PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat...

66
PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA KENEGARAAN FUAD HASSAN MOHD AYOP ABD RAZID Edisi Kemaskini

Transcript of PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat...

Page 1: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA KENEGARAAN

FUAD HASSANMOHD AYOP ABD RAZID

Edisi Kemaskini

Page 2: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

KUIZ MEGAPENGUASAAN LENGKAP

FAKTA-FAKTA KENEGARAAN

FUAD HASSANMOHD AYOP ABD RAZID

Jabatan Hal Ehwal KhasKementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

Page 3: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

KANDUNGAN

Bicara Menteri

Kata Penerbit

Asas-Asas Politik dan Pemerintahan

Sistem Pentadbiran Kerajaan Malaysia

Perlembagaan dan Sistem Kehakiman Malaysia

Masyarakat Malaysia – Hubungan Etnik

Sejarah Malaysia Moden

Asas-Asas Ekonomi Malaysia

Dasar-Dasar Negara

Bibliografi

Muka Surat

01

04

06

28

40

50

60

82

96

Judul:Kuiz MegaPenguasaan Lengkap Fakta-Fakta KenegaraanKategori – Kenegaraan/Sejarah/Politik

Penulis: Fuad HassanMohd Ayop Abd Razid

© Hak Cipta TerpeliharaTidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Cetakan Pertama 2013Cetakan Kedua 2014 (Edisi Kemaskini)ISBN: 978-967-11203-4-7

Diterbitkan Oleh:Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)Kementerian Komunikasi Dan Multimedia MalaysiaTingkat 3-6, Blok D, Kompleks Pejabat Kerajaan,Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn,50610 Kuala Lumpur

www.jasa.gov.myMoto JASA: “MEMIMPIN PENDAPAT RAKYAT”

Page 4: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

01 02

Bicara Menteri

Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tahun 2014 adalah tahun istimewa di mana sambutan hari kemerdekaan kita adalah untuk kali yang ke-57. Justeru, dapat saya katakan bahawa sambutan kali ini adalah sambutan dari 57 ke 57 dengan bertemakan ‘Malaysia Di sini Lahirnya Sebuah Cinta’. Bunyinya agak puitis tetapi mengandungi maksud yang cukup mendalam dan bermakna sekali. Sebenarnya, tema itu dipetik daripada lirik lagu “Warisan” yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Saya percaya tema tersebut akan memberikan kesan mendalam yang dapat melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat Malaysia.

Perkara penting yang harus difahami oleh seluruh rakyat Malaysia ialah perasaan cintakan negara atau semangat patriotisme adalah ciri penting ‘kenegaraan’. Kamus Dewan mendefinisikan ‘kenegaraan’ sebagai konsep yang merujuk kepada sesuatu masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan. Pada prinsipnya, kenegaraan sesebuah negara merangkumi tiga bidang utama iaitu sistem pentadbiran, sistem perundangan dan sistem kehakiman. Yang menentukan doktrin pengasingan kuasa antara ketiga-tiga badan itu ialah Perlembagaan.

Secara asasnya, badan pentadbiran melaksanakan sistem pentadbiran di bawah struktur dan organisasi yang dibentuk berasaskan lunas-lunas perlembagaan dan demokrasi. Badan perundangan pula bertindak menggubal undang-undang untuk perjalanan sistem kehakiman negara. Di Malaysia, badan perundangan terdiri daripada Parlimen dan Dewan

Undangan Negeri. Fungsi badan kehakiman pula ialah untuk mengimbangkan kuasa antara badan perundangan dan badan pentadbiran (eksekutif). Ciri utama badan kehakiman ialah bebas daripada kawalan badan-badan perundangan dan eksekutif serta pengaruh politik.

Rakyat sepatutnya memahami sekurang-kurangnya secara asas kesemua aspek kenegaraan itu. Ia memerlukan pendidikan kenegaraan yang berterusan. Justeru, buku ini cuba mendedahkan kepada kita perihal aspek-aspek kenegaraan tersebut. Menariknya, ia dipersembahkan dalam bentuk kuiz berserta jawapan. Ia memudahkan kita memahami serta mengingati perkara-perkara penting kenegaraan Malaysia. Di samping itu ianya juga sekali gus dapat mendidik generasi muda kita menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab terhadap negaranya.

Warganegara yang baik dan bertanggungjawab pastinya akan berusaha memahami dan mengenali negara dan masyarakatnya. Lantaran daripada kefahaman yang baik terhadap negara dan masyarakatnya itu akan dapat meningkatkan nilai patriotisme dalam dirinya serta dapat memperkukuh semangat solidariti dalam masyarakat. Sekali gus ia akan mendorong kepada kesungguhannya untuk menyumbang sesuatu yang bermakna kepada negara.

Syabas dan tahniah kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) kerana berjaya menerbitkan buku yang sangat berinformasi mengenai kenegaraan Malaysia. Moga buku yang diterbitkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 ini dapat dijadikan bahan rujukan yang bermanfaat terutamanya dalam usaha membentuk generasi yang patriotik

DATUK SERI AHMAD SHABERY CHEEK Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Page 5: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

iaitu wilayah, rakyat dan pemerintahan yang berdaulat. Kategori kedua pula ialah pengiktirafan dari negara lain terhadap kewujudan sesebuah negara itu (Konvensyen Montevideo, Uruguay 26 Disember 1933).

Ibn Rabi’ yang hidup di zaman Khalifah Abassiyah, pada masa pemerintahan Mu’tashim menyebut sekurang-kurangnya ada lima unsur untuk mendirikan negara. Unsur-unsur itu ialah ada wilayah (territory), ada raja (pemerintahan), ada rakyat, ada keadilan (sistem perundangan) dan pentadbiran negara (administration).

Berdasarkan beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa ilmu kenegaraan adalah ilmu yang berkaitan dengan kajian mengenai segala aspek-apek kenegaraan seperti sistem politik dan pentadbiran negara, sistem perundangan dan kehakiman, kewarganegaraan, perekonomian, hubungan antarabangsa dan pelbagai aspek kenegaraan yang lain. Semua aspek-aspek kenegaraan itu tidak boleh dipisahkan dari sejarah yang dilalui oleh sesebuah negara. Oleh itu, menjadi satu kemestian bagi setiap warganegara Malaysia mengetahui dan memahami aspek-aspek kenegaraan Malaysia supaya menjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini.

Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan Lengkap Fakta-fakta Kenegaraan’ ini dipersembahkan dengan pendekatan soal jawab supaya fakta-fakta penting mengenai kenegaraan mudah diingat. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengambil inisiatif menerbitkan buku ini (edisi kemas kini) untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kenegaraan Malaysia. Buku ini juga boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar sekolah menengah, pelajar pusat pengajian tinggi (IPTA/S).

DATO’ FUAD TAN SRI HASSAN Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)

03 04

Kata Penerbit

‘Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’, dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 (2014). Tema yang dipetik daripada lirik lagu “Warisan” yang dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad ini diharapkan akan dapat meningkatkan lagi penghayatan terhadap semangat kecintaan tidak berbelah-bahagi terhadap negara. Ilmu sains politik menyebut kewujudan negara adalah hasil daripada permuafakatan sekelompok manusia untuk memelihara keselamatan dan kepentingan bersama dengan mengadakan peraturan dan hukum-hukum yang dipersetujui bersama. Permuafakatan seperti ini sering disebut sebagai ‘kontrak sosial’. Perjanjian oleh kelompok masyarakat ini adalah pernyataan mereka untuk memberikan ketaatan kepada negara.

J.J. Rousseau menganggapnya sebagai ‘pactum unionis’, iaitu perjanjian atau permuafakatan untuk membentuk negara tidak bermaksud menyerah hak-hak asasi secara mutlak tetapi idea itu diterjemahkan dalam bentuk rakyat memilih wakil-wakil bagi menyusun kerajaan dan sekiranya kerajaan itu tidak mampu menjamin kebebasan dan persamaan maka kerajaan itu mesti diganti. Teori Rousseau itu dianggap sebagai teori kedaulatan rakyat yang selari dengan doktrin demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Idea di atas bertentangan dengan idea ‘pactum subjectionis’ yang merupakan pernyataan rakyat untuk menyerahkan hak-haknya kepada penguasa adalah sesuatu yang tidak boleh ditarik balik. Idea Thomas Hobbes itu lebih sesuai untuk pembentukan kerajaan mutlak (absolute monarchy).

Apakah unsur-unsur yang membina negara? Umumnya ia dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu yang bersifat konstitutif dan deklaratif. Kategori pertama merupakan syarat mutlak terdiri daripada tiga unsur penting

Page 6: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

05 06

Asas-Asas Politik dan

Pemerintahan

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA

Page 7: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

1. Malaysia merupakan sebuah negara bercorak Persekutuan (federalisme). Apakah maksud negara Persekutuan?

Wujudnya dua peringkat Kerajaan, iaitu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri di mana tiap-tiap Kerajaan ini mempunyai bidang kuasa masing- masing.

Nota: Kerajaan Persekutuan - suatu sistem pemerintahan beberapa buah negeri yang disekutukan atau disatukan untuk kepentingan bersama serta membetuk satu identiti bersama.

2. Nyatakan bagaimana kuasa kedua-dua Kerajaan itu dilaksanakan?

Kerajaan Pusat mempunyai kuasa memerintah melalui Dewan Rakyat. Kerajaan Negeri mempunyai kuasa memerintah melalui Dewan Undangan Negeri.

3. Bagaimanakah pengagihan kuasa dua Kerajaan itu dibuat?

Pengagihan kuasa dibuat berasaskan tiga senarai yang diperuntukkan dalam perlembagaan, iaitu:

i. Senarai Pertama – kuasa Kerajaan Pusat.•Hubunganluar• Pertahanan•Keselamatandalamnegeri•KewarganegaraanPersekutuan•Kewangan•Perdagangandanindustri• Pendidikan

07

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

ii. Senarai Kedua - kuasa Kerajaan Negeri.•Undang-undangIslam•Tanah•Pertaniandanperhutanan•KerajaanTempatan•Perkhidmatantempatan• JenteraKerajaanNegeri•Undang-undangNegeri

iii. Senarai Ketiga – kuasa bersama.•Kebajikanawam•Biasiswa•TamanNegaradanhidupanliar• Paritdantaliair• Perkara-perkaralainyangbersangkutan

Nota: Senarai 1, Senarai 2 dan Senarai 3 secara terperincinya boleh dirujuk pada Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

4. Namakan negeri-negeri yang berada di dalam Persekutuan Malaysia?

Berikut merupakan negeri-negeri dan wilayah persekutuandi Malaysia beserta ibu negeri (dalam kurungan).

1. Johor Darul Takzim (Johor Bahru) 2. Kedah Darul Aman (Alor Setar)3. Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)4. Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)5. Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)6. Pahang Darul Makmur (Kuantan)7. Perak Darul Ridzuan (Ipoh)8. Perlis Indera Kayangan (Kangar)9. Pulau Pinang (Georgetown)

08

Page 8: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

10. Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)11. Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)12. Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)13. Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)14. Wilayah Persekutuan(terdiri daripada 3 daerah):

i. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurii. Wilayah Persekutuan Labuaniii. Wilayah Persekutuan Putrajaya

Nota: 11 negeri dan dua wilayah persekutuan terletak di Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat), manakala dua negeri dan satu wilayah persekutuan lain terletak di Malaysia Timur (pulau Borneo).Setiap negeri dibahagikan kepada daerah (jajahan di Kelantan, dan bahagian di Sabah dan Sarawak), kemudian dibahagikan lagi kepada mukim.

5. Jelaskan bagaimana kesemua negeri-negeri itu dilambangkan di dalam Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)?

Dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang.

6. Sebutkan ibu negara Malaysia dan pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia?

Kuala Lumpur, Putrajaya

Nota: Putrajaya menggantikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia pada 1999. Sebelum itu, sejak 1957 Kuala Lumpur adalah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Kini Kuala Lumpur berperanan sebagai pusat perniagaan. Putrajaya juga dikenali sebagai bandar raya pintar dan bandaraya futuristik. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia (1Februari 2001) dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya.

09

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

10

7. Siapakah Ketua Negara bagi Persekutuan Malaysia dan bagaimanakah pemilihannya dibuat?

Yang di-Pertuan Agong. Baginda dipilih secara bergilir-gilir dari kalangan sembilan Raja-Raja Melayu untuk penggal lima tahun.

Nota:Sehingga kini seramai 14 orang Raja-Raja Melayu telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Baginda bersemayam di Istana Negara (istana baharu) yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Istana baharu ini mula beroperasi pada 11 November 2011 semasa Yang di-Pertuan Agong Ke-13, iaitu Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sebelum ini Istana Negara terletak di Jalan Istana, Kuala Lumpur.

8. Senaraikan bidang tugas utama Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan?

i. Ketua Negara.ii. Mengetuai tiga badan Kerajaan (eksekutif, legislatif dan

judiciari).iii. Ketua Agama Islam. iv. Kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.v. Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata.vi. Melantik Perdana Menteri.vii. Menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.viii. Mengisytiharkan darurat.ix. Melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tiga orang

ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).x. Melantik Ahli Perkhidmatan Kehakiman serta melantik

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 9: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

Nota: Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara dinyatakn dalam Perkara 32(1), manakala Perkara 32(2) menyatakan Raja Permaisuri Agong mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

9. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam tiga perkara. Apakah perkara-perkara tersebut?

i. Melantik Perdana Menteri.ii. Menolak permintaan membubarkan Parlimen.iii. Meminta supaya diadakan persidangan Majlis Raja-Raja

mengenai keistimewaan kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja.

10. Siapakah yang bertanggungjawab melantik Yang di-Pertuan Agong?

Majlis Raja-Raja

11. Siapakah yang menganggotai Majlis Raja-Raja dan apakah fungsinya?

Semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas Majlis Raja-Raja (Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan):

i. Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan- peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;

ii. Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan.

iii. Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang.

11

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

12

iv. Membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

12. Seseorang Raja atau Sultan yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melaksanakan tugas pentadbiran dan perundangan negeri. Namun, baginda masih boleh menjalankan satu tugas di negeri baginda. Apakah tugas itu?

Ketua Agama Islam

13. Siapakah Yang di-Pertuan Agong sekarang dan Baginda berasal dari negeri mana?

Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibn Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah.

Nota: Baginda adalah Yang di-Pertuan Agong ke-14 dilantik buat kali kedua pada 13 Disember 2011. Lantikan kali pertama baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong (ke-5) ialah pada tahun 1970-1975.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 10: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

14. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Apakah maksud sistem demokrasi berparlimen?

Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan melalui sistem perwakilan. Rakyat akan memilih wakilnya dalam pilihan raya untuk mewakilinya di dewan perwakilan atau dewan perundangan.

