Pengucapan Awam

13
BMW 3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU TAJUK: FORUM: DISPILIN PELAJAR: SEKOLAH HARIAN VS. SEKOLAH BERASRAMA NAMA PELAJAR NO. MATRIK MUHMMAD AZRI RAHMAN BIN ABDUL WAHAB D20141066109 KOW MEEI PIN D20141066099 NURUL EMYLIYA SYAFEEQA BINTI ABD.RASHID D20141066121 KHAIRUL NADHRAH BINTI SAZALI D20141066128 JAYANTHY A/P KRISHNAN D20141066119 KUMPULAN : X

description

forum

Transcript of Pengucapan Awam

BMW 3032WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

TAJUK:FORUM: DISPILIN PELAJAR: SEKOLAH HARIAN VS. SEKOLAH BERASRAMA

NAMA PELAJARNO. MATRIK

MUHMMAD AZRI RAHMAN BIN ABDUL WAHABD20141066109

KOW MEEI PIND20141066099

NURUL EMYLIYA SYAFEEQA BINTI ABD.RASHIDD20141066121

KHAIRUL NADHRAH BINTI SAZALID20141066128

JAYANTHY A/P KRISHNAND20141066119

KUMPULAN : XHARI / MASA KULIAH : Selasa / Khamis (2-4pm)NAMA PENGAJAR : Norzalina binti Hj NoorPENGUCAPAN AWAMTAJUK FORUM:DISIPLIN PELAJAR: SEKOLAH HARIAN VS SEKOLAH BERASRAMA

PENGERUSI MAJLIS:MUHAMMAD AZRI RAHMAN BIN ABDUL WAHAB (D20141066109)

PANEL 1:KOW MEEI PIN (D20141066099)-GURU DISIPLIN SMK TANJUNG MALIM

PANEL 2:NURUL EMYLIYA SYAFEEQA BINTI ABD. RASHID (D20141066121)-WARDEN ASRAMA MRSM BATU PAHAT

PANEL 3:KHAIRUL NADHRAH BINTI SAZALI (D20141066128)-BEKAS PELAJAR SEKOLAH HARIAN DAN SEKOLAH BERASRAMA

PANEL 4:JAYANTHY A/P KRISHNAN (D20141066119)-IBU KEPADA 2 ORANG ANAK

PENGERUSI MAJLIS: Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara.Assalammualaikum, Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia, dan Salam Perak Aman Jaya saya ucapkan kepada para hadirin yang dihormati sekalian. Pada petang ini kami akan membincangkan sebuah tajuk yang sangat menarik iaitu DISIPLIN PELAJAR: SEKOLAH HARIAN VS SEKOLAH BERASRAMA tetapi sebelum itu saya dengan sukacitanya ingin memperkenalkan para panel yang akan bersama-sama membincangkan isu ini sehingga ke akhir forum ini nanti kerana bak kata pepatah tak kenal, maka tak cinta. Baiklah mari saya memperkenalkan panel kita yang pertama iaitu Cik Kow Meei Pin, seorang guru disiplin di SMK Tanjung Malim. Seterusnya, panel kita yang kedua, Cik Nurul Emyliya Shafeeqa, selaku warden asrama MRSM Batu Pahat. Panel kita yang ketiga ialah saudari Khairul Nadhrah merupakan bekas pelajar sekolah yang pernah belajar di sekolah harian dan juga sekolah berasrama. Akhir sekali, Puan Jayanthy, seorang ibu yang mempunyai dua cahaya mata. Sebelum kita memulakan perbincangan kita, saya ingin bertanyakan kepada para hadirin yang dihormati sekalian. Apakah itu disiplin ?. Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari dengan kehendak agama, norma-norma masyarakat, dan undang-undang sesebuah negara. Baiklah, kita teruskan perbincangan kita, dengan persoalan pertama kepada panel kita yang pertama iaitu Cik Kow Meei Pin. Berdasarkan pandangan cik selaku guru disiplin, apakah faktor yang menyebabkan masalah disiplin pelajar di sekolah harian ?. Dipersilakan.

