PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

download PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

of 20

description

PJM3073 TAJUK 3

Transcript of PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

Tajuk : Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan3.1/ Kepimpinan Kepimpinan mereka yang mempunyai kebolehan dan pengaruh yang besar terhadap perilaku ahli-ahli persatuan sukan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian untuk berjaya sebagai pemimpin dalam bidang sukan :-1. Sedar akan kebolehan yang ada pada diri mereka.2. Harus dapat mengubah gaya kepimpinan mereka.3. Menyedari akan arah tuju persatuan sukan kerana akan memberi kesan terhadap kepimpinan mereka. 4. Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran spt lemah lembut, tegas, mengeluarkan perintah, mendesak dll.5. Buat rancangan induk untuk mencapai matlamat pengurusan sukan. Sifat-Sifat Sahsiah Presiden Persatuan Sukan1. Mempunyai keyakinan diri sendiri dalam menjalankan tugasnya.2. Mempunyai pengetahuan tentang hal kemasyarakatan dan membuat keputusan tanpa berat sebelah.3. Membuat keputusan dengan tepat 4. Dapat mengawal ahli yang bertegang leher 5. Membuat pengumuman dengan jelas dan menggunakan kaedah yang sebaiknya. Setiausaha Persatuan Sukan1. Bertanggungjawab menguruskan segala surat menyurat, menyimpan dan mengendalikan sistem fail dan dokumen.2. Menyediakan agenda yang sempurna untuk diedarkan kepada ahli persatuan sukan sebelum mesyuarat.3. Melibatkan diri dalam penyediaan dan pengedaran minit dan notis sebelum mesyuarat. 4. Menguruskan borang-borang, tempahan seperti bas atau dewan dan dll.5. Mencatatkan minit dalam mesyuarat.6. Penyediaan laporan (fakta bertulis) mengenai perkembangan perjalanan sesebuah pertubuhan.Bendahari Persatuan Sukan Bertanggungjawab terhadap semua perkara yang berkaitan dengan akaun kewangan pertubuhan sukan. Bertanggungjawab menandatangani semua cek dan baucer bersama-sama dengan Presiden dan setiausaha. Mentadbir kewangan keluar masuk persatuan sukan. Menyediakan laporan dan penyata kira-kira kepada jawatankuasa Kerja.Penyelaras Persatuan Sukan1. Menyediakan jadual aktiviti sukan dan mengadakan peraturan yang berkaitan dengan perlaksanaannya.2. Bertanggungjawab mendapatkan pengadil bagi pertandingan peringkat Daerah, Negeri dan Sebagainya. 3. Membahagikan para peserta mengikut pasukan mereka masing-masing.4. Merancang strategi penglibatan para peserta dalam program kegiatan sukan. Jurulatih Persatuan Sukan1. Menyusun program latihan bagi semua ahli sukan dalam pasukannya dan mengadakan latihan untuk mereka.2. Menyediakan alat sukan dan permainan untuk mereka yang mengambil bahagian dalam sukan. 3. Menyediakan makanan dan minuman ringan untuk ahli sukan.4. Menyediakan khemah untuk ahli persatuan sukan berkumpul semasa mereka mengambil bahagian.5. Meruntuhkan khemah setelah selesai majlis Penutupan Rasmi Hari Sukan.3.2/ Mengenal pasti dan penggunaan sumber1) Sumber tenaga manusia Berperanan sebagai pengelola, pentadbir dan perancang. Mengumpulkan dana, pegawai-pegawai dan kakitangan untuk pentadbiran sukan. Pelajar pelajar IPG dan Universiti diberi latihan sukan. 