PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI,...

20
Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 1 PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB- MAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Mohd Abdoh Bin Haji Awang Damiat Ketua Unit Kli, Jabatan pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Brunei Darussalam Abstrak: Permainan gulintangan adalah merupakan kesenian yang berbentuk “Gongs Ensemble” yang diwarisi dari Kurun ke-13 (Awang, 21: 1978). Kesenian ini adalah merupakan hak keistimewaan dan kuasa atau pengaruh kaum bangsawan dan puak Sakai (Juned, 3: 1998). Cara pengajaran yang dilakuanakan adalah cara langsung (“rote learning”). Sehingga pada tahun 1980’ an terdapat kekurangan guru dan pakar permainan gulintangan. Memandankan kekurangna pakar dan pemuzik gulintangan serta keperluan yang tinggi terhadap permainan ini kegiatan kenegaraan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum memulakan projek memperkenalkan latihan dan kajian untuk meramaikan pemuzik gulintangan serta menyebarluaskan permainan ini.

description

PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGANDISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB:PERANAN UNIT AKLI, JABATANKOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN,NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Transcript of PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI,...

Page 1: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 1

PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN

DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-

MAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN

KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Mohd Abdoh Bin Haji Awang Damiat Ketua Unit Kli,

Jabatan pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Brunei Darussalam

Abstrak: Permainan gulintangan adalah merupakan kesenian yang berbentuk “Gongs Ensemble” yang diwarisi dari Kurun ke-13 (Awang, 21: 1978). Kesenian ini adalah merupakan hak keistimewaan dan kuasa atau pengaruh kaum bangsawan dan puak Sakai (Juned, 3: 1998). Cara pengajaran yang dilakuanakan adalah cara langsung (“rote learning”). Sehingga pada tahun 1980’ an terdapat kekurangan guru dan pakar permainan gulintangan. Memandankan kekurangna pakar dan pemuzik gulintangan serta keperluan yang tinggi terhadap permainan ini kegiatan kenegaraan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum memulakan projek memperkenalkan latihan dan kajian untuk meramaikan pemuzik gulintangan serta menyebarluaskan permainan ini.

Page 2: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 2

PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA

BRUNEI DARUSSALAM.

Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit Ketua Unit Akli

Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan

Pendahuluan.........................................................................................................2 Sejarah Perkembangan Permainan Gulintangan Disekolah-sekolah. ..................3 Peranan Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum. ...........................................3

Teknikal. ............................................................................................................4 Logistik. .............................................................................................................5

Perkembangan......................................................................................................6 Penekanan persembahan kepada lagu wajib....................................................6 Instrumentasi bagi Lagu Pilihan. .......................................................................7 Penyelarasan Pukulan dan Bunyi Lagu-Lagu Gulintangan. ..............................7

Hasil......................................................................................................................8 Cabaran. ...............................................................................................................8 Hala-tuju. ..............................................................................................................9 Penutup. .............................................................................................................10 Bibliografi. ...........................................................................................................10 Lampiran 1..........................................................................................................11 Lampiran 2..........................................................................................................12 Lampiran 3..........................................................................................................13 Lampiran 4..........................................................................................................14 Lampiran 5..........................................................................................................18

Pendahuluan.

Permainan gulintangan adalah merupakan kesenian yang berbentuk “Gongs

Ensemble” yang diwarisi dari Kurun ke-13 (Awang, 21: 1978). Kesenian ini

adalah merupakan hak keistimewaan dan kuasa atau pengaruh kaum

bangsawan dan puak Sakait (Juned, 3: 1998). Cara pengajaran yang

dilaksanakan adalah cara langsung (“rote learning”). Sehingga pada tahun

1980’an, terdapat kekurangan guru dan pakar permainan gulintangan manakala

keperluan bagi pasukan gulintangan adalah tinggi, Disebabkan keperluan inilah

Page 3: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 3

maka Jabatan Pendidikan Kokurikulum memulakan projek memperkenalkan

latihan dan membuat kajian bagi meramaikan pemuzik gulintangan, dengan

memulakannya diperingkat sekolah-sekolah.