PANEL 1: Terima kasih kepada saudara pengerusi. Selamat petang dan selamat sejahtera kepada semua hadirian. Pada pendapat saya, antara faktor masalah disiplin pelajar di sekolah harian adalah pengaruh ibu bapa. Kebanyakan pelajar yang mempunyai masalah tersebut adalah disebabkan faktor keruntuhan institusi kekeluargaan. Majoriti mereka datang dari keluarga yang bermasalah dan tidak bahagia, serta pertelingkahan yang berlaku di antara ibu bapa menyebabkan kebajikan anak-anak diabaikan. Kesibukan ibu bapa telah menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab utama mereka terhadap anak mereka. Mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak mereka untuk berkongsi masalah, berbual, mengambil tahu tentang perkembangan anak mereka di sekolah. Oleh itu, pelajar akan melakukan perlakuan yang negatif untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa.Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor masalah disiplin pelajar berlaku. Pelajar tersebut mempunyai pendirian yang lemah menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh rakan rakan yang negatif. Kebiasaannya, pelajar akan mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh rakan sebaya mereka tanpa berfikir. Contohnya, meraka akan menyertai kongsi gelap atau geng kaki buli. Hal ini menyebabkan kes buli berlaku di sekolah disebabkan pengaruh yang kurang baik di samping ingin menunjukkan kehebatan dan kekuatan mereka di depan orang lain.Seterusnya, pengaruh dari persekitaran juga adalah salah satu faktor masalah disiplin pelajar di sekolah harian. Pada masa kini, terdapat banyak hiburan yang boleh dilakukan oleh pelajar di sekolah harian selepas persekolah sepertaktiviti i hiburan dari televisyen dan internet, karaoke, menonton wayang dan lainlain lagi. Hiburan yang melampau ini boleh membawa kepada salah laku yang lebih serius seperti amalan seks bebas dan penyalahgunaan dadah. Terdapat banyak rancangan realiti TV pada masa kini yang berkonsepkan hiburan dan menyimpang jauh dari sudut ilmiah.Akhirnya,sekarang didikan agama juga merupakan antara faktor masalah disiplin berlaku. Pelajar yang mempunyai pengetahuan agama yang kurang menyebabkan mereka sukar membezakan antara perkara baik atau buruk. Tidak memikirkan sebab dan akibat serta yang akan dialami oleh mereka. Perkara sekolah harian hanya mempelajari pelajaran agama dan moral hanya di dalam kelas tetapi diaplikasikan di luar kelas berbeza dengan sekolah asrama yang mempunyai peraturan diikuti.Kesimpulannya, pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, persekitaran dan kurang didikan agama merupakan faktor masalah disiplin pelajar masa kini.Sekian terima kasih.

PENGERUSI MAJLIS: Terima kasih kepada Cik Kow Meei Pin. Satu pandangan yang sungguh jelas, baiklah seterusnya kita beralih pula ke panel kita yang kedua iaitu Cik Emyliya, pada pendapat cik, apakah pula faktor yang menyebabkan masalah disiplin pelajar di sekolah berasrama ?. Dipersilakan.

PANEL 2: Terima kasih Pengerusi Majlis. Assalamualaikum w.b.t dan selamat petang kepada hadirin sekalian. Baiklah, bagi menjawab soalan pengerusi majlis kita yang segak bergaya pada hari ini, pada pendapat saya sebagai seorang warden, faktor masalah disiplin pelajar asrama yang paling utama adalah kerana para pelajar jauh daripada pemantauan ibu bapa. Jauh daripada pemantauan ibu bapa di sini bermaksud mereka meluangkan lebih masa bersama rakan kerana warden tidak boleh menjaga mereka dua puluh empat jam seperti ibu bapa menjaga mereka di rumah. Oleh yang demikian, sekiranya mereka bersama rakan-rakan sepanjang masa, pengaruh antara rakan sebaya memang kuat dan tidak dapat di kawal. Contohnya, pada waktu malam semasa mereka sedang mengulangkaji pelajaran atau berborak, jika salah seorang daripada mereka mengajak untuk melanggar peraturan seperti keluar dari pada asrama atau memecah masuk koperasi, rakan yang lain akan mudah terpengaruh dengan ajakan rakan tersebut. Selain itu, para pelajar mula memasuki asrama seawal umur 13 tahun tetapi ada juga yang masuk ketika berumur 16 tahun iaitu lepasan PMR di mana usia mereka masih mentah, mudah terpengaruh dan sedang dalam proses membesar. Jika umur mereka masih mentah dan senang terpengaruh maka masalah disiplin senang terjadi. Faktor yang lain, para pelajar berasa kurang bebas dan terikat dengan undang-undang asrama yang ketat. Contohnya, para pelajar dikehendaki mengosongkan asrama untuk bersarapan dan bergerak ke perhimpunan pagi seawal jam 6.15 pagi dan sekiranya lewat mereka akan dikenakan denda seperti rotan, ketuk ketampi dan sebagainya. Contoh yang lain pula, mereka dikehendaki ke prep pada waktu petang dan malam dimana petang pada jam 3-5 petang dan malam pada jam 9-11 malam. Hal ini berkemungkinan membuatkan para pelajar berasa terkongkong dan ingin memberontak kerana jadual yang agak padat dan ketat. Baiklah, saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun. Bangun pagi pergi ke pasar,Ke pasar untuk membeli majalah,Datang ke sekolah untuk belajar,Bukan untuk membuat masalah.Sekian, terima kasih.

PENGERUSI MAJLIS: Terima kasih kepada panel kita yang kedua. Seterusnya, kita bertanyakan pula pendapat panel kita yang ketiga, berdasarkan pengalaman anda, apakah perbezaan di antara sekolah harian dan sekolah berasrama ?. Dipersilakan.

PANEL 3: Terima kasih saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua hadirin yang hadir pada hari ini. Baiklah, saya akan menceritakan pengalaman yang saya rasai. Perbezaan yang dapat saya rasai apabila berada di sekolah asrama ialah masa yang saya gunakan lebih berkualiti dan mempunyai jadual harian yang lebih tersusun. Ini kerana, di asrama terdapat waktu prep iaitu waktu untuk mengulangkaji pelajaran dan juga waktu membuat latihan yang diberi oleh guru. Waktu prep dilakukan selepas waktu p&p dan juga pada waktu malam. Selain itu, pelajar juga diwajibkan untuk turun beriadah setiap petang. Sekolah asrama juga mewajibkan semua pelajar Islam untuk solat berjemaah di surau pada waktu subuh dan maghrib. Berbeza dengan semasa saya bersekolah di sekolah harian yang saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu mengurus masa dengan baik. Ini kerana terlampau banyak hiburan yang mengganggu seperti televisyen, telefon bimibit, internet dan sebagainya. Masa saya lebih banyak terbuang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Selain itu, perbezaan yang dapat saya ceritakan dari segi disiplin pelajar contohnya kes buli pula, di sekolah harian langsung tidak timbul perkara ini terhadap diri saya. Berbeza pula dengan apabila saya bersekolah di sekolah asrama pada tingkatan 4. Pelajar perempuan tingkatan 5 telah membuat peraturan-peraturan yang sangat pelik seperti tidak boleh bercakap atau memandang pelajar lelaki tingkatan 5 dan juga tidak boleh lalu di tempat- tempat tertentu. Jika salah seorang daripada kami telah melanggar peraturan tersebut, kami akan dikumpulkan pada pukul 2 atau 3 pagi untuk dimarahi manakala pelajar yang telah melanggar peraturan tersebut dimaki dan diludah oleh mereka. Perkara ini tidak dibawa ke pihak atasan dan tidak diambil tindakan kerana tiada siapa yang berani untuk mengadu kepada guru yang bertugas. Itu sahaja lah pengalaman yang dapat saya ceritakan pada hari ini. Sekian, terima kasih.PENGERUSI MAJLIS: Terima kasih kepada Cik Nadhrah kerana telah pun berkongsikan pengalaman anda. Seterusnya kita bersama pula dengan panel kita yang keempat iaitu Puan Jayanthi, sebagai seorang ibu, di antara sekolah berasrama dan sekolah harian, yang mana satukah sekolah yang anda pilih untuk anak anda bersekolah? Dipersilakan.

PANEL 4: Terima kasih kepada kepada Tuan Pengerusi majlis, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Apa khabar para hadirin sekalian ?. Tanpa melengahkan masa, saya akan menjawab soalan tuan pengerusi majlis tadi. Saya sebagai ibu, saya akan menghantar anak saya ke sekolah harian. Hal ini kerana sekiranya saya menghantar anak saya ke sekolah harian, maka dia akan berada di bawah pemerhatian saya. Oleh itu, saya dapat mengesan setiap pergerakan anak saya dari semasa ke semasa dan sebaliknya. Sekiranya, saya menghantar anak saya ke sekolah berasrama maka dia tidak akan berada di bawah pemerhatian saya dan peluang untuk terpengaruh dengan rakan sebaya adalah tinggi. Hal ini demikian kerana anak saya akan berjauhan dari keluarga, dan rakan adalah segala-gala baginya. Maka, dia mudah untuk terpengaruh dengan rakan sebayanya. Selain itu, bunuh diri dan terpengaruh dengan gejala negatif sering berlaku dalam kalangan pelajar kerana salah satu puncanya ialah tekanan dari segi pembelajaran, bagi mengelakkan senario ini berlaku, saya akan menghantar anak saya ke sekolah harian agar saya dapat mendampingi anak saya ketika dia mengalami masalah atau tekanan. Kesimpulannya, sekolah harian adalah pilihan utama saya untuk menghantar anak ke sekolah tersebut.

PENGERUSI MAJLIS: Terima kasih saya ucapkan kepada keempat-empat panel kita yang sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita.Kesimpulannya, sekolah berasrama dan sekolah harian mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing tetapi ia berkongsi faktor masalah disiplin utama yang sama iaitu peranan ibu bapa. Hal ini kerana tanggungjawab ibu bapa sangat penting kepada pelajar tidak kiralah di sekolah berasrama mahupun sekolah harian. Selain itu, sekolah berasrama juga agak tidak relevan pada masa kini kerana terdapat pelbagai kes atau masalah disiplin yang ditemui seperti buli ragging dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa sekarang lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke sekolah harian supaya memudahkan mereka untuk memantau anak mereka. Tepuklah dahi bukalah minda. Terimalah serangkap pantun dari saya:Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita,Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalamOrang putih,orang Pakistan,Terima kasih, syukur jazilan.Wabillah hitaufiq walhidayahAssalammualaikum w.b.t