2) Peruntukan dan kemudahan masa memastikan program berjalan dengan lebih berkesan. peralatan yang sesuai dan mencukupi dengan bilangan peserta digunakan dengan cara yang terbaik dan sempurna. diawasi dengan rapi.3) Sumber bahan Keperluan untuk menentukan keberkesanan dan kelicinan dalam urusan pentadbiran persatuan sukan. Pejabat sukan perabot, peralatan (komputer,mesin fotostat) Kelengkapan lain peralatan sukan dan ubat-ubatan. Rancangan membina bangunan sendiri untuk latihan.4) Sumber kemudahan Beri perhatian terhadap keperluan ahli-ahli sukan dan jurulatih. Tujuan pembangunan sukan yang tersusun. Penyediaan rumah yang sesuai dan selesa apabila mengadakan latihan, pertandingan dan program sukan.5) Kedudukan pusat latihan sukan Lokasi Berdekatan dengan perumahan yang disediakan untuk jurulatih dan ahli-ahli sukan. Bahan-bahan sumber boleh didapati untuk digunakan sebagai rujukan Pusat latihan Berdekatan dengan bank, pejabat pos dan pusat membeli-belah Berhampiran dengan pusat budaya, sosial, agama dan riadah. Tujuan untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama. Jurulatih sumber tenaga manusia membantu dalam latihan dan kegiatan sukan Jurulatih memerlukan perkhidmatan pengurus, pakar perubatan sukan dan pembantu yang lain. Kawasan latihan dan perlatan haruslah mencukupi.3.3/ Pengurusan sumber manusia Perhubungan manusia merupakan bentuk interaksi antara manusia. Dalam hubungan ini jurulatih, pegawai dan pakar-pakar sukan sentiasa bekerja untuk mencapai objektif yang dipertanggungjawabkan. Oleh itu, kita dapat mempertingkatkan keberkesanan bekerja dengan bekerjasama dengan orang lain untuk mencapai matlamat persatuan. Sumber tenaga manusia Memainkan peranan sebagai pengelola, pentadbir dan perancang . Mengumpulkan dana dan pegawai kakitangan yang diperlukan untuk pentadbiran sukan. Sumber jurulatih, pakar perubatan dan ahli-ahli sukan itu sendiri. Sumber manusia diperoleh dari sistem pendidikan kita. Program sukan disusun secara berkesan dalam sistem persekolahan. Kemuncaknya, kementerian menwujudkan majlis sukan sekolah-sekolah menengah. Di IPG, sukan sebahagian dari kursus latihan. Guru pelatih diberi latihan kepegawaian, jurulatih dan pengadil. Kemuncaknya, BPG, KPM mengadakan KAGUM di setiap tahun. Langkah-langkah mengembangkan program sukan di Tanah Air Memberi latihan kepada jurulatih yang akan memberi latihan pada ahli sukan. Pembelian alatan dan kelengkapan sukan secukupnya. Perbelanjaan mengurus persatuan sukan dan pembelian perabotdan peralatan pejabat pentadbiran. Penyelenggaran Penyelenggaraan peralatan perlu dijaga dengan rapi. Pelajar dididik untuk mengguna peralatan dengan betul. Pengatucaraan Sukan diatur mengikut kemudahan yang sedia ada seperti padang, dewan, gimnasium, gelanggang dan kolam renang. Senarai alatan hendaklah disediakan mengikut jenis dan bilangan peserta sukan. 3.4/ Bekerja dengan sukarelawan Merupakan ahli-ahli yang amat diperlukan bagi membantu perkembangan, kemajuan dan pembangunan sukan. Tujuan : 1. Dapat mengurangkan kos penyelengaraan dan pengurusan sukan itu sendiri.2. Memberi peluang kepada golongan muda mudi masyarakat untuk memberi sumbangan terhadap sukan.Sebab- sebab menjadi sukarelawan dalam sukan Keperluan masyarakat Tujuan : Dapat mengikuti arus perkembangan aktiviti sukan tanah air secara dekat.

Penglibatan keluarga Tujuan : Dapat membangunkan dan memajukan masyarakat dalam sesuatu bidang tertentu. Penghormatan Tujuan : Dapat menunjukkan perpaduan dalam kerjasama yang wujud dalam sesebuah keluarga itu.

Kepentingan kebendaan Tujuan : memerlukan sokongan yang padu daripada masyarakat untuk mencapai hasrat mereka.