Sejarah Perkembangan Permainan Gulintangan

Disekolah-sekolah.

Pada tahun 1993, satu kertas kerja perlaksanaan permainan gulintangan

disekolah-sekolah telah dirangka dan dihadapakn kepada Kementerian

Pendidikan. Setelah mendapat kelulusan dan diperuntukan bagi perlaksanaan

pun diperolehi, satu kursus bagi guru-guru mewakili semua sekolah menengah

dan maktab-maktab telah diadakan pada tahun 1994. Pada tahun yang sama

juga satu pasukan gulintangan guru-guru juga telah ditubuhkan bagi memenuhi

undangan acara-acaa kenegaraan termasuk acara Kementerian Pendidikan.

Pada tahun 1995, Pertandingan Gulintangan Sekolah-Sekolah Menengah dan

Maktab-maktab telah diadakan, dimana penyertaan ialah sebanyak 7 buah

pasukan. Tahun demi tahun Pertandingan in diadakan dan telah enarik ramai

penyertaan dari sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab. Mulai dari

tahun 1996, pasukan yang telah ditubuhkan disekolah-sekolah juga didedahkan

dengan acara kenegaraan dan acara sekolah.

Peranan Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum merangkumi tugas-tugas memantau,

menyelenggara, melaksanakan dan menilai kegiatan-kegiatan yang berbentuk

Page 4: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 4

kesenian, kebudayaan, akademik dan pasukan beruniform. Unit ini bertugas

dalam empat bidang tugas utama iaitu

1. selaku pelaksana kegiatan dan pertandingan diperingkat daerah dan

negara,

2. melaksanakan program latihan dan perkembangan kepada penuntut dan

guru-guru,

3. mengekalkan dan berkerjasama dengan agensi lain dari Jabatan dalam

kegiatan yang serupa serta

4. membuat penyelidikan bagi perlaksanaan dan pembaikan kegiatan luar

sekolah-sekolah.

Teknikal.

Bagi kegiatan permainan gulintangan, penyelidikan awal telah dilaksanakan oleh

pegawai-pegawai Unit Akli dengan kerjsama Bahagian Budaya, Kementeiran

Kebudayaan, Belia dan Sukan. Penyelidikan awal ini berkisar tentang

perlaksanaan kesenian ini dan kaedah untuk perlaksanaan. Dalam kertas kerja

tersebut dicadangkan agar kesenian ini dibuat dalam bentuk pertandingan bagi

menarik minat penuntut mempelajari disamping menanamkan sifat perlu dalam

mempelajari kesenian ini atas alas an mencari kemenangan.

Kertas kerja tersebut juga menggariskan kaedah penghakiman dan elemen yang

perlu untuk dihakimkan, sehingga dipersyaratkan agar setiap pasukan

dikehendaki membawa dua buah lagu, satu lagu wajib dan satu lagu pilihan.

Lagu wajib adalah terdiri dari lagu-lagu gulintangan yang khusus dimainkan bagi

mengiringi keberangkatan atau permainan silat dan kuntau. Lagu pilihan pula

adlah merupakan lagu-lagu kreatif yang boleh diadunkan dengan instrument

Page 5: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 5

etnik yang lain seperti gambus, umpong, sedaman, dan intrumen moden seperti

akordion dan biola.

Dalam kertas-kerja tersebut juga dicadangkan agar kursus bagi guru-guru dalam

permainan ini diadakan bagi memperkenalkannya kepada guru-guru.

Logistik.

Berdasarkan kepada cadangan dalam kertas kerja berkenaan, peruntukan

kewangan telah diluluskan pada tahun 1995 bagi program berkenaan dan

langkah pertama bagi membekalkan peralatan tersebut kepada sekolah-sekolah

menengah dan maktab-maktab. Pembekalan dilakukan secara berperingkat-

peringkat dan Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum terlibat secara

langsung dalam perlaksanaan pembelian dan pembekalan. Pada tahun-tahun

permulaan, set gulintangan hanya dijadikan sebagai hadiah kepada pasukan

yang menang dalam pertandingan berkenaan, sehinggalah pada tahun 1999,

Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum membekalkan sebanyak 4 set

setahun kepada 4 buah sekolah menengah dan maktab-maktab.

