Pengurusan Pantai JPS

3
Pengurusan Pantai http://www.water.gov.my Edited By: Fred Apat ([email protected] ) Kemas Kini Terakhir ( Selasa, 21 April 2009 ) 1.0 Pengenalan Menyedari kejadian hakisan pantai yang semakin meningkat dan mengancam penduduk pinggir laut serta mengakibatkan kerugian sepanjang garis pantai, Kerajaan telah menjalankan Kajian Hakisan Pinggir Laut Kebangsaan dari bulan November 1984 hingga bulan Januari 1986 dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa daripada 4,809 kilometer garis pantai negara, kira-kira 29% atau 1,380 kilometer mengalami hakisan. Untuk menangani masalah ini, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Kejuruteraan Pinggir Laut dalam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 1987 untuk melaksanakan rancangan kawalan hakisan pinggir laut di seluruh negara. Garis pinggir laut Malaysia adalah beraneka daripada teluk berpemandangan indah yang diapit oleh tanjung tinggi berbatu sehinggalah tanah pamah lumpur cetek yang menyempadani hutan bakau. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, hasil enapan yang tinggi daripada luahan sungai dan persekitaran ombak yang lebih kuat mewujudkan latar untuk garis pinggir laut teluk berpasir berbentuk cangkuk. Sementara di pantai barat, iklim ombak Selat Melaka yang sederhana membentuk pantai lumpur yang luas dan hutan pinggir laut yang kaya dengan biodiversiti. Bentuk-bentuk yang serupa mencirikan pantai-pantai di Sarawak dan Sabah walaupun kawasan berpasir tertentu adalah sangat rata. Bahan-bahan pantai termasuklah campuran pasir, kelodak, malah kulit kerang dengan tompokan kerikil dan singkapan batuan di sana sini. 2.0 Aktiviti Pembaikan Muara Sungai Terdapat lebih daripada 150 muara di Malaysia dan kebanyakannya menghadapi masalah pengelodakan, yang mengurangkan kedalaman air untuk lalu lintas perikanan dan memberi kesan negatif kepada pembangunan industri perikanan. Kerajaan telah menjalankan Kajian Muara Kebangsaan pada tahun 1994 dan hasil kajian menunjukkan 35 muara dihadapi pengelodakan yang kritikal. Pelan induk yang dibentuk menyarankan supaya kerja pembaikan dijalankan dalam masa 10 tahun dan melibatkan kos berjumlah RM 330 juta. Berdasarkan pelan induk, program pembaikan muara sungai diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh untuk melaksanakan pengorekan dan pembinaan struktur pembaikan. 3.0 Aktiviti Pengurusan Zon Pinggir Laut Kajian Hakisan Pinggir Laut Kebangsaan telah disiapkan pada tahun 1986 dan dapatan kajian mendedahkan bahawa daripada sejumlah 4,809 kilometer garis pantai negara, kira-kira 29% atau 1,380 kilometer mengalami masalah hakisan. IUntuk menangani masalah ini, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Teknikal Kejuruteraan Pinggir Laut di dalam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 1987 untuk melaksanakan rancangan kawalan hakisan pinggir laut bagi seluruh negara. Rancangan ini melibatkan dua strategi, iaitu strategi jangka panjang dan juga jangka pendek. Strategi jangka pendek melibatkan pembinaan projek kawalan hakisan dan strategi jangka panjang melibatkan penambahbaikan pengurusan zon pinggir laut dalam

description

Artikel Pengurusan pantai yang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan saliran Malaysia. (JPS)

Transcript of Pengurusan Pantai JPS

Page 1: Pengurusan Pantai JPS

Pengurusan Pantai http://www.water.gov.my Edited By: Fred Apat ([email protected])

Kemas Kini Terakhir ( Selasa, 21 April 2009 )

1.0 Pengenalan

Menyedari kejadian hakisan pantai yang semakin meningkat dan mengancam penduduk pinggir laut serta mengakibatkan kerugian sepanjang garis pantai, Kerajaan telah menjalankan Kajian Hakisan Pinggir Laut Kebangsaan dari bulan November 1984 hingga bulan Januari 1986 dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa daripada 4,809 kilometer garis pantai negara, kira-kira 29% atau 1,380 kilometer mengalami hakisan. Untuk menangani masalah ini, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Kejuruteraan Pinggir Laut dalam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 1987 untuk melaksanakan rancangan kawalan hakisan pinggir laut di seluruh negara.

