PENGURUSAN KUASA

download PENGURUSAN KUASA

of 29

description

STRUKTUR, PROSES DAN PENTADBIRAN

Transcript of PENGURUSAN KUASA

  • BAB 6

    PENGASINGAN KUASA

    OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengetahui dan memahami sejarah sistem pemerintahan di

    Malaysia. 2. Memahami tugas dan bidang kuasa setiap bidang dalam sistem

    pemerintahan mengikut Perlembagaan.

    6.1 PENGENALAN Doktrin Pengasingan Kuasa yang dibincangkan ini adalah bagi memberi gambaran tentang struktur pemerintahan negara. Sejajar dengan amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, doktrin ini membahagi-bahagikan bidang kuasa kepada setiap badan yang membentuk pemerintahan. Ketiga-tiga badan yang dianggap bebas ini ialah:

    (i) Badan Eksekutif; (ii) Badan Perundingan; dan (iii) Badan Kehakiman.

    Ketiga-tiga badan tersebut dinaungi oleh Yang Di Pertuan Agung sebagai Ketua Negara.1 Sebelum saya membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut lagi, eloklah sekiranya saya memperjelaskan tentang Doktrin Pengasingan Kuasa ini terlebih dahulu. 6.2 LATAR BELAKANG PENGASINGAN KUASA Dalam konteks negara kita terdapat, tiga perkara yang boleh dilihat. Pertamanya pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam membuat undang-undang. Keduanya terhadap pentadbiran oleh kedua-dua Kerajaan di atas. Ketiganya tentang tiga badan yang disebutkan. Fokus perbincangan dalam tajuk adalah tentang tiga badan tersebut. Manakala perbincangan mengenai kerajaan-kerajaan pada bab lain.

    125

  • Pengasingan kuasa ini diperkenalkan oleh Mostesquie2 dalam bukunya The Spirit of Law. Beliau menyatakan bahawa adalah merbahaya sekiranya kuasa pentadbiran hanya berada di tangan seseorang atau satu badan tertentu sahaja kerana ini memudahkan berlaku penyalahgunaan kuasa. Oleh yang demikian, permusatan kuasa boleh dikawal melalui pengagihan kuasa kepada badan-badan yang terbabit dengan pemerintahan. Pengagihan ini dapat kita lihat dengan Badan Perundangan (Legistatif) akan membuat undang-undang sementara Badan Eksekutif pula menguatkuasakannya. Manakala badan Kehakiman akan mentafsirkan (mentakrifkan) undang-undang tersebut dari segi betul sahnya ataupun tidak. Mostesquie bukanlah orang pertama yang mengetengahkan perkara ini kepada dunia. Malah hal ini telahpun diperkatakan sejak dari zaman Aristotle lagi. Begitu juga dengan nama-nama besar lain seperti John Locke yang menulis tentang Civil Government. Namun Mostesquie menjadi rujukan kerana tulisannya dapat merubah satu sistem yang wujud pada masa itu, iaitu Revolusi yang mengakhiri pemerintahan beraja di Perancis. Mostesquie menyarankan bahawa setiap badan dalam kerajaan perlu bertindak mengikut lunas undang-undang. Segala tindak tanduk dan tingkah laku haruslah telus dengan memberikan penerangan yang jelas akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dengan kata lain, sekiranya ada badan yang cuba mengatasi undang-undang, badan-badan yang lain wajib menghalangnya. Maka berlakulah yang diistilahkannya sebagai le pouvoir arte le pouvoir kuasa membatasi kuasa.3 Sebelum melanjutkan perbincangan secara menjurus tentang struktur pemerintahan di negara kita, saya rasa eloklah kita mengimbas kembali latar belakang pemerintahan negara kita. 6.3 LATAR BELAKANG SISTEM PEMERINTAHAN Bermula dengan sistem pemerintahan tradisional, Kerajaan Melayu telah dipecah-pecahkan dan dicantumkan oleh penjajah. Pemerintahan Pulau Pinang, Singapura, Melaka, Pangkor dan Dinding telah diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-negeri Selat yang berpusat di Pulau Pinang. Kemudiannya dipindahkan ke Singapura empat buah negeri Melayu yang dinaungi disatukan di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Melalui Perjanjian Bangkok pada 1909, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu disatukan di bawah Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Ia kemudiannya disertai oleh Johor. Kesatuan Malaya (Malayan Union) dijadikan asas untuk menyatukan ketiga-tiga pentadbiran di atas. Namun begitu, ia hanya menjadi simbol

    126

  • sahaja setelah ditentang oleh rakyat. Walau bagaimanapun, sebagai gantinya ialah Persekutuan Tanah Melayu dengan mengekalkan Singapura sebagai tanah jajahan berasingan. Melalui persekutuan ini, Kerajaan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan (Federal Executive Council) dan Majlis Undangan Persekutuan (Federal Legislative Council). Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan keahliannya terdiri daripada:

    (a) 3 ahli tetap Ketua Setiausaha Kerajaan Peguam Negara Setiausaha Kewangan

    (b) 9 orang Menteri Besar (c) 2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Selat (d) 11 ahli rasmi (e) 50 ahli tidak rasmi dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi

    Tugas Majlis ini adalah untuk membuat undang-undang tetapi Pesuruhjaya yang memiliki kuasa pembatal (veto). Dalam pentadbiran, Pesuruhjaya dibantu4 oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan tetapi tidak semestinya mengikuti sebarang kesimpulan yang diambil oleh pihak Majlis. Dalam urusan Kerajaan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Majlis Perundangan Negeri menjalankan tugas yang terhad. Majlis Perundangan hanya berkuasa membuat undang-undang tentang agama Islam dan Adat Istiadat Melayu sahaja manakala perkara-perkara yang lain berada dalam bidang kuasa Persekutuan. Majlis Mesyuarat Kerajaan pula diketuai oleh Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan selagi diperkenankan dan beliau dibantu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang. Keanggotaan lain adalah beberapa ahli rasmi dan tidak rasmi yang dilantik oleh Sultan bagi mewakili kaum, kepentingan negeri dan Orang Besar Negeri. Majlis ini berperanan menasihati Sultan tetapi tidak semestinya dipatuhi. Walau bagaimanapun, Sultan mesti mematuhi Perlembagaan Negeri. Selain daripada jawatan di atas, Penasihat British (menggantikan Sistem Residen dan Penasihat) menjadi penasihat kepada Raja-Raja. Bagi negeri Pulau Pinang dan Melaka, Ketua Pentadbir ialah Pesuruhjaya Residen yang menjalankan tugas Pesuruhjaya Tinggi. Beliau berperanan seperti Menteri Besar, cuma

    127

  • beliau tidak hadir dalam Mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Melalui Pilihanraya Umum tahun 1955, Parti PERIKATAN telah dapat menubuhkan kabinet kerana mempunyai wakil yang besar dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Penubuhan kabinet bermakna menubuhkan sebuah kerajaan. Di peringkat negeri pula, perubahan dibuat setelah pilihanraya tahun 1959 untuk diselaraskan dengan yang ada di peringkat Persekutuan. Antaranya:

    (i) Tempat Sultan atau Raja sebagai pengerusi atau ahli Mesyuarat Kerajaan diganti oleh Menteri Besar.