Keperluan bergaul Tujuan : Memperolehi ganjaran dari segi kebendaan.

Perkhidmatan untuk masyarakat Tujuan : Untuk memperolehi pingat dan surat penghargaan sebagai mengenangkan jasa baik mereka dalam bidang sukan tanah air diberi anugerah cemerlang.

3.5/ Sumber kewanganMEMBUAT SENARAI: Penderma Agensi Perbadanan Kaedah lain Pungutan yuran ahli. Yuran masuk kepada ahli-ahli baru. Persatuan mengutip yuran bulanan/tahunan. Program amal (anekaragam/pertunjukan kebudayaan) Jualan canderamata/cenderahati 3.6/ PerancanganApa itu perancangan? Penentuan terdahulu tentang apa yang patut dilakukan, bagaimana ia patut dijalankan dan siapa yang melakukannya. Meliputi meramalkan masa depan dan menentukan tindakkan akan datang supaya sumber dapat digunakan secara efektif. Termasuklah penentuan matlamat organisasi membahagikan matlamat kepada unit-unit kecil tertentu dan melaksanakan secara sistematik Perancangan melibatkan 3 perkara berikut:1. Menentukan apa yang patut dilakukan. 2. Menentukan bagaimana ia patut dilakukan. 3. Menentukan siapa yang akan melakukan. Proses perancangan1. Menentukan objektif-objektif keseluruhan 2. Menentukan objektif khusus. 3. Mengenalpasti strategi atau tindakan khusus untuk mencapai objektif. 4. Menentukan piawai prestasi khusus untuk mencapai objektif. 5. Menilai kemajuan. Menentukan objektif- objektif keseluruhan Objektif yang dinyatakan secara am. Ia mendorong dan memberi arah untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia boleh digunakan sebagai alat pengerak dan alat penilaian. Contoh objektif ialah untuk mencapai taraf kecergasan optimum bagi semua peserta. Menentukan objektif khusus Dinyatakan dengan jelas dan padat. Objektif khusus membawa kepada tingkahlaku yang boleh dilihat, diukur dan dicapai. Contoh objektif ini ialah untuk membolehkan 80% daripada para atlit menggunakan latihan litar sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali latihan. Mengenal pasti tindakan-tindakan spesifik. Tindakan susulan perlu ditentukan. Seseorang pentadbir perlu menyenaraikan alternatif yang mungkin, menilai dan memilih satu atau lebih alternatif untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Membentuk piawai spesifik untuk pencapaian objektif.Penentuan matlamat prestasi khusus melibatkan 4 perkara :1. Nyatakan dengan tepat apa yang dipelajari. Contoh: atlit akan belajar servis gaya tenis dalam bola tampar.2. Menerangkan atau memperhalusi prestasi yang diharapkan. Contoh: Atlit boleh menghantar bola ke belakang gelanggang. 3. Nyatakan keadaan prestasi. Contoh: Atlit berdiri di belakang garis belakang dan dalam kawasan servis serta membuatservis tanpa memijak garisan. 4. Tentukan kriteria prestasi. Contoh: Atlit boleh membuat servis dan menghantar enam daripada sepuluh bolah ke belakang gelanggang tanpa menyentuh jaring. Menilai kemajuan Pengajaran atau latihan seharusnya diatur supaya penilaian boleh dilakukan. Jika penilaian tidak dapat dilakukan, maka kajian semula harus dilakukan ke atas objektif khusus; kemungkinan objektif itu tidak begitu khusus. Sebaliknya jika objektif tidak tercapai, pendekatan dan alternatif latihan atau pengajaran perlu diubahsuai3.7/ Penyelesaian masalahMemerlukan taksiran dan penilaian alternatif bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. 6 langkah dalam pendekatan penyelesaian masalah1. Membentuk, mengakui dan mentafsirkan masalah dengan jelas, padat dan ringkas. Siapakah dan apakah yang menyebabkan masalah yang sedang berlaku ? Bincangkan apakah suasana keadaan yang mendorong masalah berlaku?2. Mengenalpasti, menganalisis dan menerangkan faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi. Merangsang ahli persatuan agar berinteraksi dikalangan mereka. Membentuk soalan untuk mengenalpasti masalah. 3. Mengumpulkan maklumat dan faktor-faktor dan pengetahuan mengenai masalah itu. Merangka rancangan kegiatan untuk menyelesaikan masalah bagi membuat kajian tertentu. Boleh berunding dengan pakar bidang, pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.4.Memikirkan segala penyelesaian yang mungkin tentang masalah yang dihadapi. Digunakan untuk menentukan kemungkinan membuat penyelesaian terhadap masalah.5. Memilih penyelesaian alternatif yang dapat dikumpulkan untuk menyelesaikan masalah itu. Memilih salah satu cara penyelesaian yang difikirkan adalah yang terbaik. 6. Menguji penyelesaian yang dicadangkan dengan tepat dan menilai keputusan ujian yang telah dikaji dan diuji. Keadaan dinilai melalui perbincangan merundingkan perkara itu dengan pakar bidang sehingga keputusan terakhir dicapai sepenuhnya. Kelebihan dalam menggunakan kaedah penyelesaian masalah. Perangsang untuk melibatkan ahli-ahli lain dalam persatuan sukan untuk menyelesaikan masalah. Menggalakkan penyertaan yang cergas ahli-ahli sesebuah persatuan. Membantu ahli persatuan memperoleh pengetahuan dan kemahiran. Menggalakkan proses interaksi di kalangan ahli-ahli persatuan sukan.3.8/ Membuat keputusanPengurusan Klasik yang berhierarki dan birokratik: Drucker (1987), tugas membuat keputusan dianggap sebagai tugas spesifik dan tanggungjawab utama seseorang eksekutif. Lye (2004), situasi sedemikian berdasarkan rasional eksekutif tersebut yang terpisah daripada pengaruh para pekerjanya. Hoy & Miskel (2001) & Omardin Ashaari (1999), keputusan seringkali dibuat berdasarkan kepada rasional pengetua/guru panitia yang bertindak sebagai seorang eksekutif. Mereka membuat keputusan secara individu tanpa penglibatan daripada guru di bawah pimpinannya. Keberkesanan keputusan yang dibuat berdasarkan rasional kepimpinan atasan tanpa penglibatan para pekerja pada peringkat bawahan telah mula dipersoalkan dan mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. Rasional pembuat keputusan sebenarnya terbatas (Lunenberg & Omstein, 2001) dan keterbatasan ini disebabkan oleh keupayaan seseorang individu itu berbanding keupayaan sesebuah kumpulan kerja (Tosi, Meri & Rizzo, 2000). Selain daripada itu, perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang sosial, ekonomi, teknologi malah juga dalam bidang politik menyebabkan lahirnya tuntutan agar dilakukan perubahan strategi atau kaedah membuat keputusan dalam pengurusan organisasi. Kaedah membuat keputusan yang berteraskan kepada rasional pemimpin organisasi sahaja (March & Simon, 1967) sudah tidak sesuai untuk berhadapan dengan situasi pengurusan sekolah yang semakin kompleks (Dess & Picken, 2001).

Oleh sebab yang demikian gaya pengurusan sekolah yang terikat dengan ciri birokrasi berhierarki perlu diubah kepada gaya pengurusan professional (Conley, 2003) kepada gaya pengurusan yang lebih bersifat kemanusiaan dengan memberi penekanan kepada konsep penglibatan guru dalam membuat keputusan di sekolah (Hoy & Miskel, 2001, Keith & Girling, 2001). Pengurusan moden yang semakin kompleks Hoy & Miskel (2001), Dalam konteks pengurusan sekolah yang kini menjadi semakin kompleks dan mencabar amalan penglibatan guru dalam membuat keputusan adalah satu alternatif yang wajar kepada sistem pengurusan sekolah yang selama ini dikongkong oleh corak pengurusan yang bersifat birokratik dan berhierarki. Jones (1997), berpendapat bahawa pengurusan sekolah hendaklah mengurangkan arahan secara berpusat dan memberi peluang kepada guru untuk turut serta dalam membuat sesuatu keputusan. Rahimah Hj. Ahmad (2001), menyarankan agar seseorang pengetua/panitia haruslah membina hubungan kemanusiaan dengan guru demi menggalakkan berlakunya penglibatan sebenar dalam kalangan guru dalam membuat sesuatu keputusan di sekolah dalam usaha menginstitusi amalan tersebut. Penerimaan terhadap konsep penglibatan subordinat dalam membuat keputusan di peringkat pengurusan organisasi dewasa ini amat menggalakkan kerana ia telah dijadikan asas dalam beberapa amalan pengurusan seperti pengurusan berpenglibatan (Plunkett & Foumier, 2001), kepimpinan berpenglibatan (House & Beatz, 2005), kepimpinan demokratik (Gastil, 1994), pengurusan setempat (Midgley & Wood, 2003), desentralisasi (Hanson, 1998), dan pengupayaan (Yukl, 2005). Karia & Zainal Ariffin (2000) & Stashevsky & Elizur (2004), Manakala perkembangan mutakhir dalam pengurusan organisasi pula menunjukkan bahawa konsep penglibatan subordinat dalam membuat keputusan merupakan salah satu prinsip yang penting dalam amalan pengurusan kualiti menyeluruh.Dalam konteks pengurusan di Malaysia Ahmad Sarji Abdul Hamid (1993) & Wan Azmi Ramli (2001), mendapati konsep penglibatan pekerja bawahan dalam membuat keputusan telah diperkenalkan dalam sistem pengurusan organisasi khususnya dalam sektor awam dalam bentuk gagasan. Antaranya ialah dalam Pengurusan Dengan Syura atau PDS (Mohd. Affendi Hassan, 1980), Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 7 Tahun 1991 bagi pelaksanaan program Kawalan Mutu Kerja (MAM, 1991), Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 1996 yang berkaitan dengan ISO 9000 dalam pengurusan organisasi awam (MAM, 1996).Dalam konteks pengurusan pendidikan Kajian awal mengenai konsep penglibatan guru dalam membuat keputusan bermula dengan usaha yang dilakukan oleh Brigde (1967), seterusnya dikembangkan oleh Alutto dan Betasco (1972) apabila terciptanya tipologi penglibatan guru dalam membuat keputusan di sekolah. Variabel variabel yang sering dikaitkan dengan penglibatan guru dalam membuat keputusan ialah seperti produktiviti (Johann, 2003; Stashevsky & Elizur, 2004), kepuasan kerja (Locke & Schweigner, 2004); dan komitmen organisasi (Spector, 1986; Yammarino & Naughton, 2002; Somech & Bogler, 2004).3.9/ PenilaianAspek-aspek yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut; Keberkesanan aktiviti Laporan aktiviti Mesyuarat post mortem Penilaian Dijalankan untuk mengetahui sama ada organisasi itu berjaya atau sebaliknya. Menilai perancangan perancangan secara keseluruhan untuk menentukan pencapaian objektif. Menilai sejauh manakah penggunaan sumber dalam mencapai objektif Untuk mendapatkan maklum balas.Fungsi penilaian Menentukan piawaian prestasi yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang realistik. Mengukur hasil yang dicapai Mencari kelemahan untuk diperbaiki. Mendapatkan pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan. Cara-cara penilaian Pemerhatian individu Laporan statistik Laporan lisan Laporan bertulis (Leith, 1990) Perkara-perkara yang perlu dalam penilaian Semua individu yang berkaitan harus melibatkan diri dalam proses penilaian. Pegawai atasan memikul tanggungjawab kawalan/menilai. Laporan penilaian mestilah tepat dan ringkas. Is patut dianalisakan dan kelemahan-kelemahan ditonjolkan. Pemerhatian pegawai atasan adalah diperlukan dan tidak boleh diabaikan. Pengukuhan positif perlu diadakan sebagai cara memotivasikan ahli. Pihak pentadbir juga mesti dinilai.3.10/ Komunikasi Komunikasi: salah satu aspek penting pengurusan dalam setiap organisasi. Peranan pengurus dalam bidang pendidikan jasmani dan sukan tidak banyak beza di antara penurus di sektor lain. Kedua-duanya memiliki matlamat yang sama untuk melaksanakan sebarang perancangan yang telah dibuat dengan efektif dan afisien. Untuk memastikan kesemua perancangan diterjemahkan kepada pelaksanaan, idea dan hasrat sesuatu perancangan itu perlu disampaikankepada anggota untuk mereka fahami dan hayati bersama. Medium penyampaian terbaik ialah komunikasi. Definisi Komunikasi Mohammad (1996), di dalam bukunya Kelakuan Organisasi: Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris communication. yang bermakna penyertaan atau pemberitahuan maklumat. Komunikasi juga boleh didefinasikan sebagai satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan tindakbalas yang diharapkan atau penghantaran maklumat dan kefahaman dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui cara yang berkesan Komunikasi juga satu proses mengubah maksud daripada pengirim kepada penerima. Dalam komunikasi yang efektif, mesej tersebut perlu memberi makna yang sama kepad penghantar dan penerima. Di samping itu, teknologi yang moden juga digunakan untuk membantu membuat alat-alat dan membina kemudahan tempat bersukan yang lebih selamat Contoh yang ketara sekali ialah permukaan landasan permainan (surface playing area) untuk semua jenis sukan gelanggang dan trak olahraga. Tujuannya ialah bagi membantu meningkatkan prestasi atlit serta bertujuan mengurangkan kecederaan ke atas tubuh badan atlit. Teknologi berkaitan sains biomekanik telah mencipta mesinmesin untuk tujuan latihan dan pemulihan. Mesin-mesin yang berkomputer seperti alat electromyograph, dynamometer, time measurement device, Spirometer, motion analysis, whole body reaction measuring equipment, three-dimentional movement analysis system, muscles stimulator Alat-alat di atas telah memberi banyak pengetahuan tentang sistem lokomotor manusia bagi memudahkan latihan-latihan dijalankan dengan pendekatan yang bersistematik. 3.11/ TEKNOLOGI DALAM SUKANPengenalan Atlit yang ingin maju dalam bidang sukan dan ingin mencapai prestasi di tahap yang tinggi memerlukan peningkatan potensi fizikal, mental dan sosial yang sedia ada pada diri mereka. Salah satu cara yang boleh membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam sukan adalah melalui persiapan yang rapi yang lebih saintifik serta mengikuti program-program latihan yang bersistematik Latihan yang dimaksudkan ini ialah latihan-latihan yang memberi tekanan yang lebih kepada aspek-aspek kecergasan fizikal (fisiologikal) iaitu latihan dayatahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan otot, kepantasan, kuasa, imbangan, ketangkasan, masa tindak balas yang cepat dan koordinasi. Proses-proses latihan yang dijalankan banyak dipengaruhi oleh penggunaan yang mendadak dalam bidang teknologi sukan khususnya terhadap gerak laku manusia. Kemudahan-kemudahan dan alat-alat sukan telah direkacipta bagi tujuan meningkatkan lagi pencapaian prestasi sukan di samping mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan ketika bersukan Kewujudan bidang kajian biodinamik