penglibatan ibu bapa

download penglibatan ibu bapa

of 58

Transcript of penglibatan ibu bapa

PENGLIBATAN IBU BAPA DI DALAM PENCAPAIAN MATEMATIK KANAKKANAK SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR DI DAERAH KLUANG

RAFIZ BIN MOHD SALLEH (133961)

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK SYARAT SEMESTER TIGA

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG, SELANGOR.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT yang mentadbir sekelian yang ada di langit dan di bumi. Juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Bersyukur ke hadrat illahi kerana limpah kurniaNya dapat jua saya menyiapkan tugasan penyelidikan pendidikan semester tiga ini. Dengan ini jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang terlalu banyak membantu menyiapkan proses tugasan ini, iaitu Dr. Tajularipin bin Sulaiman. Segala tunjuk ajar, nasihat dan dorongan akan sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat. Semoga hidup Dr. Tajularipin sentiasa dilimpahi rahmat dari Maha Esa.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan khas kepada kesemua pensyarah yang telah mendidik dan membimbing diri. Terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan akan dikenang hingga ke akhir hayat.

Akhir sekali, kepada semua yang terlibat dalam tugasan ini, juga diucapkan ribuan terima kasih. Kepada rakan-rakan seperjuangan terima kasih atas hasil penat lelah kalian dengan penuh rasa syukur dan senang hati. Semoga pengalaman dari melakukan tugasan ini akan memberi manfaat yang berguna untuk tahun akhir nanti.

Akhir kata, pada semua yang membantu diri ini, terutamanya ibu bapa dan orang yang paling banyak memberi bantuan dan sokongan dari belakang iaitu isteri dan anak yang tercinta. Terima kasih atas memahami kerjaya saya sebagai seorang pelajar. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian semua. Amin.

SENARAI KANDUNGAN PRAKATA PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI JADUAL BAB 1: PENDAHULUAN 1.0 PENGENALAN 1.1 PERNYATAAN MASALAH 1.2 PERKAITAN TEORI 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Am Objektif Khusus 1.4 HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis Umum Hipotesis Khusus 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 1.6 LIMITASI KAJIAN 1.7 KERANGKA KERJA KONSEPSUAL KAJIAN 1.8 DEFINISI OPERASIONAL 1.9 RUMUSAN BAB BAB 2: KAJIAN-KAJIAN LITERATUR 2.0 PENGLIBATAN IBU BAPA 2.1 SIKAP IBU BAPA 2.2 LATAR BELAKANG IBU BAPA 2.3 RUMUSAN BAB 16 20 22 26 8 8 9 10 11 12 14 7 7 1 3 4 i ii iv vii vii

BAB 3: METODOLOGI 3.0 REKA BENTUK KAJIAN 3.1 TEMPAT KAJIAN 3.2 SUBJEK KAJIAN Populasi Kajian Sampel Kajian 3.3 ALAT KAJIAN 3.4 TATACARA KAJIAN 3.5 ANALISA DATA Pengujian Hipotesis Kajian 3.6 IMPLIKASI KAJIAN 3.7 RUMUSAN BAB BAB 4: RUMUSAN KESELURUHAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN Soal Selidik Surat-surat Jadual Kerja 38 40 42 44 29 30 31 36 28 28

SENARAI RAJAH Rajah 1.0 Rajah 1.1 : Teori Hierarki Keperluan Maslow : Kerangka Kerja Konsepsual Kajian Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Matematik Kanak-Kanak Sekolah Rendah di Luar Bandar 7 11

SENARAI JADUAL Jadual 3.0 Jadual 3.1 Jadual 3.2 Jadual 3.3 Jadual 3.4 Jadual 3.5 Jadual 3.6 Jadual 3.7 Jadual 3.8 : Saiz sampel berdasarkan persampelan rawak berkelompok : Cara pemarkahan bagi soal selidik bentuk penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak : Subskala penglibatan ibu bapa dalam peruntukkan kewangan dan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah : Subskala hubungan ibu bapa dengan anak : Subskala penglibatan ibu bapa dengan pihak sekolah : Subskala penglibatan ibu bapa dari segi memberi galakan : Subskala penglibatan ibu bapa dari segi menetapkan disiplin : Subskala penglibatan ibu bapa dari segi peruntukkan perbelanjaan : Pemilihan alat statistik yang sesuai berasaskan skala Pengukuran mengikut Tuckman (1978) 31 33 34 34 34 35 35 35 39

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Matematik adalah salah satu cabang dalam mata pelajaran di sekolah. Ia adalah satu bidang ilmu yang boleh membantu minda berfikir secara munasabah dan logik. Penguasaan ini perlu bermula pada peringkat sekolah rendah lagi, kerana pada peringkat ini murid perlu diperkukuhkan dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan konsep asas tambah, tolak, darab dan bahagi. Tanpa penguasaan konsep ini, pelajar yang melanjutkan pelajaran pada peringkat menengah akan menghadapi masalah besar dan takut untuk menghadapi sukatan pelajaran yang lebih mencabar (Nik Azis Nik Pa, 1992).

Menyedari hakikat ini bukan hanya peranan guru memainkan peranan yang penting, malah ibu bapa juga memainkan peranan yang cukup penting dalam mendidik dan membentuk anak mereka. Ibu bapa merupakan kompenen penting untuk menimbulkan minat dan seterusnya mengekalkan minat murid mempelajari sesuatu bidang ilmu (Ismail Raduan, 1992).

Kajian mengenai penglibatan ibu bapa telah mendapati bahawa ia mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas pencapaian akademik anak (contoh: Asfawasin, 1990; Florence, 1998; Siti Hanimah, 1991; Samsiah, 1992 dan Fariza, 1997). Antara faktor-faktor yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam penglibatan ibu bapa adalah latar belakang keluarga seperti taraf pendidikan, taraf pekerjaan mereka dan jumlah pendapatan yang mana ia semua mempunyai pengaruh yang kuat dalam penglibatan ibu bapa (Siti Nor Yaakob, Arifin, Ahmad Hariza, Abdullah Al-Hadi dan Anuar Ahmad, 1990). Faktorfaktor ini telah terbukti mempunyai perkaitan dengan pencapaian akademik anak.

Terdapat pelbagai cara penglibatan ibu bapa dalam bidang akademik anak. Selain daripada memberi sokongan moral dan semangat motivasi yang tinggi, ibu bapa juga boleh melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di sekolah, menolong anak membuat kerja sekolah yang diberikan oleh guru juga mengahadiri perbincangan bersama guru kelas anak mereka (Balli, Sandra dan David, 1998).

Anderson dan Ann G, (1998) bersetuju pendidikan awal perlu diberi sebelum mereka menerima pendidikan formal di sekolah. Ini dapat membantu kanak-kanak tersebut lebih bersedia dan mempunyai kemahiran asas dalam subjek matematik ini. Mereka juga berpendapatan, pendidikan awal ini bermula dari rumah dan ibu bapa yang menjadi pengeraknya.

Cara begini dapat meningkatkan minat awal terhadap kanak-kanak pada subjek ini. Ini kerana apabila kanak-kanak tersebut melangkah ke alam persekolahan mereka tidak

merasakan subjek ini sukar untuk dibawa. Ini kerana apabila kanak-kanak ini sering berhadapan jalan buntu kerana gagal dalam menyelesaikan masalah, akibatnya ialah murid-murid akan berasa bosan, kecewa dan benci kepada mata pelajaran matematik. Pada tahap ini, amat sukar untuk dibantu semula supaya mereka boleh mengikuti pelajaran matematik dengan berkesan (Musa, Johari, Abu Bakar, Zulkipli dan Arbaeyah, 1994).

Maka untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara-perkara negatif tersebut, ibu bapa haruslah mengambil peranan masing-masing untuk membantu pencapaian akademik amnya dan dalam mata pelajaran matematik khususnya.

1.1 Peryataan Masalah

Semestinya memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan anak dari segi sosial, emosi dan kognitif. Tinjauan literatur banyak menunjukkan betapa penglibatan ibu bapa mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas pencapaian akdemik anak-anak.

Maka dengan itu, satu kajian dijalankan di mana pengkaji memfokuskan sejauh mana penglibatan ibu bapa dalam pencapaian matematik anak. Ini kerana melalui perbandingan yang dibuat oleh pengkaji antara salah sebuah sekolah SJK(C) dan SK di daerah Kluang, kategori luar bandar, mendapati tahap pencapaian matematik di kalangan pelajar-pelajar

melayu masih lagi lemah (Sumber, Analisis UPSR 2004, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang).

