Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

16
7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 1/16 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian, kerana menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pembolehubah pengurusan seperti kepimpianna gruru besar adalah pengaruh utama dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi.( Morphet et al, 1982). Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Griffiths(1959) , menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

Transcript of Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

Page 1: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 1/16

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Pentadbiran dan pengurusan sekolah merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian, kerana

menurut kajian- kajian yang telah dijalankan di Malaysia, pembolehubah pengurusan seperti

kepimpianna gruru besar adalah pengaruh utama dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian

akademik pelajar. Menurut Peter F. Drucker, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk

mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk

mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong oleh pandangan

yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi.(

Morphet et al, 1982).

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah

tersangat penting. Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik

dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama

ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak

formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami

terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

Griffiths(1959) , menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua

organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.

Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal

daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang

ditentukan. Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah

organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

Page 2: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 2/16

Dalam konteks pentadbiran, pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat. Jabatan

Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat. Kita seharusnya

mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan

sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan

membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik.

Mengikut Knezevich (1974),pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan

mengenal pasti, menyelenggarakan, merangsang, mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun

tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material kedalam satu sistem yang kukuh dengan

tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan

Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) pula berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan

ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamatyang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Jadi secara ringkasnya matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah

untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh

sekolah, jabatan pendidikan, institute pendidikan guru dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak

boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu

organisai untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan

mengekalkan struktur organisasi.

Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar

ganti. Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses mengarah, mengawal

sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan

kerana ia lebih menitikberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan.

Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya. Jadi secar ringkasnya

saya dapat rumuskan, perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah

Pengendalian, Matlamat, Kualiti atau mutu, dan juga keberkesanan apa yang telah dirancangkan.

Tugas Pentadbiran Sekolah

Terdapat banyak pendapat yang menyenaraikan tugas pentadbiran sekolah, tetapi

Page 3: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 3/16

hanya tiga yang di ambil iaitu :

1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )

2. Clark (1977)

3. Kimbraugh & Nunnery (1976)

L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 )

Menyenaraikan tugas-tugas pentadbiran sebagai‘POSDCORB’ . Akroni ini diwujudkan dengan

merangkumkan huruf-huruf pertama perkataan - perkataan : planning {P}, organizing {O}, staffing {S},

directing {D}, coordinating {CO}, reporting {R}, dan budgeting {B}. Penerangan lanjut adalah seperti

berikut :

Merancang {planning}, iaitu menentukan perkara yang mesti dilakukan dan cara melaksanakannya.

Mengelola {organizing}, iaitu membentuk satu struktur formal tentang pembahagian kuasa dalam

menyempurnakan tugas aktiviti yang telah dirancang.

Mengisi tenaga {staffing}, iaitu fungsi tentang tenaga pekerja seperti melantik baru atau melatih

pegawai yang sedia ada dan juga mengatur suasana tempat kerja yang memuaskan.

Mengarah (directing),iaitu tugas membuat keputusan dan memberi arahan dan tunjuk ajar kepada

kakitangan.

Menyelaras (coordinating ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasa atau bawahan melalui

rekod-rekod kajian dan pemerhatian

.Melapor (reporting ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atas bawahan melalui rekod-

rekod kajian dan pemerhatian.

Merangkakan belanjawan (budgeting) iaitu mengendalikan urusan kewangan dari segi peruntukan ,perbelanjaan dan kawalan.

Clark (1977)

Page 4: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 4/16

 

Empat lagi tugas pentadbiran telah dikenal pasti , iaitu komunikasi , hubungan awam ,penilaian dan

membuat keputusan. Clark juga telah merumuskan fungsi pentadbiran bertumpu kepada :

1. Menggubal dan menjelaskan falsafah , matlamat dan polisi organisasi

2. Membentuk struktur formal dan tidak formal dalam menggunakan sumber-sumber manusia dan

lain-lain dengan cekap , penyerahan autoriti dan perkongsian tanggungjawab.

