Pengubatan Dalam Pengamalan Tradisi Dan Manuskrip Melayu

11
KAEDAH PENGUBATAN DALAM PENGAMALAN TRADISI DAN MANUSKRIP MELAYU ABSTRAK Kepentingan mengkaji tradisi masyarakat dan manuskrip Melayu yang menjadi warisan sejak zaman berzaman kaya dengan ilmu perubatan yang mengandungi kebijaksanaan, sejarah, budaya, pengalaman hidup dan pandangan dunia dalam Alam Melayu telah dilupakan. Di samping itu, doktrin terhadap falsafah perubatan alam Melayu khususnya jarang disentuh dan dikaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis metodologi dan falsafah perubatan yang terdapat di alam dan manuskrip Melayu. Kajian ini dijalankan berasaskan kepada kajian dokumentasi yang lepas dan analisis beberapa Manuskrip asal. Pendahuluan Perubatan tradisional pada umumnya merupakan salah satu iktiar manusia dalam usaha mereka untuk mengatasi dan merawat penyakit dan menambahkan kesihatan tubuh-badan. Kaedah dan tradisi ini adalah tradisi yang menjadi warisan sejak turun-menurun. Kaedah perubatan ini juga, dianggap oleh sebahagian cendiakawan wujud seiring dengan tamadun manusia 1 . Budaya dan sistem kepercayaan masyarakat memainkan peranan penting terhadap persepsi tentang kesihatan, perlakuan, serta tindakbalas individu terhadap penyakit dan kaedah rawatannya. Setiap etnik dan agama di dunia ini mempunyai sistem sosial, budaya, dan agama yang sangat berkait rapat dengan aspek kesihatan, penyakit, dan kaedah rawatan yang digemari oleh etnik berkenaan. Hampir semua etnik di dunia ini menggabungkan beberapa kaedah dalam perawatan penyakit yang dihidapi mereka, 1 Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 1. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

description

ok

Transcript of Pengubatan Dalam Pengamalan Tradisi Dan Manuskrip Melayu

KAEDAH PENGUBATAN DALAM PENGAMALAN TRADISI DAN MANUSKRIP MELAYUABSTRAKKepentingan mengkaji tradisi masyarakat dan manuskrip Melayu yang menjadi warisan sejak zaman berzaman kaya dengan ilmu perubatan yang mengandungi kebijaksanaan, sejarah, budaya, pengalaman hidup dan pandangan dunia dalam Alam Melayu telah dilupakan. Di samping itu, doktrin terhadap falsafah perubatan alam Melayu khususnya jarang disentuh dan dikaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menganalisis metodologi dan falsafah perubatan yang terdapat di alam dan manuskrip Melayu. Kajian ini dijalankan berasaskan kepada kajian dokumentasi yang lepas dan analisis beberapa Manuskrip asal. PendahuluanPerubatan tradisional pada umumnya merupakan salah satu iktiar manusia dalam usaha mereka untuk mengatasi dan merawat penyakit dan menambahkan kesihatan tubuh-badan. Kaedah dan tradisi ini adalah tradisi yang menjadi warisan sejak turun-menurun. Kaedah perubatan ini juga, dianggap oleh sebahagian cendiakawan wujud seiring dengan tamadun manusia[footnoteRef:1]. [1: Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 1. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.]

Budaya dan sistem kepercayaan masyarakat memainkan peranan penting terhadap persepsi tentang kesihatan, perlakuan, serta tindakbalas individu terhadap penyakit dan kaedah rawatannya. Setiap etnik dan agama di dunia ini mempunyai sistem sosial, budaya, dan agama yang sangat berkait rapat dengan aspek kesihatan, penyakit, dan kaedah rawatan yang digemari oleh etnik berkenaan. Hampir semua etnik di dunia ini menggabungkan beberapa kaedah dalam perawatan penyakit yang dihidapi mereka, terutama penggunaan kaedah rawatan tradisional dan alternatif, serta sistem perubatan moden.Dalam kalangan masyarakat di Asia Tenggara, khususnya masyarakat Melayu, sistem kepercayaan tradisional yang berpandukan kepada unsur spiritual, magis, adat, dan agama masih dominan dalam sistem perawatan tradisional mereka. Apatah lagi apabila ia melibatkan rawatan penyakit yang bersifat psikopatik, depressi, dan juga gangguan makhluk halus. Kaedah dan cara perawatan dalam pengamalan tradisional ini seringkali menggunakan ramuan semula jadi yang terdiri daripada tumbuhan, galian, sebahagian dari haiwan dan menggunakan kaedah spiritual (ruqyah)[footnoteRef:2]. Di samping itu, penggunaan ramuan semula jadi ini, sangat sebati dengan masyarakat Melayu terutamanya. Sebahagian daripadanya digunakan sebagai ulam-ulaman dan dicampurkan di dalam masakan. [2: Ibid, Hlmn 2. ]

