pengurusan kewangan sekolah
-
Upload
cahaya-hati -
Category
Documents
-
view
265 -
download
9
description
Transcript of pengurusan kewangan sekolah
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
1.0 PENGENALAN PENGURUSAN KEWANGAN
Pengurusan kewangan perlu ditadbir dengan cekap dan berhemat, agar kewangan boleh
diperolehi secukupnya, dibelanja dan diurus mengikut tatacara yang betul serta dapat memenuhi
matlamat organisasi.
Aspek pengurusan kewangan merupakan sesuatu yang sangat penting dan perlu
dikendalikan dengan sistematik dan berkesan. Wan Mohd.Zahid (1994), dalam buku garis
panduan Perakaunan dan Kewangan Sekolah menyatakan pengetua selaku pengurus pendidikan
bukan sahaja dikehendaki mahir dalam bidang pendidikan tetapi juga mahir dalam bidang
pengurusan khususnya pengurusan kewangan sekolah perlu dipertingkatkan.
Pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-prinsip
pengurusan biasa yang melibatkan kegiatan merancang, mengatur, mengurus, mengarah,
melaksana, mendorong, mengawal dan melapor (Mahashim Bajuri, 1994). Ia melibatkan
pentadbiran kewangan ditadbir secara bijaksana, agar mencapai matlamat organisasi. Dalam
konteks pengurusan kewangan di peringkat sekolah ianya ditadbir bagi mencapai objektif
tertentu iaitu; pertama, untuk mengadakan kawalan yang ke atas pungutan dan perbelanjaan yang
dilakukan oleh sekolah dengan cara teratur supaya tidak berlaku kesilapan dan kehilangan.
Keduanya adalah untuk menyenangkan pelaksanaan tugas pengetua terhadap perakaunan
kewangan sekolah. Ketiganya pula adalah untuk membolehkan kedudukan sebenar perakaunan
dan kewangan sekolah diketahui pada masa-masa tertentu (Zaidatol Akmaliah, 2001).
Sehubungan dengan itu Mahashim Bajuri (1994), menegaskan bahawa fungsi utama pengurusan
kewangan meliputi merancang penggunaan dan keperluan kewangan, memperolehi sumber
[1]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
kewangan, mendapatkan wang dengan syarat-syarat yang ditentukan dan melaporkan prestasi
kewangan dengan tepat.
2.0 TANGGUNGJAWAB PENGETUA DALAM PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH
Tugas pengetua sangat kompleks, merangkumi beberapa aspek seperti pentadbiran,
pengurusan dan juga kepimpinan. Pengurusan kewangan merupakan satu proses di mana jentera
pentadbiran sekolah menggunakan cara-cara tertentu bagi memperolehi dana memperuntukkan
sumber-sumber kewangan berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan berkenaan dan mematuhi
prosedur-prosedur serta kawalan-kawalan tertentu bagi mencapai matlamat-matlamat awam
secara cekap dan berkesan. Dalam pengurusan kewangan tradisional, tiga komponen utama yang
perlu diberi perhatian iaitu belanjawan, pembiayaan dan kawalan termasuk perakaunan, laporan
dan auditan.
Selain daripada itu, pengetua juga berdepan dengan dua prinsip utama dalam
menjalankan tugasnya iaitu legaliti dan akuntabiliti. Legaliti bermaksud pengurusan kewangan
mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang digubal olehnya. Legaliti yang
terpaksa dipikul oleh seseorang pengetua termasuk terimaan wang awam, simpanan wang awam,
pengeluaran wang awam, bayaran wang awam dan perakaunan wang awam. Akauntabiliti yang
bermaksud memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara
bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalannya. Aspek yang perlu dipikul oleh pengetua
seperti Akauntabiliti Fiskal iaitu dari segi integriti kewangan, maklumat, pematuhan kepada
undang-undang dan peraturan pentadbiran awam dan Akauntabiliti Pengurusan iaitu dari segi
penggunaan tenaga manusia dan sumber-sumber lain secara cekap dan ekonomik.