15. Apakah maksud sistem Raja Berperlembagaan?

Sistem pemerintahan yang mengekalkan Raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan pemerintahan Baginda dibantu oleh perdana menteri. Kuasa Baginda bukan bersifat mutlak, sebaliknya Baginda terikat kepada Perlembagaan Negara.

16. Nyatakan ciri-ciri demokrasi berparlimen Malaysia.

i. Perlembagaanii. Raja Berperlembagaaniii. Parlimeniv. Pilihan rayav. Kuasa pemerintahan vi. Pengasingan kuasavii. Pengiktirafan kebebasanviii. Persamaan dalam undang-undang

17. Mengapa Malaysia tidak mengamalkan sistem republik?

Malaysia mempunyai warisan, budaya, sejarah dan tradisi tersendiri, dan pembentukan Perlembagaan Negara turut mengambil kira elemen tersebut dengan meletakkan institusi Raja Berpelembagaan sebagai ciri demokrasi berparlimen.

13

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

18. Apakah maksud pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia?

Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang, iaitu:a. Badan perundangan (legislatif)b. Badan pelaksana (eksekutif)c. Badan kehakiman (judiciary)

Nota: Badan-badan terbabit dipegang oleh pihak yang berasingan bagi mengelak pembolotan dan pertindihan kuasa. Setiap badan bertindak tanpa dipengaruhi oleh badan atau autoriti yang lain.

19. Apakah fungsi bagi setiap badan itu?

i. Badan Perundangan: Menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan.ii. Badan Pelaksana: Jemaah Menteri (Kabinet) yang

melaksanakan dasar-dasar Kerajaan.iii. Badan Kehakiman:

(a) Kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.

(b) Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan.

(c) Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri.

20. Parlimen merupakan badan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di Malaysia. Sebutkan komponen yang membentuk Parlimen Malaysia?

i. Yang di-Pertuan Agongii. Dewan Negaraiii. Dewan Rakyat

14

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 11: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

Nota: Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan mendifinisikan Parlimen Malaysia seperti berikut: “ Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dikenali sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat”.

21. Berapakah anggota Dewan Undangan Negara?

69 orang ahli

Nota: Ahli-ahli Dewan Undangan Negara adalah seperti berikut:(a) 26 ahli dipilih daripada 13 buah negeri (2 orang setiap negeri)(b) 2 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi dari Wilayah Persekutuan

Labuan(c) 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong terdiri daripada

individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional (Mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya).

22. Apakah gelaran yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negara dan berapa lamakah mereka memegang jawatan itu?

Senator, tiga tahun dan boleh dilantik untuk kali kedua bagi tempoh tiga tahun lagi.

23. Bagaimanakah keahlian Dewan Negara ditentukan?

Keahlian Dewan Negara ditentukan daripada kalangan rakyat Malaysia yang telah menyumbang dengan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, keseniaan dan kebajikan, atau mewakili sesuatu kumpulan minoriti.

15

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

24. Dalam sistem demokrasi berparlimen kerajaan dipilih secara bebas oleh rakyat melalui sistem pilihan raya. Apakah maksud dan tujuan pilihan raya diadakan?

Proses untuk memilih wakil rakyat bagi membentuk Kerajaandi peringkat persekutuan dan negeri.

25. Namakan badan yang mentadbir perjalanan pilihan raya di Malaysia dan bilakah ia ditubuhkan?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 4 September 1957

26. Mengapa SPR ditubuhkan dan senaraikan bidang kuasanya?

Untuk menjamin pilihan raya yang adil, bebas dan saksama tanpa sebarang tekanan. Senarai bidang kuasa SPR adalah seperti berikut:

i. Mengendali pilihan raya umum dan pilihan raya kecil bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

ii. Mendaftar dan menyemak nama pemilih.iii. Menyemak dan mendaftar kawasan pilihan raya

mengikut keperluan persempadanan kawasan pilihan raya Parlimen dan negeri.

iv. Membuat peraturan tertentu untuk menjalankan tugasnya.

27. Sebutkan dua peruntukan (Perkara) yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Perkara 113 dan Perkara 114

16

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 12: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

28. SPR dianggotai oleh lima orang ahli dan siapakah yang berkuasa melantik mereka?

Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahli. Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

29. Apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjadi ahli SPR?

i. Tidak muflis.ii. Berumur kurang daripada 65 tahun.iii. Tidak memegang jawatan yang bergaji.iv. Bukan ahli mana-mana parti politik, bukan wakil

Parlimen atau bukan wakil Dewan Undangan Negeri.

30. Nyatakan syarat-syarat untuk menjadi calon bertanding dalam pilihan raya di Malaysia?

(a) Warganegara Malaysia Berumur 21 tahun (b) Bermastautin di Malaysia(c) Sempurna akal(d) Tidak muflis(e) Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam(f) Tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh

mahkamah

31. Sebagai warganegara Malaysia apakah syarat-syarat untuk melayakkan anda menjadi pengundi?

(a) Warganegara Malaysia(b) Berumur 21 tahun(c) Berdaftar dalam senarai Daftar Pemilih(d) Bermastautin di Malaysia atau tidak bermastautin(e) Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya

17

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

32. Apakah sistem Pilihanraya yang diamalkan di Malaysia?

Malaysia mengamalkan sistem majoriti mudah dan calon-calon yang memperoleh majoriti undi di kawasan yang mereka bertanding akan diisytihar menang. Parti politik yang memperolehi majoriti kerusi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri.

33. Sebutkan dua kategori kawasan pilihan raya di Malaysia.

Kawasan pilihan raya Parlimen (Dewan Rakyat) dan kawasan pilihan raya negeri (Dewan Undangan Negeri).

34. Berapakah jumlah kerusi anggota Dewan Rakyat sehingga Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008)?

222 kerusi

(1955 – 52 kerusi; 1959 – 104 kerusi; 1964- 159 kerusi; 1969 – 144 kerusi; 1974 – 154 kerusi; 1986 – 180 kerusi; 1990 – 192 kerusi; 1999 – 193 kerusi; 2004 -219 kerusi)

35. Sebutkan enam negeri yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen paling banyak mengikut urutan.

i. Sarawak - 31 kerusiii. Sabah - 25 kerusiiii. Johor - 26 kerusiiv. Perak - 24 kerusiv. Selangor - 22 kerusivi. Kedah - 15 kerusi (sehingga PRU Ke-12)

18

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 13: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

36. Sebutkan lima negeri yang mempunyai jumlah kerusi Dewan Undang Negeri paling banyak mengikut urutan.

i. Sarawak - 71 kerusiii. Sabah - 60 kerusiiii. Perak - 59 kerusiiv. Selangor - 56 kerusiv. Kelantan - 45 kerusi (sehingga PRU Ke-12)

37. Konsep ‘demokrasi permuafakatan’ merupakan kaedah dan proses bagi mencapai kata sepakat secara kolektif berdasarkan kerjasama, toleransi dan keinginan untuk berpadu. Dalam konteks ‘permuafakatan politik’ di Malaysia, konsep tersebut telah dimulakan oleh parti Perikatan 1957 (kemudian dikenali sebagai Barisan Nasional 1972). Sebutkan tiga parti politik yang bergabung dalam Perikatan 1957.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA), Malayan Indian Congress (MIC)

38. Jata Negara merupakan lambang bagi negara Malaysia. Nyatakan makna simbol-simbol yang terdapat di dalamnya?

(a) Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.

(b) Bintang bersama-sama anak bulan tanda Agama Islam (agama bagi Persekutuan) .

(c) Lima bilah keris menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan

dan Terengganu).

19

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

(d) Pokok Pinang (bahagian sebelah kiri) menandakan Negeri Pulau Pinang dan pokok Melaka (bahagian sebelah kanan) Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu.

(e) Empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah: warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang;

merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.

(f) Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah (di sebelah kiri) dan Sarawak (di sebelah kanan). Manakala, Bunga Raya (di tengah-tengah) lambang Bunga Kebangsaan.

(g) Warna kuning pada awan-awan ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

(h) Dua ekor Harimau Malaya (penampung jata) sebagai

lambang keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia.

(i) Perisai (ditampung oleh dua ekor harimau) lambang kekuatan dan kesanggupan mempertahankan Malaysia.

(j) Slogan, “Bersekutu Bertambah Mutu” ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan melambangkan semangat permuafakatan dan perpaduan.

20

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 14: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

Jata Negara Malaysia Jata Negara yang asal

39. Apakah nama Bendera Malaysia dan jelaskan simbol-simbol yang terdapat di dalamnya?

Jalur Gemilang, simbol-simbol yang terkandung di dalamnya adalah seperti berikut:

(a) 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 14 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan).

(b) Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

(c) Anak bulan tanda Agama Islam - agama bagi Persekutuan Malaysia.

(d) Warna Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

(e) Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri hingga ke bawah atas jalur merah yang kelima melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

21

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

(f) Warna putih (enam jalur putih) adalah lambang kesucian dan keikhlasan.

(g) Warna merah (enam jalur merah) adalah lambang keberanian.

40. Bilakah Bendera Malaysia buat pertama kalinya dikibarkan dan di mana upacara itu diadakan?

Pada 26 Mei 1950, jam 9.30 pagi bertempat di perkarangan Istana Sultan Selangor.

41. Bilakah Bendera Malaysia diberi nama Jalur Gemilang dan siapakah yang mengisytiharkannya?

Pada malam 31 Ogos 1997 jam 11.58 sempena Hari Kemerdekaan Negara yang ke-40 (di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur), diisytiharkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat.

Nota: Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1949, apabila Majlis Raja-Raja bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Untuk tujuan itu satu pertandingan dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan dikelolakan oleh Jawatankuasa Khas dipengerusikan Ketua Setiausaha

22

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 15: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

Negara ketika itu, Sir Alec Newboult.

Pada 15 November 1949 jawatankuasa itu mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk dipilih. Hanya tiga reka bentuk bendera baru yang dipilih untuk ke peringkat akhir. Sebelum pemilihan muktamad, Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk itu.Pendapat umum itu dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949.

Majoriti telah memilih reka bentuk ciptaan seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Kerajaan Johor iaitu En. Mohamed bin Hamzah. Rekaan Mohamed Hamzah menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putihdi bahagian tepi kiri.

Setelah diubahsuai beberapa kali, termasuk cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja, maka pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara serta mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950.

Pada 26 Mei 1950, jam 9.30 pagi bertempat di perkarangan Istana Sultan Selangor, Bendera Persekutuan yang baru itu telah dikibarkan buat pertama kalinya dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut. Ia dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI.

Nama Jalur Gemilang: Pada hari kemerdekaan ke-40 (1997), Bendera Malaysia ditukar kepada Jalur Gemilang. Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris dan usul itu dikemukakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai 1995.

Tiga nama daripada 75 cadangan nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Bagaimanapun ketiga-

23

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

tiga nama itu ditolak Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 11 September 1996. Pada 2 Jun 1997 tiga nama daripada 28 nama lagi dicadangkan dan dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Akhirnya, nama Jalur Gemilang diterima bagi menamakan Bendera Malaysia. ‘Jalur’ menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dalam menuju kegemilangan negara-bangsa. ‘Gemilang’ bermaksud kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa jua bidang kehidupan sama ada di dalam atau di luar negara.

42. Apakah nama lagu kebangsaan Malaysia dan apakah elemen penting yang ditekankan dalam lagu kebangsaan itu?

‘Negaraku’ (dicipta pada 1957), kesetiaan dan perpaduan.

43. Mengapa lambang-lambang negara seperti lagu kebangsaan dan bendera negara sangat penting bagi rakyat Malaysia?

i. Sebagai identiti negara untuk dikenali di pentas antarabangsa.

ii. Sebagai lambang taat setia rakyat.iii. Membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara.iv. Membangkitkan semangat perjuangan rakyat.

44. Negara Malaysia mempunyai ideologi kebangsaan yang dikenali sebagai Rukun Negara. Siapakah yang bertanggungjawab membentuknya dan bilakah ideologi kebangsaan itu diisytiharkan?

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13.

24

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 16: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

25

45. Sebutkan fungsi-fungsi utama MAGERAN?

i) Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.ii) Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna. iii) Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

Nota: MAGERAN dibentuk berikutan pengisytiharan darurat di seluruh negara yang diisytiharkan SPB Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ekoran berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969.Ia bertujuan memulihkan kestabilan dan ketenteraman awam serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di negara ini. Pengisytiharan tersebut telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordinan No.2 (Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149.

46. Nyatakan tujuan Rukun Negara dibentuk?

i. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.

ii. Memelihara cara hidup demokratik. iii. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran

negara dinikmati secara adil dan saksama. iv. Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak. v. Membina satu masyarakat progresif yang akan

menggunakan sains dan teknologi moden.

47. Sebutkan lima prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara beserta huraian ringkasnya?

i. Kepercayaan kepada Tuhan - Bangsa dan Negara ini diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

26

ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara - rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

iii. Keluhuran Perlembagaan - perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

iv. Kedaulatan Undang-undang - setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.

v. Kesopanan dan Kesusilaan - menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat sebagai warga negara yang bersopan santun dan bersusila.

48. Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang lain. Nyatakan prinsip dasar luar Malaysia.

i. Menyelesaikan masalah menerusi rundingan atau ‘meja bulat’.

ii. Menolak sekeras kerasnya kekerasan dan paksaan.iii. Pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara lain.iv. Bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan

mana-mana negara. v. Mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman dan

harmoni.vi. Memperjuangkan hak untuk setiap negara tanpa campur

tangan dari pihak luar.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

Page 17: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

27

49. Apakah objektif-objektif utama dasar luar Malaysia? i. Melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa.ii. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan

dan keselamatan Malaysiaiii. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan

dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui dasar tidak campur tangan.

iv. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas dunia.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS POLITIK DAN PEMERINTAHAN

28

Sistem Pentadbiran

Kerajaan Malaysia

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA

Page 18: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

29

50. Apakah yang anda faham tentang sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia?

Suatu sistem yang melaksanakan dasar dan arahan kuasa eksekutif Kerajaan untuk melaksanakan pembangunan serta perkhidmatan kepada rakyat.

51. Sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia dibahagikan kepada tiga bentuk Kerajaan. Sebutkan Kerajaan-kerajan tersebut?

i. Kerajaan Persekutuan. ii. Kerajaan Negeri.iii. Kerajaan Tempatan.

52. Siapakah yang memberikan kuasa pentadbiran kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

i. Kerajaan Persekutuan diberi oleh Parlimen.ii. Kerajaan Negeri diberi oleh Dewan Undangan Negeri.

53. Berikan susunan struktur dan organisasi pentadbiran Kerajaan Persekutuan?

i. Yang di-Pertuan Agongii. Perdana Menteriiii. Jemaah Menteri (Kabinet)iv. Kementerian dan Jabatan Kerajaanv. Badan Berkanun Kerajaan Persekutuanvi. Agensi Kerajaan Persekutuan

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

30

54. Kuasa eksekutif terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Siapakah yang melaksanakan kuasa eksekutif itu?