Peruntukan kewangan juga diperolehi bagi melaksanakan Pertandingan

Gulintangan Sekolah-Sekolah dan Maktab-Maktab Peringkat Negara.

Peruntukan ini adalah bagi membiayai kos perbelanjaan bagi mengadkan

pertandingan berkenaan, termasuk perjamuan dan hadiah-hadiah.

Page 6: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 6

Perkembangan.

Dalam 11 tahun pertandingan tersebut dilaksanakan, terdapat beberapa

pembaharuan dalam kesenian ini yang terbit dari kreativiti guru-guru dan

penuntut-penuntut. Dalam masa yang sama juga, beberapa peraturan telah

dikemaskinikan dan diubahsuai bagi memenuhi kehendak semasa.

Penekanan persembahan kepada lagu wajib.

Dalam dua tahun pertama, sekolah-sekolah lebih menupukan kepada lagu

pilihan, dimana masa yang diperuntukkan adalah lebih kepada lagu kedua.

Penyampaian lagu wajib (lagu gulintangan) kurang berkesan dan ini boleh

ditafsirkan sebagai kurangnya ilmu dan kefahaman tentang lagu wajib. Hanya

ada dua pilihan sahaja yang dipersembahkan sedangkan lagu gulintangan

Brunei yang masih ada berjumlah lebih dari 10 buah.

Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Unit Akli telah mengadakan satu

bengkel bagi menghalusi permainan gulintangan ini kepada guru-guru dan

penekanan pada bengkel tersebut ialah mengenai lagu-lagu wajib. Pada masa

yang sama, satu penyelidikan telah dibuat bagi mendokumentasikan lagu-lagu

gulintangan berkenaan agar ianya mudah dipelajarai. Penulis juga pada waktu

tersebut membuat penyelidikan tentang metodologi pengajaran gulintangan

kepada penuntut-penuntut.

Page 7: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 7

Instrumentasi bagi Lagu Pilihan.

Pada tahun 2000 dan 2001, instrumen moden seperti Gitar Bass, Keyboards dan

Drums dibenarkan untuk dimainkan dalam kumpulan gulintangan.

Walaubagaimanapun, terdapat kepincangan dalam penambahan tersebut,

dimana pasukan-pasukan yang menyertai kebanyakannya memberi banyak

penekanan terhadap instrument tersebut sehingga peranan instrument

gulintangan tidak dititik beratkan.

Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada tahun 2002, mengambil inisiatif

bagi untuk membuat perubahan kepada syarat-syarat pertandingan dimana

peranan gulintangan perlu dititik beratkan. Instrumentasi juga telah

dikemaskinikan dengan hanya membenarkan instrument akustik dan tradisional

sahaja (termasuk akordion dan biola).

Penyelarasan Pukulan dan Bunyi Lagu-Lagu Gulintangan.

Disebabkan oleh banyak pembaharuan dalam permainan gulintangan sehingga

kurang penekanan terhadap keaslian pukulan, terutama sekali Lagu Wajib, maka

Unit Akli sekali lagi membuat perubahan dan tambahan kepada syarat-syarat

pertandingan pada tahun 2004. Ini berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh

penulis mengenai permainan lagu-lagu gulintangan (Ayasan, Kudidi, Gabungkuk,

Serirama, Gandang Parang dan Gandang Sakai).

Garispandu Memainkan Lagu Gulintangan (Lagu Wajib) yang diterbitkan oleh

Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum. Garispandu tersebut menghuraikan

instrumentasi bagi setiap lagu dan tatacara memulakan dan menutup permainan.

Peerbitan garispandu ii juga adalah perlu bagi meng”kuantifikasi” pemarkahan

Page 8: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 8

yang dulunya agak subjektif. Penulis juga telah memberikan nama

(“nomenclature”) bagi pola ritma yang terdapat didalam permainan gulintangan.

Hasil.

