Pengurusan bengkel

10
1 PENGURUSAN BENGKEL. Sistem pengurusan bengkel adalah penting dalam mewujudkan satu proses sosial yang sistematik iaitu merangkumi perancangan pelan struktur, kawalan keselamatan dan penyelarasan yang tepat kepada pekerja yang menjalankan aktiviti agar lebih berkesan. Pengurusan bengkel juga merupakan satu proses pengintegrasian sumber di antara manusia, bahan dan alatan yang terdapat didalamnya. Sistem pengurusan bengkel yang baik dan efisyen dapat mengelakkan berlakunya pembaziran masa, tenaga dan wang. Selain itu, pengurusan bengkel yang baik dapat mewujudkan persekitaran ruang kerja dan pembelajaran yang lebih kondusif. Suasana persekitaran bengkel yang selesa dan teratur memainkan peranan dalam penghasilan sesuatu produk. Produk yang berkualiti terhasil daripada kemampuan sesuatu alatan atau mesin untuk berfungsi dengan baik selain dari kemahiran seseorang pekerja itu. Contohnya, apabila sesuatu alatan seperti mesin pemotong tidak diselengara dengan baik hasil daripada kesan potongannya tentulah tidak tepat dan cantik. Secara amnya, pengurusan bengkel yang baik dan efisyen harus dititikberatkan sebelum beralih kepada bahagian lain. Pengurusan bengkel yang baik dapat menghasilkan produk yang berkualiti dengan penjagaan kawalan keselamatan yang teratur dan mampu menjadi contoh kepada sekolah mahupun instituisi lain. Pengurusan ruang kerja merupakan perkara penting dan termasuk dalam pengurusan bengkel yang sistematik. Pada peringkat sekolah rendah, ruang kerja hendaklah bersesuaian dengan kerja amali mengikut sukatan pelajaran. Perancangan ruang di dalam bengkel adalah berbeza mengikut bidang pembelajaran yang akan dijalankan. Pembahagian ruang yang tepat dan sesuai dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Pengurusan ruang di dalam bengkel melibatkan penempatan mesin-mesin, alatan, laluan untuk bekerja, kit kecemasan, penstoran, pemadam api dan kawasan untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran yang

Transcript of Pengurusan bengkel

Page 1: Pengurusan bengkel

1

PENGURUSAN BENGKEL.

Sistem pengurusan bengkel adalah penting dalam mewujudkan satu proses sosial yang sistematik iaitu merangkumi perancangan pelan struktur, kawalan keselamatan dan penyelarasan yang tepat kepada pekerja yang menjalankan aktiviti agar lebih berkesan. Pengurusan bengkel juga merupakan satu proses pengintegrasian sumber di antara manusia, bahan dan alatan yang terdapat didalamnya. Sistem pengurusan bengkel yang baik dan efisyen dapat mengelakkan berlakunya pembaziran masa, tenaga dan wang. Selain itu, pengurusan bengkel yang baik dapat mewujudkan persekitaran ruang kerja dan pembelajaran yang lebih kondusif. Suasana persekitaran bengkel yang selesa dan teratur memainkan peranan dalam penghasilan sesuatu produk. Produk yang berkualiti terhasil daripada kemampuan sesuatu alatan atau mesin untuk berfungsi dengan baik selain dari kemahiran seseorang pekerja itu. Contohnya, apabila sesuatu alatan seperti mesin pemotong tidak diselengara dengan baik hasil daripada kesan potongannya tentulah tidak tepat dan cantik. Secara amnya, pengurusan bengkel yang baik dan efisyen harus dititikberatkan sebelum beralih kepada bahagian lain. Pengurusan bengkel yang baik dapat menghasilkan produk yang berkualiti dengan penjagaan kawalan keselamatan yang teratur dan mampu menjadi contoh kepada sekolah mahupun instituisi lain.

