Pengurusan Bilik Darjah

download Pengurusan Bilik Darjah

of 27

description

ok

Transcript of Pengurusan Bilik Darjah

5.1MAKSUD PENGURUSAN BILIK DARJAH

(Satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid.

(Melibatkan penyediaan persekitaran sosiomosi yang sihat.

5.1.1

KONSEP BILIK DARJAH

(Tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.secara rasmi

Bilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru.

MArland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran.

5.1.2

KONSEP PELAJAR ATAU MURID

(Akta Pendidikan - pelajar atau murid merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan.

5.1.3

KONSEP GURU

seorang yang mengajar murid-murid di sekolah atau institusi pendidikan, atau

menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos.

5.2JENIS-JENIS BILIK DARJAH, PENYUSUNAN FIZIKAL DAN ORGANISASI SUMBER PEMBELAJARAN

5.2.1

BILIK DARJAH TRADISI

( Diwujudkan sebelum KBSR dan KBSM

(Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris

(Setiap baris murid duduk bersebelahan

(Susunan fizikal agak rigid.

(Bersesuaian dengan pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru, iaitu penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran tidak digalakkan.

(Dinding bilik darjah jarang dihiasi dengan hasil kerja murid atau bahan pengajaran-pembelajaran yang lain.

(Suasana ini tidak mendorongkan proses pengajaran-pembelajaran.

5.2.2

BILIK DARJAH KBSR

(KBSR menekankan pendekatan pengajaran berpusatkan murid.-penyertaan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat digalakkan.

(Program pendidikan pemulihan diperkenalkan bagi membantu murid-murid lemah dan program pengayaan bagi mengembangkan lagi kebolehan murid-murid.

(Susunan kerusi dan meja adalah mengikut kumpulan.

(Saiz kerusi dan meja perlulah sesuai dengan ketinggian murid-murid.

(Bentuk meja segi empat diubah menjadi bentuk trapezium.

(Ruang-ruang pembelajaran jenis ini amat digalakkkan.

5.2.3

Bilik darjah KBSM

(Untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, suasana bilik darjah KBSM yang menggalakkan murid yang aktif serta kerap berinteraksi antara meja dan kerusi..

(Susunan meja dan kerusi hendaklah berbentuk kumpulan.

(Kumpulan-kumpulan seperti ini memudahkan guru membantu murid yang lemah dalam pelajaran.

5.2.4

BILIK DARJAH TERBUKA

(Suasana bilik darjah dan pengajaran secara seluruh kelas adalah pada peringkat minimum, murid-murid dibenarkan untuk mengkaji sesuatu mengikut minat masing-masing.

(Murid-murid digalakkan untuk merancang sebahagian pembelajaran mereka yang berkaitan dengan pengajaran berpasukan dan pelan terbuka.

5.2.5

BILIK DARJAH PRASEKOLAH

(Reka bentuk bilik darjah prasekolah perlu selesa, menjamin keselamatan serta merangsangkan kanak-kanak.

(Suasana yang memudahkan pembentukan hubungan mesra antara guru dengan kanak-kanak.

(Terdapat dua jenis bangunan prasekolah

a) Bilik-bilik serba lengkap atau self-contained di mana melengkapi pelbagai jenis peralatan pembelajaran.

b) Corak terbuka di mana kanak-kanak mengajar di ruang-ruang pembelajaran tertentu.

5.3

FAKTOR FIZIKAL, KEMANUSIAAN DAN TEKNIKAL YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH

5.3.1FAKTOR FIZIKAL

a)SAIZ BILIK DARJAH(Ukuran bilik darjah yang dianggap sesuai untuk menampung 40 orang murid-murid adalah 7 x 9 meter atau diperbesar lagi.

a) SUASANA AM BILIK DARJAH

(Bilik darjah dihias, ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk mempamerkan hasil-hasil kerja murid, alat bantu mengajar, carta, keping gambar yang berwarna-warni,l model dan objek yang lain.

(Papan kenyataan serta almari juga disediakan.

C) PERALATAN

(Kerusi dan meja murid-murid, kerusi dan meja guru, papan kenyataan, juga rak-rak buku, almari dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

D) KEADAAN CAHAYA DAN UDARA BILIK DARJAH

(Mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi untuk membolehkan pengedaran udara yang secukupnya di dalam bilik darjah.