3. Merancang untuk membuat jangkaan dan menyesuaikan perubahan-perubahan

dalam matlamat dan polisi .

4. Mengekalkan komunikasi yang berkesan antara individu di dalam organisasi dan

 juga di luar organisasi.

5. Mengubal polisi yang meluas tentang prosedur dan kandungan program.

6. Menyediakan polisi yang meluas tentang keperluan-keperluan personel

kecekapan standard kakitangan , polisi latihan , gaji dan lain-lain.

7. Mendapatkan sumber-sumber kewangan dan menjelaskan polisi penggunaan dan perbelanjaan

wang.

8. Menilai prestasi.

Page 5: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 5/16

9. Mewujudkan proses kawalan mutu kerja. Proses pentadbiran berikut, iaitu merancang, membuat

keputusan , komunikasi, mengawal dan menilai berfungsi dalam satu pusingan yang di sebut pusingan

tugas- tugas pentadbiran ( lihat rajah di bawah).

Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat keputusan serta memberitahu

keputusan yang telah diambil ,mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah

ditentukan dan menilai kembali aktiviti- aktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua menjalankan

fungsi pentadbiran sekolahnya.

Kimbrough dan Nunery (1976)

Beliau telah menyenaraikan langkah bagi sesuatu petadbiran iaitu Merancang, Membuat keputusan,

Komunikasi, Mengawal dan juga Menilai .

Secara amnya memang telah terdapat penjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan , iaitu membuat

keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan , membentuk perancangan menurut matlamat yang

telah ditentukan , mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan , mengadakan faktor-faktor

motivasi yang boleh mendorong kakitangan , mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan

semangat dan membuat penilaian antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya

kelemahan dan penyelewangan dapat diatasi.

Tugas Pengurusan Sekolah

Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap

dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi

yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua

sumber dengan berkesan.

Page 6: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 6/16

Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan

aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja

dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara

langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran

pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama.

Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan

kualiti generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian

Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar yang

bukan sahaja berkemampuan untuk terlibatn dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang

sama generasi pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang.

Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan

pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang dan harmonis yang

bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji, tetapi dalam

masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan.

Peranan Guru Besar

Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan

ialah memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma

dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR.

membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka

untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan

falsafah dan matlamat pendidikan tersebut.

memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat

memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada

secara tersurat atau tersirat.

Page 7: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 7/16

mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita- cita dan

kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah.

membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan

komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.

menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang

diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik

pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.

Peranan Guru

Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan

Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati dii bilik-bilik

kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar.

Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai

pengetahuan dan kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran

iaitu:

1. Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses

pembelajaran.

2. Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif 

dan inovatif.

3. Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta

bersistematik.

4. Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang

lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran.

Page 8: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 8/16

5. Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan teknologi

pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran.

6. Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan

hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran.

7. Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap

perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan.

8. Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang,

mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan.

9. Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai

nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran.

10. Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang

rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam

menjalankan tugas.

11. Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej

kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek

motivasi diri.

12. Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat

sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.

Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah.Pendekatan yang

dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick Taylor(1856-1915).Penyumbang-

penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank Gilberth. Pendekatan ini timbul disebabkan oleh

masalah dalam revolusi industry pada tahun 1900.

Page 9: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 9/16

 

Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat profesionalisme dalam

pengurusan. Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar sebagai bapa pengurusan SAINTIFIK.

Beliau yang berasala dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja

iaitu di Midvale Steel Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera.

Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah:

1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan

2. Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak.

3. Gaji seimbang dengan kerja

4. Perlu memotivasikan pekerja.

5. Masa yang standard bagi semua pekerja.

6. Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran.

7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja.

8. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan.

9. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerja.

Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan demokrasi yang

merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk mengurus guru secara individu dan

kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecilselalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang

luas.

Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu

mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik.Semua individu yang terlibat

dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak

tindakan yang perlu dilaksanakan.

Page 10: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 10/16

 

TOTAL QUALITY MANAGEMENT

Definasi Kualiti

Sebelum kita memahami apakah itu TQM, kita per/u memahami maksud kualiti terlebih dahulu

kerana ia merupakan asas kepada konsep dan falsafah pengurusan ini. Terdapat pelbagai definisi yang

telah diberikan oleh guru-guru kualiti, daripada negara Amerika Syarikat dan Jepun, seperti Deming,

Crosby, Garvin, Juran, Imai,daN Kanji. Menurut, Deming (tt): tahap kepiawaian dan kebergantungan

terhadap kos yang rendah untuk disesuaikan bagi tujuan pasaran. Crosby (1979): menepati kehendak

pelanggan (conformance to requirements) tetapi pada tahun 1992, beliau mentafsir kualiti sebagai apa

yang telah dipersetujui oleh semua individu. David Garvin (1988): ciri-ciri yang dinyatakan seperti bagus,

berdasarkan produk, pengguna, pengeluaran atau nilai. Menurut Garvin lagi, ciri-ciri kualiti boleh

dikenalpasti daripada lapan dimensi iaitu: kebolehpercayaan (reliability), penepatan (conformance),

ketahanan (durability), keupayaan perkhidmatan (serviceability), estetik, persembahan, ciri-dri asas

produk atau perkhidmatan dan kualiti yang dijangka (perceived quality). Imai (1986): apa-apa sahaja

yang boleh diperbaiki. Juran (1988): kesesuaian dalam penggunaan (fitness for use).Kanji (1998): satu

konsep yang relatif di mana orang yang berbeza mempunyai tanggapan yang berlainan.

Secara ringkasnya, setiap definisi yang diberikan oleh guru kualiti yang berbeza memberi takrifan

kualiti yang berbeza tetapi pacta asasnya, ia memfokuskan kepada memenuhi kehendak pelanggan. Inibermakna, kualiti boleh ditakrifkan dalarn pelbagai ciri bergantung kepada kehendak-kehendak

pelanggan yang berbeza terhadap produk atau perkhidmatan yang mereka ingini. Sekiranya syarikat

dapat memenuhi kehendak mereka dan memastikan kualiti dipertingkatkan, hasilnya ialah kepuasan

dan kesetiaan pelanggan yang tidak berbelah bagi.

Definisi TQM

Menurut Kanji (1998), TQM merupakan satu cara hidup bagi sebuah organisasi yang komited

kepacta kepuasan pelanggan dan usaha ini dilakukan melalui proses peningkatan berterusan. Ia

merupakan satu budaya korporat yang bercirikan peningkatan ke atas kepuasan pelanggan melalui

penekanan terhadap aktiviti-aktiviti peningkatan berterusan di mana kesemua pekerja dalarn syarikat

tersebut menyertai aktiviti-aktiviti tersebut dengan aktif. Pada masa yang sarna, terdapat takrifan yang

Page 11: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 11/16

berbeza mengenai TQM tetapi pada dasarnya, terdapat beberapa persefahaman seperti TQM

merupakan satu budaya dalam sesebuah organisasi di mana ia menekankan kepada penglibatan

menyeluruh, memfokus kepada pelanggan, penggunaan alat saintifik dan aktivitiaktiviti peningkatan

berterusan dan inovasi.

Bagaimana TQM Mula DikenaIpasti

Pengasas kepada konsep TQM ialah W. Edwards Deming (1900-1993), seorang jurutera rakyat

Amerika Syarikat. Pada Peringkat awal, idea-idea beliau tidak dihiraukan oleh kebanyakan syarikat

pengeluaran Amerika tetapi dalam tahun 1950, beliau telah dijemput ke Jepun untuk memberi

beberapa siri syarahan mengenai aplikasi statistik terhadap proses-proses pengeluaran. Sejak itu,

tercoraklah sejarah dunia di mana negara Jepun telah menyedari adanya potensi TQM ini dalam

membantu pembangunan negara mereka yang telah dimusnahkan dengan teruk dalam peperanganDunia Kedua.