Masalah ini dapat dikupas oleh pengkaji di mana pengkaji melihat dari sudut latar belakang ibu bapa itu sendiri. Pengkaji melihat dari segi umur, tahap pendapatan dan taraf pendidikan. Sejauhmana penglibatan ibu bapa itu sendiri dalam mendorong dan seterusnya mempengaruhi pencapaian matematik anak dikupas dalam kajian ini.

Kajian ini memfokuskan juga kepada ibu bapa luar bandar kerana dari tinjauan literatur mendapati pencapaian murid-murid sekolah luar bandar jauh bandar. ketinggalan daripada

1.2 Perkaitan Teori

Teori akan diperbincangkan dengan terperinci iaitu Teori Hierarki Keperluan Maslow (1970). Teori ini akan dijadikan asas dan sumber rujukan dalam kajian ini.

Teori Hierarki Keperluan Maslow Teori Hierarki Keperluan Maslow diperkenalkan oleh Abraham H. Maslow pada tahun 1954. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Motivasi Manusia. Teori ini akan digunakan sebagai panduan kepada kajian ini. Menurut Maslow, manusia tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diperoleh kerana selepas satu-satu keperluan dipuaskan, akan wujud pula keperluan lain untuk dipuaskan. Keperluan manusia terdiri daripada keperluan fisiologi,

keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghormatan kendiri dan keperluan penyempurnaan kendiri.

Keperluan fisiologi adalah peringkat pertama yang perlu dicapai oleh individu. Keperluan asas ini merangkumi keperluan terhadap makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian, pendapatan, dan lain-lainnya. Keperluan ini adalah pada tahap rendah dan sering dicapai oleh seseorang individu. Apabila keperluan diperingkat ini berjaya dicapai, individu tersebut akan bermotivasi pula untuk mencapai peringkat yang tinggi iaitu keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri. Usaha untuk memenuhi keperluan pada tahap tinggi sukar untuk dicapai sekiranya keperluan peringkat rendah masih tidak dapat dipenuhi dengan sempurna. Jika keperluan di tahap rendah itu ditinggalkan tanpa dipenuhi maka ia akan timbul semula di dalam diri seseorang itu.

Keperluan keselamatan ialah keperluan peringkat kedua. Apabila keperluan fisiologi telah dipenuhi, maka keperluan peringkat kedua mula memainkan peranannya. Seseorang itu semakin berminat untuk mencari persekitaran yang selamat, stabil dan dapat memberi perlindungan. Keperluan ini diperlihatkan dengan keinginan mempunyai rumah di kawasan yang aman, mempunyai pekerjaan yang tetap, merancang kehidupan selepas bersara, membeli insurans dan sebagainya.

Keperluan yang ketiga adalah keperluan kasih sayang. Keperluan peringkat ini mula berpengaruh apabila keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan telah dipenuhi. Seseorang itu mula merasakan keinginan mendapatkan kawan, mempunyai seseorang

yang disayangi, mempunyai keluarga dan hubungan yang mesra dengan orang yang penting dalam hidupnya. Dalam kehidupan seharian manusia menunjukkan keinginan untuk berkahwin dan bekeluarga, menjadi sebahagian dari komuniti, menjadi ahli masjid, surau atau tempat beribadat, menjadi ahli sesuatu kumpulan atau kelab. Ini menunjukkan bahawa seseorang itu memerlukan orang lain dalam hidupnya dan dia tidak boleh hidup bersendirian.

Manakala Keperluan Penghargaan Kendiri merupakan keperluan yang keempat. Manusia ingin mendapat penghormatan dari orang lain seperti keperluan mendapatkan status, kemuliaan, reputasi, dikenali ramai, keagungan, pengiktirafan, penghargaan, dan diberi perhatian. Apabila keperluan tersebut dipenuhi, seseorang akan memiliki kepercayaan pada diri sendiri, keyakinan tentang kemampuannya melakukan sesuatu dan kecekapan dalam sesuatu pekerjaannya. Sebaliknya, orang yang rendah dari orang lain dan ini boleh menjadi akar umbi kepada kebanyakan masalah psikologi.

Akhirnya Keperluan Sempurna Kendiri. Keperluan ini melibatkan keinginan yang berterusan bagi memenuhi potensi untuk menjadi semua yang diingini (to be all that you can be). Oleh itu, sempurna kendiri merupakan persoalan untuk menjadi saya yang sangat sempurna dan menyeluruh (Boerce, 1999) di dalam buku Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias, (2001). Untuk menjadi seorang yang sejati sempurna kendirinya, ia perlu memastikan sebahagian besar keperluan peringkat rendahnya telah dipenuhi. Maslow mentakrifkan sempurna kendiri dengan menyenaraikan ciri-ciri kualiti dari beberapa orang yang bersifatkan sebagai self-actualizer.

Kesempurnaan Kendiri Penghargaan Kendiri Kasih sayang Keselamatan Fisiologi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, air, oksigen, seks Rajah 1.0 Teori Hierarki Keperluan Maslow Sumber: Rahil Mahyuddin & Habibah Elias 2001.

1.3 Objektif kajian

Objektif Am

Untuk mengkaji penglibatan ibu bapa terhadap pencapaian matematik kanak-kanak sekolah rendah luar bandar di daerah Kluang.

Objektif Khusus

1. Mengenal pasti jenis penglibatan ibu bapa. 2. Menentukan perkaitan di antara faktor latar belakang ibu bapa (taraf pendidikan, umur dan pendapatan) dengan tahap penglibatan ibu bapa.

3. Menentukan perkaitan di antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian matematik kanak-kanak. 4. Menentukan perkaitan di antara sikap ibu bapa dengan pencapaian matematik kanak-kanak.

1.4 Hipotesis Kajian

Hipotesis Umum

1. Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara faktor latar belakang ibu bapa, taraf pendidikan, umur, pendapatan dengan penglibatan ibu bapa. 2. Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara penglibatan dan sikap ibu bapa dengan pencapaian matematik kanak-kanak.

Hipotesis Khusus

Ho1: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara faktor latar belakang ibu bapa (taraf pendidikan) dengan penglibatan ibu bapa. Ho2: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara faktor latar belakang ibu bapa (umur) dengan penglibatan ibu bapa. Ho3: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara faktor latar belakang ibu bapa (pendapatan) dengan penglibatan ibu bapa.

Ho4: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian matematik kanak-kanak. Ho5: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara sikap ibu bapa dengan pencapaian matematik kanak-kanak.

1.5 Kepentingan Kajian

Penglibatan ibu bapa dan pengaruhnya ke atas pencapaian akademik anak memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Banyak kajian dan bukti yang mendapati bahawa penglibatan ibu bapa dalam mendidik anak dan mengambil bahagian dalam akademik mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kecemerlangan anak (Ismail Raduan, 1992; Siti Nor Yaakob et. al, 1990; Musa et. al, 1994; Anderson dan Ann G, 1998).

Menyedari penglibatan ibu bapa mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas pencapaian anak, maka kajian ini memfokuskan dan menganalisis penglibatan ibu bapa terhadap mata pelajaran matematik. Ini kerana hasil tinjauan literatur pencapaian muridmurid masih lagi lemah dalam subjek matematik ini. Oleh itu, maklumat daripada kajian ini diharapkan dapat memperkayakan lagi khazanah ilmu dalam bidang kekeluargaan terutamanya mengenai keibubapaan. Di samping itu, maklumat yang diperolehi ini juga dapat menjadi sumber rujukan kepada penyelidikan akan datang tentang cara gaya penglibatan ibu dan bapa untuk memajukan pencapaian anak mereka dalam subjek matematik ini.

Menurut Riley dan Richard (1994), ibu bapa yang baik umpama harta yang tidak ternilai harganya. Maka, ibu bapa haruslah menjadikan anak, guru dan sistem pendidikan di sekolah sebagai rakan mereka. Dengan cara ini, secara tidak langsung ibu bapa telah melibatkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti anak mereka dan juga sekolah.

Selain daripada itu, Ismail Raduan (1992) menyatakan motivasi dan semangat yang tinggi serta berterusan dari ibu bapa merupakan kuasa pendorong pada pemikiran untuk sentiasa berfikiran positif dan aktif dalam matematik iaitu salah satu cabang yang memerlukan daya fikir yang tinggi.

Oleh itu, hasil kajian ini diharap dapat membantu ibu bapa supaya lebih memahami dan mendalami cara penglibatan yang sesuai supaya anak-anak mereka mencapai kejayaan yang cemerlang dalam subjek matematik ini. Seterusnya maklumat yang diperolehi daripada kajian ini juga diharap dapat membantu pelbagai pihak termasuk pihak sekolah, pemerintah, pakar yang arif dalam bidang ilmu yang melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan prestasi akademik anak, khususnya di kawasan luar bandar.