(Cahaya yang cukup supaya tidak menjejaskan penglihatan murid-murid dan tidak menyebabkan mereka cepat berasa letih dan mengantuk.

5.3.2

FAKTOR KEMANUSIAN

A)KASIH SAYANG

(guru perlu menyayangi kanak-kanak.

B)KEADILAN

(Bersikap adil dan tidak pilih kasih. Semua murid dilayan secara saksama

b) DEMOKRASI

(Guru tidak melantik ketua darjah tetapi meminta murid-murid memilihnya. Guru sanggup mendengar serta menerima pendapat yang baik daripada murid-murid.

c) BERTIMBANG RASA

(Dapat membentuk murid yang bersikap sedemikian terhadap kawan-kawan mereka.

d) KELUCUAN

Guru yang bergurau dari semasa ke semasa dapat menghilangkan kebosanan murid.

Guru tidak boleh menggunakan sindiran terhadap murid-muridnya. Ini akan menyebabkan murid-murid berasa rendah diri atau terhina.

5.3.3FAKTOR TEKNIKAL

(Perkara yang terlibat adalah seperti kemahiran guru, computer, projector overhed, transparensi, slaid, pita rakaman dan sebagainya. Guru harus meningkatkan lagi kemahirannya.

(Alat Bantu mengajar yang digunakan secara berkesan akan menyebabkan pengajaran-pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta menarik.

5.4RUTIN BILIK DARJAH

(Rutin merupakan satu cara tetap untuk menjalankan aktiviti bilik darjah setiap hari atau prosedur tetap menjalankan aktiviti harian bilik darjah.

(Penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-aktiviti.

(Guru sebagai pentadbir menjalankan rutin seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan-bahan seperti buku cerita, berus, menyemak dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran dan lain-lain.

(Murid-murid pula boleh menjalankan rutin seperti membersihkan bilik darjah, membuka tingkap dan pintu, membersihkan papan hitam, mengedar dan menghantar buku latihan, menyusun meja dan kerusi, menghias bilik darjah dan mengemas kini bahan-bahan pada papan kenyataan.

5.5 DISIPLIN5.5.1Konsep(Peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. (Merujuk kepada cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang.

Berkaitan dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak.

Disiplin membawa erti bukan sahaja mempunyai dan menghayati perlakuan yang diharapkan oleh masyarakat, tetapi juga sanggup taat dan setia kepada sekolah, negeri dan negara.

5.5.2KEPENTINGAN DISIPLIN

A) Pengajaran dapat dijalankan secara licin dan teratur

B) Pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang dan teratur.

C) Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat dipertingkatkan lagi

D) Murid-murid menjadi lebih produktif

E) Keselamatan murid-murid terjamin

F) Tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

G) Murid-murid dapat dibesarkan menjadi warganegara yang berguna dan berdisiplin.

H) Nilai-nilai moral seperti tanggungjawab, tolong-menolong, ketekunan, kerjasama, rendah hati, kebersihan dapat dipupuk.

5.5.3Jenis-jenis disiplin(Terdapat empat jenis utama disiplin mengikut Lindgren, 1972

I) DISIPLIN ARAHAN GURU

(Mewujudkan struktur serta mewajibkan murid-murid mematuhi peraturan

(Guru yang berkesan akan membenarkan kebebasan murid-murid berkembang secara semula jadi serta spontan dan bersedia mengenakan batasan bagi satu-satu tingkah laku yang kurang diingini.

(Guru harus memberi inisiatif mengadakan struktur dan pertimbangan.

(Inisiatif mengadakan struktur merujuk kepada aktiviti-aktiviti seperti mengarah, mengawal, menghukum, mengenakan batasan, memberi ganjaran, pengelolaan, menyusun jadual kerja, mengekalkan standard dan sebagainya,

(Pertimbangan kepada tingkah laku perlu dilakukan seperti memberi simpati serta kefahaman, mengadakan kompromi, menolong, menggalakkan penyertaan ahli-ahli kumpulan dan bersedia memberi sokongan.

II) DISIPLIN ARAHAN KERJA

(Merujuk kepada disiplin yang diwujudkan oleh tugasan yang perlu diselesaikan oleh seseorang itu.