Kabinet atau Jemaah Menteri

55. Jemaah Menteri merupakan badan yang melaksanakan kuasa eksekutif (pentadbiran) yang dipegang oleh Seri Paduka Baginda. Siapakah yang melantik barisan Jemaah Menteri?

Yang di-Pertuan Agong

56. Bagaimana proses lantikan Jemaah Menteri itu dibuat?

Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan menyebut Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:

i. Melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri.

ii. Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

57. Siapakah yang layak untuk dilantik menjadi ahli Kabinet (Jemaah Menteri)?

Anggota Dewan Rakyat atau Dewan Negara

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

Page 19: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

31

58. Siapakah yang mengetuai Jemaah Menteri?

Perdana Menteri

Nota: Biasanya ketua parti yang memenangi undi majoriti di Parlimen berhak dipilih untuk menjadi Perdana Menteri.

59. Berikan lima tugas utama Perdana Menteri Malaysia?

Jawapannya boleh mana-mana antara berikut:

i. Ketua Kerajaan dalam pentadbiran negara (Ketua Kabinet).

ii. Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal pemerintahan.

iii. Memastikan keputusan-keputusan kabinet dilaksanakan.iv. Menyelaraskan dasar Kerajaan dan menyelia kerja-kerja

para menterinya.v. Pengerusi Kabinet dan Pengerusi jawatankuasa penting

Kabinet.vi. Menyelesaikan pertikaian atau perbalahan yang wujud di

antara kementerian.vii. Berkuasa menamatkan perkhidmatan ahli Kabinet

(menteri atau timbalan menteri) atau menasihati mereka meletakkan jawatan.

viii. Mengetuai Jabatan Perdana Menteri dan dalam masa yang sama boleh memegang lebih daripada satu portfolio.

ix. Menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

x. Jurucakap utama dalam hal ehwal antarabangsa dan hal ehwal dalam negeri.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

32

60. Namakan Perdana Menteri Malaysia sekarang dan bilakah beliau dilantik?

Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, 3 April 2009

61. Apakah gelaran yang diberikan kepada beliau?

Bapa Transformasi.

62. Senaraikan nama-nama Perdana Menteri Malaysia sebelum ini serta gelaran yang diberikan kepada mereka.

i. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957–1970) - Bapa Kemerdekaan.ii. Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein (1970–1976) - Bapa Pembangunan.iii. Tun Hussein bin Dato’ Onn (1976–1981) - Bapa Perpaduan.iv. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1981–2003) - Bapa Pemodenan.v. Tun Abdullah bin Ahmad Badawi (2003–2009) - Bapa Pembangunan Hadhari.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

Page 20: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

33

63. Apakah fungsi kementerian?

Menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.

64. Apakah peranan perkhidmatan awam dan siapakah yang mengetuainya?

Bertanggungjawab mengawasi dan memantau perjalanan kementerian dan jabatan, Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Nota: Di peringkat jabatan diketuai oleh Ketua Pengarah dan dibantu oleh kakitangan Kerajaan yang bertanggungjawab melaksana dasar dan tugas yang ditetapkan Kerajaan. Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan di peringkat pusat, negeri dan daerah.

65. Sebutkan suruhanjaya yang ditubuhkan bagi mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.

i. Suruhanjaya Perkhidmatan Awamii. Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang dan

Kehakimaniii. Suruhanjaya Pendidikanv. Majlis Angkatan Tenteraiv. Suruhanjaya Pasukan Polis

66. Siapakah yang mengetuai pentadbiran sesebuah kementerian, dan siapakah pula yang mengetuai pentadbiran sesebuah jabatan?

Kementerian: Ketua Setiausaha (KSU); Jabatan: Ketua Pengarah

67. Jabatan adalah agensi kerajaan yang terletak di bawah sesebuah kementerian. Ia mempunyai cawangan di peringkat negeri dan daerah. Apakah tanggungjawab utama sesebuah jabatan itu?

Melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kementerian

Nota: Terdapat kementerian yang mempunyai agensi yang diberi kuasa autonomi. Agensi ini dikenali sebagai Badan Berkanun. Ia dibentuk di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Negeri. Badan Berkanun ditadbir urus oleh sebuah Majlis atau Lembaga Pengarah yang dilantik oleh menteri.Contoh Badan Berkanun: MARA, FELDA dan UDA. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ITM dan universiti tempatan adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran.

68. Selaras dengan falsafah 1 Malaysia (Gagasan 1Malaysia), ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ maka kerajaan telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP). GTP diketuai oleh Perdana Menteri dan barisan kabinet serta didukung oleh Ketua Setiausaha Negara dan pegawai pentadbiran awam sebagai pelaksana program dan dasar-dasar kerajaan. Di bawah GTP kerajaan memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang mana pencapaiannya akan diukur melalui Indeks Petunjuk Prestasi (KPI). Sebutkan bidang-bidang utama NKRA itu?

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

34

Page 21: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

71. Siapakah yang mengetuai pentadbiran di peringkat negeri?

Sultan atau Yang Dipertua Negeri,

72. Siapakah yang melaksanakan kuasa pentadbiran di peringkat negeri?

Menteri Besar atau Ketua Menteri yang mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco)

73. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem pentadbiran Kerajaan Tempatan (PBT)?

Satu sistem pentadbiran yang dijalankan oleh sesuatu lembaga atau majlis setelah mendapat kuasa daripada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Nota: Di negara kita Kerajaan Tempatan dikenal pasti dalam beberapa peringkat, iaitu Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

74. Siapakah yang dilantik mengetuai Kerajaan Tempatan dan bagaimana pemilihan itu dibuat?

Yang Dipertua (bagi Dewan Bandaraya dikenali sebagai Datuk Bandar), dilantik dari kalangan pegawai kerajaan yang berpengalaman.

i. Mengurangkan jenayah.ii. Membanteras rasuah. iii. Mempertingkat pencapaian pelajar. iv. Mempertingkat taraf kehidupan isi rumah. v. Mempertingkat infrastruktur asas luar bandar. vi. Mempertingkat pengangkutan awam bandar.viii. Menangani kenaikan kos sara hidup

69. Apakah asas atau landasan rujukan dalam pentadbiran 1Malaysia ?

Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, wawasan 2020, Misi Nasional dan pelbagai polisi dan undang-undang.

70. Apakah prinsip tadbir urus negara yang diamalkan kerajaan?

i. Fokus kepada pelanggan/rakyatii. Ketelusaniii. Efektif dan efisieniv. Akauntabiliti dan integritiv. Beretika vi. Respon kepada perubahan/ pengurusan perubahan

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

35 36

Page 22: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

37

75. Apakah fungsi Kerajaan Tempatan?

i. Mengawal pembangunan tanah: kelulusan permohonan pelan- pelan pembangunan.

ii. Menyelenggara jalan awam : kawalan mana-mana jalan, mengecat jalan, sedia papan tanda jalan, urus tempat letak kereta.

iii. Kawalan kesihatan awam : kawalan penyakit bawaan nyamuk dan lalat.

iv. Menyedia dan menjaga kebersihan: pungutan sampah, membersih longkang dan memotong rumput.

v. Mengurus pasar dan gerai: menentukan lokasi serta mengeluarkan lesen niaga.

vi. Membina dan menjaga tempat rekreasi: menyedia dan menyelenggara taman awam.

vii. Membina pembentungan awam: tugas ini diuruskan secara penswastaan kepada IWK.

76. Senaraikan punca-punca hasil pendapatan Kerajaan Tempatan.

i. Cukai pintu/taksiran kediaman dan lain-lain.ii. Geran Bantuan kadar tahunan daripada Kerajaan Pusat.iii. Bayaran proses pelan pembangunan.iv. Bayaran lesen berniaga.v. Sewaan barangan seperti gerai, khemah dan lain-lain.vi. Sumber-sumber lain seperti pinjaman dan faedah

pinjaman.

77. Sebutkan Akta utama yang menjadi panduan kepada Kerajaan Tempatan.

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

38

78. Apakah tujuan Akta Kerajaan Tempatan?

i. Menyelaras semua PBT di Semenanjung.ii. Meluaskan kuasa kawalan dan fungsi.iii. Mewujudkan keseragaman perancangan bandar.iv. Mengoptimumkan sumber-sumber sedia ada.v. Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan PBT.vi. Meningkatkan pendapatan.

79. Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Berkanun?

Badan separuh Kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu dan ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Ia juga mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN MALAYSIA

Page 23: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

39 40

Perlembagaan Dan Sistem Kehakiman

Malaysia

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA

Page 24: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

41

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA--------------- ---------------------------------------------------------------PERLEMBAGAAN DAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

80. Sebutkan undang-undang tertinggi bagi Malaysia?

Perlembagaan Persekutuan.

81. Berikan tafsiran tentang perlembagaan?

i. Merupakan dokumen atau sekumpulan dokumen tertentu yang menetapkan dasar atau asas undang-undang dan institusi sistem politik.

ii. Undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

iii. Satu set peraturan tentang hak, kuasa, peraturan serta tanggungjawab yang memandu hubungan antara satu autoriti dengan satu autoriti yang lain dan antara kerajaan dengan rakyat.

82. Mengapakah kedudukan perlembagaan sangat penting bagi sesebuah negara?

i. Untuk menentukan rangka dan bentuk pentadbiran sesebuah negara.

ii. Menyatakan kuasa dan peranan kuasa-kuasa awam.iii. Untuk menjamin kestabilan sesebuah negara.iv. Menjamin keadilan, ketelusan, kejujuran serta kelicinan

pentadbiran kerajaan.v. Menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan

kepentingan bersama antara kerajaan dan rakyat.vi. Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.vii. Menjamin taat setia rakyat terhadap negara.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA--------------- ---------------------------------------------------------------PERLEMBAGAAN DAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

42

83. Namakan badan bebas yang ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu dan bila ia ditubuhkan?

Suruhanjaya Reid, Mac 1956

84. Sebutkan siapakah yang menganggotai Suruhanjaya Reid?

i. Lord Reid (Britain) - Pengerusi.ii. Sir Ivor Jennings (Britain).iii. Sir William McKell (Autralia).iv. Hakim B. Malik (India).v. Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

85. Apakah yang dinyatakan dalam Perkara 4(1), Perlembagaan Persekutuan?

Perlembagaan Malaysia ialah undang-undang utama Persekutuan. Mana-mana undang-undang yang diluluskan tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan.

Nota: Keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu disebut sebagai Keluhuran Perlembagaan.

86. Mengapa perlembagaan dianggap luhur?

Kerana Perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan mahkamah. Semua undang-undang yang digubal mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Page 25: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

43

87. Apakah yang dinyatakan dalam Perkara 75, Perlembagaan Persekutuan?

Undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.

88. Sebutkan kandungan Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan mengandungi:i. 15 Bahagianii. 183 Perkaraiii. 13 Jadual

89. Senaraikan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

i. Senarai Kerajaan Persekutuanii. Senarai Kerajaan Negeriiii. Institusi Yang di-Pertuan Agongiv. Parlimenv. Jemaah Menterivi. Badan kehakiman

90. Apakah perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan dalam Perlembagaan Persekutuan?

i. Kedudukan Raja-rajaii. Kedudukan Agama Islamiii. Kedudukan Bahasa Melayuiv. Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA--------------- ---------------------------------------------------------------PERLEMBAGAAN DAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

44

Nota: Perkara-perkara di atas juga di anggap unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan dan telah dipersetujui oleh semua kaum ketika Perlembagaan digubal.

91. Nyatakan proses sesuatu undang-undang itu diluluskan di Parlimen.

i. Bermula dengan cadangan yang dikemukakan oleh kementerian.

ii. Penggubalan undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara.

iii. Pembacaan pertama di Dewan Rakyat (pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja).

iv. Pembacaan kedua di Dewan Rakyat (rang undang-undang akan dibahaskan).

v. Perbincangan secara terperinci rang undang-undang pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

vi. Pembacaan ketiga di Dewan Rakyat (rang undang-undang dibahaskan sebelum diluluskan).

vii. Rang undang-undang dikemukakan di Dewan Negara (nota: proses yang sama seperti di Dewan Rakyat diulangi).viii.Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan Dewan

Negara kepada Yang di-Pertuan Agong.ix. Rang undang-undang yang diperkenankan diturunkan

cop mohor negara.x. Pewartaan undang-undang itu dalam Warta Kerajaan.

92. Bagaimanakah sesuatu pindahan Perlembagaan Persekutuan itu dibuat?

i. Mendapat kelebihan suara dua pertiga dalam setiap satu sidang Parlimen serta mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA--------------- ---------------------------------------------------------------PERLEMBAGAAN DAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

Page 26: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

45

ii. Mendapat kelebihan suara dua pertiga dalam setiap satu sidang Parlimen dan dan mendapat persetujuan daripada Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak.

iii. Mendapat kelebihan suara dua pertiga dalam setiap satu sidang Parlimen.

iv. Mendapat kelebihan majoriti mudah dalam setiap satu sidang Parlimen.

93. Apakah yang dinyatakan dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan?

Agama Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

94. Apakah yang anda faham mengenai Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan?

Negeri boleh mewartakan undang-undang bagi menghalang orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam.

95. Siapakah anggota Suruhanjaya Reid yang menyokong kuat cadangan Perikatan yang meminta supaya Islam dijadikan agama bagi Tanah Melayu dimasukkan sebagi peruntukan dalam Perlembagaan?

Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA--------------- ---------------------------------------------------------------PERLEMBAGAAN DAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

46

Nota: Dalam Kertas Majlis Undangan No.42 tahun 1957 dinyatakan: “Telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan yang dicadangkan satu perisytiharan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan. Ini tidak sekali-kali menyentuh kedudukan Persekutuan sekarang ini sebagai sebuah negara sekular, dan tiap-tiap orang akan berhak untuk mengembangkan ugamanya, sungguhpun hak yang terakhir yang disebut ini adalah tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan oleh undang-undang negeri berhubung dengan pembangunan mana-mana iktikad atau kepercayaan ugama di kalangan orang yang menganut ugama Islam”.

96. Apakah fungsi badan kehakiman di negara kita?

(a) Kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.

(b) Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.

(c) Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

97. Pelantikan seseorang hakim di Malaysia adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Nyatakan garis panduan bekenaan.

i. Dilantik oleh Yang di-Pertaun Agong atas nasihat Perdana Menteri.

ii. Seorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah. Kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

iii. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.

Nota: Pada tahun 1994 Kod Etika Hakim telah diperkenalkan. Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam kod etika itu boleh menjadi alasan untuk seseorang hakim itu dipecat daripada jawatannya.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA--------------- ---------------------------------------------------------------PERLEMBAGAAN DAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

Page 27: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

47

98. Siapakah yang mengetuai badan kehakiman di Malaysia?

Ketua Hakim Negara

99. Nyatakan bidang kuasa Mahkamah di Malaysia?

i. Melaksanakan tugas kehakiman. ii. Mempunyai kuasa mentafsir Perlembagaan Negara. iii. Mentafsir undang-undang. iv. Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan

Persekutuan atau Kerajaan Negeri. v. Mempunyai kuasa mengisytihar sesuatu tindakan

Kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.

