Penglipur Lara

20
PKP 3117-SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN TUTORIAL – MINGGU 2 DI SEDIAKAN OLEH : PISMP PEMULIHAN SEMESTER 8 NUR FATIHAH BINTI KAMARUDDIN NORSAADAH BINTI HJ ABDULLAH FATIN BINTI ABDUL RAZAK SITI AMIRA BINTI AZAHAR

description

cerita penglipur lara (bahasa melayu)

Transcript of Penglipur Lara

Slide 1

PKP 3117-SENI BAHASA DAN SASTERA DALAM PENDIDIKAN PEMULIHANTUTORIAL MINGGU 2DI SEDIAKAN OLEH :PISMP PEMULIHAN SEMESTER 8

NUR FATIHAH BINTI KAMARUDDINNORSAADAH BINTI HJ ABDULLAHFATIN BINTI ABDUL RAZAKSITI AMIRA BINTI AZAHAR1SOALAN MINGGU KE 2TUTORIAL - Pemerihalan pelajar tentang cerita penglipur laraISL - Mencari maklumat tentang cerita2 binatang

2DEFINISIMenurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, Penglipur membawa maksud penghibur, manakala Lara pula bermaksud duka atau kesedihan hati. Daripada cantuman dua kata Penglipur dan Lara membawa pengertian cerita yang menghiburkan orang dalam kesedihan atau dukacita.

3Cerita Penglipur Lara ialah cerita-cerita roman yang mengandungi unsur adventure.Biasanya cerita berlegar di sekitar golongan istana atau golongan-golongan putera-puteri, cerita raja dengan segala gambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-kejadian yang luar biasa (supernatural).4CIRI-CIRI CERITA PENGLIPUR LARA

5BertemaBertemakan percintaan antara wira dengan wirawati.Percintaan mereka ini dikaitkan dengan pengembaraan sang wira dalam mencari pasangan mereka (wirawati) disebabkan oleh hal-hal yang tertentu.Persoalan yang biasa diutarakan ialah mengenai persoalan peperangan, kesaktian, kehebatan, kemewahan dan kegagahan ditonjolkan dalam cerita Penglipur lara.Penyelesaian cerita-cerita Penglipur lara biasanya mereka hidup bahagia bersama wirawati (happy ending).

6Watak Dan PerwatakanI) Watak Utama (Protagonis)Watak utama dalam cerita penglipur Lara terdiri dari kalangan putera puteri raja. Watak utama diwarnakan dengan warna putih iaitu watak baik dan mempunyai segala kelebihan, keistemewaan dan keberanian yang tidak terdapat di kalangan kebanyakan orang. Peranan watak utama iaitu wira akan mengembara dengan tujuan yang tertentu. Di sini jelas diperlihatkan wira akan menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan, kesusahan dan sebagainya, tetapi semuanya akan berakhir dengan kejayaan di atas kepintaran, kebijaksanaan dan kegagahan yang mereka miliki.

7ii) Watak PembantuBiasanya watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh, pengiring pada watak utama samada pada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak tanduk watak utama.

iii) Watak Jahat (Antagonis)Gambaran mengenai watak jahat ini terdiri dari watak yang menjadi penghalang kepada watak utama dalam mencapai sesuatu tujuan dan sering menimbulkan masalah kepada watak utama. Watak ini dianggap sebagai musuh jahat kerana sering menaruh niat buruk , sering menimbulkan pergaduhan dan peperangan.

8Dari Segi Struktur Isi Cerita / Ploti)Bahagian awal:Pada bahagian awal diceritakan tentang kisah sebelum pengembaraan wira. Bahagian awal dimulakan dengan latar belakang kelahiran wira, kehidupannya sewaktu kecil disertakan dngan latar belakang kehidupan keluarga wira. Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang kejadian yang luar biasa berlaku semasa wira dilahirkan seperti kelahiran wira yang disertai dengan hujan, ribut, kilat, petir, serta suasana alam yang luar biasa. Kadang-kadang digambarkan kelahiran wira juga akan disertai dengan benda atau senjata yang ajaib penuh kesaktian.

9ii)Bahagian Pengembaraan:Pada bahagian ini diterangkan sebab-sebab wira keluar dari istana untuk mengembara dengan tujuan-tujuan yang tertentu. Dalam pengembaraan tersebut wira akan menghadapi pelbagai halangan, rintangan dan penderitaan yang menguji kesabaran atau ketabahan dalam mengharunginya. Peperangan juga berlaku di antara watak wira dengan watak jahat yang cuba menghalang hasrat wira mencapai tujuan pengembaraannya. Di samping itu disisipkan juga unsur-unsur percintaan dan perkahwinan wira dengan puteri-puteri raja negeri yang disinggahi atau dikalahkan.

10iii)Bahagian Akhir:Setelah berhempas pulas untuk mencapai apa yang dihajati, akhirnya wira pun mencapai kejayaan. Sebaik saja hajat dan tujuan yang diharapkan telah berjaya diperolehi wira pun kembali semula ke istana, membawa isteri atau isteri-isterinya dan hidup aman bahagia dengan segala kebesaran dan kemegahan memerintah kerajaan yang besar.11Cerita Berpusat Di Kalangan Putera-puteri RajaBerkisar di sekitar istana yang mengisahkan tentang wira dan wirawati dari kalangan putera-puteri raja. Latar cerita yang dicipta kebanyakannya hidup dalam alam fantasi (khayalan), di mana dunia kayangan digambarkan dengan dewa-dewi dan pari-pari yang dikatakan terletak di langit. Dunia yang dihuni oleh manusia yang terletak di bumi. Dalam cerita-cerita penglipur lara , keturunan raja-raja khasnya wira dan wirawati dikaitkan asal usulnya dari keturunan dewa-dewi dari kayangan. Malah sering kita jumpa dalam cerita Penglipur lara dimana wira mendapat bantuan atau kesaktian setiap kali menghadapi musuhnya.

12Bentuk Prosa Dengan Selingan PuisiKeseluruhan cerita Penglipur lara disampaikan dalam bentuk prosa iaitu karangan yang tidak berangkap, tetapi jika berhadapan dengan Penglipur lara itu sendiri, ia di dengar seperti puisi kerana pencerita akan melagukan agar sedap di dengar serta menarik minat pendengar.13FUNGSI CERITA PENGLIPUR LARA14Sebagai Alat Hiburan Dan Escapism / PelarianIsi ceritanyadipenuhi dengan peristiwa fantasi, luar biasa, penuh gambaran kemewahan, kebesaran dan keindahan hidup golongan putera-puteri rajayang dapat memberi suatu kepuasan yang menghiburkan. Isi cerita Penglipur lara juga dijadikan sebagai suatu perlarian bagi golongan rakyat jelata yang miskin dan hidup dikelilingi penderitaan kerana isi cerita Penglipur lara amat menonjolkan unsur-unsur kemewahan yang indah. Dengan mendengar cerita yang indah dan hebat khalayak dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup atau masalah yang membelenggui mereka.Lebih menghiburkan ialah melalui gaya penyampaian tukang-tukang cerita yang unik dan tersendiri dalam menyampaikan cerita, yang diselang-selikan dengan ungkapan-ungkapan yang indah, disampaikan dengan iringan muzik dengan pelbagai lagu dan rentak sehingga dapat menimbulkan suasana nyaman, indah, gembira yang menyeronokkan dan menghiburkan khalayak atau pendengar.

15Sebagai Alat Pengajaran Dan Pendidikan MoralSifat hormat kepada ibu bapa dan orang tua.Sifat tanggungjawab pemimpin (raja).Sifat-sifat patriotik dan cintakan tanah air.Hubungan harmoni dan mesra antara golongan raja dan rakyat.Berbuat baik kepada ibu bapa dan kepada mereka yang tidak bernasib baik.Sifat berdikari dan mencari untung.16Sebagai Pengekalan Norma Dan Sistem Etika MasyarakatUnsur moral dan etika yang terkandung dalam cerita-cerita penglipur lara dapat diwariskan kepada generasi terkemudian.17Sebagai Alat Gambaran MasyarakatCerita-cerita menggambarkan corak kehidupan masyarakat Melayu. Misalnya dari segi sistem pemerintahan yang bersifat feudal. Gambaran adat istiadat yang diamalkan di istana.Sistem sosial yang diamalkan baik dari segi pendidikan, kepercayaan, amalan dan sebagainya.

18RUJUKANhttp://sasterasmso.tripod.com/id1.htmlhttp://kmtppuintan.blogspot.com/2011/08/cerita-penglipur-lara-definisi-menurut.html19SEKIAN, TERIMA KASIH..20