1.6 Limitasi Kajian

Kajian ini hanya terhad kepada ibu dan bapa serta anak-anak mereka yang belajar di dalam darjah tiga di sekolah negeri Johor. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah

Kebangsaan Felda Ayer Hitam yang terletak di Daerah Kluang. Kajian ini juga terhad kepada ibu dan bapa yang berketurunan Melayu dari keluarga lengkap dan tinggal bersama. Seramai 60 orang responden ibu dan bapa serta anak dipilih bagi kajian ini adalah perhubungan (ibu bapa / anak dan ibu bapa / sekolah), memberi galakan, menetapkan disiplin dan peruntukkan kewangan. Ketetapan hasil kajian ini bergantung kepada kejujuran responden dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

1.7 Kerangka Kerja Konsepsual Kajian

Latar belakang Ibu Bapa Umur Pendidikan Pendapatan

Penglibatan Ibu Bapa Hubungan Galakan Disiplin Kewangan

Pencapaian matematik kanak-kanak

Sikap ibu bapa

Rajah 1.2

: Kerangka Kerja Konsepsual Kajian Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Matematik Kanak-Kanak Sekolah Rendah Di Luar Bandar

1.8 Definisi Operasional

Penglibatan Ibu Bapa

Konsepsual

: Aktiviti-aktiviti yang dilakukan sama ada bersama ataupun bersama pihak sekolah dalam menyediakan bantuan kewangan, memberi galakan dan menetapkan disiplin (Siti Hanimah, 1991)

Operasional

: Skor yang diperolehi oleh ibu bapa dalam skala Penglibatan Ibu Bapa yang diubahsuai sendiri oleh pengkaji berdasarkan tinjauan literatur. Skala Likert dibahagikan kepada empat bahagian iaitu perhubungan (ibu bapa / anak dan ibu bapa / sekolah), galakan, menetapkan disiplin dan peruntukkan kewangan.

Latar Belakang Ibu Bapa

Konsepsual

: Ciri peribadi yang dimiliki oleh seseorang ibu bapa (Kamus Dewan, 2000).

Operasional

: Latar belakang ibu bapa merujuk kepada taraf pendidikan, umur dan jumlah pendapatan. Taraf pendidikan (formal) diukur mengikut bilangan tahun. Jumlah pendapatan dikira daripada hasil pendapatan pekerjaan utama (pekerjaan yang menggunakan masa yang utama dan lebih) dan

pekerjaan sampingan.

Pencapaian Matematik

Konsepsual

: Merujuk kepada gred atau skor yang diperolehi oleh pelajar dalam satu ujian yang diadakan di sekolah (Kamus Dewan, 2000).

Operasional

: Jumlah markah dan gred yang telah diperolehi dalam peperiksaan akhir tahun iaitu dalam mata pelajaran matematik.

Kanak-kanak

Konseptual

: Kanak-kanak adalah budak lelaki atau perempuan yang masih kecil dan

berumur kurang dari 7-8 tahun. Di samping itu, peringkat kanak-kanak memerlukan penjagaan dan bimbingan yang sempurna (Kamus Dewan, 2000).

Operasional

: Kajian ini memfokuskan kepada kanak-kanak yang berumur sembilan tahun, iaitu kanak-kanak yang masih bersekolah di dalam darjah dua.

Luar Bandar

Konseptual

: Kawasan yang terletak jauh dari kawasan bandar iaitu kampung atau

desa (Kamus Dewan, 2000).

Operasional

: Lokasi tempat tinggal responden yang akan dijadikan tempat kajian iaitu Kampung Felda Ayer Hitam, Kluang. Terletak 12 kilometer dari bandar Kluang dan berada di dalam kawasan negeri Johor.

Sikap Ibu Bapa

Konsepsual

: Sebab dan juga akibat kepada tingkah laku. Merupakan perkara peribadi dan berkaitan dengan nada perasaan berhubung dengan pengalaman individu. Ia menggambarkan cara individu itu semasa berfikir, bercakap atau bertindak dalam sesuatu situasi (Crow dan Crow, 1983).

Operasional

: Skor yang diperolehi oleh ibu bapa dalam skala Sikap Ibu Bapa yang diubahsuai sendiri oleh pengkaji berdasarkan tinjauan literatur. Skala Likert akan direkodkan kepada jawapan 1 kepada tidak setuju, 2 kepada tidak pasti dan 3 kepada setuju.

1.9 Rumusan Bab

Bab ini telah membincangkan Penglibatan ibu bapa di dalam pencapaian matematik kanak-kanak sekolah rendah luar bandar di daerah Kluang. Di samping itu, bab ini telah

pengkaji mengupas dan membincangkan perkaitan teori yang sesuai. Justeru itu pengkaji juga mencungkil dengan lebih mendalam tentang pernyataan masalah, objektif kajian dan kepentingan kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Tidak ketinggalan juga bab ini juga membincangkan hipotesis kajian, kerangka kerja kajian, dan definisi kajian secara operasional.

BAB 2

Kajian-Kajian Literatur

Terdapat beberapa kajian yang telah dibuat mengenai penglibatan ibu bapa di dalam pencapaian matematik kanak-kanak sekolah rendah di luar bandar. Untuk memastikan perbincangan mengenai penglibatan ibu bapa ini lebih jelas, maka pembentangannya akan dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu penglibatan ibu bapa, sikap ibu bapa, dan latar belakang ibu bapa.

2.0 Penglibatan Ibu Bapa

Pembelajaran ialah suatu aktiviti pemikiran yang aktif dan bukannya aktiviti pengumpulan maklumat. Pemikiran matematik yang aktif bergantung pada kemahiran penguasaan bahasa matematik baik linguistik atau simbolik.

Kejayaan seseorang pelajar juga bergantung kepada kesediaan penglibatan ibu bapa dalam akademik mereka. Ini kerana menurut Ismail Raduan (1992) menyatakan bahawa wujudnya perhubungan yang rapat di antara institusi kekeluargaan dan persekolahan. Kedua-dua institusi ini mempunyai tugas yang tersendiri tetapi sealiran dalam mendidik anak-anak. Beliau juga turut menambah bahawa ibu bapa mempunyai pengaruh dan

tanggung jawab yang besar di dalam pembentukan hala tuju anak mereka terutama di dalam menentukan kejayaan anak-anak di dalam pembelajaran matematik.

Kenyataan di atas juga dipersetujui oleh Riley dan Richard (1994) di mana hasil kajian mereka mengatakan selain daripada guru, penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak adalah jalan terbaik untuk meningkatan tahap pencapaian akademik anak mereka. Manakala Anderson dan Ann G. (1998) menyarankan agar guru dan ibu bapa bekerjasama mencari jalan untuk meningkatkan kejayaan anak mereka dalam subjek matematik ini.

Menurut pendapat Becher dan Rhoda (1986) ibu bapa yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti persekolahan, mereka akan menjadi guru yang terbaik untuk anak-anak mereka di rumah. Selain daripada itu juga ibu bapa yang aktif dalam aktiviti persekolahan ini juga lebih berkeyakinan untuk membimbing anak-anak mereka.

Terdapat pelbagai cara ibu bapa boleh melibatkan diri dalam aktiviti akademik anak-anak mereka di rumah. Selain daripada itu juga ibu bapa yang aktif dalam aktiviti persekolahan ini juga lebih berkeyakinan untuk membimbing anak-anak mereka.

Terdapat pelbagai cara ibu bapa boleh melibatkan diri dalam aktiviti akademik anak. Menurut Hamdan (1979) ibu bapa seharusnya mengenakan disiplin kepada anak-anak mereka. Ia boleh dilakukan dengan cara menentukan masa untuk belajar, bermain, tidur dan melarang anak daripada melakukan perkara yang kurang bermanfaat.

Selain itu, ibu bapa boleh melibatkan diri dengan memberi galakan kepada anak-anak. Sokongan moral dan peransang yang diberikan oleh ibu bapa dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian akademik anak. Menurut Jenkins (1979) perasaan kasih sayang, ambil berat dan sokongan ibu bapa adalah diperlukan jika mahu anak-anak mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam pelajarannya. Kenyataan di atas juga dipersetujui oleh Riley dan Richard (1994) di mana, hasil kajian mereka mengatakan selain daripada guru, penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak adalah jalan terbaik untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik anak mereka. Manakala Anderson dan Ann G. (1998) menyarankan agar guru dan ibu bapa bekerjasama mencari jalan untuk meningkatkan kejayaan anak mereka dalam subjek matematik ini.

Menurut Yaman (1996) ibu bapa yang kerap memberi pujian dipercayai boleh menimbulkan perasaan bangga di kalangan anak-anak. Pujian yang ibu bapa berikan boleh dijadikan dorongan dan kanak-kanak akan bertambah bersemangat dan akan mencuba bersungguh-sungguh pada aktiviti yang dilakukannya (Azhar, 1998).