Garis pinggir laut Malaysia adalah beraneka daripada teluk berpemandangan indah yang diapit oleh tanjung tinggi berbatu sehinggalah tanah pamah lumpur cetek yang menyempadani hutan bakau. Di pantai timur Semenanjung Malaysia, hasil enapan yang tinggi daripada luahan sungai dan persekitaran ombak yang lebih kuat mewujudkan latar untuk garis pinggir laut teluk berpasir berbentuk cangkuk. Sementara di pantai barat, iklim ombak Selat Melaka yang sederhana membentuk pantai lumpur yang luas dan hutan pinggir laut yang kaya dengan biodiversiti. Bentuk-bentuk yang serupa mencirikan pantai-pantai di Sarawak dan Sabah

walaupun kawasan berpasir tertentu adalah sangat rata. Bahan-bahan pantai termasuklah campuran pasir, kelodak, malah kulit

kerang dengan tompokan kerikil dan singkapan batuan di sana sini.

2.0 Aktiviti Pembaikan Muara Sungai Terdapat lebih daripada 150 muara di Malaysia dan kebanyakannya menghadapi masalah pengelodakan, yang mengurangkan kedalaman air untuk lalu lintas perikanan dan memberi kesan negatif kepada pembangunan industri perikanan. Kerajaan telah menjalankan Kajian Muara Kebangsaan pada tahun 1994 dan hasil kajian menunjukkan 35 muara dihadapi pengelodakan yang kritikal. Pelan induk yang dibentuk menyarankan supaya kerja pembaikan dijalankan dalam masa 10 tahun dan melibatkan kos berjumlah RM 330 juta. Berdasarkan pelan induk, program pembaikan muara sungai diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh untuk melaksanakan pengorekan dan pembinaan struktur pembaikan.

3.0 Aktiviti Pengurusan Zon Pinggir Laut Kajian Hakisan Pinggir Laut Kebangsaan telah disiapkan pada

tahun 1986 dan dapatan kajian mendedahkan bahawa daripada sejumlah 4,809 kilometer garis pantai negara, kira-kira 29% atau 1,380 kilometer mengalami masalah hakisan. IUntuk menangani masalah ini, Kerajaan telah menubuhkan Pusat Teknikal Kejuruteraan Pinggir Laut di dalam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 1987 untuk melaksanakan rancangan kawalan hakisan pinggir laut bagi seluruh negara. Rancangan ini melibatkan dua strategi, iaitu strategi jangka panjang dan juga jangka pendek. Strategi jangka pendek melibatkan pembinaan projek kawalan hakisan dan strategi jangka panjang melibatkan penambahbaikan pengurusan zon pinggir laut dalam

Page 2: Pengurusan Pantai JPS

cara yang bersepadu supaya kejadian hakisan pinggir laut tidak akan bertambah. Rancangan ini dibentuk untuk melaksanakan tindakan yang akan diambil di bawah strategi-strategi ini.

Kajian Indeks Kerentanan Pinggir Laut Kebangsaan (dengan kenaikan aras laut)

Indeks Kerentanan Pinggir Laut Kebangsaan (NCVI) Kajian Indeks Kerentanan Pinggir Laut Kebangsaan (National

Coastal Vulnerability Index - NCVI) diperlukan untuk mengenal pasti kawsan pinggir laut yang terdedah disebabkan oleh kesan kenaikan aras laut. Hasil kajian akan digunakan untuk menyediakan Indeks Kerentanan Pinggir Laut dengan aras dedahan zon pinggir bagi mengelakkan pembangunan di kawasan ini. Pada masa yang sama ia akan menjadi asas untuk melaksanakan langkah-langkah perlindungan yang disebabkan oleh kenaikan aras laut. Indeks ini akan menyediakan penunjuk tentang bagaimana rentannya garis pinggir laut kepada kesan kenaikan aras laut yang mendadak. Kerentanan terhadap kesan ini merangkumi faktor-faktor biogeofizikal, ekonomi, dan keinstitusian dan sosiobudaya. Pembangunan NCVI yang menyeluruh akan dijalankan secara berperingkat-peringkat. Fasa pertama kajian NCVI telah siap pada bulan Disember 2007. Ia meliputi dua (2) tapak rintis yakni Tg. Piai, Johor di Selatan, dan Pulau Langkawi, Kedah di utara.Berdasarkan rekod pasang surut 20 tahun di dua tapak rintis ini, kadar kenaikan aras laut tempatan atau relatif di kedua-dua tapak ini boleh dianggap lebih kecil daripada kadar purata sejagat-rendah sebanyak 2 – 3 mm/tahun (iaitu SLR di Tg. Piai = 0.2 – 1.3 mm/thn; SLR di Langkawi = 0.5 – 1.0 mm/thn). Kenaikan aras banjir di kedua-dua tapak untuk senario SLR tempatan tidaklah terlalu ketara tinggi.

1.0 Hakisan Pinggir Laut Berdasarkan Kajian Hakisan Pinggir Laut Kebangsaan 1986,

garis pinggir laut Malaysia dikelaskan ke dalam tiga kategori hakisan dan ancaman terhadap kemudahan berasaskan pesisir yang sedia ada dengan nilai ekonomi besar ditakrifkan seperti berikut:

Kategori 1: Garis pesisir yang pada masa ini berada dalam keadaan hakisan dan tempat kemudahan atau infrastruktur berasaskan pesisir berada dalam bahaya keruntuhan atau kerosakan langsung.

Kategori 2: Garis pesisir yang terhakis pada kadar di mana harta benda awam dan tanah pertanian yang bernilai akan menjadi terancam dalam tempoh 5 hingga 10 tahun melainkan tindakan pemulihan diambil;

Kategori 3: Garis pesisir yang belum dimajukan mengalami hakisan tetapi dengan tiada akibat atau kerugian ekonomi yang kecil jika dibiarkan.

Senarai Kawasan Hakisan Pinggir Laut:

*angka sedang dikemas kini

1.1 Punca Hakisan Punca hakisan adalah semula jadi dan juga buatan manusia.

Dalam keadaan semula jadi pantai mengalami kitaran dan pemendapan tetapi dalam tempoh masa yang lama, pantai dianggap stabil jika kedudukan minnya kekal tidak berubah. Dalam kebanyakan kes, punca hakisan ialah aktiviti buatan orang yang mengakibatkan kesan langsung atau kesan sisa terhadap kawasan dekat pesisir dan pantai. Antara punca-punca hakisan disenaraikan di bawah ini:

a) Punca hakisan – semula jadi

a. Ribut utama semasa air pasang

b) Punca hakisan – buatan manusia

a. Pelabuhan

b. Marinas

c. Jridge,

d. Jambatan, etc

1.2 Langkah-langkah Tebatan Hakisan Pinggir Lauta) Kejuruteraan Kerasi. Lapis Lindungii. Benteng Hakisaniii. Pemecah Ombakiv. Blok Konkritv. Tembok Penahan

b) Kejuruteraan Lembuti. Penyuburan pantaiii. Penanaman semula bakau iii. Pemecah ombak geotekstil isian endapaniv. Modul Penyamaan Tekanan

2.0 Pelan Pengurusan Garis Pesisir Bersepadu (ISMP) Program ISMP yang dijalankan oleh DID disesuaikan

mengikut prinsip ICZM untuk memberi perhatian kepada isu-isu utama dan masalah yang dihadapi oleh garis pesisir kita. Ia merupakan pendekatan bersepadu yang mengambil kira semua aktiviti bersektor yang mempengaruhi kawasan pinggir laut dan memberikan pertimbangan yang wajar kepada isu ekonomi, sosial, alam sekitar dan ekologi. Matlamatnya adalah untuk membina alat pengurusan yang mengharmonikan semua aktiviti di kawasan pinggir laut untuk menyokong set objektif pengurusan yang lebih luas bagi kawasan pesisir.

Page 3: Pengurusan Pantai JPS

2.1 Objektif ISMP 1 Penilaian dan pemilihan strategi pengurusan pembangunan pinggir laut supaya pembangunan di kawasan pinggir laut boleh dilaksanakan dalam cara yang mampan. 2 Penilaian dan pemilihan opsyen pertahanan untuk garis pinggir laut.

3 Perumusan Garis Panduan Khusus dan Dasar untuk Aktiviti/Cadangan Pembangunan di kawasan pinggir laut.

2.2 Penentuan Had Kawasan Garis PesisirSalah satu keputusan penting dalam melaksanakan ISMP

adalah untuk menentukan had-had kawasan garis pesisir. Bidang pengurusan harus merangkumi semua sumber pinggir laut yang berkepentingan dan juga merangkumi semua proses pinggir laut. Had mungkin berbeza mengikut tempat, tetapi sebagai panduan umum, ekoran had arah ke darat dan arah laut yang berikut telah diterima pakai: -

1 Had arah ke darat adalah kira-kira 1 kilometer dari garis pesisir (pada MHWS).

2 Had arah laut adalah kira-kira 3 kilometer sekiranya proses pinggir laut memberikan kesan yang sedikit terhadap garis pesisir.

2.3 Pembahagian Garis Pesisir Ke Dalam Unit Pengurusan

Sepanjang garis pesisir, ciri-ciri fizikal, ciri-ciri pinggir laut dan guna tanah amatlah berbeza-beza, menjadikannya agak sukar untuk merumuskan garis panduan atau dasar yang bermakna. Untuk mengatasi masalah ini garis pesisir disubbahagikan ke dalam unit-unit kecil yang disebut unit pengurusan. Unit Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai suatu jarak garis pesisir dengan ciri-ciri koheren dari segi proses pinggir laut semula jadi dan juga guna tanah. Satu ilustrasi unit pengurusan adalah seperti yang ditunjukkan di bawah.

2.4 Status Hingga KiniSehingga kini, JPS Malaysia telah menyiapkan ISMP untuk

Pahang. Pahang telah melaksanakan ISMP dalam menguruskan zon pinggir laut seperti:

1. Pembangunan dalam zon pinggir laut.2. Skim tebatan hakisan pinggir laut berdasarkan cadangan ISMP.