Pengurusan Makmal Sains (a)
description
Transcript of Pengurusan Makmal Sains (a)
1.0 PENGENALAN
Makmal atau bilik sains merupakan tempat yang penting dan istimewa bagi guru
dan pelajar meneroka konsep dan melakukankerja amali. Definisi makmal atau bilik
sains adalah seperti berikut:
Makmal sains ialah ruang yang digunakan untuk mengajar, membuat analisis,
penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di Sekolah menengah.
Makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang
berhubung dengan ilmu sains (fizik, kimia, dan lain-lain).
Kamus Dewan edisi keempat
Dalam konteks SekolahRendah, Bilik sains ialah ruang yang digunakan untuk
mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen, dan penghasilan
bahan. Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti ‘hands-on’ menggunakan
pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan
dan menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan
seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.
Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik Sains untuk:
Memastikan P&P matapelajaransainslebihefektif. Juga dapat Mengembangkan
kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan
penyiasatan dan penyelidikan sains serta kemahiran manipulatif.
Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif, di tempat yang lebih sesuai.
Juga dapat memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains
dan membentuk serta mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni.
Ia juga dapat memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi
memperkenalkan matapelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah.
Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga untuk
menanam minat sains dalam kalangan murid. Memudahkan capaian Internet (di
makmal-makmal yang tersedia Internet).Menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi
bidang sains, selari dengan sasaran KPM mencapai Dasar 60:40
Reka bentuk makmal berbeza bergantung kepada beberapa factor seperti fungsi,
bahan dan peralatan, dan bilangan pengguna. Jenis rekabentuk dan pelan susunatur
bergantung kepada kelulusan pelan dan jenis projek pembangunan (contohnya pelan
Jabatan Kerja Raya, ‘Project Management Consultant’ dan lain-lain).
2.0 STUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKMAL SAINS
SEKOLAH
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
EN. ABD RAZAK BIN HAJI RASHID
PEN. KANAN HEM
PN CHE GAYAH BT CHE HAK
PENASIHAT
TUAN HAJI WAN NOOR BIN WAN AHMAD
(GURU BESAR)
AJK
GURU-GURU SAINS
EN. MOHAMMAD BIN ABDULLAH
EN. ABD YAZID BIN MOHD ZAIN
S/U PANITIA SAINS
PN. ROSLAWATI BIN DAUD
KETUA PANITIA
EN. MOHD AZDI BIN ABD AZIZ
GPK KO KURIKULUM
ENCIK ABD YAZID BIN MOHD ZAIN
3.0 PERANAN DAN TANGGUNG JAWAB JAWATANKUASA PENGURUSAN
MAKMAL
3.1 PENASIHAT ( GURU BESAR )
Guru Besar merupakan tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang
menguruskan dan menggerakkan semua hal yang berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran sekolah. Guru Besar merupakan ketua dan pemimpin yang perlu
mempunyai matlamat, strategi, gaya dan pemantauan kepimpinan terhadap guru-guru
ke arah pencapaian objektif sekolah. Jika Guru Besar tersebut seorang yang tidak
berdisiplin, maka pincanglah segala perancangan dan pengurusan sekolah tersebut.
Jadi, kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang
diterajui oleh Guru Besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek
JERIS selaras dengan hasrat FPK.
Guru Besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan
kewangan sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh sekolah perlu
mendapat pengesahan dari Guru Besar terlebih dahulu. Siapa kata tugas seorang Guru
Besar itu merupakan tugas yang senang? Guru Besar juga berperanan penting dalam
merangka matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai
pengajaran guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa
pengajaran, sentiasa kelihatan, memberi ganjaran untuk guru, menggalakkan
perkembangan profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid
.
Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan
Jantzi (1997) menekankan bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap
bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi
latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi
terhadap guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam
meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah
yang dengan lebih efektif dan sistematik.
