penguburan perahu

1
Pengebumian Perahu ini mula diamalkan oleh masyarakat prasejarah dan berlanjutan ke zaman protosejarah diantara 1800 hingga 3000 tahun.Hal ini disebabkan perkembangan teknologi pembuatan perahu dan peranan sungai sebagai jalan perhubungan utama yang menghubungkan masyarakat pendalaman dengan masyarakat persisir pantai.Keadaan ini menjadikan pengkebumian perahu sebagai elemen utama dalam bentuk spiritual kerana ianya dianggap sebagai pengangkutan simbolik yang menghubungkan dunia nyata ke alam lain.Di Malaysia,amalan pengkebumian perahu diamalkan oleh masyarakat pesisir pantai di Kuala Selising di Perak dan Gua Niah,Sarawak.Penemuan ini membuktikan wujudnya kelas-kelas sosial dalam masyarakat yang akhirnya membentuk satu entiti bangsa yang lebih tersusun.Upacara pengebumian perahu mempunyai dua cara yang bebeza.Hal ini dapat dilihat pada masyarakat protosejarah di Kuala Selinsing Perak,iaitu dengan meketakkan mayat didalam perahu bersama-sama periuk tembikar dan barang-barang perhiasan seperti manik kaca dan batu.Kemudiannya perahu ini akan dihanyutkan di sungai.Manakala,upacara pengebumian masyarakat protosejarah di Gua Niah pula,mereka menjalankan upacara pengebumiannya dengan meletakkan mayat diatas perahu bersama barang perhiasan dan dikemudiannya disimpan didalam gua batu kapur.Mayat ini dibiarkan reput dengan begitu sahaja dan yang menariknya ialah dinding gua tersebut akan dihiasi dengan lukisan dari bahan hematite berwarna merah.Sebahagian besar lukisan yang dihasilkan didinding gua tersebut menggambarkan pengembaraan roh- roh bersama pengiringnya ke dunia akhirat.Selain itu,pengebumian perahu juga ada terdapat di Seram dan Papua Barat,diamana mengikut kepercayaannya menganggap perahu ini sebagai tempat arwah nenek moyang dalam perjalanannya ke alam barzakh.Kemudian terdapat lukisan-lukisan seperti orang berperisai dan ada juga lukisan yang menujukkan orang menari bertalian untuk upacara tertentu.Lukisan perang ini juga ditemui bersama kubur perahu ini dan dianggap sebagai peringatan bagi masyarakat dalam mempertahankan diri terhadap gangguan atu serangan dari luar

description

up

Transcript of penguburan perahu

Page 1: penguburan perahu

Pengebumian Perahu ini mula diamalkan oleh masyarakat prasejarah dan berlanjutan ke zaman protosejarah diantara 1800 hingga 3000 tahun.Hal ini disebabkan perkembangan teknologi pembuatan perahu dan peranan sungai sebagai jalan perhubungan utama yang menghubungkan masyarakat pendalaman dengan masyarakat persisir pantai.Keadaan ini menjadikan pengkebumian perahu sebagai elemen utama dalam bentuk spiritual kerana ianya dianggap sebagai pengangkutan simbolik yang menghubungkan dunia nyata ke alam lain.Di Malaysia,amalan pengkebumian perahu diamalkan oleh masyarakat pesisir pantai di Kuala Selising di Perak dan Gua Niah,Sarawak.Penemuan ini membuktikan wujudnya kelas-kelas sosial dalam masyarakat yang akhirnya membentuk satu entiti bangsa yang lebih tersusun.Upacara pengebumian perahu mempunyai dua cara yang bebeza.Hal ini dapat dilihat pada masyarakat protosejarah di Kuala Selinsing Perak,iaitu dengan meketakkan mayat didalam perahu bersama-sama periuk tembikar dan barang-barang perhiasan seperti manik kaca dan batu.Kemudiannya perahu ini akan dihanyutkan di sungai.Manakala,upacara pengebumian masyarakat protosejarah di Gua Niah pula,mereka menjalankan upacara pengebumiannya dengan meletakkan mayat diatas perahu bersama barang perhiasan dan dikemudiannya disimpan didalam gua batu kapur.Mayat ini dibiarkan reput dengan begitu sahaja dan yang menariknya ialah dinding gua tersebut akan dihiasi dengan lukisan dari bahan hematite berwarna merah.Sebahagian besar lukisan yang dihasilkan didinding gua tersebut menggambarkan pengembaraan roh-roh bersama pengiringnya ke dunia akhirat.Selain itu,pengebumian perahu juga ada terdapat di Seram dan Papua Barat,diamana mengikut kepercayaannya menganggap perahu ini sebagai tempat arwah nenek moyang dalam perjalanannya ke alam barzakh.Kemudian terdapat lukisan-lukisan seperti orang berperisai dan ada juga lukisan yang menujukkan orang menari bertalian untuk upacara tertentu.Lukisan perang ini juga ditemui bersama kubur perahu ini dan dianggap sebagai peringatan bagi masyarakat dalam mempertahankan diri terhadap gangguan atu serangan dari luar