Kosmologi Masyarakat MelayuKosmologi adalah suatu kajian berkenaan evolusi dan struktur alam semesta (cosmos) yang teratur yang ada masa kini. Istilah cosmos sebenarnya berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud Alam semesta atau dunia yang teratur bukanya kacau bilau. Sedangkan istilah logos yang berasal daripada bahasa Greek bermaksud penyelidikan tentang atau asas-asas rasional dari kajian mengenai kosmos juga.Persoalan kosmologi juga melibatkan persoalan pandangan alam atau world-view. Ini kerana kajian world-view merupakan suatu percubaan untuk menkaji bagaimana suatu kelompok manusia memandang alam natural dan alam supernatural, serta masyarakatnya dan juga diri mereka sendiri.Orang-orang Melayu sudah mengenali benar alam sekitar mereka. Dengan itu, mereka tinggal dipesisiran pantai akan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di habitat laut dalam kehidupan mereka. Sementara mereka yang tinggal di pinggiran hutan pula akan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di habitat hutan[footnoteRef:3]. [3: Ibid, Hlmn 8. ]

Seperti manusia yang lain juga, masyarakat Melayu tidak terlepas dari serangan penyakit. Mereka diserang penyakit sehingga membawa keapda kematian. Dalam usaha mencari penawar dan kaedah rawatan inilah lahirnya berbagai-bagai cara pengubatan dan pemeliharaan diri daripada penyakit.Kaedah yang rawatan yang diamalkan oleh mereka amat berkait dengan pegangan agama yang mereka anuti. Maka dari sinilah lahirnya, ritual-ritual dan amalan tertentu untuk merawat penyakit seperti jampi, mantra dan tangkal[footnoteRef:4]. Di samping itu juga, sebelum kedatangan agama sama ada Hindu-Buddha dan Islam, semangat animism sangat kuat diamalakan oleh masyarakat Melayu. [4: Ibid, Hlmn 10. ]

Terdapat dua falsafah utama dalam sistem perubatan Melayu. Pertama, yang menyentuh bidang kesihatan dan keduanya tentang penyakit. Kedua-duanya saling berhubungan dan melengkapi antara satu dengan yang lain. Falsafah pertama menyatakan pencegahan lebih utama daripada mengubati penyakit. Falsafah kedua dinyatakan sebagai bagi setiap penyakit pasti ada ubatnya.[footnoteRef:5] [5: Haliza Mohd Riji. 2000. Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu. Hlmn 75. .Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.]

Kepercayaan mengenai adanya ubat bagi setiap penyakit membawa erti bahawa setiap penyakit perlu diikhtiarkan agar sembuh. Dalam konsep pengamalan ini juga, terkandung maksud bahawa ikhtiar yang dilakukan pada satu-satu masa mungkin tidak dapat menyembuhkan, dan oleh itu ikhtiar untuk mendapatkan ubat yang lebih mujarab dilakukan walaupun mengambil masa yang lama. Pengamalan dan tradisi pengubatan ini memberikan makna yang tersirat iaitu, masyarakat Melayu dan selaku manusia tidak boleh berhenti untuk mencari penawar dan terus berusaha untuk mencari pelbagai jenis ubatan dan kepelbagaian cara untuk menyembuhkan diri atau penyakit. Adakalanya penyakit mudah untuk disembuhkan dan adakalanya sukar untuk disembuhkan. Penjagaan kesihatan atau pencegahan penyakit merupakan warisan yang menjadi tradisi dalam rawatan Melayu. Pendekatan cara ini adalah yang terbaik diamalkan kerana pengamalan seperti ini dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan dan menghalang punca penyakit dari sepat berjangkit. Oleh itu, pendekatan mengubati dan mencegah adalah warisan yang telah menjadi tradisi dalam budaya Melayu.