Guru Besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah,
namun perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di
sekolah. Guru Besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan
galakan kepada guru-guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik
dan menarik minat murid-murid untuk belajar. Beliau bukan sahaja pandai memberi
arahan, namun perlu turut serta terlibat dengan program-program serta perlaksanaan
yang dijalankan di sekolah. Penglibatan secara langsung Guru Besar dengan
organisasi sekolah amat penting dalam mewujudkan suasana dan iklim sekolah yang
harmonis dan damai selaras dengan kehendak FPK.
Selain itu, Guru Besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika
terdapat kakitangan sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan
prihatin terhadap mereka. Seorang pemimpin yang baik akan dapat memahami
kesulitan yang dialami oleh kakitangannya. Beliau perlu meringankan tangan dan
bersedia untuk menolong kakitangannya yang mempunyai masalah tersebut. Sifat
empati yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati
dan disenangi oleh semua pihak sekolah. Jika kita berbuat baik kepadaorang
lain, orang lain akan senang memberikan pertolongan kepada kita kelak dan begitulah
sebaliknya. Pemimpin yang tidak mengendahkan keadaan staf-stafnya akan
menyebabkan banyak berlaku implikasi negetif. Contohnya, guru tidak akan
memberikan kerjasama yang baik kepada Guru Besar jika Guru Besar meminta
pertolongan dari guru tersebut.
Oleh itu, Guru Besar yang baik dan dihormati oleh semua warga sekolah
termasuk murid-murid perlulah mempunyai keterampilan yang baik dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menguruskan pentadbiran
sekolah.
3.2 PENOLONG KANAN PENTADBIRAN ( GPK 1 )
Guru Penolong Kanan (GPK)juga memainkan peranan yang penting di sesebuah
sekolah. Terdapat 3 jenis guru PenolongKanan di setiap sekolah iaitu GPK 1, GPK
Kokurikulum dan GPK HEM. Tugas-tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala
pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada Guru Besar
dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.
Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan
guru besar. Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan
berkaitan dengan jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK1.
Apabila terdapat guru yang tidak hadir maklumat perlu disampaikan kepada
GPK 1 dan beliau akan mencari guru ganti mengisi kekosongan kelas. GPK 1
merupakan orang kedua selepas guru besar dan perlu sama-sama memastikan
kelancaran pentadbiran sekolah. Segala masalah berkaitan dengan guru, GPK 1 akan
menyelesaikannya. Ini kerana semua masalah guru terletak di bawah tanggungjawab
GPK 1. jadual waktu yang disediakan hendaklah selaras dan tiada berlaku pertindihan
waktu antara guru. Struktur organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan GPK 1
ini. Kesimpulannya,GPK 1 ini memainkan peranan penting dalam membantu guru besar
untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebanfsaan dengan jayanya.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang
bertanggungjawab dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum
merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan
yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko
mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau
bertanggungjawab dalam pembelajaran yang berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan
sistem pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula beliau melaksanakan sukan dan persatuan di
dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Pelajar di sekolah bukan sahaja pandai dari segi pelajaran tetapi pandai dari
segi sukan dan persatuan. Guru Penolong Kanan Ko yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan hasrat Falsafah ini.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang
bertanggungjawab dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. PK HEM juga
bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang cemerlang namun dalam golongan
miskin untuk diberi biasiswa. Pemberian biasiswa kecil kerajaan ini adalah bertujuan
untuk mengurangkan beban keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempunyai
masalah Masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan guru ini. Jika berlaku
pergaduhan pelajar tersebut akan dipanggil oleh guru ini untuk diberikan sedikit teguran
dan ibu bapa akan dipanggil bagi sama-sama menyelesaikan masalah. Guru ini
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil
berat kebajikan pelajar supaya pelajar yang keluar dari sekolah nanti akan seimbang
dirinya.