(Setiap tugasan mempunyai disiplin yang tersendiri, sama ada mengumpul dan mengasingkan setem, kira-mengira, bekerja dalam sesuatu projek dan sebagainya. Semakin matang seseorang itu semakin mudah baginya untuk mematuhi harapan sesuatu tugasan.

(Disiplin ini berlandaskan kepada motivasi positif.

III) DISIPLIN ARAHAN KUMPULAN

(Disiplin ini hasil daripada kawalan rakan-rakan sebaya.

(Murid-murid yang enggan mengikut kehendak kumpulan akan dipulaukan.

(Dalam aktiviti pembelajaran, ahli-ahli kumpulan yang dibentuk hendaklah mengikut arahan kumpulan

IV) DISIPLIN ARAHAN KENDIRI

(Disiplin ini bersifat motivasi dalaman.

Kebolehan membuat kompromi disebut disiplin arahan diri.

5.5.4PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN

a)DIRI MURID

(Personaliti seseorang murid adalah berbeza

(Murid kurang yakin dan mempunyai konsep kendiri akademik yang rendah

b)KAEDAH SERTA BAHAN PENGAJARAN YANG TIDAK SESUAI

(Kebosanan disebabakan kegagalan guru menjadikan sesuatu aktiviti pembelajaran itu menarik, bersesuaian dengan masa, mencabar dan berkaitan.

c)KEADAAN FIZIKAL BILIK DARJAH

(Bilik yang terlalu panas atau terlalu sesak, gelap atau cahaya yang tidak mencukupi, kerusi dan meja yang kurang sesuai akan mewujudkan masalah disiplin.

(Bilik darjah tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran

d)SUASANA SOSIOEMOSI YANG KURANG SIHAT

(Guru autokratik dan dominant akan mengakibatkan murid-muridnya sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tertekan, bimbang serta takut pada gurunya.

(Guru perlu menjejaskan keupayaan murid untuk menerima pelajaran yang disampaikan.

(Corak persahabatan di kalangan murid tidak sihat maka wujudlah kelompok tertutup, pengasing, murid yang tersingkir dan sebagainya.

e)KESIHATAN MURID

(Badan sihat otak cergas maka dapat memberi tumpuan penuh terhadap pengajaran guru.

Gangguan emosi, tidak cukup rehat akan menyebabkan murid berasa gelisah atau rimas.

f)KUALITI GURU

(Guru yang berinisiatif serta kreatif, bahan serta alat bantuan mengajar akan menarik minat kanak-kanak.

(Guru yang kurang tegas serta tidak tetap pendiriannya sukar mendapat penghormatan murid-murid.

g)PERSEKITARAN SEKOLAH

(Bilangan murid yang ramai merumitkan guru mengawal disiplin murid-murid.

(Kesannya - setengah-setengah murid tidak dilayani oleh guru.

(Pihak sekolah yang amat menekankan peperiksaan, bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya akan menggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah dari segi akademik.

h)KELUARGA

(Ibubapa yang sibuk mengejar kekayaan, menghadiri majlis dan aktiviti sosial menyebabkan ibubapa tidak dapat memberikan perhatian yang sewajarnya kepada anak-anak mereka.

i)RAKAN SEBAYA

(Interaksi rakan sebaya akan terbawa-bawa ke dalam bilik darjah.

(Contoh, sifat-sifat social positif rakan sebaya juga akan menghasilkan seorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat.

5.5.5CADANGAN-CADANGAN MENGATASI MASALAH DISIPLIN

Memastikan semua murid sentiasa memenuhi masa mereka dengan tugasan yang berfaedah.

Mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin.

Mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak menggunakan alat bantu mengajar.

Menghormati murid-murid seperti manuasia biasa. Layanan baik yang diberikan akan merapatkan hubungan guru dan murid.

Memberi perhatian terhadap perbezaan individu.

Memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan dengan baik. Perasaan Berjaya dan diiktirafkan akan mengurangkan masalah disiplin.

Bersifat adil, tegas dan tekal ketika menyelesaikan masalah disiplin. Guru tidak harus menggunakan ugutan.

Berjenaka pada masa yang sesuai.

Teknik pengajaran yang berpusatkan guru perlu berubahkepada teknik berpusatkan murid-murid agar keperluan mereka dapat dilayani. Aktiviti yang dirancangkan hendaklah menarik minat serta menyeronokkan mereka.

