukai yang perlu, tetapi tidak termasuk kos pembiayaan iaitu kos-kos berhubung

dengan mengadakan kumpulan wang bagi membiayai pembelian harta seperti komisen

kepada bank atau underwriter dan bayaran yang dikenakan bagi mengapungkan sebarang

pinjaman yang diperlukan.

vii. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang

sama, hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.

viii. Pembelian baru termasuk import (baru & terpakai):

Meliputi perolehan harta baru termasuk harta terpakai yang diimport kerana ia merupakan

harta baru diperoleh untuk ekonomi Malaysia. Ini merujuk harta tetap yang belum pernah

digunakan di Malaysia, termasuk harta tetap yang diimport sama ada baru atau terpakai

(ruangan 02).

ix. Pembelian aset terpakai Malaysia: merujuk kepada semua harta yang dahulunya

digunakan dalam Malaysia termasuk semua harta yang telah dibaikpulih atau diubahsuai

sebelum pemilikan hendaklah dianggap sebagai terpakai (ruangan 03).

x. Membuat / membina sendiri: ke atas harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini

untuk kegunaan sendiri, kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah

direkodkan. Sebarang kos overhead yang diperuntukkan bagi kerja ini hendaklah

dimasukkan (ruangan 04).

Urus niaga modal pada amnya hendaklah direkodkan apabila pemilikan diperoleh.

Kebiasaannya ia hendaklah direkodkan serentak pada masa harta tersebut disiapkan

sepenuhnya dan diserahkan untuk penyeliaan pertubuhan itu. Ini adalah merupakan asas

merekod perbelanjaan bagi semua harta tetap kecuali bagi kerja-kerja binaan. Dalam kes

pembinaan, nilai kerja pembinaan ialah nilai kerja yang dijalankan ke atas projek yang

disempurnakan pada tahun rujukan, dicampur dengan nilai kerja yang masih dijalankan

pada akhir tahun rujukan dan ditolak nilai kerja pada awal tahun rujukan.

Page 11: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

11

xi. Nilai harta yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun rujukan tanpa

mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil sebenar yang diperoleh di

ruangan 05.

xii. Keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta merujuk kepada

sesuatu harta dijual melebihi / kurang daripada nilai buku bersih, maka keuntungan /

kerugian daripada jualan harta diperoleh hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06.

Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan

harga pasaran semasa dan keuntungan / kerugian daripada penilaian semula harta

diperoleh juga hendaklah dilaporkan dalam ruangan 06. Jika berlaku kerugian, angka

hendaklah ditulis dalam kurungan atau bermula dengan simbol (-).

xiii. Susut nilai merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta disebabkan oleh

haus, lusuh, luput atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran (susut nilai yang dibenarkan

untuk maksud cukai boleh diterima). Nilai yang dilaporkan dalam penyata akaun bagi tiap-

tiap kelas harta tetap hendaklah dilaporkan dalam ruangan 07 secara berasingan. Ini

termasuk juga pelunasan (pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai ini hendaklah

sama dengan perkara 9.32 Soalan 9.

xiv. Nilai buku bersih akhir tahun rujukan (ruangan 08) =

+ nilai buku bersih awal tahun

+ nilai harta yang diperoleh

- harta yang dijual atau dilupus

± keuntungan / kerugian daripada jualan / penilaian semula harta

- susut nilai semasa

xv. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar

pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09.

Jenis harta adalah ditakrifkan seperti berikut:-

Perkara 4.1 Harta Tetap

Perkara 4.1.1 Tanah

Termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira pembangunan dan

struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna.

Perkara 4.1.2 Bangunan dan binaan lain:

a. Tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan dalam pembinaan

bangunan, yang mana pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya

terdiri daripada tempat kediaman.

b. Bukan tempat kediaman adalah nilai kerja yang dilakukan bagi

pembinaan bangunan dan struktur yang mana pada keseluruhannya atau

sebahagian besarnya untuk kegunaan perindustrian, awam dan komersil

misalnya hotel, setor, pejabat dan lain-lain.

c. Pembinaan lain kecuali pembangunan tanah merujuk kepada

kerja-kerja pembinaan lain yang dilakukan termasuk yang dinyatakan bagi

tempat kediaman atau bukan tempat kediaman seperti ubahsuai

bangunan, medan letak kereta, parit, jalan dan lain-lain.

Page 12: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

12

Perkara 4.1.3 Alat pengangkutan merujuk kepada alat pengangkutan yang digunakan untuk

pemindahan barangan dan / atau orang. Sila laporkan seperti yang

disenaraikan.

Perkara 4.1.4 Komputer

(a) Perkakasan komputer

Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan,

penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem komputer.

(b) Perisian komputer

Merujuk kepada perisian untuk pengoperasian sistem komputer sama ada

dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli.

Perkara 4.1.5 Jentera dan kelengkapan

Termasuklah jentera penjanaan kuasa, mesin dan kelengkapan pejabat,

jentera pertukangan logam, jentera pembinaan dan jentera industri lain, kren,

forklift dan sebagainya, kontena tahan lama, peralatan dan perkakas yang

digunakan oleh profesional dan jentera serta alat lain termasuk

pengubahsuaian besar dan pembaikan terhadap jentera dan peralatan jenis

ini.

Perkara 4.1.6 Perabot dan pemasangan

Meliputi semua perkakasan yang diperlukan bagi menghias dan melengkapkan

sesebuah bangunan contohnya kerusi, meja, kain langsir, permaidani dan

sebagainya.

