PENGURUSAN KELAB SUKAN

15
PENGURUSAN KELAB SUKAN Pengurusan melibatkan empat proses utama iaitu merancang, mengelola, memimpin dan mengawal. Merancang – melibatkan proses menentukan objektifnya. Mengelola – merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif. Memimpin - proses mempengaruhi murid murid atau orang bawahan untuk bekerja dalam mencapai matlamat sukan. Mengawal – proses membentuk dan

description

PENGURUSAN KELAB SUKAN

Transcript of PENGURUSAN KELAB SUKAN

Page 1: PENGURUSAN KELAB SUKAN

PENGURUSAN KELAB SUKANPengurusan melibatkan empat proses utama iaitu merancang, mengelola, memimpin dan mengawal.

Merancang – melibatkan proses menentukan objektifnya.

Mengelola – merujuk kepada proses mengagihkan serta mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif.

Memimpin - proses mempengaruhi murid murid atau orang bawahan untuk bekerja dalam mencapai matlamat sukan.

Mengawal – proses membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme penilaian kerja bagi memastikan objektif kelab sukan yang dirancang akan tercapai.

Page 2: PENGURUSAN KELAB SUKAN

PENUBUHAN KELABDalam menubuhkan sesebuah pertubuhan di sekolah, pihak sekolah perlulah mengenalpasti beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu. Antara kriteria tersebut ialah seperti berikut;1.Mengenalpasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik)

Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak pengurusan perlulah mengambil kira aspek aspek kepakaran sedia ada daripada guru guru itu.2.Kemudahan frasarana sukan yang ada di sekolah

Frasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan program program sukan di sekolah. Sekolah yang mempunyai padang akan mempunyai banyak kelebihan dalam menyusun atur program sukan khususnya sukan sukan yang sering menjadi amalan sekolah tersebut.3.Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah

Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Pelbagai aspek perlu dilihat secara menyeluruh dalam menyediakan peralatan sukan di sekolah. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan aspek bilangan jenis sukan yang akan diwujudkan.

Page 3: PENGURUSAN KELAB SUKAN

4. Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid muridPemilihan jenis jenis sukan untuk kelab sukan di sekolah sangat dipengaruhi oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat di komuniti tersebut. Pemilihan sukan sukan itu perlulah bersesuaian dengan budaya sedia ada bagi memudahkan penglibatan menyeluruh murid murid.

5. Bilangan guru dan muridBilangan guru dipengaruhi pengalaman guru tersebut samada sebagai seorang ahli sukan mahu pun guru penasihat atau jurulatih sebelum ini. Bilangan guru dalam satu satu jenis sukan dipengaruhi bilangan murid murid yang menyertai kelab sukan tersebut. Penyertaan murid murid dalam satu satu kelab sukan juga perlu dikawal agar tidak terlalu ramai ahli dalam kelab berkenaan.

Page 4: PENGURUSAN KELAB SUKAN

ORGANISASI KELAB SUKANPENAUNG

PENGETUA/GURU BESAR

PENASIHATPKKK

PENYELARAS 2GURU PENASIHAT KELAB SUKAN

BENDAHARIMURID

PENOLONG SETIAUSAHAMURID

PENYELARAS 1GURU PENASIHAT KELAB SUKAN

SETIAUSAHAMURID

NAIB PENGERUSIMURID

PENGERUSIMURID

PENOLONG BENDAHARIMURID

AJKMURID

AJKMURID

AJKMURID

AJKMURID

AJKMURID

PEMERIKSA KIRA KIRAMURID

PEMERIKSA KIRA KIRAMURID

Page 5: PENGURUSAN KELAB SUKAN

JAWATAKUASA BIDANG TUGAS KELAB1. Pengerusi• Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas

kesempurnaan semua mesyuarat.• Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang

diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.• Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

semasa.2. Naib Pengerusi• Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.• Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.• Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

semasa.3. Setiausaha• Menguruskan hal hal surat menyurat.• Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan kegiatan.• Mencatat kehadiran ahli.• Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab.• Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke

semasa.

Page 6: PENGURUSAN KELAB SUKAN

4. Penolong Setiausaha• Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan

tanggungjawabnya.• Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.• Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

masa ke semasa.5. Bendahari• Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan kelab.• Membuat dan menyimpan kira kira berkenaan semua perkara kewangan

dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.• Menyediakan Penyata Kira Kira bulanan dan tahunan serta

menandatanganinya.• Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat

ahli Jawatankuasa.• Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam

Mesyuarat Agung• Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

masa ke semasa.

Page 7: PENGURUSAN KELAB SUKAN

6. Penolong Bendahari• Menjalankan tugas tugas Bendahari sewaktu ketiadaan

Bendahari.• Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari masa ke semasa.7. Ahli Jawatankuasa• Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan

aktiviti yang dilaksanakan.• Mempengerusikan biro sekiranya dilantik• Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari masa ke semasa.8. Pemeriksa Kira Kira• Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan

Kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya.• Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan

betul

Page 8: PENGURUSAN KELAB SUKAN

Dalam mengendalikan kelab sukan, guru penasihat perlulah menyelaras dan memantau perkembangan jawatankuasa semasa merancang dan menjalankan aktiviti yang dirancang. Guru penasihat perlulah memberikan maklumat dan dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik bagi memberikan keseronokan kepada ahli ahli kelab. Bidang kerja yang diberikan merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasa kelab sukan yang bakal dibentuk nanti.

Page 9: PENGURUSAN KELAB SUKAN

PENGDOKUMENTASIAN

Page 10: PENGURUSAN KELAB SUKAN

CONTOH TAKWIM KELAB SUKAN BOLASEPAK

Catatan: Aktiviti di atas adalah tertakluk kepada keadaan dari masa ke semasa.

BIL TARIKH AKTIVITI / PERKARA CATATAN

1 20.01.11 Pendaftaran Ahli

2 30.01.11 Mesyuarat Agung

3 16.02.11 Memperkenalkan permainan bolasepak secara teori dan menjalankan latihan asas.

Page 11: PENGURUSAN KELAB SUKAN

Contoh laporan perjumpaan kelab sukan

1. Guru Penasihat yang hadir:

2. Tarikh: 4. Hari:3. Tempat: 5. Masa:6. Kehadiran: 7. Bilangan ahli kelab:8. Aktiviti yang dijalankan:

9. Pencapaian aktiviti

10. Komen guru penasihat:

11. Tandatangan: Guru Penasihat……………………………..( ) Setiausaha……………………………………..(

)

Page 12: PENGURUSAN KELAB SUKAN

CONTOH LAPORAN TAHUNANLAPORAN KELAB SUKAN TAHUN 2011

Nama Kelab Sukan:……………….Guru Penasihat: 1:…………… 2:………………..Pengerusi:…………………………Naib Pengerusi:……………………………Setiausaha:…………………………………..Penolong Setiausaha:………………………………….Bendahari:……………………………..Ahli Jawatankuasa: 1:………………. 2:…………………… 3:…………………Keahlian

KELAS M C I LAIN LAIN JUMLAH

L P L P L P L P L P

Page 13: PENGURUSAN KELAB SUKAN

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun.

Pencapaian / Kekuatan:Aktiviti yang dirancang sepanjang tahun telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semua ahli memberi kerjasama yang baik.

Masalah:Ahli jawatankuasa masih tidak dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan yakin dan memerlukan banyak bimbingan.

Cadangan:Pihak sekolah dapat membekalkan seorang jurulatih yang bertauliah sekurang kurangnya sebulan sekali.

Disediakan oleh: Disemak oleh:…………………………………….. …………………………( Setiausaha ) ( Guru Penasihat)

Bil Tarikh Aktiviti/Perkara Catatan

1 20.01.11 Pendaftaran Ahli

2 30.01.11 Mesyuarat Agung

3 16.02.11 Memperkenalkan permainan bolasepak secara teori dan menjalankan latihan asas

Page 14: PENGURUSAN KELAB SUKAN

CONTOH MINIT MESYUARATMINIT MESYUARAT KELAB SUKAN BADMINTON KALI KEDUA 2011

Tarikh: 2 Mac 2011Masa: 2.30 petangHari: KhamisTempat: Bilik Mesyuarat SSNKehadiran: 20 orang (Rujuk Lampiran)Tidak Hadir: 2 orang.

1.Ucapan Pengerusi 1.1 Saudara Halim mengalu alukan kehadiran guru guru penasihat dan semua ahli serta mengucapkan ribuan terima kasih.

2.Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. 2.1 Saudara Salim mencadangkan supaya minit mesyuarat disahkan. 2.2 Saudari Anisah menyokong.

Tindakan: Makluman3.Perkara berbangkit 3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh pertandingan antara kelas ditunda pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Tindakan: Makluman4.Tugasan Jawatankuasa 4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pada 10 April akan diadakan pertandingan badminton antara ahli bertujuan untuk mencungkil bakat bakat baru. 4.2 Saudari Zafirah ditugaskan untuk membuat hebahan.

Tindakan: Saudari Zafirah5.Hal hal lain 5.1 Pengerusi mencadangkan agar aktiviti dilaksanakan dengan melibatkan semu ahli kelab.

Tindakan: MaklumanMesyuaratditangguh pada pukul 3.30 petang.Disediakan oleh;Setiausaha

Page 15: PENGURUSAN KELAB SUKAN

1 MURID 1 SUKANSEKIAN.

TERIMA KASIH