Terdapat pelbagai cara ibu bapa boleh melibatkan diri dalam aktiviti akademik anak. Menurut Musa et. al (1994) ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka belajar matematik setiap hari di rumah, selain daripada itu ibu bapa sentiasa berkesempatan untuk membantu terutama jika anak-anak meminta pertolongan dalam menyelesaikan masalah matematik. Manakala menurut Leong (1990) faktor-faktor rumahtangga juga memainkan peranan yang penting, ia adalah berkait rapat dengan bilangan anggota di

rumah, jenis rumah, kemudahan rumah, kekerapan ibu bapa meneliti kerja rumah dan gred-gred sekolah, aspirasi pendidikan dan ganjaran ibu bapa untuk kejayaan anak dalam pelajaran dan kokurikulum.

Peranan ibu bapa dalam menyediakan keselesaan dari segi fizikal, intelektual, emosi, rohani dan social kepada kanak-kanak memang tidak dipertikaikan lagi (Berk, 1994). Menurut Azhar (1998) ibu bapa merupakan guru yang paling utama kepada anak-anak. Ibu bapa juga bertanggungjawab di dalam menyediakan ilmu pengetahuan, perhatian dan pendedahan ke dalam persekitaran anak-anak mereka. Semua ini akan menyumbang pula kepada perkembangan fizikal, mental dan sosio emosi kanak-kanak tersebut.

Menurut Azhar lagi, ibu bapa mulai sedar akan tanggung jawab dan peranan mereka. Maka, seharusnya ibu bapa memperkayakan diri mereka dengan ilmu pengetahuan, sumber, kemahiran dan keupayaan dalam hal-hal berkaitan dengan corak gaya keibubapaan.

Ini kerana selain daripada latar belakang keluarga, corak gaya tingkah laku keibubapaan juga mempengaruhi tahap pencapaian akademik anak. Hasil kajian oleh Laurence, Susie, Sanford dan Nancy (1992) menyatakan kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga autoritatif lebih menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik.

Kajian ini disokong oleh Sharon (1994) di mana menurut beliau keluarga yang mengamalkan autoritatif lebih berminat untuk menceburkan diri dalam aktiviti akademik

anak. Secara tidak langsung ia memberi peransang kepada anak dan seterusnya meningkatkan akademik anak. ERIC Digest (1990) menyatakan kanak-kanak yang dibesarkan dengan menggunakan pendekatan disiplin yang positif akan dapat meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak tersebut. Selain daripada itu, kanak-kanak tersebut akan bermotivasi tinggi dan boleh memikul dan melaksanakan tanggung jawab yang diberikan. Kanak-kanak ini juga akan lebih berfikiran positif dan boleh menyelasaikan masalah yang timbul dengan baik.

Manakala menurut Shirley (1999) pula menggunakan pendekatan disiplin secara kasih sayang dapat membantu kanak-kanak tersebut merasakan diri mereka istimewa dan dihargai. Kanak-kanak juga akan membesar dengan cemerlang dan mempunyai keyakinan diri yang kukuh. Oleh itu, secara tidak langsung ia juga dapat membantu diri kanak-kanak tersebut mencapai kejayaan dalam akademik khususnya dalam subjek matematik.

2.1 Sikap Ibu Bapa

Menghuraikan maksud sikap, Crow dan Crow (1983) menyatakan bahawa sikap adalah sebab dan juga akibat kepada tingkah laku. Sikap merupakan perkara yang peribadi dan berkaitan dengan nada perasaan berhubung dengan pengalaman individu. Ia menggambarkan cara individu itu semasa berfikir, bercakap atau bertindak dalam sesuatu situasi.

Manakala Allport (1966) menyatakan bahawa sikap adalah sesuatu kesediaan mental yang tersusun hasil dari pelbagai pengalaman. Keadaan ini akan meransang suatu pengaruh yang dinamis khususnya terhadap tindakan yang diambil oleh seseorang. Beliau juga bersetuju dengan Crow dan Crow yang menyatakan sikap dilihat semasa individu itu mendengar, melihat dan berfikir.

Menurut Baron dan Byrne (1991) sikap terdiri daripada tiga komponen iaitu afektif, kognitif dan psikomotor. Komponen afektif adalah terdiri daripada gerak balas simpatetik dan ia membayangkan perasaan. Kognitif pula adalah gerak balas persepsi dan pemikiran yang membayangkan kepercayaan manakala psikomotor adalah tindakan lahiriah yang membayangkan tingkah laku.

Manakala Horland dan Rosenberg (1960), menyatakan sikap boleh terbentuk melalui tiga cara iaitu: 1. Pelaziman klasik di mana pembelajaran berdasarkan kepada keadaan di mana individu akan bertindak balas dengan cara yang sama, bila sesuatu ransangan di berikan kepada individu terbabit. 2. Sikap dipelajari melalui pengukuhan iaitu seseorang akan meneruskan sesuatu sikap jika ia mendapat pengiktirafan. 3. Sikap yang dibentuk adalah hasil daripada contoh yang dilihat dan aktiviti meniru.

Kajian yang dilakukan oleh Asfawasin (1990) ke atas 64 orang ibu bapa di Kedah memperlihatkan bahawa sikap ibu bapa yang positif akan mempengaruhi pencapaian akademik kanak-kanak sekolah rendah.

Hasil kajian ini disokong oleh Douglas (1969) di mana beliau menyatakan kanakkanak akan dapat memperbaiki prestasi diri mereka dalam akademik jika ibu bapa menunjukkan minat dan memberi galakan, dorongan dan ransangan.

2.2 Latar Belakang Ibu Bapa

Pencapaian akademik anak juga bergantung kepada latar belakang ibu bapa itu sendiri. Hasil kajian Leong, Chiong, Chin, Suradi, T. Marimuthu, Abdul Aziz, Abdul Rahman, Chew dan Lim (1990) menyatakan ibu bapa dalam sekolah bercapaian tinggi lebih berkecenderung untuk memberi motivasi yang tinggi lebih berkecenderungan untuk memberi motivasi yang tinggi pada anak-anak mereka. Menurut mereka lagi, seseorang kanak-kanak yang datang dari situasi ekonomi yang tinggi akan dapat merasakan suasana pembelajaran yang lebih baik.

Kenyataan ini dipersetujui oleh Siti Nor Yaacob et. al (1990) juga menyatakan faktor latar belakang yang dikaji mempunyai perkaitan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Mereka berpendapat taraf pendidikan ibu bapa, pekerjaan bapa dan

pendapatan keluarga mempunyai pengaruh yang signifikan ke arah pencapaian akademik anak-anak.

Manakala menurut Lareau (1987) dalam Azhar (1998) menyatakan bahawa penglibatan ibu bapa di sekolah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik anak-anak adalah dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk latar belakang pendidikan ibu bapa, jumlah masa yang diperuntukkan anak dan SES mereka.

Manakala, Goodson (1978), kepentingan pendidikan kepada anak-anak hanya akan dirasai oleh ibu bapa yang berpendidikan tinggi. Oleh itu, ibu bapa ini lebih menghabiskan masa bersama-sama dengan anak-anak mereka. Selain daripada tahap pendidikan, taraf pekerjaan juga mempunyai pengaruh ke atas pencapaian akademik anak-anak. Ini dinyatakan oleh Nooman (1976), di mana ibu bapa yang mempunyai taraf pekerjaan yang lebih baik akan akan mendapat pendapatan yang tinggi. Ini menyebabkan ibu bapa boleh menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa untuk anak-anak mereka.

Pendapat di atas disokong oleh Wan Abdul Manan (1990) di dalam kajiannya terhadap kanak-kanak Sekolah Rendah Luar Bandar, di mana beliau mendapati terdapat perkaitan yang positif antara pencapaian akademik dengan tahap pemakanan dan pendapatan keluarga.

Manakala Rumberger (1990) ibu bapa dari kelas sosio ekonomi yang rendah didapati kurang memberi galakan apabila mendapati pencapaian akademik anak mereka rendah.

Selain daripada faktor pendapatan dan pekerjaan, tahap pendidikan ibu bapa juga mempengaruhi tahap pencapaian matematik anak. Ini dinyatakan oleh Husna dan Lam (1991), mereka mendapati ibu yang mendapat pendidikan tinggi lebih menumpukan masa kepada aktiviti penjagaan anak terutama berhubung dengan pendidikan. Jelas ibu yang berpendidikan tinggi mempunyai sikap yang positif terhadap pendidikan anak-anak. Selain daripada itu, kualiti masa dari sesi keberkesanan penggunaan masa mereka bersama anak-anak juga adalah lebih tinggi berbanding dengan ibu yang berpendidikan rendah (Rahamah Mahmood, 1993).

Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Maynard, Stan, Howley dan Aimee (1997) menyatakan ibu bapa dari kawasan luar bandar mempunyai tahap nilai yang rendah terhadap pelajaran anak-anak mereka. Kajian ini diperteguhkan oleh Leong et al (1990) di mana mereka menadapati pencapaian yang lebih rendah daripada kanak-kanak bandar.

Perkaitan di atas mungkin disebabkan kemiskinan yang melanda dalam institusi keluarga berkenaan. Menurut Renchler dan Ron (1993) kanak-kanak yang dilahirkan dalam golongan keluarga yang mempunyai tahap SES yang rendah lebih menunjukkan tahap pencapaian akademik yang rendah berbanding dengan kanak-kanak yang dilahirkan dalam golongan keluarga SES tinggi.

Kajian di atas disokong oleh Fariza (1997) yang mana telah menjalankan kajian ke atas ibu di Pasir Puteh Kelantan. Beliau mendapati kanak-kanak dari SES tinggi lebih cenderung mendapat pencapaian akademik yang lebih baik. SES menyumbang kepada segala aktiviti-aktiviti yang berkait rapat dengan pembelajaran anak. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti pembelian alatan yang meransang proses pembelajaran, menyediakan anak ke kelas tambahan, menyediakan persekitaran rumah yang selesa dan sebagainya (Azhar 1998).

Di samping itu, menurut Syed Abu Bakar (1994) keadaan kemiskinan yang wujud boleh menimbulkan perasaan rendah diri di kalangan kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak tersebut akan membandingkan dirinya dengan rakan-rakannya yang lain dari segi pekerjaan ibu bapa, jenis rumah dan persekitaran rumah serta pakaian. Apabila mereka merasakan diri mereka serba kekurangan, secara tidak langsung akan menjejaskan pencapaian akademik kanak-kanak tersebut.

Hasil kajian Shaver dan Walls (1998) kanak-kanak yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah didapati memperolehi kemajuan yang sangat sedikit di dalam aktiviti membaca dan matematik mereka. Jelaslah bahawa faktor kemiskinan juga memberikan impak yang mendalam ke atas pencapaian matematik kanak-kanak.

Rumusan Bab

Beberapa kajian mengenai penglibatan ibu bapa dan sikap ibu bapa telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu sama ada di dalam atau di luar negara. Namun begitu kajian tentang penglibatan ibu bapa dengan sikap ibu bapa amatlah kurang berbanding kajiankajian yang melibatkan penglibatan ibu bapa dan latar belakang ibu bapa. Melalui

kajian-kajian lepas juga didapati kejayaan seseorang pelajar juga bergantung kepada kesediaan penglibatan ibu bapa dalam akademik mereka. Ini kerana wujudnya perhubungan yang rapat di antara institusi kekeluargaan dan persekolahan. Kedua-dua institusi ini mempunyai tugas yang tersendiri tetapi sealiran dalam mendidik anak-anak. Di samping itu ibu bapa mempunyai pengaruh dan tanggung jawab yang besar di dalam pembentukan hala tuju anak mereka terutama di dalam menentukan kejayaan anak-anak di dalam pembelajaran matematik.

Kajian-kajian yang menggunakan pemboleh ubah latar belakang ibu bapa bahawa pencapaian akademik anak juga bergantung kepada latar belakang ibu bapa itu sendiri. Bahkan ibu bapa dalam sekolah bercapaian tinggi lebih berkecenderung untuk memberi motivasi yang tinggi lebih berkecenderungan untuk memberi motivasi yang tinggi pada anak-anak mereka. Di samping itu, seseorang kanak-kanak yang datang dari situasi ekonomi yang tinggi akan dapat merasakan suasana pembelajaran yang lebih baik.

Keadaan inilah yang mendorong penulis untuk membuat kajian seumpama di atas dengan melihat perkaitan penglibatan ibu bapa dengan sikap ibu bapa dalam pencapaian matematik kanak-kanak sekolah rendah di luar bandar.

BAB 3

Metodologi

Bahagian ini menerangkan tentang rekabentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian, alat kajian, penganalisisan data dan rumusan bab.

3.0 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan. Kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran mengenai cara penglibatan ibu bapa di luar bandar dan perkaitannya dengan pencapaian matematik anak sekolah rendah. Maklumat yang diperolehi dari kajian ini boleh dijadikan asas bagi kajian penyelidikan selanjutnya.

3.1 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan disalah sebuah kawasan luar bandar di negeri Johor. Ia terletak di dalam kawasan Daerah Kluang. Kawasan yang dipilih adalah Felda Ayer Hitam Kluang yang terletak di Jalan Batu Pahat, Kluang. Jarak antara Bandar Kluang dan Felda Ayer Hitam adalah 12 kilometer.

Pemilihan lokasi kajian ini dibuat berdasarkan fakta bahawa Sekolah Kebangsaan Felda Ayar Hitam Kluang adalah sekolah luar bandar yang mempunyai reputasi akademik yang begitu merosot berbanding sekolah-sekolah luar bandar di daerah Kluang.

Umumnya pemilihan lokasi kajian ini dibuat adalah disebabkan di dalamnya terdapat populasi kajian yang bertepatan dengan tujuan kajian dan penggunaannya dijangka akan dapat menjawab persoalan kajian.

3.2 Subjek Kajian

Populasi Kajian

Populasi kajian terdiri daripada ibu bapa yang menetap di Kampung Felda Ayer Hitam yang berlainan latar belakang yang telah dikenal pasti. Kampung Felda Ayer Hitam adalah penempatan ibu bapa yang majoriti menghantar anak mereka di Sekolah Kebangsaan Felada Ayer Hitam. Jumlah ibu bapa yang dianggarkan yang menetap di Kampung Felda Ayer Hitam adalah seramai 350 orang.

Populasi di Kampung Felda Ayer Hitam yang dipilih ini meliputi ibu dan bapa yang mempunyai anak yang berumur sembilan tahun iaitu darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Felda Ayer Hitam. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pekerjaan. Jumlah

populasi yang telah dikenal pasti daripada ibu dan bapa yang mempunyai anak yang berumur sembilan tahun yang dikaji ialah seramai 60 orang.

Sampel Kajian

Dalam menentukan saiz sampel, isu yang paling penting ialah isu mengenai perwakilan dan kecukupan (Ary, 1990). Isu perwakilan mengemukakan persoalan adakah saiz sampel mewakili populasi kajian? Sementara isu kecukupan pula mengemukakan persoalan adakah bilangan sampel kajian mencukupi untuk membuat generalisasi atau kesimpulan mengenai ciri-ciri populasi kajian? Dengan lain perkataan, bilangan sampel mestilah cukup besar bagi membolehkan penyelidik meramalkan parameter populasi berasaskan batasan yang boleh diterima.

Penentuan saiz sampel yang munasabah bagi sesuatu kajian banyak berkaitan dengan reka bentuk kajian yang digubal oleh penyelidik. Menurut Tuckman (1978), saiz sampel perlu dimaksimumkan agar dapat meminimumkan ralat persampelan.

Sampel kajian yang terdiri daripada 60 orang itu dipilih di kalangan ibu bapa yang menetap di Kampung Felda Ayer Hitam Kluang yang mempunyai anak yang berumur sembilan tahun iaitu darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Felda Ayer Hitam. Sampel dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berkelompok dengan mengambil kira bilangan populasi ibu bapa yang terlibat.

JADUAL 3.0 Saiz sampel berdasarkan persampelan rawak berkelompok Nama Kampung Kampung Felda Ayer Hitam Populasi 350 Bilangan Sampel 60

3.3 Alat Kajian

Alat Kajian yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian ini ialah satu set soal selidik. Set soal selidik ini mengandungi lima bahagian iaitu: 1) Bahagian A: Latar Belakang Responden; 2) Bahagian B: Penglibatan Ibu Bapa; 3) Bahagian C: Peruntukkan Kewangan; 4) Bahagian D: Sikap Ibu Bapa; 5) Bahagian E: Pencapaian Akademik.

Penglibatan ibu bapa diukur menggunakan Skala Penglibatan Ibu Bapa yang dibentuk dan diubahsuai sendiri oleh pengkaji berpandukan kepada instrumen-instrumen dan domain yang telah digunakan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas, sebagai contoh (Asfawasin, 1990; Siti Hanimah, 1991; Samsiah, 1993; Florence, 1997 dan Fariza, 1997). Skala Likert ini mempunyai 29 item dan terbahagi kepada empat subskala iaitu perhubungan antara (ibu bapa / anak dan ibu bapa / sekolah) iaitu (9 item), memberi galakan (5 item), menetapkan disiplin (8 item) dan peruntukkan kewangan (6 item).