100. Sebutkan mahkamah-mahkamah yang terdapat di Malaysia.

i. Mahkamah Persekutuanii. Mahkamah Rayuaniii. Mahkamah Tinggi Malayaiv. Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabahv. Mahkamah Seksyen vi. Mahkamah Majisteret

101. Apakah peranan Peguam Negara?

Penasihat undang-undang bagi Kerajaan dan Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi Kerajaan.

102. Dalam keadaan yang bagaimanakah kedua-dua dewan Parlimen boleh membincangkan kelakuan seseorang hakim?

Dengan usul yang tersendiri dan notis mengenainya telah diberikan oleh tidak kurang dari satu perempat jumlah keseluruhan anggota dewan. Kelakuan hakim tidak boleh dibincang di mana-mana Dewan Perundangan Negeri.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA--------------- ---------------------------------------------------------------PERLEMBAGAAN DAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

48

103. Senaraikan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

i. Bidang kuasa jenayahii. Bidang kuasa sivil a. Bidang kuasa am b. Bidang kuasa spesifikiii. Kuasa merujukkan kes (‘reference’)iv. Kuasa rujukan mengenai soalan Perlembagaan dari

Mahkamah Rendahv. Bidang kuasa rayuan a. Rayuan jenayah b. Rayuan sivilvi. Kajian semula (‘Revision’) a. Jenayah b. Sivilvii. Kuasa selian dan ulangkaji

104. Perkara 5 (3) menjamin hak-hak orang yang ditangkap. Nyatakan apakah hak-hak itu?

i. Hak untuk diberitahu sebab ia ditangkap.ii. Hak untuk mendapatkan perkhidmatan peguam.

105. Apakah tujuan Mahkamah Buruh diadakan dan apakah pula fungsi Mahkamah Perusahaan?

- Tujuan Mahkamah Buruh adalah untuk mengadili pertelingkahan majikan dengan pekerja.

- Fungsi Mahkamah Perusahaan ialah mengendalikan kes pembuangan pekerja oleh majikan.

Nota: Mahkamah Perusahaan terbahagi kepada dua: i. Mahkamah Pengerusi untuk membicarakan kes-kes pembuangan

kerja dalam sektor swasta serta pertikaian mengenai syarat-syarat perkhidmatan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA--------------- ---------------------------------------------------------------PERLEMBAGAAN DAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

Page 28: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

49 50

Masyarakat Malaysia-

Hubungan Etnik

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA

ii. Mahkamah Yang Dipertua untuk membicarakan kes-kes pertikaian tentang interpretasi, variasi dan ketidakpatuhan keputusan atau perjanjian kolektif persoalan undang-undang yang dirujuk (writ of certiorari) ke Mahkamah Tinggi.

106. Selain mahkamah, apakah jenis-jenis badan di Malaysia yang ada kuasa pengadilan mengikut fungsi dan bidang kuasanya?

a. Majlis Peguam.b. Persatuan Perubatan Malaysiac. Lembaga Disiplin Perkhidmatan Awamd. Tribunal Tuntutan Penggunae. Tribunal Tuntutan Pembeli Rumahf. Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan

107. Apakah peranan Majlis Peguam (Bar Council)?

i. Mendaftar semua peguam di Malaysia.ii. Menyedia peraturan disiplin kepada semua peguam.iii. Mendengar rayuan orang ramai terhadap peguam.

Nota: Jawatankuasa disiplin Majlis Peguam boleh melarang peguam yang melanggar disiplin daripada mengamalkan profesionnya. Peguam yang melanggar disiplin boleh didenda sehingga RM5,000.00

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA--------------- ---------------------------------------------------------------PERLEMBAGAAN DAN SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA

Page 29: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

51

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------MASYARAKAT MALAYSIA - HUBUNGAN ETNIK

106. Nyatakan bentuk masyarakat Malaysia dan apakah cabaran utama yang dihadapinya?

Masyarakat majmuk, isu perkauman yang menjejaskan perpaduan.

107. Apakah ciri utama masyarakat majmuk di Malaysia?

Kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam.

110. Sebutkan tiga kumpulan etnik utama di Semenanjung Malaysia.

Melayu, Cina dan India.

111. Sebutkan kumpulan etnik yang utama di Sabah dan di Sarawak.

Sabah : Bumiputera (Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Dayak, Bisaya, Illanun dan lain-lain), Cina, Eropah dan lain- lain etnik.Sarawak : Iban (Dayak Laut), Bidayuh (Dayak Darat), Melanau, Penan, Melayu, Cina dan lain-lain.

112. Satu daripada sembilan cabaran dalam Wawasan 2020 ialah berkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia. Apakah cabaran yang dimaksudkan itu?

Cabaran membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------MASYARAKAT MALAYSIA - HUBUNGAN ETNIK

52

113. Dalam sejarah Malaysia pernah berlaku beberapa insiden konflik etnik. Sebutkan konflik etnik terbabit. (a) Zaman Darurat (1948-1960).(b) Peristiwa 13 Mei 1969.(c) Peristiwa Kampung Medan pada Mac 2001.

114. Sebutkan dasar ekonomi yang diperkenalkan Kerajaan selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei bagi tujuan menyusun semula masyarakat dan merapatkan jurang pendapatan antara kaum (pembasmian kemiskinan).

Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1970-1990

115. Perlembagaan Malaysia mengandungi perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik. Senaraikan perkara-perkara tersebut.

(a) Perkara 8: persamaan dan hak sama rata (pengecualian dalam soal agama, hak istimewaan orang Melayu).

(b) Perkara 10(4): batasan hak kebebasan bersuara (tidak boleh menyentuh kedudukan Raja-Raja, agama Islam, kedudukan orang Melayu, kewarganegaraan dan lain-lain).

(c) Perkara 150(6a): Kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat.

(d) Perkara 152: kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.

(e) Perkara 153: kedudukan istimewa orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah bangsa-bangsa lain.

Page 30: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

53

Nota: Unsur-unsur tradisi (bahasa Melayu, agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu, dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kedudukan raja-raja) dilindungi bawah Akta Hasutan 1971 dan tidak boleh dijadikan isu perbincangan awam.

116. Apakah yang anda faham mengenai ‘kontrak sosial’ dalam konteks Malaysia?

Kontrak sosial merujuk kepada persetujuan yang dicapai secara tolak ansur setelah selesai berbincangan antara pelbagai etnik dan Raja-Raja Melayu serta pihak British untuk memelihara hak istimewa dan hak-hak sah etnik masing-masing dalam menubuh sebuah sistem kerajaan yang demokratik dan Raja Perlembagaan.

117. Mengapa masyarakat Malaysia yang bersatu padu sangat penting bagi negara?

(a) Mengekalkan kestabilan politik.(b) Memastikan pembagunan negara terus berkembang.(c) Memastikan keamanan dan keselamatan negara

terpelihara.(d) Rakyat dapat hidup dalam suasana harmoni, aman dan makmur.

118. Bagaimana perpaduan kaum dalam masyarakat Malaysia dibina dan dijalin?

(a) Rukun Negara (ideologi Negara).(b) Dasar Pendidikan Kebangsaan.(c) Dasar Bahasa Kebangsaan.(d) Dasar Pembangunan Ekonomi.(e) Dasar Perpaduan dan Integrasi Nasional.(f) Dasar Pembangunan Sosial.(g) Gagasan 1 Malaysia.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------MASYARAKAT MALAYSIA - HUBUNGAN ETNIK

54

(h) Kebebasan dan kesamarataan (tertakluk kepada Perlembagaan).(i) Politik kompromi/pakatan murni.

119. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai satu prinsip hidup bermasyarakat rakyat Malaysia yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma sosial. Apakah cita-cita murni Rukun Negara?

Mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan progresif.

120. Sebutkan lima prinsip Rukun Negara yang dapat mencapai lima objektif Rukun Negara itu.

(a) Kepercayaan kepada Tuhan.(b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.(c) Keluhuran Perlembagaan.(d) Kedaulatan Undang-undang.(e) Kesopanan dan Kesusilaan.

121. Nyatakan kesan pelaksanaan pendidikan kebangsaan dari segi hubungan etnik di Malaysia.

(a) Memupuk integrasi kaum dalam kalangan pelajar pelbagai etnik.

(b) Mewujudkan toleransi dan persefahaman antara pelajar pelbagai etnik.

(c) Membina sikap saling hormat menghormati dan berkenalan

dengan rakan daripada pelbagai agama, kebudayaan dan latar belakang.

(d) Membina interaksi sosial yang positif dengan rakan sebaya, murid dengan murid dan murid dengan guru.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------MASYARAKAT MALAYSIA - HUBUNGAN ETNIK

Page 31: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

55

(e) Memupuk dan menanam pengertian Rukun Negara dalam kalangan pelajar pelbagai kaum agar menjadi warga yang patriotik dan setia kepada negara.

122. Sebutkan program yang diperkenalkan Kerajaan pada tahun 2003 yang bertujuan membina perpaduan kaum dan membentuk perwatakan positif dalam kalangan generasi muda pelbagai kaum.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

123. Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Nyatakan apakah inspirasi dan matlamat yang ingin dicapai dari gagasan itu?

Untuk memperkukuh perpaduan kaum serta membina bangsa Malaysia berasaskan perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Nota: Konsep 1Malaysia menurut penjelasan Najib ialah: “Kita berdiri, kita berfikir dan kita bertindak sebagai bangsa Malaysia, ‘One People’. Dan kita mengambil tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara.

124. Sebutkan tiga teras perpaduan 1Malaysia dan nilai-nilai murni 1Malaysia?

Teras perpaduan: penerimaan, prinsip-prinsip kenegaraan, dan keadilan sosial.Nilai-nilai murni: hormat-menghormati, rendah hati (tawaduk), kesederhanaan dan berbudi bahasa.

Nota: Lapan nilai yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia: budaya cemerlang; ketabahan; rendah hati; penerimaan; kesetiaan; meritokrasi; pendidikan; dan, integriti.

Nota: Ciri-ciri Keagamaan dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia.

Masyarakat Melayu: beragama Islam yang mempercayai tuhan itu tunggal (satu), iaitu Allah. Ajaran asas berdasarkan rukun Islam (5 perkara) dan rukun Iman (6 perkara). Ibadat-ibadat wajib yang mesti dilaksanakan ialah solat (sembahyang), puasa, zakat dan haji (di Mekah). Perayaan utama adalah Hari Raya Aidil Fitri (1 Syawal selepas berakhirnya bulan Ramadan) dan hari Raya Aidil Adha. Pada Hari Raya Aidil Adha umat Islam melakukan ibadah korban iaitu menyembelih binatang seperti lembu dan kambing. Rumah ibadat umat Islam ialah masjid (dan surau). Umat Islam diharamkan meminum arak, memakan babi dan binatang-binatang lain yang diharamkan, berjudi, berzina, memakan riba, memfitnah, menuduh tanpa bukti dll. Ajaran Islam juga menuntut umatnya membina hubungan baik berdasarkan persaudaraan seagama tanpa mengira warna kulit, kedudukan dan tempat. Islam juga menganjurkan hubungan baik antara orang Islam dan masyarakat bukan Islam.

Masyarakat Cina: Kebanyakannya berasal dari wilayah Kwantung, Tukuin, Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dll. Antara agama dan kepercayaan yang diamalkan ialah Taoism (ajaran falsafah), Confucianisme (ajaran falsafah), agama Buddha dan penyembahan dewa-dewa dan nenek moyang. Ada juga (minoriti) yang menganut Islam dan Kristian.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------MASYARAKAT MALAYSIA - HUBUNGAN ETNIK

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------MASYARAKAT MALAYSIA - HUBUNGAN ETNIK

56

Page 32: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

Masyarakat Cina mementingkan organisasi kekeluargaan, kasih sayang sesama kerabat (hsiao), persaudaraan (ti), ketaatan kepada ibu-bapa. Mereka juga berpegang kepada konsep ‘Ying’ (unsur pasif/negatif) dan ‘Yang’ (unsur aktif/positif). Gabungan kedua-dua unsur itu membawa kepada keamanan dan keharmonian. Konsep lain yang dipegang oleh masyarakat Cina ialah Jen (membentuk individu bermoral), Li (kesopanan budi pekerti dan pelaksanaan upacara-upacara).

Nilai ‘Te’ (nilai moral yang menjadi prasyarat menjadi anggota masyarakat yang baik. Perayaan utama masyarakat Cina ialah ‘Gong xi fa cai’, iaitu sambutan tahun baru mengikut kalendar Cina dan sambutan berasaskan sempena nama haiwan mengikut kitaran tahun. Rumah-rumah akan dihiasi dengan buah limau, bunga dan pokok limau sebagai simbol murah rezeki. Kaum keluarga akan bersama untuk makan besar dengan masakan tradisi serta diraikan dengan jamuan ‘yee sang’ dan kuih bakul. Pemberian wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik diberikan kepada kanak-kanak, orang muda atau kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa diiringi bunyi gendang memeriahkan lagi perayaan itu.Pperayaan Tahun Baru Cina berakhir dengan perayaan ‘Chap Goh Mei’, iaitu selepas 15 hari meraikan Tahun Baru Cina.

Masyarakat India: Kebanyakan kaum India berasal dari Selatan India – 90 peratus ialah orang Tamil yang berasal dari Chennai dan selebihnya ialah orang Telegu dan Malayalam. Ada juga Punjabi dan orang Ceylon. Agama paling utama dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu. Kebanyakan orang Punjabi adalah beragama Sikh. Ciri utama agama Hindu ialah kepercayaan kepada banyak tuhan. Konsep ketuhanan yang utama ialah ‘Trimuti’ dengan tiga tuhan utama, iaitu ‘Brahma’ (Tuhan Pencipta), ‘Vishnu’ (Tuhan Pelindung) dan ‘Siva’ (Tuan pembinasa). Tuan-tuhan lain ialah ‘Agui’ (Tuhan Api), ‘Varuna’ (Tuhan Langit), ‘Lakshmi’ (Tuhan Kekayaan), ‘Indra’ (Tuhan Perang dan Cuaca) dan ‘Surya’ (Tuhan Matahari). Masyarakat India Hindu juga masih kuat berpegang kepada konsep karma dan kelahiran semula.

Perayaan Deepavali dan Thaipusam merupakan perayaan utama yang disambut meriah oleh masyarakat India Hindu. Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Nyalaan pelita dalam barisan dapat dilihat di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan.Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak sebagai lambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara itu penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan “kolam”, hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah sebagai lambang penyembahan dewa Lakshimi.

