Pengurusan Air Dalam Pertanian

43

Transcript of Pengurusan Air Dalam Pertanian

Page 1: Pengurusan Air Dalam Pertanian
Page 2: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Pengenalan • Kebanyakan tanah di Malaysia tidak berupaya memegang air pada tahap mencukupi untuk sepanjang tempoh pertumbuhan pokok. 

• Terdapat kawasan tanah pertanian tidak berupaya menyalurkan air berlebihan keluar dari kawasan tersebut sehingga boleh menjejaskan pertumbuhan tanaman.

 • Bagi mengatasi masaalah diatas, maka pengurusan air merupakan faktor penting yang perlu diberi perhatian bagi menjamin hasil pengeluaran tanaman yang maksimum.

• Aspek pengurusan air dalam bidang pertanian melibatkan dua aspek utama, iaitu aspek pengairan dan saliran.

Page 3: Pengurusan Air Dalam Pertanian

Pengairan & Sistem Pengairan•  Definasi Pengairan

• Pengairan bermaksud satu usaha membekal air kepada tanah supaya air dalam tanah sentiasa cukup untuk keperluan pertumbuhan tanaman yang sempurna.

• Pengairan diperlukan apabila tahap kelembapan di dalam tanah menurun hingga ke paras 50%. 

• Dengan sistem pengairan yang sempurna, paras kelembapan dalam tanah dapat ditingkatkan semula kepada 100% atau ke tahap ‘ had basah tanah’.

Page 4: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Kebaikan mengwujudkan sistem pengairan yang sempurna dalam sesuatu ladang;

a.  Mempastikan bekalan air kepada tanah sentiasa ada dan mencukupi untuk digunakan pada bila-bila masa terutama pada peringkat awal pertumbuhan tanaman.

b. Melembutkan lapisan tanah keras (soil hard pan) untuk membolehkan pertumbuhan sistem perakaran yang baik dan memudahkan kerja-kerja membajak tanah dilakukan.

c. Sistem pengairan yang terkawal berupaya membaiki struktur tanah dengan menggalakan proses tindakbalas kimia dan meningkatkan aktiviti organisma mikro yang terdapat di dalam  tanah.

Page 5: Pengurusan Air Dalam Pertanian

d. Keadaan tanah sentiasa lembap meningkatkan keberkesanan pengambilan nutrien dalam tanah oleh tanaman.

e. Membantu melarutresapkan bahan garam dalam tanah.

f. Meningkat pengeluaran hasil tanaman.g. Meningkatkan nilai hartanah kerana tanah 

menjadi lebih subur berbanding dengan nilai hartanah yang kurang subur.

h. Menwujudkan aktiviti pertanian yang lebih berdaya maju serta mampan kerana ianya boleh di jalankan sepanjang masa tanpa menghadapi masaalah kekurangan bekalan air.

Page 6: Pengurusan Air Dalam Pertanian

•  Jenis-Jenis Sistem Pengairan

• Terdapat beberapa sistem pengairan yang biasa diamalkan dalam bidang pertanian di Malaysia iaitu;

 a.Sistem Pengairan Renjisb.Sistem Pengairan Titisc. Sistem Pengairan Permukaan

Page 7: Pengurusan Air Dalam Pertanian

•  Sistem Pengairan Renjis

• Sistem pengairan renjis adalah sistem pengairan dimana air disembur sebagai renjisan pada tanaman dengan tekanan yang tinggi melalui kepala perenjis yang dipasang pada paip tetingkat. Untuk menyembur air dibawah tekanan, pam air digunakan.

• Sistem ini digunakan untuk penanaman sayur-sayuran, dalam kawasan semaian anak pokok hiasan dan semaian pokok tanaman perladangan seperti kelapa sawit dan getah.

• Kecekapan pengairan adalah diantara 70% - 80%. Kecekapan pengairan ialah peratus air yang dibekalkan yang boleh dimanfaatkan oleh tanaman.