Faktor-Faktor Penerusan Kaedah Rawatan TradisionalKaedah dan pengamalan perubatan tradisional ini, masih terus diamalkan oleh masyarakat Melayu terutamanya kerana terdapat beberapa faktor dan dorongan yang menjadi sebab utama untuk masyarakat melayu meneruskan kaedah ini. Antara faktornya ialah: Jenis penyakit yang tidak dapat diubati melalui rawatan moden seperti terkena santau, sihir dan sebaginya. Masalah perbelanjaan menjadi aspek utama dalam masyarakat melayu. Kebanyakkan masyarakat melayu tidak berupaya untuk menampung perbelanjaan untuk mengubati sesetengah jenis penyakit kronik seperti pembiayaan pembedahan jantung, kanser dan sebagainya. Kaedah pencegahan lebih baik daripada merawat adalah tradisi turun-menurun oleh masyrakat melayu. Pemakanan sayur-sayuran dan penggunaan herba tertentu menjamin kesihatan dan keadaan seseorang itu berada dalam keadaan yang sentiasa baik. Herba dan sayur-sayuran adalah ubat semula jadi yang tidak mempunyai kesan sampingan. Oleh itu tahap kesihatan akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan memberikan tenaga kepada pengamalnya[footnoteRef:6]. [6: Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 3. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.. ]

Unsur Kejadian Manusia dan Asal PenyakitPembentukan dan kejadian manusia terdiri daripada elemen jasmani iaitu tubuh badan dan juga elemen spiritual iaitu roh, akal dan jiwa. Dalam pembentukan kejadian manusia, penelitian dan pengkajian terhadap elemen dan unsur kejadian ini adalah kunci utama dan aspek terpenting dalam penentuan keadaan dan kondisi seseorang itu. Unsur Kejadiaan ManusiaUnsur kejadiaan manusia, merupakan antara aspek yang penting dalam penentuan kondisi seseorang. Oleh itu A. Samad Ahmad menyatakan dalam bukunya Warisan Perubatan Melayu antara unsur kejadiaan manusia adalah: Tanah; sifatnya adalah dingin serta kering. Maka insan itu adalah sawida ertinya hitam, iaitu di dalamnya panas dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dan basah. Maka tandanya orang itu kurus, tubuhnya nipis, banyak pekerjaannya, kurang tidur, tiada dapat ia sabar daripada kerja jimak. Maka ada bahagian mudarat yang besar, maka adalah asal kejadiannya daripada perangai tanah. Dalam tubuh manusia tempatnya almak, maka perangainya itu tubuhnya sihat. Api; perangainya panas serta kering. Maka adalah pada insan itu safrun iaitu air yang kuning, maka iaitu panas serta kering, asal kejadianya daripada perangai api, yang di dalam tubuhnya tempatnya adalah hempedu. Maka tandanya orang itu segera barang kerja dan lakunya, dan segera pada jalannya, lagi terang hatinya. Orang itu panas tubuhnya, kurang tidurnya, barangkali banyak di dalamnya panas daripada kering. Maka warnanya adalah kuning. Air; perangainya dingin serta basah, maka adalah pada insan itu balgham (dahak, kahak), iaitu dingin serta abash. Asal kejadiannya daripada perangai air, dalam tubuh manusia tempatnya pada paru-paru. Makad alah perangai balgham itu banyak dingin dan basah dan kurang dalamnya panas dan kering. Alamat orang itu tambun tubuhnya, banyak lemaknya, kerana perangai basah padanya, maka orang itu banyak tidurnya, segan ia pada barang pekerjaannya, dan lambat jua, lagi kurang fahamannya. Angin; perangai basah serta panas. Maka adalah pada insan itu darwani, iaitu darah. Maka adalah asal kejadiannya daripada perangai angin yang di dalam tubuh manusia, tempatnya adalah pada hati. Bahawa tubuh orang itu nipis, tiada tebal, iaitu banyak panas seta basah, dan kurang dalamnya angina dan kering. Maka orang itu tiada tambun, kurang dagingnya, banyak darahnya, pekertinya sederhana.