Perkara 4.2. Harta lain merupakan harta tak ketara.

Perkara 4.2.1 Paten:

Hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan-ciptaan mekanikal

yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten direkodkan pada kos.

Perkara 4.2.2 Muhibah:

Wujud daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan pelanggan yang

diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan harga melebihi nilai

bersih harta, maka lebihan ini dianggap sebagai muhibah.

Perkara 4.2.3 Kerja dalam pelaksanaan:

Ia merujuk kepada harta yang separuh siap dan masih belum dimodalkan

Perkara 4.3 Lain-lain:

Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain / perbelanjaan modal, sekiranya ada,

yang mungkin tidak dapat kelaskan di atas seperti barangan antik dan lukisan.

Semua harta kewangan seperti wang tunai, penghutang dan stok (saham)

dikecualikan.

Perkara 4.4 Jumlah

Sila Jumlahkan perkara 4.1, 4.2 dan 4.3.

Page 13: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

13

Soalan 5 : Pekerjaan dan Gaji & Upah

A. Takrif am

Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5A (PEKERJA LELAKI) dan 5B

(PEKERJA PEREMPUAN). Sila lengkapkan butir-butir pekerja tuan seperti takrif berikut:

i Jumlah pekerja (ruangan 01 hingga 13)

Sila laporkan semua orang yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja,

kewarganegaraan dan kumpulan etnik daripada kolum 01 hingga 13 pada bulan Disember

atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun rujukan. Bilangan yang

dilaporkan hendaklah termasuk pekerja yang sedang bercuti jangka pendek seperti cuti

sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja yang mogok. Pengarah syarikat

korporat yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana kehadiran mereka dalam

mesyuarat Lembaga Pengarah, pekerja yang diberi cuti yang tempohnya tidak ditentukan,

bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencen hendaklah dikecualikan.

Sila pastikan bahawa semua jumlah mendatar dan menegak adalah betul.

ii Gaji & upah tahunan (ruangan 18)

Sila laporkan semua pembayaran (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih

masa dan elaun tunai termasuk belanja sara hidup, perumahan, kereta, makanan dsb.)

yang dibuat sepanjang tahun rujukan meliputi semua pekerja bergaji dalam setiap kategori.

Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan jumlah bayaran yang

dibuat, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja kepada Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja atau pertubuhan keselamatan sosial atau kumpulan wang simpanan lain

atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikan kepada kumpulan wang seperti yang

dinyatakan di atas hendaklah dikecualikan.

iii Pekerja sepenuh masa

Pekerja sepenuh masa merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk sekurang-

kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan.

iv Pekerja sambilan

Pekerja sambilan merujuk kepada mereka yang biasanya bekerja untuk kurang daripada

6 jam sehari dan / atau kurang daripada 20 hari sebulan.

B. Takrif kategori pekerja

Perkara 5.1 Pemilik yang bekerja dan rakan niaga yang aktif

Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh

masa) yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan ini. Rakan niaga dan ahli

keluarga pemilik yang tidak aktif adalah dikecualikan, melainkan mereka yang

mengambil bahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan ini. Kategori ini

tidak berkaitan dengan syarikat berhad atau perbadanan awam, yang mana hak

miliknya adalah ditentukan mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.2 Pekerja keluarga tidak bergaji

Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi mana-mana pemilik

pertubuhan yang mana pada tempoh tertentu bekerja sekurang-kurangnya satu

pertiga daripada waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada

dengan wang tunai atau mata benda, untuk kerja yang dilakukan. Pekerja ini

sememangnya mendapat makanan, tempat tinggal dan bantuan lain sebagai

Page 14: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

14

sebahagian daripada isi rumah pemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak di

pertubuhan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja keluarga

dan mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang persaraan lain,

mereka hendaklah dianggap sebagai pekerja bergaji, iaitu hendaklah

dilaporkan di dalam Soalan 5A dan 5B, perkara 5.3 dan 5.4 selaras dengan

takrif pekerja sepenuh masa atau sambilan di atas.

Kategori pekerja keluarga tidak bergaji ini tidak berkaitan dengan syarikat berhad

atau perbadanan awam yang mana hak milik adalah mengikut pegangan ekuiti.

Perkara 5.3 Pekerja bergaji(sepenuh masa)

Termasuk semua pekerja yang bekerja sepenuh masa untuk pertubuhan ini dalam

tahun rujukan dan menerima gaji, (lihat juga catatan dalam perkara 5.2 di atas).

Mereka yang bekerja di luar, yang mana gaji dan perkhidmatannya di bawah

kawalan pertubuhan itu, seperti wakil jualan, wakil kejuruteraan dan kakitangan

penyelenggaraan dan pembaikan hendaklah dimasukkan, jika ada. Termasuk juga

dalam kumpulan ini ialah pengurus dan pengarah pertubuhan korporat yang bergaji

kecuali jika mereka hanya menerima pembayaran semata-mata kerana hadir dalam

mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua pekerja di atas hendaklah dilaporkan

mengikut kategori pekerja seperti takrifan di bawah:

Perkara 5.3.1 Pengurusan, profesional dan eksekutif

Pengurus ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusan dan

mengambil bahagian dalam penentuan dasar organisasi, merancang,

menyusun dan mengarah dalam pentafsiran dan pelaksanaan dasar. Tugas

mereka melibatkan tanggungjawab penyusunan keseluruhan organisasi atau

untuk satu atau lebih jabatan di dalam sesebuah organisasi.

