PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical...

28
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA KOKURIKULUM: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL JALIL (SMKAJ), HULU LANGAT, SELANGOR HALIZA BINTI HALID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical...

Page 1: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA

KOKURIKULUM: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ABDUL JALIL (SMKAJ), HULU LANGAT, SELANGOR

HALIZA BINTI HALID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN
Page 3: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA

KOKURIKULUM: SATU KAJIAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

ABDUL JALIL (SMKAJ), HULU LANGAT, SELANGOR

HALIZA BINTI HALID

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 4: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN
Page 5: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

ii

Page 6: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

iii

Teristimewa buat,

ayah dan bondaku yang disayangi

Hj Halid Mohamed Said

Hjh Jah Binti Ahmad

Nasihat dan amanatmu yang menjadi pedoman,

Untuk suamiku yang dicintai.

Ahmad Ayob Hj Ibrahim

Yang sering memberi dorongan dan semangat,

Puteriku yang dikasihi.

Nur Afiqah Haninah

Yang menjadi sumber ketabahan dan inspirasi,

Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…

semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Insyaallah…

Page 7: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah

ditetapkan. Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat

penyelia projek En. Hassan Bin Hushin yang telah banyak membantu dengan penuh

komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang

berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Pengetua serta Guru-guru

SMKAJ yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam

memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah

ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam

penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengurusan guru di

dalam kelas, pengurusan kokurikulum dan mengenalpasti kaedah dan strategi

yang digunakan oleh pihak pengurusan sekolah untuk proses penambahbaikan

sekolah hingga menerima Anugerah Sekolah Harapan Negara. Anugerah ini

diberi kepada sekolah terbaik dalam kalangan terbaik yang mencapai tahap 5

(tahap harapan) dengan memperolehi skor antara 70 sehingga 79 peratus. Seramai

70 orang guru dan pengetua sekolah ini terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan

data dalam kajian ini di buat melalui soal selidik dan temubual. Soal selidik

mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A, berkaitan dengan latar belakang

responden. Bahagian B, berkaitan dengan pengurusan P&P dalam kelas dan

kokurikulum, menggunakan skala Likert lima mata. Sementara satu set temubual

dijalankan untuk mendapatkan maklumat terperinci dari pengetua. Pemerosesan

data dibuat menggunakan program SPSS untuk mendapatkan frekuensi, peratusan

dan min. Hasil kajian menunjukkan P&P berkesan telah dapat diwujudkan dengan

prestasi sekolah dapat ditingkatkan. Perancangan sekolah disediakan dengan

komprehensif merangkumi semua aspek dan hala tuju kepimpinan yang jelas dan

berjaya menggerakkan warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi sekolah.

Page 9: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the practice of teaching and learning,

cocuriculum management and the method and strategy which was used by the school

management for the process of improvement of the said school which won the award

“Anugerah Sekolah Harapan Negara”. This award was given to the best school which

achieved the level 5 (tahap harapan), having scored between 70 to 79 %. 70 teachers

were involved as respondents. The collection of data was done through a set of

questionnaire and an interview. The questionnaire had two sections. Section A is related

to the respondents background while section B is related to teaching and learning in class

cocuriculum management, using the Likert scale. A set of interview was conducted to get

the detail information from the principal. Data was analyzed through SPSS programmed

to get the frequency, percentage and min. The research result showed that teaching an

learning concept was present and making the school achievement can be up grade. School

planning was comprehensively executed can be seen clearly through the evidence of

staffs achieving the school vision and mission.