    (ii) Majlis Perundangan Negeri diganti menjadi Dewan Undangan Negeri (DUN). Ahlinya pula terdiri daripada kalangan ahli tidak rasmi berasaskan jawatan pada masa ini seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang. Mereka tidak memiliki kuasa untuk mengundi.

    (iii) Pengerusi Dewan pula ialah Speaker atau Yang Di Pertua Dewan. Beliau dilantik daripada kalangan ADUN.

    (iv) Menteri Besar dilantik oleh Sultan tetapi daripada kalangan pemimpin parti yang menang majoriti dalam pilihanraya.

    (v) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan pula dihadkan antara empat ke lapan orang. Mereka dilantik oleh Sultan atas nasihat daripada Menteri Besar dan sama-sama bertanggungjawab kepada DUN.5

    SOALAN DALAM TEKS 6.1

    1. Apakah nama ketiga-tiga bidang yang telah dan

    akan dibincangkan? i. Eksekutif ii. Perundangan iii. Kehakiman iv. Ekslusif

    (a) i,ii dan iii (b) i,ii dan iv

    128

  • (c) i, iii dan iv (d) ii, iii dan iv

    2. Siapakah penaung bagi ketiga-tiga badan ini?

    (a) Perdana Menteri (b) Yang Di Pertuan Agung (c) Kerajaan Pusat (d) Kerajaan Persekutuan

    3. Apakah nama buku karangan Mostesquie?

    (a) The Law of Oligarky (b) The Nature of Law (c) The Spirit of Law (d) The Law of Sea

    4. Siapakah wakil Pesuruhjaya Tinggi di Melaka

    (a) Pesuruhjaya Tinggi (b) Pesuruhjaya Presiden (c) Pesuruhjaya Gabenor (d) Pesuruhjaya Residen

    5. Apakah dia Majlis Undangan Persekutuan?

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    6.4 PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA Secara teorinya, Pengasingan Kuasa adalah sesuatu yang ideal. Ia bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa atau pemuafakatan di antara badan-badan tertentu bagi menjamin hak rakyat tidak dizalimi atau ditindas. Hal ini juga telah ditegaskan dalam Perlembagaan Negara. Walau bagaimanapun, oleh kerana sifat perlembagaan itu sendiri yang boleh dipinda manakala peneraju ketiga-tiga badan itu pula manusia, maka kelihatannya amalan perbincangan di sini adalah lebih menjurus untuk menghuraikan fungsi, peranan dan tanggungjawab ketiga-tiga badan tersebut sahaja. Perihal Yang Di Pertuan Agung dan Majlis Raja-Raja disentuh yang mana berkaitan sahaja. Hal ini dapat dijelaskan lagi daripada Rajah 6.1.

    129

  • Eksekutif

    Yang Di Pertuan Agung

    Parlimen

    Kehakiman Perundangan

    Kabinet Mahkamah

    Speaker Perdana Menteri Ketua Hakim

    Negara

    Rajah 6.1. Carta Pengasingan Kuasa di Malaysia. 6.5 BADAN PERUNDANGAN6 Di negara kita, badan perundangan ini dikenali sebagai Parlimen. Di England ia dipanggil Webminister. Sejarah membuktikan bahawa Parlimen hanya wujud selepas pilihanraya tahun 1959 meskipun ditubuhkan oleh Perlembagaan yang berkuatkuasa pada hari merdeka. Ini kerana daripada sejumlah 98 orang ahli Majlis Undangan Persekutuan semasa merdeka, hanya 52 sahaja yang dipilih oleh rakyat. Selepas majlis ini dibubarkan pada 27 Jun 1959 bagi mengadakan pilihanraya umum kemudiannya barulah Parlimen yang kita kenali hari ini wujud. Badan ini mempunyai tiga elemen, iaitu:

    (i) Yang Di Pertuan Agung (ii) Dewan Rakyat (iii) Dewan Negara

    6.5.1 Dewan Rakyat Dewan Rakyat dengan Parlimen seakan-akan sinonim. Inilah tanggapan yang dimiliki oleh orang biasa dan kebanyakan orang. Ini kerana perbahasan dilakukan dengan rancak, hangat dan menarik di dewan ini. Lebih-lebih lagi jika ramai wakil pembangkang berada di dalamnya. Hal ini ditambah lagi dengan hakikat bahawa ia merupakan dewan yang paling berkuasa kerana ahlinya dipilih oleh rakyat. Setiap wakil yang berada di dalamnya akan berbahas bagi menyuarakan kepentingan rakyat yang mereka wakili atau rakyat secara keseluruhannya.

    130

  • Ahli-ahli dewan ini dikenali sebagai Ahli Parlimen dan mereka juga dikenali sebagai Wakil Rakyat yang dipilih melalui Pilihanraya Umum setiap lima tahun sekali atau melalui pilihanraya kecil. Ketua Dewan ialah Speaker atau Yang Di Pertua Dewan. Beliau boleh dilantik daripada kalangan ahli dewan atau pihak lain oleh Kerajaan. Beliau dibantu oleh Timbalannya. Tugasnya adalah untuk mempengerusikan sidang Mesyuarat Parlimen yang dipanggil bersidang oleh Yang Di Pertuan Agung. Semasa dalam persidangan tersebut, setiap Wakil Rakyat berpeluang untuk membahaskan sebarang usul, dasar, cadangan kerajaan atau rang undang-undang yang dibawa ke dewan. Manakala para menteri atau wakilnya sama ada pemangku, timbalan menteri atau Setiausaha Parlimen, Kementerian tersebut berkewajpan memberi jawapan, penjelasan dan mempertahankan dasar, cadangan kerajaan atau Rang undang-undang. Persidangan dewan ini juga dianggap menarik kerana ahli dapat bersidang secara terbuka dan boleh dihadiri oleh orang ramai dan wartawan. 6.5.1.1 Keahlian Ahli Dewan Rakyat adalah mengikut jumlah kawasan pilihanraya yang bermula dengan seramai 53 orang pada tahun 1955 (sebelum merdeka) dan bertambah menjadi 104 pada pilihanraya tahun 1959. Pada masa ini, ia adalah mengikut persempadanan pertama kawasan pilihanraya dan tidak sebagaimana awal mengikut jumlah daerah. Jumlah ini terus bertambah selepas perubahan Malaysia dan setiap kali berlaku perubahan kawasan atau persempadanan baru. Malah sehingga sekarang perubahan banyak kali dilakukan. Pada pilihanraya tahun 1964, ahli dari Semenanjung kekal 104, tambahan 16 orang dari Sabah dan 24 ahli dari Sarawak untuk menjadikan seramai 144 wakil. Jumlah ahli yang bertambah menjadi 154 orang pada pilihanraya tahun 1974 adalah akibat daripada kewujudan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan persempadanan baru. Melalui pindaan keempat, pilihanraya tahun 1995 menyaksikan seramai 192 orang wakil rakyat terlantik. Oleh kerana speaker adalah ahli yang dilantik, maka jumlah keahlian dewan hari ini adalah seramai 193 orang ahli. Selain daripada berbahas, mengkritik dan berhujah, Ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab kepada rang undang-undang yang dibentangkan dalam sidang dewan sebagaimana sumpah perkhidmatan mereka:

    Saya setelah dipilih sebagai seorang ahli Dewan Rakyat adalah dengan ini mengangkat bersumpah dengan sesungguhnya saya sebagai yang demikian dengan jujur dengan segala daya upaya

    131

  • saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaannya.7

    Terdapat empat jenis rang undang-undang, iaitu:

    (i) Rang undang-undang awam yang melibatkan dasar awam; (ii) Rang undang-undang persendirian yang melibatkan

    rakyat, pertubuhan, peratuan atau perbadanan. (iii) Rang undang-undang ahli persendirian yang dikemukakan

    oleh ahli Parlimen parti pembangkang. (iv) Rang undang-undang hidrid iaitu rang undang-undang

    yang dikemukakan oleh pemerintahan atau pembangkang yang difikirkan mempunyai kepentingan tertentu.