[2]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
3.0 ULASAN JURNAL YANG DIPILIH UNTUK PERBANDINGAN PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH
Bilangan Jurnal 1
Tajuk
Penulis
Jurnal
Tinjauan Terhadap Keterlibatan dan Efikasi Guru Besar dalam Pengurusan Kewangan Sekolah
Sazali Yusoff
Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan pengurusan kewangan sekolah,
tiga buah jurnal telah dipilih untuk membuat perbandingan peranan guru besar dalam mengurus
kewangan dan akaun sekolah dengan cekap dan berkesan. Hasil daripada perbandingan ini dapat
merumuskan sejauhmana tahap amalan pelaksanaan pengurusan kewangan di sekolah dan
keberkesanan peranan pengurus sekolah dalam mengurus akaun sekolah dengan lebih efektif.
Bilangan
Jurnal 3
Tajuk
Penulis
Jurnal
Exploring Perceptions of Parents on Head Teachers’ Financial Management Skills in Public Primary Schools in Tanzania.
Juma Saidi Mwinjuma dan Roselan Bin Baki
Journal of Education and Practice
4.0 JURNAL 1
[3]
Bilangan Jurnal 2
Tajuk
Penulis
Jurnal
Implementing a type of financial managements in Malaysian public schools: an initial study
Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi and Saedah Siraj Global Business and Economics Research Journal
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
Tajuk : Tinjauan Terhadap Keterlibatan dan Efikasi Guru Besar dalam Pengurusan Kewangan Sekolah
Penulis : Sazali Yusoff Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Kementerian Pelajaran Malaysia
4.1 Ringkasan dan Sampel Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah menilai sejauhmana tahap penglibatan guru besar dalam
pengurusan kewangan sekolah, mengukur tahap efikasi pengurusan kewangan sekolah guru
besar dan menentukan perbezaan penglibatan dan efikasi antara guru besar yang pernah hadir
kursus pengurusan kewangan dengan yang belum hadir. Kaedah kajian dalam Jurnal 1 ini
melibatkan persampelan seramai 67 orang guru besar daripada sekolah-sekolah Zon Utara yang
dipilih secara rawak.
4.2 Instrumen Kajian
Rekabentuk kajian menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan pendekatan tinjauan,
yang bertujuan untuk mengumpul data daripada satu set populasi. Di sini, kaedah pengumpulan
data terdiri daripada soal selidik yang diedarkan kepada guru besar yang terlibat dengan program
tersebut. Pembinaan instrumen Keterlibatan Guru Besar dalam Pengurusan Kewangan, KGBPK
(Sazali, 2006) adalah berasaskan kepada inventori pemeriksaan sekolah oleh Jabatan Audit, dan
perbincangan dengan pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai latihan kewangan IAB.
Pembinaan Instrumen KGBPK adalah jenis Likert dengan empat mata respons dan mempunyai
10 item dan Instrumen EPKS pula adalah jenis Likert dengan enam mata respons dan
mempunyai lima item.
4.3 Analisis Data
[4]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
Seterusnya, bagi mendapatkan maklumat yang tepat melalui data soal selidik, penganalisisan
datas telah menggunakan Analisis Statistik Deskriptif untuk mendapatkan nilai peratusan.
Penulis telah menguji kebolehpercayaan dan kestabilan dalaman data soal selidik bagi instrument
KGBPK (2006) dengan menggunakan Statistik Cronbach Alpha (Cronbach, 1951).
Walaubagaimanapun, instrumen EPKS (2007) pula merupakan adaptasi daripada instrumen
Skala Efikasi Pengurusan Sekolah Rendah, SEPSeR (Sazali, Zurida, & Mustapa, 2004). Kedua-
dua instrumen ini digunakan bagi mengukur keterlibatan dan efikasi guru besar dalam
pengurusan kewangan sekolah. Jadual peratusan, statistik min dan sisihan piawai digunakan
untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang penglibatan guru besar dalam kursus
kewangan sekolah seperti yang terdapat dalam dapatan kajian. Manakala statistik anova sehala
digunakan untuk menguji perbezaan min antara guru besar yang pernah hadir berkursus dan yang
belum lagi hadir kursus dari aspek keterlibatan dan efikasi pengurusan kewangan.
4.4 Dapatan Kajian
Min Sisihan Piawai
Peratusan guru besar
Sedikit/Sederhana & Rendah Banyak/Tinggi
Keterlibatan 3.245 0.541 26.9 73.1
Efikasi 3.702 0.949 49.3 51.7
Jadual 1: Min, Sisihan Piawai dan Peratusan guru besar.
Berdasarkan jadual di atas, nilai min skor tertinggi yang diperoleh menunjukkan keterlibatan
guru besar dalam pengurusan kewangan adalah agak baik (min =3.245). Data turut menunjukkan
peratus bilangan guru besar yang aktif dalam pengurusan kewangan adalah sangat tinggi iaitu
sebanyak 73.1%. Seterusnya, nilai min tertinggi bagi efikasi (min =3.702) menunjukkan efikasi
[5]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
guru besar dalam pengurusan kewangan baik dan peratus menunjukkan peningkatan bilangan
guru besar yang mempunyai efikasi yang baik sebanyak 51.7%.
Analisis inferensi juga dibuat menggunakan ujian Anova dan di dapati nilai min (F = 2.589, p
= .061) menyatakan tiada perbezaan yang signifikan di antara guru besar yang pernah hadir dan
belum hadir untuk kursus pengurusan kewangan sekolah, Ini menunjukkan samaada mereka
hadir atau belum pernah menghadiri kursus, ianya tiada perkaitan dalam penglibatan mereka
menguruskan kewangan di sekolah. Walaubagaimanapun, analisis ini telah mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan dalam efikasi pengurusan kewangan sekolah di antara guru besar yang
pernah hadir ke kursus dan belum pernah hadir kursus (F = 5.660, p = .002).
4.5 Perbincangan Dapatan Kajian
Pengurusan kewangan sekolah mempunyai perkaitan dengan tanggungjawab pengurus sekolah
dan mereka seharusnya mempunyai ilmu dan sikap kebertanggungjawaban terhadap semua aspek
pengurusan kewangan sekolah. Oleh kerana itu, guru besar seharusnya memiliki ilmu
pengetahuan dalam pengurusan kewangan sekolah bagi membolehkan mereka memantau dan
menyelia setiap aspek dan peringkat pengurusan kewangan sekolah. Didapati 26.9 % guru besar
dalam kajian melibatkan diri secara sedikit sahaja dalam pengurusan kewangan sekolah
menunjukkan suatu angka yang agak membimbangkan. Seharusnya semua guru besar mesti
melibatkan diri mereka secara aktif bagi setiap aspek dan peringkat pengurusan kewangan
sekolah bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan pengurusan kewangan sekolah.
Hampir separuh guru besar dalam kajian (49.3 %) mempunyai tahap ‘efikasi pengurusan
kewangan’ pada tahap sederhana dan rendah. Guru besar mesti mempunyai efikasi pada tahap
[6]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
tinggi dalam mengurus kewangan sekolah dengan belajar sama ada secara formal atau bukan
formal. Kajian turut mendapati sebilangan guru besar yang tidak aktif menyertai kursus
kewangan sekolah lebih banyak menyerahkan tugas mengurus hal ehwal kewangan sekolah
kepada pembantu tadbir.
Dari segi efikasi pengurusan kewangan turut menunjukkan guru besar yang telah hadir kursus
dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam mengurus kewangan dengan
cekap dan berkesan. Namun begitu, di sebabkan kekangan masa yang terhad, mereka hanya
sempat menghadiri satu kursus dari tiga kursus yang di anjurkan. Walau bagaimanapun, dengan
menghadiri kursus tersebut ia dapat meningkatakan tahap kecekapan dan efikasi pengurusan
kewangan di sekolah.
[7]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
5.0 JURNAL 2
Tajuk : Implementing a type of financial managements in Malaysian public schools: an initial study
Penulis : Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi and Saedah Siraj Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
5.1 Ringkasan dan Sampel Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menilai strategi-strategi penting yang perlu diberi perhatian
oleh pengurus sekolah samada di peringkat individu dan peringkat sekolah untuk menguruskan
kewangan sekolah dengan baik. Ini penting bagi membawa perubahan yang berkesan ke atas
sistem pengurusan tersebut. Kaedah kajian dalam Jurnal 2 ini melibatkan persampelan seramai
10 orang pengetua daripada sekolah-sekolah yang dipilih berdasarkan kriteria seperti mempunyai
sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, berpengalaman sebagai pengetua selama lebih
daripada tujuh tahun di sekolah-sekolah PTj dan dilakukan di sekolah-sekolah yang telah
diiktiraf sebagai sekolah PTj selama lebih daripada tujuh tahun.
5.2 Instrumen Kajian
Rekabentuk kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan cara untuk menjawab
soalan penyelidikan kerana ia membantu penulis untuk mendapatkan sekurang-kurangnya
pengalaman peserta secara terperinci. Justeru itu, sesi temuduga telah dijalankan dengan
bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai strategi yang diperlukan bagi pelaksanaan
pengurusan kewangan berasaskan sekolah (SBFM) yang berkesan. Bagi melaksanakan kaedah
tersebu dengan lancar, penulis telah mendapatkan kebenaran pihak berkuasa pendidikan melalui
surat kebenaran rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pendidikan Dasar dan
[8]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
Penyelidikan, Kementerian Pendidikan (BPPDP). Instrumen seperti soalan-soalan penyelidikan
dalam protokol temu bual disediakan serta periksa oleh dua orang pakar dari sekolah kewangan
dan kajian kualitatif bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan soalan-soalan tersebut dalam
protokol temuduga.
5.3 Analisis Data
Seterusnya, bagi mendapatkan maklumat yang tepat, sesi temuduga telah di jalankan serta di
rekodkan bagi tujuan dokumentasi. Seterusnya, proses penyusunan data telah di kumpul secara
sistematik bertujuan untuk mendapatkan maklumat kajian dengan lebih terperinci. Data yang
telah direkodkan, kemudiannya di salin untuk memastikan bahawa maklumat dapat di fahami
dan di analisis oleh penyelidik dengan tepat. Proses pengekodan pula di jalankan iaitu
melibatkan penyusunan dan pengkategorian data. Secara keseluruhannya, proses ini telah
menggunakan Microsoft Word 2007 untuk tujuan transkripsi dan NVivo versi 9, merupakan
perisian untuk menganalisis data kualitatif dengan tepat.
5.4 Perbincangan Dapatan Kajian
Hasil dapatan kajian ini menjelaskan bahawa perlunya satu jawatankuasa pengurusan kewangan
sekolah yang cekap serta dapat merancang strategi yang diperlukan untuk mencapai
keberkesanan dalam mengurus akaun sekolah. Penemuan daripada semua responden yang
terpilih mengesahkan bahawa pihak pengurusan kewangan sekolah perlu melantik ahli-ahli
jawatankuasa tetap dalam sekolah termasuk wakil PIBG yang mana pembentukan jawatankuasa
ini adalah untuk menguruskan sumber kewangan dengan berkesan. Jawatankuasa kewangan
sekolah adalah dipengerusikan oleh pengetua dengan dibantu oleh seorang pembantu pentadbiran
[9]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
kewangan dan seterusnya ahli-ahli jawatankuasa termasuk seorang guru yang dilantik sebagai
juruaudit dalaman.
Selain itu, kajian ini mendapati bahawa kejayaan pengurusan kewangan sekolah diperingkat PTj
di Malaysia adalah disebabkan adanya kerjasama pihak sekolah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
(NGO). Ia dilihat sebaga usahasama yang memberi manfaat untuk kedua-dua pihak bagi jangka
masa panjang.
Seterusnya, analisis data yang dikumpulkan dalam sesi temuduga turut mendedahkan beberapa
elemen-elemen yang perlu dilengkapi oleh pengetua sekolah untuk mencapai SBFM berkesan di
Malaysia dalam hal ehwal pengurusan kewangan sekolah. Di antara elemen-elemen tersebut
seperti i) pengetua perlu menetapkan satu misi dan visi yang baik dan berkualiti yang membawa
kepada perlaksanaan mengurus dan menggunakan sumber kewangan dengan baik bagi tujuan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ii) pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam kewangan dan teknikal bagi memantau kerja-kerja penyediaan rekod, dokumentasi untuk
penyata kewangan sekolah, iii) pengetua perlu bersikap telus, akauntabiliti dan mempunyai
integriti yang tinggi bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan sumber, iv) pengetua perlu
mempunyai sikap keusahawanan, v) pengetua mempunyai kuasa autonomi bagi menguruskan
bajet dengan cekap, vi) pengetua perlu menyebarkan maklumat yang tepat kepada ibubapa dan
masyarakat luar dan akhir sekali adanya pengiktirafan prestasi untuk kakitangan dan guru-guru
yang terlibat dalam unit pengurusan kewangan sekolah.