Pengurusan ruang kerja merupakan perkara penting dan termasuk dalam pengurusan bengkel yang sistematik. Pada peringkat sekolah rendah, ruang kerja hendaklah bersesuaian dengan kerja amali mengikut sukatan pelajaran. Perancangan ruang di dalam bengkel adalah berbeza mengikut bidang pembelajaran yang akan dijalankan. Pembahagian ruang yang tepat dan sesuai dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Pengurusan ruang di dalam bengkel melibatkan penempatan mesin-mesin, alatan, laluan untuk bekerja, kit kecemasan, penstoran, pemadam api dan kawasan untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran yang sistematik. Merancang pelan lantai bengkel dengan mengenalpasti jenis ruang dan kawasan yang digunakan mengikut keperluan dan jenis pembelajaran yang akan diajar. Beberapa garis panduan boleh di ambil dalam membentuk ruang kerja yang teratur, kemas dan secara tidak langsung menjamin keselamatan. Ruang kerja boleh dibahagikan kepada empat iaitu :

Ruang pengajaran dan pembelajaran secara teori.Ruang ini hendaklah dibina secara berasingan dari ruang kerja untuk menggelakkan daripada berlaku kemalanggan selain menggangu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bunyi bising daripada kerja amali.

Ruang alatan dan bahan.Ruang penyimpanan alatan dan bahan adalah penting untuk memastikan kekemasan dan tidak bersepah. Ruang ini sebaiknya terletak berhampiran dengan bilik guru bengkel dan tidak berjauhan dengan ruang kerja.

Ruang kerja.Ruang kerja merupakan ruang pelajar untuk melakukan kerja amali. Ruang ini hendaklah dibina mengikut keperluan saiz sebagai contoh, ruang kerja amali penghasilan projek hendaklah lebih luas daripada ruang kerja amali elektrik dan elektronik. Ini kerana ruang

Page 2: Pengurusan bengkel

2

kerja amali penghasilan projek seperti kerja kayu memerlukan mesin dan kayu yang bersaiz panjang berbanding kerja amali elektrik dan elektronik yang mempunyai komponen yang lebih kecil.

Ruang simpanan barang pelajar.Ruang simpanan barangan pelajar perlu disediakan bagi menggelakkan murid membawa masuk beg dan barangan luar kedalam bengkel. Dengan mewujudkan ruang ini, dapat menggelakkan daripada berlaku kes kecurian. Sebaiknya ruang penyimpanan barang an pelajar diletakkan diluar bengkel.

Berdasarkan lawatan dan kajian saya di bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, aspek ruang kerja yang tepat tidak dapat dilangsungkan kerana kekangan ruang yang agak sempit. Sekolah ini hanya menempatkan satu bilik khas yang berukuran 16m x 8m. Bengkel ini menempatkan 8 meja untuk sesi pengajaran dan pembelajaran manakala 2 meja untuk menjalankan kerja amali. Bengkel ini boleh menempatkan 30 orang pelajar semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

SUSUN ATUR RUANG TEORI

Page 3: Pengurusan bengkel

3

Ruang kerja amali di Bengkel ini hanya memperuntukkan sebanyak dua meja sahaja. Tiada sebarang mesin diletakkan berhampiran dengan ruang kerja amali sekolah ini. Berdasarkan sesi temubual bersama dengan guru matapelajaran Kemahiran Hidup sekolah tersebut, maklumat diperolehi bahawa sekolah ini menjalankan kerja amali tertentu sahaja selepas mencapai keputusan selepas mesyuarat Panitia pada awal tahun dan hal ini disahkan oleh Ketua Panitia matapelajaran kemahiran hidup sekolah tersebut. Sebagai contoh, kerja amali dalam penghasilan produk kayu hanya melibatkan kit model yang sudah siap dipotong dan pelajar hanya mencantumkan model tersebut dengan menggunakan paku. Di bawah menunjukkan gambar susun atur ruang kerja amali.

SUSUN ATUR RUANG AMALI

Page 4: Pengurusan bengkel

4

Perancangan ruang dan kawasan kerja sekolah ini boleh dikategorikan sebagai teratur dan baik walaupun mempunyai ruang kerja amali yang tidak luas. Kedudukan ruang alatan dan bahan berhampiran dengan ruang kerja amali menunjukkan perancangan pelan lantai yang di buat dengan baik. Cadangan penambahbaikkan ialah menjalankan kerja amali di ruang pengajaran dan pembelajaran secara teori dengan memastikan jadual waktu di antara kelas tidak bertindan. Cadangan itu dipanjangkan kepada Guru Penolong Kanan untuk di ambil tindakan. Ruang kerja amali digunakan untuk melakukan kerja yang membahaya sahaja seperti , mengetam, memahat dan memotong. Mencantumkan model seperti memaku boleh dilakukan di meja ruang pengajaran dan pembelajaran kerana meja tersebut di buat dari kayu.