Kesenian gulintangan ini sejak diperkenalkan sebelas tahun lalu telah

membuahkan hasil yang positif kepada sekolah-sekolah menengah dan maktab-

maktab, dimana ia jelas menampakkan peningkatan dari jumlah pemain

gulintangan dapat diperolehi. Terdapat juga peningkatan dari jumlah sekolah

yang mempunyai pasukan gulintangan mereka sendiri serta peningkatan dari

segi keperluan persembahan

Sehingga kini, segala keperluan untuk persembahan gulintangan baik di

peringkat kampong, mukim, sekolah, daerah, negara dan antarabangsa dapat

dipenuhi. Peningkatan dari segi kualiti permainan juga dapat dirasa dimana

kumpulan gulintangan sekarang ini semakin kompetitif dan menjurus kearah

profesionalisme. Terdapat juga beberapa kumpulan yang bergabung dengan

“Production House” bagi memenuhi acara keraian dan persembahan bagi aktiviti

pelancungan dan sebagainya.

Cabaran.

Cabaran utama bagi mana-mana pasukan gulintangan ialah dalam memperolehi

instrument gulintangan. Pembuatan gulintangan tradisional Brunei sudah pupus

kerana tidak ada pewaris pembuatan industri tersebut yang aktif. Instrumen

gulintangan hanya diperolehi dari Indonesia dan menggunakan skel C major.

Page 9: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 9

Cabaran kedua pula ialah penerimaan dan penilaian masyarakat terhadap

pemuzik gulintangan dan tradisional. Penilaian terhadap pemuzik gulintangan

adalah ditahap permulaan kerana masyarakat belum dapat menilai

profesionalisme pemuzik gulintangan. Ini terbukti dengan jumlah pembayaran

yang sedikit diterima berbanding dengan kumpulan rock, jazz dan pop yang lain.

Berdasarkan kepada pembayaran yang minima ini juga beberapa kumpulan

gulintangan hanya aktif di hari-hari perayaan dan hanya memenuhi undangan

orang-orang tertentu sahaja.

Hala-tuju.

Pada tahun 2005 ini, satu cadangan bagi meluaskan skop pasukan gulintangan

disekolah-sekolah telah dibuat dan proses penubuhan sebuah Orkestra

Gulintangan dibawah Pusat Perkembangan Kesenian. Orkestra Gulintangan ini

akan enjadi satu wadah bagi Kemetnerian Pendidikan khususnya dan Negara

amnya. Ia diharpakan akan menjadi sati kumpulan kesenian yang dapat

mengangkat martabat kesenian gulintangan dan seterusnya menjadikan

penyelidikan dan perkembangan muzik ini ketahap yang lebih mencabar.

Orkestra Gulintangan akan menghimpunkan pemuzik terbaik dari sekolah-

sekolah untuk diajar secara teratur teori dan praktikal muzik dan seterusnya

didedahkan dengan ilmu seni pertunjukan. Penubuhan Orkestra Gulintangan ini

juga akan menjadi batu loncatan bagi penuntut yang berminat dalam kesenian

dan muzik untuk meneruskan karier mereka dalam muzik.

Page 10: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 10

Penutup.

Strategi perlaksanaan kesenian gulintangan untuk sekolah-sekolah menengah

dan maktab-maktab terbukti berkesan dan merealisasikan matlamat yang telah

digariskan. Menanai cabaran-cabaran yang mendatang serta memfokus kearah

hala tuju adalah merupakan strategi seterusnya dalammendukung wawasan

Dasar Kebudayaan Negara, seterusnya untuk memastikan survival kesenian ini

dimasa akan datang.

Bibliografi.

Awang, Ahmad., Alai Sekap, Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 1978.

Juned, Haji Ramli, “Muzik Tradisi Brunei” – Satu Pengenalan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kertas Kerja dalam Bengkel Budaya, 1998.

Mohd Amin, Haji Sirat, “Dasar Kebudayaan Negara” – Gerakan dan Pelaksanaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kertas Kerja dalam Bengkel Budaya, 1998.