[10]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
6.0 JURNAL 3
Tajuk : Exploring Perceptions of Parents on Head Teachers’ Financial Management Skills in Public Primary Schools in Tanzania
Penulis : Juma Saidi Mwinjuma dan Roselan Bin Baki Univesiti Putra Malaysia
6.1 Ringkasan dan Sampel Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji pemerhatian ibu bapa mengenai kemahiran guru
besar dalam pengurusan kewangan di sekolah rendah awam di Tanzania. Ia bertujuan menilai
cara sumber kewangan diurus dan ditadbir oleh guru besar dengan cekap dan berkesan. Kaedah
kajian dalam Jurnal 3 ini melibatkan persampelan seramai 4 peserta kajian yang mana salah
seorang daripada mereka adalah bekas ahli jawatankuasa sekolah di salah sebuah sekolah rendah
awam di Tanzania manakala peserta lain adalah ibu bapa yang mempunyai anak-kanak yang
belajar di sekolah rendah awam di Tanzania. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka tahu dan
mempunyai pengalaman yang sedia ada berkenaan situasi yang berlaku dalam pengurusan
kewangan sekolah rendah awam dan Pendidikan Rendah Program Pembangunan (PEDP).
6.2 Instrumen Kajian
Rekabentuk kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif beserta satu kajian kes sebagai
strategi untuk mengumpul data. Sesi temuduga merupakan alat untuk mengumpul data tentang
persepsi ibu bapa mengenai kemahiran pengurusan kewangan yang dimiliki oleh guru besar di
sekolah-sekolah rendah awam. Temuduga ini bertujuan untuk menyiasat persepsi peserta dalam
persekitaran yang berbeza bagi mendapatkan maklumat pengurusan sumber kewangan di sekolah
[11]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
rendah peringkat sekolah. Setiap peserta telah ditemuramah sebanyak empat kali dengan purata
dua puluh lima minit yang bertujuan untuk membiasakan diri peserta serta lebih bersedia untuk
menjawab soalan ketika sesi tersebut berlansung. Ini membolehkan responden memberi
maklumbalas dengan baik.
6.3 Analisis Data
Seterusnya, bagi mendapatkan maklumat yang tepat, sesi temuduga telah di jalankan serta di
rekodkan bagi tujuan dokumentasi. Seterusnya, proses penyusunan data telah di kumpul secara
sistematik bertujuan untuk mendapatkan maklumat kajian dengan lebih terperinci. Data yang
telah direkodkan, kemudiannya di salin untuk memastikan bahawa maklumat dapat di fahami
dan di analisis oleh penyelidik dengan tepat.
6.4 Perbincangan Dapatan Kajian
Hasil dapatan kajian ini menjelaskan bahawa persepsi ibubapa adalah mengharapkan peranan
guru besar yang aktif i) untuk mengurus dan membuat keputusan kewangan dari segi
pengurusan dan pentadbiran, ii) meningkatkan kemahiran dalam bidang kewangan yang mana
amat penting bagi menguruskan kewangan sekolah dengan berkesan, iii) menambah pengetahuan
dan kemahiran untuk menguruskan kewangan dan akaun sekolah seperti merekod belanjawan
dan menyemak penyediaan buku tunai serta penyata kewangan sekolah, iv) mengambil berat
serta prihatin terhadap pandangan ibubapa tentang pengurusan kewangan semasa serta
jangkamasa panjang, proses dan prospek pembiayaan pendidikan di sekolah rendah awam.