    Biasanya rang undang-undang ini setelah diluluskan, akan dibahaskan lagi oleh Dewan Negara. Dewan Negara berhak mencadangkan supaya rang undang-undang ini dibahaskan semula oleh Dewan Rakyat kecuali yang berkait dengan kewangan. Dalam hal kewangan ini, walaupun jika Dewan Negara tidak bersetuju, dalam tempoh satu bulan dari tarikh dihantar kepadanya, ia boleh dipersembahkan kepada YDPA untuk diperkenankan. 6.5.2 Dewan Negara Dewan ini juga dikenali sebagai Dewan Kedua tetapi ini tidak bermakna tarafnya lebih rendah daripada Dewan Rakyat. Ia dikatakan sebagai dewan kedua kerana menurut kebiasaannya, dewan ini hanya membahaskan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat untuk diteliti dengan lebih mendalam. Kadang-kadang, dewan ini juga membincangkan lebih awal sesuatu rang undang-undang itu. Jika melihat kepada kedudukan ini, Dewan Negara dianggap sebagai Dewan Tertinggi dalam pemerintahan kerana fungsi dan peranannya. Lagipun keahliannya terdiri daripada pelbagai golongan, pertubuhan atau bidang mahupun mewakili kaum minoriti. 6.5.2.1 Keahlian Ahli dewan ini adalah seramai 69 orang yang pecahannya adalah seperti berikut:

    (i) 2 ahli yang dipilih oleh setiap DUN ialah 26 orang. (ii) 2 ahli lantikan YDPA bagi mematuhi Wilayah

    Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.

    132

  • (iii) 40 ahli lantikan YDPA yang mewakili pelbagai kelompok yang disebut di atas. Mereka ini biasanya telah memberi sumbangan yang besar kepada negara, pertubuhan atau mesyarakat mempunyai yang pakar dalam bidang profesion atau mewakili kumpulan (kaum) minoriti seperti orang Asli dan masyarakat Siam.

    Jumlah keahlian ini adalah yang terbaru. Seperti Dewan Rakyat yang bertambah keahliannya kerana pertambahan kawasan, Ahli Dewan Negara juga bertambah kerana bertambahnya wilayah dan keperluan semasa. Pada zaman awal kemerdekaan, ahlinya adalah seramai 38 orang; 22 orang mewakili DUN dan 16 lagi lantikan YDPA. Setelah tertubuhnya Malaysia, keahlian dari DUN Sabah dan Sarawak serta Singapura menambahkan jumlahnya kepada 28 dan YDPA pula menambah lantikan kepada 20 orang. Jumlah keseluruhannya ialah 50 orang ahli. Pada Julai 1964, lantikan YDPA menjadi 32 orang yang membawa jumlah 60 orang. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada Ogos 1965, keahlian menjadi 58. Pada tahun 1979, keahlian ini ditambah menjadi 68 dan setelah Labuan menjadi Wilayah Persekutuan, keahliannya adalah seperti hari ini. Tempoh keahlian dewan, sama ada yang dilantik oleh DUN atau YDPA, adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi secara berterusan atau berselang.8 Satu kelebihan atau keistimewaan ahli Dewan Negara ialah beliau tidak tergugur kerana pembubaran Parlimen. Kecuali bagi lantikan DUN, sekiranya DUN yang diwakilinya kalah dalam pilihanraya, maka adalah menjadi tanggungjawab moral baginya supaya menarik diri kerana tidak mewakili DUN tersebut lagi. Mesyuarat Dewan Negara juga dipanggil bersidang. Setiap kali mesyuarat, dewan akan dipengerusikan oleh Speaker atau Yang Di Pertua Dewan dan dibantu oleh Timbalannya. Jika kedua-duanya tidak hadir, seorang daripada ahli yang berkebolehan boleh mempengerusikan sidang.9 Kedua-dua speaker dan timbalan mestilah daripada kalangan ahli dewan dan semua ahli dewan dikenali dengan panggilan Senator. Bagi kedua-dua dewan, sama ada Dewan Rakyat dan Dewan Negara, ia ditadbir oleh pengawai eksekutif tetap dari kalangan kakitangan yang dilantik oleh YDPA. Ketua Pegawai Eksekutif yang mentadbir ini dikenali sebagai Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara. Kedua-dua mereka boleh berkhidmat sehingga berusia 60 tahun atau apa-apa had maksima yang dibenarkan oleh undang-undang. Mereka ini boleh dipecat melalui prosedur seperti pemecatan seorang hakim.

    133

  • Kakitangan lain dalam perkhidmatan Parlimen dilantik oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Mereka dikategorikan sebagai anggota perkhidmatan Parlimen. Hanya bagi tujuan pencen sahaja, mereka dikira sebagai anggota perkhidmatan awam persekutuan. 6.5.3 Persidangan Dewan Rakyat Sidang pertama dewan mesti bermula dalam tempoh 120 hari selepas pembubarannya bagi mengadakan pilihanraya. Tempoh lima tahun Parlimen bermula pada hari pertama sidang tersebut berlangsung. Tugas pertama persidangan ini adalah mewakili serta melantik Speaker dan Timbalannya. Setelah selesai perlantikan ini, ahli dewan pula melakukan ucapara mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertua Dewan. Jika seseorang ahli tidak mengangkat sumpah dalam masa tiga hari dari tarikh persidangan ini, atau tidak mendapat kebenaran Parlimen untuk menangguhkan masa yang lebih lama yang dibenarkan, maka kerusi dan kawasan yang diwakilinya dianggap kosong. Satu pilihanraya kecil pula akan dilakukan. 6.5.4 Proses Membuat Undang-Undang Untuk tujuan ini, diperbincangkan suatu rang undang-undang secara umum yang diperlukan oleh sesebuah Kementerian bagi kepentingan awam. Ia bermula dengan Menteri di Kementerian tersebut berunding dengan Peguam Negara. Kebenaran juga diperolehi daripada Jemaah Menteri. Pihak-pihak yang berkepentingan seperti Perbendaharaan dan Kementerian lain yang berkaitan juga memainkan peranan. Setelah melalui perundingan ini, ia digubal pula oleh Penggubal Undang-undang untuk diluluskan oleh Jemaah Menteri. Selepas daripada kelulusan inilah baru notis diberi kepada kedua-dua Setiausaha Dewan bagi tujuan pembentangan. Setiausaha Dewan Rakyat akan mencetak usul tersebut untuk dibahagikan-bahagikan kepada semua ahli dewan, iaitu Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara, untuk persiapan perbahasan. Di Dewan Rakyat, sesuatu rang undang-undang itu perlu melalui empat peringkat sebelum sesuatu usul itu diluluskan:

    i) Bacaan pertama; ii) Bacaan kedua; iii) Peringkat jawatankuasa; dan iv) Bacaan ketiga.

    134

  • (i) Bacaan pertama Bacaan ini merupakan pembentangan usul atau pembacaan rang undang-undang itu buat kali yang pertama dan perbahasan jarang dilakukan pada peringkat ini. Untuk Bacaan Kedua ia perlulah diberitahu kepada dewan. Kadang-kadang Bacaan Pertama dan Kedua dibuat pada hari yang sama.

    (ii) Bacaan kedua Inilah peringkat membahaskan prinsip am rang undang-undang tetapi tidak melibatkan butir-butir rang undang-undang tersebut. (iii) Peringkat jawatankuasa Setelah selesai Bacaan Kedua, secara automatik ia akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa. Di peringkat inilah ahli-ahli dewan akan membincangkan perihal butir-butir rang undang-undang tersebut. Seseorang ahli bebas memberi pandangan, bertanya atau mengesyorkan sebarang pindaan tanpa perlu mengharapkan sokongan. Dalam perbincangan butir-butir rang undang-undang ini ia perlu mengikut peraturannya, iaitu:

    (i) Susunan rang undang-undang itu; (ii) Jadualnya; dan (iii) Mukadimahnya.

    Selesai pada peringkat ini, dengan persetujuan dewan maka ia akan dibaca untuk bacaan ketiga. (iv) Bacaan ketiga Peringkat ini hanyalah merupakan peringkat untuk mendapatkan kelulusan. Sesudah diluluskan, rang undang-undang ini akan dikemukakan kepada Dewan Negara. Jika ia diluluskan oleh Dewan Negara, ia akan dipersembahkan pula kepada YDPA untuk diperkenankan. Setelah diturunkan cap mohor besar maka rang undang-undang ini akan disiarkan sebagai undang-undang dalam Warta Kerajaan. Sesuatu undang-undang itu biasanya akan berkuatkuasa sebaik sahaja diwartakan.9 Walau bagaimanapun, parlimen boleh memperuntuk penguatkuasaannya sama ada lewat dari tarikh ia diwartakan atau dikuatkuasakan lebih awal dari tarikh ia diwartakan.

    135

  • SOALAN DALAM TEKS 6.2

    1. Isikan tempat kosong di dalam rajah di bawah.

    Yang Di Pertuan Agung

    _______________ Parlimen Mahkamah

    Perdana Menteri

    2. Apakah elemen-elemen yang terdapat pada badan perundangan

    i. YDPA ii. Dewan Rakyat iii. Dewan Negara iv. Dewan Masyarakat

    (a) i dan ii (b) ii dan iii (c) i, ii dan iii (d) ii, iii dan iv

    3. Berapakah jumlah kawasan pilihanraya pada tahun

    1964? (a) 52 (b) 104 (c) 144 (d) 154

    4. Berapa ramaikah keahlian Dewan Negara pada tahun

    1959? (a) 69 (b) 60 (c) 50 (d) 38

    136

  • 5. Apakah nama jawatan pentadbir bagi kedua-dua dewan di parlimen? (a) Setiausaha Kerja (b) Setiausaha Agung (c) Setiausaha Dewan (d) Setiausaha Parlimen

    6. Berapa lamakah tempoh penggal di Parlimen?

    (a) 4 tahun (b) 5 tahun (c) 6 tahun (d) Tiada di atas

    7. Berapa lamakah tempoh perkhidmatan semester bagi satu-satu perlantikan? (a) 3 tahun (b) 4 tahun (c) 5 tahun (d) 6 tahun

    8. Berapa peringkatkah Rang undang-undang itu

    dibahas di Dewan Rakyat? (a) 3 peringkat (b) 4 peringkat (c) 5 peringkat (d) 6 peringkat

    9. Siapakah yang melantik Speaker Dewan? 10. Apakah dia Bacaan ketiga?

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    6.6 KABINET11

    Kabinet juga dikenali sebagai Jemaah Menteri. Inilah badan tertinggi yang membuat dasar negara dan menjalankan kuasa pemerintahan Persekutuan. Ketua Kabinet ialah Perdana Menteri manakala ahli-ahlinya pula terdiri daripada Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet. Mereka dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri tetapi bertanggungjawab kepada Parlimen. Ahli lain dalam kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara yang menjadi Setiausaha Kabinet. Seseorang ahli kabinet dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat atau ahli Dewan Negara

    137

  • kecuali Perdana Menteri yang mesti daripada kalangan ahli Dewan Rakyat sementara Setiausaha Kabinet pula ialah penjawat Perkhidmatan Awam yang dilantik. 6.6.1 Keahlian Pada asalnya pada tahun 1955, Kabinet pertama hanya ada 10 orang ahli sahaja tetapi ia bertambah mengikut keperluan masa. Hari ini jumlah ahli kabinet adalah mengikut jumlah kementerian dan menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri yang sebelum ini dikenali dengan jawatan Menteri Tak Berportfolio. Hari ini, terdapat sebanyak 25 buah kementerian di negara ini dan antaranya ialah:

    (i) Jabatan Perdana Menteri (ii) Kementerian Dalam Negeri (iii) Kementerian Kewangan (iv) Kementerian Pendidikan (v) Kementerian Pertahanan

    Selain daripada Ketua Setiausaha Negara, beberapa kakitangan awam lain kadang-kadang dijemput bagi memberi pandangan dan khidmat nasihat kepakaran. Biasanya mereka ini terdiri daripada kalangan ahli profesional dan memiliki kepakaran teknikal yang tinggi seperti doktor, saintis, jurutera dan lain-lain. Setiap Rabu, kabinet akan bermesyuarat seminggu sekali. Semua mesyuarat dibuat secara tertutup dan direkodkan. Selepas mesyuarat berakhir barulah sidang akhbar diberi sama ada oleh Perdana Menteri atau wakil kabinet iaitu Menteri Penerangan. Kadang-kadang menteri lain akan memberi sidang akhbar sekiranya pada hari tersebut mesyuarat membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kementerian berkenaan secara khusus. Selepas bermesyuarat, Perdana Menteri akan mempersembahkan segala nasihat kepada YDPA. Tanggungjawab ahli kabinet adalah bertanggungjawab bersama (kolektif) terhadap sebarang keputusan yang dibincangkan dalam mesyuarat kabinet. Jika seseorang ahli tidak bersetuju tetapi mesyuarat memutuskan sebaliknya, maka atas tanggungjawab bersama beliau mesti merestuinya. Jika tidak, beliau perlu meletakkan jawatan. Sekalipun telah meletakkan jawatan, beliau tidak boleh melahirkan pandangannya secara terbuka kerana masih terikat sebagai ahli dewan yang mewakili kerajaan. Tanggungjawab lain ialah tanggungjawabnya kepada kementerian tempat beliau menjadi menteri. Oleh itu, jika kementeriannya lemah, tidak berfungsi ataupun cuai maka menjadi tanggungjawab moral baginya untuk meletakkan jawatan. Namun begitu, keadaan sebegini jarang berlaku kecuali baru-baru ini apabila senator Dato Abdul Hamid Osman meletakkan jawatannya kerana masalah di atas.

