PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

11
1. Bincangkan TIGA permasalahan yang dihadapi dalam sistem Pendidikan Islam. Cadangkan langkah penyelesaian yang boleh diambil bagi menangani permasalahn tersebut. Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting dalam hidup manusia terutamanya Pendidikan Islam kerana ia diibaratkan sebagai satu tapak kepada sesebuah bangunan yang akan didirikan. Namun begitu, terdapat beberapa permasalahan yang dapat dilihat dalam sistem Pendidikan Islam itu sendiri. Permasalahan pertama yang dikenalpasti adalah Pendidikan Islam dianggap sebagai satu matapelajaran yang setaraf dengan matapelajaran lain contohnya bahasa Melayu, Geografi, Kemahiran Hidup dan sebagainya. Ianya hanya diajar semata-mata untuk memenuhi keperluan masa pengajaran sahaja, tidak mementingkan kepada pembangunan insan. Seperti yang diketahui, dalam sistem pendidikan negara hanya mengejar gred 'A' dalam peperiksaan tanpa menekankan pembangunan insan rabbani dan akhirnya hanya melahirkan generasi yang hanya cemerlang dari segi akademik sahaja. Guru-guru Pendidikan Islam perlu menghabiskan sukatan pelajaran mengikut masa yang telah ditetapkan (Khadijah & Zaib, 2002). Oleh yang demikian, proses mendidik dan tugas guru 5 mim seperti yang diketengahkan oleh Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri (2007) iaitu murabbi, muallim, muaddib, mursyid dan mudarris tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Permasalahan kedua, pendekatan pengajaran Pendidikan Islam yang digunakan adalah kurang efektif. Kebanyakan guru-guru agama di sekolah lebih gemar menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Keadaan ini dibuktikan dengan beberapa kajian contohnya yang dibuat oleh Hatifah ( 2000 ), mendapati kaedah kuliah dan syarahan adalah kaedah yang sering digunakan dalam proses P&P Pendidikan Islam. Selain itu, dapatan kajian Syed Najmuddin,

Transcript of PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Page 1: PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

1. Bincangkan TIGA permasalahan yang dihadapi dalam sistem Pendidikan Islam. Cadangkan langkah penyelesaian yang boleh diambil bagi menangani permasalahn tersebut.

Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting dalam hidup manusia

terutamanya Pendidikan Islam kerana ia diibaratkan sebagai satu tapak kepada

sesebuah bangunan yang akan didirikan. Namun begitu, terdapat beberapa

permasalahan yang dapat dilihat dalam sistem Pendidikan Islam itu sendiri.

Permasalahan pertama yang dikenalpasti adalah Pendidikan Islam dianggap

sebagai satu matapelajaran yang setaraf dengan matapelajaran lain

contohnya bahasa Melayu, Geografi, Kemahiran Hidup dan sebagainya. Ianya

hanya diajar semata-mata untuk memenuhi keperluan masa pengajaran sahaja,

tidak mementingkan kepada pembangunan insan. Seperti yang diketahui, dalam

sistem pendidikan negara hanya mengejar gred 'A' dalam peperiksaan tanpa

menekankan pembangunan insan rabbani dan akhirnya hanya melahirkan

generasi yang hanya cemerlang dari segi akademik sahaja. Guru-guru

Pendidikan Islam perlu menghabiskan sukatan pelajaran mengikut masa yang

telah ditetapkan (Khadijah & Zaib, 2002). Oleh yang demikian, proses mendidik

dan tugas guru 5 mim seperti yang diketengahkan oleh Kamarul Azmi Jasmi dan

Ab. Halim Tamuri (2007) iaitu murabbi, muallim, muaddib, mursyid dan mudarris

tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Permasalahan kedua, pendekatan pengajaran Pendidikan Islam yang

digunakan adalah kurang efektif. Kebanyakan guru-guru agama di sekolah

lebih gemar menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Keadaan ini

dibuktikan dengan beberapa kajian contohnya yang dibuat oleh Hatifah ( 2000 ),

mendapati kaedah kuliah dan syarahan adalah kaedah yang sering digunakan

dalam proses P&P Pendidikan Islam. Selain itu, dapatan kajian Syed Najmuddin,

Page 2: PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Ab. Halim, Isahak & Mohd Sabri (2008) berkaitan penggunaan ICT di kalangan

guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah daerah Rompin mendapati

guru kurang kreatif dalam pengurusan kelas seperti kurang kepelbagaian kaedah

pengajaran (3.84), kurang penguasaan ilmu dan sumber pelbagai (3.22), kurang

perihatin kepada murid yang lemah (3.92), dan pengajaran hanya berpusatkan

kepada murid (3.82). Skor min juga menunjukkan tahap sederhana dalam

penyampaian pengajaran guru PI dalam bilik darjah.

Permasalahan ketiga adalah nilai yang diterapkan melalui pengajaran

Pendidikan Islam tidak dapat membawa murid untuk mengenali Allah swt

dan tidak mencetuskan perubahan dalam diri mereka. Buktinya banyak

masalah sosial dan keruntuhan akhlak dalam kalangan murid-murid sekolah.

Masalah ini semakin hari semakin menjadi-jadi seolah-olah guru Pendidikan

Islam tidak memainkan peranan dalam mentarbiyah para murid.

Daripada beberapa permasalahan diatas, terdapat beberapa langkah yang dapat

diambil, bagi permasalahan pertama, matapelajaran Pendidikan Islam perlu

diutamakan daripada matapelajaran yang lain dengan menambahkan

peruntukan masa bagi matapelajaran tersebut kerana pengajaran Pendidikan

Islam melibatkan amali. Bukan sekadar guru mengajar tetapi mendidik murid-

murid sehingga berjaya bukan sekadar mengejar ‘A’ di dunia tetapi juga ‘A’ di

akhirat selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam.

Langkah yang boleh diambil bagi permasalahan kedua pula, menurut Kamarul

Azmi dan Ab. Halim (2007) dalam Ab. Halim dan Mohamad Kahirul Azman

Ajuhary (2010), mereka menegaskan antara sifat-sifat guru berkesan ialah

mempunyai kemahiran mengajar, termasuk menghubungkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai dalam pengajarannya. Guru-guru perlu diselia dan

Page 3: PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

dipantau oleh pihak pentadbiran sekolah dari semasa ke semasa supaya

pengajaran guru dapat dimantapkan. Jabatan Pelajaran Negeri juga perlu

mengadakan kursus-kursus pedagogi yang berkesan kepada para guru.

Langkah yang boleh diambil bagi permasalahan ketiga, selain ibu bapa,

keakraban rakan sebaya turut memainkan peranan dalam pembentukan akhlak

murid. Keakraban rakan sebaya yang baik dan positif akan memberi rangsangan

dalam meningkatkan akhlak supaya menjadi insan yang berakhlak mulia. Begitu

juga dengan rakan sebaya yang rosak akhlaknya boleh membawa kepada gejala

keruntuhan akhlak (Asmawati, 2009). Paling utama adalah peranan guru kerana

gurulah yang menjadi role model kepada murid-murid di sekolah. Role model

memainkan peranan yang besar mewujudkan budaya yang menggambarkan

cara hidup Islam kepada warga sekolah. Apabila guru memainkan peranan

dengan menerapkan nilai akhlak yang murni dan baik kepada murid, mereka

akan lebih mendekatkan diri kepada Allah dan kagum akan kekuasaanNya

Kesimpulannya, sistem pendidikan islam pada masa kini perlu digubal agar lebih

baik dan sempurna dan tersusun supaya dapat mengembalikan semula

penghayatan Islam dalam diri murid-murid pada masa kini dan peranan guru

sangat penting dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Page 4: PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

2. Terkini, banyak diperkata dan dipersoalkan tentang Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Pada pandangan anda, bersertakan hujah-hujah yang kukuh, apakah kelemahan dan kekuatan PBS?

Sejauhmanakah langkah yang diambil oleh kerajaan dapat menyelesaikan kekalutan yang timbul?.

PBS diperkenalkan bagi menilai prestasi murid-murid bukan sahaja dari segi

akademik tetapi ia juga melibatkan penilaian aktiviti sukan, jasmani, kokurikulum

dan juga psikometrik. Walaupun PBS ini baru dilaksanakan, namun terdapat

beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenalpasti.

Antara kekuatan PBS adalah pencapaian murid akan mudah dirujuk. Semua

data-data tentang murid-murid akan disimpan rapi. Oleh itu, jika guru ingin

membuat perbandingan pencapaian yang lepas dengan yang terbaru, mereka

hanya perlu membuka data-data tersebut dan sudah mendapat maklumatnya.

Selain itu, apa sahaja berkenaan peperiksaan serta pentaksiran peperiksaan

boleh terus diakses oleh setiusaha peperiksaan, guru matapelajaran, JPN, PPD

termasuk hal-hal berkaitan pendaftaran matapelajaran serta prestasi murid

tersebut boleh disemak melalui SPPBS online.

Kekuatan PBS juga dapat mendidik sifat guru sebagai seorang yang

berintegriti. Merujuk kepada maksud integriti dalam Kamus Dewan Edisi

Keempat. integriti bermaksud kejujuran dan ketulusan,kesempurnaan, dan

keutuhan. Oleh itu, integriti merujuk kepada prinsip moral bagi seseorang

individu. Guru sebagai penjawat awam perlulah melaksanakan amanah dan

kuasa yang dipertanggunjawabkan mengikut kepentingan profesionnya. Oleh hal

demikian, dengan melakukan tugas penilaian berasaskan sekolah ini terhadap

murid-murid dengan penuh ikhlas dan jujur maka terdidiklah sifat integriti dalam

diri seseorang guru tersebut.

Page 5: PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Kekuatan PBS juga adalah murid akan dinilai secara adil dan saksama

sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,

kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Terdapat

beberapa komponen dalam system pentaksiran PBS seperti pentaksiran sekolah,

pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum dan sebagainya. Guru akan

membuat penilaian berdasarkan kemampuan murid tersebut secara adil dan

saksama.

Kelemahan yang dapat dilihat pula adalah sistem tanpa peperiksaan ini

menyebabkan murid yang malas belajar bertambah malas dan murid yang

mahu belajar hilang motivasi kerana guru perlu menilai murid mengikut tahap

masing-masing. Murid yang malas akan bertambah malas apabila jika ujian

mengikut band pertama gagal, murid perlu mengulangi ujian tersebut sehingga

lulus. Jadi, jika terlalu banyak kali mengulangi ujian yang sama, guru sedikit

sebanyak akan membantu murid tersebut untuk lulus. Sepatutnya, murid perlu

berusaha untuk mencapai tahap yang dikehendaki. Selain itu, menurut kajian

Noraini dan Saifulazri (2010), guru juga kurang bersedia untuk menjalankan

PBS. Sebanyak 69.6% guru tidak besedia untuk menjalankan PBS akibat

daripada kekurangan latihan dan pendedahan sehingga mereka tiada keyakinan

dalam diri.

Kelemahan kedua yang dilihat adalah beban kerja yang melampau kepada

guru sehingga menjejaskan P&P. Contohnya, satu kelas ada 40 orang, ini

bermakna guru perlu menyediakan dan menyemak 40 evidence untuk kelas

tersebut, itu hanya untuk satu kelas sahaja, jika guru tersebut memegang 5 atau

6 kelas, beratus-ratus evidence perlu disemak oleh guru. Banyak masa yang

terpaksa digunakan oleh guru untuk melakukan kerja-kerja pengkeranian seperti

menyemak, kerja-kerja memfail dan memasukkan data ke dalam sistem.

Page 6: PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Kelemahan ketiga adalah laman web Sistem Pengurusan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (SPPBS) menghadapi masalah akses yang sangat

lambat. Banyak rungutan daripada guru-guru mengenai SPPBS sehingga

wujudnya akaun ‘page’ di laman facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’

pada 30 Oktober 2013 yang lalu. Dalam temu bual Sinar Harian Online dengan

Ketua Gerak Kerja Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat

Mohd Johari, Mohd Nor Izzat berkata: Masalah dalam sistem SPPBS pula adalah

masalah server. Perkhidmatan yang disediakan itu tidak sekata dengan bajet

yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk sistem pendidikan yang baru ini.

Jadi, mereka nak upgrade dan akan buka semula sampai awal tahun depan. Kita

tak tahu sejauh mana mereka mahu jalankan penambahbaikan itu. Tahun

pertama sistem ini dilaksanakan, pernah juga kementerian kata nak tambahbaik

sistem tapi 2013 tetap berlaku perkara yang sama. Jadi, kita tak pasti sama ada

sistem itu ditambah baik secara maksimum atau penambahbaikan itu secara

perlahan-lahan. Masih ramai guru-guru yang tidak dapat memasukkan markah

murid bukan sahaja itu, termasuk juga sistem-sistem lain yang melibatkan server

yang sama. ( Sinar Harian Online, 5 Disember 2013).

Walaupun terdapat kelemahan seperti yang disebut diatas, kerajaan telahpun

mengambil langkah yang serius bagi menyelesaikan kekalutan yang berlaku

mengenai PBS ini agar objektif sebenar PBS dapat dihasilkan dengan sempurna.

Antara langkah yang diambil kerajaan adalah memberi taklimat, kursus dan

pendedahan mengenai PBS kepada guru-guru dengan sebaiknya. Menurut

kajian Tuan Azlyna (2013) mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS, hasil

kajian menunjukkan tahap min yang tinggi dari segi pengetahuan (3.73),

kemahiran (3.65) dan profil sikap (3.95).

Page 7: PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Dokumen Standard Prestasi (DSP) dipermudahkankan dengan digantikan

dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM). Bagi menangani

isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan

Perkembangan Pembelajaran Murid. Guru yang mengajar menggunakan

kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau

kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya

mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan

penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan

Pembelajaran Murid tersebut. (Portal Rasmi JPN Perlis).

Langkah seterusnya yang diambil adalah guru tidak perlu mengisi data

pencapaian murid dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(SPPBS) sebaliknya dijalankan secara offline. Ini berpunca daripada sistem

SPPBS yang amat lambat dan memakan masa guru-guru kerana ada guru-guru

yang terpaksa berjaga sehingga jam 3-4 pagi semata-mata untuk memasukkan

markah murid ke dalam sistem.

Kerajaan juga telah mengurangkan beban kerja guru apabila guru tidak perlu lagi

menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.

Penambahbaikan yang telah dilakukan ini lebih menjurus ke arah mengurangkan

beban guru. Seperti yang sedia maklum, tugas guru adalah mendidik, apabila

wujud pelaksanaan PBS, tugas guru bertambah untuk melakukan kerja

sampingan seperti yang dinyatakan di atas.

Kesimpulannya, kerajaan telah sedaya upaya untuk menangani masalah yang

berlaku dalam pelaksanaan PBS ini. PBS merupakan system penilaian yang baik

kerana penilaiannya meliputi semua aspek berbanding dengan sebelum ini

hanya berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Page 8: PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

3. Bincangkan transformasi yang berlaku ke atas kurikulum Pendidikan Islam apabila Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan. Sejauhmanakah ia dapat dilaksanakan di sekolah?

Transformasi kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah merupakan

penyusunan semula dan penambahbaikan kurikulum sedia ada.

Antara transformasi yang telah dilakukan adalah dari segi kaedah pentaksiran.

KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran

berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu

berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan

untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran

berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk

mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti

pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid

bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.

Selain itu, wujudnya tiga kemahiran baru merentas kurikulum. Kurikulum

kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan

sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran

semasa dan masa hadapan. Bermula pada tahun 2011, kurikulum sekolah

rendah telah menggunakan KSSR yang melibatkan perubahan bentuk,

organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan

dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah

diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan,

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang bertujuan memenuhi keperluan

murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan,

berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian

mulia.

Page 9: PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Seterusnya, pengajaran dan pembelajaran menarik, pentaksiran holistik

apabila KSSR diperkenalkan. KSSR menekankan penggunaan pelbagai

pendekatan P&P serta kesan yang optimum terhadap murid-murid. Penekanan,

kepada hands-on teaming and learning seperti inkuiri penemuan, pembelajaran

berasaskan projek, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran secara

kontekstual, pembelajaran masteri dan pembelajaran luar bilik darjah amat

diperlukan bagi murid-murid ini untuk menjalani proses P&P yang lebih

menarik. P&P yang menarik dapat menarik minat murid terhadap sesuatu

matapelajaran.

Transformasi KSSR juga berubah dari segi fokus. KBSR menekan fokus hanya

3M iaitu membaca, menulis dan mengira tetapi KSSR menekankan kepada 4M

iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Berdasarkan beberapa hasil temubual dengan guru-guru sekolah mengenai

KSSR, pelaksanaannya di sekolah berada pada tahap yang baik namun terdapat

beberapa kekangan yang menyebabkan proses pelaksanaan tidak mencapai

objektif yang ditetapkan.

Antaranya ialah dari segi prasarana sekolah terutama bagi sekolah luar

bandar. Kurikulum KSSR contohnya menekankan P&P yang menggunakan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Oleh itu, pihak kerajaan melalui

sekolah perlulah menyediakan prasarana yang sesuai dengan kurikulum

tersebut. Setiap sekolah perlu disediakan dan dilengkapkan dengan prasarana

yang sesuai dengan keperluan kurikulum terbaru terutamanya kelengkapan ICT

seperti komputer riba untuk guru-guru, LCD, projektor, skrin di setiap kelas. Hasil

dapatan kajian oleh Zurida dan Nooraisa (n.d), dalam pelaksanaan P&P

sepanjang sesi 2011 bagi mata pelajaran sains, dapatan kajian menunjukkan

Page 10: PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

guru-guru masih lagi menggunakan pendekatan yang sama seperti yang

dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini. Tiada perubahan yang dilakukan

dari aspek 5 teknik pengajaran. Guru-guru masih menggunakan buku teks,

Modul Pengajaran Sains Tahun 1 dan ABM seperti carta yang ada di sekolah.

Kesimpulannya, KSSR ini dapat membawa satu transformasi yang baik selari

dengan arus perdana transformasi pendidikan negara. Penguasaan pelbagai

kaedah, pendekatan dan teknik dalam P&P oleh guru bukan sahaja dapat

memperlihatkan bakat terpendam guru tersebut malah lebih penting daripada itu

ialah bagaimana seseorang guru mampu menjadikan dirinya seorang “pelakon”.

Manakala murid pula akan dapat melihat seterusnya mewarisi ciri kreativiti yang

dimiliki oleh mereka di samping seronok menikmati isi pelajaran, guru dan murid

sebenarnya telah berganding bahu mencipta suasana yang harmoni di dalam

bilik darjah khususnya dalam waktu P&P yang pendek tetapi amat berat

tanggungjawab pengisiannya.

Page 11: PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

RUJUKAN Ab. Halim dan Mohamad Kahirul Azman Ajuhary. (2010). Amalan Pengajaran

Guru pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’alim. Journal of Islamic and Arabic Education, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia volum 2(1): 43-56

Asmawati Suhid. (2009). Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam Konsep Dan

Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hatifah Yussof. (2000). Pendidikan Syariah Islamiah : Satu Kajian Tentang

Permasalahan Dalam Pengajaran Di Sekolah Agama Dan Harian (KPM) Dan Sekolah Menengah Kerajaan Negeri Di Selangor. Kertas projek Sarjana Pendidikan : UKM.

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka Khadijah Abdul Razak & Zaib Ngah. (2002). Isu dan cabaran pelaksanaan

kurikulum Pendidikan Islam (KBSM). Wacana Pendidikan Islam (Siri 1) (pp. 275-285). Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini Mohd Noor & Saifulazri Sahip. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja

Kursus Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup di SMK Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai. Fakulti Pendidikan. UTM

Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab.Halim Tamuri, Isahak Othaman & Mohd Sabri

Mamat. (2008). Guru Bahasa Arab Terlatih di Sekolah: Satu Keperluan di Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke-6: Pendidikan Islam Teras Pembangunan Modal Insan, hlm.555-569.

Sinar Harian Online. 5 Disember 2013. http://www.sinarharian.com.my/sppbs-

pbs-cantik-pada-kertas-tapi-1.227677 Tuan Azlyna Tuan Yusoff. (2013). Kesediaan Guru Melaksanakan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS). Tesis Ijazah Sarjana. UKM