Mohd Abdoh, Haji Awang Damit, ”The Arts and Culture Management in Education” – Brunei Darussalam’s Perspective, SEAMEO-SPAFA, Kertas Kerja dalam Seminar mengenai Pengurusan Seni dan Budaya, 1999.

Mohd Abdoh, Haji Awang Damit, “Metodologi Pengajaran Gulintangan kepada Penuntut-Penuntut, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kertas Kerja dalam Bengkel Permainan Gulintagnan bagi Sekolah-Sekolah, 2002.

Mohd Abdoh, Haji Awang Damit, “Menjadi Guru Pengawas Pasukan Gulintangan” – Satu Pengalaman, Jabatan PEndidikan Kokurikulum, 2003.

Mohd Abdoh, Haji Awang Damit, “Garispandu Memainkan Lagu Gulintangan (Lagu Wajib), Jabatan Pendidikan Kokurikulum, 2005.

Page 11: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 11

Lampiran 1.

TUJUAN.

� Mewujudkan pelajar-pelajar yang berkebolehan dan berwibawa dalam mendukung nilai-nilai kebudayaan Brunei.

� Membentuk pelajar-pelajar berdisiplin seperti ketaatan dan keyakinan

kepada diri sendiri samada semasa dalam latihan persembahan atau pertandingan.

� Untuk memberikan peluang yang luas kepada pelajar-pelajar untuk

menikmati irama seni pusaka lama yang berunsurkan keBruneian.

� Untuk mewujudkan daya kreativiti pelajar dalam mengadun permainan alatan musik tradisional dan moden yang berbentuk ‘contemporary’

MATLAMAT.

� Untuk membentuk dan menyediakan kumpulan gulintangan tanah air yang bermutu tinggi bagi keperluan semasa samada di dalam negeri atau di luar negeri.

� Untuk memberikan peluang yang luas kepada para pelajar untuk

berinteraksi dan bergaul dalam suasana yang harmoni bagi melahirkan sifat dan peribadi yang murni, tolong menolong, bertolak ansur dan bersefahaman.

Page 12: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 12

Lampiran 2.

KRITERIA PENGHAKIMAN

BIL PERKARA [LAGU WAJIB]

MARKAH

1 Tempo 25

2 Keaslian lagu 20

3 Pukulan Harmoni 15

JUMLAH 60

BIL PERKARA [LAGU PILIHAN]

MARKAH

1 Penggubahan 10

2 Tempo 10

3 Pukulan Harmoni 10

JUMLAH 30

Penampilan, Tertib dan pakaian 10

JUMLAH KESELUHAN MARKAH 100

Jika Terdapat Persamaan Markah:

• Markah Tertinggi lagu wajib menjadi pemenang atau

• Markah tertinggi tempo menjadi pemenang atau

• Mengikut susunan criteria perkara permarkahan di atas

Page 13: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 13

Lampiran 3.

TUAN RUMAH DAN PEMENANG PERTANDINGAN GULINGTANGAN ANTARA SEKOLAH - SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTAB-MAKTAB

SENEGARA TAHUN 1995-2005

TAHUN PENYELENGGARA JOHAN NAIB JOHAN TEMPAT KETIGA

1995 Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri

Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Sekolah Menengah Awang Semaun, Lumapas

1996 Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Maktab Omar Ali Saifuddien, BSB

1997 Maktab Omar Ali Saifuddien, BSB

Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri

Maktab Omar Ali Saifuddien, BSB

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

1998 Sekolah Menengah Berakas

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Maktab Omar Ali Saifuddien, BSB

Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri

1999 Sekolah Menengah PAP Hajjah Masna, Lambak Kanan

Sekolah Menengah PAP Hajjah Masna, Lambak Kanan

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri

2000 Sekolah Menengah Sayyidina Hussain, Jerudong

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri

Sekolah Menengah Sayyidina Hussain, Jerudong

2001 Sekolah Menengah PIHM Serasa, Muara

Sekolah Menengah PIHM Serasa, Muara

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Sekolah Menengah Berakas

2002 Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Jalan Muara

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Sekolah Menengah PAP Hajjah Masna, Lambak Kanan

Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri

2003 Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, BSB

Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, BSB

Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Jalan Muara

Sekolah Menengah PIHM Serasa, Muara

2004 Sekolah Beribi Telanai Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Sekolah Menengah Sultan Jamalul Alam, BSB

Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, BSB

2005 Sekolah Menengah Sayyidina Hassan

Sekolah Menengah Sayyidina Hassan

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan

Sekolah Menengah PIHM Serasa, Muara

Page 14: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 14

Lampiran 4.

GARISPANDU MEMAINKAN LAGU

GULINTANGAN (LAGU WAJIB)

Edisi Pertama

25 MEI, 2004

DISEDIAKAN OLEH

UNIT KEGIATAN AKLI,

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN.

Senarai lagu dan garispandu didalam memainkan lagu gulintangan

dalam kertas ini adalah sebagai panduan bagi Perlaksanaan

Peraduan Gulingtangan Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-

Maktab, Peringkat Negara anjuran Jabatan Pendidikan

Kokurikulum. Garispandu ini digunakan bagi tujuan penghakiman

dan persediaan pasukan yang akan menyertai peraduan ini. Lagu-

lagu gulintangan yang ada didalam garispandu ini adalah tidak

terhad.

Page 15: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 15

GARISPANDU MEMAINKAN LAGU GULINTANGAN (LAGU WAJIB)

1. Kudidi / Seirama a. Instrumentasi 2 gendang labik dimainkan menggunakan lidi

1 gong dua bandingan 1 canang tiga 2 tawak-tawak [ imam & tingkah ] 1 canang satu 1 gulintangan

b. Urutan permulaan [asli ] Gendang labik imam

Gendang labik tingkah Intro gulitangan Gong, tawak-tawak, canang tiga, canang satu [ serentak ] c. Urutan permulaan [ kreatif ]

Gendang labik imam Gendang labik tingkah Gong, tawak-tawak, canang tiga, canang satu [ mengikut selera penyusun satu persatu atau serentak ]

d. Penutup Gulitangan memainkan irama penutup Gendang labik tingkah main gendang imam [ serentak ]

2. Gabungkuk a. Instrumentasi 2 gendang labik – imam [ tangan ] _ tingkah [ lidi ] 1 gong dua bandingan 1 canang Satu 2 tawak-tawak [ imam & tingkah ] 1 gulitangan [ bagi tujuan pertandingan, dibenarkan menggunakan canang tiga – pilihan pasukan ] b. Urutan permulaan gong dua bandingan canang Satu gendang imam [ intro ] gulitangan, tawak-tawak, gendang [ tingkah ] - serentak c. Penutup

Semua instrumen semakin perlahan [ fade-out ]

Page 16: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 16

3. Ayasan a. Instrumentasi 2 gendang labik [ menggunakan tangan ] 1 gong dua bandingan 1 canang Satu 2 tawak-tawak [ imam & tingkah ] 1 canang tiga 1 gulintangan b. Urutan permulaan [ asli ]

1 canang Satu gendang imam gendang tingkah gulintangan gong, tawak-tawak, canang tiga [ serentak ]

c. Urutan permulaan [ kreatif ] Canang Satu Gendang imam Gendang tingkah Gong, tawak-tawak, canang tiga [ menurut susunan atau serentak ] Gulintangan

d. Penutup Gulitangan memainkan irama penutup

4. Gelombang Berteduh a. Instrumentasi 2 gendang labik _ imam [ lidi ] _ tingkah [ tangan ] 1 gong dua bandingan 1 canang Satu 2 tawak-tawak [ imam & tingkah ] 1 canang tiga 1 gulintangan b. Urutan permulaan [ asli ]

gendang labik imam gendang labik tingkah intro gulintangan gong, tawak-tawak, canang tiga , canang satu [ serentak ]

Page 17: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 17

c. Urutan permulaan [ kreatif ] Gendang labik imam Gendang labik tingkah Gong, tawak-tawak, canang tiga, canang satu mengikut selera penyusun satu persatu atau serentak ]

d. Penutup Gulitangan memainkan irama penutup Pecahan Pola Ritma [ Rhythmic Pattern ] dalam Lagu Gulintangan