Kesimpulannya, guru Penolong Kanan ini adalah pendokong kepada kelancaran
perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. GPK bukan sahaja untuk
melicinkan pentadbiran sekolah tetapi turut merupakan penasihat kepada Guru Besar.
Guru Besar dapat meminta pertolongan dan pandangan dari GPK agar segala
pengurusan yang dijalankan itu selaras dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan
warganegara yang menyeluruh dan seimbang dari pelbagai aspek.
3.3 KETUA PANITIA
Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan
kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Setiap mata pelajaran mempunyai
seorang ketua panitia masing-masing. Sebagai contoh panitia Bahasa Melayu akan
diketuai oleh seorang ketua iaitu ketua panitia bahasa Melayu. Namun terdapat mata
pelajaran yang tidak mempunyai ketua panitia iaitu mata pelajaran prasekolah, J-Qaf
dan pendidikan khas.
Ketua panitia bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang
diketuainya. Menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan
merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Rancangan mengajar yang disediakan
hendaklah selaras di semua sekolah demi untuk mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan
pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Maksudnya jika panitia matematik maka ketua
panitia matematik merancang satu kem untuk meningkatkan kecemerlangan dalam
matematik. Ketua panitia ini memainkan peranan yang besar untuk memajukan subjek-
subjek di sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan
pengajaran, mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum
dirujuk kepada Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan sekolah. Jadi ketua panitia
hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya. Jadi,
peranan ketua panitia ini amat penting dalam memperbaiki kelemahan pengajaran
selain dapat meningkatkan prestasi dan mutu semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang selaras dengan hasrat FPK yang ingin melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan serta berkeupayaan memberi sumbangan kepada kemajuan
negara.
Secara ringkasnya, peranan ketua panitia sains adalah ;
1. Memahami kandungan Huraian Sukatan Sains (HSP) setiap tahun.
2. Memastikan perancangan dan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan HSP.
3. Menyediakan takwim panitia danmelaksanakan perancangannya.
4. Membuatsasaranperatusankelulusan.
5. Menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan untuk memastikan ujian dan penilaian adalah berkualiti sebelum penyediaan kertas soalan dijalankan.
6. Menganalisa keputusan selepas peperiksaan.
7. Mempengerusikan mesyuarat panitia.
8. Mengetuai perbincangan dalam penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran.
9. Membuat pemantauan dari masa kesemasa atau bila diperlukan.
10. Melaksanakan projek-projek yang bersesuaian untuk meningkatkan penghayatan pelajar-pelajar serta prestasi panitia.
3.4 SETIAUSAHA ( PANITIA SAINS)
1. Menyediakan surat panggilan mesyuarat.
2. Mencatatkan minit semasa mesyuarat dijalankan.
3. Menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkannya kepada semua ahli dalam panitia sebaik selepas mesyuarat atau sebelum mesyuarat.
4. Menyelenggarakan fail-fail panitia, surat-menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.
5. Menghadiri mesyuarat bersama ketua panitia atau mewakili ketua panitia Sains bila diperlukan.
3.5 GURU MATAPELAJARAN
* AHLI PANITIA
1. Menghadiri semua mesyuarat, perjumpaan atau perbincangan yang dikendalikan oleh panitia.
2. Melibatkan diri dengan aktif dalam semua aktiviti yang dirancangkan oleh panitia Sains.
3. Menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah diselaraskan oleh Panitia.
4. Mengetahuai perubahan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dari masa kesemasa.
5. Menyediakan draf soalan ujian atau peperiksaan untuk disemak oleh Ketua Panitia. Sebelum menyediakan kertas soalan.
6. Mengadakan ujian bulanan mengikut kesesuaian masing-masing.
7. Merekodkan markah-markah ujian bulanan ,ujian pertengahan semester dan Peperiksaan.
8. Memberikan markah peperiksaan kepada guru darjah sebaik sahaja selepas peperiksaan dijalankan.
9. Memeriksa buku rampaian, buku kerja murid dengan teliti dan berhati-hati.
10. Menghadiri kursus-kursus yang dikelolakan di semua peringkat (sekolah, daerah, Bahagian atau negeri) bila diwajibkan.