Bahan pengajaran yang disediakan oleh guru perlulah sesuai dengan kebolehan murid-murid, tidak terlalu susah sehingga dengga mengecewakan mereka dan tidak terlalu mudah sehingga tidak mencabar langsung.

Penggunaan alat bantu mengajar perlu digiatkan oleh guru.

Bilangan pelajar harus dikekalkan kepada 35 orang dalam satu kelas.

Aras aspirasi bagi setiap murid perlulah realistik. Murid-murid berbeza dari segi kebolehan, minat dan bakat. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid-murid agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukan dengan murid-murid yang lain.

Hukuman dera tidak seharusnya digunakan.

Cuba meluangkan masa untuk mendengar masalah murid. Sesi kaunseling harus dijalankan.

Keadaan fizikal bilik darjah yang sesuai patut diwujudkan.

BAB 6:INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

6.1Definisi

Interaksi ~ satu process saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lan dengan alam sekitarnya.

Bilik darjah~ tempat process pengajaran dan pembelanjaran berlaku.

6.2CONTOH-CONTOH INTERAKSI

Contohcontoh interaksi yang boleh berlaku dalam bilik darjah ialah seperti berikut:

(i) Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya.

(ii) Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain.

(iii)Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka.

(iv) Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya melalui satu persembahan Power Point.

Menurut Flander(1970), terdapat tigajenis interaksi dalam bilik darjah iaitu:

(a) interaksi di antara individu

(b) interaksi di antara dengan alam sekitar.

Interaksi di antara individ dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada tiga Jenis iaitu:-

Rajah 1: Jenis interaksi dalam bilik darjahJadual 1: Teknik dan ciri jenis interaksiJenis interaksiGaya Teknik & Ciri-ciri

(a) Percakapan guru(i) Pengaruh

langsung~ secara bersyarah (memberi arahan &

mengkritik)

~ adalah satu hala sahaja & penglibatan

murid-murid adalah pada tahap minima.

(ii) Pengaruh

Tidak

langsung~ Secara menyoal (menerima perasaan &

memberikan dorongan)

~ untuk membina suasana interaksi yang positif

di dalam bilik darjah.

(b) Percakapan muridPelbagai hala~ Terdiri daripada tndas balas & respon murid

di mana mereka mengambil inisiatif sendiri

untuk melibatkan diri dalam process

pengajaran dan pembelanjaran.

~ Terdapat perbincangan sktif antara guru

dengan murid & murid dengan murid.

(c) Kesenyapan~ Secara senyap (kerana kekeliruan berlaku di

antara pihak guru dan murid)

~ Untuk memhentikan gangguan komunikasi di

antara guru murid

6.3JENIS JENIS INTERAKSI DAN KEPENTINGANNYA

Terdapat beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah, iaitu:-

I) Interaksi sehala/interaksi tradisional

II)Interaksi dua hala antara guru dan murid

III) Interaksi dua hala antara murid dan murid

IV)Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid

V)Interaksi berkomputer.

6.3.1INTERAKSI SEHALA/INTERAKSI TRADISIONAL

Berkait rapat dengan pendekatan/ teknik/ kaedah/ strategi yang digunakan oleh guru di dalam pengajarannya.

Cth: Jika guru mengamalakan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bi;ik darjah.

Ciri-ciri interaksi sehala:-

I. Corak interaraksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.

II. Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid

III. Murid-murid tidak terlibat dalam process pengajaran dan pembelanjaran secara aktif.

Rajah 2: Corak Interaksi Sehala

6.3.2INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA MURID DENGAN MURID

Guru menggunakan pendekatan yang berlaianan seperti perbincanagn atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.

Ciri-ciri interaksi Dua hala:-

I. Aktiviti pengajaran dan pembelanjaran bercorak aktif.

II. Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah.

III. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proces pengajaran dan pembelanjaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.

Rajah 3: Corak Interaksi Dua hala antara guru dengan murid

6.3.3INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA MURID DENGAN MURID

(Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosia grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam process pengajaran dan pembelanjaran, interaksi antara murid dengan murid dapatmemikirkandengan lebih banyak lagi.