Penemuan kajian menunjukkan bahawa guru besar dan pihak-pihak berkepentingan di sekolah
rendah awam Tanzania adalah kurang berkemahiran dan berkeupayaan untuk menguruskan
[12]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
kewangan sekolah. Selain itu, dana yang sepatutnya diperuntukkan kepada sekolah selaras
dengan bilangan murid mendaftar tidak mencukupi dan tidak dikeluarkan dengan sepenuhnya,
dan ini menyebabkan berlakunya sekatan dalam pemerolehan bahan-bahan pendidikan yang lain
dari agensi luar. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, perlunya sebuah dasar yang di gubal bagi
memantau serta menilai keupayaan guru besar dalam menguruskan kewangan sekolah dengan
cekap dan berkesan.
7.0 RUMUSAN PERBANDINGAN TIGA JURNAL
Berdasarkan pendapat Mahani Hafiz (2000) yang mana menekankan kepemimpinan
pengetua atau guru besar yang berkualiti berupaya untuk mengubah pembolehubah-
pembolehubah tidak bersandar yang lain seperti visi dan misi sekolah, iklim keseluruhan sekolah
dan bilik darjah, gelagat guru, pengurusan guru di dalam bilik darjah, pengendalian dan
penyeliaan kurikulum, serta peluang murid untuk belajar. Sehubungan dengan itu juga,
pengetahuan, kemahiran dan kepakaran adalah pra-syarat yang perlu dimiliki oleh seseorang
pemimpin di sesebuah organisasi seperti sekolah bagi menguruskan kewangan sekolah dengan
cekap dan berkesan.
Oleh itu, secara keseluruhannya didapati ketiga-tiga jurnal ini lebih memfokuskan kepada
peranan yang dilaksanakan oleh pengetua atau guru besar sekolah dalam mengurus dan
mentadbir kewangan sekolah dengan cekap dan berkesan. Burrup (2003) menegaskan
pengurusan kewangan yang cekap bukan bermakna penjimatan wang daripada berbelanja tetapi
lebih menumpukan perbelanjaan berkesan yang menghasilkan manfaat yang banyak kepada
pencapaian murid. Justeru, pengurusan kewangan yang cekap dan berkesan amat bergantung
kepada kebijaksanaan kepemimpinan sekolah untuk merancang sebelum perbelanjaan dilakukan
[13]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
di mana dengan perancangan yang teliti, kepemimpinan pengetua akan dapat menentukan agihan
bantuan dengan baik.
Berdasarkan Jurnal 1, kajian lebih menjurus kepada kesan daripada penglibatan guru
besar dalam kursus kewangan yang di anjurkan. Di samping itu, ia turut menjelaskan implikasi
dan kesan daripada kurangnya penyertaan mereka dalam kursus tersebut yang mana boleh
menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan tugas mengurus dengan baik. Namun begitu,
sekiranya mereka aktif melibatkan diri dalam kursus tersebut, secara tidak lansung ia memberi
pendedahan yang secukupnya dalam aspek-aspek pengurusan serta dapat meningkatkan efikasi
pengurusan kewangan di sekolah. Justeru itu, sesuatu kursus, latihan dan program yang di
anjurkan amat penting bagi setiap pengetua atau guru besar untuk meningkatkan tahap
pengetahuan serta mempelbagaikan kemahiran yang di miliki supaya lebih kompetensi dalam
memimpin dan mentadbir urusan kewangan di sekolah.
Seterusnya, kita melihat hasil perbandingan Jurnal 2 yang mana menekankan peranan dan
kerjasama yang perlu di mainkan oleh ibubapa dan pihak NGO bersama-sama pengetua sekolah
amat penting bagi membantu sekolah meningkatkan sumber-sumber kewangan, mengukuhkan
kedudukan kewangan serta memudahkan proses pembangunan sekolah di laksanakan dengan
jayanya. Di samping itu, ia turut menekankan peranan yang perlu di laksanakan oleh pengetua
diantaranya ialah i) pengetua perlu menetapkan satu misi dan visi yang baik dan berkualiti yang
membawa kepada perlaksanaan mengurus dan menggunakan sumber kewangan dengan baik bagi
tujuan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ii) pengetua perlu membuat pengagihan tugas
dengan jelas, iii) pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam kewangan dan
teknikal bagi memantau kerja-kerja penyediaan rekod, dokumentasi untuk penyata kewangan
sekolah, iv) pengetua perlu bersikap telus, akauntabiliti dan mempunyai integriti yang tinggi bagi
[14]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan sumber, v) pengetua perlu mempunyai sikap
keusahawanan, vi) pengetua mempunyai kuasa autonomi bagi menguruskan bajet dengan cekap,
vii) pengetua perlu menyebarkan maklumat yang tepat kepada ibubapa dan masyarakat luar dan
akhir sekali adanya pengiktirafan prestasi untuk kakitangan dan guru-guru yang terlibat dalam
unit pengurusan kewangan sekolah.