4.0 PERANCANGAN BELANJAWAN, PESANAN DAN PROSEDUR PEMBELIAN
4.1 Perancangan Perbelanjaan
Perancangan perbelanjaan adalah sangat penting dalam memperolehi peralatan
sains, bahan kimia dan bahan bantu mengajar. Panitia sains hendaklah merancang
untuk melengkapkan keperluan Bilik Sains supaya pengajaran dan pembelajaran Sains
Sekolah Rendah dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sebelum perancangan dibuat, panitia Sains hendaklah mempastikan kedudukan
kewangan ( baki terkini serta jumlah peruntukan pada tahun semasa.)
4.1.1 Anggaran Perbelanjaan
Anggaran perbelanjaan sesuatu tahun hendaklah dibuat pada akhir tahun
sebelumnya. Tindakan yang harus diambil semasa membuat anggaran adalah seperti
berikut:
Memeriksa semua stok peralatan dan bahan sains.
Menyediakan senarai peralatan dan bahan sains yang perlu dibeli
mengikut keutamaan
Mendapat maklumat mengenai bilangan murid bagi tujuan jangkaan jumla
peruntukan yang akan diterima.
Menyediakan sebut harga peralatan dan bahan sains menggunakan
borang sebut harga.
Pemilihan pembekal hendaklah mengambil kira kos, kualiti barangan
perkhidmatan selepas jualan, cara pembayaran, mudah diperolehi dan keupayaan
pembekal membekalkan barangan tersebut pada masa yang dikehendaki.
4.2 Pesanan dan Prosedur Pembelian
Untuk membuat pesanan dan pembayaran mestilah mengikut garis panduan
Perakaunan dan Kewangan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Satu contoh rekod
kewangan yang digunakan untuk membuat pesanan dan pembayaran adalah seperti berikut:
TARIKH BAYARAN
NAMA SYARIKAT/ FIRMA DEBIT KREDIT BAKI CATATAN
( Rekod Kewangan Jabatan Sains Sekolah)
Pembelian barang atau peralatan sains mempunyai beberapa prosedur. Jika
pembelian anggaran harga melebihi RM50,000 pembelian mestilah melalui cara tender.
Bagi pembelian kurang daripada RM50,000, pembelian adalah melalui sebut harga.
Pembelian melalui sebut harga merangkumi tujuh langkah, iaitu:
1. Meminta Sebut harga
Sekolah menghantar surat kepada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal
meminta sebut harga. Pihak sekolah jugan perlu menyatakan spesifikasi item dan
kuantiti yang diperlukan serta tarikh tutup sebut harga. Salinan surat perlu disimpan
diperingkat sekolah sebagai rujukan.
2. Pemilihan Pembekal
Pemilihan pembekal adalah berdasarkan sebut harga yang diterima oleh pihak
sekolah. Kriteria utama yang dititik beratkan ialah harga item yang dikeluarkan oleh
pembekal. Selain itu kriteria lain juga diambil kira iaitu dari segi mutu barangan, status
pembekal, perkhidmatan selepas jualan. Untuk memastikan kualiti barang tersebut
pihak sekolah boleh minta sampel untuk diperiksa dahulu.
3. Borang pesanan .
Sekolah mengantar borang pesanan kepada pembekal yang berjaya. Salinan pesanan
perlulah disimpan oleh pihak sekolah.
4. Surat/nota tanda terima .
Selepas borang pesanan dibuat, pembekal akan menghantar nota akuan penerimaan
pesanan. Surat/ nota tanda terima tersebut difailkan bersama-sama dengan borang
pesanan.
