Pengurusan pdp di_makmal

18
Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains 119 PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS BAB 9 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan murid-murid di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk teori atau amali. Penggabungjalinan ‘Hands On, Minds On dan Hearts Onadalah suatu elemen yang penting dan perlu dititikberatkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran tersebut, makmal dan bilik sains di sekolah perlu mempunyai prosedur dan peraturan yang lengkap, selamat, selesa dan kondusif. Bab ini adalah bertujuan memberi panduan bagi membantu pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran sains melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dengan lebih efisien, menyeronokkan, berkesan dan menghasilkan impak. Disamping itu, tahap pengetahuan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di makmal dan bilik sains dapat dipertingkatkan. 9.1 Peruntukan Waktu bagi Setiap Mata Pelajaran di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah a. Peruntukan waktu untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Bil Tahun Mata Pelajaran Peruntukan Waktu* Cadangan Pecahan Waktu Waktu Minimum Makmal Yang Biasa Diamalkan 1. Tahun 1 Sains 90 minit (3 waktu) (2+1) 1 waktu berkembar 2. Tahun 2 Sains 90 minit (3 waktu) (2+1) 1 waktu berkembar 3. Tahun 3 Sains 90 minit (3 waktu) (2+1) 1 waktu berkembar 4. Tahun 4 Sains 150 minit (5 waktu) (2+2+1) 2 waktu berkembar 5. Tahun 5 Sains 150 minit (5 waktu) (2+2+1) 2 waktu berkembar 6. Tahun 6 Sains 150 minit (5 waktu) (2+2+1) 2 waktu berkembar Rujuk SPI Bil. 11/2002

description

 

Transcript of Pengurusan pdp di_makmal

Page 1: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

119 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

BAB 9

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

Mata pelajaran Sains merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan murid-murid di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam bentuk teori atau amali. Penggabungjalinan ‘Hands On, Minds On dan Hearts On’ adalah suatu elemen yang penting dan perlu dititikberatkan semasa pengajaran dan pembelajaran. Bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran tersebut, makmal dan bilik sains di sekolah perlu mempunyai prosedur dan peraturan yang lengkap, selamat, selesa dan kondusif.

Bab ini adalah bertujuan memberi panduan bagi membantu pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru mata pelajaran sains melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dengan lebih efisien, menyeronokkan, berkesan dan menghasilkan impak. Disamping itu, tahap pengetahuan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di makmal dan bilik sains dapat dipertingkatkan.

9.1 Peruntukan Waktu bagi Setiap Mata Pelajaran di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

a. Peruntukan waktu untuk Sekolah Kebangsaan (SK)

Bil Tahun Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu*

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang Biasa

Diamalkan

1. Tahun 1 Sains 90 minit

(3 waktu) (2+1) 1 waktu berkembar

2. Tahun 2 Sains 90 minit

(3 waktu) (2+1) 1 waktu berkembar

3. Tahun 3 Sains 90 minit

(3 waktu) (2+1) 1 waktu berkembar

4. Tahun 4 Sains 150 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu berkembar

5. Tahun 5 Sains 150 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu berkembar

6. Tahun 6 Sains 150 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu berkembar

Rujuk SPI Bil. 11/2002

Page 2: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 120

b. Peruntukan waktu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Bil Tahun Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu*

