Pengurusan Dalam Bilik Darjah

11
PENGHARGAAN Kami amat bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnianya kami guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah berjaya untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus Edu 3043 Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Semasa menyiapkan tugasan ini, pelbagai ilmu dan maklumat yang telah kami perolehi berkenaan tajuk tugasan yang diberikan. Di samping itu, kami juga telah didedahkan dengan cara menulis yang betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menyiapkan tugasan ini. Setinggi – tinggi penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing kami En. Nur Suhaidy Bin Ramli kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna serta kritikan yang membina bagi menyempurnakan lagi hasil tugasan ini. Walaupun beliau bersibuk dengan lain – lain urusan tetapi beliau tidak jemu untuk memberikan bimbingan. Wajah yang segar beliau sentiasa memberikan satu inspirasi kepada kami untuk meneruskan tugasan kami. Pelbagai manfaat yang telah kami perolehi serta sedikit sebanyak telah membina semangat dan minat kami di dalam tugasan berkaitan dengan topik yang kami pelajari. Selain itu, tidak lupa juga bimbingan dan sokongan daripada rakan rakan turut banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Diharapkan kerja kursus ini sempurna dilaksanakan. Sekian,terima kasih.

description

EDU

Transcript of Pengurusan Dalam Bilik Darjah

PENGHARGAAN

Kami amat bersyukur kepada Tuhan dengan limpah kurnianya kami guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah berjaya untuk menyempurnakan tugasan kerja kursus Edu 3043 Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Semasa menyiapkan tugasan ini, pelbagai ilmu dan maklumat yang telah kami perolehi berkenaan tajuk tugasan yang diberikan.Di samping itu, kami juga telah didedahkan dengan cara menulis yang betul dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menyiapkan tugasan ini. Setinggi tinggi penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing kami En. Nur Suhaidy Bin Ramli kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna serta kritikan yang membina bagi menyempurnakan lagi hasil tugasan ini. Walaupun beliau bersibuk dengan lain lain urusan tetapi beliau tidak jemu untuk memberikan bimbingan. Wajah yang segar beliau sentiasa memberikan satu inspirasi kepada kami untuk meneruskan tugasan kami. Pelbagai manfaat yang telah kami perolehi serta sedikit sebanyak telah membina semangat dan minat kami di dalam tugasan berkaitan dengan topik yang kami pelajari.Selain itu, tidak lupa juga bimbingan dan sokongan daripada rakan rakan turut banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Diharapkan kerja kursus ini sempurna dilaksanakan.

Sekian,terima kasih.

Surat Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : .Nama : Tamil Selvi A/P Ramasami No KP (861111-23-5780)Tarikh : 22 September 2014

Tugasan 1

Mengikut Kamus Dewan (2005) pengurusan bermaksud mengurus sesuatu atau perihal mengurus. Ini membawa pengertian yang lebih luas kearah mengendalikan sesuatu agar lebih teratur dan tersusun. Dalam konteks pendidikan, pengurusan bilik darjah yang baik boleh menjurus kepada situasi yang lebih baik dan berprosedur sempurna untuk mencapai objektif-objektif aktiviti yang lebih berkesan dan bermakna. Pengurusan bilik darjah ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Keadaan fizikal bilik darjah seperti susun atur kerusi meja pelajar, jadual waktu mata pelajarandan tugasan, peraturan kelas, kemudahan asas, pencahayaan dan sebagainya seharusnya menggalakkan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Jadi sebagai seorang guru, perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas dan mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Susunan fizikal di dalam kelas boleh memberi sumbangan dari segi kawalan, perhubungan gurud engan murid dan sesama murid di dalam kelas malah mewujudkan keseronokan bekerja bersama-sama untuk mencapai sesuatu visi. Ini sangat sesuai sepertimana menurut Marland(1975), suasana fizikal di dalam bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaruhi tingkah laku murid malah ia juga boleh mempengaruhi sikap murid dan menyumbang kepada prestasi akademik murid.

Menurut kenyataan diatas, saya telah mengakaji satu video pengurusan kelas Negara Singapura. Menurut pemerhatian ini, saya telah mengetahui seseorang guru mempunyai amalan pengurusan bilik darjah yang berbeza.Teknik-teknik yang dimalkan oleh guru-guru tersebut membawa kekuatan dan juga kelemahan kepada para murid dalam pembelajaran.Melalui video tersebut, didapati bahawa sisitem pendidikan Negara Singapura menggunakan pendekatan teknologi maklumat yang canggih.

Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah dalam video tersebut adalah persekitaran fizikal. Dari segi aspek fizikal, Guru telah menyedikan kelasnya dengan penuh kondusif. Ini adalah salah satu kekuatan bagi guru tdari aspek pengurusan bilik darjah. Guru mewudjudkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang baik, bilik darjah tersebut dikemas dan disusun atur semua fasiliti dan sumber bahan pembelajaran yang terdapat di dalamnya. Meja Kelas telah disusun secara berpasangan dan juga kumpulan dengan penuh kemas dan rapi. Bukan sahaja ini, guru juga menyediakan papan kenyataan yang menunjukkan jadual rutin bilik darjah,peraturan bilik darjah, jadual waktu kelas, prestasi murid-murid dalam semua matapelajaran dan juga hasil kerja murid. Dengan memperkenalkan peraturan dan prosedur pada peringkat awal juga dapat membentuk murid mejadi lebih bertanggungjawab dan mempunyai disiplin kendiri yang tinggi.Keceriaan kelas tersebut juga amat baik dan kelihatanya sungguh bersih dan cantik. Guru menghiaskan kelasnya dengan alat-alat bantu mengajar (ABM) bagi memudahkan para pelajar untuk mengingat balik apa yang mereka pelajari sebelum ini. Bukan sahaja ini, bilik darjah ini dilengkapi dengan Penghawa dinding bagi mengelakkan kepanasan untuk murid-murid. Ini menyebabkan murid-murid dapat belajar dengan penuh berminat dan berfokus tanpa gangguan akibat kepanasan. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang negara meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan yang sesuai dan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

Suasana di bilik darjah negara tersebut dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid unruk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah. Dari aspek psikososial dalam kelas tersebut, murid belajar dalam suasana selesa dan mesra ,bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, guru sensitif dan peka kepada perbezaan individu.Guru juga mewujudkan suasana Suasana yang merangsang pembelajaran. Dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif seperti ini, kanak-kanak akan berasa seronok, terangsang untuk terlibat secara aktif, menumpukan perhatian terhadap pelajaran serta lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Keupayaan untuk mengurus persekitaran pembelajaran akan membolehkan guru berfungsi sebagai pendidik yang bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian prestasi akademik murid-murid tetapi dapat juga membentuk daya berfikir serta membina akhlak dan moral yang tinggi.

Seterusnya, teknik pengajaran yang diambil oleh guru dalam Negara Singapura juga menjadi kekuatan untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang. Pengajaran guru ini lebih mengamalkan pembelajaran bepusatkan murid. Di sini guru berperanan sebagai fasililator pembelajaran.Teknik ini dapat menimbulkan rasa minat murid untuk belajar kerana semua murid terlibat di dalam kelas. Guru tersebut juga memberi peluang kepada para murid untuk meluahkan isi-isi mereka yang diingini. Cara ini pasti menimbulkan rasa yakin setiap murid kerana murid dapat menyampaikan idea secara bebas. Murid juga terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka tanpa bosan. Guru dan murid membuat penilaian bersama melalui penghasilan portofolio,projek, serta persembahan dengan bertujuan untuk menggalakkan serta mendiagnosis pengajaran dan pembelajaran. Bukan sahaja ini,saya juga memerhati bahawa guru tersebut telah mengunakan Alat bantu mengajar secara kreatif mengikut keupayaan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini memudah para pelajar untuk memahami lebih teliti apa yang diajar oleh guru. Di sini guru ini dapat mengetahui tahap kemampuan murid.

Selain itu, hubungan Antara murid dengan guru dalam kelas ini amat baik. Mereka berkomunikasi secara bebas antara satu sama lain. Bukan sahaja ini, murid-murid ini tidak berasa takut ketika berkomunikasi dengan gurunya. Semakin kerap guru berhubung dan berkomunikasi dengan murid-muridnya, semakin besar kemungkinan guru dapat membantu murid untuk belajar pada aras yang lebih tinggi dan lebih cepat hasil pembelajaran akan dicapai.Konsep disiplin mempunyai berbagai-bagai tafsiran. Mengikut Oliva (1956), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman. Dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin murid-murid merupakan tanggungjawab utama guru. Dalam kelas negara Singapura mempunyai disiplin yang baik akan menjamin segala aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan-peraturan bilik darjah dan memastikannya sentiasa dipatuhi oleh murid-murid dalam bilik darjah. Kerja guru seperti menentukan peraturan-peraturan, mengawal murid-murid supaya mematuhinya dalam bilik darjah, menghukum murid yang melanggar disiplin merupakan jenis disiplin arahan guru.

Dalam kelas tersebut disiplin arahan guru ini mempunyai ciri autokratik, iaitu guru menunujkkan kuasa yang mutlak atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Murid-murid mematuhi segala arahan guru untuk menjamin kewujudan disiplin yang baik di dalam bilik darjah.. Dengan kata lain, di bawah disiplin arahan guru dalam kelas tersebut, murid-murid diwajibkan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.

Disiplin arahan kumpulan dalam kelas tersebut diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Sebagaimana yang telah diketahui, dinamika kumpulan dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Oleh itu, tingkah laku murid dalam kelas tersebut dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya. Proses penyesuaian mengikut norma satu-satu kumpulan akan berlaku, menghasilkan kawalan disiplin di antara ahlinya. Murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan itu akan disingkirkan. Proses penyesuaian dan penyingkiran yang berlaku antara ahli dalam dinamika kumpulannya menghasilkan disiplin arahan kumpulan. Guru dalam pengurusan bilik darjah negara Singapura, menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal murid. Guru dalam bilik darjah Negara Singapura telah menggunakan kaedah pengurusan grafik semasa menjalankan yang telah berlaku pada masa lampau.Terdapat banyak bentuk pengurusan grafik yang boleh digunakan seperti peta, gambar, rajah dan jadual yang boleh menjelaskan maklumat dalam format grafik. Pengurusan grafikboleh dijadikan alat untuk menjana idea, sumbang saran, menganalisis cerita, menganalisis watak, membanding beza maklumat, merancang sesuatu projek, mencerkinkan konsep serta melihat hubung kait sesuatu maklumat. Penyusunan maklumat menggunakan pengurusan grafik boleh memudahkan proses pembelajaran murid.

Disiplin arahan kumpulan juga boleh diwujudkan dalam aktiviti kumpulan, misalnya semasa sekumpulan murid menjalankan aktiviti pengayaan atau melaksanakan sesuatu kerja projek. Dalam aktiviti tersebut, tugas kawalan disiplin murid biasanya diserahkan lepada ketua kumpulan mereka. Di bawah kawalan ketua kumpulan, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik, teratur serta licin. Keadaan seperti ini boleh disamakan dengan kewujudan disiplin arahan kumpulan dalam kalangan kumpualan mereka.Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik, menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik perhatian dan melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantuan mengajar perlu dapat merangsang minat pelajar terhadap pembelajaran.

Susun Atur Tempat DudukSebagai seorang guru, anda bertanggungjawab untuk menyusun atur tempat duduk pelajar anda. Bagaimanakah caranya? Atur tempat duduk supaya membolehkan anda memerhati dan memudahkan pergerakan untuk mendekati pelajar. Buat kontak mata dengan pelajar sama ada semasa pengajaran atau apabila berkomunikasi dengan kelas atau pun dengan individu. Adakah ini menjadi amalan anda?

Prihatin terhadap pelajarAdalah penting untuk anda membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa ke semasa untuk memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah dengan tugasan mereka atau memerlukan bantuan anda. Jika keadaan ini berlaku, beri sokongan anda supaya mereka akan teruskan dengan kerja masing-masing. Guru juga perlu menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan pelajar sama ada besar atau kecil. Di sini jelas diperhatikan bahawa sentuhan peribadi adalah lebih berkesan berbanding dengan memanggil nama pelajar.

Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea.Menggalakkan pembelajaran koperatif.Peluang yang sama untuk semua pelajar.