Profesional ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan penyelidikan dan

menggunakan secara profesional pengetahuan dan kaedah saintifik terhadap

pelbagai masalah teknologi, ekonomi, sosial, perindustrian dan kerajaan.

Istilah di atas pada umumnya digunakan kepada mereka yang mempunyai

kelayakan profesional untuk menjalankan tugas-tugas mereka (contohnya

misalnya ketua chef, peguam, akauntan dan jurutera dsb.).

Eksekutif ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai hak dan

tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu

organisasi.

Perkara 5.3.2 Teknikal dan penyeliaan

Pekerja teknikal adalah mereka yang di bawah kumpulan “teknik” antara lain

menjalankan kerja teknik, penyelidikan dan kawalan kualiti. Mereka biasanya

bekerja di bawah arahan dan penyeliaan kakitangan yang mempunyai

kelayakan profesional. Contoh pekerja di bawah kategori ini ialah penyelia

pengemasan, penyelia chef. Pekerja penyeliaan adalah mereka yang

menyelia berbagai atau sesuatu jenis kegiatan misalnya kegiatan pengeluaran

di dalam sesebuah pertubuhan. Mereka mengawal dan menyelaraskan

kegiatan pekerja-pekerja di bawah jagaan mereka.

Page 15: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

15

Perkara 5.3.3 Tukang masak dan pembantu dapur

Pekerja dalam kumpulan ini menyediakan dan memasak bahan makanan di

tempat makan awam atau persendirian. Tugas mereka termasuk merancang

hidangan serta menyelia dan menyelaras kerja tukang masak dan pekerja

dapur yang lain. Mereka juga menyediakan dan memasak bahan makanan

serta menjalankan pelbagai tugas lain yang berkaitan dengan penyediaan dan

pemasakan makanan.

Perkara 5.3.4 Pengemasan

Pekerja dalam kumpulan ini merancang, mengelola dan menyelia kerja

kakitangan domestik di hotel serta mengambil, melatih, mengagihkan tugas

dan menyelia pekerja seperti pengemas bilik, pekerja suruhan, pekerja dobi

dan tukang jahit. Mereka juga memastikan tahap kecekapan dan kebersihan

yang telah ditetapkan dipatuhi, membeli atau membantu dalam pembelian

bekalan serta memeriksa keadaan bilik, melaporkan pembaikan yang

diperlukan dan mencadangkan langkah untuk mencantikkannya. Pengemasan

juga menyediakan belanjawan pengemasan serta memeriksa akaun

pengemasan dan menyimpan inventori linen katil dan barang lain.

Perkara 5.3.5 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan

Pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan rekod

kewangan dan kegiatan perniagaan lain termasuk pengendalian wang bagi

pihak pertubuhan itu dan pelanggannya, mencatat perkara lisan atau menulis

dengan trengkas, menaip dan cara-cara lain. Termasuk dalam kategori ini ialah

kerani, kerani akaun, jurutaip, jurutrengkas, pegawai khidmat pelanggan,

setiausaha sulit, kerani stor dan jurujual.

Perkara 5.3.6 Pekerja am

Pekerja am adalah mereka yang menjalankan kerja-kerja am dan pelbagai

tugas. Termasuk dalam kategori ini ialah pemandu, pelayan pejabat dan

pengawal keselamatan

Perkara 5.3.7 Jumlah

Sila jumlahkan perkara 5.3.1 hingga 5.3.6

Perkara 5.4 Pekerja bergaji (sambilan)

Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan / atau

kurang daripada 20 hari sebulan dan menerima gaji.

Perkara 5.5 Jumlah

Sila jumlahkan 5.1+5.2+5.3.7+5.4

Soalan 6: Bilangan Orang Yang Bekerja Mengikut Kelulusan

i. Kelulusan dikelaskan seperti berikut:

Perkara 6.1 Pascasiswazah

Merujuk kepada semua peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang diperoleh

daripada institusi pengajian tinggi (dalam / luar negeri).

Page 16: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

16

Perkara 6.2 Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan atau yang setaraf

Merujuk kepada semua peringkat ijazah pertama yang diperoleh daripada institusi

pengajian tinggi (dalam / luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan atau

profesional yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada ijazah juga diambil

kira seperti ACCA, CIMA (perakaunan), LLB (undang-undang) dan sebagainya.

Perkara 6.3 Diploma atau yang setaraf

Merujuk kepada diploma yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi,

politeknik atau kolej (dalam / luar negeri) yang tidak diiktiraf sebagai ijazah.

Demikian juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam

bahagian-bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam kategori ini.

Perkara 6.4 STPM atau yang setaraf

Merujuk kepada kelayakan STPM / STP / HSC / GCE „A‟ Level atau lulus

peperiksaan matrikulasi yang dikendalikan oleh mana-mana universiti yang

diiktiraf.

Perkara 6.5 SPM / SPM(V) atau yang setaraf

Merujuk kepada kelayakan SPM / SPM(V) / MCE atau peperiksaan setaraf

dengannya seperti GCE „O‟ Level, Sijil Kemahiran MARA dan sebagainya.

Perkara 6.6 Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)

Merujuk kepada kelayakan seperti PMR / SRP / LCE, tamat sekolah rendah atau di

bawah taraf kelulusan yang dinyatakan.

ii. Bagi kes-kes yang tidak diketahui kelulusan, masukkan kes-kes tersebut dalam kategori

“Perkara 6.6 – Di bawah taraf kelulusan SPM / SPM(V)”.