Page 10: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA

MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xi

SENARAI LAMPIRAN xii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 11

1.4 Objektif Kajian 12

1.5 Persoalan Kajian 13

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.7 Skop dan Batasan Kajian 14

1.9 Definisi Istilah

14

Page 11: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

viii

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 19

2.2 Pengurusan 20

2.3 Pendekatatan Pengurusan Dalam Pengurusan

Kokurikulum

23

2.4 Penambahbaikan Dalam Pengurusan Kurikulum

Dan Kokurikulum

24

2.5 Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 26

2.6 Strategi Pengajaran 28

2.7 Kaedah Pengajaran 28

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Populasi Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Prosedur Kajian 31

3.7 Analisis Data 33

3.8 Kesahan Kebolehpercayaan 34

3.9 Kesimpulan 35

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 36

4.2 Analisis Data 36

4.3 Latarbelakang Responden 37

4.4 Soalselidik Berkaitan P&P Berdasarkan Persepsi

Guru

40

Page 12: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

ix

4.5 Soalselidik Berkaitan Kokurikulum Berdasarkan

Persepsi Guru

44

4.6 Temubual Bersama Pengetua 47

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 55

5.2 Perbincangan Kajian 55

5.3 Persepsi Guru Terhadap Pengurusan Pengajaran

Dan Pembelajaran

56

5.4 Persepsi Guru Terhadap Pengurusan

Kokurikulum

57

5.5 Kaeadah Dan Strategi Oleh Pengetua Sekolah 58

5.6 Rumusan 62

5.7 Cadangan Kajian 63

5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.9 Penutup 64

BIBLIOGRAFI 66

LAMPIRAN 69

Page 13: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

1.1 Bil Pelajar, Guru Dan Kelas Dari Tahun 1968-2002 7

1.2 Analisisi Keputusan SPM Dari Tahun 1994 - 2003 8

1.3 Analisisi Keputusan PMR Dari Tahun 1996 - 2003 9

1.4 Kejayaan Kokurikulum Dari Tahun 2002 - 2004 9

3.1 Taburan Skor Mengikut Skala Likert 30

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 34

4.2 Taburan Responden Kelulusan Akademik 34

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Latihan Iktisas 35

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Institusi

Pendidikan

35

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Pengalaman

Mengajar

36

4.6 Item Rancangan P&P 37

4.7 Item Pengurusan P&P 38

4.8 Item Penilaian P&P 40

4.9 Item Perancangan Kokurikulum 41

4.10 Item Pelaksanaan Kokurikulum 42

4.11 Bidang Dan Strategi Pihak Pengurusan Sekolah 48

Page 14: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

xi

SENARAI SINGKATAN

AS - Amat Setuju

AT - Amat Tinggi

ATS - Amat Tidak Setuju

Bil - Bilangan

HL - Hulu Langat

IT - Information Technology

JNS - Jemaah Nazir Sekolah

KS - Kurang Setuju

MARA - Majlis Amanah Rakyat

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

PMR - Penilaian Menengah Rendah

S - Setuju

SKPM - Standard Kualiti Pelajaran Malaysia

SMKAJ - Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

TS - Tidak Setuju

Page 15: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik

69

B Soalan Temubual

74

C Surat Akuan Pelajar

75

D Surat Kebenaran dari Kementerian

Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan(EPRD)

76

Page 16: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut

kebijaksanaan pendokongnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara

dan citra Wawasan 2020. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah

menzahirkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu. Bagi menyahut cabaran tersebut,

maka sekolah yang berjaya adalah merupakan satu alternatif terbaik untuk

dicapai. Merujuk kepada pelbagai pendapat pengkaji-pengkaji seperti Morrison,

K.Hopkins, D. Smith dan lain-lain lagi adalah jelas bahawa sekolah yang berjaya

boleh dicapai dan direalisasikan sebagai sau instrumen dalam system pendidikan

di Malaysia.

Bagi melahirkan satu generasi yang cemerlang, kerajaan perlu memberi

komitmen yang sepenuhnya bagi meningkatkan tahap kecemerlangan pendidikan.

Jesteru itu satu reformasi pendidikan bergerak begitu pantas apabila Kementerian

Pelajaran Malaysia sedang mengadakan berbagai-bagai perubahan yang perlu

untuk membangunkan diri pelajar secara menyeluruh seperti memperkenalkan

penggunaan komputer sejajar dengan zaman ledakan maklumat, menubuhkan

sekolah Bestari dan menganjurkan berbagai program. Ini adalah kerana sistem

Page 17: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

2

pendidikan merupakan wadah utama untuk mengubah pemikiran dan sahsiah

pelajar dan menjadi alat terpenting untuk menjayakan pembangunan negara.

