PENGURANGAN KEHILANGAN LEPAS TUAI PADI BAGI … · Azman H. 1, Mohd Taufik A. , Asnawi S.1, Zainun...
Transcript of PENGURANGAN KEHILANGAN LEPAS TUAI PADI BAGI … · Azman H. 1, Mohd Taufik A. , Asnawi S.1, Zainun...
Azman H.1, Mohd Taufik A.1, Asnawi S.1, Zainun M.S1 dan Rosnani H.2
1Pusat Penyelidikan Kejuruteraan, Ibu Pejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan2Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran & Agribisnes, Ibu Pejabat MARDI,
43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan
PENGURANGAN KEHILANGAN LEPAS TUAI PADI BAGI MENINGKATKAN
PENDAPATAN PESAWAH
PENDAHULUAN
1. Populasi penduduk dunia termasuk
Malaysia semakin meningkat setiap
tahun dan ini menyumbang kepada
peningkatan keperluan bekalan
makanan.
2. Laporan daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2019
• Penduduk Malaysia dianggarkan
32.6 juta orang
Padi ialah tanaman makanan utama Malaysia.
Beras makanan ruji rakyat negara ini.
Pada masa ini pengeluaran padi negara adalah kurang daripada
permintaan.
Malaysia mengimport beras daripadaThailand, Vietnam, Pakistan &
India bagi memenuhi keperluan negara.
1,049 tan metrik tan.
RM2 billion.
30-40% bekalan beras Malaysia diimport daripada luar negara.
LATARBELAKANG
BEKALAN MAKANAN NEGARA
Kecukupan bekalan makanan negara boleh dijamin dengan :
•Pertambahan pengeluaran makanan
•Pengurangan kehilangan lepas tuai
•Kecekapan pengedaran makanan
Pengurangan kehilangan lepas tuai (KLT) tanaman makanan
adalah faktor kritikal bagi memastikan :
• Bekalan makanan mencukupi
• Keselamatan makanan terjamin
• Pengurangan kadar import
1)
2)
• Memandangkan kehilangan lepas tuai padi negara adalah
tinggi : 28.5% (1985)
KEHILANGAN LEPAS TUAI
Perkara 1985
• Pengeluaran padi (Juta tan metrik) 1.95
• Harga padi (RM/tan metrik) 496.00
• Kehilangan padi (Ribu tan metrik) 555.75
• Nilai kehilangan (RM juta) 276.00
• Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah
memberi mandat kepada MARDI untuk menjalankan kajian
verifikasi kehilangan lepas tuai padi pada 2015-2016 dan
mengenal pasti kaedah-kaedah yang boleh mengurangkan
kehilangan ini.
• Kehilangan lepas tuai pertanian adalah kehilangan yang berlaku
terhadap hasil pertanian bermula dari proses penuaian
sehinggalah ia sampai dan dapat digunakan oleh pengguna.
• Kehilangan lepas tuai padi berlaku disebabkan oleh tumpahan,
hilang semasa pengangkutan, pemprosesan yang tidak sempurna,
beras rosak seperti hancur, patah, bau yang tidak enak, berubah
warna dan diserang serangga (bubuk) semasa penyimpanan.
• Pengurangan KLT padi adalah penting untuk meningkatkan aras
sara diri (SSL) Malaysia daripada nilai semasa sebanyak 72%
kepada nilai sasaran 80% (2020).
KEHILANGAN LEPAS TUAI
• Kuantitatif : kurang hasil (tan/ha), kurang berat, kurang
perolehan jumlah beras.
• Kualitatif: rosak, tidak sesuai untuk dimakan/dijual,
warna beras bertukar, bau dan rasa tidak menepati
kehendak pengguna, peratus beras patah tinggi,
kebersihan, sisa racun, kandungan logam berat dll.
KEHILANGAN LEPAS TUAI
BASELINE (1985)
28.5%
VERIFIKASI KEHILANGAN LEPAS TUAI PADI
PEMBANGUNAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)
RUMUSAN
K A J I A N
K E H I L A N G A N L E P A S T U A I
• MARDI telah menjalankan kajian kehilangan lepas tuai padi bagi
menilai dan mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menyebabkan
berlakunya kehilangan lepas tuai di Malaysia.