Thaipusam pula merupakan perayaan yang disambut bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Dewa Murugan. Perayaan ini disambut pada bulan kesepuluh (bulan ‘Thai’) dalam kalendar Tamil.Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan menyesali kesalahan yang lepas.Masyarakat Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves. Ciri utama perayaan Thaipusam ilah membawa ‘kavadi’, iaitu sebuah kerangka besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas bahu sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. Patung Dewa Subramaniam, iaitu anak bongsu Dewa Siva akan diusung di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi.

Masyarakat Sarawak: Masyarakat utama ialah Iban, Melayu dan Melanau. Majoriti kaum Iban tidak menganut agama tertentu tetapi kini ramai yang menganut Kristian dan sedikit penganut Islam. Antara kepercayaan yang diamalkan oleh mereka ialah upacara ‘miring’, iaitu jampi serapah untuk tujuan menolak bala. Kaum Iban juga sangat patuh kepada pantang larang (mali) seperti ‘mali labu’. Masyarakat Melayu Sarawak pula beragama Islam. Manakala masyarakat Melanau pula ada yang beragama Islam dan juga Kristian. Etnik Melanau juga kuat mempercayai kuasa ghaib dan kuasa luar biasa. Masyarakat Sarawak terkenal dengan tenunan kain pandaknya yang dikenali sebagai ‘puakumbu’.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------MASYARAKAT MALAYSIA - HUBUNGAN ETNIK

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------MASYARAKAT MALAYSIA - HUBUNGAN ETNIK

57 58

Page 33: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

60

Sejarah Malaysia Moden

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA

Masyarakat Sabah: Masyarakat terbesar ialah Kadazan-Dusun dengan kepercayaan animisme. Sebahagian kecil memeluk Islam dan Kristian. Mereka percaya kewujudan syurga dan neraka. Mereka percaya roh orang yang mati akan dibawa ke Gunung Kinabalu. Kadazan-Dusun mengamalkan upacara pemujaan seperti ‘keamatan’ (pesta menuai). Mereka juga menjalankan upacara ‘popodulik’, iaitu upacara halau penyakit. Beberapa konsep dalam masyarakat Kadazan-Dusun ialah ‘mihad’ (menangisi mayat), ‘menguman’ (menghias dan memandikan mayat), ‘lobong’ (kubur), ‘penukup’ (kenduri) dan ‘mintuhun’ (adat menjejak kaki bayi ke tanah). Masyarakat bajau pula hampir semuanya beragama Islam. Masyarakat bajau juga percaya kepada konsep ‘tulah’ iaitu malapetaka ditimpa apabila melanggar adat dan peraturan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------MASYARAKAT MALAYSIA - HUBUNGAN ETNIK

59

Page 34: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

61

125. Pada tahun 1946 British memperkenalkan satu dasar yang dilihat oleh orang Melayu akan menghapuskan negara dan bangsa yang sudah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu. Apakah dasar yang diperkenalkan British itu?

Malayan Union.

126. Nyatakan mengapa British bersungguh-sungguh mahu melaksanakan gagasan Malayan Union.

i. Persediaan untuk membentuk kerajaan sendiri.ii. Membentuk bangsa Malayan Union.iii. Melicin dan menjimatkan kos pentadbiran.iv. Mengawal kuasa politik orang Melayu.

127. Apakah tujuan British membentuk bangsa Malayan Union?

Supaya kaum pendatang dapat menumpukan taat setia mereka kepada pemerintahan British di Tanah Melayu agar mereka boleh mengekploitasi sumber tenaga kaum pendatang bagi tujuan menguasai secara berterusan sumber ekonomi Tanah Melayu.

128. Bilakah rancangan Malayan Union itu dirangka British?

Pada tahun 1942 ketika Perang Dunia Kedua masih berlangsung.Cadangan mengenainya terkandung dalam Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen British dan ia disiarkan dalam warta Kerajaan British pada 22 Januari 1946.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

62

129. Sebutkan empat ciri Perjanjian Malayan Union 1946?

Jawapan boleh mana-mana daripada yang diberikan di bawah ini:

i. Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat disatukan.

ii. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.

iii. Seorang Gabenor British dilantik bagi mengetuai Malayan Union.

iv. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.

v. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.

vi. Kewarganegraan sama rata mengikut prinsip jus soli.vii. Raja-raja Melayu hanya boleh menjadi ahli Majlis Raja-

raja Melayu yang hanya boleh membincangkan perkara berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Nota: Pentadbiran Malayan Union bertujuan mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintahan pusat yang kuat dan tidak lagi tertakluk kepada Singapura. Sebaliknya tertakluk terus kepada Parlimen British di London. Malayan Union bertujuan mengatasi sistem pentadbiran lama yang berpecah-pecah kepada sistem pentadbiran berpusat bagi memudahkan British menyeragamkan dasar politik, pentadbiran, keselamatan, ekonomi, kehakiman dan perundangan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

Page 35: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

63

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

130. Jus soli merujuk kepada kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura. Nyatakan syarat-syarat kerakyatan Malayan Union.

(a) Mereka yang berumur 18 tahun ke atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun.

(b) Anak warganegara yang berumur kurang daripada 18 tahun layak diberi kerakyatan.

(c) Mana-mana rakyat dari tanah jajahan British boleh memohon menjadi rakyat Malayan Union.

131. Bila dan di manakah Malayan Union diisytiharkan dan siapakah dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama?

1 April 1946, di King’s House (Carcosa Seri Negara) Kuala Lumpur, Sir Edward Gent.

132. Bagaimanakah caranya British mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu bagi persetujuan melaksanakan Malayan Union?

i. Sir Harol Mc Michael telah menggugut Raja-raja Melayu akan diturunkan daripada takhta sekiranya enggan menandatangani Malayan Union.

ii. Terdapat sultan-sultan yang menandatangani atas dasar setia kawan kepada British seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.

iii. Raja-raja juga tidak diberi masa yang cukup untuk berbincang dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

64

133. Apakah reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union dan apakah pula reaksi orang bukan Melayu?

Orang Melayu menentang, makala orang bukan Melayu menyokong.

134. Mengapa orang Melayu menentang Malayan Union?

i. Malayan Union akan menghakis kuasa Raja-raja Melayu.ii. Status Tanah Melayu akan ditukar dari negara naungan

kepada tanah jajahan British.iii. Kerakyatan longgar yang diberi kepada kaum imegran

akan mengancam status quo kaum Melayu sebagai peribumi.

iv. Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang sudah dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

135. Mengapa orang bukan Melayu menyokong Malayan Union?

Konsep kerakyatan (jus soli) menguntungkan mereka.

136. Terdapat sekelompok kecil orang Melayu yang menyokong Malayan Union. Nyatakan siapakah mereka itu dan apakah alasan mereka menyokong?

Kelopok terbabit ialah:

(a) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).(b) Angkatan Pemuda Insaf (API).(c) Angkatan Wanita Sedar (AWAS).(d) Barisan Tani Malaya (BATAS).

Page 36: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

65

Alasan menyokong:

(a) Malayan Union akan menyatukan pentadbiran Tanah Melayu.

(b) Mewujudkan pentadbiran tidak berasaskan raja dan pembesar Melayu (menghapuskan sistem feudal).

(c) Menerima penyatuan pentadbiran agama Islam di Tanah Melayu.

(d) Menyokong dasar kerakyatan terbuka.(e) Percaya British akan memberi kemerdekaan kepada

Tanah Melayu.

137. Pegawai pentadbir Melayu adalah kelompok yang menyokong Malayan Union. Apakah alasan mereka menyokong?

Yakin bahawa British merupakan kuasa besar dan mempunyai kecekapan mentadbir dan membangunkan Tanah Melayu.

138. Raja-raja Melayu, pembesar-pembesar Melayu dan majoriti orang Melayu yang tidak terlibat dalam politik kiri Melayu menentang Malayan Union. Nyatakan tindakan-tindakan yang diambil mereka.

i. Mengadakan demonstrasi semasa Sir Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.

ii. Persatuan-persatuan Melayu mengirim telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.

iii. Menggunakan medium akhbar Utusan Melayu, Majlis dan Warta Malaya untuk mengkritik dan menyuarakan bantahan terhadap Malayan Union.

iv. Dato’ Onn Jaafar menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan kesatuan Melayu bagi menentang Malayan Union.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

66

v. Kongres Melayu diadakan dari 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Kuala Lumpur dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu.

vi. Kongres Melayu kedua diadakan di Istana Besar Johor Bharu pada 11 dan 12 Mei 1946.

vii. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang kemudiannya dikenali United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan hasil daripada Kongres Melayu 1946.

viii. Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan kepada ahli-ahli parlimen British (L.D Gammas dan David Reese Williams).

ix. Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar sebagai protes kepada ahli-ahli parlimen British.

139. Bilakah UMNO ditubuhkan dan siapakah yang dipilih sebagai Yang Dipertua UMNO pertama?

11 Mei 1946, Dato’ Onn Jaafar.

140. Bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union turut disokong oleh beberapa orang pegawai tinggi British. Namakan pegawai-pegawai tinggi British terbabit.

Sir Edward Gent, Sir Malcolm McDonald dan L.D. Gammas.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

Page 37: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

67

141. Apakah kesan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union?

Malayan Union dihapuskan dan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948.

142. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu bukan sahaja disambut baik oleh orang Melayu tetapi juga disokong oleh bekas-bekas pegawai British. Sebutkan bekas-bekas pegawai British itu?

i. Sir R.O. Winstedt, ii. Sir Cecil Clementi, iii. Sir Frank Swetthenhan iv. Sir George Maxwell.

143. Namakan tokoh-tokoh tempatan yang menjadi penggerak penting Persekutuan Tanah Melayu.

i. Sultan Badlishah (Kedah), ii. Sultan Abdul Aziz (Perak), iii. Sultan Ibrahim (Johor), iv. Dato’ Onn Jaafar v. Dato’ Nik Ahmed Kamil.

144. Berikan sebab-sebab utama kenapa British bersedia melaksanakan Persekutuan Tanah Melayu.

i. UMNO dan Raja-Raja Melayu hanya mahukan rundingan dan bukannya menuntut kemerdekaan.

ii. British bimbang pengaruh politik radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS menguasai politik Tanah Melayu.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

68

145. Bagaimana British memulakan langkah untuk mengantikan Malayan Union kepada Persekutuan Tanah Melayu?

Menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif dianggotai oleh 12 orang yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin Umno dan wakil Raja-Raja Melayu.

146. Senaraikan tuntutan yang dibuat orang Melayu dalam menyuarat Jawatankuasa Eksekutf menggubal Perjanjian Persekutuan 1948?

i. Menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.ii. Menuntut sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu.iii. Kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-

Negeri Melayu diakui semula.iv. Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.v. Menuntut dasar perlindungan Negeri-Negeri Melayu

dipulihkan semula.

147. Siapakah yang menentang perundingan tersebut dan mengapa mereka menentang?

Kaum bukan Melayu dan golongan radikal Melayu kerana menganggap Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak.

148. Namakan organisasi yang ditubuhkan pada awal tahun 1947 bagi menentang British dan UMNO.

Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

Page 38: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

69

149. Namakan perlembagaan yang dicadangakan oleh gabungan AMCJA dan PUTERA dan sebutkan tuntutan mereka dalam perlembagaan itu.

Perlembagaan Rakyat 1947. Tuntutan yang terkandung dalam perlembagaan:

(a) Singapura disatukan dengan Tanah Melayu.(b) Sebuah Kerajaan pusat dan Majlis Negeri-Negeri dipilih.(c) Warga Tanah Melayu dinamakan Melayu.(d) Raja-Raja Melayu mempunyai kusa sebenar dan

bertanggungjawab kepada rakyat.(e) Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan.(f) Adat istiadat dan agama Islam dikawal orang Melayu.(g) Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi

tanggungjawab bersama British dan Tanah Melayu.(h) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi.(i) Kerakyatan yang sama rata.(j) Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu.

150. Nyatakan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

(a) Sebuah Persekutuan dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk. Singapura kekal menjadi tanah jajahan berasingan.

(b) Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang dibantu oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.

(c) Pesuruhjaya Tinggi menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.

(d) Raja berpelembagaan diwujudkan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

70

(e) Institusi Raja dikekalkan dengan kedudukan dan bidang kuasa yang jelas. Sultan-sultan memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Perundangan Negeri.

(f) Ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

(g) Syarat kerakyatan diperketat. Sesorag pemohon mestilah lahir di Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8-12 tahun, manakala seorang pemohon asing mestilah bermastautain tidak kurang 15 tahun. Prinsip jus soli hanya terpakai untuk rakyat British bagi Pulau Pinang dan Melaka.

(h) Memperkenalkan semula kerakyatan Raja-Raja Melayu. Ia bermaksud orang Melayu yang lahir di sesebuah negeri Melayu adalah secara automatik rakyat bagi negeri tersebut.

Nota: Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dianggotai oleh 17 orang ahli (7 ahli majlis rasmi, 7 orang dilantik ahli tidak rasmi dan 3 orang ahli ex-officio.

Majlis Perundangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi dan ahlinya terdiri daripada 14 orang ahli rasmi, 9 orang yang Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri, 2 orang wakil Majlis Tempatan Melaka dan Pulau Pinang dan 50 orang ahli tidak rasmi mewakili kaum-kaum asing.

151. Apakah nama jawatankuasa yang ditubuh British pada 1949 bagi menyelesai permasalahan berkaitan dengan perlembagaan, politik dan ekonomi yang dituntut oleh pelbagai etnik?

Jawatankuasa Hubungan antara Kaum / Communities Liason Committee (CLC)

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

Page 39: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

71

152. Siapakah tokoh-tokoh yang menganggotai CLC?

i. Dato’ Onn Jaafar, ii. Dato’ Abdul Wahab Abdul Aziz, iii. Tan Cheng Lock, iv. C.C. Tan, v. E.E.C. Thuraisingham vi. Dr J.S. Gooting.

153. Pada tahun 1951 British memperkenalkan Sistem Ahli.Idea ini lahir dari cadangan Dato’ Onn Jaafar. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem Ahli?

Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu.

154. Siapakah yang mencadangkan Sistem Ahli Tanah Melayu mengikut model negara Kenya dan Rhodesia Utara?

Sir Henry Gurney

155. Sistem Ahli yang dicadangkan Dato’ Onn Ja’afar dipersetujui British. Nyatakan mengapa British bersetuju dengan idea itu?

i. Ia selari dengan dasar dekolinisasi British.ii. Dapat mengurangkan tekanan dari pihak Parti Komunis

Malaya.iii. Mengelakkan rakyat daripada terpengaruh dengan

komunis.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

72

156. Namakan tokoh-tokoh tempatan yang terlibat dengan perundingan berkaitan Sistem Ahli di King’s House Kuala Lumpur.

i. Dato’ Onn Jaafar, ii. Dato’ Hamzah Abdullah, iii. Dato’ Nik Ahmed Kamil, iv. Raja Uda, v. E.E.C Thuraisingam, vi. Yong Shook Lin dan vii. Dr Lee Tiang Keng.

157. Nyatakan kelebihan dan kebaikan Sistem Ahli.

(a) Asas ke arah melatih rakyat tempatan ke arah berkerajaan sendiri.

(b) Pendedahan kepada pelbagai kaum cara-cara pentadbiran moden.

(c) Model perkongsian kuasa antara kaum.(d) Memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan

Tanah Melayu.(e) Persediaan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah

Melayu.

158. Sebutkan ciri-ciri Sistem Ahli.

(a) Ia menyerupai sistem kabinet bayangan yang dianggotai beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.

(b) Anggota sistem Ahli dikenali sebagai Ahli yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British atas persetujuan Majlis Raja-Raja.

(c) Ahlinya berada di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

(d) Ahlinya mengetuai portfolio tertentu.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

Page 40: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

73

159. Sebutkan tokoh-tokoh yang dilantik menganggotai Sistem Ahli berserta dengan portfolio mereka.

i. Dato’ Onn Jaafar – Hal Ehwal Dalam Negeri.ii. E.E.C. Thuraisingham – Pelajaran.iii. Tunku Yaakob – Pertanian dan Perhutanan.iv. Dato’ Mahmud Mat – Tanah, Perlombongan dan Perhubungan.v. Lee Ting Keng – Kesihatan.vi. J.D. Mead – Kerja Raya dan Perumahan.vii. J.D. Hodgkinson – Perindustrian dan Perhubungan Sosial.viii. O.A. Spencer – Hal Ehwal Ekonomi.

160. Sebutkan dua pilihan raya yang dijalankan di Tanah Melayu sebelum Pilihan Raya Umum 1 diadakan pada tahun 1955. Apakah keputusan pertandingan daripada pilihan raya itu?

i. Pilihan Raya Majlis Perbandaran Pulau Pinang (Disember 1951) – 9 kerusi dipertandingkan. Perikatan (UMNO dan MCA) memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan.

ii. Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (Februari 1952) – 12 kerusi dipertandingkan. Perikatan menang 9 kerusi, 3 kerusi oleh Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP)

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

74

161. Pada tahun 1955 diadakan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan bagi memilih Kerajaan yang akan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Apakah keputusan Pilihan Raya Umum 1 itu?

Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) menang 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan, 1 kerusi dimenangi PAS di Kerian, Perak.

Nota: Pilihan Raya Umum I (1955) membuktikan pengorbanan dan kompromi yang cukup besar ditunjukkan UMNO. Sepatutnya UMNO boleh membentuk Kerajaan tanpa perlu bergabung dengan MCA dan MIC. Ini membuktikan sifat keterbukaan orang Melayu yang rela berkongsi kuasa dan bertoleransi demi perpaduan.

162. Pada Januari 1956, 8 orang wakil berangkat ke London untuk membincangkan kemerdekaan negara. Siapakah yang mengetuai rombongan ke London dan senaraikan tokoh yang menyertainya.

Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj (Perdana Menteri), tokoh-tokoh yang menyertai:

(a) Datuk Mohd Seth Mohammad Said (Menteri Besar Johor)(b) En. Abdul Aziz Hj Abdul Majid (Menteri Besar Selangor)(c) Dato’ Nik Ahmed Kamil Hj Mahmood (bekas Menteri

Besar Kelantan)(d) Dato’ Panglima Bukit Gantang.(e) Dr. Ismail Abdul Rahman (Menteri hasil Bumi).(f) Dato’ Abdul Razak Hussein (Menteri Pelajaran).(g) Kolonel H.S. Lee (Menteri Pengangkutan).

Nota: Setiausaha rombongan : T.H.Tan.Rundingan kemerdekaan berlangsung mulai 18 Januari – 8 Februari 1956(3 minggu).

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

Page 41: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

75

163. Pada 8 Februari Perjanjian London ditandatangani. Sebutkan hasil perjanjian London itu?

(a) British akan memberikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

(b) Tanah Melayu berada dalam Komenwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi.

(c) British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.

(d) Sebuah badan bebas dibentuk untuk mengubal Perlembagaan Tanah Melayu – Suruhanjaya Reid.

164. Apakah yang ditetapkan Perjanjian London mengenai penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu?

(a) Pembentukan sebuah Persekutuan dengan Kerajaan pusat yang kuat.

(b) Pemeliharan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak raja-raja.

(c) Mewujukan jawatan Ketua Negara, iatu Yang di-Pertuan Agong.

(d) Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu dan hak-hak yang mengesahkan kaum-kaum lain.

(e) Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

165. Senaraikan keanggotaan Suruhanjaya Reid.

(a) Lord Reid (British) – Pengerusi.(b) Sir Ivor Jennings (British).(c) Sir Willian Mckell (Australia)(d) B. Malik (India)(e) Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

76

Nota: Suruhanjaya ini menerima 131 memorandum bertulis daripada parti-parti politik, raja-Raja Melayu, individu dan orang ramai. Suruhanjaya ini telah bersidang beberapa kali dari bulan Jun-Oktober 1956.

166. Siapakah tokoh-tokoh yang terlibat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ?

(a) Bagi pihak Raja-Raja Melayu: Tunku Abdul Rahman, Yang Di pertuan Besar Negeri Sembilan. Baginda adalah Yang

di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

(b) Pemimpin Perikatan: Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V. Sambanthan dan Tun H.S.Lee.

(c) Tokoh lain: Dato’ Onn Ja’afar dan Dato’ Panglima Bukit Gantang.

167. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman berucap di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura. Apakah idea yang dicetuskan oleh Tunku dalam ucapannya itu?

Pembentukan gagasan Malaysia

168. Mengapa Tunku mencadangkan pembentukan gagasan Malaysia?

(a) Menjamin kedudukan politik yang kukuh.(b) Mewujudkan kerjasama ekonomi dan sosial.(c) Membendung dan menghapuskan pengaruh komunis.(d) Mengimbangi jumlah penduduk.(e) Mempercepat kemerdekaan Singapura, Sabah dan

Sarawak.(f) Mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi wilayah.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

Page 42: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

77

169. Nyatakan sikap Lee Kuan Yew terhadap cadangan gagasan Malaysia?

(a) Menerima dan menyambut baik pembentukan gagasan Malaysia.

(b) Mendesak British segera berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.

(c) Mengadakan referendum pada 1 September 1962 bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura terhadap gabungan dalam gagasan Malaysia.

(d) Jawatakuasa Perunding Perpaduan kaum ditubuhkan di Singapura pada Julai 1961 bagi menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.

170. Apakah faktor-faktor politik yang membawa kepada pembentukan Malaysia?

(a) Masalah keselamatan terutamanya ancaman komunis di Persekutuan Tanah Melayu.

(b) Pengaruh Barisan Sosialis berhaluan kiri di Singapura.(c) Mendapatkan kemerdekaan automatik bagi Sabah,

Sarawak dan Singapura.

171. Apakah reaksi penduduk Persekutuan Tanah Melayu terhadap pembentukan Malaysia?

(a) Rakyat Persekutuan Tanah Melayu bersetuju dan melihatnya sebagai usaha murni.

(b) UMNO dan kebanyakan parti politik di Persekutuan Tanah Melayu menyetujui pembentukan Malaysia.

(c) Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis mahukan idea Malaysia dirunding terlebih dahulu dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

78

172. Nyatakan reaksi penduduk Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia?

(a) Pada mulanya kedua-dua negeri itu menolak gagasan Malaysia kerana tiada keyakinan untuk berkerajaan sendiri.

(b) Parti Perikatan Sarawak (PANAS, SNAP, BERJASA, SCA, dan PUSAKA) memberi sokongan terhadap cadangan itu.

(c) Di Sabah parti seperti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Parti Demokrat, Parti Bersatu dan Pasok Momugun bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah untuk menyokong gagasan Malaysia.

173. Nyatakan asas-asas tuntutan dalam Perkara 20 Sabah.

(a) Pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.(b) Melindungi hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan

Sabah.(c) Menuntut hak wilayah asingan.

Nota: Hak wilayah asingan menyentuh beberapa perkara penting iaitu Ketua Menteri, Agama Islam, bahasa kebangsaan, hal ehwal imigresen, kerakyatan, kedudukan istimewa penduduk asal, pelajaran dan peruntukan kewangan.

174. Pada 17 Januari 1962 Suruhanjaya Cobbold dibentuk. Apakah peranan suruhanjaya ini?

Membuat tinjauan terhadap pendapat penduduk Sarawak dan Sabah berhubung cadangan pembentukan Malaysia serta menilai dan mengemukakan cadangan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

Page 43: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

79

175. Namakan tokoh-tokoh yang menganggotai Suruhanjaya Cobbold?

i. Lor Cobbold (Pengerusi), ii. Sir Anthony Abell, iii. Sir David Watherson, iv. Datuk Wong Pow Nee, v. Encik Mohamed Ghazali Shafievi. Mr. H.Harris (Setiausaha).

176. Nyatakan reaksi yang ditunjukkan oleh Brunei, Filipina dan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.

(a) Brunei pada mulanya setuju tetapi akhirnya menolak kerana wujud penentangan daripada rakyatnya sendiri yang dipimpin oleh A.M. Azahari dan Parti Rakyat Brunei.

(b) Filipina menentang dan mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya. Tuntutan berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overback.

(c) Indonesia menentang keras kerana negara itu bercita-cita mewujudkan ‘Indonesia Raya’. Pada 20 Januari 1963,

Presiden Soekarno mengisytiharkan konfrantasi dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’.

177. Apakah langkah-langkah yang diambil Malaysia untuk berhadapan dengan tentangan Filipina dan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia?

(a) Menubuhkan MAPHILINDO.(b) Menghantar bantahan rasmi ke PBB.(c) Mengadakan perjanjian pertahanan dengan Britain.(d) Mendapatkan bantuan tentera Komenwel.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

80

(e) Mengadakan lawatan ke negara Dunia Ketiga untuk menjelaskan isu antara Indonesia dengan Malaysia.

178. Di manakah Perjanjian Malaysia ditandatangani, dan nyatakan perkara utama yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia ?

London (di Malborough House), kandungan utama perjanjian:

(a) Semua urusan hal ehwal luar tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

(b) Agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah. Agama-agama lain bebas diamalkan.

(c) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh diamalkan.

(d) Bahasa rasmi Sarawak dan Sabah adalah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas hari Malaysia.

(e) Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.

(f) Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi perwakilan.

(g) Taraf yang sama diberi kepada Bumiputera Sabah dan Sarawak sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.

179. Namakan tiga badan yang meluluskan Perjanjian Malaysia pada bulan Ogos 1963.

i. Parlimen Tanah Melayuii. Dewan Perhimpunan Singapura, iii. Majlis Perundangan Sarawak dan Sabah.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

Page 44: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

81

180. Namakan akta yang telah menggabungkan negeri-negeri anggota Malaysia.

Akta Malaysia

Nota: Akta Malaysia diluluskan oleh Parlimen British dan diperkenankan oleh Ratu Elizabeth. Pada 26 Ogos 1963, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia. Persekutuan Malaysia ditubuhkan secara rasminya pada16 September 1963.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------SEJARAH MALAYSIA MODEN

82

Asas-Asas Ekonomi Malaysia

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA

Page 45: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

83

181. Apakah maksud struktur ekonomi dan nyatakan struktur ekonomi Malaysia yang utama?

Gabungan pelbagai sektor ekonomi yang menyumbang kepada pendapatan negara dan guna tenaga negara. Struktur ekonomi Malaysia yang utama:

i. Sektor utama – sumber semula jadi (sumber asli);ii. Sektor kedua – menggunakan bahan mentah untuk

mengeluarkan bahan separuh siap;iii. Sektor ketiga – sektor perkhidmatan.

182. Nyatakan jenis hasil alam semula jadi (sektor utama) Malaysia.

i. Pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan.ii. Perlombongan dan kuari.

183. Nyatakan sektor-sektor ekonomi yang tergolong dalam sektor kedua?

i. Sektor perkilangan.ii. Sektor pembinaan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

84

184. Sektor perkhidmatan (sektor ketiga) melibatkan pelbagai aktiviti penawaran perkhidmatan. Sebutkan lima contoh aktiviti terbabit?

Jawapannya boleh mana-mana antara senarai di bawah:

i. Pengangkutan ii. Perhubungan iii. Kuasa elektrik dan gas iv. Perhotelanv. Kewanganvi. Insuransvii. Hartanahviii. Perniagaan ix. Pemborongan dan peruncitanx. Restoran xi. Penyimpananxii. Perkhidmatan-perhidmatan lain

185. Mengapa sektor perkhidmatan penting bagi ekonomi Malaysia?

Menjadi sokongan kepada sektor utama dan sektor kedua supaya sektor ekonomi negara berjalan lancar.

186. Mengapa sektor utama penting kepada negara?

i. Sumber bahan mentahii. Meneroka dan memajukan tanah yang baruiii. Sumber pendapatan baruiv. Peluang pekerjaanv. Mengurangkan import bahan mentahvi. Berdaya saing dengan negara lain

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

Page 46: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

85

187. Apakah masalah ekonomi yang akan dihadapi sekiranya Malaysia terlalu bergantung kepada sektor utama (sumber alam)?

i. Kehausan dan kepupusan sumberii. Ketidakstabilan harga komoditiiii. Merugikan imbangan daganganiv. Menjejaskan peluang pekerjaanv. Persaingan daripada barang tiruan

188. Nyatakan corak perubahan struktur ekonomi Malaysia pada 1990an.

i. Sumbangan sektor utama kepada KDNK semakin merosot, manakala sumbangan sektor kedua dan ketiga semakin meningkat.

ii. Peralihan ekonomi daripada yang berasaskan pengeluaran (p-ekonomi) kepada yang berasaskan ilmu (k-ekonomi).

iii. Koridor Raya Multimedia (MSC) diperkenalkan untuk mengembangkan industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

189. Nyatakan corak ekonomi Malaysia pada awal 2000-an hingga kini?

i. Penekanan kepada sektor kedua dan ketiga, manakala sektor utama terus menyumbang.

ii. Mempertingkatkan sektor pertanian moden secara besar- besaran.

iii. Sektor industri didorong oleh eksport berasaskan k-ekonomi.

iv. Industri ICT adalah berlandaskan k-ekonomi.v. Penggunaan ICT sangat ditekankan untuk mempertingkat

daya saing negara.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

86

vi. Pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (GTP):a) Liberalisasi sektor perkhidmatan dan kewanganb) Penekankan aspek inovasi dan kreativitic) Memperkenalkan 12 bidang Aktiviti Utama Ekonomi Negara (NKEA)d) Meningkatkan pasaran modal konvensional dan modal Islame) Meningkatkan penyenaraian syarikat-syarikat utama di Bursa Malaysia

190. Senaraikan 12 bidang Aktiviti Utama Ekonomi Negara (NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

i. Minyak, gas dan tenaga.ii. Minyak sawit.iii. Pertanian.iv. Elektrik dan elektronik.v. Pelancongan.vi. Pendidikan.vii. Penjagaan kesihatan.viii. Perkhidmatan kewangan.ix. Kandungan komunikasi dan infrastruktur.x. Perkhidmatan perniagaanxi. Pemborongan dan peruncitan.xii. Greater Kuala Lumpur (Klang Valley).

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

Page 47: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

87

191. Model Baru Ekonomi (MBE) diumumkan Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010. Sebutkan beberapa penekanan

yang terdapat dalam MBE.

i. Berteraskan peningkatan produktiviti pekerja melalui pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

ii. Ekonomi berasaskan kreativiti dan inovasi dijadikan pemangkin baru ekonomi negara,

iii. Menekankan tiga komponen utama iaitu modal insan, modal swasta dan modal sosial.

192. Nyatakan tiga teras atau komponen utama MBE.

i. Menjadikan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi.

ii. Keterangkuman (semua komuniti menyumbang dan menikmati kekayaan negara).

iii. Kebolehmampanan (mampan dari segi ekonomi dan alam sekitar).

193. Senaraikan lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) yang digariskan di bawah MBE.

i. IPS 1 : menyuburkan kembali sektor swasta.ii. IPS 2 : membagun tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.iii. IPS 3 : mewujudkan ekonomi domestik berdaya saing.iv. IPS 4 : mengukuh sektor awam.v. IPS 5 : tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran.vi. IPS 6 : membina infrastruktur berasaskan pengetahuan.vii. IPS 7 : meningkatkan sumber pertumbuhan.viii. IPS 8 : memastikan kebolehmampanan pertumbuhan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

88

194. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) 2011-2015 mengandungi 10 premis atau idea utama yang akan berupaya melonjak negara ke arah status negara maju berpendapatan tinggi. Sebutkan 10 premis tersebut.

i. Ekonomi dipacu oleh faktor dalam negeri di samping mengambil kira persekitaran luar negara.

ii. Memanfaat kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di pentas antarabangsa.

iii. Transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

iv. Menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

v. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal cemerlang.vi. Memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan

yang mudah terjejas.vii. Pertumbuhan menyeluruh.viii. Pembangunan inklusif.ix. Menyokong perkongsian pintar dan berkesan.x. Menghargai khazanah dan alam sekitar dan kerajaan

umpama syarikat yang berdaya saing.

195. Nyatakan kesan perubahan struktur ekonomi negara.

i. Pelaburan asing meningkatii. Perkembangan sektor perkilangan.iii. Perkembangan sektor perkhidmatan.iv. Peluang pekerjaan meningkat.v. Pendapatan negara meningkat.vi. Taraf hidup rakyat meningat.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

Page 48: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

89

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

196. Sumber hasil Kerajaan merupakan pendapatan kerajaan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Nyatakan dari mana kerajaan memperolehi hasil?

i. Hasil cukai (cukai langsung, cukai tidak langsung) ii. Hasil bukan cukai.

197. Senaraikan bentuk-bentuk cukai langsung yang diperolehi kerajaan.

(i) Cukai pendapatan syarikat (ii) Cukai pendapatan individu (iii) Cukai petroleum (iv) Cukai pendapatan koperasi (v) Cukai keuntungan hartanah (vi) Duti setem (vii) Cukai tanah (viii)Cukai pintu.

198. Berikan contoh-contoh cukai tidak langsung yang diperolehi kerajaan.

(i) Duti import.(ii) Duti eksport.(iii) Duti eksais (cukai terhadap barang tempatan yang dijual dalam negara).(iv) Cukai jualan (cukai yang dikenakan terhadap barang

akhir yang hendak dijual kepada pelanggan).(v) Cukai perkhidmatan (seperti hotel dan restoran).(vi) Cukai perjudian (kasino Genting Highlands, Spot Toto,

syarikat 4D Magnum).

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

90

199. Berikan beberapa contoh hasil bukan cukai.

(i) Dividen yang diagihkan oleh PETRONAS.(ii) Royalti daripada syarikat minyak lain.(iii) Bayaran tunai untuk gas yang dijual.(iv) Bayaran lesen dan permit.(v) Bayaran denda.(vi) Bayaran perkhidmatan yang dikenakan kerajaan.(vii) Pendapatan daripada pelaburan (dividen yang diterima daripada saham-saham syarikat yang dimiliki kerajaan).(viii)Penjualan syer milik kerajaan.

200. Mengapa sumber hasil kerajaan begitu penting?

Digunakan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan.

201. Sebutkan jenis perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang utama.

Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

202. Apakah maksud perbelanjaan mengurus dan senaraikan jenis-jenisnya?

Perbelanjaan semasa kerajaan untuk membayar kos pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Jenis-jenisnya:

i. Emolumen (gaji dan elaun).ii. Bayaran khidmat hutang (bayaran pokok dan faedah ke

atas pinjaman dalam negeri dan luar negara).iii. Pencen dan ganjaran.iv. Pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri

(berasaskan bilangan penduduk setiap negari).v. Biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran.

Page 49: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

91

203. Apakah maksud perbelanjaan pembangunan dan sebutkan kategorinya?

Perbelanjaan pelaburan kerajaan untuk membiayai projek-projek pembangunan negara. Ia dapat meningkatkan pembentukan modal negara. Kategorinya:

i. Sektor perkhidmatan ekonomi.ii. Sektor perkhidmatan sosial.iii. Sektor keselamatan.iv. Sektor pentadbiram am.

204. Apakah tujuan belanjawan (bajet) negara?

i. Untuk menganggarkan hasil dan merangsang perbelanjaan kerajaan.

ii. Untuk mencapai kestabilan ekonomi.iii. Untuk pembangunan sosioekonomi.iv. Untuk membaiki imbangan pembayaran.v. Untuk merapatkan jurang perbezaan.vi. Untuk menggalakkan tabungan dan pelaburan.vii. Untuk mengawal inflasi dan kemelesetan ekonomi.

205. Apa yang akan berlaku sekiranya perbelanjaan kerajaan melebihi daripada sumber hasil?

Kerajaan terpaksa menampungnya melalui pinjaman (hutang negara) dalam negeri dan hutang luar negara.

206. Mengapa kerajaan perlu meminjam?

i. Membiayai belanjawan kurang kerajaan (belanjawan defisit).

ii. Membiayai perbelanjaan pembangunan.iii. Pengagihan pendapatan melalui projek tertentu.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

92

iv. Membiayai kelewatan kutipan hasil cukai.

207. Apakah kelebihan pinjaman dalam negeri berbanding pinjaman luar negara?

i. Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar pertukaran asing.

ii. Tidak melibatkan pengaliran keluar.iii. Lebih mudah dan fleksibel.iv. Kadar faedah yang lebih rendah.v. Tidak mendatangkan tekanan inflasi.vi. Tidak mempengaruhi kedudukan imbangan perbelanjaan negara.

208. Hutang luar negara merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dengan perjanjian yang dibuat daripada luar negara atau institusi kewangan luar negara. Apakah bentuk-bentuk pinjaman luar negara Kerajaan Persekutuan?

i. Pinjaman pasaranii. Pinjaman projek (bagi membiayai projek pembangunan negara)

Nota:Contoh sumber pinjaman luar negara:i. Pinjaman pasaran – Amerika Syarikat, Jepun, Negara-negara Kesatuan

Eropah, United Kingdom.ii. Pinjaman projek:

a. Institusi kewangan antarabangsa seperti Bank Pembangunan Asia, Bank Dunia dan Japan Bank for International Cooperation.

b. Negara asing seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada, Negara-negara Kesatuan Eropah, Arab Saudi dll.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

Page 50: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

93

209. Ketika berlakunya kemelesetan ekonomi pada tahun 1980an, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam. Apakah objektif dasar itu dilaksanakan dan strategi yang digunakan kerajaan ?

Objektif:i. Mengawal kadar inflasi negara.ii. Mengurangkan defisit belanjawan negara.iii. Mengukuhkan kedudukan kewangan negara.iv. Mengawal pertumbuhan hutang awam.

Strategi:i. Mengawal perbelanjaan agensi-agensi kerajaan.ii. Membekukan pengisian dan pengambilan kakitangan

baharu.iii. Mengutamakan pelaksanaan projek yang memberi impak

tinggi.iv. Menswastakan agensi-agensi tertentu kerajaan

210. Senaraikan Wilayah Pembangunan Ekonomi Malaysia.

i. Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Johor.ii. Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). iii. Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). iv. Koridor pembangunan Sabah (SDC). v. Koridor Tenaga Diperbaharui (Score), Sarawak.

211. Apakah perbezaan antara dasar penswastaan dengan dasar pemiliknegaraan (nationalization)?

i. Dasar penswastaan melibatkan peralihan beberapa kepentingan Kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta.

ii. Pemiliknegaraan adalah satu langkah kerajaan menambahkan pemilikan dan penguasaan kerajaan dalam sektor ekonomi.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

212. Nyatakan tujuan dasar penswastaan dilaksanakan Kerajaan Malaysia?

i. Untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.

ii. Mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam.iii. Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian.iv. Meningkatkan daya saing, persaingan, memperbaiki

kecekapan serta melonjakkan produktiviti.v. Membantu pencapaian matlamat DEB dan Wawasan

2020.

213. Namakan bank pusat di Malaysia, bila dan bagaimana ia ditubuhkan?

Bank Negara Malaysia (BNM), 26 Januari 1959, ditubuhkan di bawah Ordinan Bank Negara Malaysia 1958.

214. Apakah fungsi utama Bank Negara Malaysia?

Mengawasi dan mengawal pelaksanaan segala dasar serta peraturan kewangan negara.

215. Senaraikan fungsi-fungsi lain bank pusat. i. Mengeluarkan mata wang negara.ii. Mengawal kestabilan mata wang negara.iii. Menjadi jurubank kepada Kerajaan dan jurubank kepada

bank perdagangan.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------ASAS-ASAS EKONOMI MALAYSIA

94

Page 51: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

95

Dasar-Dasar Negara

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA

96

Page 52: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

216. Senaraikan dasar- dasar utama pembangunan Malaysia.

i. Dasar Ekonomi Baruii. Dasar Pembangunan Nasional iii. Misi Nasional (2006-2020).iv. Dasar Perindustrian Negara.v. Dasar Perindustrian Berat.vi. Dasar Persyarikatan Malaysia.vii. Dasar Penswastaan.viii. Dasar Pembangunan Modal Insan.ix. Dasar Pembangunan Luar Bandar.x. Dasar Urbanisasi Negara.

217. Senaraikan dasar-dasar sosial dan Etika Kerja Negara.

i. Dasar Pelajaran Kebangsaan.ii. Dasar Kebudayaan Kebangsaan.iii. Dasar Perpaduan dan Integrasi Nasional.iv. Dasar Sosial Negara.v. Dasar Kebajikan Masyarakat Negara.vi. Dasar Wanita Negara ( 1989 dan 2009)vii. Dasar Kependudukan Negara.viii. Dasar Kepimpinan Melalui Teladan.ix. Dasar Pandang ke Timur.x. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam Dalam Pentadbiran.

218. Sebutkan dasar negara yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa?

Dasar Luar Negara.

219. Malaysia menyokong dasar aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) yang diamalkan di rantau ASEAN. Apakah tujuan utama ZOPFAN?

Untuk menjamin kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan menggelakkan campur tangan oleh kuasa-kuasa asing.

Nota: ZOPFAN lahir melalui Perisytiharan Kuala Lumpur (Deklarasi Kuala Lumpur) pada 27 November 1971. Ia adalah hasil daripada Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN di Malaysia.

220. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1971. Ia digubal untuk mencapai matlamat perpaduan nasional melalui objektif serampang dua mata. Sebutkan ‘serampang dua mata’ yang dimaksudkan itu?

i. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.ii. Penyusunan semula masyarakat bagi menghapus

pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Nota: Strategi pembasmian kemiskinan di bawah DEB:i. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan melalui

penggunaan kaedah moden dan kemudahan yang lebih dalam proses pengeluaran.

ii. Meningkatkan peluang peralihan daripada sektor yang kurang produktif kepada sektor yang lebih produktif atau menguntungkan.

iii. Menyediakan pelbagai perkhidmatan percuma atau subsidi untuk meningkatkan taraf hidup pendidikan rendah.

221. Sebutkan strategi penyusunan masyarakat yang dilaksanakan kerajaan di bawah DEB?

i. Memodenkan cara hidup masyarakat di luar bandar.

97 98

Page 53: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

ii. Meningkat dan mengimbang kegiatan ekonomi tanpa mengira kaum.

iii. Meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan pada semua peringkat.

iv. Meningkatkan pemilikan ekuiti rakyat Malaysia.v. Memajukan negeri dan kawasan yang mundur

(rancangan pembangunan tanah dan wilayah).vi. Membentuk masyarakat perdagangan dan perindustrian

Bumiputera.

Nota: Pendapatan kasar bulanan purata isi rumah (RM) mengikut etnik dan

strata di Malaysia , 1970 – 1990

Sumber: Chamhuri Siwar dan Surtaham Kastin Hasan (2000) Rancangan Malaysia Keenam (1991-1990)

Penglibatan guna tenaga Bumiputera (%) dalam kumpulan pekerjaan terpilih di Malaysia, 1970-1990

Sumber: Chamhuri Siwar dan Surtaham Kastin Hasan (2000) Rancangan Malaysia Keenam (1991-1990)

99 100

Page 54: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

222. Namakan dasar yang diperkenalkan kerajaan bagi menggantikan DEB yang berakhir pada 1990 dan sebutkan strategi dasar itu?

i. Dasar Pembangunan Nasionalii. Strategi:

a. Mengekalkan strategi asas DEB, iaitu membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

b. Mewujudkan satu corak pembangunan seimbang.

223. Sebutkan tiga aspek kritikal yang diberi penekanan di bawah strategi mewujudkan pembangunan seimbang di bawah DPN?

i. Memberi latihan kepada belia di luar bandar.ii. Meneruskan pemberian subsidi dan sokongan kepeda

golongan petani padi dan nelayan (mempertingkatkan hasil pengeluaran).

iii. Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara wilayah, terutamanya antara Sabah dan Sarawak dengan negeri lain.

224. Selepas DPN, dasar baharu diperkenalkan kerajaan ialah Dasar Wawasan Negara (DWN) 2001-2010. Ia terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RPJP3). DWN menggabungkan teras kritikal dua dasar pembangunan sebelumnya, iaitu DEB dan DPN.Ia juga merupakan kesinambungan usaha kerajaan untuk mencapai wawasan 2020. Sebutkan objektif DWN dan apakah teras kritikal DWN?

i. Objektif DWN:a. Mencapai pertumbuhan mampan dan pengukuhan

daya tahan ekonomi.

b. Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan bekerjasama.

ii. Teras kritikal DWN:a. Membina bangsa Malaysia yang berdaya tahan.b. Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui

pembasmian kemiskinan dan pengurangan jurang ekonomi antara etnik dan wilayah.

c. Meningkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.

d. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.e. Membangun ekonomi berasaskan pengetahuan.f. Mengekalkan pembangunan sumber manusia.g. Meneruskan pembangunan alam sekitar yang

mampan.

225. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan pada 17 Jun 1991 oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Apakah objektif DPN itu diperkenalkan?

i. Menjadikan perpaduan sebagai matlamat akhir

supaya kestabilan sosial dan politik dapat dicapai serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

ii. Untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju dalam semua bidang kehidupan (Wawasan 2020).

Nota: DPN digubal bagi mengantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia digubal berlandaskan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRPJP) 1991-2000. DPN menjadi titik tolak kepada cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

226. Apakah tumpuan utama DPN?

i. Memastikan hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan.

ii. Menghadapi persaingan dalam pasaran antarabangsa.

101 102

Page 55: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

iii. Mencapai Wawasan 2020.iv. Pembasmian kemiskinan.v. Penyusunan semula masyarakat.

227. Sebutkan perdana menteri Malaysia yang memperkenalkan Misi Nasional (2006-2020)?

Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia ke-5).

228. Apakah penekanan utama Misi Nasional?

Pembangunan modal insan berpengetahuan tinggi.

229. Sebutkan lima teras utama Misi Nasional.

i. Teras 1 - Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.ii. Teras 2 - Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.iii. Teras 3 - Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.iv. Teras 4 - Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup.v. Teras 5 - Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksana.

230. Salah satu pencapaian Misi Nasional ialah penubuhan Institut Integriti Nasional (IIN) yang telah memperkenalkan Pelan Integriti Nasional (PIN). Apakah tujuan utama PIN diwujudkan?

Untuk membangunkan sebuah negara bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.

231. Penubuhan Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH) adalah satu lagi pencapaian utama Misi Nasional. Apakah visi PEMUDAH ?

Untuk membolehkan perkhidmatan awam mencapai penanda aras antarabangsa yang berteraskan pelanggan, berinovasi dan proaktif dalam menyokong ekonomi yang berdaya saing.

232. Pada 3 Februari 1986, kerajaan telah mengumumkan Pelan Induk Perindustrian (PIP). Sebutkan tiga objektif utama PIP?

i. Menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian negara.

ii. Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.

iii. Meningkatkan tahap penyelidikan dan pembangunan teknologi tempatan sebagai asas menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian.

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

103 104

Page 56: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

105

233. Dasar Perindustrian Berat merupakan dasar perindustrian yang memerlukan pelaburan modal yang besar, teknologi yang tinggi dan tenaga pekerja mahir yang ramai. Sebutkan perbadanan yang ditubuhkan kerajaan bagi mengenal pasti, melaksanakan dan menguruskan projek-projek dalam bidang industri berat?

Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) – ditubuhkan pada tahun 1980.

234. Dasar Persyarikatan Malaysia lahir semasa Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan Forum INTAN pada 25 Februari 1983. Ia lahir berasaskan kesedaran bahawa perlunya sektor awam dan sektor swasta bekerjasama dan saling membantu dalam membangunkan negara ke tahap yang lebih tinggi. Apakah yang anda faham dengan konsep persyarikatan Malaysia itu?

Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh pihak kerajaan dan sektor swasta.

235. Dasar Penswastaan adalah antara dasar yang bertujuan memindahkan perkhidmatan pelaburan atau kepentingan kerajaan sama ada yang sedia ada atau yang baharu kepada sektor swasta bagi tujuan meningkatkan tahap kecekapan dan daya pengeluaran negara serta meringankan beban kewangan kerajaan. Nyatakan bentuk-bentuk penswastaan yang dilaksanakan kerajaan?

i. Penjualan kepentingan kerajaan dalam bentuk ekuiti dan aset sama ada secara keseluruhan atau sebahagian kepada pihak swasta.

ii. Pengurusan kontrak melibatkan penyertaan sektor swasta dalam menyediakan sesuatu kegiatan atau

perkhidmatan tertentu tanpa pemindahan sebarang aset kerajaan .

iii. Pajakan melibatkan pemindahan hak bagi menggunakan sesuatu aset tetap untuk tempoh masa tertentu dengan dikenakan bayaran pajakan.

iv. Bina-Kendali-Pindah Milik (BOT) dan Bina-Kendali (BO) melibatkan projek infrastruktur dan kemudahan awam.

v. Pembelian syarikat oleh pihak pengurusan (Management Buy Out/MBO).

236. Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) dilahirkan melalui saranan Penyata Razak 1956. Pada tahun 1960 DPK disusun semula dan melahirkan Penyata Rahman Talib 1960. Apabila lahirnya Rukun Negara (1970), DPK turut mengintegrasikan prinsip Rukun Negara dan memperkukuh lagi asas DPK. Apakah tujuan DPK dilaksanakan ?

i. Mencapai perpaduan nasional.ii. Memelihara cara hidup demokratik.iii. Membentuk satu masyarakat yang adil.iv. Membentuk satu budaya nasional.v. Membina satu masyarakat maju berasaskan sains dan

teknologi moden.

Nota: Pada tahun 1974 satu Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan yang mempengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Dr Mahathir Mohamad, Laporan itu mencadangkan dua matlamat utama, iaitu:i) pendidikan digerakkan ke arah pembangunan tenaga

manusia untuk memenuhi keperluan pembangunan negara; ii) pendidikan bukan hanya untuk mencari ilmu tetapi juga

untuk membentuk akhlak mulia, berdisiplin dan terlatih.

106

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

Page 57: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

237. Laporan Kabinet 1974 telah mendorong kerajaan melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1998 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Apakah tujuan utama KBSR dan KBSM?

Untuk memupuk semangat kewarganegaraan serta membina perasaan taat setia dan bangga terhadap negara di kalangan pelajar.

238. Nyatakan objektif Dasar Pendidikan Kebangsaan?

i. Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.

ii. Melahirkan tenaga kerja terlatih.iii. Mewujudkan sistem pendidikan negara yang lebih

berkualiti dan bertaraf antarabangsa.iv. Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum melalui

penyediaan kemudahan pendidikan.v. Memastikan sistem pendidikan negara berupaya

menangani perkembangan sains dan teknologi semasa.vi. Menyatukan murid/pelajar sekolah dari pelbagai kaum

dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi bagi menjana pembangunan negara.

239. Falsafah pendidikan kebangsaan menyebut bahawa pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan berpadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.Sebutkan enam ciri rakyat Malaysia yang ingin dilahirkan melalui falsafah pendidikan kebangsaan itu (DPK)?

i. Berilmu pengetahuan.

ii. Berketerampilan.iii. Berakhlak mulia.iv. Bertanggungjawab.v. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.vi. Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

240. Pada Mei 1994 kerajaan telah melancarkan Dasar Telekomunikasi Negara (1994-2020). Apakah objektif dasar itu dan sebutkan strategi yang digunakan untuk menjayakan dasar tersebut?

i. Objektif Dasar Telekomunikasi Negara (1994-2020):a. Membangun industri komunikasi negara secara

cekap dan teratur.b. Memberi panduan kepada perkembangan sector

komunikasi.c. Menggalakkan hubungan erat antara kaum dan

wilayah.d. Memastikan prasarana telekomunikasi mencukupi

dan efektif.e. Memastikan kemudahan telekomunikasi dinikmati

oleh semua rakyat dengan kadar bayaran yang berpatutan.

ii. Strategi:a. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan

dalam sektor telekomunikasi.b. Memperluas prasarana telekomunikasi di luar

bandar.c. Membangun industri telekomunikasi tempatan.

Nota: Koridor Raya Multimedia dilancarkan kerajaan pada tahun 1996 bertujuan menyediakan teknologi maklumat komunikasi bertaraf dunia untuk mewujudkan persekitaran yang mendorong kepada pembangunan

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

107 108

Page 58: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

insan dalam kalangan wanita supaya berdaya saing dan mempunyai ketahanan diri, berilmu, berwawasan, kreatif dan inovatif serta menghayati nilai-nilai murni.

245. Nyatakan Sembilan cabaran yang digariskan di bawah Wawasan 2020.

i. Cabaran untuk mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.

ii. Cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju.

iii. Cabaran untuk mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.

iv. cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian.

v. Cabaran untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.

vi. cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan.

vii. Cabaran untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.

viii. Cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

ix. Cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

110

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

ekonomi berasaskan pengetahuan. Koridor raya Multimedia ini merangkumi Pusat Bandar raya Kuala Lumpur (KLCC), Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pusat pentadbiran kerajaan Putrajaya. Sebuah perbadanan ditubuhkan bagi menarik pelabur asing dikenali Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC) bagi menggalakkan sektor swasta beroperasi di kawasan Koridor Raya Multimedia dengan memberi beberapa keistimewaan kepada syarikat berstatus MSC.

241. Apakah tujuan Dasar Sains dan Teknologi Negara diperkenalkan?

Meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang sainstifik dan teknologi, menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang sains, pendidikan dan lain-lain bidang yang berkaitan.

242. Apakah yang anda faham tentang Dasar Sosial Negara?

Satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan untuk mencapai solidariti (kesepaduan) dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup rakyat.

243. Apakah matlamat Dasar Kebajikan Masyarakat Negara?

Untuk mewujudkan masyarakat yang bersemangat berdikari, menikmati peluang yang sama dan mengamalkan budaya ikram.

244. Dasar Wanita Negara 2009 (DWN2) adalah lanjutan kepada DWN 1989. Apakah prinsip yang didukung DWN2 dan apakah tujuan dasar tersebut?

Mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan gender, tujuan - merealisasikan aspirasi dalam membangun modal

109

SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRANKERAJAAN MALAYSIA-------------------------------------------------------------------------------DASAR-DASAR NEGARA

Page 59: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

112111

Rom

bong

an m

erun

ding

kan

Kem

erde

kaan

Tan

ah M

elay

u ke

Lon

don

pada

tahu

n 19

56

Dar

i kiri

: Dat

o’ N

ik A

hmad

kam

il, D

r. Is

mai

l, D

ato

Pang

lima

Buk

it G

anta

ng, T

unku

, Dat

uk M

uham

mad

Set

h,

Kol

onel

H.S

.Lee

, Dat

uk A

ziz

Maj

id d

an D

ato’

Abd

ul R

azak

.D

i bel

akan

g: T

.H. T

an d

an A

bdul

Kad

ir Sh

amsu

ddin

Seba

hagi

an y

ang

terli

bat d

alam

per

undi

ngan

mer

deka

tela

h pu

n tib

a di

Lon

don.

(Sum

ber:

Ark

ib N

egar

a)

(Sum

ber:

Ark

ib N

egar

a)

Page 60: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

114113

Pada

8 F

ebru

ari 1

956,

men

erus

i Per

janj

ian

Lond

on, K

eraj

aan

Ingg

eris

ber

setu

ju m

embe

rikan

kem

erde

kaan

ke

pada

Per

seku

tuan

Tan

ah M

elay

u.

Kol

onel

H.S

. Lee

(kiri

) yan

g m

ewak

ili M

CA

ber

gam

bar d

enga

n Tu

nku

dan

Dat

o’ (T

un) A

bdul

Raz

ak.

(Sum

ber:

Ark

ib N

egar

a)

(Sum

ber:

Ark

ib N

egar

a)

Page 61: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

116115

Rom

bong

an p

erun

ding

kem

erde

kaan

pul

ang

dari

Lond

on p

ada

20 F

ebru

ari

1956

. Sa

mbu

tan

diad

akan

di B

anda

r Hili

r, M

elak

a, ia

itu te

mpa

t per

tam

a di

taw

an k

uasa

asi

ng p

ada

tahu

n 15

11.

Rom

bong

an m

erde

ka m

elin

tasi

kot

a A F

amos

a bi

naan

Por

tugi

s.

(Sum

ber:

Ark

ib N

egar

a)

(Sum

ber:

Ark

ib N

egar

a)

Page 62: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

118117

Tarik

h ke

mer

deka

an T

anah

Mel

ayu

dium

umka

n ol

eh T

unku

Abd

ul R

ahm

an.

(Sum

ber:

Ark

ib N

egar

a)

50 0

00 o

rang

men

deng

ar b

erita

tarik

h ke

mer

deka

an T

anah

Mel

ayu

di p

adan

g B

anda

r Hili

r, M

elak

a.

(Sum

ber:

Ark

ib N

egar

a)

Page 63: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

Kini, bendera ini diberi nama Jalur Gemilang.

Bendera sebuah negara yang merdeka pun dikibarkan.

(Sumber: Arkib Negara)

120119

Pada

jam

12.

30 te

ngah

mal

am, 3

0 O

gos 1

957,

ben

dera

kua

sa In

gger

is d

ituru

nkan

!

(Sum

ber:

Ark

ib N

egar

a)

Page 64: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!(Sumber: Arkib Negara)

122121

Maj

lis P

emas

yura

n K

emer

deka

an tu

rut d

ihad

iri o

leh

Raj

a-ra

ja M

elay

u.

(Sum

ber:

Ark

ib N

egar

a)

Page 65: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan

BIBLIOGRAFI

Ahmad Ibrahim, Mendekati Sejarah Undang-undang Di Malaysia dan Singapura, terj. Muhammad Bukhari Abd. Hamid, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2009.

__________, Sistem Undang-undang di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2007.

Baterah Aliah, Huzaimah Islamil, Najahudin Lateh, Buku Revisi Hubungan Etnik di Malaysia, Oxford Fajar Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor, 2010.

K.Ramanathan, Konsep Asas Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988.

Mahmood Zuhdi Abd Majid, Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia, Penerbitan Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1997.

Mohd Ayop Abd Razid, Mengenali Sejarah dan Asas-asas Perlembagaan Negara, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), KPKK, Kuala Lumpur 2011.

Mohd. Salleh Abas(Tun), Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2006.

Noor Aziah Mohd Awal, Pengenalan Kepada Sistem Perundangan Di Malaysia, International Law Book Services, Petaling Jaya, 2010.

123

Perlembagaan Persekutuan (Hingga 10hb Januari 2002),International Law Book Services, Petaling Jaya, 2002.

Ramlah Adam, Dato’ Onn Ja’afar Pengasas Kemerdekaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2009.

Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail, Zaini Othman,Kenegaraan Malaysia, Oxford Fajar, Shah Alam, 2005.

Sheela Abraham, Sejarah Perkembangan Negara. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1993.

Wu Min Aun, The Malaysian Legal System (third Edition), Pearson Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor, 2005.

124

Page 66: PENGUASAAN LENGKAP FAKTA-FAKTA · PDF filemenjadi warganegara yang taat setia dan bersifat patriotik terhadap negara yang tercinta ini. Justeru, buku yang berjudul ‘Kuiz Mega: Penguasaan