5. Nota hantaran .
Pembekal menghantar nota hantaran , menyatakan tarikh dan masa barangan akan
dihantar ke sekolah seperti dinyatakan dalam borang pesanan. Surat menyatakan jenis
dan kuantiti barangan yang akan dihantar. Ketua Jabatan membuat persiapan
menerima hantaran. . Nota hantaran juga perlu difailkan bersama-sama dokumen lain.
6. Penerimaan barangan .
Pembekal menghantar barangan. Tiga salinan nota hantaran disertakan. Sebelum
menandatangani nota hantaran, barangan yang dihantar perlu disemak terlebih dahulu.
Dua salinan nota yang telah ditandatangani dikembalikan kepada pembekal. Satu lagi
disimpan oleh sekolah.
7. Invois .
Pembekal menghantar invois bersama-sama satu salinan nota hantaran yang telah
ditandatangani. . Ketua Jabatan semak invois supaya sesuai dengan sebut harga yang
dibuat. Invois dihantar ke pejabat sekolah untuk urusan pembayaran.
5.0 PENYIMPANAN STOK BAGI PERALATAN DAN ALAT RADAS
Terdapat banyak peralatan dan bahan sains yang mudah rosak. Penyenggaraan
dan penyimpanan yang kerap hendaklah dilakukan untuk mengelak dari terjadinya
perkara ini. Maklumat yang tercatat dalam buku stok hendaklah menunjukkan keadaan
sebenar berhubung dengan penyenggaraan dan penyimpanan peralatan tersebut.
5.1 Bahan Kaca
Bahan kaca perlu disimpan mengikut saiz dan jenis. Ia disimpan tidak terlalu tinggi atau
bersama-sama benda-benda yang berat atau logam. Bagi alat yang mahal seperti
“Kipp’s Apparatus” hendaklah disimpan dalam bungkusan dan kotak asal. Kotak
tersebut mestilah dilabel jengan jelas. Antara bahan kaca yang terdapat dalam Bilik
sains adalah seperti:
Kelalang – Susun mengikut saiz dan diletakkan di dalam kotak yang berbeza.
Buret – disimpan berdiri atau dalam laci yang panjang yang dialas dengan
kapas.
Bahan-bahan kaca yang kecil (slaid mikroskop, piring petri, tiub spesimen) –
disimpan di dalam talam di rak ataupun dalam laci. Setiap laci dilabel dengan
jelas.
Termometer – disimpan dalam kotak asal mengikut jenis dan julat.
Tiub dan batang kaca – disimpan tegak dan diberi sokongan di bahagian tengah.
Tiub kaca yang bergaris pusat besar disumbat kedua-dua hujung untuk
mengelak habuk atau debu.
Bahan –bahan ini mesti disimpan mengikut “berat” (berdinding nipis, sederhana atau
tebal). Setiap kategori disimpan mengikut garis pusat luar. Jika belun digunakan,
simpan dalam pembalut asal. . Alat kaca yang panjang (contoh : buret dan pipet)
disimpan derdiri tegak pada rak khusus.
5.2 Bahan atau Alat plastik
Bahan ini sensitif terhadap cuaca yang panas. Oleh itu, ia perlu dielakkan disimpan
di tempat yang mempuyai suhu yang tinggi. Selain itu juga, ia tidak boleh disimpan
bersama-sama alat yang berat.
5.3 Bahan-bahan logam
Bahan-bahan logam seperti Tripod, penunu Bunsen, kaki retot disimpan bersama
dan perlu diperiksa dari semasa ke semasa.
5.4 Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar perlu dipamerkan kepada pelajar. Oleh itu ia sesuai
disimpan dalam almari bercermin. Bagi bahan bantu mengajar seperti Carta perlu
ditutup dengan helaian plastik lutsinar.