Perkara 6.7 Jumlah

Sila jumlahkan perkara 6.1 hingga perkara 6.6.

Soalan 7: Jam – Manusia Bekerja Lebih Masa Pada Tahun Rujukan

Sila lengkapkan soalan 7.1, 7.2 dan 7.3 jika berkenaan.

Perkara 7.1 Jumlah hari bekerja pada tahun rujukan

Merujuk kepada jumlah hari bekerja sebenar pertubuhan ini beroperasi pada tahun

rujukan.

Perkara 7.2 Jumlah jam-manusia bekerja lebih masa pada tahun rujukan

Merujuk kepada jumlah jam bekerja di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini.

Perkara 7.3 Upah yang dibayar untuk pekerjaan lebih masa dalam tahun rujukan (RM)

Ini adalah jumlah gaji dan upah yang dibayar bagi pekerjaan yang dilakukan di luar

waktu bekerja biasa pertubuhan ini.

Soalan 8: Perolehan / Pendapatan

Data yang dilaporkan dalam soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan,

Untung & Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2010. Sila berikan anggaran yang

munasabah jika akaun belum muktamadkan atau tiada.

Page 17: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

17

Perkara 8.1 Pendapatan daripada penginapan

Merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan tuan dari sewaan bilik

hotel.

(a) Sila laporkan peratus pendapatan daripada pelancong luar negara pada

tahun rujukan.

(b) Sila laporkan peratus pendapatan daripada pelancong domestik pada

tahun rujukan.

Perkara 8.2 Jualan makanan dan minuman (termasuk katering)

Penerimaan dari jualan makanan dan makanan (termasuk katering).

Perkara 8.3 Pendapatan daripada perkhidmatan telekomunikasi

Ia merujuk kepada pendapatan yang diterima ke atas perkhidmatan telekomunikasi

yang meliputi transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui telefon, teleks,

telegram, kabel penyiaran, satelit, mel elektronik dan faksimili.

Perkara 8.4 Pendapatan daripada pendobian dan pencucian

Ia merujuk kepada penerimaan dari perkhidmatan pendobian dan pencucian yang

diberikan pertubuhan tuan.

Perkara 8.5 Pendapatan daripada pusat kesihatan / spa

Ia merujuk kepada penerimaan dari perkhidmatan pusat kesihatan / spa yang

disediakan oleh pertubuhan tuan.

Perkara 8.6 Pendapatan daripada perkhidmatan padang golf

Ia merujuk kepada penerimaan dari perkhidmatan padang golf yang disediakan

oleh pertubuhan tuan.

Perkara 8.7 Pendapatan daripada perkhidmatan limusin

Ia merujuk kepada penerimaan dari perkhidmatan limusin yang disediakan oleh

pertubuhan tuan.

Perkara 8.8 Pendapatan daripada aktiviti rekreasi

Ia merujuk kepada penerimaan dari aktiviti rekreasi yang disediakan oleh

pertubuhan tuan.

Perkara 8.9 Pendapatan daripada pelancongan berpandu

Ia merujuk kepada pendapatan yang diterima dari aktiviti pelancongan berpandu

yang dijalankan oleh pihak hotel.

Perkara 8.10 Pendapatan daripada tempat persidangan (pameran, mesyuarat, konferens

dan konvensyen)

Ia merujuk kepada penerimaan dari perkhidmatan tempat persidangan (pameran,

mesyuarat, konferens dan konvensyen) yang disediakan oleh pertubuhan tuan.

Perkara 8.11 Cukai perkhidmatan yang diterima

Ia merujuk kepada cukai perkhidmatan yang dipungut oleh pertubuhan tuan bagi

pihak kerajaan.

Page 18: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

18

Perkara 8.12 Bayaran perkhidmatan yang diterima

Ia merujuk kepada bayaran yang dipungut oleh pertubuhan tuan ke atas

perkhidmatan yang diberikan kepada pihak lain.

Perkara 8.13 Nilai jualan (daripada barangan / bahan yang dibeli untuk dijual semula tanpa

melalui proses selanjutnya) termasuk dari mini bar di bilik hotel dan lain –

lain barangan (cth. t-shirt, cenderamata, tuala, alat tulis dan sebagainya).

Sila laporkan nilai jualan sama ada secara borong atau runcit.

Perkara 8.14 Pendapatan daripada kerja membaiki dan menyelenggarakan jentera dan

kelengkapan pertubuhan lain

Perkara ini meliputi semua pendapatan yang diperoleh daripada kerja-kerja

membaiki, menyelenggara jentera dan kelengkapan pertubuhan lain. Harga invois

hendaklah termasuk selain daripada kos pekerja dan overhead serta bayaran

untuk bahan yang dibekalkan oleh pertubuhan ini semasa menjalankan kerja-

kerjanya.

Perkara 8.15 Komisen dan brokeraj yang diperoleh

Ia merujuk kepada komisen dan brokeraj yang diperoleh oleh pertubuhan tuan

sebagai upah menjualkan barang atau perkhidmatan pertubuhan lain.

Perkara 8.16 Pendapatan daripada perkhidmatan pengurusan

Ia merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan tuan untuk

mengurus sesuatu aktiviti atau projek pertubuhan lain.

Perkara 8.17 Pendapatan sewa yang diterima daripada:

a. Tanah

Pendapatan yang diterima daripada sewa tanah

b. Bangunan tempat kediaman

Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan tempat kediaman

c. Bangunan bukan tempat kediaman

Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan bukan tempat kediaman

d. Alat Pengangkutan

Pendapatan yang diterima dari sewa alat pengangkutan

e. Jentera dan kelengkapan

Pendapatan yang diterima dari sewa jentera dan kelengkapan

f. Lain-lain

Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas.