Asal Penyakit Manusia

Kaedah Rawatan PenyakitPengamalan dan kaedah perawatan dalam tradisi Melayu ini, merupakan satu khazanah yang berharga. Kepelbagaian kaedah, metodologi dan penggunaan bahan yang terdapat dalam kepulauan Melayu ini merupakan tanda bahawa ketamadunan dan kemajuan di dalam Alam Melayu ini telah terbina. Ruqyah dan JampiPengamalan dan perawatan dalam mengubati penyakit khususnya di Alam Melayu ini tidak hanya tertumpu kepada kaedah pengubatan penggunaan herba atau bahan semula jadi, tetapi juga mengamalkan kaedah ruqyah atau jampi. Pengamalan ini bukan hanya diamalkan oleh tradisi melayu tetapi oleh setiap pengamal perubatan pada setiap tamadun manusia. Prof Dr H. Aulia menyatakan:Hendaklah doktor itu mempunyai pengetahuan tentang penyakit fikiran dan jiwa serta ubat-ubatnya. Ini adalah menjadi pokok yang utama dalam mengubati badan manusia[footnoteRef:7]. [7: Prof. Dr H. Aulia. 1970. Agama Dan Kesehatan Badan Dan Jiwa. Hlmn 19 Djakarta. Penerbit Bulan Bintang. ]

Ruqyah dan jampi adalah satu kaedah yang telah lama diamalkan. Di Tanah Melayu ia sudah banyak dipengaruhi oleh berbagai-bagai unsur kepercayaan seperti animisme, Hindu-Buddha dan akhir sekali Islam[footnoteRef:8]. [8: Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 4. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.]

Upacara pembomohan atau pawang dalam tradisi melayu tidak dapat dipisahkan. Peninggalan dan pembudayaan amalan ini sudah menjadi satu keperluan yang tidak dapat ditinggalkan dalam tradisi melayu. Tambahan dari itu juga, perubatan melayu didasarkan kepada kepercayaan dan keyaninan para bomoh kepada agama Islam dan rukun Iman. Rukun pertama dalam rukun iman, iaitu percaya kepada Allah, menjadi tunjang kepada pendekatan dalam kehidupan bomoh dan amalan perubatan. Sesuai dengan kepercayaan ini, maka bomoh Melayu sebagai orang mukmin di dapati menggunakan al-Quran dan menyatakan bahawa segala bentuk penyakit dan kesembuhan itu datangnya dari Allah.[footnoteRef:9] [9: Haliza Mohd Riji. 2000. Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu. Hlmn 210.Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.]

Herba Dan Bahan Semula JadiPenggunaan herba dan bahan semula jadi ini, adalah amalan yang diguna pakai tidak hanya di Alam Melayu, tetapi telah digunakan oleh semua tamadun di dunia ini seperti penggunaan bahan awet mumia firaun, penggunaan garam oleh masyarakat Babilon dan sebagainya. Pengamalan kaedah urutan turut menjadi elemen yang penting dalam pengamalan pengubatan tradisional. Di samping itu juga, amalan ini menjadi salah satu teknik dalam pemulihan rawatan moden, terutama ahli fisioterapi[footnoteRef:10]. Pada asasnya, teknik ini lebih berkait kepada penyakit yang berpunca daripada saraf dan otot serta berkait juga dengan perempuan yang sudah bersalin dan penyakit angin. [10: Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Hlmn 5. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.]

Petua Dan Pantang-LarangPada umunya penjagaan kesihatan dalam tradisi Melayu adalah memberi perhatian terhadap kesihatan fizikal, mental dan spiritual. Apabila ketiga-tiga elemen ini berada dalam keadaan yang sihat, maka tubuh akan menjadi sihat. Mengikut pengamalan orang Melayu, kaedah yang diamalakan oleh masyarakat Melayu adalah memberi keutamaan dalam penjagaan kesihatan daripada mengubati penyakit[footnoteRef:11]. [11: Haliza Mohd Riji. 2000. Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu. Hlmn 105. .Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.]