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang Biasa

Diamalkan

1. Tahun 1 Sains 90 minit

(3 waktu) (2+1) 1 waktu berkembar

2. Tahun 2 Sains 90 minit

(3 waktu) (2+1) 1 waktu berkembar

3. Tahun 3 Sains 90 minit

(3 waktu) (2+1) 1 waktu berkembar

4. Tahun 4 Sains 150 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu berkembar

5. Tahun 5 Sains 150 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu berkembar

6. Tahun 6 Sains 150 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu berkembar

Rujuk SPI Bil. 11/2002

c. Peruntukan waktu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

Bil Tahun Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu**

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang Biasa

Diamalkan

1. Tahun 1 Sains 90 minit BI + 90 minit

BC

(2+1) BI +

(2+1) BC

1 waktu berkembar BI +1 waktu

berkembar BC

2. Tahun 2 Sains 90 minit BI + 90 minit

BC

(2+1) BI +

(2+1) BC

1 waktu berkembar BI +1 waktu

berkembar BC

3. Tahun 3 Sains 90 minit BI + 90 minit

BC

(2+1) BI +

(2+1) BC

1 waktu berkembar BI +1 waktu

berkembar BC

4. Tahun 4 Sains 60 minit BI + 90 minit

BC

(2) BI +

(2+1) BC

1 waktu berkembar BI +1 waktu

berkembar BC

5. Tahun 5 Sains 60 minit BI + 90 minit

BC

(2) BI +

(2+1) BC

1 waktu berkembar BI +1 waktu

berkembar BC

6. Tahun 6 Sains 60 minit BI + 90 minit

BC

(2) BI +

(2+1) BC

1 waktu berkembar BI +1 waktu

berkembar BC

Rujuk SPI Bil. 12/2002

Page 3: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

121 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

d. Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah bagi mata pelajaran – Sains

Bil Tingkatan Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu*

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang

Biasa Diamalkan

1. Tingkatan

1 Sains

200 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu

berkembar

2. Tingkatan

2 Sains

200 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu

berkembar

3. Tingkatan

3 Sains

200 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu

berkembar

4. Tingkatan

4 Sains

200 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu

berkembar

5. Tingkatan

5 Sains

200 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu

berkembar

e. Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah bagi mata pelajaran – Fizik

Bil Tingkatan Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu*

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang

Biasa Diamalkan

1. Tingkatan

4 Fizik

160 minit (4 waktu)

(2+2) 2 waktu

berkembar

2. Tingkatan

5 Fizik

160 minit (4 waktu)

(2+2) 2 waktu

berkembar

f. Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah bagi mata pelajaran – Biologi

Bil Tingkatan Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu*

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang

Biasa Diamalkan

1. Tingkatan

4 Biologi

160 minit (4 waktu)

(2+2) 2 waktu

berkembar

2. Tingkatan

5 Biologi

160 minit (4 waktu)

(2+2) 2 waktu

berkembar

g. Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah bagi mata pelajaran – Kimia

Bil Tingkatan Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu*

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang

Biasa Diamalkan

1. Tingkatan

4 Kimia

160 minit (4 waktu)

(2+2) 2 waktu

berkembar

2. Tingkatan

5 Kimia

160 minit (4 waktu)

(2+2) 2 waktu

berkembar

Page 4: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 122

h. Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah bagi mata pelajaran – Sains Tambahan.

Bil Tingkatan Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu*

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang

Biasa Diamalkan

3. Tingkatan

4 Sains

Tambahan 160 minit (4 waktu)

(2+2) 2 waktu

berkembar

4. Tingkatan

5 Sains

Tambahan 160 minit (4 waktu)

(2+2) 2 waktu

berkembar

i. Peruntukan waktu untuk Sekolah Menengah Teknik bagi mata pelajaran – Sains Gunaan.

Bil Tingkatan Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu*

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang

Biasa Diamalkan

5. Tingkatan

4 Sains

Gunaan 200 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu

berkembar

6. Tingkatan

5 Sains

Gunaan 200 minit (5 waktu)

(2+2+1) 2 waktu

berkembar

j. Peruntukan waktu untuk Tingkatan 6 bagi mata pelajaran – Fizik

Bil Tingkatan Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu*

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang

Biasa Diamalkan

34. Tingkatan 6 Bawah

Fizik 320 minit (8 waktu)

(3+3+1+1) (2+2+2+1+1)

2 atau 3 waktu berkembar

35. Tingkatan

6 Atas Fizik

320 minit (8 waktu)

(3+3+1+1) (2+2+2+1+1)

2 atau 3 waktu berkembar

k. Peruntukan waktu untuk Tingkatan 6 bagi mata pelajaran – Biologi

Bil Tingkatan Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu*

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang

Biasa Diamalkan

36. Tingkatan 6 Bawah

Biologi 320 minit (8 waktu)