5.5 Pelbagai item kecil
Item kecil termasuklah mancis, gabus, paku, penyepit tabung uji dan spatula. Bahan-
bahan ini disimpan dalam kotak kayu yang mempunyai banyak petak kecil. Bagi model-
model yang besar ia diletakkan di atas meja-meja yang khusus dan ditutup dengan
plasik untuk mengelak debu. Manakala Mikroskop pula disimpan dalam almari yang
dipasangkan dengan beberapa buah mentol 25 watt sepanjang masa. Bahagian dalam
almari dilapik dengan beberapa keping zink atau aluminium untuk memastikan udara di
dalamnya panas dan kering. Ia bertujuan untuk mengelak percambahan kulat. Dinding
almari ditebuk beberapa lubang kecil supaya udara bergerak dengan bebas.
6.0 REKOD STOK
Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan dan bahan sains di setengah-
setengah sekolah tidak mempunyai butiran seperti yang diperlukan dan ini
menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini, pelenggaraan stok amat perlu
bagi menyelaras, menyemak, mengesan, mengemaskini dan memudahkan penradbiran
bilik sains.
6.1 Buku Stok
Buku stok Bilik Sains disediakan dalam 3 jenis
Buku Stok Bekalan Pejabat : Untuk merekod peralatan dan bahan kimia yang
luak serta nilai harganya adalah rendah.
Buku Stok Iventori : untuk merekod barang yang tidak luak yang harganya
kurang daripada RM 500
Buku Stok Harta Modal : Untuk merekod barang tidak luak yang harganya
RM500 dan ke atas.
Penyemakan buku stok hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun
mengikut Panduan Pembedaharaan dan Pekeliling Pembendaharaan Bil 2 tahun 1992.
6.1.1 Buku Rekod Pecah
Buku rekod pecah adalah merekod peralatan yang pecah bagi memudahkan proses
mengemaskini stok. Format buku rekod pecah adalah seperti di bawah:
Bil Tarikh Butiran
Alat/
Radas
Kuantiti/
Bilangan
Nama T/tangan Rekod Pada
Buku Stok
(m/s
Nama Guru
Matapelajara
n
catatan
( Butir-Butir Rekod Bahan/ Radas Pecah)
6.1.2 Buku Rekod Pinjaman
Buku rekod pinjaman merupakan buku untuk mencatat pergerakan peralatan sains daripada
Bilik Sains. Setiap pergerakan peralatan/ bahan sains perlulah direkod supaya masalah kehilangan
peralatan dapat di atasi. Format Buku Rekod Pinjaman adalah seperti berikut:
Perihal
Peralatan
Kuantiti Pindah
Ke
Nama
Peminja
m
Tarikh
dikeluarkan
Tarikh
Jangkaan
pemulangan
Tarikh
Dikembalikan
T/tangan
keluar masuk
( Butir-Butir Buku Rekod Pinjaman/ Pemindahan Alatan)
7.0 PROSEDUR PELUPUSAN DAN HAPUS KIRA PERALATAN ATAU BAHAN
Tindakan pelupusan hendaklah dilakukan ke atas barangan yang direkod dalam
buku Stok Iventori dan Buku Stok Harta Modal. Setiap pelupusan peralatan hendaklah
mengikut prosedur Buku Panduan Penerimaan peralatan Sains Sekolah Rendah dan
Tindakan Kuatkuasa Bagi Kontrak Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi bahan-bahan
kimia terdapat beberapa Cara-cara pelupusan yang sesuai diantaranya ialah:
(a) Pencairan
Pencairan merupakan cara paling baik bagi pelupusan cecair dan gas. Bahan yang
larut dalam air boleh dibuang terus ke dalam sistem saliran dengan air yang banyak.
Manakala bahan-bahan organik yang tidak larut dalam air hendaklah dikumpulkan di
dalam botol dan dilabellkan. Jangan buang bahan-bahan itu ke dalam sistem saliran.