• Fokus kajian penuaian & pengangkutan ialah di kawasan jelapang
seperti :-
1. MADA - Kedah
2. IADA KETARA - Terengganu
3. KADA - Kelantan
• Kajian bagi rantaian pengeringan, pengilangan dan penyimpanan
dilaksanakan dikilang beras BERNAS (KBB) :
1. Yan - Kedah
2. Besut - Terengganu
3. Pasir Puteh - Kelantan
KAJIAN KEHILANGAN LEPAS TUAI
KEHILANGAN SEMASA
AKTIVITI PENUAIAN
1) Kehilangan lepas tuai semasa penuaian berlaku disebabkan
oleh prestasi dan keadaan jentuai yang digunakan semasa
proses penuaian dimana menyumbang kepada :
• Padi tumpah semasa proses penuaian
• Pemotongan padi yang tidak sempurna
2) Dua jenis jentuai yang biasa digunakan di MALAYSIA iaitu:-
• aliran tangen
• aliran paksi
(Membandingkan kehilangan lepas tuai disebabkan oleh
jentuai aliran tangen dengan jentuai aliran paksi)
KEHILANGAN LEPAS TUAI
(PENUAIAN)
KLT : 5%
KLT :2.4 %
POTENSI KEHILANGAN DI JENTUAI
Kehilangan di meja pemotong Kehilangan di bahagian pemprosesan jentuai
PELAKSANAAN KAJIAN
KEHILANGAN SEMASA
AKTIVITI PENGANGKUTAN
1) Kehilangan lepas tuai semasa pengangkutan :
• Jumlah padi tumpah/hilang bermula dari padi dipindah ke
dalam lori di sawah sehingga padi dibawa dan diterima di
kilang pemprosesan.
2) Punca berlakunya kehilangan lepas tuai semasa pengangkutan :
• Kaedah pengendalian yang tidak sempurna serta keadaan
lori yang tidak sesuai semasa membawa padi.
3) Kehilangan berlaku di setiap rantaian berikut:
a) Semasa pemindahan dari jentuai ke lori
b) Pengangkutan padi dari sawah ke PPK
c) Pengurusan dan pengendalian padi di PPK
d) Pengangkutan padi dari PPK ke kilang pemprosesan
KEHILANGAN LEPAS TUAI
(PENGANGKUTAN)
a) Keadaan lori yang biasa digunakan untuk membawa padi dari sawah ke PPK.
PELAKSANAAN KAJIAN
1) Verifikasi kehilangan lepas tuai padi bermula semasa pemindahan
padi dari jentuai ke lori sehingga padi dibawa dan diterima di kilang
pemprosesan.
b) Pembentangan kanvas di bawah lori bagi menilai kehilangan lepas
tuai padi semasa pemindahan padi dari Jentuai ke Lori
PELAKSANAAN KAJIAN
c) Pemindahan padi dari jentuai ke lori
PELAKSANAAN KAJIAN
d) Padi tumpah semasa pemindahan dari jentuai ke lori
PELAKSANAAN KAJIAN
e) Keadaan lori yang membawa muatan padi dari sawah ke PPK
PELAKSANAAN KAJIAN
f) Pengangkutan padi melalui jalan sawah ke pusat pengumpulan
PELAKSANAAN KAJIAN
PELAKSANAAN KAJIAN
g) Pemantauan dan pemerhatian terhadap faktor berlaku kehilangan padi di PPK
h) Penimbangan lori di jambatan timbang Kilang Pemprosesan
PELAKSANAAN KAJIAN
& TIDAK BERTUTUP
KAEDAH STANDARAD
PENGURANGAN
KEHILANGAN LEPAS TUAI
PEMBANGUNAN SOP
KEPUTUSAN
• Pengurangan kehilangan lepas tuai padi mampu
meningkatkan bekalan makanan negara.
• Kehilangan padi yang dapat diselamatkan pada tahun
2016 berbanding 2015 ialah 54,000 tan metrik (RM65 juta).
• Jumlah ini pada hakikatnya telah dapat membekalkan
makanan kepada 687,000 orang penduduk negara ini
dalam masa setahun, iaitu dengan mengambil kira
penggunaan 78.6 kg beras seorang untuk setahun.
KESIMPULAN
• Teknologi + Pengetahuan Teknikal mampu
mengurangkan kehilangan lepas tuai padi.
• Pengurangan kehilangan lepas tuai padi
memberi impak yang besar kepada peningkatan
bekalan beras negara & meningkatkan
pendapatan petani/pengusaha
PENGHARGAAN• Kerjasama baik agensi-agensi di bawah MoA dan Kilang Beras
BERNAS (KBB) sepanjang kajian ini dilaksanakan:
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA)
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kedah
Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu
Utara (IADA KETARA), Terengganu
Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Kelantan
• Kilang beras BERNAS (KBB) :
KBB Yan, Kedah
KBB Bukit Kenak, Besut, Terengganu
KBB, Pasir Puteh, Kelantan
SEKIAN TERIMA KASIH