Page 8: Pengurusan Air Dalam Pertanian
Page 9: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Sistem pengairan renjis sesuai digunakan dalam keadaan berikut ;

 a. Tanah baru dibuka untuk tujuan pertanian dimana pengairan perlu dipasang dengan segera untuk mengairi tanaman.

b.Tanah yang diusahakan mempunyai tekstur tanah berpasir yang tidak berupaya memegang air dengan berkesan.

c. Tanah mempunyai topografi yang tidak rata.d.Tanaman yang ditanam secara padat dan rapat.e. Tanah yang curam dan terdedah pada hakisan tanah.

f. Tanah yang mempunyai sumber air yang terhad. 

Page 10: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Sistem pengairan renjis mempunyai beberapa kebaikan tersendiri iaitu 

 a. Penyemburan air dilakukan secara seragam atau sekata pada keseluruhan kawasan.

b. Sesuai digunakan pada kebanyakan jenis tanah terutama pada jenis tanah yang telap air.

c. Kadar hakisan tanah rendah kerana larian air diatas permukaan tidak berlaku berbanding dengan jenis sistem pengairan permukaan.

d.Komponen sistem yang dipasang dalam kawasan ladang tidak menghalang aktiviti lain diladang.

e. Komponen sistem pengairan renjis boleh diubah ke lokasi lain, kerana iannya mudah dibuka dan dipasang semula.

Page 11: Pengurusan Air Dalam Pertanian

f. Sistem ini mempunyai kecekapan pengairan yang tinggi dan oleh itu mengurangkan pembaziran sumber air.

g. Memerlukan kos penyediaan sistem pengairan yang murah kerana tidak memerlukan persediaan infrastruktur yang mahal seperti binaan parit, takungan air dan sebagainya.

Page 12: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Sistem pengairan renjis mempunyai beberapa kelemahan/kekurangan iaitu ;

a. Kos permulaan untuk membeli dan memasang komponen sistem adalah tinggi.

b.Kos operasi dan penyelenggaraan tinggi seperti kos operasi pam untuk jangka waktu yang lama, kos penyelenggaraan pam dan sistem perpaipan.

c. Sebaran semburan air dipengaruhi oleh tiupan angin yang kuat yang boleh menjejaskan sebaran air semburan.

d.Tanah terdedah kepada keadaan terlalu lembab jika tempoh pengairan tidak dikawal dengan sempurna dan boleh mendedahkan kepada bahaya serangan penyakit tanaman.

Page 13: Pengurusan Air Dalam Pertanian

e. Tidak sesuai digunakan pada tanah yang berstruktur padat dimana kadar penyerapan air adalah rendah.

f. Operasi sistem pengairan renjis tidak boleh digunakan dengan serta merta selepas operasi semburan racun makhluk perosak untuk mengelakkan kehilangan kesan racun.

Page 14: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Terdapat dua jenis sistem pengairan renjis yang biasa digunakan iaitu ;

 a.    Sistem Kepala Berputarb.   Sistem Kepala Tetap

Page 15: Pengurusan Air Dalam Pertanian

a. Sistem Pengairan Renjis Kepala Berputar • Sistem ini juga dikenali sebagai  Sistem Renjis Makro. Ciri-ciri yang terdapat pada sistem ini adalah ;

 a. Ianya digunakan untuk kawasan terbuka.b.Kepala perenjis dipasang diatas paip tetingkat pada paras ketinggian yang bergantung kepada keperluan serta ketinggian tanaman

c. Air disembur melalui lubang yang terdapat pada kepada perenjis.

d. Semasa proses penyemburan berlaku, kepada perenjis akan berputar pada 360 darjah.

Page 16: Pengurusan Air Dalam Pertanian
Page 17: Pengurusan Air Dalam Pertanian

e. Air yang disembur berbentuk bulatan yang basah (wetted circle).

f. Jarak antara satu paip tetingkat dengan yang lain adalah sama.

g. Kadaralir air dan keperluan tekanan semasa operasi untuk sistem ini adalah tinggi.