Hasilnya, pada akhir tahun 1980an, Jepun yang dahulunya merupakan sebuah negara yang tidak

mempunyai sumber asli dan tanah yang mencukupi untuk pertanian telah menjadi sebuah negara

industri ke dua terbesar di dunia dengan kelebihan dagangan sebanyak $50 billion dan ke tiga

tertinggi daripada segi pendapatan kasar per kapita di dunia. Negara Amerika Syarikat mula menyedari

kesilapannya apabila ia telah kehilangan pasaran kepada negara Jepun terutamanya dalam pengeluaran

kereta.

Ia juga telah kehilangan peranannya sebagai pembekal dunia. Kesan yang paling buruk ialah pusat

kewangan dunia yang dahulunya berpusat di bandar New York telah berpindah ke bandar Tokyo.

Revolusi ini terjadi kerana negara Amerika Syarikat terlalu menekankan kuantiti, tidak kepada kualiti.

Sebaliknya, syarikat-syarikat Jepun pula adalah lebih inovatif, kos efektif dan berupaya untuk memenuhi

kehendak pelanggan. Bayaran untuk tenaga buruhnya pula adalah lebih murah sedangkan tenaga kerja

buruh negara Amerika Syarikat adalah lebih mahal dan kurang mahir berbanding dengan negara-negara

lain.

Faedah-faedah TQM

Page 12: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 12/16

Terdapat banyak faedah yang dapat diperolehi daripada pelaksanaan TQM seperti pengurangan

dalam kerja semula; kesilapan; penangguhan; kos; pusing ganti 70 Pengurusan Kualiti Menyeluruh:

Satu Perbandingan pekerja dan jualan, peningkatan dalam kadar kepuasan pelanggan dalaman dan

luaran; keuntungan dan kecekapan, penggunaan mesin dan bahan mentah yang lebih baik, kualiti

produk yang lebih baik pada harga yang lebih rendah, syarikat dapat mengekalkan kedudukannya dalam

pasaran dan hasilnya, ia dapat menawarkan lebih banyak pekerjaan.

Selain daripada itu, terdapat faedah-faedah tidak boleh nampak (intangible) seperti peningkatan imej

syarikat, kemahiran berkomunikasi, pengetahuan mengenai pekerjaan dan produk, hubungan pelanggan

dan pembekal, pengurusan data serta kemahiran pengurusan proaktif.

Faedahnya pula pada sekolah adalah tahap peningkatan pencapaian sekolah dapat dicapai kerana

pengelibatan guru, pihak pentadbir, ibubapa dan juga pelajar dapat disatukan bagi mencapain matlamatyang diinginkan, semua mendapat kepuasan masing- masing dan dapat bekerja dalam situasi yang

selesa dan sihat.

Pentadbir dengan tugasnya sebagai pentadbir, guru menjalankan amanah dengan pebuh integrity,

pelajar dapat belajar dengan baik dan ibubapa berpuashati dengan ape yang telah diberikan oleh pihak

sekolah. Jadi dengan ini ianya dipanggil “win- win situation” iaitu masing masing mendapat hak masing-

masing tapi mereka tidak alpa akan tanggungjawab yang telah diamalkan.

Prinsip-prinsip TQM

Guru-guru TQM baik dari Amerika Syarikat mahupun Jepun telah memberi asas kepada konsep dan

falsafah TQM ini. Setiap guru mempunyai idea yang berbeza mengenai kualiti dan TQM yang boleh

disintesis dan diintegrasikan bagi kegunaan organisasi. Secara keseluruhannya, terdapat dua prinsip

penting dalam TQM iaitu penyertaan menyeluruh dan peningkatan berterusan.

Prinsip Pertama: Penyertaan Menyeluruh (Total Involvement)

TQM menekankan kepada penyertaan kesemua individu yang terdapat dalam sesebuah organisasi

sebagai satu langkah untuk mencapai kualiti yang dikehendaki. Jika disekolah pihak yang terlibat adalah

pihak pengurusan, guru, ibubapa dan juga murid.

Page 13: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 13/16

 

Kumpulan Pertama: Pihak Pengurusan

Disekolah pihak pengurusan adalah terdiri daripada pihak pentadbir iaitu guru besar, pengetua,

penolong kanan 1, penolong kanan HEM, penolongn kanan KO dan juga ada sesetengah sekolah

mempunyai penolong kanan pendidikan khas. Tugas mereka adalah merancang dan memastiksn

bagaimana untuk mengerakkan semua isi sekolah untuk mencapai objektif atau tujuan yang telah

dirancangkan, jadi mereka akan memikirkan jalan yang sesuai, belanjawan, aktiviti, dan sebagainya

untuk mencapai matlamat tersebut. Masing- masing mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam

memastikan matlamat tercapai, selain itu mereka juga perlu memikirkan bagaimana untuk menarik hati

guru- guru lain untuk turut sama bekerja sama, ada yang menawarkan bentuk ganjaran, anugerah guru

cemerlang dan sebagainya. Ia secara tidak lansung membangkitkan mood kerja yang lebih bagus dalam

melaksanakan pekerjaan yang diamanahkan. Pihak pengurusan juga perlu memastikan guru-guru

mereka setia kepada sekolah kerana mengikut konsep TQM, keanggotaan yang setia akan menghasilkan

pelanggan (pelajar dan ibubapa) yang setia. Mereka juga perlu mendedahkan pekerja kepada rnisi, visi

organisasi, nilai, objektif dan polisi kualiti, kaedah atau teknik -teknik TQM dan

Kumpulan kedua : Guru

Guru mempunyai kedudukan yang terbaik untuk meningkatkan kualiti, mengurangkan

permasalahan dan juga ancaman. Guru merupakan kunci kepada peningkatan berterusan kerana semuaguru mempunyai idea yang berharga yang boleh dikongsi bersama kerana mereka terdedah secara

langsung kepada prosedur-prosedur dan proses-proses kerja. Oleh itu, mereka lebih mengetahui

bagaimana untuk menangani masalah pelajar dan pada masa yang sarna cuba untuk meningkatkan

kualiti kerja mereka juga. Sebagai seorang guru yang baik, mereka sangat peka dengan maslah yang

berlaku keatas murid mereka, jadi jika masalah dapat ditangani maka sekolah tidak mempunyai masalah

untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Guru yang kompeten merupakan aset sekolah yang

perlu dibangunkan dan mereka bukanlah komoditi yang digunakan. Guru akan menjadi lebih

bertanggungjawab dalam pekerjaannya mendidik pelajar sekiranya mereka dilatih, diberikan

kepercayaan dan autoriti yang sepatutnya.

Kumpulan Ketiga: Pelajar

Page 14: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 14/16

Kemampuan seorang pelajar dalam memastikan keberjayaan sesebuah organisasi adalah

bergantung kepada kecekapan system pengurusan dan cara seseorang guru itu mengajar. Jika guru

mengajar dengan baik maka prestasi pelajar akan meningkat dan sekaligus mencapai matlamat sekolah

untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang. Selain belajar, pelajar juga harus diterapkan dengan

pelbagai ilmu sampingan seperti kepimpinan, ko kurikulum, dan pelbagai lagi bagi melahirkan modal

insan yang sempurna. Ini bermakna pelajar juga memainkan peranan yang penting dalam TQM di

sekolah. Jika hanya guru dan pihak pentadbiran sahaja yang cemerlang tetapi pelajarnya tunggang

langgang maka matlamat yang ingin dicapai tidak akan berjaya.

Kumpulan Keempat: Ibubapa

Ibubapa merupakan penilai utama untuk pengurusan sekolah. Ibubapa yang prihatin terhadap

persekitaran sekolah anaknya akan sentiasa memantau iklim sekolah tempat anak mereka belajar,mereka akan selalu bertanyakan kepada guru kelas atau pihak pengurusan tentang perjalanan

pembelajaran anak- anak mereka. Jika ibubapa prihatin seperti ini akan menghasilakan persekitaran

sekolah yang lebih baik kerana mereka akan bersama- sama sedaya upaya untuk memastikan

kecemerlangan anak mereka. Ibubapa yang prihatin ini kebiasaannya akan menyokong semua aktiviti

sekolah dan akan memberikan sokongan moral yang kuat dalam apa sahaja program yang sekolah

 jalankan. Persatuan ibiubapa dan guru (PIBG) juga akan menjadi hebat kerana ibubapa akan berkerja

sama untuk memastikan kecemerlangan sekolah berada di tahap yang paling bagus. Jadi pihak

pentadbiran haruslah bijak mengatur strategi bagi mendapatkan pengelibatan penuh warga ibubapa ini.

 jika ibubapa dapat bekerjasama dengan baik dengan pihak sekoloah nescaya apa yang di impikan pasti

akan menjadi kenyataan oleh pihak sekolah.

Prinsip Kedua: Peningkatan Berterusan (Continuous Improvement)

Peningkatan berterusan hanya dapat dicapai sekiranya organisasi sekolah mengarnbil usaha

untuk mempertingkatkan proses dan operasi sekolah dengan penggunaan inovasi bersertakan

pembuangan aktiviti -aktiviti yang tidak mendatangkan manafaat (non-value added). Ini dapat dilakukan

melalui beberapa aktiviti, contohnya peningkatan proses, pihak pengurusan boleh mencuba

mengadakan sesuatu proses atau perubahan yang baru dalam sekolah dengan persetujuan semua

anggota contohnya mengadakan program keluarga angkat dimana setiap warga sekolah mempunyai

keluarga angkat masing- masing yang mana keluarganya terdiri daripada semua warga sekolah, baik

pelajar, guru, kakitangan am, dan juga kakitangan sokong.

Page 15: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 15/16

 

Ini bermakna semua warga sekolah tidak akan terlepas dari program ini, masing- masing mempunyai

tangunggjawab untuk menjaga, membimbing, bertanyakan masalah dan pelbagai lagi, ini mungkin akan

menyusahkan pihak pengurusan sekolah tapi kesannya pada warga sekolah cukup besar. Contoh kedua

ialah guru menyambut kedatangan murid ke sekolah pada waktu pagi dan juga balik sekolah, kesannyasangat besar dimana jika ada ibubapa yang melihat perkara ini dengan serius akan berpendapat bahawa

guru sekolah tempat anak mereka belajar begitu prihatin dan sangat menyayangi anak mereka sehingga

sanggup tunggu dipagar sekolah dan sanggup menghantar anaknya pulang dari sekolah, selain itu juga

keselamatan pelajar juga terjamin.ibubapa akan berasa lega melepaskan anaknya datang ke sekolah

kerana tahu guru- guru ini amat menyayangi anak mereka.

Selain itu juga untuk peningkatan TQM yang berterusan aktiviti yang boleh juga diadakan ialah

mewujudkan kumpulan kualiti (QCC) dimana telah dilantik satu pasukan yang diamanahkan untuk

sentiasa menjaga kualiti sekolah contohnya ada skuad yang menjaga bahagian kualiti barang- barang

milik sekolah, kualiti program- program sekolah yang telah dijalankan, dan bermacam lagi. Ini bertujuan

untuk emnjaga kualiti sekolah, contohnya jika ada pelawat atau nazir datang ke sekolah semua bang

yang hendak dilihat telah disediakan cotohnya jika nazir ingin melihat asset sekolah maka guru yang

ditugaskan untuk menjaga kualiti asset sekolah akan kehadapan untuk menerangkan secara lebih lanjut

tentang asset sekolah, jika ianya berjaya ini bermakna guru tersebut begitu cakna akan apa yang

diamanahkan kepadanya, dan ini menunjukkan bahawa kualiti sekolah sentiasa dijaga dan

dipertingkatkan. Seterusnya sistem cadangan, setiap guru haruslah menyumbangkan cadangan bagi

meningkatkan lagi kualiti sekolah, semua isi sekolah ada hak untuk menyuarakan d\cadangan mereka

dalam memastikan apa yang ingin dicapai menjadi reality. Mungkin ada daripada cadangan- cadangan

tersebut boleh diambil guana untuk meningkatkan lagi perstasi sekolah.

Anugerah dan penghargaan juga dapat meningkatkan kualiti secara berterusan, sekarang

abnayk anugerah dan penghargaan telah dibuat bagi menaikan lagi semangat guru- guru untuk lebih

bersemangat melakukan kerja, antaranya anugerah pengkhidmatan cemerlang, guru cemerlang dan

sebagainya. Ini secara tidak lansung dapat melahirkan iklim persaingan yang bagus dalam mencapai

anugerah yang telah dibuat, peningkatan kualiti juga bertambah kerana semua guru akan berebut- rebut

untuk jadi cemerlang dan ini akan menguntungkan pelajar dimana mereka akan mendapat sesuatu yang

terbaik dari gurunya. Sekolah juga akan menerima pelbagai anugerah yang telah dibuat seperti sekolahamanah, sekolah cemerlang, sekolah klauster, sekolah berprestasi tinggi dan sebagainya. Sesungguhnya

semua anugerah ini sememangnya menjadi sasaran oleh pihak pentadbir dan juga juga anggota dalam

sekolah kerana ia akan menaikkan status sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang disegani berbanding

sekolah- sekolah lain. Penanda aras juga boleh dijalankan bagi memastikan adakah sekolah tersebut

mencapai piawaian yang diperlukan oleh pihak kementerian, selain itu juga sekolah tersebut akan

Page 16: Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

7/30/2019 Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/pengurusan-dan-pentadbiran-sekolah 16/16

dilawati oleh sekolah- sekolah lain bagi tujuan melihat sejauh mana sesuatu benda yang dihasilkan oleh

sekolah boleh dijadikan sebagai satu contoh atau mengikut lankah keberjayaan sekolaha tersebut.

Jadi secara kesimpulannya pihak pengurusan yang baik dan cekap akan menghasilkan

keanggotaan yang setia untuk bersama –sama untuk menjaga kualiti sekolah dan juga sama- sama

mencapai matlamat yang diinginkan dan berjaya memuaskan hati semua pelanggan yang sentiasa

inginkan sesuatu yang terbaik dari sesebuah institusi,

RUJUKAN

Brent Daries, John West- Burnham (2009) Menyusun Semula Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Zol Azlan

Hamidin, Institut Terjemahan Negara Malaysia.

John West- Burnham (2009) Mengurus Kualiti Di Sekolah, Terjemahan Tengku Abdul Aziz Tengku Zainal,

Institut Terjemahan Negara Malaysia

Roald F. Campbell, John E. Corbally, Raphael O. Nystrand (2008) Pengenalan Pentadbiran Pendidikan,

Terjemahan Abdul Rahman Md. Aroff, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias, Penerbit Universiti

Putra Malaysia.

Sonia Blandford (2009) Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah, Terjemahan BahariahYusuf, Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Zaidatol Akamliah Lope Pihie & Foo Say Fooi (2003) Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan, Satu Langkah

Ke Hadapan ; Penerbit Universiti Putra Malaysia