Kaedah berpantang adalah satu pendekatan yang digunakan untuk mencegah daripada terkena penyakit dan mengekalkan kesihatan badan. Misalnya lelaki ataupun perempuan dilarang meneguk air semasa makan. Kaedah ini adalah untuk mengelakkan diri dari diserang penyakit dengan mudah. Tambahan daripada itu juga, kaedah ini turut digunakan sebagai memelihara keberkesanan jenis ubat yang digunakan. Orang yang memakan ubat yang panas dilarang memakan makanan yang sejuk sifatnya seperti sayuran[footnoteRef:12]. [12: Ibid, hlmn 6. ]

Tambahan daripada itu juga, keutamaan kepada penjagaan kesihatan ialah berdasarkan kepada prinsip bahawa penjagaan itu lebih mudah dilaksanakan kerana kebanyakkannya merupakan amalan ringan, boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Amalan sebegini juga tidak memerlukan tenaga yang banyak, sebaliknya untuk mengubati seseorang yang terkena penyakit khususnya penyakit kronik memerlukan masa yang lama.

BibiliografiA.Samad Ahmad. 1988. Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka. Amran Kasimin. T,t. Sakit Mantel Menurut Perubatan Melayu Tradisional. Laporan Akhir Kajian 27/88, Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Azahari Ibrahim. T,t. Ubat-Ubatan Tradisional Melayu, Doa-Doa Penawar Penyakit, Rahsia Kebaikan Surah al-Fatihah. Kota Bharu. Pustaka Reka.Dr. Yahaya Mahamood. T.t. Tingkah Laku Haiwan Sebagai Panduan Dalam Perubatan Tradisional Melayu. Laporan Penyeidikan Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Haliza Mohd Riji. 2000. Prinsip Dan Amalan Dalam Perubatan Melayu. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya. Haron Din. T.t. Konsep Perubatan Islam. Bangi. Penerbit Darussyifa. Liu. Willow J.H. 2011. Traditiional Herbal Medicine Research Methodes:Identification, Analysis, Bioassay, And Pharmaceutical And Clinical Studies.Canada. John Wiley And Sons, Inc. Muhammad Sani Harun. T,t. Petua Dan Perubatan Tradisional Melayu Amalan Turun Menurun. Selangor. Pusat Tradisional Darul Syafaat.Prof. Dr H. Aulia. 1970. Agama Dan Kesehatan Badan Dan Jiwa. Djakarta. Penerbit Bulan Bintang. JOURNALFaisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid & Nurul Wahidah binti Fauzi. 2012. Perubatan Melayu Tradisional: Kitab Tibb Pontianak. Dlm. Jurnal Al-Taubah. 7(1). 2012. 149-162.Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid & Helwana Binti Muhammad. Manuskrip Perubatan Melayu-Islam di Fatani: Ulasan Terhadap Manuskrip Kitab Tayyib al-Ihsan fi Tibb al-Insan Karya Syeikh Ahmad Al-Fatani. 110- 127. Mohd Koharuddin b Mohd Balwi. Sains Perubatan Naturalistik Melayu: Satu Kajian Awal. Dlm. Jurnal Kemanusiaan. T.t. 34-41. Mohd Farhan Md Ariffin, Khader Ahmad, Nor Izati Samsudin, Mohammad Zaim Ismail, Muhammad Ikhlas Rosele. Seni Perubatan Alternatif Di Malaysia: Analisis Permasalahan Metode Rawatan. Dlm. GJAT. 2013.Vol 2 Isu 2. 79- 90. Nurdeng Deuraseh & Hayati Lateh. Rukyah (Jampi) Dalam Perubatan Tradisional Melayu Sebagai Rawatan Penyakit, Pencegahan, Pendinding Diri Dan Harta: Kehebatan Dan Sumbangan Ilmuwan Nusantara. Dlm. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV. 2011. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pisol Bin Maidin & Mohd Nor Mamat. Daripada Falsafah Menjadi Sains: Doktrin Perubatan Melayu Dalam Kitab Bustan Al-Salatin. 2014. Perpustakaan Negara Malaysia.