Selain itu, pengetua juga perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menguruskan kewangan
sekolah dengan baik tanpa menyerahkan tugas mereka kepada pihak-pihak yang tidak berupaya
melaksanakannya. Ini bagi mengelakkan berlakunya hasil yang tidak produktif serta memberi
impak negatif kepada prestasi sekolah. Zaidatol Akmnaliah (2000) menjelaskan kepemimpinan
sekolah yang dilantik tanpa sebarang pendedahan mengenai pengurusan kewangan telah
menyebabkan mereka mentadbirkan sekolah secara ‘trial and error’. Senario tersebut berlaku
disebabkan sistem pelantikan pengetua sekolah ketika ini berdasarkan kekananan dan bukan
berdasarkan peningkatan pengetahuan dan kemahiran (Loo, 1999). Implikasinya, mereka akan
menyerahkan tanggungjawab dan peranan tersebut kepada staf bawahan seperti Pembantu Tadbir
Akaun sekolah (Mahani Hafiz, 2000).
Kita juga melihat perbandingan menerusi Jurnal 3, yang mana menyatakan hasil kajian tentang
persepsi ibubapa berkenaan mendapati terdapat banyak kekurangan kemahiran pengurusan
kewangan sekolah oleh guru besar. Ia dapat dilihat dari aspek perancangan dan belanjawan
kewangan serta menyimpan rekod. Justeru, mereka mencadangkan supaya disediakan prosedur
kewangan semasa bagi keberkesanan sesebuah pengurusan kewangan sekolah.
Adi Badiozaman Tuah (2001) dan Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1998) dalam menghuraikan
amalan tersebut berdasarkan konteks di Malaysia telah menjelaskan bahawa seseorang pengetua
[15]
PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH 2013
bertanggungjawab untuk memenuhi kehendak perundangan dengan menguruskan kewangan
sektor awam secara check and balance. Perundangan atau peraturan yang digubal bertujuan
untuk menjamin pengurusan kewangan awam diuruskan secara cermat, amanah dan
akauntabiliti. Oleh itu, guru besar dikehendaki melaksanakan aspek-aspek berikut iaitu semua
rancangan dan aktiviti yang telah dilaksanakan seharusnya mencapai visi dan misi yang telah
ditetapkan sekolah, kuasa yang diberikan atau diwakilkan telah digunakan dengan sempurna dan
semua urusan dikendalikan mengikut apa yang dituntut oleh badan perundangan dan peraturan-
peraturan serta tatacara yang berkuatkuasa.
Chediel (2009) menyatakan guru besar bertanggungjawab untuk keseluruhan pengurusan
sekolah.. Berdasarkan kajian ini, ia menunjukkan bahawa guru besar merupakan ketua secara
keseluruhannya dan mempunyai akauntabiliti serta bertanggungjawab ke atas sebarang
keputusan hal ehwal kewangan sekolah. Guru besar juga perlu menguruskan sumber-sumber
kewangan dengan cekap dan menyokong pembiayaan kewangan yang berkesan dan mampan
oleh agensi luar. Selain itu, guru besar turut bertindak sebagai pegawai pengawal yang
seharusnya berupaya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam menguruskan
kewangan sekolah bagi tujuan penambahbaikan.
Justeru, rumusan yang dapat dibuat adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan kewangan di
sekolah, guru besar perlu merujuk kepada panduan piawaian mengenai kompetensi yang perlu
dimiliki oleh seseorang pengurus sekolah iaitu mempunyai aspek-aspek pengetahuan dalam
pengurusan kewangan, memiliki nilai professional seperti integriti, akauntabiliti dan telus dalam
menyelenggara kewangan sekolah dan melakukan amalan terbaik dengan mematuhi prinsip dan
peraturan yang telah ditetapkan.
[16]