(b) Rawatan secara kimia
Kebanyakan bahan sisa makmal boleh dijadikan tidak berbahaya melalui rawatan
secara kimia. Ada yang boleh dimusnahkan melalui tindak balas tertentu dan ada pula
yang boleh dineutralkan dan dicairkan sebelum dibuang. Garam-garam logam,
terutamanya merkuri dan kadmium hendaklah dimendakkan terlebih dahulu. Merkuri
ialah logam yang paling berbahaya di dalam makmal. Langkah keselamatan mestilah
diutamakan semasa mengguna dan membuang bahan ini.
(c) Pembuangan bersama-sama sampah
Bahan-bahan pepejal yang tidak berbahaya boleh dibuang secara ini. Bahan-bahan
kaca dan logam hendaklah diasingkan. Jangan buang bahan-bahan yang boleh diguna
semula.
(d) Penanaman
Najis, bangkai haiwan serta sisa tumbuhan boleh ditanam di tempat yang sesuai.
Pastikan lubangnya agak dalam. Bahan-bahan kimia tidak sesuai dilupuskan melalui
cara ini kerana boleh mencemarkan sumber air bawah tanah yang berdekatan
8.0 PERANCANGAN DAN REKA BENTUK MAKMAL SAINS
BILIK PERSEDIAAN GURU
Bilik persediaan guru adalah satu bilik yang memberikan ruang untuk guru
membuat persediaan :
Peralatan (eksperimen atau alat bantu mengajar )
Sebarang latihan dan aktiviti murid.
Rancangan pengajaran harian.
Pre-latihan untuk pengajaran.
Ruang bilik guru ini selalunya diletakkan dibahagian tengah sekiranya terdapat 2
makmal di sesebuah sekolah. Juga terletak dibahagian hadapan bilik sains jika terdapat
hanya 1 makmal/bilik sains di sesebuah sekolah. Ruang guru ini merangkumi :
Ruang yang luas untuk seorang guru mengurus diri dan bahan.
Mempunyai rak simpanan fail,buku, dokumen.
Terdapat sinki untuk kebersihan.
Perlu berada dalam keadaan bersih dan selamat.
SUSUNAN TEMPAT DUDUK GURU DAN MURID
Susunan tempat duduk guru dan murid ini juga mempengaruhi
persekitaran/keselesaan guru untuk mengajar dan murid untuk belajar. Meja guru
hendaklah :
sentiasa dalam keadaan kemas,
tidak mempunyai banyak barang di atasnya
Lebar dan sesuai untuk membuat demonstrasi kepada murid.
Berkeadaan bersih/tidak berhabuk
Tidak menganggu pemandangan/fokus murid terhadap papan hitam.
Susunan tempat duduk murid pula :
Meja besar untuk diduduki oleh 6 murid sahaja setiap meja.
Meja hendaklah berkeadaan bersih dan tidak berhabuk/kotor.
Kerusi hendaklah selamat dan tidak rosak.
Murid duduk dalam keadaan berkumpulan
( tidak ramai untuk setiap kumpulan )
RUANG PAMERAN
Ruang pameran adalah ruang dimana terletaknya hasil kreativiti pelajar/murid
serta hasil kerja guru yang dipamerkan untuk tontonan ramai. Ruang yang disediakan
hendaklah :
Tidak menganggu pemandangan/fokus murid terhadap P&P
Tidak mengganggu pergerakan murid/guru.
Disediakan dengan kemas dan teratur.
Bahan pameran hendaklah disusun secara sistematik.
Ruang tersebut hendaklah boleh dilihat dengan jelas oleh orang lain.
CIRI-CIRI KESELAMATAN
• Peraturan makmal – Satu senarai tentang apa yang pelajar patut patuhi semasa
bearada dan bekerja di dalam makmal sains. Pastikan setiap pelajar memahami
peraturan berkenaan Penerangan tentang peraturan diberi semasa pelajar
pertama kali mengunakan makmal. Tampalkan peraturan makmal ditempat yang
mudah dilihat oleh pelajar.
• Kemahiran manipulatif – Pastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang betul
semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta sentiasa mematuhi
arahan guru tentang prosedur amali.
• Kotak pertolongan cemas – Pastikan kotak pertolongan cemas tidak berkunci
dan mengandungi peralatan untuk rawatan kecemasan.
• Peralatan keselamatan – Pastikan semua peralatan keselamatan, misalnya alat
pemadam kebakaran berada dalam keadaan baik dan berfungsi serta diletakkan
di tempat yang mudah diambil. Pastikan juga semua pelajar tahu menggunakan
peralatan berkenaan.
• Petunjuk – Pamerkan petunjuk JAGALAH KESELAMATAN ANDA di tempat
yang mudah dilihat dalam setiap mmakmal.
• Kebersihan – Makmal hendaklah sentiasa bersih dan tidak licin. Bekas sampah
hendaklah disediakan.
• Rancangan untuk keadaan kecemasan – Pastikan pelajar tahu prosedur
menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.
• Pencahayaan dan pengudaraan – Pastikan cukup pencahayaan dan
pengudaraan di dalam makmal.
• Panduan keselamatan – Sediakan panduan keselamatan makmal dan pastikan
guru dan kakitangan makmal memahami isi kandungannya serta dapat
mengambil langkah-langkah keselamatan bila perlu.
• Peralatan- Pastikan semua peralatan, termasuk pendawaian dan palam elektrik
berada dalam keadaan baik.
• Pelupusan bahan sisa – Pastikan bahan sisa makmal dilupuskan dengan cara
yang betul.
• Rawatan kecemasan – Pastikan guru dan kakitangan makmal tahu tentang
cara-cara memberi rawatan kecemasan apabila diperlukan.
• Selain memastikan aktiviti di makmal berjalan lancar, guru mempunyai
tanggungjawab tambahan, iaitu:
• Pengetahuan tentang pertolongan cemas; dan,
• Rancangan tindakan untuk keadaan cemas
SINKI
Sinki selalunya diletakkan dibahagian meja tepi makmal berdekatan tingkap. Ada
juga meja makmal yang menyediakan sinki yang terdapat pada meja tersebut. Antara
ciri-ciri sinki di dalam makmal adalah :
Ditempatkan pada ketinggian yang sesuai dengan murid sekolah
rendah/menengah.
Mangkuk sinki tersebut hendaklah lebar dan agak dalam supaya mudah
diletakkan radas-radas/bahan didalamnya.
Saluran air hendaklah sedikit tinggi supaya tidak menyekat proses
basuhan alatan.
Kepala paip tersebut hendaklah yang boleh disalurkan dengan saluran
getah yang sesuai.
Perlu sentiasa dalam keadaan bersih.
Tidak mencurahkan bahan kimia sesuka hati kedalamnya.
Pastikan tidak berlaku kebocoran/tersumbat.
9.0 REKA BENTUK BILIK SAINS SEKOLAH RENDAH
SINKI
MEJA GURURAK
MEJA MURID MEJA MURID
MEJA MURID MEJA MURID
MEJA MURID MEJA MURID
ALMARI
PAPAN PUTIH/HITAM
SINKI
10.0 JADUAL PERBANDINGAN DIANTARA MAKMAL SAINS SEKOLAH
MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH
ITEM SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAH
PERSAMAAN
Fungsi 1. Tempat menjalankan eksperimen dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sains.
PERBEZAAN
Dikenali sebagai Makmal Sains Bilik Sains
Pembantu Mempunyai Pembantu Makmal Tidak mempunyai pembantu Makmal
Bilik Persediaan Mempunyai bilik persediaan guru
yang digunakan untuk penyediaan
eksperimen.
Tidak mempunyai bilik persediaan
guru.
Bahan-bahan
kimia
Mempunyai bahan-bahan kimia
yang berbahaya.
Bahan-bahan kimia adalah terhad dan
adalah tidak berbahaya seperti seperti
cuka .
Kebuk wasap Mempunyai ruang kebuk wasap Tidak mempunyai kebuk wasap