Bagi mencapai tujuan tersebut. Keperluan untuk menjadikan sesebuah

sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang berjaya adalah diperlukan. Sesebuah

sekolah itu dikatakan berjaya sekiranya mencapai peningkatan yang baik dalam

akademik, kokurikulum, iklim sekolah yang merangsangkan pengajaran dan

pembelajaran, komitmen di kalangan guru, ibubapa, waris dan seluruh

masyarakat.

Dalam menilai kemajuan sekolah pihak Jemaah Nazir Sekolah(JNS) telah

menetapkan sekolah perlu melakukan penarafan kendiri menggunakan Standard

Kualiti Pelajaran Malaysia (SKPM) sebagai instrumen pemastian standard (IPS)

ke arah menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia. JNS menggunakan

instrumen itu ketika menjalankan pemeriksaan di sekolah, termasuk penilaian

untuk Anugerah Sekolah Harapan Negara, Sekolah Cemerlang serta Anugerah

Kualiti Menteri Pelajaran. Agensi lain di bawah Kementerian Pelajaran seperti

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah juga menggunakan

instrumen yang sama ketika melaksanakan pemantauan dan penyeliaan di

sekolah.

SKPM terdiri daripada 12 elemen yang dikelompokkan dalam empat

dimensi, iaitu dua bagi Hala Tuju Kepimpinan, Pengurusan Organisasi (lima),

Pengurusan Program Pendidikan (empat) dan Kemenjadian Murid (satu). Elemen

dalam dimensi Hala Tuju Kepimpinan ialah visi dan misi serta kepimpinan.

Dalam Pengurusan Organisasi termasuk struktur organisasi, perancangan, iklim,

pengurusan dan pembangunan sumber serta pengurusan maklumat. Manakala

Pengurusan Program Pendidikan pula ialah pengurusan program kurikulum,

kokurikulum dan hal-ehwal murid, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan

sahsiah murid, penilaian pencapaian murid. Seterusnya elemen Kemenjadian

Murid iaitu kemenjadian murid dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. Dari

Page 18: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

3

segi skor pula, wajaran dimensi pertama ialah 10 peratus, kedua 30 peratus, ketiga

45 peratus dan keempat 15 peratus.

Berdasarkan panduan penarafan sekolah dalam SKPM, tahap satu

membabitkan pencapaian 0 hingga 24 peratus adalah taraf `sekolah lampau

lemah.; tahap dua (25-34 peratus) `sekolah sangat lemah.; tahap tiga (35-49

peratus) `sekolah lemah;

tahap empat (50-69 peratus) `sekolah sederhana.; tahap lima (70-79 peratus)

`sekolah harapan.; tahap enam (80-89 peratus) `sekolah cemerlang. dan tahap

tujuh (90-100 peratus) `sekolah gemilang.(JNS,2005)

Pemimpin pendidikan harus memahami dan menyedari bahawa setiap

pelajar mempunyai potensi untuk berjaya. Pemimpin harus mengembleng

sepenuh tenaga membantu pelajar mengenal pasti potensi dan bersungguh-

sungguh untuk mempastikan pelajar mencapai kecemerlangan. Pemimpin

pendidikan perlu merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan

kokurikulum dengan berkesan supaya dapat memberi ruang dan peluang untuk

mengembangkan potensi pelajar sepenuhnya. Proses peningkatan kecemerlangan

yang berterusan akan mewujudkan situasi "yang baik menjadi lebih baik dan yang

lebih baik menjadi terbaik dan kita menjadi yang terbaik antara yang terbaik".

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran

ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Ia meliputi perkara-perkara seperti

aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan

tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan

cara berkesan. Perkembangan pendidikan dari semasa ke semasa telah membawa

banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di bilik darjah. Corak pengajaran

masa kini telah mengalami banyak perubahan serta bertambah maju (Mok Soon

Sang, 2000).

Page 19: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

4

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan dan dilatih untuk

menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada

murid-muridnya.

Guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan

kemahiran mengajar seperti:

i. Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan

psikologi

manusia.

ii. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran

serta

mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

iii. Memperoleh ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran

yang

diajar.

iv. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan

murid-

murid menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus

menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik

generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan dalam

dekad 80-an dengan pengenalan program Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), memerlukan

guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang

canggih, demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja

yang kian mencabar. Oleh yang demikian, guru-guru perlu mempunyai

keseimbangan content knowledge dan pedagogical knowledge (Kementerian

Pendidikan Malaysia, 2002).

Page 20: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

5

Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu dalam bilik darjah. Untuk

menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah supaya memainkan peranannya yang lebih

berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan

mengemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke

semasa. (Mok Soon Sang, 2000).

Menguasai kaedah pengajaran baru memerlukan perubahan sikap dan

orientasi semula corak memikir terhadap sesuatu perkara, melibatkan tingkahlaku

dan membantu pelajar menyesuaikan diri mereka supaya lebih selesa dengan

kaedah-kaedah baru ini (Ramaiah, A. L., 1999). Kepelbagaian dan

kebolehsesuaian penggunaan kaedah pengajaran dapat melancarkan proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan.

1.2 Latarbelakang Masalah

Pengurusan berkesan menekankan budaya kerja bermatlamat dan

berfokus. Pengurusan berkesan memerlukan teori dan pendekatan pengurusan

pendidikan terkini serta peka dengan keadaan setempat. Budaya kerja

bermatlamat dan berfokus perlu mempunyai visi dan misi untuk mencapai

matlamat organisasi bagi menghasilkan pelajar cemerlang dalam bidang

akademik dan kokurikulum. Insan pelajar yang dihasratkan adalah pelajar yang

cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum

Sekolah yang berjaya mempunyai warga sekolah yang berkongsi visi dan

misi, sepakat, adil, mesra, saling hormat menghormati, rasa tanggungjawab

terhadap diri dan warga sekolah, rasa kekitaan dan bersama menyemarakkan

budaya ilmu. Sekolah yang dapat menyumbang dan memantapkan organisasi

pembelajaran (learning organisation).

Page 21: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

6

Proses pengajaran dan pembelajaran dan interaksi positif dalam proses pengajaran

perlu diurus dengan kemas, cekap dan berfokus. Keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dimantapkan lagi oleh faktor kebersihan dan keceriaan bilik darjah

dan sekolah.

Salah sebuah sekolah yang telah menunjukkan peningkatan dan

pencapaian yang membanggakan dalam penambahbaikan sekolah terutamanya

dalam bidang akademik dan kokurikulum ialah Sekolah Menengah Kebangsaan

Abdul Jalil(SMKAJ).Sejarah SMKAJ bermula pada awal 1965 apabila

bermulanya kelas Darjah Menengah dengan menumpang di tiga buah sekolah

Kebangsaan iaitu; Sekolah Kebangsaan Ulu Langat, Sekolah Kebangsaan Dusun

Tua, Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi. Pada 8 Januari 1968, sebanyak 233

orang pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 Darjah Menengah tersebut telah ditempatkan

di sebuah blok bangunan sendiri yang dinamakan Sekolah Menengah Ulu Langat

(SMKUL) yang dibina di atas tapak seluas 3 ekar dengan bilangan pelajar seramai

233 orang dan guru 9 orang. Sejak dari tarikh bilangan pelajar dan guru makin

bertambah kerana SMKUL merupakan sekolah menengah yang menampung

pelajar-pelajar lepasan darjah enam daripada sekolah kebangsaan dan sekolah

jenis kebangsaan di Mukim Hulu Langat iaitu; Sekolah Kebangsaan Sungai

Tekali, Sekolah Kebangsaan Lubuk Kelubi, Sekolah Kebangsaan Sungai Lui,

Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Sekolah Kebangsaan Hulu Langat(kini digelar

SK Tun Abdul Aziz Majid), Sekolah Kebangsaan Pomsong. Sekolah Rendah

Jenis Kebangsaan (Cina) Batu Sembilan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan

(Cina) Batu Empat Belas, Sekolah RendahJenis Kebangsaan (Cina) Batu

Lapanbelas.