Perkara 8.18 Pendapatan daripada faedah

Ia merujuk kepada faedah yang diterima hasil daripada simpanan wang atau modal

di institusi kewangan.

Perkara 8.19 Pendapatan daripada dividen

Ia merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham atau

pelaburan.

Perkara 8.20 Keuntungan daripada jualan / penilaian semula harta

Sila berikan nilai bersih sahaja.

Perkara 8.21 Keuntungan daripada pertukaran mata wang asing / aset kewangan

Sila berikan nilai bersih keuntungan dari transaksi berkaitan.

Page 19: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

19

Perkara 8.22 Pemulihan hutang lapuk

Ia merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada

insurans dan / atau pertubuhan lain atau perseorangan kerana kemalangan,

kerosakan harta tetap, barangan atau harta lain.

tahun-tahun yang lepas tetapi telah dipulihkan pada tahun rujukan.

Perkara 8.23 Kiriman wang, hadiah atau geran yang diterima

Sila berikan bayaran pindahan semasa yang diterima.

Perkara 8.24 Tuntutan dan pampasan yang diterima

Ia merujuk kepada tuntutan daripada syarikat insuran dan / atau pertubuhan lain

perseorangan kerana kemalangan, kerosakan harta tetap, barangan ata harta lain.

Perkara 8.25 Lain-lain

Sila nyatakan jika ada

Perkara 8.26 Jumlah pendapatan

Sila jumlahkan perkara 8.1 hingga 8.25

Perkara 8.27 Pindahan modal yang diterima

Pindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi

memindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang

barangan, perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.

Perkara 8.28 Jumlah besar

Sila jumlahkan perkara 8.26 hingga 8.27

Soalan 9: Perbelanjaan

Data yang dilaporkan dalam soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Perdagangan, Untung

& Rugi dan dokumen sokongan lain bagi tahun rujukan 2010. Sila berikan anggaran yang

munasabah jika akaun belum muktamadkan atau tiada.

Perkara 9.1 Nilai bekalan-bekalan lain yang digunakan

Perkara (a) Bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan

Ia merujuk kepada nilai semua bahan yang digunakan untuk pembaikan dan

penyelenggaraan.

Perkara (b) Alat tulis dan bekalan pejabat

Ia merujuk kepada nilai semua alat tulis dan bekalan pejabat yang telah

digunakan.

Perkara (c) Lain-lain

Sila berikan nilai bekalan lain jika ada.

Perkara 9.2 Kos percetakan

Ia merujuk kepada pembayaran untuk perkhidmatan percetakan yang diberikan

oleh pertubuhan lain seperti poster, kepala surat, label dan sebagainya.

Perkara 9.3 Air yang dibeli

Ia merujuk kepada bayaran untuk air yang dibeli. Jika bayaran ini telah

dicampurkan dengan tenaga elektrik, sila berikan anggaran berasingan untuk bil air

yang dibayar.

Page 20: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

20

Perkara 9.4 Tenaga elektrik yang dibeli

Ia merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. Jika bayaran ini telah

dicampurkan dengan air, sila berikan anggaran berasingan untuk bil tenaga elektrik

yang dibayar.

Perkara 9.5 Bahan pembakar, pelincir dan gas

Ia merujuk kepada bayaran untuk membeli bahan api (contoh minyak diesel, petrol,

minyak relau, minyak pembakar), pelincir (contoh minyak pelincir, gris) dan gas

(contoh gas petroleum cecair, gas asli, gas asli untuk kenderaan).

Perkara 9.6 Kos barang yang dibeli untuk dijual semula

Laporkan nilai kos barangan / bahan yang dibeli untuk dijual semula tanpa melalui

proses yang selanjutnya, sama ada jualan semula itu adalah jualan borong atau

jualan runcit.

Perkara 9.7 Kos bahan-bahan yang dibeli untuk penyajian makanan / katering

Perbelanjaan pembelian bahan-bahan mentah / ramuan untuk penyediaan

makanan dan minuman dan juga pembelian makanan dan minuman yang telah

siap untuk jualan semula.

Perkara 9.8 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak lain bagi

harta tetap pertubuhan ini

Ia merujuk kepada jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang

dibuat oleh pihak lain ke atas harta tetap pertubuhan tuan seperti bangunan,

pengangkutan, jentera dan kelengkapan, perabot dan pemasangan dan komputer.

Walau bagaimanapun, pembaikan besar yang bersifat modal hendaklah

dimasukkan ke dalam ruangan (02),(03) dan (04) yang bersesuaian bagi Soalan 4

sebagai pemilikan modal harta tetap.

Perkara 9.9 Bayaran perkhidmatan dobi

Ia merujuk kepada bayaran kepada pertubuhan yang memberi perkhidmatan dobi.

Perkara 9.10 Perkhidmatan pencucian

Ia merujuk kepada bayaran kepada pertubuhan yang memberi perkhidmatan

pencucian.

Perkara 9.11 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan

Ia merujuk kepada perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P). P&P

ialah kajian sistematik pada proses, teknik, penggunaan dan produk baru, dan

penyelidikan pada kebolehlaksanaan secara komersial penemuan-penemuan baru

ini. Jumlah perbelanjaan untuk latihan staf tidak perlu dimasukkan.

Perkara 9.12 Pembelian perkhidmatan pengangkutan

Ia merujuk kepada bayaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dengan

pemandu.