    138

  • Tugas Setiausaha kabinet adalah merekodkan semua minit dan memastikan hal-hal berkenaan mesyuarat dicatat dengan tepat. Jika perbincangan itu memerlukan tindakan lanjut seperti hal perundangan atau percukaian, maka ia perlu dibawa ke Jabatan Kehakiman atau pada hari ini ke Jabatan Peguam Negara supaya rang undang-undang dapat dibuat dan dibawa ke Parlimen. Tempoh perkhidmatan ahli kabinet adalah sepanjang penggal parlimen atau selagi tidak dipecat atau meletakkan jawatan. Selepas sahaja menang pilihanraya, perlantikan dan penubuhan kabinet baru perlu ada walaupun kadang-kadang ada lagi ahli yang sama. Setakat ini telah ada pemecatan ahli kabinet, tetapi belum berlaku pemecatan Perdana Menteri. Hal ini boleh dibuat oleh ahli dewan melalui undi tidak percaya. Sandaran Perdana Menteri ialah membubarkan Parlimen sebelum meletakkan jawatan. Secara prinsipnya, jika ada cadangan memecat Perdana Menteri dan usul ini berjaya, maka seluruh ahli kabinet (kecuali setiausaha kabinet) perlu meletakkan jawatan. Ini kerana mereka dilantik atas nasihat Perdana Menteri dan bekerja secara kolektif. Bagi YDPA pula, baginda boleh menghalang pembubaran Parlimen jika menurut pandangannya akan merugikan dan membebankan rakyat. Tindakan baginda seterusnya adalah mencari pengganti di kalangan ahli parlimen yang berkelayakan dan mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kabinetnya sendiri atau kabinet baru. Jika tiada calon yang sesuai, barulah parlimen dibubarkan supaya pilihanraya dapat diadakan untuk menubuhkan kerajaan baru. Namun, pilihanraya ini tidak melibatkan peringkat DUN.

    SOALAN DALAM TEKS 6.3

    1. Apakah nama lain bagi kabinet?

    (a) Majlis Parlimen (b) Lembaga Menteri (c) Badan Eksekutif (d) Jemaah Menteri

    2. Siapakah Setiausaha Kabinet? (a) Ketua Setiausaha Negara (b) Ketua Hakim Negara (c) Ketua Polis Negara (d) Ketua Peguam Negara

    139

  • 3. Berapa ramaikah ahli kabinet bagi tahun 1955?

    (a) 8 (b) 10 (c) 12 (d) 14

    4. Siapakah kakitangan perkhidmatan awam yang boleh

    hadir ke mesyuarat kabinet selain daripada Ketua Setiausaha Negara? i. Jurutera ii. Doktor iii. Saintis iv. Ahli geologi (a) i dan ii (b) i, ii dan iii (c) ii, iii dan iv (d) Semua yang di atas

    5. Apakah kementerian yang paling kanan sekali? (a) Kementerian Dalam Negeri (b) Kementerian Luar negeri (c) Kementerian Kewangan (d) Jabatan Perdana Menteri

    6. Apakah caranya untuk memecat Perdana Menteri? (a) Membuang (b) Memujuk (c) Undi protes (d) Undi tak percaya

    7. Apakah tindakan YDPA, apabila Parlimen memecat Perdana Menteri?

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    6.7 BADAN KEHAKIMAN Dalam Bahagian 9 Perlembagaan Persekutuan memperuntuk satu perkara khas iaitu PERHAKIMAN. Ia mempunyai sebelas perkara iaitu Perkara 121 hingga Perkara 131. Badan ini melibatkan mahkamah dan

    140

  • hakim. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Suffian bin Hashim pernah menyifatkan:12

    Dalam edisi pertama buku ini (bahasa Inggeris) saya telah memperkatakan bahawa daripada ketiga-tiga bahagian atau cawangan Kerajaan yang berasingan itu, Mahkamah adalah tertinggi mengikut pengertian yang tertentu. Semenjak itu saya telah mengubah pandangan saya dan sekarang berpendapat bahawa di Malaysia hanya Perlembagaan sahaja yang Tertinggi. Tetapi, meskipun demikian, Mahkamah mempunyai kuasa yang besar juga terhadap bahagian perundangan dan eksekutif.

    Kelebihan atau ketinggian badan ini boleh dilihat melalui peranannya:

    (i) Berkuasa mentafsir perlembagaan; (ii) Berkuasa mentafsir undang-undang; (iii) Berkuasa menentusahkan (sah/tidak) sesuatu undang-

    undang bertulis sama ada persekutuan atau negeri; dan (iv) Berkuasa mengisytiharkan tidak sah di sisi undang-

    undang sesuatu tindakan kerajaan.

    Selain daripada itu, Perkara 132(2A) dan (3)(c) Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntuk kedudukan hakim sebagai kakitangan Perkhidmatan Awam yang tertakluk kepada peraturan-peraturannya. Hakim mempunyai skim, cara perlantikan dan perlucutan jawatan yang tertentu. Ini bertujuan supaya dalam menjalankan tugasnya hakim tidak terikat dengan rasa takut atau memilih (without fear or favour) demi menjalankan tanggungjawab keadilan. Selain daripada itu, mahkamah juga mesti bebas daripada sebarang kawalan perundangan atau pemerintahan.

    6.8 MAHKAMAH13

    Terdapat beberapa kategori mahkamah di negara kita. Kedudukan tinggi rendahnya mengikut bidang kuasa dan hukuman yang boleh dikenakan. Kita lihat satu persatu dari bawah. 1. Balai Penghulu (Mahkamah Penghulu) Inilah mahkamah yang terendah sekali. Pesalah dibicarakan di hadapan Penghulu yang dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi mentadbir mukim. Mahkamah ini boleh mengadili kes-kes sivil ataupun jenayah di mukimnya. Penghulu boleh menjatuhkan hukuman denda maksima RM50.00 bagi kes sivil dan RM25.00 bagi kes jenayah. Dalam hal ini, tidak banyak berlaku perbicaraan di mahkamah ini kerana Penghulu

    141

  • biasanya menyelesaikan kes-kes secara perundingan melalui persetujuan kedua pihak. Ada juga sesetengahnya mahu dibicarakan di Mahkamah Majistret. 2. Mahkamah Juvana (Juvenile Courts) Mahkamah ini ditubuhkan khusus bagi membicarakan kes salah laku atau kesalahan yang melibatkan kanak-kanak bawah umur. Semasa ditubuhkan pada tahun 1947, ia mengendalikan kes di bawah 17 tahun. Mulai tahun 1975, had umur bagi kes-kes sebegini dinaikkan ke umur 18 tahun. Mahkamah ini boleh membicarakan semua kesalahan kecuali yang melibatkan hukuman mati. Dalam perbicaraan yang dibuat secara tertutup, mahkamah diketuai oleh Majistret Kelas Pertama dan dibantu oleh dua orang awam sebagai pengapit yang memberi nasihat. Kehadiran orang ramai yang dibenarkan hanyalah waris terdekat, saksi-saksi, peguam dan mereka yang dibenarkan sahaja. Hal ini bagi menjaga maruah dan memberi perlindungan kepada pesalah daripada sebarang publisiti. Setelah didapati bersalah, pesalah tidak dihantar ke penjara tetapi dimasukkan ke sekolah/institusi pemulihan akhlak. Dalam perbicaraan ini, pesalah boleh membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi jika tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat. Dalam keadaan-keadaan tertentu, ada juga kes pesalah dibebaskan dengan ikat jamin berkelakuan baik. 3. Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Bumiputera

    (Sabah dan Sarawak) Di kedua-dua negeri tersebut, tidak ada Mahkamah Penghulu atau Mahkamah Juvana. Yang diamalkan di sana ialah Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Bumiputera. Bidang kuasa yang dibicarakan dalam mahkakmah ini ialah perlanggaran undang-undang dan adat istiadat kaum yang berbentuk agama, perkahwinan atau persetubuhan haram. Hakim yang mengadili kes ini ialah Ketua Anak Negeri bagi kes di Sarawak sementara bagi kes di Sabah pula perlu mendapatkan keizinan daripada Pegawai Daerah. Di Sarawak, mahkamah juga membicarakan kes-kes yang melibatkan tanah yang tiada hak milik (tiada geran). Sama ada di Sabah atau Sarawak, kes ini boleh dirayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Di Sabah misalnya, hanya boleh merayu kepada Pegawai Daerah atau Mahkamah Rayuan Anak Negeri yang dibicarakan oleh seorang hakim. Manakala di Sarawak pula, rayuan dibuat ke Mahkamah Bumiputera Residen dan seterusnya ke Mahkamah Rayuan yang dibicarakan oleh hakim Mahkamah Tinggi.

    142

  • 4. Mahkamah Majistret Pada zaman penjajah dan peringkat awal kemerdekaan, mahkamah rendah di negara kita dikendalikan oleh pihak yang tidak mempunyai kelayakan profesional. Mereka ini biasanya terdiri daripada kalangan Pegawai Daerah atau penolongnya yang menjalankan tugas secara sambilan seperti menyatakan kes, membenarkan ikat jamin dan sebagainya. Mereka ini boleh menjawat jawatan Majistret Kelas Satu atau Dua mengikut kelayakan dan pengalaman tugas masing-masing. Perlantikan dibuat oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri atas nasihat Hakim Besar. Walau bagaimanapun, keadaan telah berubah apabila ramai lulusan undang-undang yang telah dilantik menjadi Majistret sepenuh masa. Dari segi bidang kuasa membicara, jumlah dan bentuk hukuman adalah berbeza. Misalnya Majistret Kelas Pertama boleh mengendalikan kes sivil yang nilai hartanya di bawah RM25,000.00. Dalam kes jenayah pula, beliau boleh membicarakan kes yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun tetapi hukuman yang dijatuhkan mestilah tidak lebih dari lima tahun atau denda RM10,000.00 atau sebatan 12 kali atau menyatukan hukuman-hukuman tersebut. Bidang kuasa Majistret Kelas Dua adalah lebih rendah lagi. Apabila beliau menjatuhkan hukuman jenayah, ia mestilah tidak lebih dari penjara 6 bulan atau denda RM 1,000.00 atau kedua-duanya sekali. Penjawat jawatan ini biasanya terdiri daripada kalangan Pegawai Daerah dan Pendaftar Mahkamah Sesyen. Peranan mereka membantu tugas Majistret Kelas Satu. Terdapat sedikit perbezaan di Sabah dan Sarawak. Ia mempunyai tiga tahap mahkamah Majistret:

    (i) Mahkamah Majistret Kelas Tiga (ii) Mahkamah Majistret Kelas Dua (iii) Mahkamah Majistret Kelas Satu

    Mahkamah ini diberi kuasa untuk membicarakan kes yang nilai hartanya antara RM100.00, RM500.00 dan RM1000.00. Atas kuasa yang diberi oleh Hakim Besar Mahkamah Majistret Kelas Satu boleh membicarakan sesuatu kes sampai ke nilai RM3,000.00. Untuk kes jenayah, mahkamah ini boleh menjatuhkan hukuman antara tidak lebih dari 3 bulan penjara atau denda RM500.00 ke atas 6 bulan penjara atau denda RM2,000.00 hingga 12 bulan penjara atau denda RM 2,000.00. Bagi kesalahan yang lebih berat hukumannya, ia akan dibicarakan terus di Mahkamah Tinggi.

    143

  • Bagi tujuan rayuan, kes di Mahkamah Majistret Kelas Tiga boleh dirayu ke Mahkamah Majistret Kelas Satu sahaja. Rayuan dari Mahkamah Majistret Kelas Dua dan Satu, dirayu ke Mahkamah Tinggi. 5. Mahkamah Sesyen Mahkamah ini diketuai oleh seorang hakim yang dulunya dikenali sebagai Yang Di Pertua. Ia adalah mahkamah tertinggi di kalangan Mahkamah Rendah. Kes yang dikendalikan dalam mahkamah ini meliputi semua kes jenayah yang tidak melibatkan hukuman mati (gantung sampai mati). Bagi kes sivil, nilai harta yang dibicarakan adalah yang tidak melebihi RM100,000.00 kecuali yang berkaitan dengan harta tetap, harta pusaka, harta sepencarian dan muflis. Perkembangan masa telah mengangkat kedudukan dan taraf Mahkamah Sesyen. Pada peringkat awal merdeka, hanya kes-kes istimewa sahaja yang dilaporkan kepada Mahkamah Tinggi. Mulai Julai 1987, Mahkamah ini telah mengambil alih sebahagian daripada fungsi yang dipertanggungjawabkan kepada Mahkamah Tinggi. Hal ini bertujuan untuk mempercepatkan perbicaraan kes-kes yang tertangguh terutamanya kes-kes sivil. Dalam perkembangan ini juga, ada fungsi mahkamah ini telah diserahkan kepada Mahkamah Majistret Kelas Pertama untuk meringankan beban tugas di samping bertambahnya kelayakan profesional Majistret Kelas Pertama. 6.9 MAHKAMAH ATASAN Dalam bahagian ini, terdapat persamaan menyeluruh di seluruh negara. Ia mempunyai Mahkamah Tinggi Tanah Melayu, Mahkamah Tinggi Borneo dan Mahkamah Persekutuan (Mahkamah Agung). 6.9.1 Mahkamah Tinggi Ada dua Mahkamah Tinggi, satu di Sabah dan Sarawak dan satu lagi di Semenanjung. Mahkamah yang terdapat di Sabah dan Sarawak dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Borneo dan di Semenanjung dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Tanah Melayu (Malaya). Kedua-dua mahkamah ini diketuai oleh Hakim Besar Borneo dan Hakim Besar Malaya. Selain daripada mereka, terdapat lapan lagi orang hakim di Sabah dan Sarawak dan 27 orang di Semenanjung. Ibu Pejabat Mahkamah Tinggi Borneo adalah di Kuching, Sarawak manakala di Semenanjung pula di Kuala Lumpur. Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk melakukan pengadilan asal-usul kes rayuan (ulang bicara) dalam kes sivil atau jenayah. Dalam

    144

  • kes-kes asal, bidang kuasa mahkamah ini dalam mengendalikan kes-kes jenayah adalah tidak terhad. Walau bagaimanapun, kebiasaannya ia mengendalikan kes yang di luar bidang kuasa Mahkamah Rendah. Bagi kes rayuan pula, mahkamah ini mengendalikan kes dari Mahkamah Rendah atau Sesyen. Kes-kes dari Mahkamah Tinggi boleh dirayu ke Mahkamah Agung jika pesalah tidak puas hati dengan keputusan pengadilan. 6.9.2 Mahkamah Agung Mahkamah ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara dan semasa menjalankan tugas, beliau akan dibantu oleh Hakim Besar Melaya dan Hakim Besar Borneo bersama-sama tujuh orang lagi Hakim Mahkamah Agung. Mahkamah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1985 bagi mengambil alih peranan kehakiman yang dikendalikan oleh Privy Council di London. Keadaan ini telah berjalan sejak 4 Mac 1958 yang mengendalikan kes-kes rayuan dari Mahkamah Persekutuan. Dalam sidang Mahkamah Agung, panelnya mengandungi tiga orang hakim yang dipilih oleh Ketua Hakim Negara. Dalam keadaan-keadaan tertentu yang melibatkan kepentingan awam, panelnya menjadi lima orang. Antara bidang kuasa mahkamah ini seperti yang ditetapkan oleh Fasal 2 Perkara 121:14

    (i) Bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya.

    (ii) Apa-apa bidang kuasa asal atau bidang kuasa menasihat sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 128 dan 130.

    (iii) Apa-apa bidang kuasa lain sebagaimana diberikan oleh atau dibawah undang-undang persekutuan.

    Yang dimaksudkan dengan Perkara 128 ialah bidang kuasa ekslusif bagi mentafsir mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau enakmen yang ditubuhkan oleh DUN daripada kesahannya. Dalam bahasa undang-undang, Perkara 128(1)(a) berbunyi:

    Apa-apa soal sama ada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau oleh sesuatu Badan Perundangan Negeri adalah terbatal oleh kerana undang-undang itu membuat peruntukan mengenai sesuatu perkara yang Parlimen atau, mengikut mana yang berkenaan, Badan Perundangan Negeri itu tidak berkuasa membuat undang-undang.

    145

  • Fasal (1)(b) pula memperuntuk:

    pertikaian mengenai apa-apa soal lain di antara negeri-negeri atau di antara Persekutuan dengan mana-mana negeri.

    Perkara 128(2) mahkamah ini diberi kuasa untuk mengadili soal-soal perlembagaan yang dirujuk oleh mahkamah Tinggi. Bagi Perkara 130 pula, mahkamah mempunyai bidang kuasa menasihati apabila diarah oleh YDPA, seperti yang tercatat di bawah:

    YDPA boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kuat kuasa mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah timbul atau pada pendapat YDPA mungkin timbul, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya mengenai apa-apa soal yang dirujuk kepadanya itu dalam mahkamah terbuka.15

    6.9.3 Perjawatan dan Perlantikan Hakim Di peringkat Mahkamah Rendah, pegawai-pegawai yang berkhidmat di sini ialah anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang. Tempoh masa perkhidmatan adalah sama seperti kakitangan-kakitangan lain dalam Perkhidmatan Awam (selagi diperkenankan atau mencecah usia pencen). Yang menjadi kelebihan dan kesaksamaan adalah dari segi pentadbirannya kerana ia terletak di bawah kuasa Hakim Besar dan tindakan tata tertib pula hanya boleh dikenakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan undang-undang. Ini ialah satu badan bebas yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada kalangan hakim-hakim. Sejak Kementerian Keadilan dimansuhkan, Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab dalam segala urusan perjawatan, kompleks rayuan dan urusan-urusan lain tentang Jabatan Kehakiman. Dalam konteks perundangan pula, Peguam Negara ialah penasihat undang-undang kepada Kerajaan Persekutuan. Selaku Ketua kepada Pendakwa Raya beliau tidak mempunyai kuasa atau kawalan ke atas mahkamah. Yang boleh beliau lakukan adalah sama seperti pengamal undang-undang (peguam) yang lain iaitu berhujah dalam mahkamah sebagai wakil kerajaan bagi mempertahankan tindakan kerajaan. Dalam konteks mahkamah atasan; hakim dilantik dari kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan undang-undang serta dari kalangan peguam. Walau bagaimanapun, oleh kerana skim gaji hakim yang kurang menarik, tidak ramai peguam mengisi perjawatan tersebut. Bagi jawatan Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Borneo dan Malaya sehingga kepada hakim Mahkamah Tinggi, lantikannya dibuat oleh YDPA atas nasihat

    146

  • Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja (walaupun tidak memerlukan persetujuan di sisi undang-undang). Selain daripada jawatan Ketua Hakim Negara, Perdana Menteri mesti berunding dengan Ketua Hakim Negara untuk menasihati YDPA bagi melantik hakim-hakim lain. Bagi melantik Hakim Besar Borneo juga, beliau perlu berunding dengan Ketua Menteri dan Yang Di Pertua Negeri terlebih dahlulu. Pertukaran hakim dari Mahkamah Tinggi, kecuali Hakim Besar, dibuat oleh YDPA dengan syor Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan kedua-dua Hakim Besar. Seseorang hakim boleh berkhidmat sehingga berusia 65 tahun dan disambung tidak melebihi dari enam bulan selepas itu. Hakim juga menikmati Skim Pencen. Sebelum memegang jawatan tersebut, hakim perlu melafazkan ikrar dan sumpah perkhidmatannya, seperti di bawah:16 Saya setelah dilantik memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi (Persekutuan/Agung) atau Hakim Besar atau Ketua Hakim Negara dengan ini mengangkat sumpah dengan sesungguhnya bahawa saya akan menunaikan kewajipan-kewajipan kehakiman saya dalam jawatan itu dengan jujur dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaannya. 6.9.4 Perlucutan Hakim17

    Pemecatan Hakim hanya boleh digerakkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas kedua-duanya berunding. Mereka atau salah seorang akan merayu kepada YDPA agar memecat seorang hakim itu, atas sebab-sebab:

    (i) Kelakuan tidak baik; (ii) Keadaan fizikal dan mental yang tidak berupaya; atau (iii) Sebab-sebab lain yang beliau (hakim) tidak boleh

    menyempurnakan tugas jawatannya dengan sempurna.

    Hasil daripada rayuan itu, YDPA perlu melantik satu tribunal yang terdiri daripada satu bada induk yang diwakili oleh kurang daripada lima orang melalui atau bekas hakim itu sendiri (boleh juga dari kalangan negara-negara Komanwel). Tribunal ini mesti dipengerusikan oleh ahli yang terkena mengikut susunan:

    (i) Ketua Hakim Negara (ii) Hakim Besar

    147

  • Malaya Borneo

    (iii) Hakim-hakim lain mengikut tarikh kekananan menjadi seorang hakim

    Sementara menunggu tribunal bersidang dan menyediakan laporan, YDPA boleh menggantung tugas hakim berkenaan atas nasihat Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara atau Hakim Besar mengikut kategori mahkamah tempat hakim itu bertugas.

    SOALAN DALAM TEKS 6.4

    1. Berapakah denda maksima Mahkamah Penghulu

    bagi kes sivil? (a) RM 50.00 (b) RM 55.00 (c) RM 60.00 (d) RM 75.00

    2. Berapakah pula denda bagi kes jenayah?

    (a) RM 15.00 (b) RM 25.00 (c) RM 35.00 (d) RM 45.00

    3. Berapakah had umur perbicaraan di Mahkamah

    Juvana (a) 16 tahun (b) 17 tahun (c) 18 tahun (d) 19 tahun

    4. Di manakah pesalah kes Juvana ditempatkan

    setelah didapati bersalah? (a) Pusat Latihan Industri (b) Sekolah Pemulihan Orang Cacat (c) Sekolah Pemulihan Akhlak (d) Pusat Latihan Serenti

    5. Di Sabah dan Sarawak ada _______ kes bagi

    Mahkamah Majistret.

    148

  • (a) 1 (b) 2 (c) 3 (d) 4

    6. Rayuan dari Mahkamah Majistret Kelas Tiga

    boleh dirayu ke (a) Mahkamah Majistret Kelas Dua (b) Mahkamah Majistret Kelas Satu (c) Mahkamah Sesyen (d) Mahkamah Tinggi

    7. Sejak bilakah Mahkamah Sesyen mengambil alih

    fungsi Mahkamah Tinggi? (a) Januari 1987 (b) Jun 1987 (c) Julai 1987 (d) Disember 1987

    8. Bilakah Mahkamah Agung diwujudkan? (a) 1 Januari 1985 (b) 1 Februari 1985 (c) 1 Mac 1985 (d) 1 April 1985

    9. Bolehkah kes-kes juvana dijamin? 10. Huraikan peranan Mahkamah Bumiputera. 11. Apakah yang di tetapkan oleh Fasal 2 Perkara

    121?

    Semak jawapan anda di akhir bab ini.

    6.10 KESIMPULAN Hasrat dan matlamat Pengasingan Kuasa adalah amat murni supaya satu-satu bahagian tidak mencampuri urusan bahagian lain. Ataupun satu bahagian itu tidak bersekongkol dengan bahagian lain bagi menekan satu lagi bahagian. Walaupun demikian hasratnya, Pengasingan Kuasa tidak dapat dilakukan dengan sepenuhnya di negara kita.

    149

  • Hal keadaan ini disebabkan kedudukan badan Eksekutif dan Perundangan, sebahagian daripadanya adalah terdiri daripada rang yang sama. Keadaan politik di negara ini yang telah diperintah oleh sebuah kerajaan yang sama secara berterusan sejak merdeka menyebabkan peristilahan kerajaan dan parti jadi sinonim. Satu lagi sebabnya adalah kerana hakim itu sendiri ditonjolkan oleh Perdana Menteri sebagai pihak yang menyebabkan suasana bebas menjadi terikat. Selain daripada itu, badan Eksekutif itu sendiri mempunyai kuasa-kuasa tertentu daripada yang ada dalam badan Kehakiman. Misalnya, di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri, Polis Di Raja Malaysia yang menjalankan tugas bagi pihak Eksekutif telah diberi kuasa mahkamah apabila boleh menahan seseorang tanpa merujuk kepada mahkamah.18 Hal ini ditambah lagi apabila Menteri Dalam Negeri boleh menjatuhkan hukuman tahanan untuk selama dua tahun lagi tanpa perlu dibicarakan. Kuasa yang sama juga diberi untuk menambah jumlah tahun tahanan setelah selesai tahanan dua tahun yang ditetapkan tadi. Seperkara lagi yang boleh menjadikan badan Eksekutif dapat membayangi badan-badan lain adalah kerana pihak penguatkuasa dasar, arahan, peraturan atau yang seumpamanya tidak menjalankan tugas secara profesional dan juga berlandaskan kepada sumpah dan ikrar perkhidmatan, iaitu untuk menunaikan kewajipan itu dengan jujur dengan segala daya upaya . memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan.

    JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS SDT 6.1

    1. A 2. B 3. C 4. D 5. Majlis Undangan Persekutuan ialah Majlis yang membuat undang-

    undang tetapi Pesuruhjaya yang memiliki kuasa pembatal (veto).

    150

  • SDT 6.2 1. Tempat-tempat kosong adalah seperti di bawah:

    Eksekutif

    Perdana Menteri

    Parlimen

    Perundangan Kehakiman

    Kabinet

    Yang Di Pertuan Agung Mahkamah

    Ketua Hakim Negara

    Speaker 2. C 3. C 4. D 5. C 6. B 7. A 8. B 9. Speaker Dewan dilantik oleh ahli-ahli Dewan Rakyat pada hari

    pertama persidangan. 10. Bacaan ketiga ialah peringkat hanya untuk mendapatkan kelulusan.

    Sesudah diluluskan, rang undang-undang ini akan dikemukakan kepada Dewan Negara. Jika ia diluluskan oleh Dewan Negara, ia akan dipersembahkan pula kepada YDPA untuk diperkenankan. Setelah diturunkan cap mohor besar maka rang undang-undang ini akan disiarkan sebagai undang-undang dalam Warta Kerajaan.

    151

  • Sesuatu undang-undang itu biasanya akan berkuatkuasa sebaik sahaja diwartakan. Walau bagaimanapun, parlimen boleh memperuntuk penguatkuasaannya sama ada lewat dari tarikh ia diwartakan atau dikuatkuasakan lebih awal dari tarikh ia diwartakan.

    SDT 6.3

    1. D 2. A 3. B 4. D 5. D 6. D 7. Tindakan baginda seterusnya adalah mencari pengganti di kalangan

    ahli parlimen yang berkelayakan dan mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kabinetnya sendiri atau kabinet baru. Jika tiada calon yang sesuai, barulah parlimen dibubarkan supaya pilihanraya dapat diadakan untuk menubuhkan kerajaan baru. Namun, pilihanraya ini tidak melibatkan peringkat DUN.

    SDT 6.4

    1. A 2. B 3. C 4. B 5. C 6. B 7. C 8. A

    152

  • 153

    9. Kes-kes juvana boleh dijamin. 10. Mahkamah Bumiputera ialah mahkamah yang hanya ada di

    Sarawak dan bidang kuasa yang dibicarakan dalam mahkakmah ini ialah perlanggaran undang-undang dan adat istiadat kaum yang berbentuk agama, perkahwinan atau persetubuhan haram. Hakim yang mengadili kes ini ialah Ketua Anak Negeri bagi kes di Sarawak. Mahkamah ini juga membicarakan kes-kes yang melibatkan tanah yang tiada hak milik (tiada geran) yang boleh dirayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Rayuan perlu dibuat ke Mahkamah Bumiputera Residen dan seterusnya ke Mahkamah Rayuan yang dibicarakan oleh hakim Mahkamah Tinggi.

    BAB 6OBJEKTIF BAB6.1 PENGENALAN(iii) Badan Kehakiman.6.2 LATAR BELAKANG PENGASINGAN KUASA6.3 LATAR BELAKANG SISTEM PEMERINTAHAN

    SOALAN DALAM TEKS 6.16.4 PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA6.5 BADAN PERUNDANGAN66.5.1 Dewan Rakyat6.5.2 Dewan Negara

    6.5.3 Persidangan Dewan Rakyat6.5.4 Proses Membuat Undang-Undang(i) Bacaan pertama(ii) Bacaan kedua(iii) Peringkat jawatankuasa

    (iv) Bacaan ketiga

    SOALAN DALAM TEKS 6.26.6 KABINET116.6.1 Keahlian

    SOALAN DALAM TEKS 6.36.7 BADAN KEHAKIMAN6.8 MAHKAMAH133. Mahkamah Anak Negeri dan Mahkamah Bumiputera (Sabah dan Sarawak)4. Mahkamah Majistret5. Mahkamah Sesyen6.9 MAHKAMAH ATASAN6.9.1 Mahkamah Tinggi 6.9.2 Mahkamah Agung6.9.3 Perjawatan dan Perlantikan Hakim6.9.4 Perlucutan Hakim17

    SOALAN DALAM TEKS 6.46.10 KESIMPULAN