iaitu cantuman prinsip-prinsip mekanik, kejuruteraan, fisiologi senam, anatomi dan kinesiologi maka terhasillah satu kajian yang menumpukan latihan bercorak saintifik dengan menggunakan bantuan alat-alat yang canggih dan berteknologi tinggi. Alat-alat mekanik dan elektronik termasuk alat komputer dan radiotelemetrik telah digunakan bagi tujuan peningkatan prestasi lakuan motor dan juga menganalisa setiap gerak laku tubuh badan agar ianya mengikut prinsipprinsip lakuan yang betul. Segala kesilapan lakuan dapat diperhatikan melalui televisyen dan komputer. Analisis Biomekanik Melalui kegunaan fast speed camera, monitoring television dan peralatan saintifik yang lain, segala pergerakan tubuh badan atlit boleh dikesan dan dianalisiskan bagi menentukan kecekapan mekanik lakuan motornya dan kesilapan-kesilapan pergerakan yang ketara yang membantutkan pergerakan yang cekap Alat-alat latihan isokinetik, isometrik dan isotonik telah banyak membantu atlit meningkatkan daya fizikal mereka mengikut keperluan sukan masing-masing. Hasil daripada kajian-kajian ini dapat digunakan untuk tujuan pemulihan dan membaiki lakuan motor ke tahap yang lebih efisen lagi3.12/ Pengurusan Kemudahan proses mengurus dan menyelia segala bentuk persediaan dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan atau pendidikan jasmani.Perkara-perkara dalam pengurusan kemudahan Kemudahan asas Kemudahan sampingan Kesesuaian Keselamatan Kecemasan Tempat Alatan Kemudahan Asas Perkara yang paling penting dalam sesuatu aktiviti sukan. Perkara-perkara yang paling asas yang diperlukan untuk aktiviti sukan. Sudah cukup untuk menjalankan aktiviti sukan. Contoh : bola ping-pong untuk permainan ping pong dan padang untuk senamrobik Kemudahan Sampingan Sebagai tambahan untuk sesuatu aktiviti sukan. Boleh menjadikan aktiviti lebih menarik. Peserta / pelajar berasa lebih seronok.Kesesuaian Mendedahkan perkara yang betul kepada pelajar. Mengelakkan penyalahgunaan alatan, tempat dan keadaan. contoh : badminton dan ping-pong = tempat tertutup; bola sepak =tempat terbuka dll Keselamatan Bagaimanakah keadaan alat? Elak guna alat yang berkarat atau reput. Guna dan urus alatan yang berat dengan cara yang betul. Tempat aktiviti dijalankan seperti padang, gelanggang dan keadaan cuaca.Kecemasan Persediaan awal untuk sebarang kemungkinan. Sediakan peralatan kecemasan yang mencukupi Contoh : peti pertolongan cemas dll Tempat Tahap kesediaan tempat untuk digunakan Arahan penggunaan tempat Pengawalan had kawasan Jelaskan peraturan dan undang-undang berkaitan dengan kemudahan tempat. Alatan Jumlah yang diperlukan oleh peserta / pelajar Aras penggunaan alatan (umur) Arahan penggunaan alatan Penjagaan alatan 3.12/ Pengurusan Kemudahan proses mengurus dan menyelia segala bentuk persediaan dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan atau pendidikan jasmani.Perkara-perkara dalam pengurusan kemudahan Kemudahan asas Kemudahan sampingan Kesesuaian Keselamatan Kecemasan Tempat Alatan Kemudahan Asas Perkara yang paling penting dalam sesuatu aktiviti sukan. Perkara-perkara yang paling asas yang diperlukan untuk aktiviti sukan. Sudah cukup untuk menjalankan aktiviti sukan. Contoh : bola ping-pong untuk permainan ping pong dan padang untuk senamrobik Kemudahan Sampingan Sebagai tambahan untuk sesuatu aktiviti sukan. Boleh menjadikan aktiviti lebih menarik. Peserta / pelajar berasa lebih seronok.Kesesuaian Mendedahkan perkara yang betul kepada pelajar. Mengelakkan penyalahgunaan alatan, tempat dan keadaan. contoh : badminton dan ping-pong = tempat tertutup; bola sepak =tempat terbuka dll Keselamatan Bagaimanakah keadaan alat? Elak guna alat yang berkarat atau reput. Guna dan urus alatan yang berat dengan cara yang betul. Tempat aktiviti dijalankan seperti padang, gelanggang dan keadaan cuaca.Kecemasan Persediaan awal untuk sebarang kemungkinan. Sediakan peralatan kecemasan yang mencukupi Contoh : peti pertolongan cemas dll Tempat Tahap kesediaan tempat untuk digunakan Arahan penggunaan tempat Pengawalan had kawasan Jelaskan peraturan dan undang-undang berkaitan dengan kemudahan tempat. Alatan Jumlah yang diperlukan oleh peserta / pelajar Aras penggunaan alatan (umur) Arahan penggunaan alatan Penjagaan alatan 3.13/ Pengurusan StorCiri-ciri pengurusan stor pendidikan jasmani : Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani. Guru penelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan-alatan stor dan selalu dikemas kini. Guru penyelia stor bertanggungjawab dalam urusan menerima dan membeli peralatan-peralatan baru. Buku catatan keluar masuk perlu disediakan bagi merekodkan sebarang pergerakan keluar masuk peralatan. Guru penyelia stor bertangungjawab membuat pemeriksaan sekurang-kurangnya sekali setahun. Peraturan berkaitan dengan stor sukan perlulah dirangka dan dilaksanakan dengan betul.Pengurusan stor sukan Ruang Rak Lokasi Tingkap Siling Peredaran udara Keselamatan Pintu Ruang Boleh menampung keperluan alatan disamping tidak mendatangkan kerosakan Saiz stor dipengaruhi oleh : Jenis dan jumlah alatan yang disimpan Jenis sekolah Saiz sekolah Rak Untuk mengoptimumkan penggunaan ruang penyimpanan Perlu bersesuaian dengan saiz barang yang hendak disimpan Susun dalam keadaan teratur dan senang dicapai Menyenangkan proses menyimpan dan mengambil barang. Memudahkan proses kemas kini Lokasi Bangunan yang berdekatan dengan padang. Jimat masa untuk ambil dan simpan barang. Elak dari bina stor di bangunan yang terpencil Pastikan selamat dari diceroboh Tingkap Tingkap tidak boleh terlalu besar. Elak kemasukan cahaya matahari yang berlebihan. Terdapat alatan sukan yang tidak boleh terdedah kepada haba. Siling Lebih kurang sama dengan ketinggian siling bangunan biasa. (8 hingga 12 kaki) Tetapi lebih bergantung kepada jenis barangan yang ingin disimpan. Contoh : alatan yang tinggi seperti galah panjang memerlukan stor yang silingnya tinggi Peredaran Udara Membantu alatan di dalam stor utuk tahan lebih lama. Mengelakkan bau busuk yang tidak menyenangkan Keselamatan Bangunan perlu kukuh untuk elak diceroboh Susun atur yang betul (alat berat diletak di bahagian bawah) Alatan tajan perlu disusun secara menegak dengan bahagian tajam menghadap ke bawah Pastikan alatan yang diperbuat dari logam dan kayu dalam keadaan kering sebelum disimpan untuk elak karat (logam) dan reput (kayu) Pastikan lantai stor sentiasa bersih Jangan biarkan terlalu ramai pelajar memasuki stor dalam satu masa. Dll.. Pintu Saiz pintu penting untuk menjaga alatan sukan dan juga keselamatan pengguna / pelajar. Pintu yang sempit akan menyebabkan kerosakan pada alatan dan boleh mencederakan pengguna. Penentuan saiz pintu stor bergantung kepada jenis alatan yang ingin disimpan. Sumber Heo.W.E, (1994),Organisasi dan pentadbiran sukan dan pendidikan jasmani, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Omardin Ashaari,(1998), Pengurusan Sukan, Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distribution sdn. Bhd.

SUMBER-SUMBER SUKARELAWAN SUKANSUMBERCONTOHIndividu yang pernah mengikuti program sukanBekas ahli sukan, Peserta sukanJurulatihAhli profesional Pendidikan JasmaniGuruPentadbir sekolahPelajar yang sedang mengikuti latihan profesionalGuru pelatih maktab perguruan yang mengikuti kursus PJKKeluargaIbu bapaSaudara maraSuri rumah (masa terluang)PesaraPegawai dan kakitangan kerajaan dan swastaKakitangan kerajaan swastaPolisTenteraPegawaiSukarelawan sukanAhli sukan persatuan belia

Warganegara yang mempunyai minat yang mendalam dalam perkembangan dan pembangunan sukan