Bahagian A: Latar Belakang Responden

Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan maklumat diri responden. Ia di bentuk sendiri oleh penyelidik bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang subjek kajian atau responden. Antara item yang dimuatkan dalam Bahagian A adalah untuk mendapatkan data peribadi responden termasuklah jantina, umur, kelulusan akademik, bilangan anak dan tangga gaji.

Bahagian B: Soal Selidik Penglibatan Ibu Bapa Bahagian B soal selidik ialah Penglibatan Ibu Bapa diukur menggunakan Skala Penglibatan Ibu Bapa yang dibentuk dan diubahsuai sendiri oleh pengkaji berpandukan kepada instrumen-instrumen dan domain yang telah digunakan oleh pengkaji-pengkaji lepas. Dalam Bahagian B ini ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: A) Bentuk penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak (perhubungan); B) Bentuk penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak (memberi galakan); dan C) Bentuk penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak (menetapkan disiplin).

Bahagian C: Peruntukkan Kewangan Bahagian C soal selidik ialah Peruntukkan Kewangan di mana ibu bapa yang membelanjakan wang untuk perkara-perkara yang telah ditetapkan berdasarkan item-item yang diberi. Dalam bahagian ini responden hanya menjawab Ya atau Tidak berpandukan item-item yang diberi serta jumlah perbelanjaan kasar pada setiap item. Di dalam bahagian ini juga harapan ibu bapa mengenai pangkat / gred yang dimahukan dalam subjek matematik. Bahagian D: Sikap Ibu Bapa

Bahagian D di dalam set soal selidik ini berkisarkan sikap ibu bapa terhadap anak mereka dalam mata pelajaran matematik. Dalam bahagian ini pengkaji telah menetapkan 30 item yang perlu dijawab oleh responden. Responden hanya perlu membulatkan nombor yang disediakan berpandukan skala yang diberi. Bahagian D ini telah dibentuk dan diubahsuai sendiri oleh pengkaji berpandukan kepada instrumen-instrumen dan domain yang telah digunakan oleh pengkaji-pengkaji lepas.

Bahagian E: Pencapaian Akademik Pelajar Soal selidik bahagian ini adalah mengenai pencapaian akademik pelajar. Dalam Bahagian E ini hanya diisi oleh penyelidik sendiri berpandukan keputusan peperiksaan akhir tahun terutamanya dalam mata pelajaran matematik.

JADUAL 3.1 Cara pemarkahan bagi soal selidik bentuk penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak Respon Jawapan Tidak pernah Kadang-kadang Selalu Item Positif 1 2 3 Item Negatif 3 2 1

JADUAL 3.2 Subskala penglibatan ibu bapa dalam peruntukkan kewangan dan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah

Respon Jawapan Ya Tidak

Item Positif 1 0

Item Negatif 0 1

JADUAL 3.3 Subskala hubungan ibu bapa dengan anak Penglibatan Ibu Bapa 1 2 3 Skor yang diperolehi 0 - 13 14 - 19 20 ke atas Tahap Kekerapan Rendah Sederhana Tinggi

JADUAL 3.4 Subskala penglibatan ibu bapa dengan pihak sekolah Penglibatan Ibu Bapa 1 2 3 Skor yang diperolehi 0-2 3-5 6 ke atas JADUAL 3.5 Subskala penglibatan ibu bapa dari segi memberi galakan Penglibatan Ibu Bapa 1 2 3 Skor yang diperolehi 0 - 18 19 - 26 27 ke atas Tahap Kekerapan Rendah Sederhana Tinggi Tahap Kekerapan Rendah Sederhana Tinggi

JADUAL 3.6 Subskala penglibatan ibu bapa dari segi menetapkan disiplin

Penglibatan Ibu Bapa 1 2 3

Skor yang diperolehi 0 - 16 17 - 23 24 ke atas

Tahap Kekerapan Rendah Sederhana Tinggi

JADUAL 3.7 Subskala penglibatan ibu bapa dari segi peruntukkan perbelanjaan Penglibatan Ibu Bapa 1 2 3 3.4 Tata Cara Kajian Skor yang diperolehi 0-1 2-3 4 ke atas Tahap Kekerapan Rendah Sederhana Tinggi

Langkah pertama yang dibuat oleh penyelidik ialah menentukan bidang mana yang hendak dikaji melalui kajian-kajian lepas serta rujukan daripada perpustakaan, pusat sumber dan internet.

Dalam kajian ini, terdapat dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer diperoleh daripada subjek kajian melalui borang soal selidik yang diedarkan. Sementara data sekunder diperoleh daripada pusat sumber dan perpustakaan. Bagi menjalankan

kajian di sekolah dan di kampung yang telah dikenal pasti, langkah berikut telah dijalankan iaitu: 1. Menyediakan kertas cadangan penyelidikan 2. Memohon kebenaran membuat penyelidikan daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah), Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. 3. Setelah mendapat kebenaran membuat penyelidikan daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan telah dibuat kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk kebenaran membuat penyelidikan di sekolah yang telah dikenal pasti. 4. Setelah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri, surat kebenaran rasmi dihantar kepada Guru Besar Sekolah kebangsaan Felda Ayer Hitam, Kluang, Johor. 5. Menyediakan set soal selidik yang mengandungi lima bahagian iaitu Latar Belakang Responden, Soal Selidik Penglibatan Ibu Bapa, Soal Selidik Peruntukkan Kewangan, Soal Selidik Sikap Ibu Bapa dan Borang Pencapaian Akademik Pelajar. 6. Membuat temu janji dengan dengan ibu bapa melalui pihak sekolah untuk mengedarkan soal selidik. 7. Mengedarkan soal selidik kepada responden melalui pihak sekolah dengan kerjasama guru kaunseling sekolah dan memberi seminggu untuk ibu bapa menjawab dan kembalikan kepada penyelidik.

8. Memasukkan data menggunakan bantuan komputer iaitu program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). 9. Membuat penganalisisan data yang melibatkan statistik deskriptif, Korelasi Pearson, Regresi Pelbagai dan ANOVA. 10. Menulis laporan akhir kajian.

Berkaitan dengan soal selidik, penerangan yang teliti diberikan kepada wakil pihak penyelidik iaitu guru kaunseling sekolah berkenaan. Penerangan yang teliti juga diberikan secara bertulis kepada setiap responden untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan kesulitan. Sekiranya responden perlu penjelasan selanjutnya, mereka boleh menghubungi guru kaunseling yang menjadi wakil bagi pihak penyelidik. Responden juga diberitahu bahawa mereka harus menjawab mengikut pendapat sendiri dan bukannya mengikut tanggapan orang lain. segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan adalah untuk tujuan kajian semata-mata. Mereka seharusnya menjawab secara terbuka, jujur, dan ikhlas.

3.5 Analisis Data

Pengujian Hipotesis Kajian

Data-data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Untuk tujuan pengujian hipotesis, alat statistic seperti Korelasi Pearson, Regresi Pelbagai dan ANOVA akan digunakan. Pemilihan statistic untuk menguji sesuatu

hipotesis ini adalah berpandukan jadual yang terkandung dalam buku Conducting Educational Research oleh Tuckman (1978). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Jadual 3.8. Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan penglibatan ibu bapa dengan perhubungan anak dan pihak sekolah, sementara Regrasi Pelbagai metod enter digunakan untuk menentukan sama ada wujud hubungan yang saling mempengaruhi antara peruntukkan kewangan dalam bahagian C soal selidik dan faktor sikap ibu bapa yang terkandung dalam soal selidik bahagian D.

JADUAL 3.8 Pemilihan alat statistik yang sesuai berasaskan skala pengukuran mengikut Tuckman (1978) Bil H1 Hipotesis Kajian Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara faktor latar belakang ibu bapa (taraf pendidikan) dengan penglibatan ibu bapa. Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara faktor latar belakang ibu bapa (umur) dengan penglibatan ibu bapa. Tidak terdapat perkaitan Pemboleh ubah Tak Bersandar Latar belakang ibu bapa (taraf pendidikan) Pemboleh ubah Bersandar Penglibatan ibu bapa Alat Statistik Korelasi Pearson

H2

Latar belakang ibu bapa (umur)

Penglibatan ibu bapa

Korelasi Pearson

H3

Latar belakang

Penglibatan ibu

Korelasi

H4

H5

yang signifikan di antara faktor latar belakang ibu bapa (pendapatan) dengan penglibatan ibu bapa. Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian matematik kanak-kanak. Tidak terdapat perkaitan yang signifikan di antara sikap ibu bapa dengan pencapaian matematik kanak-kanak.

ibu bapa (pendapatan) Penglibatan ibu bapa

bapa

Pearson

Pencapaian matematik kanak-kanak

Korelasi Pearson

Sikap ibu bapa

Pencapaian matematik kanak-kanak

Korelasi Pearson

Data yang diperolehi dianalisis menggunakan program Statistical Package for the Social Science for Windows (SPSS for Windows). Data dihuraikan secara statistik diskriptif iaitu dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan median. Pekali korelasi Pearson digunakan untuk menguji perkaitan di antara dua pemboleh ubah. 3.6 Implikasi Kajian

Kajian ini telah berjaya mencungkil maklumat-maklumat terkini berkaitan penglibatan ibu bapa di dalam pencapaian matematik kanak-kanak sekolah rendah di daerah Kluang. Di samping itu kajian ini juga berjaya memberikan makluamt mengenai penglibatan ibu bapa berdasarkan perhubungan dengan anak dan pihak sekolah, galakan, menetapkan disiplin, peruntukkan kewangan, dan sikap ibu bapa.