(Ciri- ciri Interaksi Dua hala di antara Murid dengan Murid

I. Aktiviti pembelanjaran menjadi aktif dan dinamik.

II. Perhubungan antara murid dengan murid dieratkan

III. Interaksi guru dengan murid dihadkan kepada mengikut arahan guru sahaja.

IV. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tnpuan guru.

V. Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan saling bantu membantu di kalangan mereka

Rajah 4: Interaksi dua hala di antara murid dengan murid

6.3.4Interaksi Pelbagai Hala Antara Guru dengan Murid dan Murid dengan Murid.

Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, ujikaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.

Ciri-ciri penting:-

(i) Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

(ii) Penyertaan aktif murid dalam process pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Suasana yang kondusif untuk mengedalikan process pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 5: Interaksi Pelbagai Hala Antara Guru dengan Murid dan Murid dengan Murid

6.3.5INTERAKSI BERKOMPUTER

Proses pengajaran dan pembelajaran yang terkini ialah penggunaaan komputer dan internet serta aplikasi-aplikasinya.

Kepentingan komputer semakin menyerah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat membantu dalam proces pendidikan dan mengurus pengajaran serta dapat membantu dalam proses penilaian.

Kini - penggunaan komputer untuk pembinaan penilaian ujian iaitu sebagai bank item dan penjana item serta untuk menjalankan ujian ( computer adaptive testing CAT).

Ciri-ciri:-

A. Interaksi dalam bilik darjah menjadi lebih efesienuntuk guru menjalani ujian melalui komputer.

B. Ujian CAT dapat menjimatkan masa guru.

C. Interaksi murid dengan komputer membolehkan murid-murid mendapatkan maklum balas serta-merta mengenai tindak balas yang dipilih oleh mereka.

D. Guru dapat menyimpan rekod tentang keputuan murid murid secara tersusun dan sistematik.

E. Interaksi di dalam bilik darjah terhad kepada murid dengan komputer, dengan peranan guru sebagai pemudahcara.

6.4KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(i) Membolehkan guu memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

(ii) Aktiviti soal jawab dapat menggerakkan murid-murid berfikir memerlukan proses interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.

(iii) Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murud dalam bilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalah syarat pentingbagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan.

(iv) Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepadamurid-muridnya.

(v) Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang ditentukan.

(vi) Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan.

(vii) Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala.

(viii) Aktiviti kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat dijalnkan melalui interaksi di antara murid dalam kumpulan.

(ix) Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada.

6.5CARA MEWUJUDKAN INTERAKSI YANG BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

Cara-cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah iaitu;-

Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua hala.

Menggunakkan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif.

Memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dan canggih.

Memberikan ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dan canggih.

Memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara aktif dalam process pengajaran dan pembelajaran.

Menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam pengurusan dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana sesio-emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru dan murid-murid.

Pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandanagn kendiri.

Bersifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah.

Memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan lagi interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.

6.6KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

(Ditakrifkan sebagai satu process yang melibatkan penghantaran dan penerima maklumat (mesej) di antara dua pihak iaitu pengahntar dan penerima.

Satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada satu pihak yang lain(penerima).

merupakan perhubungan dan penerima di antara dua pihak, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak-geri.

Komunkasi antara manusia berlaku bila seorang itu bertindak balas (respon) kepada symbol atau isyarat.

Manusia selalu lupa lupa bahawa perbuatan dan tingkah lakunya merupakan mesej yang paling berkesan.

Sesuatu mesej yang dihantar kepada penerima tidak akan terhenti disitu saja, sebaliknya proses ini terus berlaku ia melibatkan elemen-elemen lain seperti keyakinana diri, pengalaman lalu, kebimbangan, keupayaan diri, jangkaan, kehendak dan keperluan manusia.

6.6.1JENIS-JENIS KOMUNIKASI

Rajah 6: Jenis-jenis komunikasi6.6.1.1 CIRI-CIRI KOMUNIKASI VERBAL:

1. Komunikasi berbentuk lisan.

2. Secara langsung di antara dua orang.

3. Melibatkan penggunaan bahasa.

4. Proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan dihantar daripada seorang individu kepada seorang atau sekumpulan pendengar.

5. Idea yang disampaikan oleh guru dalam komunikasi verbal mestilah jelas dan mudah difahami.

(Guru banyak menggunakan komunikasi verbak dalam bilik darjah.

6.6.1.2CIRI-CIRI KOMUNIKASI BUKAN VERBAL:-

1. Komunikasi bukan verbal terdiri daipada semua jenis bentuk tingkah laku yang bukan lisan dan tudak bertulis.

2. Terdiri daripada, gerakan anggota badan, mimic muka, atau sebaran komunikasi yang dibuat tanpa suara.

3. Terdiri daripada gerak isyarat seperti isyarat tangan, gerak kepala atau ungkap mata. Sebagai contoh, guru hanya perlu meletakkan jari di bibirnya apabila dia kehendaki murid-muridnya untuk berdiam.

4. Guru boleh menggunakan gerak isyarat positif atau negatif dalam bilik darjah.

5. Contoh gerak isyarat positif yang guru boleh memaparkan dalam bilik darjah ialah dengan menggangguk kepala dan bersenyum.

6. Contoh gerak isyarat negative yang guru boleh menunjukkan dalam bilik darjah ialah menggeleng kepala dan menuding jari kepada murid-muridnya sebagai satu bentuk peneguhan negatif.

6.6.2MODEL-MODEL KOMUNIKASI

Rajah 7: Model komunikasi asasa)MODEL CLAUDE SHANNON DAN WARREN WEAVER

(Menegaskan bagaimana satu konsep matematik dapat disampaikan daripada guru kepada murid.

Sumber maklumat yang disimpan dalam ingatan sipenyampai (guru) akan dihantar melalui satu pesanan/isyarat menggunakan alat pemancar(suara) dan isyarat mesej hendaklah sampai kepada otak penerima (murid) melalui telinganya.

Kadangkala, terdapat gangguan kepada pesanan yang menghalang mesej dihantar kepada penerima.

Rajah 8: Model komunikasi Claude Shanaan dan Warren Wearen(Model ini syorkan yang semua jenis komunikasi mempunyai enam jenis elemen:A. Punca makumat

B. Pemancar

C. Pesanan

D. Dstinasi

E. Penerima

F. Isyarat mesej

(Dikenali sebagai model transmisi dan resepsi maklumat.

(Mengikut model ini, keberkesanan proses penghantaran dan penerimaan pesanan bergantung kepada sumber gangguan yang boleh menjadi penghalang kepada komunikasi asas ini.

Contoh sumber gangguannya: Kebisingan yang berlaku dalam bilik darjah. Kesannya pesanan atau isyarat yang guru ingin sampaikan dan isyarat mesej yang diterima oleh murid mungkin tidak sama.

b)MODEL WILBUR SCHRAMM I(Satu sumber rangsangan mesti dienkodkan sebagai satu isyarat atau mesej oleh penyampainya.

(Penerima (destinasi) yang menerima pesanan ini perlu dekod mesej tersebut (mentafsir pesanan ini).

Rajah 9: Model Komunikasi Wilbur Schramm1(Model ini syorkan yang semua jenis komunikasi mempunyai lima jenis elemen:

1) Punca

2) Enkoder (pemerosesan secara mental pesanan yang dikeluarkan dari punca/sumber)

3) Isyarat/mesej

4) Decoder (memproses semula mesej supaya dapat difahami dan diterima.

5) Destinasi (penerima mesej)

Setiap pesanan bermula denagan rangsangan yang dikenali sebagai punca yang akan dienkod iaitumentafsir sumber yang hendak disampaikan.

Diikuti dengan penghantaran pesanan itu dalam bentuk isyarat, sama ada secara lisan atau bukan lisan.

Bila isyarat ini diterima oleh penerima, ia akan dekodkan isyarat tersebut untuk memahami pesanan yang dihanter kepadanya.

Mengikut Schramm, keberkesanan komunikasi di dalam bilik darjah banyak bergantung dalam ketepatan sesuatu sumber rangsangan dienkod oleh guru dan bagaimana didekod oleh murid-muridnya.

c)MODEL WILBUR SCHRAMM II

Direkacipta berasaskan Model Schramm I.

Satu lagi aspek dimasukkan iaitu bidang pengalaman (si penyampai pesanan) dan bidang pengalaman (si penerima pesanan).

Rajah 10: Model Komunikasi Wilbur Schramm II Isyarat (mesej) yang akan diterima dengan jelas bila pengalaman kedua-dua s penyampai dan si penerima bertindih.

Sebab - rangsangan yang dienkod dan mesej yang didekod adalah berdasarkan pengalaman bertindih yang terdapat di antara si penyampai dan si penerima.

Komunikasi berkesan hanya berlaku apabila sumber yang dienkod adalah sama dengan mesej yang di dekod oleh sipenerima.

Dalam sekolah pula, komunikasi yang berkesan hanya boleh berlaku di dalam bidang pengalaman bertindih di antara guru dan murid-murid.

d)MODEL SCHRAMM III

Dikembangkan daripada Model Schramm I dan II.

Tiga pihak yang bertindak sebagai penyampai mesej; pengenkod, pentafsir, dan pendekod

Pertukaran mesej atau pesanan bertukar-tukar di antara ketiga-tiga pihak ini.

Mereka yang terlibat akan mengubah peranan mereka daripada pengengkod (penyampai), pendekod (penerima) dan pentafsir.

Rajah 11: Model Komunikasi Wilbur Scramm III

Model ini mementingkan aktiviti perbincangkan dan soal jawab di antara guru dan murid.

Menegaskan bahwa kita bukan sahaja menerima pesanan tetapi juga mengintepretasikan dan mentafsir pesanan daripada pelbagai sumber.

Membuat intepretasinya yang tersendiri terhadap setiap pesanan yang diterima.

6.6.3GANGGUAN DAN HALANGAN KOMUNIKASI

(Terdapat beberapa gangguan dan halangan dalam process komunikasi. Beberapa gangguan ini adalah seperti yang berikut:-

a) Guru sukar berterus terang

b) Emosi guru yang tidak terkawal

c) Guru yang tidakmelayani maklum balas murid

d) Kebisingan dalam bilik darjah

e) Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang

f) Suasana bilik darjah yang kurang kondusif

6.6.4CARA MEWUJUDKAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

(Komunikasi yang berkesan d akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh si penyampai dapat diterima dan difahami oleh si penerima. dengan jelas.

Berkesan apabila wujudnya persefahaman ynag mendorong meningkatkan hubungan yang baik di antara mereka yang terlibat.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan kedua-dua jenis komunikasi (verbal dan bukan verbal) dengan berkesan.

Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal(Pujian) dan bukan Verbal (sentuhan dan Senyuman).

Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh guru dari semasa ke semasa.

Murid mesti mendapat mesej/arahan yang ingin disampaikan oleh guru dengan tepat.

6.6.4.1Amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah

(Guru mesti mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah.

(Menggunakan kaedah perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia drama.

(Menggunakan alat Bantu mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep dengan lebih berkesan.

(Menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan kemahiran menyoal yang berkesan.

Sekiranya maksud penyampai disalah tafsifkan oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua pihak tersebut.

Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, beliau perlu mempraktikkan prinsip-prinsip yang berikut:-

i) Berusaha untuk mendengar cadangan murid-muridnya.

ii) Memastikan bahawa tidak ada halanagn apabila guru menyampaikan pengajarannya.

iii) Mesti menolong membuka minda murid-muridnya supaya mereka dapat berkomunikasi denagn lebih senang.

(b)PERCAKAPAN MURID

(c) KESENYAPAN

(a) PERCAKAPAAN GURU

INTERAKSI DALAM

BILIK DARJAH

Guru

Murid

Guru

Murid

Murid

Murid

Murid

Murid

Murid

Guru

Murid

Murid

Murid

Murid

Komunikasi

(i) Komunikasi secara lisan (Verbal)

(ii) Komunikasi secara bukan lisan (Non-Verbal)

Empat model komunikasi asas

Model Claude Shannon dan Warren Weaver

Model Wilbur Schramm I

Weaver

Model Wilbur Schramm III

Weaver

Model Wilbur Schramm II

Weaver

Isyarat

Isyarat

mesej

Maklumat

Suara

Telinga

Otak

Pesanan

Gangguan

Punca rangsangan

Enkoder

Isyarat (Mesej)

Enkoder

Destinasi

Sumber

(rangsangan)

Enkodd

Isyarat

(Mesej)

Enkodd

Sumber

(rangsangan)

Bidang Pengalaman

(Penyampaian)

Bidang Pengalaman

(Penerima)

Pengenkod

Pentafsir

Pendekod

Pengenkod

Pentafsir

Pendekod

mesej

mesej