Pengurusan operasi pbs sps pajsk edit 281014

5
1 PENGURUSAN OPERASI SPS PAJSK 1. PENGENALAN. Mulai 1 Julai 2014, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) telah diberi tanggungjawab oleh Jawatankuasa Task Force, PBS KPM untuk mengendali dan mengurus Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). BKK dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) akan menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai medium melaksanakan perkara ini. 2. UMUM 2.1. Pengisian Markah PAJSK untuk semua murid Tingkatan 3 hanya untuk tahun 2014 sahaja yang perlu dibuat oleh guru kelas dibawah seliaan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. (kelulusan mesyuarat Task Force PBS KPM Bil: 21/2014 bertarikh 23 oktober 2014) 2.2. Kiraan markah ditutup pada 31 Oktober 2014. 2.3. Penggunaan sistem SPS PAJSK dibuka secara berperingkat mulai 20 Oktober 2014 kepada semua sekolah KPM sahaja (yang ada SPS). 2.4. Operasi kemasukan dan pengiraan markah boleh digunakan selepas jam 12.00 tengahari, pada setiap hari bekerja dan sepanjang hari semasa hari cuti. 2.5. Kedatangan penuh: Dua belas (12) kali setahun (minima) dengan mengambilkira satu perjumpaan mengambil tempoh minima 3 jam bagi nilaian satu kehadiran (Sekolah Menengah). 3. PENTAKSIRAN SEGAK: 3.1. Hendaklah diisi bagi kedua-dua penggal persekolahan oleh guru kelas. dengan bantuan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 3.2. Tarikh pentaksiran Penggal Satu sepanjang bulan Januari - Mac dan tarikh pentaksiran Penggal Kedua sepanjang bulan April Ogos.

Transcript of Pengurusan operasi pbs sps pajsk edit 281014

Page 1: Pengurusan operasi  pbs sps pajsk  edit 281014

1

PENGURUSAN OPERASI SPS – PAJSK

1. PENGENALAN.

Mulai 1 Julai 2014, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK) telah diberi tanggungjawab oleh

Jawatankuasa Task Force, PBS KPM untuk mengendali dan mengurus Pentaksiran Aktiviti

Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). BKK dengan kerjasama Bahagian Teknologi

Pendidikan (BTP) akan menggunakan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) sebagai medium

melaksanakan perkara ini.

2. UMUM

2.1. Pengisian Markah PAJSK untuk semua murid Tingkatan 3 hanya untuk tahun

2014 sahaja yang perlu dibuat oleh guru kelas dibawah seliaan Guru Penolong

Kanan Kokurikulum. (kelulusan mesyuarat Task Force PBS KPM Bil: 21/2014

bertarikh 23 oktober 2014)

2.2. Kiraan markah ditutup pada 31 Oktober 2014.

2.3. Penggunaan sistem SPS – PAJSK dibuka secara berperingkat mulai 20 Oktober

2014 kepada semua sekolah KPM sahaja (yang ada SPS).

2.4. Operasi kemasukan dan pengiraan markah boleh digunakan selepas jam 12.00

tengahari, pada setiap hari bekerja dan sepanjang hari semasa hari cuti.

2.5. Kedatangan penuh:

Dua belas (12) kali setahun (minima) dengan mengambilkira satu perjumpaan

mengambil tempoh minima 3 jam bagi nilaian satu kehadiran (Sekolah

Menengah).

3. PENTAKSIRAN SEGAK:

3.1. Hendaklah diisi bagi kedua-dua penggal persekolahan oleh guru kelas. dengan

bantuan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

3.2. Tarikh pentaksiran Penggal Satu sepanjang bulan Januari - Mac dan tarikh

pentaksiran Penggal Kedua sepanjang bulan April – Ogos.

Page 2: Pengurusan operasi  pbs sps pajsk  edit 281014

2

4. PENTAKSIRAN KOKURIKULUM - SUKAN DAN PERMAINAN:

4.1. Tarikh: tarikh pengisian markah

4.2. Aktiviti Sukan:

Semua acara sukan dibawah kendalian Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

(MSSM), KECUALI – SENI MEMPERTAHANKAN DIRI (akan ditaksir dalam BADAN

BERUNIFORM) antaranya: Pencak Silat, Taekwondo, Wusyu, Karate-do, Silat

Olahraga dan seumpamanya.

4.3. Peringkat :

Peringkat penglibatan murid (Sijil Penyertaan adalah maklumat rasmi).

4.4. Tahap Pencapaian:

Tahap pencapaian murid (Sijil Pencapaian adalah maklumat rasmi).

4.5. TIDAK DIKIRA KEHADIRAN KOKURIKULUM SUKAN:

i. Sukan Tahunan

ii. Merentas Desa

iii. Ujian Tara

iv. Latihan Rumah

** Walau bagaimanapun pencapaian dalam Sukan Tahunan dan Merentas Desa dikira dalam Tahap Pencapaian

4.6. Komitmen:

i. Pengisian empat pilihan oleh guru-guru penasihat adalah merujuk kepada

kehadiran dan minat murid melaksanakan tugasan yang diberikan semasa

perjumpaan.

4.7. Khidmat Sumbangan:

i. Atlet yang mengambil bahagian dalam acara sukan ditandai dengan

Teknikal/Persembahan (10 markah).

5. PENTAKSIRAN KOKURIKULUM - KELAB/PERSATUAN:

5.1. Tarikh: tarikh pengisian markah.

5.2. Jenis Kelab/Persatuan:

Page 3: Pengurusan operasi  pbs sps pajsk  edit 281014

3

KECUALI – Kelab Persatuan yang berasaskan Hal Ehwal Murid (akan ditaksir

dalam EKSTRA KURIKULUM) antaranya: Pembimbing Rakan Sebaya (PRS),

Koperasi Sekolah, Kelab PPDa, Pro Star dan seumpamanya.

5.3. Peringkat :

5.3.1. Peringkat penglibatan murid ( Sijil Penyertaan adalah maklumat rasmi).

5.3.2. Peringkat – semua aktiviti online hanya diiktiraf sebagai aktviti di

peringkat sekolah sahaja.

5.3.3. Semua aktivti berpusat di peringkat kebangsaan yang dilaksanakan di

sekolah oleh badan induk atau penganjur luar dengan kerjasama KPM,

diiktiraf sebagai aktiviti sekolah (contoh: Menulis surat 1Malaysia dan

seumpama dengannya).

5.4. Tahap Pencapaian:

Tahap pencapaian murid (Sijil Pencapaian adalah maklumat rasmi).

5.5. Komitmen

Pengisian empat pilihan oleh guru-guru penasihat adalah merujuk kepada

kehadiran dan minat murid melaksanakan tugasan yang diberikan semsa

perjumpaan.

5.6. Khidmat Sumbangan:

Peserta yang mengambil bahagian dalam acara Kelab/Persatuan ditandai

dengan Teknikal/Persembahan (10 markah).

6. PENTAKSIRAN KOKURIKULUM - BADAN BERUNIFORM:

6.1. Tarikh: tarikh pengisian markah.

6.2. Jenis Badan Beruniform:

Pasukan yang bernaung di bawah Badan Induk, Pasukan Badan Beruniform

Anjuran Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan dan Semua Jenis Seni

Mempertahankan Diri, KECUALI –Orkestra, Orkestra Cina, Gendang Dua puluh

Empat (24) dan seumpamanya (akan ditaksir dalam aktiviti KELAB/PERSATUAN).

Page 4: Pengurusan operasi  pbs sps pajsk  edit 281014

4

6.3. Peringkat :

Peringkat penglibatan murid ( Sijil Penyertaan adalah maklumat rasmi )

6.4. Tahap Pencapaian:

Tahap pencapaian murid (Sijil Pencapaian adalah maklumat rasmi ).

6.5. Komitmen

Pengisian empat pilihan oleh guru-guru penasihat adalah merujuk kepada

kehadiran dan minat murid melaksanakan tugasan yang diberikan semsa

perjumpaan.

6.6. Khidmat Sumbangan:

Peserta yang mengambil bahagian dalam acara Badan Beruniform ditandai

dengan Teknikal/Persembahan (10 markah)

7. PENTAKSIRAN KOKURIKULUM - EKTRA KURIKULUM:

Pemberian markah ini meliputi beberapa bidang, walau bagaimanapun markah hanya

akan dikira pada satu bidang tertinggi sahaja.

7.1. Hanya untuk murid-murid yang menduduki Peperiksaan Akhir sahaja, bagi ujian

TIMSS dan PISA akan memperoleh enam (6) markah. Memandangkan ikon untuk

TIMSS dan PISA tiada dalam ruangan pengisian markah, guru-guru diminta

mengisi ruangan Emas pada Anugerah Daripada Badan-Badan Lain dan

Penyertaan Antarabangsa – Anugerah Khas Sukan Peringkat Antarabangsa

Bukan Anjuran KPM. Markah hanya dikira semasa ujian dibuat pada tahun

semasa.

7.2. Khidmat Masyarakat:

Aktiviti khidmat masyarakat yang di urus dengan jelas dan tempoh penyertaan

murid yang boleh dinilai dalam tempoh masa yang bersesuaian dan mempunyai

maklumat sokongan. Satu jenis perkhidmatan 1 markah

Page 5: Pengurusan operasi  pbs sps pajsk  edit 281014

5

8. CETAKAN

8.1. Guru kelas boleh menggunakan khidmat aplikasi cetakan ini sebagai Pelaporan

Keseluruhan Pencapaian Aktiviti Segak dan Kokurikulum setiap murid.

8.2. Sistem akan menjana secara automatik Pelaporan Keseluruhan Pencapaian

setiap murid yang akan dihasilkan dalam dua (2) paparan muka surat dalam

format PDF;

8.2.1. muka surat satu (1) untuk Aktiviti SEGAK

8.2.2. muka surat dua (2) untuk Aktiviti KOKURIKULUM

8.3. Guru kelas boleh membuat simpanan (save/backup) kepada format PDF yang

dipapar untuk tujuan rekod pihak sekolah masing-masing

8.4. Laporan PBS-PAJSK dalam format PDF tersebut boleh dicetak dan ditanda

tangani oleh Tuan Pengetua sekolah masing-masing untuk simpanan dan edaran

kepada setiap murid.

Disediakan oleh: Jawatankuasa Pelaksanaan PBS-PAJSK Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia Oktober 2014