Pada1 Jun 1976, sekolah ini yang terdiri daripada 3 blok bangunan, telah

dibuka dengan rasminya oleh YAB Dato' Hormat Bin Rafee DPMS, SMS,

JMN, AMN iaitu Menteri Besar Selangor dengan nama baru iaitu

"SEKOLAH MENENGAH ABDUL JALIL' (SMAJ).13 mei 1991, YAB Dato'

Muhammad Bin Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu, telah

Page 22: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

7

merasmikan dua blok bangunan tambahan. Ini menjadikan SMAJ lebih besar dan

selesa dengan lima blok bangunan kesemuanya.

Pada tahun 1998, sekali lagi sekolah ini bertukar nama kepada SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL JALIL (SMKAJ) atas arahan

Kementerian Pelajaran Malaysia. Dari tahun 1968 ke tahun 2002 sedang sekolah

mengalami pertambahan staf dan pelajar. Sekolah terus menempa kecemerlangan

dalam bidang akademik dan kokurikulum. Pencapaian diperolehi dalam kedua-

dua bidang ini boleh membanggakan. Terdapat peningkatan dalam keputusan

PMR dan SPM. Jumlah warga sekolah bertambah kepada 141 guru, 14 orang staf

sokongan dan pelajar-pelajar seramai 2668 orang. Pertambahan ini telah sampai

ke kemuncak pada tahun 2002.

Jentera pentadbiran sekolah dimantapkan lagi dengan kehadiran lebih

banyak guru berijazah. Zaman penyusuan semula dan konsolidasi bermula dengan

penubuhan beberapa buah kelab, persatuan dan unit berpakaian seragam yang

baru. Beberapa aktiviti sukan dan permainan yang baru diperkenalkan. Penubuhan

jawantankuasa-jawatankuasa akademik dan kokurikulum yang penting seperti

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah, Lembaga Pengawas dan Lembaga Dispiln

telah meningkatkan lagi profesionalisma dan produktiviti dalam jentera

pentadbiran sekolah.

Page 23: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

8

Jadual 1.1 Bilangan Pelajar, Guru Dan Kelas dari tahun 1968 hingga 2002

TAHUN BIL.PELAJAR BIL.GURU BIL.KELAS

1968 1969

233 279

9 11

9 9

1970 1971 1972 1973 1974 1975 1976 1977 1978 1979

345 345 391 414 481 559 715 785 852 1012

12 13 15 15 17 24 30 32 33 47

9 9 9 9 9 17 21 22 23 28

1980 1981 1982 1983 1984 1985 1986 1987 1988 1989

1109 1182 1140 1185 1133 1147 1202 1168 1088 1099

54 61 59 57 54 55 53 59 61 58

33 38 36 35 34 32 34 36 37 34

1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 1999

1027 1062 1129 1228 1309 1465 1653 1860 2064 2268

56 59 66 66 75 81 87 95 105 116

32 34 37 38 43 45 47 53 60 67

2000 2001 2002

2401 2595 2668

124 131 141

70 72 73

(Sumber: Pusat Sumber SMKAJ)

Tradisi dan budaya sekolah yang bermula dengan pengenalan cogan kata

bendera dan lencana sekolah telah diperkayakan dengan pembentukan piagam dan

visi sekolah. Melalui misi dan visi sekolah, sekolah telah mendapat beberapa

Page 24: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

9

anugerah pada peringkat kebangsaan, daerah dan negeri, antaranya ialah

Anugerah Sekolah Menengah Cemerlang Daerah HL, Anugerah Sekolah Paling

Aktif Kokurikulum Daerah HL, Anugerah Sekolah Paling Aktif Kokurikulum

Daerah HL - Pasukan Beruniform, Anugerah Johan 3K Daerah Hulu Langat,

Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori Luar Bandar - Peringkat Negeri

Selangor. Anugerah-anugerah ini diterima pada tahun 2003. Manakala pada tahun

2002 anugerah yang diterima ialah Anugerah Pemimpin Cemerlang, Anugerah

Guru Cemerlang Akademik, Anugerah PIBG Aktif, Anugerah Khas (Inovasi) -

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Anugerah Taman Sumber Sains, Anugerah

Johan 3K Daerah Hulu Langat. Anugerah Sekolah Menengah Cemerlang oleh

Yayasan Mara diterima pada tahun 2001.

