Pengurusan dan keusahawanan

10
REFLEKSI HHHC9701 PENGURUSAN DAN KEUSAHAWANAN Nama: Nor Syakirra binti Mohd Kamil No. Matrik: GA01740 Jawatan disandang: AJK Biro Acara/ Pengacara Majlis Emel: [email protected] Pensyarah Pembimbing : Dr. Adi Irfan

Transcript of Pengurusan dan keusahawanan

Page 1: Pengurusan dan keusahawanan

REFLEKSI

HHHC9701 –PENGURUSAN

DAN KEUSAHAWANAN

Nama: Nor Syakirra binti Mohd Kamil

No. Matrik: GA01740

Jawatan disandang: AJK Biro Acara/

Pengacara Majlis

Emel: [email protected]

Pensyarah Pembimbing : Dr. Adi Irfan

Page 2: Pengurusan dan keusahawanan

HASIL DAPATAN

Saya Nor Syakirra binti Mohd Kamil, nombor matrik GA01740 pelajar perubatan UKM-

UNPAD 2013 telah melaksanakan kerja kursus Pengurusan dan Keusahawanan – HHHC9701.

Saya telah melibatkan diri dalam program “Under One Roof (UOR)” di Desa Cikeruh,

Jatinangor, Bandung, Indonesia pada tanggal 13 April 2014 yang lalu.

Dalam program ini, saya merupakan ahli jawatankuasa biro acara dan juga merangkap

pengacara majlis dalam program tersebut. Tugas mengacara majlis bukanlah suatu pekerjaan

yang mudah kerana saya telah diberi kepercayaan untuk membuka majlis dan seterusnya

membimbing majlis sehingga selesai mengikut aturcara yang telah ditetapkan. Oleh itu, demi

memastikan kelancaran program UOR tersebut, saya telah bertanggungjawab untuk

berkomunikasi dengan tetamu jemputan dan para peserta program sewaktu aktiviti.sedang

berlangsung.

Program UOR ini telah sedikit sebanyak melatih saya dalam berkebolehan menguruskan

operasi program. Saya bersama dengan rakan-rakan saya daripada biro acara telah bergabung

idea untuk merancang pelbagai aktiviti yang menarik khusus untuk para peserta program.

Hasilnya, kami telah merancang permainan seperti tarik tali, bulatan gembira dan boling kelapa

yang bertujuan mengeratkan hubungan pelajar UKM-UNPAD 2013 dengan keluarga angkat di

Desa Cikeruh. Seterusnya, setiap ahli biro acara juga perlu menjadi moderator untuk satu

permainan yang telah dirancang. Misalnya, saya telah menjadi pengendali permainan tarik tali

dan telah berhasil menjayakan permainan tersebut bersama-sama para peserta program.

Page 3: Pengurusan dan keusahawanan

Selain berkebolehan menguruskan operasi program, ciri-ciri pengurusan dan keusahawan

yang telah saya terapkan dalam program UOR ialah kebolehan dalam memasarkan program. Hal

ini dapat dilakukan apabila saya telah bekerjasama dengan rakan-rakan dariapada biro lain dalam

melaksanakan program sehingga berjaya. Perbincangan secara musyawarah telah dilakukan

dalam memilih jenis program yang bakal dilakukan sehingga terlaksananya UOR. Saya dan

rakan daripada biro acara khususnya telah bekerjasama dengan pelbagai biro untuk tujuan

memasarkan program. Sebagai contoh, setelah siap merancang aktiviti program yang bakal

diadakan dan menyusun aturcara majlis, kami telah berbincang dahulu bersama dengan majlis

tertingggi program sebelum dapat dilaksanakan pada hari kejadian. Biro komunikasi juga telah

bekerjasama untuk mencari lokasi yang sesuai untuk menjalankan program. Seterusnya, biro

logistik membantu dalam menyediakan peralatan yang telah kami senaraikan untuk aktiviti

sukaneka. Sehari sebelum 13 April 2014, satu perjumpaan telah diadakan untuk memberi

taklimat ringkas kepada seluruh biro tentang perjalanan program pada keesokan harinya, yang

telah disampaikan oleh ahli biro acara.

Program UOR juga telah membantu memantapkan kemahiran komunikasi saya.

Kemahiran komunikasi yang baik juga merupakan salah satu ciri-ciri keusahawanan. Seorang

usahawan seharusnya boleh menerangkan, berbincang dan memasarkan produk mereka. Apabila

saya bertugas sebagai pengacara majlis, saya merasa lebih yakin dan berani untuk berdepan

dengan ramai orang walaupun kekangan bahasa yang dihadapi warga Desa Cikeruh dalam

memahami bahasa dari Malaysia dan saya juga merasakan hal yang sama apabila mahu

berkomunikasi dalam bahasa Indonesia.

Kesimpulannya, saya merasa sangat berpuas hati menyertai program UOR ini kerana

banyak kemahiran terutamanya dalam bidang pengurusan dan keusahawanan yang telah saya

Page 4: Pengurusan dan keusahawanan

pelajari. Semoga kemahiran-kemahiran ini dapat saya manfaatkan pada masa hadapan tidak kira

dalam profesi yang saya ceburi atau selain daripadanya.

Page 5: Pengurusan dan keusahawanan

PEMBUKTIAN PERLAKSANAAN PROGRAM

UNDER ONE ROOF (UOR) 2014

Bersama-sama seorang rakan biro acara untuk mengendalikan permainan “ice-breaking”.

Page 6: Pengurusan dan keusahawanan

Moderator “ice-breaking” oleh biro acara.

Page 7: Pengurusan dan keusahawanan

Pengacara majlis penutup UOR

Page 8: Pengurusan dan keusahawanan

Perbincangan kecil antara ahli biro acara dalam penyelasaian masalah berbangkit ketika

program

Page 9: Pengurusan dan keusahawanan

Menjadi pengacara majlis ketika penyampaian sumbangan kepada 5 buah keluarga

terlibat.

Page 10: Pengurusan dan keusahawanan

Sesi bergambar bersama-sama semua biro program UOR, anak-anak panti asuhan

Simpay Asih dari program RAINBOW dan keluarga-keluarga di Desa Cikeruh, Jalan

Sayang.