(3+3+1+1) (2+2+2+1+1)

2 atau 3 waktu berkembar

37. Tingkatan

6 Atas Biologi

320 minit (8 waktu)

(3+3+1+1) (2+2+2+1+1)

2 atau 3 waktu berkembar

Page 5: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

123 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

l. Peruntukan waktu untuk Tingkatan 6 bagi mata pelajaran – Kimia

Bil Tingkatan Mata

Pelajaran Peruntukan

Waktu*

Cadangan Pecahan Waktu

Waktu Minimum Makmal Yang

Biasa Diamalkan

38. Tingkatan 6 Bawah

Kimia 320 minit (8 waktu)

(3+3+1+1) (2+2+2+1+1)

2 atau 3 waktu berkembar

39. Tingkatan

6 Atas Kimia

320 minit (8 waktu)

(3+3+1+1) (2+2+2+1+1)

2 atau 3 waktu berkembar

9.2 Tatacara Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Makmal Dan Bilik

Sains

Makmal dan bilik sains adalah satu tempat untuk guru menyampaikan

pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk latihan amali/praktikal. Jadi, makmal dan bilik sains perlu ditadbir urus dengan cekap.

9.2.1 Pengurusan makmal dan bilik sains yang cekap penting untuk:

a. Membantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

b. Mengelakkan kemalangan.

c. Memudahkan aktiviti/eksperimen dijalankan.

d. Mengemaskinikan bekalan bahan dan radas.

e. Menentukan bahan dan radas yang dibeli adalah sesuai mengikut spesifikasinya.

9.2.2 Penyelenggaraan stok yang cekap dan sistematik membantu kelicinan proses

pengajaran dan pembelajaran. Radas dan bahan di makmal dan bilik sains mestilah disimpan dan diselenggarakan dengan baik dan selamat.

9.2.3 Terdapat radas dan bahan yang berbahaya dan berharga yang perlu

disimpan dengan selamat di dalam almari atau kabinet yang berkunci. 9.2.4 Penyimpanan dan pengurusan radas dan bahan juga boleh dipamerkan

dalam pelbagai bentuk dan konsep mengikut kreativiti Ketua Panitia.

9.3 Tatacara Penyediaan Peralatan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Bahan Eksperimen

9.3.1 Peraturan-peraturan pentadbiran

a. Borang pesanan persediaan peralatan makmal hendaklah dikemukakan

tiga hari sebelum tarikh diperlukan.

Rujuk Lampiran 9A

Page 6: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 124

b. Persediaan keperluan perlu dibuat satu hari lebih awal dari tarikh diperlukan tertakluk kepada keperluan eksperimen.

c. Keperluan perlu disediakan dengan lengkap dan berada dalam keadaan

yang baik, berfungsi serta selamat digunakan. d. Waktu keperluan penggunaan perlu dikenal pasti. e. Sebarang kerosakan dan kehilangan peralatan perlu direkodkan.

9.3.2 Proses kerja: Tatacara urusan penyediaan peralatan P&P dan bahan

eksperimen.

BIL PROSES KERJA PEGAWAI YANG

MELULUSKAN/DIRUJUK

UNDANG – UNDANG/

PERATURAN

1. Menyediakan borang pesanan persediaan.

Ketua Bidang/ Ketua Panitia

Arahan Pengetua/ Guru Besar.

2.

Menerima borang pesanan persediaan daripada Guru Sains.

Pembantu Makmal

Terima 3 hari sebelum eksperimen dijalankan.

3.

Memastikan peralatan disediakan berdasarkan borang pesanan dan pada waktu yang ditetapkan.

Pembantu Makmal

Penyediaan di makmal dan bilik sains yang berkenaan.

4.

Mematuhi prosedur dan langkah-langkah keselamatan semasa menyediakan alatan eksperimen atau bahan kimia yang akan digunakan.

Pembantu Makmal

Mengikut Buku Panduan Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah: (BPK, KPM).

5.