Maklumat-maklumat ini diharap dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk memahami tanggung jawab sebagai seorang ibu dan bapa dalam membimbing anak agar cemerlang dalam akademik khususnya dalam mata pelajaran matematik. Ia boleh juga digunakan

oleh kaunselor, guru kaunseling, pentadbir sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memahami pencapaian matematik. Langkah-langkah perlu kemudiannya boleh digubal bagi melahirkan pelajar yang cerdik dan pintar seimbang dari segi jasmani. emosi, rohani, dan intelek bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Hasil kajian ini juga diharap dapat membebaskan ibu bapa daripada terus dipengaruhi oleh persekitaran dan kebudayaan masyarakat yang mereka anggotai. Mereka harus sedar bahawa mata pelajaran matematik amat penting dalam pelajaran masa kini.

Ibu bapa mestilah sedar bahawa pada masa sekarang mata pelajaran matematik adalah amat penting dalam kehidupan yang begitu mencabar dan global. Menyedari hakikat ini bukan hanya peranan guru memainkan peranan yang penting, malah ibu bapa juga memainkan peranan yang cukup penting dalam mendidik dan membentuk anak mereka. Ibu bapa merupakan kompenen penting untuk menimbulkan minat dan seterusnya mengekalkan minat murid mempelajari sesuatu bidang ilmu. Maka untuk mengelakkan daripada terjadinya perkara-perkara negatif tersebut, ibu bapa haruslah mengambil peranan masing-masing untuk membantu pencapaian akademik amnya dan dalam mata pelajaran matematik khususnya.

Dapatan kajian ini juga boleh dijadikan sumber maklum balas yang sangat berguna kepada kaunselor dan guru kaunseling terutama dalam membantu klien yang mempunyai masalah dalam pencapaian matematik.

Ibu bapa dan guru-guru berperanan penting dalam pencapaian mata pelajaran matematik di kalangan pelajar. Nasihat serta galakan yang diberi dapat meningkatkan lagi minat pelajar dalam mata pelajaran matematik. Maklumat kajian ini boleh membantu mereka mengenal pasti kecenderungan dan minat pelajar dalam mata pelajaran matematik. Ibu bapa boleh memberikan panduan serta nasihat kepada anak-anak mereka sementara guruguru pula memberikan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dalam penguasaan dalam mata pelajaran matematik.

3.7 Rumusan Bab

Kajian ini dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan. Kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran mengenai cara penglibatan ibu bapa di luar bandar dan perkaitannya dengan pencapaian matematik anak sekoleh rendah. Kajian ini dijalankan di salah sebuah kawasan luar bandar yang teletak di daerah Kluang, Johor. Kawasan yang dipilih adalah Kampung Felda Ayer Hitam Kluang yang terletak di Jalan Batu Pahat, Kluang.

Kajian ini hanya terhad kepada ibu bapa serta anak-anak mereka yang belajar dalam darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Felda Ayer Hitam, Kluang. Kajian ini juga terhad

kepada ibu bapa yang berketerunan Melayu dari keluarga lengkap yang tinggal bersama. Lagi pun masyarakat kampung tersebut terdiri daripada 100% bangsa melayu.

Responden kajian ini terdiri daripada 60 orang ibu bapa. Responden ibu bapa dikenalpasti melalui anak-anak mereka yang berumur sembilan tahun iaitu pelajar dalam tahun tiga di Sekolah Kebangsaan Felda Ayer Hitam, Kluang.

Kajian ini dijalankan pada awal bulan Mei 2006. Maklumat asas mengenai latar belakang murid diperolehi daripada guru kelas. Ibu bapa dihubungi terlebih dahulu melalui telefon untuk mendapatkan persetujuan sebagai responden kajian di samping menetapkan masa untuk temubual.

Segala maklumat mengenai penglibatan ibu bapa dikumpul menggunakan borang soal selidik dan maklumat pencapaian matematik pelajar diperolehi dari rekod kemajuan murid di sekolah melalui guru kelas. Borang soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian utama yang mana soalannya mengukur pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak bersandar kajian. Pra uji telah dilakukan terlebih dahulu ke atas soal selidik yang telah dibentuk bagi menentukan soalan-soalan yang dikemukakan mudah untuk difahami dan menepati objektif kajian.

BAB 4

Rumusan Keseluruhan dan Cadangan

Kajian penglibatan ibu bapa di dalam pencapaian matematik kanak-kanak sekolah rendah di luar bandar ini di jalankan di Daerah Kluang. Seramai 60 orang responden telah dipilih untuk kajian ini. Mereka terdiri daripada murid melayu yang berada di dalam darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Felda Ayer Hitam, Kluang. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penglibatan ibu bapa di dalam pencapaian matematik kanak-kanak di samping mengkaji sikap ibu bapa terhadap pencapaian matematik kanak-kanak ini.

Secara keseluruhannya, beberapa rumusan dan cadangan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah: 1. Ibu bapa perlu meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dengan anak mereka di dalam aktiviti pembelajaran. Walaupun ibu bapa tersebut tidak berpelajaran tinggi tetapi mereka masih dapat membantu meningkatkan tahap pencapaian matematik anak mereka. Ini kerana sokongan dan dorongan serta minat yang ditunjukkan oleh ibu bapa dapat meransang minat dan kesungguhan kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu. 2. Ibu bapa perlu mempertingkatkan pengetahuan mereka mengenai tahap perkembangan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu didedahkan dengan seminar, forum, ceramah atau apa jua majlis ilmu yang dapat menambahkan tahap pengetahuan mereka. Dengan cara ini, ibu bapa akan faham perkembangan anakanak mereka dan cuba menjadi yang terbaik. 3. Ibu bapa hendaklah peka kepada keperluan anak-anak. Sebagai contoh, menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen matematik ataupun membelikan buku latihan tambahan kepada anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu memupuk minat dan kesedaran kepada anak mereka mengenai subjek matematik ini. Ini agar anak mereka tidak merasakan mata pelajaran matematik itu adalah satu pelajaran yang sukar.

Selain itu, pihak-pihak tertentu juga boleh melaksanakan program-program yang tertentu untuk membantu kanak-kanak menguasai kemahiran matematik ini. Sebagai contoh, pihak sekolah. Antara-antara cadangan-cadangan tersebut adalah:

1. Tingkatkan taraf kelas-kelas pemulihan terutama pada murid-murid yang lemah di dalam subjek matematik ini. Sediakan guru-guru yang berpengalaman yang mana boleh menimbulkan minat murid dan meningkatkan tahap pencapaian matematik ini. 2. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang subjek matematik ini. Pendedahan boleh dilakukan dengan menghantar murid-murid menghadiri kursuskursus motivasi, seminar dan ceramah yang boleh menimbulkan minat terhadap subjek matematik. 3. Meningkatkan penggunaan alat bantu mengajar. Gunakan alat bantu mengajar yang mana boleh menimbulkan minat dan meningkatkan pencapaian matematik. murid-murid akan lebih mudah faham jika guru menggunakan alat bantu mengajar yang produktif.

Dan akhir sekali, cadangan-cadangan kepada pengkaji akan datang untuk memantapkan lagi kajian ini maka bolehlah: 1. Dapat membesarkan jumlah sampel dan mengambil lebih ramai responden di masa akan datang. 2. Di harap dapat mengkaji responden daripada pelbagai etnik. Dengan cara ini, stail keibubapaan dapat dibezakan antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. 3. Pengkaji boleh juga mengkaji penglibatan ibu bapa dalam mata pelajaran yang lain, contohnya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ini kerana dasar kerajaan mewujudkan PPSMI bermula pada tahun 2003.

4. Pengkaji boleh mengkaji ibu bapa dari kawasan bandar dan sangat baik jika dapat di buat perbandingan di antara tahap penglibatan ibu bapa di kawasan bandar dan luar bandar.