Jadual 1.1 Analisis Keputusan SPM dari tahun 1994 hingga 2003

TAHUN BM BI SEJ PAI MAT SNS GEO PS SAS PRD PA EA MT BIO KIM FIZ

1994 99.30 41.50 73.80 96.00 30.00 67.30 61.40 98.40 87.50 91.70 29.40 43.30 60.00 100 76.90 66.70

1995 92.90 46.70 69.90 94.40 61.70 51.10 67.30 93.50 74.70 58.20 57.40 79.30 41.70 80.00 40.00 80.00

1996 92.80 58.90 70.60 92.20 66.70 75.90 87.90 100 70.20 65.20 72.70 69.30 88.90 83.30 100 100

1997 87.00 47.80 62.20 87.00 58.13 76.20 94.90 99.50 57.14 71.30 48.60 97.20 90.00 80.00 93.30 96.70

1998 89.50 49.10 55.90 86.00 58.59 79.50 94.20 99.60 42.62 64.70 60.00 69.90 94.74 100 94.70 100

1999 90.70 53.08 63.66 87.31 63.85 86.67 98.17 97.45 57.45 78.97 84.78 92.86 86.11 100 100 100

2000 88.90 53.40 59.30 90.80 64.30 90.70 91.9 96.00 90.70 55.60 91.40 97.10 84.10 96.60 98.10 100

2001 93.70 65.14 63.61 87.84 68.01 88.77 93.42 98.11 97.37 62.35 84.51 83.33 78.10 100 89.39 95.45

2002 92.76 57.31 70.95 86.25 63.10 89.49 94.44 92.89 90.28 56.94 67.00 57.89 68.71 96.88 81.25 96.43

2003 96.44 68.50 72.49 95.26 77.33 91.86 96.10 99.04 74.03 69.27 52.32 64.44 49.33 98.33 92.79 89.10

Page 25: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

10

Jadual 1.2 Analisis Keputusan PMR dari tahun 1996 hingga 2003

TAHUN BM BI SEJ GEO MAT SNS PAI KHB.1 KHB.2 KHB.3 BC BA BT

1996 96.80 51.50 90.70 93.60 91.80 93.90 97.50 100 99.20 98.20 50.00 26.70 -

1997 98.20 56.80 92.20 93.00 93.00 90.60 92.70 100 99.20 98.50 69.20 34.20 100

1998 92.80 54.00 87.00 89.90 88.60 86.60 81.40 97.80 97.40 84.50 50.00 26.70 -

1999 97.10 66.90 91.10 92.90 94.90 92.40 96.40 100 100 97.80 100 100 -

2000 98.00 54.50 92.80 93.60 90.60 97.40 92.30 96.70 94.20 99.00 81.80 96.40 -

2001 96.1 62.2 94.7 96.7 94.5 96.3 98.1 96.3 100 98.9 100 94.1 -

2002 96.6 73.7 94.3 97.2 92.4 95.4 97.2 83.6 98.9 91 100 100 -

2003 96.9 65.8 94 96.1 92.4 96.4 95.9 95.9 97.7 93.4 100 95.6 -

(Sumber : Jawatankuasa Peperiksaan SMKAJ)

Jadual 1.4 Kejayaan Kokurikulum dari tahun 2002-2004

TAHUN

KEJAYAAN KOKURIKULUM

2002

Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat Negeri Selangor-Johan Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah HLl-Tahfiz Al-Quran(L) Johan -Tahfiz Al-Quran(P) Naib johan - Syarahan Bahasa Melayu(P) Ketiga -Kuiz Agama Naib Johan Hoki Perempuan Peringkat Daerah HL-Bawah 15 Tahun Ketiga

2003

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah HL-Johan PKBM Putera -Johan Pengakap 1 -Johan PBSM A -Johan KRS A -Johan KRS 1 Pertandingan kawad kaki KRS Peringkat Kebangsaan-Ketiga Hari puteri Daerah Hulu Langat-Tokoh Puteri -Naib Johan Gubahan - Johan Mendirikan Khemah - Johan Kawad Kaki -Naib Johan Gubahan -Naib Johan Mendirikan Khemah

Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah HL-3 Emas,3 Perak,10 Gangsa Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri Selangor-1 Gangsa Johan Kejohanan Bola Sepak Peringkat Daerah HL Johan Kejohanan Bola Tenpin Bawah 15 Peringkat Daerah HL Johan Petanque Peringkat Daerah HL Emas Putera E Dalam Silat Olahraga SUKMA X Pemilihan Gayong Kebangsaan-Johan Putera D

Page 26: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

11

2004

Kejohanan Silat Jemputan Integerasi SMK Abdul Jalil-Johan Pasukan Puteri -Naib Johan Pasukan PuteraKejohanan Pencak Silat Kebangsaan Pesaka Kedah-Gangsa Petandingan Hoki Peringkat Daerah HL-Johan P15 -Johan P18 Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah HL-Naib Johan L15 -Johan L18 Pertandingan Badminton Peringkat Daerah HL-Naib Johan Bergu P18 Pertandingan Bola Keranjang-Johan P Cina Sirkit Remaja Kebangsaan 2(Angkat Berat)-Johan Majlis tadarus Al-Quran Peringkat Zon-Johan Keseluruhan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Selangor -Johan KRS Putera -Johan NGO Puteri -Naib Johan NGO Puteri -Naib Johan GO Putera -Ketua Platun Terbaik Pertandingan Unit PKBM Peringkat Negeri Selangor-Johan Kawad Kaki Perkhemahan PKBM Darat Peringkat Kebangsaan-Johan Kawad Kaki Sambutan Hari Puteri PPIM Peringkat Peringkat Negeri-Johan Kawad Kaki -Johan Pertandingan Gajet

Daripada analisis keputusan SPM dan PMR di atas didapati terdapat

peningkatan bagi setiap matapelajaran yang diambil oleh pelajar. Ini

menunjukkan terdapatnya pencapaian yang membanggakan dalam bidang

akademik.Begitu juga dalam bidang kokurikulum, di mana dari jadual diatas

menunjukkan pencapaian yang baik samaada bagi peringkat daerah, negeri dan

kebangsaan.Justeru itu, pengkaji ingin melihat sejauh mana sekolah dapat

membuat penambahbaikan sekolah bagi mencapai misi dan visi sekolah. Aspek

yang ingin dikaji adalah daripada segi pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Sekolah yang berjaya adalah seperti mempunyai kemahiran

kepemimpinan pengetua yang dinamis, strategi pembangunan yang digunakan

oleh sekolah, sikap guru terhadap pelajar, pandangan guru terhadap sekolah,

Page 27: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN

12

disiplin pelajar, penggunaan sumber sekolah, dan kepuasan guru dengan pelajar.

Ini merupakan di antara elemen –elemen yang perlu ada bagi sesebuah sekolah

yang dianggap sebagai berjaya. Sesungguhnya sekolah yang berjaya bukanlah

impian yang tidak boleh menjadi kenyataan, malahan ia adalah sesuatu yang

mampu dicapai sekiranya mempunyai komitmen yang tinggi dari semua pihak.

Kajian dan tinjauan akan dapat membantu melihat sejauh mana

penekanan kepada aspek pengurusan pengajaran pembelajaran iaitu dalam bidang

akademik dan kokurikulum yang dilaksananakan di SMKAJ dari persepsi guru-

guru dan kaedah serta strategi oleh pihak pengurusan untuk meningkatkan prestasi

sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk : 1.4.1 Mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap pengurusan pengajaran dan

pembelajaran dalam kelas untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar.

1.4.2 Mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap pengurusan kokurikulum bagi

menentukan aktiviti-aktiviti kokurikulum berjalan lancar.

1.4.3 Mengenalpasti kaedah dan strategi yang digunakan oleh pihak pengurusan

untuk memajukan dan menambahbaikan sekolah.

Page 28: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA … · dalam kelas, pengurusan ... SPSS - Statistical Package for the Social Sciences TS - Tidak Setuju . xiii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN