Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a...

40
Rayuanku... E D I S I 3 J A N U A R I 2 0 1 1 BLOG @

Transcript of Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a...

Page 1: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Rayuanku...

E D I S I 3 J A N U A R I 2 0 1 1

BLOG

@

ENSIKLOPEDIA UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

Jilid 1 Bab 1 : Sejarah & Perundangan Bab 2 : Organisasi & Pentadbiran Bab 3 : Akta Perancangan Bandar & Desa

1976 (Akta 172) Bab 4 : Akta Perancangan Wilayah

Persekutuan 1982 (Akta 267) Bab 5 : Statut Lain Yang Berkaitan

Jilid 2 Bab 6 : Ringkasan Kes & Keputusan

Mahkamah Bab 7 : Kaedah-Kaedah di bawah Akta

Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) Bab 8 : Proses & Prosedur Perancangan

Jilid 3

Bab 9 : Garis Panduan Perancangan Glosari

ENSIKLOPEDIA UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN

PERANCANGAN BANDAR DAN DESA Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa ini merupakan ‘one stop reference source” yang mesra pengguna. Ia mengandungi 3 Jilid dengan 9 Bab dan memberi fokus kepada perundangan perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan peruntukan akta-akta lain yang berkaitan. Ia berguna untuk pelbagai profesion khususnya untuk perancang bandar, arkitek, jurutera, peguam, juru ukur, perunding alam sekitar, pengurus dalam industri, penguatkuasa, ahli akademik dan pelajar IPT.

HARGA SATU S ET

RM1,250.00 Sila hubungi :

Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan

Jabatan Perancangan Bandar & Desa Sem. Malaysia Tingkat 15, Wisma Tun Sambathan,

Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur Tel : 03-2273 3326 Fak : 03-2273 3325

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 ( AKTA 172 )

(Versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)

PINDAAN-PINDAAN AKTA 172

Akta A866 Akta A933

Akta A1129 Akta A1313

1993 1995 2001 2007

Mengandungi segala pindaan hingga 1 September 2007

RM100.00/Unit

Berdasarkan Teks Autoritatif oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia

Sila hubungi : Bahagian Perundangan & Kawal Selia Perancangan

Tel : 03-2273 3326 Fak : 03-2273 3325

Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia

Page 2: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Nota Editor

Sekiranya ada pendapat untuk dikongsi bersama atau inginkan khidmat nasihat perundangan, BPKSP mengalu-alukannya untuk dimuatkan dalam edisi-edisi akan datang.

HAKCIPTA TERPELIHARA 2011Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan,JPBD Semenanjung Malaysia,Tingkat 15, Wisma Tun Sambanthan,Jalan Sultan Ismail,50000 Kuala Lumpur

Salam bahagia,Berjumpa lagi dalam Blog @172 edisi ketiga

Akhir-akhir ini ramai pula yang memperkatakan tentang Lembaga Rayuan (LR). Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah menerima banyak surat dan panggilan untuk mendapatkan khidmat nasihat atau maklumat berkenaan LR. Terdapat juga aduan-aduan perancangan yang diterima menyentuh soal LR. Perkara yang ditanya atau dibangkitkan meliputi perkara yang kami rasa sangat mudah, seperti…berapa ramaikah ahli LR? sehinggalah isu-isu yang kompleks (yang masih dipertikaikan) seperti… bolehkah bukan ahli undang-undang jadi pengerusi LR? Pihak pengurusan juga nampaknya sekarang berminat tentang LR. Mungkin sedang bersiap sedia untuk penceburan-penceburan baru agaknya.

Walaupun LR tidak begitu hebat dan meluas di kesemua negeri pada masakini, namun ia semakin dilaksanakan. Melihat kes-kes yang dibawa ke LR bagi negeri-negeri yang terkehadapan dalam perlaksanaannya, boleh dikatakan isu-isu yang ditimbulkan dalam kes-kes pembicaraan LR agak kompleks dan menunjukkan ‘kematangan’ baik dari pihak yang merayu, pihak defenden Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) yang harus defen keputusan Kebenaran Merancang (KM) ataupun dari segi keputusan LR yang dibuat. Kadangkala keputusan yang dibuat juga boleh menimbulkan perasaan terkilan kepada pihak yang lain pula.

Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi yang berminat boleh terus mencari ilmu berke-naan LR. Anda boleh jadi pendaftar LR, perunding cara LR, Ahli Jawatankuasa LR ataupun Pengerusi LR (ada negeri yang berura-ura mahu melantik professional dalam bidang perancangan bandar sebagai Pengerusi LR. Kalau ini berjaya dilakukan, pada masa hadapan seseorang Perancang Bandar yang berkaliber bolehlah menjadi Pengerusi LR.) Walau apapun, seseorang Perancang Bandar haruslah memperleng-kapkan diri dari segi pengetahuan dan professionalisma berkenaan LR kerana LR akan menjadi satu agenda utama bagi bidang perancangan bandar dan desa dalam masa yang terdekat.

SELAMAT MEMBACA.

Keluaran Akan Datang...

BLOG

@

Penguatkuasaan

Page 3: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 1

penasihat ahmad abdullah

ketua editorkamariah ibrahim

editorhafaliza ishak

noraini omar chongasiah sulaiman

Isi KandunganApakah Lembaga Rayuan? 1

Lembaga Rayuan di JPBD Negeri 4

The Appeal of Appeal Board 8

Pelaksanaan Lembaga Rayuan 9

Relevankah Akta 172? 1 Pandangan 12

Personaliti - Tn. Hj. Ismail Ibrahim 14

Evolusi Pindaan Akta 172 17

Perunding cara - 19

Satu Prospek Baru Dalam Perancangan Bandar

Teks Autoritatif Akta 172 21

Kes-Kes Lembaga Rayuan 25

Istilah Perundangan 27

grafikmohd. safie mostapa

abdul rashid zainalraja dhiyauddin raja aziz

produksirasedatul helmiyah ahmad

noor hafeiza hassanmariyati ashaari @ sa’ari

Sidang Redaksi

Page 4: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 2

Lembaga Rayuan berfungsi untuk memberikan peluang kepada seseorang untuk mengemukakan rayuan sekiranya merasa terkilan atau tidak berpuas hati

terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) bagi

permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan.

Rujukan• Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

• Risalah Perancangan Bandar dan Desa Siri 007 Edisi Kedua 2005• Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan

• Draf Kompilasi Kes-Kes Lembaga Rayuan Pulau Pinang 1992-2006

ApakahLembagaRayuan?

Blog @172 | 1

Hjh. Zakiah bt. Hj. Ali

seksyen info

Page 5: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 3

Apakah Lembaga Rayuan?

Lembaga Rayuan (LR) merupakan satu badan khas yang ditubuhkan mengikut peruntukan statutori iaitu Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]. Ia bertindak sebagai badan berkecuali (independent body) yang akan menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) berkaitan dengan jenis rayuan yang telah diperuntukkan di bawah Akta 172.

Asas penubuhan LR diperuntukkan di bawah subseksyen 36(1) Akta 172 di mana setiap negeri hendaklah menubuhkan LR di negeri masing-masing.

Siapakah Ahli Lembaga Rayuan?

Keahlian LR diperuntukkan di bawah subseksyen 36(2) yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tidak melebihi Dua Belas (12) orang ahli tambahan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah mendapat persetujuan daripada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebelum diwartakan dalam Warta Negeri. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi hendaklah dari kalangan:

• Hakim atau bekas hakim;• Peguam bela dan peguam cara Mahkamah

Tinggi;• Anggota Perkhidmatan Kehakiman dan

Perundangan Malaysia;• Seorang yang berpengalaman dari segi

kehakiman; atau• Seorang yang mempunyai kelayakan dan

pengalaman sesuai yang lain.

Kelayakan untuk pemilihan ahli tambahan tidak ditetapkan di dalam Akta 172 tetapi peruntukan perenggan 36(2)(b) mengehadkan bilangannya tidak melebihi Dua Belas (12) orang. Dalam pemilihan ahli tambahan, PBN biasanya mengambil kira calon-calon yang mempunyai latar belakang daripada pelbagai bidang yang berkaitan dengan pembangunan fizikal. Dengan yang demikian, barisan ahli-ahli tambahan tersebut akan dapat membantu Pengerusi membuat keputusan terhadap rayuan yang melibatkan pelbagai aspek seperti guna tanah, sosial, ekonomi, alam sekitar dan sebagainya.

Bidang Tugas Lembaga Rayuan

Menurut subseksyen 36(10) bidang tugas Lembaga Rayuan adalah seperti berikut:

• Mendengar perayu dan juga PBPT;• Memanggil dan memeriksa saksi;• Menghendaki mana-mana orang mengikat

dirinya atas sumpah untuk menyatakan yang benar;

• Memaksa mana-mana pihak mengemukakan dan menyerahkan apa-apa dokumen yang berkaitan rayuan itu;

• Mengesahkan, mengubah atau mengakas perintah atau keputusan yang dirayu;

• Mengawardkan kos; dan• Membuat apa-apa perintah sama ada

diperuntukkan atau tidak, dan selaras Akta 172.

Pendaftar Lembaga Rayuan

Bagi memastikan LR berjalan lancar, Kaedah-kaedah LR yang disediakan di bawah subseksyen 36 (15) Akta 172, telah memperuntukkan seorang Pendaftar yang hendaklah dilantik di setiap LR. Pendaftar bertanggungjawab ke atas semua urusan pentadbiran termasuk urusan perjalanan sesuatu LR, bermula dari peringkat menerima rayuan, peringkat perbicaraan hinggalah ke peringkat menyampai dan melaksanakan keputusan LR.

Jenis-Jenis Rayuan Dalam Lembaga Rayuan

Tidak semua perkara boleh dirayu ke LR, dan tidak semua orang boleh membawa sesuatu rayuan ke LR. Perkara-perkara yang boleh dibawa kepada LR adalah seperti berikut:

> Perenggan 23(1)(a) dan (b) memperuntukkan rayuan terhadap KM sekiranya seseorang terkilan dengan:• Keengganan PBPT untuk memberi

Kebenaran Merancang (KM) atau syarat-syarat yang dikenakan dalam sesuatu KM itu; dan

• Rayuan oleh pemilik tanah berjiran yang telah membantah di bawah subseksyen 21(6) berhubung permohonan untuk KM.

> Subseksyen 25(9) memperuntukkan

rayuan oleh seseorang yang terkilan dengan:• Apa-apa amaun pembayaran balik;

atau• Pampasan yang ditawarkan atau

dibayar kepadanya oleh PBPT bagi pembatalan dan pengubahsuaian KM dan pelan pembangunan.

Blog @172 | 2

Page 6: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 4

> Subseksyen 30(2) memperuntukkan rayuan terhadap notis rekuisisi oleh PBPT sekiranya seseorang terkilan dengan:• Arahan PBPT supaya diberhentikan penggunaan

tanah;• Syarat-syarat yang dikenakan bagi penggunaan

tanah itu yang berterusan; atau• Arahan PBPT supaya mengambil langkah untuk

mengubah atau memindahkan bangunan atau kerja.

> Subseksyen 30(7) memperuntukkan rayuan oleh penerima notis rekuisisi yang terkilan dengan jumlah pampasan yang ditawarkan kepadanya berbanding dengan jumlah kerosakan atau susut nilai tanahnya.

> Seksyen 35C membolehkan orang yang terkilan dengan perintah pemeliharaan pokok merayu dalam tempoh satu bulan daripada tarikh perintah dikeluarkan berkenaan:• Suatu perintah pemeliharaan pokok;• Mana-mana peruntukan dalam suatu perintah

pemeliharaan pokok;• Penolakan suatu kebenaran bertulis atau mana-mana

syarat yang dikenakan ke atas sesuatu kebenaran bertulis di bawah perenggan 35A(2)(b); atau

• Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan 35A(2)(b).

> Seksyen 35D(3) membolehkan orang yang terkilan dengan amaun pampasan yang diawardkan kepadanya setelah mematuhi seksyen 35C boleh merayu kepada LR untuk pengubahan amaun pampasan.

> Seksyen 35E(3) memperuntukkan rayuan terhadap

perintah penggantian pokok oleh seseorang yang didapati bersalah kerana menebang pokok yang mempunyai perintah pemeliharaan pokok. Perkara yang boleh dirayu adalah:• Mengenepikan arahan itu;• Mana-mana perintah yang dikenakan;• Mana-mana terma atau syarat yang dikenakan;

atau• Melanjutkan tempoh penggantian penanaman semula

pokok.

LR sebagai sebuah badan berkecuali bertanggungjawab untuk mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan dalam kes-kes perancangan sekaligus dapat memberi peluang dan hak bersuara kepada orang awam serta memastikan PBPT membuat keputusan yang lebih telus dan terbuka.

Blog @172 | 3

Page 7: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

LEMBAGA RAYUAN DI JPBD NEGERI

Blog @172 | 4

Abu Salehek b. Musa

Selaras dengan peruntukan Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta

172], Lembaga Rayuan (LR) ditubuhkan

bagi memberi hak dan peluang untuk

merayu dalam proses perancangan.

Negeri Pulau Pinang adalah negeri

pertama yang menubuhkan LR iaitu sejak

tahun 1989. Sehingga kini, hanya Negeri

Perlis yang masih belum menubuhkan LR.

Jadual 1 menunjukkan tarikh penubuhan

LR di Negeri-Negeri di Semenanjung

Malaysia.

Kaedah-kaedah Lembaga RayuanSetiap negeri mempunyai Kaedah-kaedah LR yang telah diwartakan bertujuan untuk memantapkan perjalanan LR. Jadual 2 menyenaraikan kaedah-kaedah mengikut Negeri dan status pewartaan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) masing-masing.

Jadual 2 : Senarai Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan Mengikut Negeri dan Tarikh Pewartaan Sehingga Mei 2011

NEGERI NAMA KAEDAH TARIKH PEWARTAAN

Pulau Pinang Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan (Pindaan) 2011 17 Februari 2011

Perak Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan Negeri Perak (Pindaan) 2005 22 Disember 2005

Selangor Kaedah-kaedah Lembaga Rayuan 1999 Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan (Pindaan) 2003

30 September 19998 Mei 2003

Kedah Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 1988 27 Ogos 2009

Melaka Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan (Negeri Melaka) 2004 11 Mac 2004

Pahang Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 2005 3 Mac 2005

Kelantan Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 1990 (Disemak 2004) 13 September 1990

Johor Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan (Negeri Johor) 2008 17 Julai 2008

Terengganu Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan (Negeri Terengganu) 1995 14 September 1995

Negeri Sembilan Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan (Negeri Sembilan) 2002 1 Ogos 2002

Perlis Dalam penyediaan -

Jadual 1 : Penubuhan Lembaga Rayuan Negeri-negeri

NEGERI TAHUN PENUBUHAN

Pulau Pinang 8 Jun 1989

Perak 15 Februari 1996

Selangor 9 Disember 1999

Kedah 30 Ogos 2001

Melaka 1 Ogos 2004

Pahang 21 Oktober 2004

Kelantan 19 Januari 2005

Johor 17 Julai 2008

Terengganu 29 September 2005

Negeri Sembilan 1 Disember 2005

Perlis Belum ditubuhkan

seksyen info

Page 8: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 6

Blog @172 | 5

Pengerusi Lembaga RayuanSubseksyen 36(2) Akta 172 memperuntukkan pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi LR hendaklah terdiri daripada orang yang berpengalaman dalam bidang kehakiman termasuklah peguam bela atau peguam cara atau kelayakan dan pengalaman sesuai yang lain. Dalam pemilihan ahli tambahan, PBN biasanya mengambil kira calon-calon yang mempunyai latar belakang daripada pelbagai bidang yang berkaitan dengan pembangunan fizikal. Dengan yang demikian, barisan ahli-ahli tambahan tersebut akan dapat membantu Pengerusi membuat keputusan terhadap rayuan yang melibatkan pelbagai aspek seperti guna tanah, sosial, ekonomi, alam sekitar dan sebagainya. Jadual 3 menunjukkan senarai profesion ahli LR mengikut Negeri.

Jadual 3 : Keahlian Lembaga Rayuan Mengikut Negeri Sehingga Mei 2011

NEGERI PENGERUSITIMBALAN

PENGERUSIAHLI LEMBAGA RAYUAN

Pulau Pinang

Bekas Pengerusi Majlis Peguam Negara

- 1. Bekas Pensyarah Fakulti Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM P. Pinang

2. Bekas Jurutera Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).3. Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Kampus

Kejuruteraan USM P. Pinang.4. Pensyarah Fakulti Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM P. Pinang5. Peguam bela/ Peguam cara6. Bekas Arkitek Jabatan Bangunan, MPPP

Perak Peguam bela / Peguam cara

Peguam bela / Peguam cara

1. Mantan Pengarah JPBD Perak2. Peguam bela/ Penguam cara3. Ketua Koordinator Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (UiTM

Perak)

Selangor Bekas Hakim, Pengerusi Tribunal Tuntutan, Peguam bela / Peguam cara

Peguam bela & Peguam cara

1. 5 perancang Bandar2. 1 arkitek3. 1 Mantan KSU/ KPTG

Kedah Peguam Peguam 1. Bekas Pengarah PTG2. Bekas D.O3. Bekas Pengurus Besar4. Jurutera5. Bekas YDP (Peg. Tadbir)6. Arkitek7. Peguam

Melaka Peguam Peguam 1. Jurutera2. Arkitek3. Pengurus Besar (Sykt.Perunding Perancangan Bandar)4. Peguam5. Pengurus Besar (Perusahaan Kecil Sederhana)

Pahang Majistret Peguam bela / Peguam cara

1. Mantan Pengarah Pej. Tanah dan Galian Pahang2. Mantan Pengarah Jab. Pengairan dan Saliran Pahang3. Arkitek4. Ahli Politik

Kelantan Bekas Hakim Peguam bela / Peguam cara

1. Peguam bela & Peguam cara2. Bekas Pensyarah3. Bekas Jurutera Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Johor Mantan KP Mantan SUK 1. 6 orang Pesara Peg. Kanan Kerajaan2. Ahli Akademik University3. Juruukur

Terengganu Peguam Peguam 1. Bekas D.O2. Akauntan3. Jurutera4. Arkitek5. Pentadbir (NGO)6. Peguam

Negeri Sembilan

Bekas Hakim Peguam 1. Mantan SUK2. Juru Ukur Tanah3. Mantan Ketua Pengarah JPBD Ibu Pejabat

Perlis – tiada –

Page 9: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 7Blog @172 | 7

Elaun Pengerusi Lembaga RayuanSelaras dengan peruntukan subseksyen 36(16), PBN boleh membayar elaun kepada ahli LR. Bagi elaun Pengerusi mengikut Negeri, elaun yang ditetapkan adalah seperti di Jadual 4.

Jadual 4 : Kadar Elaun Pengerusi Lembaga Rayuan Mengikut Negeri Sehingga Mei 2011

NEGERI ELAUN KEHADIRAN

ELAUN KES RAYUAN ELAUN PERBATUAN/PERJALANAN

Pulau Pinang RM600 RM400/kes

500 km pertama RM0.70

501 -1,000 km RM0.65

1,001-1,700 km RM0.53

1,701 km dan seterusnya RM0.50

Perak RM400 RM200/kes Mengikut gred jawatan awamnya atau Gred I atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi

Selangor

Pengerusi RM 1000

Timbalan Pengerusi & ahli RM300

Pengerusi RM1000

Timbalan Pengerusi & ahli RM300

Mengikut pegawai gred utama atau seumpama.

Kedah RM400 RM150/kes Mengikut Gred 54

Melaka RM350 RM250/kes Mengikut gred jawatan awamnya atau Gred 2 atau mana yang tinggi

Pahang RM500 RM300/kes Mengikut pegawai Gred I atau setaraf dengannya

Kelantan RM400 RM300/kes Mengikut pegawai Gred 54 atau seumpamanya

Johor RM500 RM300/kes Mengikut pegawai Gred 54 atau seumpamanya

Terengganu RM500 RM100/kes Mengikut pegawai Gred 54 atau seumpamanya

Negeri Sembilan RM350 RM200/kes Mengikut pegawai Gred I atau seumpamanya

Perlis - tiada -

Semua LR Negeri memperuntukkan elaun kehadiran atau persidangan, elaun kes, elaun tetap perkeranian dan elaun perjalanan atau penginapan dengan kadar yang berbeza. Hanya Negeri Terengganu memperuntukkan tambahan elaun tahunan sebanyak RM6,000 dan Negeri Melaka memberi elaun pakaian kot kepada Pengerusi LR dengan kadar RM500 sekali bagi setiap 2 tahun.

Isu dan MasalahSepanjang perjalanan LR yang telah dilaksanakan di kebanyakan negeri, terdapat isu dan masalah yang timbul termasuklah:-

1. Ketiadaan ruang atau tempat khas untuk bersidang, di mana kebanyakan LR bersidang di dalam bilik mesyuarat agensi lain. Apabila pertindihan tarikh dengan mesyuarat agensi terbabit berlaku, sesi pendengaran atau perbicaraan terpaksa ditangguh dan ini menyebabkan kelewatan dalam penyelesaian kes.

2. Pengerusi LR yang dilantik adalah di kalangan Majistret yang masih dalam perkhidmatan. Ini menimbulkan konflik dalam pengurusan tugas hakiki dan peranannya sebagai Pengerusi LR.

3. Salah satu daripada bidang kuasa LR adalah mengawardkan kos. Walau bagaimanapun, ia jarang dipraktikkan kerana ketiadaan satu perkaedahan yang jelas berkenaan perkara ini.

4. LR hendaklah disifatkan sebagai sebuah mahkamah dan pelaksanaan fungsi, kedudukan, perjalanan prosiding dan tatatertib LR hendaklah mengikut Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah. Namun, pegawai-pegawai yang menjalankan tugas LR kurang memahami fungsi, kedudukan, perjalanan prosiding dan tatatertib LR mengikut Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah memandangkan kebanyakannya kurang pendedahan mengenai prosedur mahkamah.

Blog @172 | 6

Page 10: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 8

5. Prosedur pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi LR yang memerlukan persetujuan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengambil masa, di mana setiap negeri perlu melalui satu peringkat pentadbiran lagi iaitu di Kementerian.

6. Kaedah-kaedah LR tidak memperincikan kaedah penghantaran notis yang merupakan satu prosedur penting dalam pengurusan LR. Situasi ini akan menyumbang kepada kegagalan pihak perayu dan responden untuk memperolehi makluman dalam tempoh yang ditetapkan.

7. Berlaku konflik kepentingan dalam kes LR. Seperti yang semua maklum, JPBD Negeri telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan LR. Pendaftar kes LR adalah di kalangan Pegawai Perancang Bandar dan Desa di JPBD Negeri. Apa yang akan berlaku apabila kes yang didaftarkan oleh perayu melibatkan JPBD Negeri sebagai responden (dalam keadaan JPBD Negeri melaksanakan tugas PBPT). Bukankah LR sepatutnya merupakan badan berkecuali yang tidak memihak kepada sesiapa. Walau bagaimanapun, amalan LR Negeri Pulau Pinang boleh dijadikan panduan di mana pegawai yang dilantik sebagai Pendaftar LR tidak terlibat dengan tugas kawalan perancangan. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik. Dicadangkan LR dizahirkan sebagai satu unit supaya fungsi dan perjalanannya lebih jelas dan teratur.

8. Selain itu, pemahaman jelas terhadap Akta 172 juga perlu diperkukuhkan di semua peringkat terutamanya dalam pengendalian kes-kes LR. Pemahaman yang jelas amat penting bagi mengelakkan interpretasi yang berbeza bagi menjamin keputusan LR yang lebih konsisten dan mengelakkan pertikaian.

9. PBPT juga tidak mempunyai wakil peguam untuk mewakili mereka di LR sebagai responden. Ini menyulitkan lagi proses keadilan untuk dilaksanakan.

Isu dan masalah di atas boleh diatasi dengan mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan LR sebagai pelengkap kepada sistem perancangan bandar dan desa. Apabila semua pihak yang terlibat memahami kepentingan LR, maka semua pihak akan berusaha untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing. Pengendalian dan pengurusan LR hendaklah disokong dengan prosedur yang jelas, organisasi yang lengkap dan terlatih serta mempunyai kemudahan yang mencukupi.

Rujukan :

1. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 1722. Kaji Selidik Lembaga Rayuan Setiap Negeri, oleh Bahagian Perundangan dan Kawal

Selia Perancangan, JPBD Semenanjung Malaysia 2010.

Blog @172 | 7

Page 11: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 9

THE APPEAL OF

APPEAL BOARDWhen we were discussing topics for this publication and I proposed this title for my column, a junior member of the editorial board asked : “Maksudnya rayuan Lembaga Rayuan ke?”. My answer to her was “No ..it means apa yang menarik pasal Lembaga Rayuan”. And a moment later she somehow suddenly got it, .. “Oh,.. like ‘sex appeal’ ..”; to which, what else can I say but “Exactly”. So dear readers, my early conclusion, though pre-mature and somewhat irrelevant, is that we need ‘sex appeal’ in everything, .. in fact, maybe we should amend the Act to have a section on ‘Sex Appeal’ – maybe Section 2C.

Anyway, back to the (real) subject matter – so what are the appeals of the Appeal Board ? .. hmm (‘how can I count the ways that I love thee ..”).

1. First and foremost, it is a clear indication of the maturity of our planning system (or at least of our planning Act), and not to forget our country’s democratic system;

2. It is established at the state level, as opposed to Federal level. Surely that is good as it enables the board to have better knowledge and stronger feel to the case on trial;

3. At the same time, the federal level also has some control on it, by virtue that the Minister of Housing and Local Government has to give consent to the appointment of the Chairman and Deputy Chairman of the board;

4. It can have up to 12 additional members (not including the Chairman and Deputy Chairman who are also considered as members), and out of these members, three will be making decisions on the case on trial (the Chairman will choose 2 from among the additional members to join him). What is nice is that these members are multi-disciplinary, and are usually colourful. Town planners from various orientations i.e. the public, the private, the academicians and the NGOS,

Sanisah bt Shafie

will be among them, but so are engineers, and architects. So (supposedly) decisions can be made very wholesomely; and

5. Though the board theoretically is outside the country’s proper judicial system, it serves to reduce the burden of the civil courts by settling the planning disputes with regard certain matters as prescribed by Act 172 (inter alia, refusal of planning permission, conditions on planning permission, objection by the neighbours, etc.); and finally

6. Being ‘like a court’, it also runs ‘like a court’, and that, for town planners, can be very appealing experience (ask any Appeal Board’s registrar !).

I think that’s about it. To find out further, please talk to the board’s registrar (pendaftar), or better still, please try to attend the board’s hearing session. I have been to one session in Penang, and though just sitting in the audience, I know it will be a real test of your knowledge and conviction in planning to stand up there as the expert witness.

I rest my case.

p/s : of course the not-so-appealing facts about the Appeal Board is purposely omitted from this article - see the title.

Blog @172 | 8

seksyen minda

Page 12: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 10

PELAKSANAAN LEMBAGA RAYUAN

Berdasarkan kaji selidik setakat tahun 2010, pelaksanaan LR di Malaysia adalah kurang

memberangsangkan di mana hanya sesetengah Negeri yang bergerak secara aktif. Ini disebabkan

oleh beberapa faktor asas yang kurang diendahkan oleh profesyen perancang bandar sendiri iaitu

pemahaman dari segi proses, prosedur, syarat-syarat merayu dan tatacara pelaksanaan LR di

samping tahap kesedaran yang rendah di kalangan awam tentang hak-hak mereka yang diperuntukkan

di bawah Akta 172.

Blog @172 | 9

Wirda bt. Asmat

seksyen info

Page 13: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 11

Bahagian VI, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] membuka lembaran baru dalam proses perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia di mana ia memberi peluang untuk seseorang merayu dalam proses perancangan terutamanya berhubung Kebenaran Merancang (KM). Ia mula dipraktikkan di Pulau Pinang pada tahun 1989, namun kes rayuan pertama hanya dapat didengar pada tahun 1991. Kini Lembaga Rayuan (LR) telah diperkenalkan dan ditubuhkan di sepuluh Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis. Secara dasarnya, LR merupakan saluran dan pelengkap kepada proses perancangan yang matang. Ia merupakan mahkamah perancangan yang melibatkan badan penghakiman yang mengamalkan elemen demokrasi dan memberi hak bersuara kepada orang awam terhadap keputusan pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT). Selain itu, Badan ini juga disifatkan sebagai satu tribunal yang bertanggungjawab untuk mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta 172. Kewujudan LR juga mendorong PBPT untuk sentiasa peka dan lebih konsisten serta transparent dalam memproses permohonan kebenaran merancang.

Keberkesanan LR bergantung kepada pihak awam dan swasta. Contohnya, Negeri Pulau Pinang yang menjadi pengasas kepada penubuhan Badan ini memainkan peranan yang positif terhadap kes rayuan perancangan di mana ia telah menerima sebanyak 166 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 46 kes telah dimenangi oleh PBPT manakala sebanyak 49 kes lagi dimenangi oleh pihak perayu. Ini jelas menunjukkan pengadilan rayuan prosiding dibuat dengan adil dan saksama serta bersandarkan kepada fakta-fakta yang kukuh dan tepat. Walau bagaimanapun, keputusan LR juga perlulah dipertimbangkan dari sudut budi bicara tanpa mewujudkan kesan yang buruk kepada tujuan keseluruhan pembangunan. Sebagai contoh, satu kes rayuan di Pulau Pinang yang dikemukakan oleh perayu kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berkenaan pembesaran kilang plastik sedia ada yang berlanggaran dengan kegunaan tanah draf rancangan struktur (DRS). Secara ringkasnya, perayu terkilan dengan keputusan MPSP mengeluarkan notis untuk memberhentikan pemajuan dalam hal pemajuan tanpa KM. Pemaju telah menyatakan alasan-alasan bahawa kilang tersebut telahpun diluluskan kegunaan sebagai bengkel 10 tahun dahulu, usaha untuk mengubah syarat sedang dijalankan, tidak ada sebarang pencemaran yang berlaku dan tanaman modal yang besar yang boleh menjejaskan masa depan perayu.

Berdasarkan kepada DRS MPSP, PBPT telah menolak permohonan tersebut kerana lot berkenaan berada di dalam zoning kediaman dan didapati pelan telah diserahkan untuk pembinaan kilang tanpa menunggu kebenaran

dari PBPT. Namun begitu, atas nasihat dan budi bicara, LR telah meluluskan situasi ini dengan mengambil kira fakta tanpa mengganggu atau melambatkan pelaksanaan DRS MPSP dan tertakluk kepada syarat-syarat munasabah yang dikenakan. Jika dilihat semula, dalam hal ini adakah LR boleh sewenang-wenangnya menyangkal keputusan PBPT dengan mengenepikan kepentingan kajian rancangan pemajuan? Di mana kedudukan rancangan pemajuan dalam perundangan perancangan?

Berdasarkan kaji selidik sehingga tahun 2010, pelaksanaan LR di Malaysia adalah kurang memberangsangkan di mana hanya beberapa Negeri yang bergerak secara aktif. Ini disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah kurang pemahaman dari segi proses, prosedur, syarat-syarat merayu dan tatacara pelaksanaan LR di samping tahap kesedaran yang rendah di kalangan orang awam tentang hak-hak mereka. Selain itu, terdapat isu berkenaan pendaftar LR (pegawai perancang bandar) yang kurang pendedahan dalam pelaksanaan dan perbicaraan di dalam mahkamah. Jawatan pendaftar LR menjadi satu tugas tambahan di luar bidang tugas hakiki seorang pegawai perancang bandar di JPBD Negeri sedangkan tanggungjawab pendaftar sangat besar untuk memastikan keseluruhan jentera pentadbiran LR berjalan lancar.

Sistem LR di Malaysia perlu lebih selaras dalam mempertimbangkan dan membuat keputusan kes. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada kebijaksanaan dan pertimbangan pengerusi itu sendiri. Selain itu juga, kesedaran tentang hak untuk merayu ke LR juga perlu dipertingkatkan di kalangan orang awam melalui program-program sebaran dan kesedaran.

Blog @172 | 10

Page 14: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 12Blog @172 | 11

Soaljawab

@172

Saya telah menerima notis berjiran dari pihak Majlis mengenai satu projek pembangunan pangsapuri 4 tingkat di lot sebelah rumah saya. Saya tidak bersetuju dengan projek tersebut dan telah menghantar surat kepada pihak Majlis membantah projek pembangunan tersebut. Baru-baru ini saya mendapat surat keputusan memaklumkan bahawa bantahan saya ditolak dan permohonan pangsapuri tersebut diluluskan. Saya masih tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Apakah tindakan yang saya boleh ambil?

Kg. Jawa, Teluk Intan, Perak

Mengikut subseksyen 21(7) Akta 172, PBPT hendaklah mendengar bantahan yang diterima dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh bantahan. Walau bagaimanapun, dalam mempertimbangkan sesuatu kebenaran merancang PBPT berhak untuk tidak memenuhi bantahan puan berdasarkan alasan yang kukuh di mana kepentingan awam mengatasi kepentingan individu. Sekiranya puan masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, puan boleh kemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Negeri Perak dalam masa satu bulan dari tarikh keputusan dikemukakan seperti mana yang diperuntukkan di bawah perenggan 23(1)(b) Akta 172.

Saya adalah perunding dan telah mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi 9 unit rumah sesebuah 1 tingkat dan 20 unit rumah berkembar 2 tingkat di atas Lot 1325, Bandar Alor Merah, Daerah Kota Setar, Kedah. Saya terkilan dan tidak berpuas hati dengan keputusan penolakan KM ini. Pada pandangan saya, cadangan pemajuan adalah bersesuaian kerana lokasinya yang strategik untuk kawasan perumahan, mempunyai permintaan yang tinggi oleh pembeli dan kami telah membeli lot tanah ini. Untuk makluman, adalah bersesuaian juga cadangan pemajuan ini, kerana lot bersebelahan juga telah diluluskan untuk tujuan pembangunan perumahan. Saya terkilan dengan keputusan tersebut dan bagaimanakah cara untuk membuat rayuan ini?

PerundingKu, Alor Setar, Kedah

Perenggan 23(1)(a) Akta 172 memperuntukkan, rayuan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan (LR) oleh seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) yang enggan memberikan KM ataupun terkilan dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh PBPT. Berdasarkan peruntukan tersebut, pihak tuan sebagai pemohon yang terkilan, boleh membuat rayuan kepada LR Negeri Kedah. Rayuan tersebut hendaklah dibuat dalam masa satu bulan dari tarikh menerima keputusan.

Page 15: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 13Blog @172 | 13

Isu penerimapakaian Akta 172 juga seringkali menjadi ‘topik pagi’ di kalangan pegawai-pegawai perancang bandar dalam Jabatan mahupun di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ada di antara mereka yang mengatakan, “mana-mana peruntukan yang tidak dilaksanakan patutnya dimansuhkan sahaja”. Tambah golongan ini lagi “Jawatankuasa Perancang Wilayah, Caj Pemajuan, Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah dan Kawasan Pemajuan ni dah bertahun-tahun diperuntukkan......tapi ada ke yang dah mempraktikkannya??”.

Apa yang pasti, saya lontar semula soalan ini kepada perancang bandar di luar sana. ADAKAH PERUNTUKAN INI TIDAK RELEVAN? ATAU KITA SENDIRI YANG TIDAK MEMAHAMINYA DENGAN JELAS? Pada pandangan saya, bukan isu relevan yang menjadi masalahnya, tapi masih ada peruntukan yang belum dilaksana. Pendek kata ‘The Act is not well tested!’. Kita yang belum mempraktikkannya, dan ini tidak bermakna peruntukan tersebut tidak bagus. Kena fahami dan kaji dahulu, seterusnya barulah dilaksanakan. Tidak digunakan tidak bermaksud sesuatu itu tidak berguna, “jangan salahkan api bila kayu menjadi arang, tapi cuba fikirkan arang itu apa gunanya”. Kuasa dan pengaruh akta juga pernah diperdebatkan termasuklah isu berkenaan Rancangan Fizikal Negara (RFN). Kalau merujuk kepada namanya, memang gah kerana perkataan ‘Negara’, tetapi sebenarnya Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak tidak tertakluk kepada RFN ini. Ada pandangan yang merasakan Sabah dan Sarawak perlu dimasukkan dalam penyediaan RFN, barulah jelas perancangan satu Negara dan barulah selari dengan usaha ke arah 1Malaysia. Alangkah bersatunya kita jika satu Malaysia menerimapakai Akta 172 ini. Ini secara tak langsung dapat memperkasakan peranan perancangan bandar dan desa secara menyeluruh dan bukannya berbeza mengikut ketetapan negeri masing-masing.

Melihat kepada perancangan wilayah pula, sehingga hari ini, masih ramai yang tertanya-tanya, “Adakah Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) pernah ditubuhkan? Macam tak pernah dengar, tapi macam mana dengan Wilayah Lembah Klang tu? Adakah itu JPW?”. Bagi menjawab persoalan ini dan menurut rekod yang ada, masih belum ada JPW yang ditubuhkan di bawah Akta 172. Mungkin kerana prosedur penubuhannya yang melibatkan pelbagai peringkat seperti Majlis Perancang Fizikal Negara, Perdana Menteri, Menteri, dan Pihak Berkuasa Negeri agak merumitkan dan lebih mudah sekiranya diwujudkan satu jawatankuasa secara pentadbiran sahaja.

Meskipun, JPW masih kurang sinarnya dalam perancangan perbandaran, namun saya melihatnya sebagai satu jawatankuasa yang dapat bertindak untuk mengatasi isu-isu perancangan persekitaran yang melibatkan negeri-negeri bersempadan. Isu bekalan air dan perancangan jajaran jalan dan lebuhraya misalnya akan lebih mudah untuk dirancang sekiranya dibincangkan melalui jawatankuasa ini. JPW juga akan menjadi satu badan neutral yang akan menjaga kepentingan semua pihak. Jika hendak dikupas seksyen-seksyen di bawah Akta 172 yang masih belum dilaksana, memang banyak masa yang diperlukan. Tapi pada saya, isu peruntukan tak relevan dan tak dilaksana ni perlu dilihat dari sudut yang lebih luas, bukan mencari kesilapan peruntukan tapi fahami dengan mendalam dan mencari cara terbaik untuk dilaksanakan terlebih dahulu. Kalau dah cuba dan tak berkesan, bolehlah dicadangkan supaya peruntukan dipinda. Kalau tak faham atau kurang jelas, sama-samalah kita mendalami, memperhalusi dan merujuk kepada mereka yang lebih pakar. Jia You (berusahalah, jangan give up).

RELEVANKAH AKTA 172?1PANDANGAN

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] telah lama dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia. Setelah 34 tahun berkuat kuasa, akta ini telah dipinda sebanyak empat (4) kali bagi memenuhi keperluan perundangan perancangan semasa. Meskipun telah dipinda, masih ada lagi desas-desus yang mengatakan akta ini ‘outdated’ di mana terdapat peruntukan-peruntukan yang sudah tidak relevan dan ‘coverage’ akta yang tidak menyeluruh.

Hafaliza bt. Ishak

Blog @172 | 12

seksyen minda

Soaljawab

@172

Saya telah menerima notis berjiran dari pihak Majlis mengenai satu projek pembangunan pangsapuri 4 tingkat di lot sebelah rumah saya. Saya tidak bersetuju dengan projek tersebut dan telah menghantar surat kepada pihak Majlis membantah projek pembangunan tersebut. Baru-baru ini saya mendapat surat keputusan memaklumkan bahawa bantahan saya ditolak dan permohonan pangsapuri tersebut diluluskan. Saya masih tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Apakah tindakan yang saya boleh ambil?

Kg. Jawa, Teluk Intan, Perak

Mengikut subseksyen 21(7) Akta 172, PBPT hendaklah mendengar bantahan yang diterima dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh bantahan. Walau bagaimanapun, dalam mempertimbangkan sesuatu kebenaran merancang PBPT berhak untuk tidak memenuhi bantahan puan berdasarkan alasan yang kukuh di mana kepentingan awam mengatasi kepentingan individu. Sekiranya puan masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, puan boleh kemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Negeri Perak dalam masa satu bulan dari tarikh keputusan dikemukakan seperti mana yang diperuntukkan di bawah perenggan 23(1)(b) Akta 172.

Saya adalah perunding dan telah mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi 9 unit rumah sesebuah 1 tingkat dan 20 unit rumah berkembar 2 tingkat di atas Lot 1325, Bandar Alor Merah, Daerah Kota Setar, Kedah. Saya terkilan dan tidak berpuas hati dengan keputusan penolakan KM ini. Pada pandangan saya, cadangan pemajuan adalah bersesuaian kerana lokasinya yang strategik untuk kawasan perumahan, mempunyai permintaan yang tinggi oleh pembeli dan kami telah membeli lot tanah ini. Untuk makluman, adalah bersesuaian juga cadangan pemajuan ini, kerana lot bersebelahan juga telah diluluskan untuk tujuan pembangunan perumahan. Saya terkilan dengan keputusan tersebut dan bagaimanakah cara untuk membuat rayuan ini?

PerundingKu, Alor Setar, Kedah

Perenggan 23(1)(a) Akta 172 memperuntukkan, rayuan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan (LR) oleh seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) yang enggan memberikan KM ataupun terkilan dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh PBPT. Berdasarkan peruntukan tersebut, pihak tuan sebagai pemohon yang terkilan, boleh membuat rayuan kepada LR Negeri Kedah. Rayuan tersebut hendaklah dibuat dalam masa satu bulan dari tarikh menerima keputusan.

Page 16: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 14

Who doesn’t know the prominent Tn. Haji Ismail Ibrahim, he is now the CEO of the south-ern economic region of Iskandar Malaysia (IRDA). He is the former Director of National Physical Plan Division, JPBD before being offered to take up the post as CEO of IRDA. In brief, Tn. Haji Ismail Ibrahim has been with the Department of Town and Country Planning for 27 years and being seconded to Khazanah Nasional for 4 years. After being back with the Department for 1(one) year, he once again were given the opportunity by the Govern-ment to become the CEO of IRDA.

Blog @172 | 13

personaliti

Page 17: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 15

Blog@172: When do you start working for DTCP and in which division/unit were you assigned to?

Tn. Hj. Ismail: Was first appointed as JPBD officer in October 1983 in Urban Division under (then) Puan Teh Zawahir bt. Abdul Malek (now Datin Teh Zawahir). I work in the division for 5 years until the division was disbanded for the department restructuring. I left to further my studies under the British Council Scholarship to pursue Master in Planning Law in Newcastle Upon-Tyne University, UK. Upon returning, the Department was already restructured and I was assigned to set up a unit called Unit Undang-undang. Earlier before pursuing my studies, under the Urban Division, I was assigned to look into the legal matters i.e the Act 172. In 2003 the Department had another major restructuring and

Bahagian Perundangan was created after the amendment of the Act 172. The first restructuring was made in 1995 after the amendment of the Act 172. The amendment in 2001 was very significant, and helped the Department to expand its scope with the creation of MPFN and RFN to justify the restructuring.

Blog@172: What are the most satisfying things that you have done that have given the best impact to the Department and to you personally?

Tn. Hj. Ismail: Work wise, as many people may acknowledge, is rebranding the Town and Country Planning Department, not to be seen only as a service provider at the State and Local Government level, but also important at the National level. I was in the team that helped to amend on two occasions,

A little background … Tn. Haji Ismail Ibrahim has been with the Department of Town and Country Planning (DTCP) for 21 years before being seconded to Khazanah Nasional for 4 years between 2006-2009. He came back to DTCP to serve as Director of National Physical Plan Division for about a year, before being offered the post as CEO of IRDA. He was born in Muar, Johor. Studied in Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Did his A-Level in the UK under the scholarship of The Colombo Plan and pursued his first degree In Town Planning in Edinburgh. Met his sweetheart while doing his A-Level and got married sometime after working with DTCP. Blessed with 3 children - all girls. Doesn’t have any specific hobby, but what he likes to do best is to spent time with his family and drive his red Mini Cooper with his wife for breakfast on weekends.

A Moment WithTn. Haji Ismail Ibrahim

Blog @172 was given an opportunity to conduct an interview with Tn. Hj Ismail Ibrahim, the CEO of IRDA at Iskandar Malaysia satellite office in Plaza Sentral, Kuala Lumpur. It is a great honour that he willing to spend

some of his precious time with Blog@172 despite his busy schedule.

Blog @172 | 14

PenulisSarina bt. Saad

FotografiRaja Dhiyauddin

b. Raja Din

Page 18: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 16

our Town and Country Planning Act 1976 (Act 172) and by virtue of that amendment, managed to strengthen the role and position of the department - not only looking at matters relating to the Local Government but also to carry out the role to oversee the National Planning. I was also involved in the introduction of the Town Planning Bill that regulates the town planning profession. Not to forget, the little exercise that we did on the Encyclopedia. The team has contributed a lot and I see that as an achievement and contribution to the Department.

Blog@172: Why is it the Act 172 and Encyclopedia was so close to your heart?

Tn. Hj. Ismail: Throughout my years of service with the Department, the law relating to planning is always very close to me. The good thing to be involved with Act 172 is that it will touch on others. If you handle Act 172 meaning you will also have to know what others are doing. Because the Act regarding town and country planning are so comprehensive, we need to know not only matters regarding development planning process but also the development control process, the institution and its structure that relates to the town planning. These 3 elements are enough to equip you to be a complete town planner.

Blog@172: When you were proposed by Khazanah Nasional, what was your reaction?

Tn. Hj. Ismail: In 2005 the Prime Minister then Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi decided with Menteri Besar of Johor to create the special zone for economic development. This I think was based from our very own Rancang Fizikal Negara (RFN) that identified the conurbation. The development of the conurbation was decided to be privately-led and Khazanah Nasional (Khazanah) was assigned to look into this matter and suggested something to the government.

Khazanah set up a team that made up of people from various background and disciplines including the town planner. They send a delegation to invite me to join them; I gave a lot of thought to it. I told them if I want to be in private sector I would have resigned from the service 15 years ago. I’ve already set my sight to become a government town planner and that’s my career plan. They said that this is also a national service and they make an effort to bring me in and at the same time remain in government service. In early February 2006 I was seconded to Khazanah.

Blog @172 | 15

Page 19: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 17

Blog@172: What is your biggest challenge after being appointed the CEO of IRDA?

Tn. Hj. Ismail: The biggest challenge is perhaps to constantly plan and develop the growth of Iskandar Malaysia from the economic stand point and make it balanced towards the environmental consent, physical consent, and other consent. Other thing is managing the perception that comes from the people who have little knowledge about Iskandar Malaysia and people who have other agendas to frustrate the effort of Iskandar Malaysia. This type of perception needs to be managed constantly in order to make sure that the efforts done will not be futile.

Blog@172: You left the Department for only 7 months and received an Asian Leadership Award in the category of investment. That was very fast. How do you do that?

Tn. Hj. Ismail: Well, achievement comes in many forms, measured by people outside and I was very grateful for that, but I am never satisfied enough with what I have done. I must always try for more. It’s the changing of the working environment and the challenges that make me need to work harder. After all this is a hot seat.

Blog@172: So what’s next for IRDA under your leadership?

Tn. Hj. Ismail: With the New Economic Model, government transformation and NKRA, we have to look at our Comprehensive Development Plan (CPD) again, and so far, it found that actually it’s all consistent. So, for years to come my job is just to ensure that it is delivered on time, work much closer

with the industry, and make sure that the aspiration of the people and government are met. We strive for productivity, better coordination and cooperation with all parties concern.

Blog@172: One last question before we end the sessions. Are you coming back to the Department?

Tn. Hj. Ismail: I am a public servant and I am bounded by the direction by my master. I’ll serve where the country feels I’ll be valuable.

We strive for productivity, better

coordination and corporation with all parties concern.

Blog @172 |16

Page 20: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 18

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]

Akta 172 adalah suatu akta bagi mengawal selia perancangan bandar dan desa di

Semenanjung Malaysia. Akta ini disediakan menurut Perkara-Perkara Perlembagaan

Persekutuan seperti berikut:

Fasal 1 Perkara 74 74(1) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang

diberikan kepadanya oleh mana-mana Perkara lain, Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu per satu dalam

Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama (iaitu Senarai Pertama atau Ketiga yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan).

Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan meletakkan perancangan bandar dan desa sebagai perkara kelima di bawah Senarai Bersama. Sehubungan itu, perancangan bandar adalah merupakan satu bidang yang tertakluk di bawah

bidang kuasa bersama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kecuali bagi Wilayah Persekutuan.

PINDAAN-PINDAAN DI BAWAH AKTA 172Sejak Akta 172 diluluskan dan diterima pakai di Semenanjung Malaysia pada Tahun 1976,

Akta ini telah mengalami empat (4) kali pindaan, iaitu pindaan pada Tahun 1993 (Akta A866),

Tahun 1995 (Akta A933), Tahun 2001 (Akta A1129) dan Tahun 2007 (Akta A1313).

Akta A866 (1993)Pindaan kepada Akta 172 pada Tahun 1993 melalui Akta A866 hanya melibatkan keperluan

mengambil kira peruntukan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Akta 508] dalam

menimbang sesuatu permohonan Kebenaran Merancang (KM).

EVOLUSI PINDAANAKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Blog @172 | 17

Lim Eng Bee

seksyen info

Page 21: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 19

Sumber rujukan :

• Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Authoritative Text, The Commissioner of Law Revision

Malaysia.• Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Terbitan BPK-

SP, JPBDSM 2008.• Minit Mesyuarat penyelarasan cadangan pindaan Akta

Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bil. 1/2010

• Bahan Sebaran Dasar Maklumat Perundangan Di Bawah Akta 172 Siri 5/2010 di Hotel Concorde Inn KLIA, Sepang

pada 4 Oktober 2010

Akta A933 (1995)Berikutan tragedi “Highland Towers” pada 11

Disember 1993, Jawatankuasa Khas Kabinet yang

diketuai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah

menyarankan supaya pindaan dibuat kepada Akta

172. Cadangan pindaan Akta 172 telah diterima dan

disokong di Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan

Tempatan kali ke 42 pada 30 September 1994.

Pada September 1995, Parlimen telah meluluskan

Rang Undang-Undang ini dan seterusnya mendapat

perkenan Yang DiPertuan Agong pada 20 Oktober

1995.

Pindaan-pindaan yang diperkenalkan melalui Akta

A933 ialah satu bahagian baru, iaitu Bahagian VA :

Perintah Pemeliharaan Pokok; dan empat seksyen

baru, iaitu seksyen 21A : Laporan cadangan pemajuan

(LCP) , 21B: Pelan susur atur, dan 21C : Penyediaan

pelan dsb oleh seseorang yang berkelayakan; dan

52A : Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan.

Pindaan lain yang dibuat adalah menambah

enam tafsiran baru; pindaan mengenai keahlian

Jawatankuasa Perancang Negeri, penyediaan draf

rancangan tempatan, kawalan perancangan, kuasa

lembaga rayuan, dan penambahan jumlah denda

yang dikenakan.

Akta A1129 (2001) Pembangunan sektor hartanah telah dikenal pasti

berpotensi untuk memulihkan ekonomi negara akibat

krisis kewangan pada Tahun 1997/98. Bagi mengatasi

kekurangan peranan Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri dalam hal ehwal pembangunan

fizikal, pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan

tanah dan bangunan, Akta 172 telah dipinda untuk

memperkukuhkan perkhidmatan perancangan

bandar dan desa melalui perseimbangan kuasa

persekutuan dan negeri.

Pada Tahun 2001, melalui Akta A1129, pindaan

pada seksyen 1, Akta 172 hendaklah terpakai di

Semenanjung Malaysia. Dua bahagian baru, iaitu

Bahagian IIA : Jawatankuasa Perancang Wilayah

dan Bahagian IIB : Rancangan Fizikal Negara dan

sembilan seksyen baru, iaitu seksyen 2A: Majlis

Perancangan Fizikal Negara (MPFN), 2B: Ketua

Pengarah Perancangan Bandar dan Desa, 11A:

Tatacara kajian semula rancangan struktur, 11B

: Tatacara bagi pengubahan rancangan struktur,

12A : Publisiti berkaitan dengan penyediaan draf

rancangan tempatan, 16A : Penyediaan, dsb.,

rancangan tempatan oleh Pengarah Negeri, 16B :

Rancangan kawasan khas, 20A: Kewajipan untuk

berunding; dan 31A : Ketidakselarasan antara

undang-undang kecil bangunan dengan rancangan

pemajuan, telah dimasukkan.

Pindaan penting lain yang dibuat adalah menambah

tujuh tafsiran baru dan mengeluarkan satu tafsiran;

pindaan dalam peruntukan mengenai ahli dan

fungsi Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN), Pihak

Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), rancangan

pemajuan, kawalan perancangan, Lembaga Rayuan

(LR), kuasa MPFN membuat kaedah-kaedah di

bawah peruntukan pelbagai dan penambahan

jumlah denda yang dikenakan.

Akta A1313 (2007) Pindaan pada Tahun 2007 melalui Akta A1313 hanya

melibatkan keperluan mengambil kira peruntukan

Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam 2007 [Akta 672] dalam menimbang sesuatu

permohonan KM.

Berikutan trajedi “Highland Towers” pada 11 Disember 1993, jawatankuasa khas kabinet yang

diketuai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri telah menyarankan supaya

pindaan dibuat kepada Akta Perancangan Bandar dan

Desa 1976.

Blog @172 | 18

Cadangan Pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa terkini... masih dalam proses pemantapan...

Page 22: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 20

Perancang Bandar adalah profesion yang mempunyai kepakaran dalam perancangan guna tanah. Pengetahuan dan pengalamannya dalam bidang ini membolehkan perancang bandar bertindak sebagai perunding cara bagi kes perancangan yang dirujuk ke Lembaga Rayuan.

Kes perancangan melibatkan aspek teknikal yang lebih difahami oleh perancang bandar berbanding peguam cara yang lebih menjurus kepada aspek perundangan. Sehubungan itu peguam cara akan memerlukan masa yang lebih lama untuk memahami kes perancangan.

Dewasa ini semakin banyak kes perancangan yang dirujuk ke Lembaga Rayuan. Ini adalah peluang terbaik kepada perancang bandar di luar sana untuk mengetengahkan diri dan menawarkan perkhidmatan untuk menjadi perunding cara kes perancangan. Peluang ini adalah satu perkembangan yang baik bagi profesion perancang bandar tetapi perlu diingatkan, sebelum menjadi perunding cara, pendedahan dan pengetahuan berkenaan dengan prosiding mahkamah perlu difahami dan hayati.

Perunding cara mestilah seorang yang telah berpengalaman dengan undang-undang yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa, mestilah mempunyai fungsi khas yang melibatkan skil penyampaian, taktik dan teknik soal balas kerana beliau adalah wakil / jurucakap samada kepada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) atau pihak perayu.

Sebagai seorang yang masih menuntut, saya berpendapat kerjaya sebagai perunding cara di Lembaga Rayuan (LR) merupakan satu cabang kerjaya baru yang berpotensi. Walau bagaimanapun, kerjaya ini memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam kerana teori dan amalan semasa amat berbeza. Pengalaman yang luas amat diperlukan sekiranya seorang perancang bandar itu berminat untuk menjadi seorang perunding cara bagi kes yang berkaitan bidang perancangan bandar.

Selain itu, penerapan tentang ilmu undang-undang juga perlu dibuat lebih awal semasa di peringkat pembelajaran lagi. Silibus berkenaan undang-undang perancangan perlu diperincikan dan disentuh secara menyeluruh bagi melahirkan graduan perancangan bandar dan desa yang dapat memainkan peranan sebagai perunding cara bagi kes-kes perancangan.

Saya juga berpandangan, perancang bandar yang merupakan satu kerjaya profesional akan lebih berjaya dan gah dalam aspek teknikal dengan berkembangnya sayap perancangan yang bukan hanya merancang pembangunan tetapi dapat mengukuhkannya dari aspek perundangan perancangan melalui penglibatan secara langsung dalam LR.

Profesional lain yang berkaitan juga perlu bergabung dalam membangunkan bandar dan mengawal pembangunan. Tidak ada satu profesion pun dalam bidang ini boleh berperanan bersendirian. Kerjaya perancangan bandar semakin melebar sekarang. Yang penting ilmu di dada perlu dipertingkatkan. Sekian pandangan saya. Walaupun masih kabur, namun itulah pandangan saya tentang masa depan bidang perunding cara kes-kes perancang bandar di Malaysia.

Lelawati @ Normadiah bt. IsmailPegawai Perancang Bandar Dan Desa

Blog @172 | 19

Abdul Rasyid b. ZainalPelajar Perancangan Bandar & Desa UTM

PERUNDING CARASatu Prospek Baru Dalam Perancangan Bandar

seksyen minda

Page 23: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 21Blog @172 | 21

Assalamualaikum,

Dear Editor,

I read with interest your article in the 2nd edition Blog@172 on The Land Code : UNCODE and would like to give my humble comment :

• The question of fairness which you mentioned as “really unfair” depends from which angle you stand.

• The Code was prepared base on values and situations then. Therefore it definitely should to be amended to accommodate to changes in current values/practice where necessary. If it is static then yes it is not fair but this is a problem of administration (updating) not the Code.

• With reference to Sec. 108, I would stick to the wisdom behind insertion of that clause ie. it was designed to protect the interest of the State Authority who is the owner of state land which logically should be that way. Now whether the State Authority wants to abuse its power is a different issue.

• Please do not say “our plan”, It was never ours. Legally it belongs to the State Authority and delegated to the Local Planning Authority. JPBD is concerned about self perservation.

• Yes they can co-exist and since the party that approves both the dev plan and the Land Code are the same, problems can be easily resolved but obviously any decision will be in the “state’s” interest.

• I would say the Code definitely supercedes Act 172 as clearly stipulated by Sect. 108. This is from a legal standpoint clarified to me by the then LA Selangor when I was at JPBD Selangor then again every lawyer knows anything can be challenged in court!

ABBAS ABDUL WAHAB National Landuse Information (BMGN)

Federal Department of Town and Country Planning, Peninsular Malaysia (JPBD)

Waalaikumussalam,

Dear En. Abbas,

Thank u for your “humble comment”, .. but ohh pleaseee, dont be humble, you’re the king! (always are and will always be - the one and only JPBD’s Elvis). Anyway, I won’t comment on your comment, it is up to the readers to make their own judgement, just please keep making observations on our blog@172.

-Sanisah-

Dear Editor,

“Kudos to you and your Blog@172 team. Very informative yet cool.... continue with the interview of excellent seniors ......... I like....”

- Kalsom PPZT-

Page 24: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 22

TEKS AUTORITATIF AKTA 172Pada tahun 2005, Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia secara usaha sama dengan Malayan Law Journal Sdn. Bhd. dan Percetakan Nasional Malaysia Bhd., telah memperkenalkan

beberapa istilah baru dan telah menerbitkan cetakan semula Akta 172 sebagai Teks Autoritatif yang mengandungi segala pindaan hingga 1 April 2005. Penggunaan istilah baru disenaraikan di bawah

ini adalah di antara yang kerap digunakan dan berkuat kuasa mulai 1 April 2005.

ISTILAH SEDIA ADA(sebelum 31 Mac 2005)

ISTILAH BARU(selepas 1 April 2005)

DI BAWAH PERUNTUKAN(salah satu contoh)

acara tatacara perenggan 58(2)(g)

affidavit-affidavit afidavit subseksyen 37(2)anggota ahli seksyen 49

basi potongan perenggan 40(1)(a)bayaran fi subseksyen 57(1)

bayaran pemajuan caj pemajuan subseksyen 32(1)belanja-belanja perbelanjaan subseksyen 30(5)berdampingan bersempadan perenggan 21A(1)(e)

berkenaan berhubungan perenggan 4(4)(b)berkuasa diberi kuasa seksyen 53

berlawanan tidak selaras subseksyen 29(2)bersengaja dengan sengaja seksyen 52bersesuaian selaras subseksyen 29(2)bidangkuasa bidang kuasa seksyen 51

bukti dokumen bukti dokumentar seksyen 48cuai mengabaikan subseksyen 10(5)

dayautamanya daya usahanya perenggan 4(4)(b)dipakai terpakai subseksyen 1(3)

direzabkan dirizabkan subseksyen 2(1)diserahkan dikemukakan subperenggan 46(1)(c)(i)ejen-ejen ejen subseksyen 41(1)engkar ingkar seksyen 55

get pintu pagar subseksyen 2(1)hakikat fakta subseksyen 10(7)hakmilik hak milik perenggan 21A(1)(c)

harta-harta takalih harta tak alih subseksyen 34(1)ia dia subseksyen 4(8)

jenis spesis subperenggan 21B(1)(a)(v)kacauganggu kacau ganggu perenggan 40(2)(b)

kandungan ayatnya konteksnya subseksyen 2(1)kawasan-kawasan kawasan subseksyen 1(3)kawasan kemajuan kawasan pemajuan subseksyen 2(1)

kawasan yang berhampiran kawasan berjiran perenggan 8(3)(b)

kecuaian keabaian seksyen 54kemajuan pemajuan subseksyen 44(a)

kemudahan keselesaan subseksyen 2(1)kemungkiran keingkaran subseksyen 34(2)

keperluan-keperluan kemudahan subseksyen 2(1)

Blog @172 | 21

seksyen info

Page 25: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 23

ISTILAH SEDIA ADA(sebelum 31 Mac 2005)

ISTILAH BARU(selepas 1 April 2005)

DI BAWAH PERUNTUKAN(salah satu contoh)

kepincangan anomali subseksyen 59(5)kerjaraya kerja raya subseksyen 2(1)kerja ukur kaji ukur perenggan 45(1)(a)

kes hal subseksyen 48(2)ketumpatan kepadatan subseksyen 2(1)

kira-kira akaun subseksyen 34(4)klas-klas kelas Perenggan 58(2)(b)korekan penggalian perenggan 19(2)(c)

kumpulanwang kumpulan wang subseksyen 34(4)lalulintas lalu lintas perenggan 7(3)(c)

lantikannya pelantikannya subseksyen 4(2)lapuran pmeriksaan laporan tinjauan perenggan 9(1)(a)

lebih daripada melebihi perenggan 36(2)(b)maksima maksimum subseksyen 25(3)

matan material perenggan 19(2)(g)Mejistret Klas Satu Majistret Kelas Satu seksyen 51

melainkan selain perenggan 45(2)(c)memansuhkan pembatalan subseksyen 16(2)

menasabah munasabah subseksyen 25(5)menasihatkan menasihati perenggan 4(4)(b)

mengatur mengawal selia perenggan 4(4)(aa)mengawal mengawal selia subseksyen 44(a)

menggunakhidmat menggaji subseksyen 41(1)mengoditnya pengauditannya perenggan 41(3)(f)

menyampaikan mengemukakan perenggan 58(2)(h)merbahaya berbahaya perenggan 40(2)(a)metadoloji perkaedahan perenggan 6(1)(b)

meteri meterai subseksyen 47(1)notis beli notis pembelian subseksyen 2(1)

notis permintaan notis rekuisisi subseksyen 2(1)orang kerja pekerja seksyen 53orang ramai orang awam subseksyen 2(1)

Ordinan Perlindungan Pihakberkuasa Awam 1948

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 seksyen 54

paling pagar pancang subseksyen 2(1)pamiran pameran subperenggan 19(2)(d)(ii)

parit saliran subperenggan 19(2)(a)(iv)peguambela peguam bela perenggan 36(2)(a)peguamcara peguam cara perenggan 36(2)(a)

peluasan pembesaran perenggan 22(5)(i)pembaikan pengelokan perenggan 19(2)(a)

pembangunan atau pemajuan pemajuan subseksyen 2(1)

pemberitahu pemberitahuan subseksyen 1(2)pembicaraan pendengaran seksyen 56

pembicaraan-pembicaraan prosiding subseksyen 36(7)

pembinaan pendirian perenggan 22(2B)(b)

Blog @172 | 22

Page 26: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 24Blog @172 | 23

ISTILAH SEDIA ADA(sebelum 31 Mac 2005)

ISTILAH BARU(selepas 1 April 2005)

DI BAWAH PERUNTUKAN(salah satu contoh)

pemeliharaan pemuliharaan perenggan 4(4)(a)pementasan perancah subseksyen 2(1)pemeriksaan tinjauan subseksyen 7(1)

penarikbalikan pembatalan subseksyen 25(4)penduduk penghuni subseksyen 46(2)

pengawalan peraturan perenggan 58(2)(a)pengawalan tinggi pengawalan ketinggian perenggan 58(2)(d)

penjawat-penjawat awam pekhidmat awam seksyen 53penyiasatan siasatan subseksyen 4(7)pentadbiran pengurusan perenggan 41(3)(d)

peparit kubu parit perenggan 45(1)(c)perbaikan pengelokan perenggan 40(1)(b)

perenggan-kecil subperenggan subperenggan 29(1)(b)(i)perenggan-perenggan jarak undur perenggan 58(2)(d)

perjalanan penjalanan perenggan 19(2)(C)perkebunan hortikultur subseksyen 2(1)pernyataan notis subseksyen 13(2)persetujuan keizinan subseksyen 8(7)perubahan pengubahan subseksyen 2(1)

peruntukan-peruntukan peruntukan subseksyen 1(3)

pihakberkuasa tempatan pihak berkuasa tempatan subseksyen 2(1)

plan pelan subseksyen 25(1)rancangan pelan subseksyen 21(4)rangkabina struktur subseksyen 2(1)

rayuan representasi perenggan 9(1)(b)rekabentuk reka bentuk perenggan 21(3)(d)

rekriasi rekreasi sebseksyen 57(1)rundingan-rundingan perundingan subseksyen 44(a)

rupa komposisi perenggan 7(3)(b)samada sama ada perenggan 4(4)(b)

sebanyak seliseh perbezaan subseksyen 25(6)seksyen 7 (3) subseksyen 7(3) subseksyen 8(2)seksyen-kecil subseksyen subseksyen 4(8)

semulajadi semula jadi subperenggan 21A(1)(d)(i)senibina seni bina perenggan 21B(1)(b)seranta publisiti perenggan 9(1)(a)

seranta berkenaan publisiti berkaitan seksyen 12Asesalur saliran subseksyen 2(1)sesuai suai manfaat subseksyen 4(6)

sesuatu suatu subseksyen 46(4)sesuatu aras apa-apa aras seksyen 52

suratcara surat cara subseksyen 59(6)susunatur susun atur seksyen 21B

syarat-syarat terma-terma subseksyen 44(a)tak bersesuaian tidak selaras subseksyen 29(1)takpersesuaian ketidakselarasan subseksyen 59(4)

Page 27: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 25

ISTILAH SEDIA ADA(sebelum 31 Mac 2005)

ISTILAH BARU(selepas 1 April 2005)

DI BAWAH PERUNTUKAN(salah satu contoh)

tanggungrugi tanggung rugi seksyen 55tarikh-tarikh tarikh subseksyen 1(3)

tempat-tempat meletak kereta tempat parkir perenggan 58(2)(d)

tempat tinggal kediaman perenggan 45(2)(a)tempoh tambahan tempoh lanjutan perenggan 28(2)(b)tenaga kewangan sumber kewangan subseksyen 4(8)

tenan penyewa subseksyen 2(1)Trengganu Terengganu subseksyen 25(10)tuanpunya tuan punya subseksyen 2(1)

tugas-tugas fungsi subseksyen 2A(2)tugu-tugu monumen perenggan 58(2)(f)

tupang topang subseksyen 2(1)semata-mata secara eksklusif subseksyen 57(1)

syed bangsal subseksyen 2(1)ubahsuaian ubah suaian subseksyen 11B(5)

ugama agama subseksyen 57(1)

Istilah dan Perkataan Bahasa Inggeris disenaraikan di bawah adalah di antara yang kerap digunakan dalam Teks Autoritatif Akta 172.

ISTILAH SEDIA ADA(sebelum 31 Mac 2005)

ISTILAH BARU(selepas 1 April 2005)

DI BAWAH PERUNTUKAN(salah satu contoh)

connexion connection section 9

paragraph (f) of section 21A(1) paragraph 21A(1)(f) subsection 21B(1)

paragraphs (a) to (g) of subsection (1)

paragraphs (a) to (g) paragraph 21A(2)(b)

repeal revocation section 16

section 38 (1) subsection 38(1) subsection 2(1)

section 19 (2) (d) paragraph 19(2)(d) subsection 18(2)

subssection (2) (a) paragraph (2)(a) subsection 9(3)

State of Trengganu State of Terengganu subsection 59(1)

States of Malaya Peninsular Malaysia subsection 1(1)

The Public Authorities Protection Ordinance 1948

The Public Authorities Protection Act 1948

section 54

Nota :“notis beli” - Istilah dalam Seksyen Tafsiran

Sumber rujukan :Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Authoritative Text, The Commissioner of

Law Revision Malaysia.Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Terbitan BPKSP, JPBDSM 2008.

Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]

Blog @172 | 24

Page 28: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 26

Sebagai profesional dalam bidang perancang bandar sama ada di sektor awam [Pihak Berkuasa Negeri (PBN) atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) yang menyediakan rancangan pembangunan] atau sektor swasta [perunding yang mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM)], kita perlu mengambil kira banyak perkara yang boleh dipelajari daripada keputusan kes-kes Lembaga Rayuan (LR).

LR Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan sejak 8 Jun 1989. Sehingga September 2010, sebanyak 378 kes telah didaftarkan dengan 308 kes berjaya diputuskan. Artikel ini memaparkan 4 kes LR Negeri Pulau Pinang untuk dijadikan panduan. Keempat-empat kes ini boleh dilihat mempunyai persamaan dari segi RAYUAN dan KEPUTUSAN kes.

KES PERTAMAPetronas Dagangan Berhad lwn Majlis Perbandaran Pulau Pinang (LR/PP/13/94). RAYUAN: Petronas Dagangan Berhad (perayu) telah mengemukakan permohonan KM untuk membina

sebuah stesyen minyak dan pusat servis di atas Lot 107, Seksyen 5, Bandar Georgetown, D.T.I, Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang. Responden telah enggan memberikan KM atas sebab tanah tersebut dizonkan dalam kawasan kediaman. Terkilan dengan keputusan tersebut, perayu merayu ke LR dengan alasan bahawa cadangan tersebut tidak bercanggah dengan pelan zon kerana telah terdapat beberapa stesyen minyak di kawasan tersebut.

KEPUTUSAN: LR telah sebulat suara menolak rayuan atas pertimbangan bahawa kawasan tersebut telah dizonkan sebagai kawasan kediaman.

KES KEDUAPetronas Dagangan Berhad lwn Majlis Perbandaran Pulau Pinang(LR/PP/10/98) RAYUAN: Pada Tahun 1998, Petronas Dagangan Berhad (perayu) telah mengemukakan permohonan untuk

membina sebuah stesyen minyak di atas lot 935 & 936, Bandar Gelugor, Daerah Timur Laut, Jalan Sultan Azlan Shah.

KEPUTUSAN: LR telah sebulat suara menolak rayuan dan berpendapat bahawa tindakan responden enggan memberikan kebenaran merancang adalah betul kerana kawasan tersebut telah dizonkan sebagai kawasan perumahan.

Melalui kedua-dua kes ini, dapat disimpulkan bahawa zoning yang telah ditetapkan dalam rancangan pemajuan (rancangan tempatan) adalah sangat penting dan menjadi asas utama dalam pertimbangan memberikan KM. Keputusan kedua-dua kes ini menunjukkan bahawa rancangan pemajuan adalah dokumen rujukan yang penting dalam membuat keputusan dalam kes LR. Oleh yang demikian, PBPT hendaklah memastikan setiap rancangan tempatan yang disediakan perlulah komprehensif dan disokong dengan justifikasi yang kukuh dalam menentukan zon gunatanah daripada aspek analisis pasaran, jaringan sistem jalan raya, penilaian kesan alam sekitar, penilaian kesan lalulintas, penilaian kesan sosial, cost and benefit analysis dan lain-lain kajian. Kajian-kajian ini akan memberikan justifikasi yang kukuh dan memudahkan LR membuat keputusan. Proses penyediaan dokumen ini perlu dilakukan dengan lebih terperinci dan data yang dikumpul adalah tepat untuk melakukan unjuran seterusnya membuat perancangan yang dapat mencapai aspirasi dan matlamat semua pemegang taruh (stakeholder).

Selain kes pertama dan kes kedua di atas, terdapat dua (2) lagi kes yang boleh dikategorikan sebagai Ultra Vires dalam mempertimbangkan KM.

KES KETIGAKHSB Marketing Sdn Bhd lwn Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)RAYUAN: Kes ini didaftarkan pada Tahun 2001. Kes melibatkan permohonan KM bagi cadangan merobohkan

sebuah banglo 2 tingkat di atas Lot 1252, Seksyen 4, Bandar Georgetown, D.T.L., Persiaran Gurney, Pulau Pinang. MPPP telah enggan memberikan KM berasaskan pertimbangan bahawa bangunan tersebut mempunyai nilai senibina yang unggul. Perayu telah membuat rayuan kepada LR terhadap keputusan tersebut.

KES-KES LEMBAGA RAYUANAPA YANG BOLEH KITA PELAJARI

Noraini bt. Omar Chong

Blog @172 | 25

seksyen minda

Page 29: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 27

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia melalui Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah menyediakan Draf Kaedah-Kaedah Kawalan Perancangan (Pemajuan Tanah dan Bangunan Yang Mempunyai Kepentingan Sejarah dan Senibina) dan draf tersebut kini dalam semakan Penasihat Undang-Undang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Mana-mana PBN bolehlah mendapatkan salinan draf kaedah ini untuk dipanjangkan ke Penasihat Undang-Undang Negeri masing-masing bagi tujuan semakan dan seterusnya diwartakan serta diterimapakai. Draf kaedah-kaedah ini antara lain mengandungi peruntukan berkenaan daftar bangunan, permohonan kebenaran merancang, nasihat pesuruhjaya, pertimbangan permohonan, pemberian kebenaran merancang dan sebagainya.

KEPUTUSAN: LR telah sebulat suara meluluskan rayuan tersebut, mengenepikan keputusan MPPP (responden) dan mengarahkan supaya KM diberikan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu daripada pihak responden yang dirasakan sesuai untuk dilaksanakan di bawah Akta 172.

KES KEEMPAT Sri Bangunan Sdn Bhd lwn MPPP (LR/PP/15/96)RAYUAN: Perayu telah mengemukakan permohonan KM untuk membina sebuah pangsapuri 24 tingkat

termasuk pejabat dan tempat letak kereta di atas lot 2334, Sek 1, Jalan Burma, Georgetown. Responden telah memberikan KM dengan bersyarat. Syarat pertama, sebuah bangunan yang dikenali sebagai No.145 Jalan Burma yang sedia ada di atas tanah tersebut, perlu dipelihara dan perayu tidak dibenarkan untuk membina bangunan di sebelah bangunan tersebut. Syarat kedua, sekiranya perayu berhajat untuk merobohkan bangunan tersebut, perayu perlu menunggu keputusan daripada Jawatankuasa Pemeliharaan Bangunan Pulau Pinang peringkat negeri. Terkilan dengan keputusan tersebut, perayu merayu kepada LR.

KEPUTUSAN: LR meluluskan rayuan tersebut dan menyatakan bahawa responden (MPPP) tiada kuasa di bawah Akta 172 untuk mengenakan syarat yang menyentuh pemeliharaan bangunan bersejarah.

Isu yang telah dibangkitkan dalam kes ketiga dan kes keempat ini adalah, PBPT bukanlah satu badan yang diperuntukkan kuasa di bawah mana-mana akta untuk menentukan bangunan yang berkepentingan sejarah dan bernilai warisan. Tindakan PBPT yang meletakkan syarat pengekalan bangunan sedia ada yang diklasifikasikan sebagai bangunan berkepentingan sejarah dan bernilai warisan sebagai satu syarat pemberian KM dianggap sebagai telah melampaui kuasa (ultra vires) yang diperuntukkan kepadanya.

Seperti yang telah diulas dalam written judgement dalam kes KHSB Marketing Sdn Bhd lwn MPPP, Subseksyen 58(1) Akta 172 memberikan kuasa kepada PBN untuk membuat kaedah-kaedah untuk melindungi monumen, tanah dan bangunan lama yang bernilai sejarah dan berkepentingan senibina. Berdasarkan peruntukan ini kuasa sebenar adalah kepada PBN dan dalam konteks kedua-dua kes ini, kuasa sebenar untuk menentukan sama ada bangunan sedia ada diklasifikasikan sebagai bangunan berkepentingan sejarah dan bernilai warisan dan perlu dikekalkan adalah kuasa PBN Pulau Pinang, bukannya PBPT. Walau bagaimanapun, PBN Pulau Pinang belum ketika itu membuat kaedah-kaedah tersebut.

Bagi memastikan bangunan berkepentingan sejarah dan bernilai warisan dipelihara dan dilindungi daripada kesan kepesatan pembangunan, pihak berkuasa negeri perlulah menyegerakan proses penyediaan dan proses pewartaan kaedah-kaedah berkenaan pelindungan monumen, tanah dan bangunan lama yang bernilai sejarah dan berkepentingan senibina. Menerusi kaedah-kaedah tersebut, peranan PBPT selaku salah satu badan yang bertanggungjawab ke atas pemeliharaan bangunan bersejarah dan warisan dapatlah dikuatkuasakan.

Selain itu juga, perlu ada kerjasama yang jitu di antara PBPT dengan Jabatan Warisan Negara dengan menyenaraikan bangunan-bangunan yang berkepentingan sejarah dan bernilai warisan di dalam rancangan pemajuan. Apabila rancangan pemajuan tersebut diwartakan, maka PBPT mempunyai kuasa untuk mengenakan sebarang syarat dalam pemberian KM untuk tujuan mengekalkan bangunan yang telah disenaraikan tersebut.

Selain itu juga, sekiranya PBPT atau mana-mana pihak berkuasa berpandangan sesuatu bangunan itu berkepentingan sejarah atau bernilai warisan dan mahu ianya dikekalkan sebagai khazanah negara, boleh membuat permohonan kepada Jabatan Warisan Negara untuk bangunan tersebut diwartakan sebagai warisan kebangsaan melalui seksyen 68 Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Permohonan tersebut boleh dibuat melalui Borang E iaitu Borang Penamaan Sebagai Warisan Kebangsaan yang boleh dimuat turun melalui laman http://www.warisan.gov.my. Bagi bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara, maka sebarang pembangunan yang melibatkan bangunan tersebut, PBPT bolehlah mendapatkan pandangan dari pihak Jabatan Warisan Negara bagi tujuan pemeliharaannya.

Kesimpulannya, PBPT perlu memastikan sebarang arahan bertulis atau perintah yang dikeluarkan adalah merupakan perkara-perkara yang diletakkan di bawah bidang kuasanya mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan. Kegagalan PBPT untuk bertindak dalam bidang kuasanya membuka ruang untuk pertikaian ke atas arahan yang dikeluarkan seterusnya menjejaskan perancangan yang telah dibuat.

Blog @172 | 26

Nota :

Page 30: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 28

ISTILAH PERUNDANGAN

MandamusMandatory order (writ) issued by a higher court to a lower court, inferior tribunal, or a

public or corporate officer or agency. It commands the correct and proper performance

of a specified act or public-duty related to the responsibilities of the entity to which it is

directed. A writ of mandamus is a hard and fast unreasoning writ, and is reserved for

extraordinary emergencies. The function of the writ of mandamus is to enforce, not to

establish, a claim of right; the office of the writ is to execute, not to adjudicate. To warrant

control by mandamus, there must be an existing, clear, unconditional legal right in relator,

and a corresponding present, imperative, unconditional duty upon respondent, and a

default upon respondent therein.

Prima Facie(Latin) A legal presumption which means on the face of it or at first sight. For example,

proof of mailing a letter is proof that it was delivered to the person to whom it was

addressed and will accepted as such by a court unless proven otherwise. Other situations

may require a case before proceeding to another step in the judicial process.

The rules of court and of procedure often allow that photocopies of business record

or government documents constitute proof of their authenticity which sets down a

presumption that they are as good as the originals subject to evidence to the contrary.

AffidavitA statement is defined as which before being signed, the person signing takes an oath

that the contents are, to the best of their knowledge, true. An affidavit is an oath in writing

signed by the party deposing, sworn before and attested by him who hath authority to

administer the same.

The statement is intended to become evidence before a Court. It is also certified by a

notary or lawyer or some other judicial officer that can administer oaths, to the effect that

the person signing the affidavit was under oath when doing so. These documents carry

great weight in Courts to the extent that judges have been known to (albeit rarely) accept

an affidavit instead of the testimony of the witness. An affidavit can even bring evidence

to the Court in spite of the deponent’s death before trial.

http://www.duhaime.org

Blog @172 | 27

istilah perundangan

Page 31: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 29

BPKSP terlibat dalam Jawatankuasa Kecil Majlis Perasmian dan Persiapan Tempat untuk Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2010.

Pelancaran HPBS 2010berita bergambar

Page 32: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 30

Kumpulan Inovatif dan Kreatif BPKSP

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) BPKSP telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan KIK peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan Tahun 2010

Page 33: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 31

Aktiviti BPKSPPerhimpunan Bulanan, amanat Pengarah, public speaking,

penyampaian hadiah hari lahir, employee of the month, Pot luck dll.

Page 34: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 32

Program Sebaran Maklumat Perundangan

Dari Julai – Disember 2010, sebanyak 3 Program Sebaran telah diadakan untuk semua peringkat

pegawai JPBD Negeri, PBT, agensi kerajaan yang berkaitan dan IPTA/IPTS. Program ini merangkumi

ceramah dan taklimat serta perbincangan panel.

Page 35: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 33

Program Sebaran Melalui Publisiti RT

Program Sebaran Melalui Publisiti RT telah diadakan semasa Publisiti RTD Ipoh dan RTD Kuala Pilah.

Program ini dilaksanakan melalui edaran risalah, bahan pameran dan jualan bahan-bahan terbitan BPKSP.

Teach in Sistem e-Kawal Selia

Sebanyak 4 sesi teach in Sistem e-Kawal selia telah diadakan kepada lapisan pegawai dari Pejabat

Projek Rancangan Pembangunan, JPBD Negeri dan PBT. Tujuan sesi tersebut adalah untuk

membantu pihak yang berkenaan dalam mengurus dan mengawal kemajuan di

kawasan tanah tinggi dan lereng bukit.

Page 36: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 34

Majlis PersaraanMajlis Persaraan Puan Nor Aini

binti Sulaiman, Penolong Pegawai Perancang Bandar, gred J36 yang telah diadakan pada 26 Mei 2011.

Beliau telah berkhidmat di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa selama

28 tahun.

Page 37: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 35

Employee Of The Month 2011Penerima Employee Of The Month bagi Bulan Januari sehingga April 2011.

Pemilihan penerima adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh ketua-ketua unit BPKSP dan dipersetujui oleh pengarah.

Januari 2011Puan Sarina bt. Saad

Februari 2011Puan Hajah Zakiah

bt. Haji Ali

Mac 2011Encik Mohd Safie b.

Mostapa

April 2011Encik Badrul b. Abdul Rahim

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC 2010Pegawai-pegawai BPKSP yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi Tahun 2010.

30 tahun perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang telah berkhidmat di JPBD selama 30

tahun

Penerima APC dari Bahagian

Korporat JPBD

Puan Amilia

binti Muhamad Noor

(Pegawai Perancang Bandar,

Gred J44)

Encik Khairul Azlan bin Ramli

(Juruteknik Perancang Bandar, Gred J17)

Puan Noriah binti Ismail(Juruteknik Perancang

Bandar, Gred J22)

Puan Che Rohani binti Mohamed Salleh

(Penolong Pegawai Perancang Bandar, Gred J29)

Encik Badrul bin Abdul Rahim (Pegawai Perancang Bandar,

Gred J41)

Puan Sarina binti Saad (Pegawai Perancang Bandar, Gred J41)

Puan Sri Juwita binti Mahusin

(Penolong Pegawai Perancang

Bandar, Gred J29)

Page 38: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Blog @172 | 36

Produk KeluaranBPKSP

Panduan Pelaksanaan Akta 172 (PPA), Kaedah-Kaedah, Manual, Risalah-risalah, monograf,

Ensik dan Blog @172.

Page 39: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Nota Editor

Sekiranya ada pendapat untuk dikongsi bersama atau inginkan khidmat nasihat perundangan, BPKSP mengalu-alukannya untuk dimuatkan dalam edisi-edisi akan datang.

HAKCIPTA TERPELIHARA 2011Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan,JPBD Semenanjung Malaysia,Tingkat 15, Wisma Tun Sambanthan,Jalan Sultan Ismail,50000 Kuala Lumpur

Salam bahagia,Berjumpa lagi dalam Blog @172 edisi ketiga

Akhir-akhir ini ramai pula yang memperkatakan tentang Lembaga Rayuan (LR). Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan (BPKSP) telah menerima banyak surat dan panggilan untuk mendapatkan khidmat nasihat atau maklumat berkenaan LR. Terdapat juga aduan-aduan perancangan yang diterima menyentuh soal LR. Perkara yang ditanya atau dibangkitkan meliputi perkara yang kami rasa sangat mudah, seperti…berapa ramaikah ahli LR? sehinggalah isu-isu yang kompleks (yang masih dipertikaikan) seperti… bolehkah bukan ahli undang-undang jadi pengerusi LR? Pihak pengurusan juga nampaknya sekarang berminat tentang LR. Mungkin sedang bersiap sedia untuk penceburan-penceburan baru agaknya.

Walaupun LR tidak begitu hebat dan meluas di kesemua negeri pada masakini, namun ia semakin dilaksanakan. Melihat kes-kes yang dibawa ke LR bagi negeri-negeri yang terkehadapan dalam perlaksanaannya, boleh dikatakan isu-isu yang ditimbulkan dalam kes-kes pembicaraan LR agak kompleks dan menunjukkan ‘kematangan’ baik dari pihak yang merayu, pihak defenden Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) yang harus defen keputusan Kebenaran Merancang (KM) ataupun dari segi keputusan LR yang dibuat. Kadangkala keputusan yang dibuat juga boleh menimbulkan perasaan terkilan kepada pihak yang lain pula.

Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi yang berminat boleh terus mencari ilmu berke-naan LR. Anda boleh jadi pendaftar LR, perunding cara LR, Ahli Jawatankuasa LR ataupun Pengerusi LR (ada negeri yang berura-ura mahu melantik professional dalam bidang perancangan bandar sebagai Pengerusi LR. Kalau ini berjaya dilakukan, pada masa hadapan seseorang Perancang Bandar yang berkaliber bolehlah menjadi Pengerusi LR.) Walau apapun, seseorang Perancang Bandar haruslah memperleng-kapkan diri dari segi pengetahuan dan professionalisma berkenaan LR kerana LR akan menjadi satu agenda utama bagi bidang perancangan bandar dan desa dalam masa yang terdekat.

SELAMAT MEMBACA.

Keluaran Akan Datang...

BLOG

@

Penguatkuasaan

Page 40: Penguatkuasaan - townplan.gov.my Page/Blog 172 Edisi... · Blog@172 edisi kali ini memaparkan “a little insight” berkenaan LR sebagai pengeta-huan asas dan pencetus minda. Bagi

Rayuanku...

E D I S I 3 J A N U A R I 2 0 1 1

BLOG

@

ENSIKLOPEDIA UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

Jilid 1 Bab 1 : Sejarah & Perundangan Bab 2 : Organisasi & Pentadbiran Bab 3 : Akta Perancangan Bandar & Desa

1976 (Akta 172) Bab 4 : Akta Perancangan Wilayah

Persekutuan 1982 (Akta 267) Bab 5 : Statut Lain Yang Berkaitan

Jilid 2 Bab 6 : Ringkasan Kes & Keputusan

Mahkamah Bab 7 : Kaedah-Kaedah di bawah Akta

Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) Bab 8 : Proses & Prosedur Perancangan

Jilid 3

Bab 9 : Garis Panduan Perancangan Glosari

ENSIKLOPEDIA UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN

PERANCANGAN BANDAR DAN DESA Ensiklopedia Undang-Undang dan Pentadbiran Perancangan Bandar dan Desa ini merupakan ‘one stop reference source” yang mesra pengguna. Ia mengandungi 3 Jilid dengan 9 Bab dan memberi fokus kepada perundangan perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan peruntukan akta-akta lain yang berkaitan. Ia berguna untuk pelbagai profesion khususnya untuk perancang bandar, arkitek, jurutera, peguam, juru ukur, perunding alam sekitar, pengurus dalam industri, penguatkuasa, ahli akademik dan pelajar IPT.

HARGA SATU S ET

RM1,250.00 Sila hubungi :

Bahagian Perundangan Dan Kawal Selia Perancangan

Jabatan Perancangan Bandar & Desa Sem. Malaysia Tingkat 15, Wisma Tun Sambathan,

Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur Tel : 03-2273 3326 Fak : 03-2273 3325

AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 ( AKTA 172 )

(Versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)

PINDAAN-PINDAAN AKTA 172

Akta A866 Akta A933

Akta A1129 Akta A1313

1993 1995 2001 2007

Mengandungi segala pindaan hingga 1 September 2007

RM100.00/Unit

Berdasarkan Teks Autoritatif oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang Malaysia

Sila hubungi : Bahagian Perundangan & Kawal Selia Perancangan

Tel : 03-2273 3326 Fak : 03-2273 3325

Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia