PENGURUSAN ICT -...

12
1 PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) PENGURUSAN ICT Perancangan Pembangunan ICT Sekolah INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Transcript of PENGURUSAN ICT -...

Page 1: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

1

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL

PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)

PENGURUSAN ICT Perancangan Pembangunan ICT Sekolah

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Page 2: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

2

4.1 Perancangan Pembangunan ICT Sekolah

Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan

adalah bagi meningkatkan keberkesanan dan keefisienan pengajaran dan

pembelajaran (PdP) dan pengurusan dan pentadbiran (PdT) pendidikan.

Terdapat dua dasar utama yang menjadi mandat perancangan pembangunan

ICT sekolah.

4.1.1 Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan Malaysia

Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan Malaysia

dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yasin,

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, pada 12 Oktober 2010

di Putrajaya, Malaysia. Dasar ini mengambil kira secara menyeluruh matlamat

dan dasar negara seperti Pelan Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi,

Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya.

Dasar ini bertujuan meletakkan peranan penting ICT sebagai pengupaya utama

dalam usaha pemupukan kreativiti dan inovasi, pemikiran kritis, dan keupayaan

menyelesaikan masalah.

ICT dalam pendidikan yang terangkum dalam dasar ini meliputi semua inisiatif

ICT sedia ada yang telah diperluaskan, seperti SchoolNet, Maklmal Komputer,

Pusat Akses, EduWebTV, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris serta semua inisiatif ICT pada masa depan supaya setiap

inisiatif ICT dilaksanakan di bawah matlamat yang sama.

Kenyataan Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan

Malaysia

Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan Malaysia

merangkumi empat dasar, iaitu:

i. Dasar pertama bagi ICT dalam pendidikan adalah berdasarkan kesedaran

kerajaan bahawa pengetahuan merupakan asas yang perlu bagi

pembangunan modal insan yang mampan. Justeru, Dasar ICT Dalam

Pendidikan Malaysia menjelaskan peranan semua pihak dalam

Page 3: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

3

perkongsian baharu antara sektor awam, swasta dan komuniti untuk

mendorong perubahan menyeluruh yang diperlukan bagi memperolehi

pengetahuan dalam Era Baharu Maklumat dan Digital.

ii. Dasar kedua bagi ICT dalam pendidikan menumpukan pada penggunaan

ICT sebagai pengupaya pendidikan melalui empat tonggak penyampaian

– modal insan, belanjawan, sumber pembelajaran digital dan infrastruktur.

iii. Dasar ketiga bagi ICT dalam pendidikan menumpukan pada penggunaan

alat pengurusan tambah nilai dan konsep paling maju daripada amalan

terbaik di dunia, seperti jumlah kos pemilikan, perkongsian awam-swasta,

pendekatan kitar hayat dan pengurusan program berpusat.

iv. Dasar keempat bagi ICT dalam pendidikan menumpukan pada kumpulan

pendidikan khas, termasuk remaja, orang asli, dan murid berkeperluan

khas untuk memberi mereka peluang yang sama ketika Malaysia bergerak

maju untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

Objektif Dasar ICT Dalam Pendidikan Malaysia

Objektif dasar ini adalah:

i. Menjajarkan semua inisiatif ICT pada masa kini dan pada masa hadapan

di bawah matlamat yang sama bagi mengintegrasikan ICT dalam

pendidikan

ii. Menyeragam dan meningkatkan pelaksanaan inisiatif ICT dalam

pendidikan dengan mencakupi semua aspek penting pelaksanaan dan

pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal selia

iii. Mendapatkan komitmen yang tinggi dan penerimaan daripada pihak

berkepentingan, termasuk pelaksana dasar dan juga rakyat

Hasil Muktamad Dasar ICT Dalam Pendidikan Malaysia

Hasil muktamad bagi Dasar ICT Dalam Pendidikan Malaysia dituju ke arah

tindakan menyokong matlamat negara untuk meningkatkan akses kepada

pendidikan berkualiti. Hasil yang ditujukan adalah:

Page 4: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

4

i. Menghasilkan tenaga kerja mahir kelas pertama

ii. Memberikan kesan pembelajaran yang diinginkan

iii. Membudayakan ICT dalam pendidikan menerusi penganugerahan dan

pengiktirafan

iv. Membawa kemajuan dalam keusahawanan

v. Membentuk pihak berkepentingan yang memiliki kemahiran abad ke-21

4.1.2 Anjakan Ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025)

Terdapat sebelas anjakan yang telah dikemukakan dalam Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia. Anjakan ketujuh memberi penekanan pada kepentingan

ICT iaitu, “Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di

Malaysia”.

Strategi Anjakan ketujuh PPPM

Kementerian akan memastikan murid-murid tidak hanya belajar menggunakan

ICT tetapi juga boleh memanfaatkannya secara berkesan untuk meningkatkan

pembelajaran mereka. Maka, Kementerian akan melaksanakannya dengan

mengukuhkan asas ICT sekolah sambil memperkenalkan penyelesaian ICT yang

terbukti baik ke dalam sistem pendidikan.

Langkah yang akan diambil termasuk:

i. Menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk belajar dengan

berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global dan digital;

ii. Melengkapkan kesemua 10,000 sekolah seluruh Negara dengan capaian

Internet 4G* dan platform pembelajaran maya (virtual learning platform) yang

boleh digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa menerusi program 1BestariNet;

iii. Memberi latihan kepada semua guru untuk menerapkan ICT dalam pengajaran

dan pembelajaran bagi menyokong pembelajaran murid;

Page 5: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

5

iv. Meningkatkan nisbah peralatan ICT berbanding murid kepada 10:1. Nisbah ini

mungkin boleh dikurangkan lagi bergantung kepada pentaksiran impak dan

adanya dana; dan

v. Merintis cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan inovasi ICT

seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri (self-paced)

sebelum disebarkan ke seluruh negara

*4G adalah singkatan bagi generasi keempat tanpa wayar, iaitu sejenis teknologi yang

boleh digunakan dengan telefon bimbit, komputer tanpa wayar, dan peranti mudah alih

yang lain. Teknologi ini memberikan akses yang lebih pantas kepada Internet

berbanding dengan jaringan generasi ketiga (3G) sebelumnya, dan juga menawarkan

pilihan baru kepada pengguna seperti kebolehan mengakses video definisi tinggi (HD),

suara berkualiti tinggi, dan saluran tanpa wayar kadar data tinggi (high-data-rate)

melalui peranti mudah alih. Standard biasa bagi 4G masih dalam proses penakrifan

oleh International Telecommunications Union (ITU), pihak-pihak kerajaan, industri, dan

pihak berkepentingan yang lain. Standard ini lebih tinggi daripada kelajuan muat turun

pada masa kini iaitu 2 megabit sesaat (Mbps) (Sumber: KPM, 2013)

Hasrat Pencapaian Anjakan ketujukh PPPM (2013 – 2025)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) dirancang dilaksanakan

dalam tiga fasa atau gelombang. KPM telah menetapkan matlamat yang disasarkan

sebagai penunjuk pencapaian bagi sestiap gelombang, antaranya ialah seperti

berikut:

i. Menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk belajar

dengan berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global dan

digital

ii. Melengkapkan kesemua 10,000 sekolah seluruh negara dengan capaian

Internet 4G dan platform pembelajaran maya (virtual learning platform)

yang boleh digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa

iii. Merintis cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan inovasi

ICT seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri (self-

paced)

Page 6: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

6

iv. membina kandungan asli serta mengubahsuai kandungan sedia ada

untuk menyokong pembelajaran murid dalam talian yang luas dan

berkualiti (untuk rujukan dan ulang kaji)

v. memberi latihan kepada semua guru untuk menerapkan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong pembelajaran murid

vi. meningkatkan nisbah peralatan ICT berbanding murid kepada 10:1

vii. mewujudkan akses berkesan kos (cost-efficient access) kepada sumber

pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi bagi kumpulan

berkeperluan khusus seperti sekolah luar bandar, sekolah kurang murid,

dan murid pintar cerdas

viii. memastikan semua guru dan pegawai Kementerian celik ICT

ix. meningkatkan keterlibatan ibu bapa dan masyarakat dalam pendidikan

melalui penyelesaian ICT

4.1.3 Kemahiran abad ke-21

Kemahiran abad ke-21 atau pembelajaran abad ke-21 merupakan satu

pergerakan global dalam kalangan pendidik antarabangsa untuk menakrif

semula matlamat pendidikan dan melaksanakan transformasi terhadap kaedah

pembelajaran untuk melahirkan murid-murid yang dapat menyahut cabaran dan

persaingan abad ke-21 dengan lebih cekap dan berkeyakinan.

Page 7: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

7

Sumber: The Partnership for 21st Century Skills.(2009).

Rajah 1. Model Pembelajaran Abad Ke-21.

Model Pembelajaran Abad Ke-21

Menurut model kerangka pembelajaran Partnership for 21st Century Skills,

bahagian “pelangi” mewakili matlamat, piawaian dan hasil pembelajaran yang

diingini, manakala bahagian di bawah pelangi menggambarkan sistem sokongan

untuk membolehkan matlamat tersebut tercapai.

i. Hasil pembelajaran (berwarna hijau) merangkumi bidang-bidang mata

pelajaran tradisional yang asas seperti bahasa, matematik, sains,

pendidikan sosial dan sebagainya; serta tema abad ke-21.

ii. Tema abad ke-21 merupakan kesedaran dan literasi yang perlu

digabungjalinkan dalam isi kandungan mata pelajaran tersebut di atas

yang perlu dikuasai murid. Tema abad ke-21 yang berkenaan ialah:

Page 8: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

8

a. Kesedaran Global - mempunyai sikap hormat menghormati dan

kefahaman antara budaya. Kesedaran global ini membantu murid

menangani isu-isu global dengan lebih berkesan.

b. Literasi Keusahawanan - mengetahui bagaimana membuat pilihan

ekonomi yang bersesuaian untuk peningkatan produktiviti. Literasi

ini membantu perkembangan kerjaya murid.

c. Literasi Sivik - menyedari hak dan kewajipan sebagai warganegara

dan memahami implikasi keputusan yang dibuat secara individu di

peringkat setempat, negara dan global.

d. Literasi Kesihatan - mempunyai pengetahuan untuk mengamalkan

gaya hidup sihat dan selamat.

e. Literasi Persekitaran - mempunyai pengetahuan dan kesedaran

tentang pengaruh masyarakat ke atas alam sekitar serta berupaya

membuat keputusan dan menjana cara penyelesaian.

Set Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21

Selain itu, pembelajaran akan dilengkapi dengan tiga set kemahiran penting

yang akan diaplikasikan ke atas kandungan pengetahuan di atas. Tiga set

kemahiran tersebut serta perinciannya adalah seperti di bawah:

Kemahiran Hidup dan Kerjaya

Kemahiran Belajar dan Kemahiran Inovasi

“4C” Kemahiran Digital

Keluwesan dan kebolehsuaian

Berinisiatif dan terarah kendiri

Kemahiran sosial dan antara budaya

Produktiviti dan akauntabiliti

Kepemimpinan dan bertanggungjawab

Berfikir dengan kritis dan menyelesaikan masalah dengan kreatif

Kreatif dan inovatif

Kemahiran berkomunikasi

Kemahiran berkolaborasi

Literasi maklumat

Literasi media

Literasi ICT

Page 9: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

9

Aktiviti Peserta

Bincang dan kenal pastikan ciri-ciri satu contoh PdP yang memupukkan

kemahiran abad ke 21.

4.1.4 Piawaian Persatuan Antarabangsa bagi Teknologi dalam Pendidikan untuk

Pentadbir (ISTE Standards•A)

ISTE Standards•A adalah piawaian yang menunjukkan kemahiran dan

pengetahuan yang perlu ada pada pemimpin sekolah untuk menyokong

pembelajaran zaman digital dan melaksanakan pengintegrasian teknologi bagi

transformasi landskap pendidikan. Piawaian ini juga boleh dirujuk sebagai satu

kerangka (framework) untuk membantu pemimpin sekolah mengenal pasti

perkara-perkara yang perlu diberi pertimbangan, yang telah terletak bawah lima

bidang utama, iaitu:

Kepemimpinan Berwawasan

Budaya Pembelajaran Zaman Digital

Kecemerlangan Amalan Profesional

Peningkatan Sistematik

Kewarganegaraan Digital

Dengan kerangka ini, pemimpin sekolah membuat penandaarasan sejauh mana

pelaksanaan strategi-strategi digital adalah mencukupi, menyeluruh dan

berkesan. Piawaian ini juga menarik perhatian terhadap aspek-aspek yang

masih memerlukan usaha yang gigih. Seperti tersenarai di atas, piawaian ini

bukan sahaja memberi tekanan kepada aspek kepemimpinan teknologi tetapi

juga terhadap bidang-bidang lain yang agak komprehensif untuk menghasilkan

peningkatan sistemik organisasi.

Page 10: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

10

Aktiviti Peserta

Sila baca dokumen Piawaian Persatuan Antarabangsa bagi Teknologi dalam

Pendidikan untuk Pentadbir (ISTE Standards•A), kemudian kenal pasti sama ada

terdapat sebarang program atau projek di sekolah anda yang telah dijalankan

untuk menjayakan setiap perkara yang tersenarai di bawah lima bidang tersebut.

4.1.5 Ciri-ciri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Berasaskan ICT

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Berasaskan ICT yang berkesan

mempunyai ciri-ciri berikut:

Hubungan jelas dengan amalan PdP

i. Setiap LADAP yang dijalankan perlu ada hubungkait jelas dengan

pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran.

ii. Sesi LADAP yang berkesan perlu memberi peluang untuk guru

mengalami bagaimana kemahiran ICT yang dipelajari dapat diaplikasikan

dalam amalan instruksional.

Latihan Hands-on

i. Guru perlu mengalami aktiviti hands-on ICT yang serupa dengan aktiviti

yang dialami murid-murid, iaitu guru wajib menguasai kemahiran hands-

on yang diperlukan oleh murid.

ii. Dalam sesi latihan guru berpeluang melihat jurulatih berperanan sebagai

“guru” dan mereka sebagai “murid”.

Kolaborasi Sebaya

i. Kolaborasi sebaya digalakkan iaitu perbincangan dan latihan

berpasangan atau dalam kumpulan

ii. Menggalakkan perkongsian idea dan saling memberi maklum balas

iii. Pementoran dan coaching sebaya sebagai budaya pembelajaran

professional

Page 11: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

11

LADAP – Satu Proses Berterusan

i. LADAP untuk ICT selalu dilihat sebagai satu bengkel/kursus untuk

mempelajari satu perisian atau perkakasan – Satu anggapan yang salah!!

ii. LADAP untuk ICT merupakan satu proses yang berterusan supaya guru

selesa dengan penggunaan teknologi dalam PdP

iii. Perbincang susulan secara face-to-face atau secara dalam talian amat

kritikal

Komitmen Resos

i. Komitmen resos yang mencukupi

ii. Jenis teknologi yang diperkenalkan mesti serupa dengan apa yang

digunakan dalam kelas

iii. Penyelenggaraan dan kenaikan taraf teknologi perlu diberi perhatian

iv. Sokongan teknikal efisien, seperti meja bantuan yang berkesan

Penilaian Keberkesanan

i. Penilaian dilaksanakan untuk menentukan sama ada latihan memenuhi

keperluan peserta dan program yang ditetapkan

ii. Mengenal pasti peluang pembelajaran atau latihan baru yang diperlukan

iii. Bentuk penilaian perlu dikenal pasti semasa perancangan LADAP

4.1.6 Aktiviti Peserta

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025) merupakan satu usaha

ke arah memastikan pendidikan berkualiti dapat diberikan kepada semua murid

tanpa mengira tahap dan latar belakang. Antara sebelas anjakan yang telah

dikenalpastikan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara, anjakan

ketujuh telah menggariskan kepentingan ICT dalam memperkukuhkan proses

pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah kerana potensinya untuk

memacukan proses perolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran berfikir yang

luas dalam kalangan murid.

Bincangkan isu-isu yang dihadapi dalam membudayakan pengintegrasian ICT

Page 12: PENGURUSAN ICT - npqel.aminteach.comnpqel.aminteach.com/wp-content/uploads/2017/08/Pengurusan-ICT1.pdf · ICT sedia ada yang telah ... pasca pelaksanaannya ke dalam rangka kerja kawal

12

dalam PdP dalam kelas dan bagaimana pemimpin sekolah yang berwawasan

dapat mengatasi isu-isu tersebut secara innovatif dan kreatif.

4.1.7 Kesimpulan

Selepas mengikuti modul ini, pemimpin sekolah akan dapat merancang

pembangunan ICT sekolah selaras dengan dasar-dasar KPM dan memahami

bagaimana ICT dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-

21. Pemimpin sekolah juga berkemampuan menilai kendiri dalam aspek

kepimpinan, pengetahuan, kemahiran dan kesediaan prasarana sekolah dan

seterusnya merancang penambahbaikan untuk meningkatkan keberkesan

pengintegrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pengurusan

dan pentadbiran (PdT) di sekolah dengan berpandukan piawaian ISTE

Standards-A. Memandangkan kejayaan PdP berasaskan penggunakan ICT

amat bergantung kepada komitmen dan kompetensi guru yang tinggi, pemimpin

harus sedar akan kepentingan perancangan LADAP yang berkesan dan

pengurusan peruntukan resos yang cermat. Pemimpin sekolah harus sedar

bahawa LADAP berasaskan ICT yang berkesan tidak boleh dijalankan dengan

kaedah taklimat dan tunjuk cara sahaja.