Memastikan sentiasa berada di dalam bilik persediaan ketika eksperimen sedang dijalankan.

Pembantu Makmal Arahan Pengetua/ Guru Besar.

6.

Guru Sains mesti mencuba atau membuat eksperimen terlebih dahulu sebelum P&P dilaksanakan.

Guru Sains dan Pembantu Makmal

Guru Sains dan Pembantu Makmal

Page 7: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

125 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

9.3.3 Carta alir: Tatacara urusan penyediaan peralatan P&P dan bahan eksperimen.

Ya

Menerima borang pesanan dari Guru Sains.

Pembantu Makmal merujuk dan meneliti borang pesanan.

Semak dan sediakan radas / bahan kimia seperti yang diperlukan.

Penyediaan radas / bahan kimia.

Menyusun radas dan bahan kimia di dalam makmal dan bilik sains

Membantu Guru Sains semasa eksperimen jika diperlukan.

TAMAT

Rujuk Guru Sains. Lengkap

Tidak

MULA

Guru Sains mencuba eksperimen sebelum P&P

Page 8: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 126

9.3.4 Senarai semak diisi oleh Pembantu Makmal:

Tatacara urusan penyediaan peralatan P&P dan bahan eksperimen

Nama Guru Sains: __________________________________ Tarikh: _______________

Tindakan Tanda ( / ) Catatan

1 Semak borang pesanan bahan dan peralatan sains yang telah diisi dengan lengkap & mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan.

2. Pastikan alatan mencukupi dan berfungsi sewaktu penyediaan eksperimen.

3 . Patuhi langkah-langkah keselamatan semasa menyediakan alatan eksperimen.

Nama Pembantu Makmal : _________________________ Tandatangan Pembantu Makmal : __________________

Page 9: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

127 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

9.4 Tatacara Pengurusan Peralatan P&P Selepas Eksperimen

9.4.1 Proses kerja: Tatacara pengurusan peralatan P&P selepas eksperimen

BIL PROSES KERJA GURU/KAKITANGAN YANG MELULUSKAN/

DIRUJUK

UNDANG-UNDANG/ PERATURAN

1. Mengumpul dan mengemas radas serta bahan eksperimen yang telah selesai.

Guru Sains

Mengikut peraturan penggunaan makmal dan bilik sains yang ditetapkan oleh Ketua Bidang/ Ketua Panitia.

2. Memastikan kuantiti alatan/jenis bahan kimia yang dikembalikan mencukupi.

Guru Sains Mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

3. Memastikan peralatan berkeadaan baik dan boleh digunakan.

Pembantu Makmal Mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

4. Merekodkan alatan/bahan yang hilang/ rosak oleh murid.

Guru Sains Dicatat dalam daftar/ buku rekod kerosakan

5. Menyimpan alatan/radas di tempat yang betul dan selamat.

Pembantu Makmal Mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Page 10: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 128

9.4.2 Carta alir: Tatacara pengurusan peralatan P&P selepas eksperimen

Semak bahan mencukupi. Tidak Ya

TAMAT

Mengumpul bahan / alat radas yang telah selesai digunakan.

Merekodkan alatan yang rosak / hilang

Menyimpan alat radas di tempat asal dan selamat.

Merekodkan di dalam borang Kew. 300 J-4

MULA

Membersih peralatan supaya berkeadaan bersih dan boleh digunakan semula.

Page 11: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

129 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

9.5 Daftar Rekod Pergerakan Dan Pinjaman Bahan/ Radas/ Alat Bantu Mengajar (ABM) Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran Di Makmal Dan Bilik Sains.

9.5.1. Senarai bahan/ radas/ ABM yang boleh dibawa keluar daripada makmal dan

bilik sains adalah seperti berikut: a. ABM seperti model, carta dan lain-lain.

b. Bahan/radas untuk keperluan eksperimen.

c. OHP/ LCD/ Dynascan.

d. CD Teaching Courseware dan lain-lain tertakluk kepada peraturan sedia ada.

9.5.2. Peminjam perlu mengisi borang pergerakan/pinjaman bahan dan kelulusan

perlu diperolehi melalui Ketua Panitia/ Ketua Bidang.

9.5.3 Peminjam mesti bertanggungjawab atas keselamatan dan kebersihan radas/ bahan/ ABM semasa tempoh pinjaman.

9.5.4 Peminjam mestilah bertanggungjawab memastikan bilangan radas/bahan/ BM yang dipinjam sama bilangan seperti dalam borang prgerakan/pinjaman bahan.

9.5.5. Peminjam mesti memulangkan radas/bahan/ABM sebaik sahaja amat proses pengajaran dan pembelajaran.

9.5.6. Sebarang kerosakan dan kehilangan menjadi tanggungjawab peminjam dan perlu dilaporkan kepada Ketua Panitia.

9.6 Tatacara Pembantu Makmal Sebelum, Semasa Dan Selepas Pelaksanaan

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

9.6.1 Pembantu Makmal mesti berada di bilik persediaan supaya dapat dihubungi apabila diperlukan.

9.6.2 Pintu dan tingkap makmal dan bilik sains dibuka pada awal pagi hari persekolahan dan ditutup selepas tamat waktu persekolahan.

9.6.3 Peralatan dan bahan sains disediakan seperti yang dipesan oleh guru dalam Borang Pesanan Bahan dan Peralatan Sains.

9.6.4 Memastikan semua peralatan dan bahan sains dalam keadaan baik dan

boleh berfungsi semasa eksperimen dijalankan.

9.6.5 Semua langkah keselamatan telah dipatuhi dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.

Page 12: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 130

9.6.6 Tindakan yang sewajarnya diambil dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan apabila berlakunya kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.

9.6.7 Peralatan dan bahan sains dibersih dan disimpan di tempat sewajarnya setelah selesai setiap sesi kerja amali.

9.6.8 Meja makmal, papan tulis dan singki dibersihkan serta gas, air, kipas dan lampu ditutup setelah selesai setiap sesi kerja eksperimen.

9.6.9 Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.

9.6.10 Mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa eksperimen.

9.6.11 Memastikan tindakan berikut diambil selepas eksperimen yang terakhir pada setiap hari:

a. Memastikan makmal dan bilik sains berkeadaan bersih dan kemas b. Menutup pili gas, pili air dan suis elektrik

c. Menutup tingkap dan mengunci makmal dan bilik sains d. Menyimpan kunci makmal dan bilik sains mengikut arahan Ketua

Bidang

9.7 Tatacara Guru Sains Dalam Pengendalian Dan Pelaksanaan Pengajaran Dan

Pembelajaran Di Makmal Dan Bilik Sains

9.7.1 Sebelum murid masuk makmal dan bilik sains:

a. Beratur di luar makmal dan bilik sains sehingga guru benarkan masuk.

b. Murid diminta meletakkan beg atau bekalan makanan/ minuman di luar makmal dan bilik sains dan hanya membawa bahan yang diperlukan untuk aktiviti P&P.

9.7.2 Semasa murid berada dalam makmal dan bilik sains:

a. Murid masuk dan duduk dalam makmal dan bilik sains dengan

tertib.

b. Guru mengingatkan murid tentang bahaya yang mungkin berlaku sepanjang eksperimen. Oleh itu semua prosedur eksperimen perlu dipatuhi sepanjang masa.

Page 13: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

131 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

c. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan kecil yang terdiri daripada 2−4 orang dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan akan melantik seorang ketua mengikut giliran.

d. Ahli kumpulan diberi tugasan seperti mengambil peralatan, mencatat

keputusan, menulis laporan dan mengemas semula peralatan sains. Setiap tugasan akan digilirkan pada semua ahli kumpulan.

e. Murid menjalankan eksperimen mengikut prosedur yang betul. f. Pastikan murid dapat mengurus masa secara berkesan semasa

eksperimen dijalankan. g. Pembantu Makmal sentiasa mengawasi pelaksanaan eksperimen

terutama yang melibatkan penggunaan haba dan bahan kimia. h. Guru sentiasa bergerak dan memantau dari satu kumpulan ke kumpulan

murid yang lain dan menggalakkan semua murid melibatkan diri dalam eksperimen yang dijalankan.

i. Guru menggalakkan murid dari setiap kumpulan membuat analisis

secara percambahan idea tanpa memberi kesimpulan terus kepada murid.

j. Guru memberi peluang kepada murid untuk mengulangi eksperimen jika

eksperimen itu tidak berjaya. k. Guru berbincang dengan murid mengapa eksperimen itu tidak

berjaya.

l. Murid digalakkan untuk menyiapkan laporan dan membentangkan hasil eksperimen yang lengkap dan guru memastikan murid yang berlainan yang membuat pelaporan pada setiap kali pembentangan.

m. Guru digalakkan menggunakan peralatan ICT semasa melaksanakan

P&P.

n. Guru selalu mengaitkan set induksi dan konsep/ aplikasi sains dengan kehidupan harian.

o. Guru memastikan murid memadam papan tulis, membersih meja,

mengemas dan membuang sampah pada akhir eksperimen.

9.8 Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA)

9.8.1 Konsep

PEKA Sains terdiri daripada PEKA Sains UPSR, Sains PMR, Sains SPM, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. PEKA Sains ialah pentaksiran berasaskan sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam makmal dan bilik sains.

Page 14: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 132

9.8.2 Objektif PEKA Sains

PEKA Sains dilaksanakan untuk membolehkan murid:

a. Menguasai kemahiran saintifik.

b. Memperkukuhkan teori dan konsep sains.

c. Memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni.

9.8.3 Ciri-ciri PEKA Sains

9.8.3.1 Keserasian dengan kehendak kurikulum

Format pentaksiran direkabentuk dengan mengambil kira ahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni yang ingin diperkembangkan dalam proses pengajaran dan belajaran sains.

9.8.3.2 Berpusatkan pelajar

PEKA sains memberi peluang kepada murid untuk ditaksir apabila mereka telah bersedia untuk ditaksir. Ini membolehkan pentaksiran dilaksanakan dalam keadaan tenang, selesa dan selaras dengan rancangan pengajaran guru.

9.8.3.3 Telus dan terbuka

PEKA sains memberi peluang kepada murid untuk mengetahui:

a. Perkara yang ditaksir.

b. Bagaimana perkara itu ditaksir.

c. Bila perkara itu ditaksir.

d. Di mana perkara itu ditaksir.

9.8.3.4 Bolehlaksana dan sistematik

Format pentaksiran PEKA ini telah mengambil kira aspek- aspek berikut:

a. Kebolehlaksanaan.

b. Kebolehtadbiran.

9.8.3.5 Pelbagai instrumen

Tujuan menggunakan pelbagai instrumen adalah untuk menghasilkan lebih banyak evidens yang akan memberikan gambaran yang menyeluruh dan lebih tepat tentang prestasi

Page 15: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

133 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

pembelajaran murid. Antara instrumen yang boleh digunakan ialah pemerhatian, kaji selidik, senarai semak, projek, laporan amali, temu bual, folio dan lain-lain.

9.8.3.6 Berterusan dan Formatif

Pentaksiran dilakukan berterusan dari Tahun 3 hingga Tahun 6 bagi calon UPSR, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 bagi calon PMR dan dari Tingkatan 4 hingga 5 bagi calon SPM. Sepanjang tempoh pentaksiran PEKA, murid diberi peluang untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam perkara yang ditaksir. Murid juga diberi peluang untuk memperbaiki skor yang diperoleh.

9.8.3.7 Kesahan dan kebolehpercayaan

Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup dan kerelevanan tentang perkara yang ditaksir. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisma penyelarasan dan pemantauan.

9.8.3.8 Pelaporan positif

Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini

boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

9.8.3.9 Pemantauan berterusan

Pemantauan dilakukan secara berterusan bertujuan untuk memastikan PEKA sains dilaksanakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

9.8.4 Pengoperasian PEKA

Pengoperasian PEKA dilaksanakan seperti berikut:

9.8.4.1 Perancangan

Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pelaksana PEKA yang telah dilantik.

9.8.4.2 Penataran

Penataran ialah pendedahan tentang konsep, kerangka dan pengoperasian program PEKA kepada pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PEKA seperti pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid

Page 16: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 134

tentang pelaksanaan PEKA.

9.8.4.3 Pelaksanaan pentaksiran

Pelaksanaan PEKA ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PEKA mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam Buku Panduan PEKA.

9.8.4.4 Penyelarasan

Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PEKA dilaksanakan dengan cara yang betul dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian skor.

9.8.4.5 Pemantauan

Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PEKA dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

9.8.4.6 Pengesanan

Pengesanan ialah proses menilai program PEKA dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan serta impaknya untuk tujuan memperbaik program itu.

9.8.4.7 Laporan

Penyelaras, Pemantau, Pengesan dan Jabatan Pendidikan Negeri akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PEKA untuk penambahbaikan.

9.8.5 Penjaminan Kualiti

PEKA sains berperanan sebagai mekanisma untuk memastikan objektif bagi mata pelajaran ini dapat direalisasikan dan menepati kualiti yang dihasratkan. Pensijilan akan dibuat dan dikeluarkan oleh sekolah seiring dengan penghantaran skor PEKA ke Lembaga Peperiksaan.

Page 17: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

135 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

9.8.6 Carta alir pengurusan dan pengendalian peka

MULA

LAPORAN

PENGURUSAN SKOR

PENSIJILAN SEKOLAH

TAMAT

PENATARAN DI PERINGKAT PUSAT

PENATARAN DI PERINGKAT JPN

PELAKSANAAN PEKA PENAMBAHBAIKAN

PENGESANAN PENYELARASAN PEMANTAUAN

Page 18: Pengurusan pdp di_makmal

Bab 9 - Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 136

9.9 Fungsi-Fungsi Lain Makmal Dan Bilik Sains

Selain melaksanakan eksperimen, makmal dan bilik sains juga boleh berfungsi sebagai tempat untuk:

9.9.1 Pameran

a. Mempamerkan bahan-bahan projek sains yang dihasilkan oleh murid-

murid seperti buku skrap, folio dan model dari bahan terbuang.

b. Mempamerkan alat-alat, bahan-bahan, carta-carta dan model-model 3 dimensi yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

c. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai tempat untuk mempamerkan informasi penting dan menimbulkan kesedaran sivik kepada warga sekolah dan masyarakat tentang penyebaran wabak penyakit berjangkit dan berbahaya kepada kesihatan manusia seperti Influenza A H1N1 (Selesema Babi) , Demam Denggi, Severe Acute Respiratory Syndrome SARS (Selesema Burung) dan lain-lain serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan penyakit terbabit.

d. Sebagai tempat mengadakan pameran dan

pertandingan rekacipta dan projek sains sempena

minggu sains sekolah dan tempat tayangan video

mengenai bahaya dadah dan kemudaratan merokok

serta menayangkan video astronomi dan national geographic.

9.9.2 Taman Sumber Sains

Fungsi lain makmal dan bilik sains adalah untuk mewujudkan satu taman sumber sains yang objektifnya menyedarkan murid-murid dan warga sekolah tentang mesra alam dan kecintaan terhadap khazanah alam sekitar.

a. Mewujudkan satu taman herba yang ditanam dengan pokok-pokok yang

boleh digunakan untuk perubatan radisional seperti misai kucing, serai wangi, kunyit, pegaga, tongkat ali, kacip fatimah dan lain-lain.

b. Mengadakan Taman Kimia supaya murid-murid dapat lihat pertumbuhan

pelbagai jenis hablur garam berwarna-warni dalam larutan natrium silikat.

c. Menyediakan akuarium atau balang kaca atau kolam untuk memelihara ikan hiasan dan tumbuhan air bagi mengkaji ekosistem.

d. Mewujudkan satu taman mini burung bagi tujuan mengkaji pengkelasan

dan habitat haiwan tersebut.