Page 18: Pengurusan Air Dalam Pertanian

b. Sistem Pengairan Renjis Kepala Tetap. • Sistem ini juga dikenali sebagai Sistem Pengairan Renjis Mikro. Ciri-ciri yang terdapat pada sistem ini adalah ;

 a. Sesuai digunakan untuk pengairan pokok hiasan, tapak semaian, rumput turf, kawasan halaman,  rumah lindungan dan dusun buah-buahan.

b. Kepada perenjis dipasang diatas paip tetingkat pada paras yang rendah.

c. Air disembur melalui lubang yang terdapat pada kepala perenjis.

d. Semasa proses penyemburan air, kepala perenjis tidak berputar.

Page 19: Pengurusan Air Dalam Pertanian

e. Air yang disembur di pecahkan terlebih dahulu ‘deflector’ atau dipusingkan oleh ‘flipper’ sebelum disebabkan dalam bentuk bulatan basah.

f. Jejari (radius) basah atau kawasan yang di siram adalah lebih kecil dari sistem pengairan renjis jenis kepala berputar.

g. Kadaralir dan keperluan tekanan semasa operasi untuk sistem ini adalah rendah.

Page 20: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Komponen utama sistem pengairan renjis adalah seperti berikut ; a. Sumber air  - samaada sungai, kolam dsbgnya 

dengan kuantiti yang cukupi,kualiti air yang baik serta tidak kering semasa 

kemarau  yang panjang. b. Pengadang sampah - dipasang pada injab kaki pam air 

untuk  menghalang sampah dari disedut bersama semasa air disedut oleh pam.

c. Penapis - jenis penapis yang sesuai bergantung kepada tahap kekotoran sumber air.

 d. Tolok tekanan - untuk memberikan bacaan 

tekanan yang dihasilkan oleh pam semasa operasi kerja pam air. Tahap tekanan air yang dikehendaki bergantung kepada jenis sistem pengairan renjis.

Page 21: Pengurusan Air Dalam Pertanian

e. Injab kawalan  - injab kawalan utama yang mengawal pengaliran air dari pam ke semua sistem 

pengairan. f. Injab lancar - injab kawalan utama yang 

mengawal pengaliran air dari pam  ke semua  sistem pengairan.

 g. Saluran/Paip Utama - paip saluran utama yang mengalirkan air dari paip utama ke 

setiap baris  susunan kepala perenjis dalam sistem pengairan  perenjis.

 h. Saluran /Paip sisi - paip saluran sekunder yang mengalirkan  air dari paip utama ke setiap barisan susunan  kepala perenjis dalam sistem pengairan tersebut.

 i. Paip tetingkat - menyalurkan air dari paip sisi ke kepala perenjis dan menyokong kepala perenjis pada 

ketinggian yang dikehendaki. Setiap paip  tetingkat  dipasang dengan satu kepala perenjis.

Page 22: Pengurusan Air Dalam Pertanian

j. Kepala perenjis - alat peranti yang menyembur air dalam bentuk bulatan basah.

 k. Pelbagai jenis - terdiri dari pelbagai  jenis penyambung paip  yang penyambung biasa 

digunakan untuk menyambung paip spt. Penyambung ‘T’, couple dsbgnya.

Page 23: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Untuk mereka-bentuk sistem pengairan renjis, beberapa faktor perlu di ambil kira iaitu:

 a. Peta kawasanb.Sumber airc. Keadaan cuaca/iklimd. Jenis tanahe. Jenis tanamanf. Kuasa pam airg. Bahan komponen sistem

Page 24: Pengurusan Air Dalam Pertanian

a. Peta kawasan • Peta kawasan memberi maklumat mengenai keluasan tanah dan 

keadaan topografi tanah yang membolehkan membuat pergiraan kehilangan turus tekanan, membuat pilihan pam air, dan menentuknan susunatur perenjis.

 b. Sumber air • Perlu diambilkira untuk mengetahui lokasi, kuantiti dan kualiti air 

serta kandungan bahan kimia yang mungkin terdapat dalam air. c. Keadaan cuaca/iklim • Maklumat yang perlu diketahui ialah suhu harian, kelembapan 

udara, taburan hujan dan halaju tiupan angin.

Page 25: Pengurusan Air Dalam Pertanian

d. Jenis tanah • Maklumat yang perlu diketahui ialah siri tanah, struktur dan tekstur 

tanah, sifat pegangan air tanah dan kadar resapan air oleh tanah. e. Jenis tanaman yang diusahakan. • Maklumat yang pelu diketahui ialah kadar keperluan air harian oleh 

pokok, jangka masa kematangan pokok,kedalaman zon akar serta sistem penanaman yang diamalkan.

  f. Kuasa pam air • Kuasa pam air perlu diketahui dari aspek kuasa kuda, kapasiti pam 

air serta jenis sumber kuasa untuk menjalankan pam air iaitu menggunakan kuasa elektrik atau pembakaran bahan api seperti disel atau petrol.

 

Page 26: Pengurusan Air Dalam Pertanian

g.Bahan komponen sistem

• Jenis bahan yang digunakan akan menentukan kos serta susunatur sistem pengairan.

Page 27: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Penyelenggaraan Komponen Sistem Pengairan Renjis. • Komponen-komponen berikut perlu diselenggara dari masa ke semasa ;

 a. Injap kaki – pastikan ia tidak tersumbat dan sentiasa dibersihakan dari sampah/kotoran. Pastikan ianya sentiasa berada dalam kedudukan tergantung diatas dasar air.

b. Enjin dan Pam – pastikan  ianya diselenggarakan mengikut jadual.

c. Saluran perpaipan – pastikan semua paip saluran tidak bocor, pecah atau tersumbat.

d. Penapis – pastikan penapis sentiasa dibersihkan dari masa kesemasa.

e. Kepala perenjis – pastikan lubang pada kepala perenjis tidak tersumbat dan kadar semburan air seragam dan boleh berputar jika jenis kepala berputar.

Page 28: Pengurusan Air Dalam Pertanian

 Sistem Pengairan Titis.

• Sistem pengairan titis adalah kaedah pengairan dimana air dibekalkan secara terus ke zon akar pokok pada kadar air yang rendah, perlahan serta kerap.

 • Air dibekalkan kepada setiap pokok menerusi alat yang dinamakan sebagai penitis, penyebar atau pemancar (emitter) yang dipasangkan pada paip poliethylene.

 • Sistem ini sesuai digunakan untuk tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang menggunakan sistem penanaman secara fertigasi, di kawasan berbukit di kawasan tanah jenis bepasir dan di kawasan yang mempunyai kuantiti sumber air yang terhad.

Page 29: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Kebaikan sistem pengairan titits adalah ;

a.Memerlukan tekanan air yang rendahb.Air dibekalkan terus ke zon akar pada setiap pokok dan ini menjimatkan penggunaan air.

c. Tiada kesan larian air diatas permukaan tanah atau kesan air bertakung kerana air dibekalkan secara titisan yang perlahan membolehkan ianya terus diresap ke dalam tanah.

Page 30: Pengurusan Air Dalam Pertanian

d. Mengekalkan kelembapan tanah dan seterusnya membolehkan tanaman dapat mengambil nutrien secara berterusan untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna.

e. Oleh  kerana air hanya dibekalkan ke zon akar pokok, sistem ini tidak mengganggu operasi kerja lain seperti merumput, menyembur racun makhluk perosak dan sebagainya.

Page 31: Pengurusan Air Dalam Pertanian

Terdapat beberapa kelemahan pada sistem pengairan titis iaitu ;

a. Lubang keluar air pada alat penitis sangat halus dan mudah tersumbat.

b. Rangkaian sistem paip poliethylene yang dipasang diatas permukaan tanah terdedah kepada kerosakkan seperti boleh terputus kerana terpotong oleh mesin rumput begalas atau digigit oleh tikus.

c. Jika digunakan untuk tempoh yang lama akan mengakibatkan berlaku kesan pengumpulan garam galian pada zon akar yang boleh merosakan tanaman kerana air dititiskan hanya pada kawasan tetentu sahaja setiap masa.

Page 32: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Komponen sistem pengairan titits dan fungsinya terdiri daripada yang berikut:-

 a. Pam air dan enjin - untuk mengepam air dan 

menyalurkan  ke seluruh sistem pengairan titis pada  tekanan air yang rendah.

b. Penapis - untuk menapis kotoran dan sampah.  c. Sistem perpaipan - untuk menyalirkan air dari pam air 

ke  seluruhan sistem melalui rangkaian sistem saluran paip seperti saluran paip utama, sekunder dan sisi.

d. Penitis (emitter)- untuk membekalkan air secara titisan yang perlahan ke zon perakaran setiap pokok.

Page 33: Pengurusan Air Dalam Pertanian

e. Injab kelegaan - untuk menyalurkan air (Pressure relief valve) keluar dari sistem apabila 

berlaku tekanan air yang  terlalu tinggi.

f. Injab pengawal - injab yang mengawal (Check valve) pengaliran air ke setiap

satu barisan susunan kepada penitis dalamsistem pengarian titis.

g. Injab pintu  - injab yang digunakan (Gate valve) untuk membolehkan 

bekalan air ke setiap saluran paip ditutup 

atau dibuka.

Page 34: Pengurusan Air Dalam Pertanian

h. Injab kelegaan angin - injab yang digunakan    (Air vacumn valve) untuk melepaskan udara  yang mungkin 

terperangkap di dalam saluran paip.

i. Penyuntik baja - komponen yang digunakan khusus 

untuk  sistem fertigasi yang fungsinya untuk menyuntik baja ke 

dalam  air yang sedang mengalir  dalam saluran dan  seterusnya disebarkan ke  setiap zon akar pokok.

 

Page 35: Pengurusan Air Dalam Pertanian

Pelan Sistem Pengairan Titis

Page 36: Pengurusan Air Dalam Pertanian
Page 37: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Penyelenggaraan sistem pengairan titis adalah sama seperti penyelenggaraan sistem Pengairan renjis. 

• Aspek yang paling utama yang perlu diberi perhatian ialah kualiti air kerana saiz lubang penitis adalah halus dan mudah tersumbat.

 

Page 38: Pengurusan Air Dalam Pertanian

•  Sistem Pengairan Permukaan• Sistem pengairan permukaan merupakan sistem pengairan yang paling mudah, murah dan praktikal untuk mengagihkan air ke kawasan pengairan secara sekata dan seragam.

 • Air dibekalkan secara graviti dari punca air yang terdiri samada dari sungai, kolam, empangan, tali air dan sebagainya.

 • Kecekapan pengairan adalah rendah iaitu antara 40% - 60%

 

Page 39: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Sistem ini sesuai di amalkan dalam keadaan berikut:-

 a. Untuk jenis tanah yang boleh menakung air seperti tanah mineral dan tahan gambut cetek. Ianya tidak sesuai untuk tanah  berpasir seperti tanah bris.

b. Tanah yang luas kawasannya dan rata.c. Untuk tanaman yang ditanam secara rapat dan bebaris (seperti sayur-sayuran) serta tanaman padat (seperti padi).

Page 40: Pengurusan Air Dalam Pertanian

• Terdapat beberapa jenis sistem pengairan permukaan iaitu:-

 a. Pengairan banjir ( diamalkan untuk tanaman padi ).

b.Pengairan sempadan.c. Pengairan takung.d.Pengairan alur antara batas-batas tanaman.

 

Page 41: Pengurusan Air Dalam Pertanian
Page 42: Pengurusan Air Dalam Pertanian
Page 43: Pengurusan Air Dalam Pertanian