Penyusunan atau penyimpanan alatan, mesin dan bahan hendaklah diseliakan dengan baik untuk memastikan stok tersebut tahan lebih lama. Alatan dan bahan di bengkel adalah berbeza mengikut jenis dan guru yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia stok tersebut hendaklah mempunyai kemahiran tentang fungsi dan langkah kerja bagi setiap alatan, bahan atau mesin. Kerana alatan, bahan dan mesin yang berbeza memerlukan kaedah penjagaan dan penyelenggaraan yang berbeza. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi penyusunan dan penyelenggaraan stok;

Kaedah Panel Alatan.Panel alatan terdiri daripada tiga panel iaitu panel umum yang menempatkan beberapa alatan berbeza pada satu panel. Panel terbuka biasanya untuk alatan sejenis sahaja dan di atur dengan kemas. Panel tertutup biasanya melibatkan mesin dan disimpan di dalam almari yang berkunci. Panel kumpulan adalah untuk menyimpan alatan yang digunakan secara berkumpulan dan diselia oleh ketua kumpulan masing-masing. Manakala panel individu ialah tempat menyimpan barangan setiap pelajar dan mereka bertanggungjawab terhadap alatan masing-masing. Panel bergerak digunakan apabila bengkel mempunyai masalah ruang untuk menyimpan alatan secara tetap dan panel pameran yang dijadikan sebagai modul atau panduan untuk melakukan kerja mencantum.

Kaedah stor utamaStor umum merupakan stor utama bagi sesebuah bengkel. Stor ini digunakan untuk menyimpan alatan yang berbeza dan memerlukan pembantu bengkel untuk menyelia pergerakkan keluar masuk alatan.

Kaedah stor bahan.Stor bahan hendaklah dirancang terlebih dahulu mengikut kesesuaian bahan yang hendak disimpan. Penyusunan yang sistematik diperlukan supaya proses pengeluaran dan penyimpanan bahan menjadi mudah. Contohnya, stor untuk menyimpan kayu.

Page 5: Pengurusan bengkel

5

BILIK PENYIMPANAN PERALATAN

Panel Umum kerja Kayu

Stor Utama

Page 6: Pengurusan bengkel

6

Berdasarkan gambar di atas, sekolah ini menggunakan kaedah penyusunan alatan dan bahan secara Panel umum dan Stor utama. Peralatan di sekolah ini didapati tidak selari dengan catatan masuk dalam borang iventori. Jika dilihat dalam gambar Panel Umum terdapat beberapa alatan yang telah hilang. Ini diakui oleh gurunya yang menjelaskan bahawa kelemahan dari segi penyelia menyebabkan perkara itu berlaku. Cadangan mewujudkan buku lejar untuk mencatatkan pergerakan masuk dan keluar alatan atau bahan diterima dengan senang hati dan tindakan diambil serta merta.

Penyusunan dan penyimpanan alatan, mesin dan bahan adalah penting dalam memastikan kelancaran sesuatu kerja yang hendak dijalankan. Melalui penyeliaan yang betul dan sistematik, penjimatan kos dapat dikekalkan dan membolehkan pelajar menggunakan alatan dengan mudah dan berkualiti.

Buku Penyeliaan

Page 7: Pengurusan bengkel

7

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Sudut peringatan

Faktor pencahayaan dan pengudaraan

Page 8: Pengurusan bengkel

8

Langkah keselamatan yang diamalkan oleh sekolah ini adalah baik dan bersesuaian. Jika dilihat pada gambar yang dilampirkan, pengudaraan dan pengcahayaan dapat masuk ke dalam bengkel dan mampu menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa. Sinki yang berfungsi dan tidak tersebut serta terdapatnya kit pertolongan cemas membuktikan sekolah ini menitikberatkan keselamatan pelajar. Pengunaan perkataan “Utamakan Keselamatan” yang diletakkan di atas papan hitam dapat sentiasa mengingatkan murid untuk menjaga keselamatan.

Secara keseluruhannya, Bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa adalah sebuah bengkel yang sesuai dan baik. Ianya akan menjadi lebih sistematik dan efisyen dengan beberapa cadangan penambahbaikan yang telah disarakan. Pengurusan bengkel yang cemerlang dapat melahirkan pelajar yang terbilang dan kualiti yang gemilang.