A. Pembukaan B. Bunga naik

C. Bunga turun

D. Bunga pemanis naik

E. Bunga pemanis turun

F. Penutup

Dinamika [ Dynamics ] dalam Lagu Gulintangan

i. Hujan belari = a. mf / p b. p / mf Disediakan oleh:- Awang Mohd Abdoh Haji Awang Damit Penyelaras Akli Merangkap ICT, Jabatan Pendidikan Kokurikulum. 2004

Page 18: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 18

Lampiran 5.

PUSAT PERKEMBANGAN SENI,

JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM.

Rasional.

Dengan adanya sokongan Kementerian Pendidikan mengenai program muzik dan

pendidikan seni, maka satu pusat perkembangan seni akan dikendalikan oleh

Unit Akli. Pusat Perkembangan Seni, Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan

dijadikan sebagai wadah untuk berkarya dan menimba ilmu pengetahuan bagi

penuntut dan guru-guru bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang kesenian.

Tujuan.

1. Latihan bagi penuntut dan guru-guru untuk berkarya.

2. Penyimpanan peralatan degnan selamat dan teratur.

3. Pengajaran Muzik, Seni Lukis, Drama dan Tarian Brunei asli.

4. Pusat Rujukan dan maklumat kegiatan kesenian bagi sekolah-sekolah.

Strategi Perlaksanaan.

1. Menubuhkan orkestra gulintangan.

2. Kelab kesenian guru-guru.

Page 19: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 19

3. Pancaragam Sekolah.

4. Tarian dan Drama untuk Sekolah-Sekolah Menengah.

Orkestra gulintangan.

Orkestra gulintangan akan mempunyai komponen berikut;

1. Kumpulan gulintangan: mengandungi gulintangan, tawak-tawak, canang

dan gong.

2. Kumpulan seruling: mengandungi Soprano Recorder, Tenor Recorder,

dan Baritone Recorder.

3. Kumpulan “rhythm”: mengandungi guitar, keyboard, bass guitar,

accordion dan gambus.

4. Kumpulan “percussion”: mengandungi bass drum, snare drum, drum set,

hadrah, sedaman dan sebagainya.

Tenaga pengajar akan terdiri dari bekas pegawai dan guru yang sudah

berpencen dan akan diberikan elaun mengajar sebanyak $14.50 se jam.

Kelab kesenian guru-guru.

Kelab ini akan menggumpulkan guru-guru yang berminat dalam bidang kesenian

dan kebudayaan seterusnya menjadikan mereka sebgai tenaga pengajar kepada

penuntut. Kumpulan guru-guru ini juga akan dikehendaki untuk menjadi sumber

jika ada keperluan oleh sekolah-sekolah dan agensi-agensi yang lain.

Page 20: PENGUKUHAN PERMAINAN GULINTANGAN DISEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAN MAKTABMAKTAB: PERANAN UNIT AKLI, JABATAN KOKURIKULUM, KEMENTRIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Persidangan Pendidikan Muzik Malaysia 2005 (MusEd’05) 20

Pentadbiran.

Banglo B4, Jabatan Pendidikan Kokurikulum akan dijadikan Pusat Perkembangan

Seni dan akan mengandungi bilik-bilik seperti berikut;

1. Dewan Latihan Utama.

2. Studio Latihan & Stor Kumpulan Gulintangan.

3. Studio Latihan & Stor Kumpulan Seruling.

4. Bilik Latihan Teori.

5. Perpustakaan / Penyimpanan Lagu-Lagu.

6. Bilik Digital Art / Studio Lukisan.

7. Lobi / Galleri.

8. Bilik Rehat / Dapur.

9. Studio Latihan Kelompok – 3 buah.

10. Stor.

Pusat ini akan ditadbir oleh Ketua Unit Akli dan mempunyai 3 orang pembantu

(Kewangan da Pentadbiran, Tarian dan Seni Rupa serta Muzik).