BIBLIOGRAFI

Anderson, dan Ann, G. (1998). Parents As Partners: Supporting Childrens Mathematics Learning Prior To School. Early Childhood Education, 4(6), [email protected]. Allport, G.W. (1996). Attitudes Cox And Wyman Ltd. London. Asfawasin, Z. (1990). Perkaitan di antara Penglibatan Ibu Bapa dalam Pembelajaran Kanak-Kanak dan Pencapaian Akademik Kanak-Kanak Sekolah Rendah. Kertas Projek yang tidak diterbitkan. Jabatan Pengajian Pembangunan Keluarga. Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Azhar, A. (1998). Corak Penglibatan Ibu yang Menyumbang Terhadap Kebolehan Membaca Kanak-Kanak Tahun Satu Di Sekolah Rendah Luar Bandar Di Daerah Miri Sarawak. Master Sains. Jabatan Pengajian Keluarga. Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Bali, Sandra, J., Demo dan David, H. (1998). Family Involvement With Childrens Homework: An Intervention In The Middle Grades (A). Family Relation, 47(2), 149-158. [email protected]. Baron, R. A. dan Byrne, D. (1991). Social Psychology: Understanding Human Interaction. Allyn And Bacon, Boston.

Becher dan Rhoda (1986). Parents And School. ERIC Clearinghouse On Elementary and Early Childhood Education. [email protected] Berk, L. E. (1994). Child Development (3rd edition). Boston. Crow dan Crow (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Douglas, J. W. B. (1969). The Home And The School. Ebenezer Baylis And Son Ltd. ERIC Digests (1990). Positive Discipline. ERIC Clearinhouse On Elementary and Early Childhood Education. [email protected] Fariza, S. (1997). Penglibatan Ibu Bapa dan Pencapaian Akademik Kanak-Kanak Sek. Ren. Pasir Puteh Kelantan. Kertas Projek yang tidak diterbitkan. Jabatan Pengajian Pembangunan Keluarga. Fakulti Ekologi Manusia. Universiti Putra Malysia.

Florence, C. P. (1997). Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Anak-Anak di Kampung Pundut Limbang, Sarawak. Kertas Projek yang tidak diterbitkan. Jabatan Pengajian Pembangunan Keluarga. Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Goodson, B. D. (1978). The Effects Of Parent Training Programe On Child Performance and Parent Behaviour. Family Perspective. 18(4). Hamdan, S. T. (1975). Pendidikan Hari Ini Untuk Hari Esok. Kementerian Pendidikan Malaysia. Dewan Bahasa Pustaka. Kuala Lumpur. Horland, C. I. dan Rosernberg, M. J. (1960). Attitude Organizational And Change. Yale University Press. New York. Husna, S. dan Lam, C. (1991). Family Care And Interaction Time Of Proffesional Mothers. Malaysia Journal Of Family Studies. 2. 14-24. Ismail, R. (1992). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Maktab Perguruan Kuala Terengganu, 137-147. Jenkins, G. G. (1979). For Parents Particularly. Childhood Education. 56(1). 39-41. Laurence, S., Susie, D., dan Nancy, D. (1992). Impact of Parenting Practices on

Adolosent Achievement: Authoritative Parenting, School Involvement and Encouragement to Succeed. Journal of Child Development, 63, 1266-1281. Leong, Y. C., Cheong, S. Y., Chew, S. B., Suradi, S. Marimuthu, T., Abdul Aziz, A. T., Abdul Rahim, A. R., Chew, S. M., Lim, M. M., & Koh, B. B. (1990). Faktorfaktor yang mempengaruhi Pencapaian Akademik Pelajar di Sekolah-Sekolah Malaysia. Ringkasan Eksekutif Dipersembahkan Kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, 15-68. Mohd Majid, K. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Musa, M., Johari, N., Bahiyani A., Abu Bakar, A., Zulkipli, A., dan Arbaeyah, S. (1994). Kajian Prestasi Matematik Murid Melayu Di Luar Bandar Kajian Kes Di Sek. Keb. Malim Nawar. Laporan Kajian Tindakan (PIER). Nooman, R. D. (1976). School Recources, Social Class And Students Achievement. Almgrist And Wiksell International. Sweden. Rahamah, M. (1993). Sikap Dan Aspirasi Ibu Bapa Miskin Terhadap Pendidikan AnakAnak. Kertas Projek yang tidak diterbitkan. Jabatab Pengajian Pembangunan Sosial. Fakulti Ekologi Manusia. Universiti Putra Malaysia. Renchler dan Ron (1993). Poverty And Learning. ERIC Clearinghouse On Educational Management. [email protected] Riley dan Richard, W. (1994). Ingredient For Success: Family Involvement. Teaching Prek-8, 25(1), 12-15. [email protected] Rozumah, B. (1997). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Rumberger, R. W. (1990). Droping Out Of High School. The Influnce Of Sex, Race And Family Background. American Sociological Review. 20. 199-220. Samsiah, H. (1993). Tahap Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pelajaran Anak-Anak Di Kampung Gong Kulim, Pasir Puteh, Kelantan. Kertas Projek yang tidak diterbitkan. Jabatan Pengajian Pembangunan Keluarga. Fakulti Ekologi Manusia. Universiti Putra Malaysia. Sharon, E. (1994). Relations of Parenting Style and Parental Involvement With NinthGrade Students Achievement. Journal of Early Adolescence, 14(2), 250-267. Shaver, A. V. dan Walls, R. T. (1998). Effect Of Little Parent Involvement On Student And Mathematics Achievement. Journal Of Research And Development In Education, (31), 90-97.

Sidek Mohd Noah, (2002). Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang. Siti Hanimah, R. (1991). Penglibatan Ibu Bapa dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kertas Projek yang tidak diterbitkan. Jabatan Pengajian Pembangunan Keluarga. Fakulti Ekologi Manusia. Universiti Putra Malaysia. Siti Nor, Y., Ariffin, N., Ahmad Hariza, H., Abdullah Al-Hadi, M., dan Anuar A. Perkaitan Beberapa Faktor Latar Belakang Keluarga Dengan Pencapaian Akedemik Pelajar. Jurnal Pendidikan Guru, 6, 87-96. Shirley, K. (1999). Attachment Dicipline Communicates Love. Parenting Perspective. Weekly Article. www.parentsnews.com Syed Abu Bakar, S. A. (1994). Panduan Mengajar Kemahiran Membaca. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Tuckman, B.W. (1972). Conducting educational research, 2nd Edition. New York: Harcourt Brace Jovanovich, Inc. Wan, A. M. (1990). Pemakanan, Kemunduran Pelajaran dan Kemiskinan: Kajian Ke Atas Kanak-Kanak Sekolah Rendah Luar Bandar. Kajian Malaysia. 111. 121-137. Yaman, J. (1990). Parent-Child Interaction And Childrens Achievement Motivation In Numbers. Midterm Paper, University Of Havard. ________________ (2000). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara ________________ (2004). Analisa UPSR. Peperiksaan Pertengahan Tahun: Pejabat Pendidikan Daerah Kluang. ________________ (1997). Laporan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pendidikan.

Lampiran

Jadual Kerja

Tarikh 10 Mei 2006 24 Mei 2006 25 Mei 2006

Perkara Pemberian tugasan 2 dan perbincangan mengenai tugasan Penetapan tajuk kajian dengan bantuan pensyarah Perbincangan mengenai Bab 1 oleh Dr. Tajularipin di dalam dewan kuliah. Membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet Perbincangan bersama Dr. Tajularipin dan rakan-rakan di dalam dewan kuliah. Penulisan Bab 1 Perbincangan mengenai Bab 2 oleh Dr. Tajularipin di dalam dewan kuliah. Membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet Perbincangan bersama Dr. Tajularipin dan rakan-rakan di dalam dewan kuliah. Penulisan Bab 2 Perbincangan mengenai Bab 3 oleh Dr. Tajularipin di dalam

31 Mei 2006 01 Jun 2006

07 Jun 2006

08 Jun 2006

dewan kuliah. Membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet Perbincangan bersama Dr. Tajularipin dan rakan-rakan di dalam dewan kuliah. Penulisan Bab 3 Membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet Perbincangan bersama Dr. Tajularipin dan rakan-rakan di dalam dewan kuliah. Penulisan draf penuh cadangan penyelidikan Perbincangan dengan pensyarah. Membuat rujukan di perpustakaan. Pembinaan set soal selidik (SSPSP) Perbincangan dengan pensyarah. Mengemaskinikan penulisan laporan cadangan penyelidikan. Menyediakan draf akhir. Perbincangan dengan pensyarah Mengemaskinikan penulisan laporan cadangan penyelidikan. Menyempurnakan tugasan 2 Cadangan Penyelidikan Penghantaran tugasan 2.

14 Jun 2006

15 Jun 2006 18 Jun 2006 21 Jun 2006

22 Jun 2006 25 Jun 2006 27 Jun 2006 28 Jun 2006