Perkara 9.13 Perbelanjaan perjalanan (termasuk perjalanan dalam dan luar negeri)

Ia merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja pertubuhan tuan untuk

menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti perbelanjaan perjalanan,

penginapan, makan dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

Page 21: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

21

Perkara 9.14 Perbelanjaan hiburan

Ia merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan pelanggan perniagaan oleh

pertubuhan tuan.

Perkara 9.15 Bayaran perakaunan, kesetiausahaan dan audit

Ia merujuk kepada bayaran perkhidmatan perakaunan, pengauditan, simpan kira-

kira, perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas kesetiausahaan yang dibuat kepada

pertubuhan perakaunan, kesetiausahaan dan audit.

Perkara 9.16 Bayaran guaman

Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, perwakilan dan

dokumentasi.

Perkara 9.17 Bayaran perkhidmatan profesional lain

Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan dari syarikat-syarikat perunding

arkitek, kejuruteraan, juruukur dan sebagainya.

Perkara 9.18 Bayaran pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan

dengan teknologi maklumat

Ia merujuk kepada bayaran menggunakan perkhidmatan pemprosesan dan

tabulasi (contoh tangkap data, pemindahan data dari pelbagai medium,

pengesanan ciri optikal), pangkalan data dan pembaikan dan penyelenggaraan

komputer.

Perkara 9.19 Bayaran pengurusan

Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh

pertubuhan lain atau individu untuk pengurusan perancangan, organisasi, kos

projek dan tenaga manusia.

Perkara 9.20 Komisen dan bayaran agensi (termasuk agensi pelancongan, perbelanjaan

dan komisen yang kerap dibayar)

Ia merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain

atau individu atau ejen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan

perkhidmatan bagi pihak pertubuhan tuan.

Perkara 9.21 Bayaran telekomunikasi

Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi yang meliputi

transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui telefon, telefaks, telegram, kabel

penyiaran, satelit, mel elektronik dan internet.

Perkara 9.22 Bayaran pos

Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos yang meliputi pengambilan,

pengangkutan dan penyerahan surat, surat khabar, majalah berkala dan bahan

bercetak lain, bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan operator perkhidmatan

kurier lain. Termasuk juga perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti

surat.

Perkara 9.23 Pengiklanan dan promosi

Ia merujuk kepada bayaran untuk iklan atau promosi barangan, perkhidmatan dan

nama syarikat atau perniagaan tuan melalui media seperti surat khabar, televisyen,

radio, internet atau media lain, sama ada tempatan atau luar negeri.

Page 22: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

22

Perkara 9.24 Caj bank

Ia merujuk kepada caj bank untuk perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh

institusi kewangan. Contoh-contoh untuk caj bank ialah bayaran untuk buku cek,

bayaran perkhidmatan untuk draf bank, cek pengembara, surat kredit, banker’s

acceptances, komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.

Perkara 9.25 Bayaran faedah

Ia merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang

diambil oleh pertubuhan tuan daripada institusi kewangan seperti bank.

Perkara 9.26 Premium insurans kecuali insurans pampasan pekerja

Ia merujuk kepada bayaran premium insurans kebakaran, nyawa, kemalangan

perkapalan atau penerbangan untuk ganti rugi.

Perkara 9.27 Bayaran bagi perkhidmatan keselamatan

Ia merujuk kepada bayaran bagi perkhidmatan keselamatan seperti pengawal

keselamatan.

Perkara 9.28 Bayaran feri dan tol

Ia merujuk kepada tambang feri dan tol yang dibayar.

Perkara 9.29 Penyewaan filem

Ia merujuk kepada pembayaran ke atas penyewaan filem, pita video, cakera padat,

VCD dan DVD.

Perkara 9.30 Bayaran untuk sewa tanah

Ia merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau

pajakan ke atas tanah individu atau pertubuhan lain oleh pertubuhan tuan.

Perkara 9.31 Bayaran sewa (tidak termasuk sewa penggunaan tanah dan filem)

Ia merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan atau premis, jentera

dan kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain selain daripada sewa tanah.

Perkara 9.32 Susut nilai semasa ke atas harta

Ia merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta akibat haus dan

lusuh, kemerosotan dan usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanah

pajakan.

Perkara 9.33 Bayaran royalti

Ia merujuk kepada bayaran royalti termasuk bayaran lesen yang terdiri daripada

bayaran untuk penggunaan yang dibenarkan bagi paten, hakcipta, tanda niaga,

pemprosesan perindustrian, francais dan sebagainya berdasarkan perjanjian

perlesenan.

(a) Kerajaan

Sila nyatakan jenis royalti

(b) Swasta

Sila nyatakan jenis royalty

Perkara 9.34 Taksiran (ke atas tanah dan bangunan) dan cukai tanah

Ia merujuk kepada cukai pintu ke atas tanah dan bangunan dikutip oleh pihak

berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan bayaran

cukai tanah ke atas tanah dikutip oleh Pejabat Tanah dan Galian Daerah.

Page 23: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

23

Perkara 9.35 Cukai tidak langsung:

(a) Cukai perkhidmatan

Ia merujuk kepada cukai perkhidmatan yang dipungut dan dibayar kepada

kerajaan.

(b) Cukai jalan

Ia merujuk kepada cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan

untuk kenderaan bermotor.

(c) Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem dan

sebagainya.

Ia merujuk kepada bayaran pendaftaran, perniagaan untuk pertubuhan hak

milik perseorangan, perkongsian dan syarikat yang dikutip oleh Suruhan Jaya

Syarikat Malaysia (SSM). Termasuk juga bayaran pendaftaran untuk koperasi.

Duti setem untuk dokumen perjanjian atau kontrak dan duti hiburan untuk

aktiviti perniagaan hiburan juga termasuk di dalam perkara ini.

Perkara 9.36 Kerugian pertukaran mata wang asing / aset kewangan

Ia merujuk kepada kerugian kerana turun atau naik mata wang asing.

Perkara 9.37 Kerugian daripada jualan / penilaian semula harta

Ia merujuk kepada kerugian yang dialami daripada penjualan atau penilaian

semula harta.

Perkara 9.38 Hutang lapuk dihapuskan

Ia merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan.

Perkara 9.39 Pindahan semasa seperti kiriman wang, hadiah, derma, denda dan

sebagainya.

Ia merujuk kepada bayaran pindahan semasa yang dibayar.

Perkara 9.40 Lain-lain

Sila nyatakan jika ada.

Perkara 9.41 Kos pekerjaan:

(a) Gaji & upah dibayar

Ia merujuk kepada semua gaji & upah (termasuk bayaran lebih masa), elaun,

bonus dan komisen yang dibayar kepada semua pekerja bergaji (termasuk

pekerja yang diambil melalui kontraktor buruh dan pekerja bergaji sambilan)

yang bekerja pada tahun rujukan. Laporkan semua pembayaran yang telah

dibuat sepanjang tahun rujukan dan bukannya pembayaran yang telah dibuat

hanya pada tempoh gaji terakhir pada tahun rujukan.

(b) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja

* Rawatan perubatan percuma

Ia merujuk kepada nilai yang dibayar oleh pertubuhan tuan untuk rawatan

perubatan kepada pekerja atau kakitangan. Nilai ini termasuk nilai subsidi.

Page 24: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

24

Lain-lain

Ia merujuk kepada nilai dibayar ke atas makanan, tempat tinggal dan

sebagainya yang disediakan secara percuma oleh pertubuhan tuan

kepada kakitangan atau pekerja. Nilai ini termasuk nilai subsidi.

(c) Bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian kepada pekerja

Ia merujuk kepada bayaran sekaligus yang dibayar oleh majikan secara

langsung kepada pekerja apabila mereka bersara atau berhenti kerja.

(d) Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan, skim keselamatan

sosial, pencen dan kebajikan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan

kepada KWSP.

Kumpulan wang simpanan lain

Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan

kepada kumpulan wang simpanan selain daripada yang ditubuh dan

diuruskan oleh kerajaan.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan

kepada PERKESO.

Skim keselamatan sosial persendirian

Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan

kepada skim keselamatan sosial selain daripada yang dikelolakan oleh

kerajaan seperti insurans pampasan pekerja.

Skim bayaran pampasan, persaraan / pemberhentian

Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan

kepada skim bayaran pampasan, persaraan atau pemberhentian selain

daripada yang dikelolakan oleh kerajaan.

(e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalam

mesyuarat Lembaga Pengarah

Jelas maksudnya.

(f) Nilai pakaian percuma yang disediakan

Ia merujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja

seperti pakaian seragam, pakaian luar dan pakaian kerja.

(g) Kos latihan kepada pekerja

Ia merujuk kepada kos berkaitan dengan latihan, bengkel dan persidangan

pekerja yang dibiayai oleh majikan, samada dalam atau luar negeri.

(h) Kos pengangkutan pekerja

Ia merujuk kepada pembayaran yang dibuat oleh majikan bagi perkhidmatan

mengangkut pekerja pergi dan balik dari tempat kerja.

Page 25: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

25

(i) Bayaran levi pekerja

Ia merujuk kepada bayaran yang dibayar oleh majikan pekerja asing kepada

kerajaan. Bayaran levi pekerja semasa setahun bagi pembantu rumah adalah

RM380, pekerja ladang RM540, sektor pembinaan dan pembuatan RM1200

manakala sektor perkhidmatan RM1800.

(j) Lain-lain

Sila nyatakan lain-lain kos pekerjaan jika ada.

Perkara 9.42 Jumlah perbelanjaan

Sila jumlahkan perkara 9.1 hingga 9.41

Perkara 9.43 Bayaran bagi pajakan kewangan

Ia merujuk kepada jumlah bayaran ke atas penyewaan atau pemajakan harta tetap

yang akan dimiliki akhirnya.

Perkara 9.44 Pindahan modal yang dibuat

Ia merujuk kepada harta modal yang mana hak untuk mengguna telah dipindahkan

ke pihak lain tanpa menerima pulangan samada dalam bentuk barangan,

perkhidmatan atau harta.

Perkara 9.45 Dividen kena bayar

Ia merujuk kepada untung yang dibahagikan kepada ahli-ahli atau pemegang

saham.

Perkara 9.46 Cukai langsung (cth. cukai syarikat dan cukai kemajuan) kena bayar

Ia merujuk kepada yang perlu dibayar oleh pertubuhan tuan secara langsung

kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri samada telah dibayar atau kena bayar pada

tahun rujukan.

Perkara 9.47 Jumlah besar

Sila jumlahkan perkara 9.42 hingga 9.46

Soalan 10: Keuntungan / Kerugian Sebelum Cukai

Sila berikan nilai sama ada keuntungan atau kerugian sebelum cukai tahun sebelum (2009) dan

tahun semasa (2010) seperti mana yang dilaporkan dalam Akaun Untung & Rugi.

Soalan 11: Nilai Stok

Sila laporkan nilai buku bagi Stok pembukaan dan Stok penutupan mengikut jenis Stok tanpa

mengambil kira di mana ia disimpan, yang dimiliki atau dikawal oleh pertubuhan. Jika tidak

mempunyai Penyata Kira-Kira perkara ini tidak perlu dilaporkan.

Soalan 12: Bilik, Bilangan Bilik Dijual Dan Restoran

Perkara 12.1 Bilangan bilik dan bilangan bilik dijual

Perkara 12.1.1 Bilangan bilik pada 31.12.2010

Merujuk kepada bilangan bilik seperti pada penghujung tahun rujukan.

Page 26: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

26

Perkara 12.1.2 Bilangan bilik dijual (1.1.2010 - 31.12.2010)

Merujuk kepada bilangan bilik dijual pada awal tahun sehingga penghujung

tahun rujukan.

Perkara 12.2 Bilangan penginap dan jumlah malam menginap dalam tahun rujukan

Perkara 12.2.1 Penginap domestik

Sila nyatakan bilangan penginap dan bilangan malam.

Perkara 12.2.2 Penginap antarabangsa

Sila nyatakan bilangan penginap dan bilangan malam.

Perkara 12.3 Sila nyatakan sama ada pertubuhan tuan memiliki dan mengendali restoran

di premis ini.

Sila tandakan (X) di kotak yang berkenaan.

Soalan 13: Jenis Organisasi

Perkara 13.1 Sila nyatakan jenis organisasi tuan

Perkara 13.1.1 Bebas

Jelas maksudnya.

Perkara 13.1.2 Rangkaian

Untuk maksud penyiasatan ini, organisasi rangkaian merujuk kepada dua

jenis atau lebih pertubuhan yang terlibat dalam jenis perniagaan yang sama

di bawah hak milik dan kawalan yang tunggal.

“Rangkaian” di sini adalah terdiri daripada cawangan-cawangan di bawah

hak milik dan kawalan pertubuhan yang ibu pejabatnya terletak di

Malaysia. Ianya tidak termasuk pertubuhan di dalam sesebuah enterpris

tetapi didaftarkan berasingan (dengan Pendaftar Perniagaan atau Pendaftar

Syarikat). Pertubuhan dalam organisasi rangkaian antarabangsa juga tidak

termasuk dalam kumpulan ini melainkan organisasi berkenaan mempunyai

dua atau lebih cawangan di Malaysia.

Perkara 13.1.3 Francais

Sistem francais melibatkan pertalian perniagaan secara kontrak yang

berterusan antara francaisor dan francaisi yang mana francaisi mempunyai

hak untuk beroperasi di atas nama perniagaan francaisor (dan juga

mendapat pelabagai jenis sokongan / nasihat tentang operasi perniagaan

tersebut), manakala francaisor kebiasaannya menerima bayaran permulaan

dan bayaran royalti secara berkala berdasarkan jualan kasar francaisi.

Perkara 13.1.4 Lain-lain

Contohnya seperti koperasi pengguna

Perkara 13.2 Sila tandakan (X) dalam satu kotak sahaja.

Perkara 13.2.1 Francaisor

Sila tandakan (X) sekiranya pertubuhan tuan adalah francaisor.

Page 27: PENGINAPAN€¦ · Perkara 1.3 Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Perkara 1.4 Sila laporkan tempoh operasi pertubuhan tuan. Tempoh

27

Perkara 13.2.2 Francaisi

Sila tandakan (X) sekiranya pertubuhan tuan adalah francaisi. Sebuah

pertubuhan boleh juga dikelaskan sebagai francaisi walaupun francaisornya

terletak di luar negara.

Soalan 14: Maklumat Tambahan Ke atas Ibu Pejabat / Cawangan

Perkara 14.1 Sila laporkan nilai pendapatan yang diterima daripada faedah atau dividen

atau perkhidmatan pengurusan / fi / perundingan atau komisen dan brokeraj

atau transaksi mata wang asing atau aset kewangan dan jumlah nilai ini

mestilah sama dengan nilai yang dilaporkan di perkara 8.1 hingga 8.10 di bawah

soalan 8 di muka surat (11).

Perkara 14.2 Jelas maksudnya. Sila nyatakan nama dan alamat ibu pejabat.

Perkara 14.3 Jelas maksudnya.

PANDUAN BAGI SEKSYEN A HINGGA F ADALAH SEPERTI BERIKUT

Seksyen A - Kemudahan Pembiayaan

Sila laporkan tujuan dan sumber utama pembiayaan kewangan dan kesulitan yang dihadapi untuk

memperolehi pinjaman.

Seksyen B - Inovasi

Sila laporkan maklumat berkaitan akreditasi yang diperoleh contoh ISO, HACCP dan sebagainya.

Seksyen C- Pemasaran dan Promosi

Sila laporkan jenis pemasaran dan promosi yang diusahakan oleh pertubuhan tuan seperti iklan, risalah

dan sebagainya.

Seksyen D - Import dan Eksport

Sila laporkan jumlah import dan eksport bagi barangan dan perkhidmatan.

Seksyen E - Penggunaan ICT

Sila laporkan penggunaan ICT oleh pertubuhan tuan dalam tempoh laporan.

Seksyen F - Pematuhan Alam Sekitar

Sila laporkan jumlah perbelanjaan pematuhan alam sekitar yang ditanggung oleh pertubuhan tuan

dalam tempoh laporan.

- TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA -