PENGURUSAN PENGEKALAN JERITA TUAI MASYARAKAT …
Transcript of PENGURUSAN PENGEKALAN JERITA TUAI MASYARAKAT …
PENGURUSAN PENGEKALAN JERITA TUAI MASYARAKAT IBAN
DI SARAWAK
Jessica Lissma Anak Jimmy
( 36372 )
Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
2015
i
PENGURUSAN PENGEKALAN JERITA TUAI MASYARAKAT IBAN DI
SARAWAK
JESSICA LISSMA ANAK JIMMY
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan
Kepujian Pengurusan Seni
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2015
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: _____________
Please tick ()
Final Year Project Report
Masters
PhD
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the 28 May 2015.
Student’s Declaration:
I ( JESSICA LISSMA ANAK JIMMY, 36372 Faculty Applied And Creative Arts ) hereby declare
that the work entitled PENGURUSAN PENGEKALAN JERITA TUAI MASYARAKAT IBAN DI
SARAWAK is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any
other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor
has any part been written for me by another person.
28/5/2015 Jessica Lissma anak Jimmy
(36372)
Date submitted
Supervisor’s Declaration:
I-------------------------------------------------------------- (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that the
work entitled ----------------------------------------------------------------------------(TITLE) was prepared by the
above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a * partial/full fulfillment for the
conferment of ------------------------------------------------------------------------- (PLEASE INDICATE THE
DEGREE), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student’s
work.
iii
Received for examination by: _____________________ Date:____________________
(Dr Noria Tugang)
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where
research was done)*
OPEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirm with free consent and willingly declare that this said Project/Thesis shall
be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and
rights as follows:
This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS).
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for
the purpose of academic and research only and not for other purpose.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the
content for the Local Content Database.
The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of
the Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this
Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be
distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS
permission.
Student signature ________________________ Supervisor signature:________________
(28. May 2015) (Date)
Current Address:
Department of Liberal Arts, Faculty of Applied Creative and Arts University of Malaysia
Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.
iv
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as
annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and
restriction.
[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]
v
PENGAKUAN
Projek berjudul ’Pengurusan Pengekalan Jerita Tuai Masyarakat Iban di Sarawak’ telah
disediakan oleh Jessica Lissma Anak Jimmy ( 36372 ) dan telah diserahkan kepada Fakulti
Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
______________________
(Dr. Noria Tugang)
Tarikh:
______________________
vi
PENGHARGAAN
Bersyukur saya kepada Tuhan kerana memberi saya kesempatan untuk menyiapkan kajian
saya iaitu Pengurusan Pengekalan Jerita Tuai Masyarakat Iban di Sarawak yang merupakan
projek tahun akhir saya. Jutaan terima kasih saya rakamkan kepada kedua-dua ibu bapa saya
iaitu Poy Alem dan Jimmy Busan yang telah memberi sokongan padu sepanjang proses saya
melakukan kajian ini dan seluruh keluarga saya.
Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih saya berikan kepada para pensyarah Fakulti Seni
Gunaan dan Kreatif (FSGK) yang banyak membimbing saya dalam membuat kajian ini,
terutamanya Dr.Noria Tugang selaku penyelia projek tahun akhir saya yang tidak jemu
memberi tunjuk ajar sepanjang kajian ini dilakukan.
Tidak ketinggalan juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu secara langsung
atau tidak langsung dalam saya menyempurnakan kajian saya ini terutamanya kawan baik
saya. Saya turut memberi sekalung ucapan ribuan terima kasih kepada para informan dan
responden yang memberikan kerjasama untuk saya melaksanakan kajian saya ini.
Tiada kata yang dapat saya simpulkan untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang
terlibat dalam kajian saya ini, jasa baik anda semua amat saya hargai kepada membantu saya
menyempurnakan pengajian dalam projek tahun akhir.
Sekian , terima kasih.
vii
TAJUK KAJIAN
PENGESAHAN ii-iv
PENGAKUAN v
PENGHARGAAN
ISI KANDUNGAN
vi
vii-x
ABSTRAK xi
ABSTRACT
ISI KANDUNGAN
xii
BAB 1: PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1-6
1.2 Permasalahan Kajian 7-8
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Hipotesis Kajian 10
1.5 Skop Kajian 11-12
1.6 Lokasi Kajian 13-15
1.7 Batasan Kajian 16
1.8 kerangka Konseptual
1.8.1 Jerita Tuai
1.8.2 Pengurusan
1.8.3 Estetika
1.8.4 Budaya
17-19
viii
1.8.5 Organisasi
1.8.6 Identiti Etnik
1.8.7 Warisan
1.9 Kepentingan kajian 20
1.10 Masalah-masalah yang dihadapi
21
BAB 2: SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan 22
2.2 Senarai Sorotan Kesusasteraan
2.2.1 Pengurusan
2.2.2 Pengekalan
2.2.3 Jerita Tuai
2.2.4 Sastera Lisan
2.2.5 Masyarakat Iban
23-27
2.3 Rumusan
37
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Kaedah Kajian
3.2.1 Kaedah Kualitatif
3.2.1.1 Kajian perpustakaan
3.2.1.2 Kajian kerja lapangan
3.2.2 Kaedah Kuantitatif
3.2.2.1 Borang soal selidik
39-41
ix
3.3 Populasi Kajian
3.3.1 Populasi kuantitatif
3.3.2 Populasi kuatitatif
42
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Instrumen kualitatif
3.4.2 Instrumen kuantitatif
43-45
3.5 Rumusan
46
BAB 4: ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 47
4.2 Analisa Data
4.2.1 Analisa data daripada Yayasan Tun Jugah
4.2.2 Analisa data daripada Radio Televisyen Malaysia
(RTM) Sarawak
48-52
4.3 Pembincangan dan dapatan kajian
4.3.1 Dapatan kajian kualitatif
4.3.1.1 Penubuhan organisasi
4.3.1.2 Medium pendedahan
4.3.2 Dapatan kajian kuantitatif
4.3.2.1 Perkaitan data dengan objektif pertama
4.3.2.2 Perkaitan data dengan objektif kedua
4.3.2.3 Perkaitan data dengan objektif ketiga
76-77
78-80
81-83
4.4 Rumusan 86
x
BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan 87-91
5.2 Cadangan kepada organisasi 92-96
5.3 Cadangan kepada pengkaji akan datang
97-98
SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN
xi
ABSTRAK
Kajian ini mengenai Pengurusan Pengekalan Jerita Tuai Masyarakat Iban di Sarawak.
Kajian bertujuan untuk mengenalpasti cara pengurusan dan peranan Yayasan Tun Jugah dan
Radio Televisyen Malaysia dalam menguruskan jerita tuai. Melalui medium ini, warisan oral
seperti ini mampu untuk dikekalkan dengan pendedahan yang dilakukan oleh organisasi.
Kajian dilakukan untuk mengenali warisan sesebuah etnik yang perlu dikekalkan untuk
dijadikan khazanah yang bernilai. Pengumpulan data kajian adalah melalui borang soal selidik
dan temuramah. Hasil kajian mendapati bahawa pengurusan pendokumentasian jerita tuai
perlu dimantapkan dan diperbaiki untuk tontonan generasi akan datang.
xii
ABSTRACT
This research is to study the management of jerita tuai of Iban community in Sarawak.
This research is to study the management of jerita tuai of Iban community in Sarawak. This
research is conduct to identified the method and the role of Yayasan Tun Jugah and Radio
Television Malaysia for the management of jerita tuai. Through this medium, such as oral
heritage is able to be maintained with exposure undertaken by the organization. The study
was carried out to identify an ethnic heritage that should be preserved for valuable treasures.
This study is collecting data through questionnaires and interviews. The study found that the
documentation jerita tuai management should be strengthened and improved performance for
the next generation.
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Masyarakat Iban dikenali sebagai komuniti yang kaya dengan tradisi yang tersendiri
dan unik dalam pandangan masyarakatnya. Tradisi di sini merangkumi adat, budaya dan
warisan yang pelbagai dari etnik yang majmuk yang terdapat di Sarawak khususnya.
Pengenalan tajuk menyentuh mengenai ‘jerita tuai’ sebagai elemen yang ingin dikaji
sebagai topik utama. ‘Jerita Tuai’ ini merupakan cerita-cerita rakyat yang klasik yang
kebanyakkannya diperdengarkan melalui warga emas. Penceritaan yang diperturunkan dari
zaman ke zaman hanya melalui mulut ke mulut menyebabkan tiada bukti konkrit kepada
‘jerita tuai’ ini wujud (Robert Menua, 2015). Orang Iban mempunyai pelbagai jenis tradisi
lisan yang telah diwarisi oleh mereka sejak turun-temurun.
Empat komponen utama dan folklor Iban iaitu komponen artifak seperti effigy atau
patung ukiran, komponen cerita-cerita untuk diperturunkan (tradisi lisan), komponen budaya
(cara hidup) dan komponen perlakuan (ritual) . Komponen-komponen ini tidak boleh berdiri
sendiri tetapi berkaitan secara akrab.(Sang Budiman, 2013:149).
2
1.1.2 Kontek Sastera Lisan
Warisan oral ini juga dikaitkan dengan sastera lisan yang merupakan elemen penting
dalam kajian ini. Sastera lisan merupakan fenomena kompleks dan sesetengah elemen yang
boleh diukur dengan model dan bersifat struktural. Terdapat 4 elemen sastera lisan yang dikait
dengan teori (Heda Jason, Dimitri Segal,1977:3) yang membahagikan:
a) Peringkat pembahasaan
b) Peringkat penceritaan
c) Peringkat maksud (komponen simbolik)
d) Peringkat struktur puisi
Apabila melibatkan sastera lisan ini, pengkaji melihat perkara yang dikaji iaitu jerita tuai
yang bertindak sebagai suatu pesan yang disampaikan secara turun-temurun. Melalui jerita
tuai ini, masyarakat khususnya dapat menyampaikan sejarah lisan dan pengetahuan lain tanpa
melibatkan bahasa tulisan (Haji Syed Abdullah).
Untuk melihat lebih dekat dengan kajian pengkaji, pengkaji telah mengenalpasti
perkaitan yang perlu disenaraikan agar kajian ini agar tidak terpesong. Menurut Richard M
Dorson (1973:1) menyatakan folk literature dikenali juga sebagai Oral literature
(Kesusasteraan Lisan) atau Verval Art (Seni Tuturan) atau Expressive Literature
(Kesusasteraan Ekspresif) yang merangkumi bahasa rakyat, nyanyian rakyat, cerita rakyat,
puisi rakyat, ungkapan rakyat (peribahasa) dan semua prosa samada dalam bentuk cerita atau
bukan cerita yang diperturunkan atau disampaikan secara lisan.
Pengkaji turut melakukan kajian mengenai ciri-ciri kesusasteraan rakyat. Hal ini
disebabkan, pengkaji perlu mengetahui ciri-ciri tradisi lisan itu sendiri supaya hasil yang
didapati atau dikaji bersesuaian dengan data yang diperolehi.
3
Menurut Richard M Dorson, sastera lisan terbahagi kepada:
i. Penyebaran dan pewarisnya dilakukan secara lisan. Walaupun terdapat sesetengah
bahan sastera lisan yang telah ditertibkan dalam bentuk tulisan atau buku, namun
keaslian yang tersebar dalam kalangan masyarakat adalah menerusi lisan.
ii. Bagi mendapatkan bentuk yang mantap, sastera lisan mesti hidup dalam sesuatu
budaya yang tidak kurang daripada dua generasi.
iii. Wujud dalam pelbagai versi. Hal ini disebabkan sastera lisan disebarkan melalui lisan,
kepelbagaian tidak dapat dielakkan. Setiap penutur terdedah kepada tokok tambah
kerana terlupa dan ingin disesuaikan dengan masyarakat namun intipati asalnya tetap
dikekalkan.
iv. Penciptanya tidak diketahui. Penyebaran sastera lisan boleh dilakukan oleh sesiapa
sahaja secara lisan. Tiada halangan dan hadnya kerana tidak seorang pun yang boleh
mengakui karya itu miliknya. Justeru itu, sastera lisan menjadi milik bersama
kolektifnya.
v. Sastera lisan wujud dalam bentuk yang tradisi tetap. Misalnya cerita lipurlara yang
struktur plotnya sudah ditetapkan iaitu bermula dengan sebelum, semasa dan
pengakhirnya.
vi. Sastera lisan bersifat sementara iaitu mempunyai logik tersendiri yang sukar untuk
disesuaikan dengan keadaan yang sebenar.
vii. Sastera lisan mempunyai sifat-sifat tempatan yang tebal (local coloring). Keadaan ini
disebabkan ianya milik bersama dan beredar dalam bentuk lisan yang sangat mudah
dipengaruhi sifat tempatan.
viii. Sastera lisan itu mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama sesuatu kolektif.
Contohnya, cerita jenaka berfungsi sebagai bahan panduan, cerita legenda yang
4
digunakan untuk menyanjungkan seseorang tokoh yang banyak berjasa kepada
kolektif.
1.1.2.1 Fungsi Sastera Lisan
Khazanah warisan yang kian dilupakan ini merupakan sesuatu yang tidak ternilai. Warisan
yang tidak nampak fungsi dan sumbangannya tetapi peranannya bukan sahaja hiburan tetapi
pendidikan dan sumber ilmu yang sangat penting dan perlu dipertahankan. Fungsi sastera
lisan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
i. Sebagai pendidikan
Sastera lisan berfungsi dilihat memberikan kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat.
Unsur-unsur mengajar dan mendidik ini sangat penting disebabkan melalui penceritaan sahaja
mesej mamapu untuk disampaikan. Jerita tuai dilihat sebagai saluran komunikasi yang secara
terus kepada masyarakatnya. Selain itu, sastera lisan juga untuk menanam keyakinan kolektif
terhadap sesuatu kepercayaan yang menjadi ikutan mereka. William Bascom (1965:3-20)
turut menyatakan bahawa sastera ini dalam masyarakat sebagai satu sistem pemikiran
terhadap sesuatu perkara. Konsep ini dilihat sebagai alat yang boleh dijadikan panduan dalam
kehidupan seharian masyarakat. Sebagai contoh, dalam cerita pahlawan Iban Keling
digambarkan watak yang mempunyai kesaktian yang tidak dapat disanggal oleh musuhnya.
Sifat fizikal, tingkah laku dan unsur spiritual digambarkan dalam cerita menyebabkan kanak-
kanak mengingati kekuatan yang dimiliki oleh Keling.
ii. Sebagai hiburan
Jerita tuai juga boleh diklasfikasikan sebagai hiburan kerana kesahihannya tidak diketahui
sepenuhnya. Koleksi-koleksi ini boleh dijadikan hiburan semata-mata dimana penceritaan ini
5
dianggap sebagai komunikasi santai melalui medium lisan yang secara langsung. Hal ini
mampu untuk mengembangkan tahap sosial kerana jerita tuai ini diceritakan secara
berkumpulan dan kebanyakkannya oleh golongan tua kepada kanak-kanak.
1.1.3 Kontek Pengurusan
Konteks pengurusan dalam medium kajian ini adalah pengurusan sesebuah organisasi
mengekalkan warisan yang terdapat dalam masyarakat yang dikaji. Kajian ini dijalankan
adalah bertujuan untuk mengkaji pengurusan dalam mengekalkan warisan oral yang semakin
dilupakan.
Peranan organisasi dalam menguruskan jerita tuai ini amatlah diperlukan. Hal ini
disebabkan oleh hanya badan-badan yang bergiat aktif mampu untuk mengekalkan warisan
ini agar sentiasa kekal untuk generasi mendatang. Organisasi seni seperti galeri, muzium dan
perpustakaan merupakan landasan untuk mengetengahkan warisan ini di samping
mendedahkannya kepada khalayak.
Pengurusan adalah melibatkan pengurusan yang berkaitan dengan pengurusan sumber
manusia dan juga material. Pengurusan yang strategik penting bagi mengeksplotasikan dan
melahirkan bentuk pembaharuan dan kelainan bagi kepentingan masa hadapan. Oleh itu,
sistem pengurusan yang sistematik amat diperlukan dalam usaha mengekalkan jerita tuai
masyarakat Iban samada secara dokumentasian atau audio.
Konteks ini amat penting kerana ini merupakan tunjang kepada kelangsungan warisan ini
kelak. Dengan cara ini sahaja, sesebuah warisan dapat dikekalkan dan pendekatan dari
pelbagai pihak amatlah diperlukan.
6
1.1.4 Kontek Masyarakat
Dalam konteks masyarakatnya pula, kita menjurus kepada masyarakat Iban di Sarawak.
Masyarakat ini ditumpukan kerana kekayaan budaya yang mempunyai tradisi tradisional.
Masyarakat Iban diberikan penekanan dalam kajian ini adalah untuk memberi pendedahan
yang menyeluruh berkaitan dengan budaya sendiri. Menurut Awang Hasmadi Awang Mois
(1988:3) menyatakan bahawa Sarawak mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan
suku kaum yang terbesar sekali daripada segi bilangannya ialah Iban.
Evelyne Hong (1987:1) dalam Natives of Sarawak: Survival in Borneo’s Vanishing
Forests menyatakan Sarawak terletak di bahagian barat mengikut keadaan geografi yang
merupakan kawasan yang terbesar di Malaysia. Keluasan yang meliputi 124,449 kaki persegi
yang mewakili 38% bagi keseluruhan tanah di Malaysia. Dengan ini, kita melihat bahawa
populasi rakyat Sarawak sangat ramai.
Pengkaji turut mengkaji mengenai asal-usul masyarakat Iban itu sendiri. Perkataaan
‘Iban’ pada asalnya diambil daripada Kayan iaitu hivan yang bermaksud penggembara.
Penggunaan perkataan ‘Dayak’ kebanyakkan digunakan semasa bahagian Pertama dan Kedua
dan masih menganggap bahawa perkataan ‘Iban’ dipinjam dan pada abad ke-19 dikenali
sebagai ‘Sea Dayak’. (Winson H.Sutlive Jr (1992:1).
Kekayaan etnik Iban bukan sahaja melalui bahasa semata-mata. Aspek kekayaannya
boleh ditakrifkan secara komplek iaitu samada secara budaya dan kebudayaan yang meliputi
gaya hidup, agama, adat dan sebagainya.
7
1.2 Permasalahan Kajian
1. Kekurangan pendedahan dan maklumat berkaitan dengan jerita tuai kepada generasi
muda.
Pengkaji mendapati bahawa aspek pendedahan dan maklumat masih kurang
diperlihatkan dalam konteks samada secara penulisan atau audio berkaitan dengan
jerita tuai. Pendedahan penting untuk memastikan setiap warisan oral menjadi bukti
kepada kewujudannya untuk masa kelak. Ini adalah khazanah yang harus dipelihara
dan dijaga agar sentiasa kekal untuk generasi yang akan datang.
2. Kurangnya sambutan daripada generasi muda
Ketiadaan minat daripada generasi muda turut menjadi permasalahan kepada kajian
ini. Hal ini akan menyebabkan tradisi lisan ini semakin kurang diketahui dan diminati
kerana sikap penerimaan golongan belia itu sendiri. Sambutan agak kurang
memberansangkan dan ini bakal memperlihatkan warisan ini kurang dikenali.
Generasi sekarang kurang peka terhadap warisan ini yang semakin dipandang sepi
disebabkan terdapat jenis hiburan yang lain yang lebih menarik.
3. Kekurangan pihak bertanggungjawab dalam mengekalkan kepentingan ‘jerita tuai’
sebagai warisan masyarakat Iban.
Pihak bertanggungjawab yang mempunyai inisiatif untuk membantu dalam
mengekalkan warisan oral ini hanyalah dalam kuantiti yang sedikit. Hanya terdapat
beberapa organisasi yang bergiat aktif untuk memartabatkan warisan dalam menjaga
kepentingannya seperti Yayasan Tun Jugah dan Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Sarawak. Ini menyukarkan pengkaji memperolehi maklumat kerana kekurangan
8
sumber atau badan yang sesuai untuk dijadikan rujukan. Ini akan membataskan
pengetahuan pengkaji dalam kajian ini.
9
1.3 Objektif Kajian
Objektif merupakan hala tuju kepada sesebuah kajian yang dilakukan oleh pengkaji agar
tercapai. Antara objektif yang dikenalpasti adalah:
1. Mengenalpasti medium yang digunakan dalam memperkenalkan jerita tuai.
2. Mengkaji faktor-faktor kurangnya minat generasi muda terhadap jerita tuai.
3. Menganalisis peranan Yayasan Tun Jugah dan Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Sarawak dalam menguruskan ‘jerita tuai’.
10
1.4 Hipotesis Kajian
Hipotesis merupakan tanggapan awal dalam mengusulkan kajian. Hipotesis ini amat
penting untuk memastikan bahawa kajian ini mampu untuk diteruskan dan dilaksanakan.
Antara hipotesis adalah melihat peranan keberkesanan usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak
Yayasan Tun Jugah dan RTM Sarawak dalam menguruskan jerita tuai. Hal ini akan
menyebabkan lebih banyak pihak peka terhadap warisan oral ini. Selain itu,
penambahbaikkan terhadap warisan ini perlu dipertingkatkan dan diteruskan.
11
1.5 Skop Kajian
Skop kajian merupakan ruang lingkup yang disasarkan oleh pengkaji. Skop kajian ini
akan mengupas mengenai pengurusan ‘jerita tuai’, faktor yang mempengaruhi penerimaan
generasi muda dan peranan Yayasan Tun Jugah dan RTM Sarawak dalam mengekalkan jerita
tuai masyarakat Iban di Sarawak.
Skop utama dalam kajian ini adalah menekankan aspek pengurusan. Pengurusan di
sini merujuk kepada cara pihak bertanggungjawab seperti organisasi RTM Sarawak dan
Yayasan Tun Jugah menguruskan warisan dalam konteks menyimpan dan memeliharanya.
Pengkaji melihat kepada kaedah pengurusan yang berbeza dibawa oleh kedua-dua organisasi
ini. Aspek inilah yang menjadi skop yang diteliti oleh pengkaji dalam kajian yang dijalankan
kerana pengurusan terbahagi samada secara pendokumentasian atau audio.
Pengkaji membuat kajian ini adalah bertujuan untuk mewujudkan bukti mengenai
warisan ini agar ianya mampu berterusan wujud dalam budaya entik Iban. Warisan berbentuk
oral ini perlulah didokumentasikan sebagai salah satu cara agar generasi mendatang tahu
mengenai warisan mereka sendiri dan menjadi khazanah negara yang mampu untuk
dibanggakan.
Pengurusan mengenai ‘Jerita tuai’ atau cerita rakyat ini tidak dilakukan secara
meluas. Skop kepada pengurusan pendokumentasiannya adalah dalam kuantiti yang sangat
sedikit. Oleh itu, pengkaji ingin melakukan dan memartabatkan warisan ini.
Lokasi kajian juga menjadi fokus utama dalam kajian ini. Hal ini kerana, perolehan
maklumat mengenai sesuatu warisan amatlah penting untuk membuat kajian dimana, RTM
dan Yayasan Tun Jugah dijadikan pusat sumber dan rujukan. Pemilihan lokasi diskopkan
kepada dua kerana ianya dilihat sebagai sumber penting dan mudah mendapat infomasi
12
kerana pengurusannya sistematik mengenai jerita tuai. Malah, medium yang digunakan oleh
organisasi-organisasi ini adalah secara terus kepada umum.
13
1.6 Lokasi Kajian
Lokasi kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah Yayasan Tun Jugah dan Radio
Televisyen Malaysia ( RTM ) Sarawak. Dua-dua lokasi kajian ini mempunyai saluran yang
berbeza dalam konteks pengurusannya. Medium yang diketengahkan oleh kedua-duanya
adalah boleh dikatakan secara visual ( buku) dan audio ( radio). Perbezaan dari aspek
pengurusan ini menjadi konteks utama dalam kajian ini.
1.6.1 Radio Televisyen Malaysia
Rajah 1.1: Menunjukkan lokasi Radio Televisyen Malaysia ( RTM ), Kuching
( sumber: laman web rasmi RTM Kuching)
Radio Televisyen Malaysia ( RTM ), Kuching telah ditubuhkan pada 7 Jun 1954 yang
terletak Tingkat 8, Bangunan R.T.M. Jalan P.Ramlee, 93614 Kuching menjadi lokasi kajian
bagi pengkaji menjalankan kajian kali ini. RTM Kuching ini merupakan satu medium dalam
memperkenalkan warisan Jerita tuai ini. Hal ini boleh dilihat atau didengari pada slot yang
disediakan oleh pihak penyiaran radio.
14
Pada slot ini, terkumpul koleksi-koleksi jerita tuai yang akan dimainkan di radio dan
ini secara langsungnya membantu mendedahkan warisan ini kepada umum khasnya.
Penubuhan Radio Sarawak bertujuan untuk menyediakan saluran bagi mendidik rakyat di
samping memberi hiburan. Bukan semata-mata sebagai hiburan dunia tetapi diselitkan sekali
aspek pembelajaran.
1.6.2 Yayasan Tun Jugah
Rajah 1.2 : Menunjukkan lokasi Tun Jugah Fondation
( sumber: laman web rasmi Yayasan Tun Jugah )
Lokasi kajian pengkaji seterusnya adalah di Tun Jugah Foundation. Tun Jugah
Foundation terletak di tingkat 4 Bangunan Tun Jugah, Kuching Sarawak. Tun Jugah
Foundation (Yayasan Tun Jugah) adalah sebuah organisasi kebajikan yang diasaskan pada
tahun 1985. Yayasan ini mempunyai lima bahagian iaitu Sejarah Lisan, Tekstil, Perpustakaan
dan Arkib Penerbitan dan Muzium dan Galeri. Yayasan Tun Jugah merupakan salah satu
organisasi yang masih memelihara warisan tradisi jerita tuai ini. Yayasan ini mengkhaskan
15
satu sekysen untuk warisan lisan iaitu bahagian Sejarah Lisan yang mengumpul bahan-bahan
sejarah yang berkaitan dengan sastera lisan masyarakat Iban.
Objektif bahagian Sejarah Lisan dalam Yayasan ini adalah sebagai rujukan dan
medium pengumpulan warisan-warisan tradisi masyarakat Iban khususnya. Bahagian ini
wujud dengan membawa kepentingan seperti memelihara, merekod dan mendokumentasikan
warisan agar sentiasa ada kelangsungan warisan etnik Iban. Disebabkan oleh warisan ini
merupakan bahan intangable ,maka usaha perlu dilipatgandakan yang menjadi motif utama
bahagian ini diwujudkan.
16
1.7 Batasan Kajian
Batasan kajian merupakan elemen-elemen yang mendorong kepada keterhadan dan
mempengaruhi hasil kajian ilmiah yang dijalankan.
Antara batasan yang dihadapi oleh pengkaji adalah kekurangan sumber kajian iaitu
data-data dalam bentuk penulisan. Kurangnya sumber rujukan terutamanya dalam pembukuan
menghadkan pengkaji memperoleh maklumat yang sahih. Koleksi jerita tuai banyak didapati
cuma terhad dan buku mengenai pengurusan jerita tuai kurang diceritakan. Buku dalam
konteks pengurusan jerita tuai kurang menyukarkan pengkaji mendapat maklumat mengenai
cara pengurusan yang efektif untuk menguruskan warisan oral ini.
Selain itu, pengkaji turut mendapati bahawa kurangnya informen yang pakar dalam
menceritakan ‘jerita tuai’. Hal ini disebabkan oleh kebanyakkan informen yang mengetahui
‘jerita tuai’ ini adalah golongan yang berusia. Faktor usia mempengaruhi dan akan
menyebabkan konteks asal koleksi jerita tuai mengalami perubahan (tokok tambah).
Antara batasan lain yang dihadapi oleh pengkaji adalah responden tidak memberi
kerjasama yang sepatutnya. Kebanyakkan mereka bersikap kurang serius semasa memberi
maklumat ini menyukarkan data yang dikumpul adalah bersifat sahih. Ini boleh dilihat semasa
kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik dilakukan. Ini boleh menyebabkan pengumpulan
data tidak menepati dan bercanggah dengan objektif kajian.
17
1.8 Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual merupakan item yang perlu dirujuk dalam menjalankan kajian
ini. Malah, diklasfikasikan sebagai pecahan-pecahan idea penting dalam menghasilkan kajian
yang sempurna. Perkaitan haruslah sentiasa selari dengan tajuk kajian agar matlamat utama
yang dikaji tidak menyimpang.
1.8.1 Jerita tuai
Ensera atau jerita tuai dalam bahasa Iban bermaksud cerita. Cerita ini merangkumi
cerita legenda, mitos, dongeng dan cerita rakyat. Cerita-cerita ini menjadi sastera dalam
masyarakat Iban. Bermaksud satu plot cerita yang memiliki ciri-ciri fiksyen yang benar atau
tidak ada lokasi yang khusus walaupun melibatkan masa dan ruang. Cerita yang diberikan
oleh masyarakat atau bermaksud pengkongsian budaya, sejarah dan nilai. Cerita yang
diberikan berdasarkan suruhan tengah mahupun mulut ke mulut melalui perbualan atau
kepunyaan budaya dan individu kerana ianya dihasilkan oleh masyarakat yang celik akal akan
memberikan kepada kebudayaan di mana mereka berada.
1.8.2 Pengurusan
Menurut Dewan Bahasa Pustaka Cawangan Sarawak dalam Cerita Rakyat Dan Iban
(1989) menyatakan cerita-cerita Iban dikumpulkan oleh petugas-petugas dalam projek
pengumpulan CD Sarawak dimulakan sejak 1982. Terjemahan telah dilakukan sedikit
mungkin dengan gaya dan susunan bahasa asal. Kerana itu terdapat beberapa ‘kesalahan atau
penyimpangan’ dari segi tatabahasa dalam kumpulan ini. Hal ini memang disengajakan
dengan tujuan supaya pembaca dapat menikmati cerita-cerita ini sedikit mungkin dengan
bentuk asalnya mungkin menimbulkan minat pengkajian dari sudut yang lain. Di sini pengkaji
18
melihat bahawa usaha sudah lama dilakukan namun terdapat perubahan dilakukan agar
bersesuaian dengan citarasa sekarang.
Sanib Saib (2013; 63-72), dalam Melayu Sarawak: Sejarah yang Hilang
menyatakan peranan Muzium Sarawak dalam menguruskan sastera rakyat. Fungsi dan
peranan sesebuah organisasi dilihat sebagai usaha dalam mengumpulkan dan pemuliharaan
dalam berbagai-bagai media sejak penubuhannya pada tahun 1886. Antara usaha yang
dilakukan oleh organisasi iaitu manuskip, Sarawak Gazette (akhbar), Sarawak Museum
Journal, rakaman audio dan imej bergerak. Usaha ini dilihat sebagai salah satu cara untuk
menguruskan jerita tuai masyarakat Iban.
1.8.3 Estetika
Nilai sesebuah masyarakat pengkaji kaitkan dengan esetika. Menurut, Nor Azman Ab
Aziz (2013;2) dalam jurnal menyatakan estetika sebenarnya merupakan bidang ilmu yang
membahaskan keindahan, bagaimana sesuatu seni terhasil dan bagaimana seseorang dapat
merasainya dan menghayatinya. Nilai ini penting apabila kita merujuk kepada masyarakat
dan warisannya. Estetika dilihat sebagai simbol kepada identiti sesebuah etnik contohnya,
masyarakat Iban yang dikenali kaya dengan pelbagai warisan.
1.8.4 Budaya
Jennifer Radbourne and Margaret Fraser (1996;8) menyifatkan budaya sebagai
identiti kepada bangsa, komuniti dan individu itu sendiri. Budaya dilihat sebagai gaya hidup
dimana ianya perlu diterapkan dalam kehidupan masyarakat itu sendiri dahulu dan disebarkan
untuk pengetahuan umum. Selain itu, pemeliharaan budaya sebagai penyumbang kepada
pemahaman siapa kita dan merangkumi ‘self expression dan kreativiti seseorang.
19
1.8.5 Organisasi
Dalam konteks kajian ini, pengkaji menyifatkan sesebuah organisasi mampu untuk
menguruskan dan mengendalikan perkara yang menjadi keutamaan organisasi. Menurut
Jennifer Radbourne dan Margaret Fraser ( 1996; 4) yang menyatakan organisasi seni
seperti muzium, perpustakaan, syarikat teater dan koir mempunyai struktur organisasi di mana
organisasi bertindak sebagai egen antara produk dan orang awam. Di sini, dapat dilihat
peranan organisasi yang disifatkan sangat penting untuk memastikan kelangsungan warisan
etnik jika dalam konteks kajian ini.
1.8.6 Identiti Etnik
Identiti budaya merupakan elemen yang penting dalam kajian ini. Kajian ini turut
menerapkan etnik Iban itu sendiri yang mempunyai identiti dimana kepuasan individu
dikaitkan dengan kumpulan. Identiti turut melambangkan pilihan yang merujuk klasfikasi
jenis status, etnik dan agama (Banton dan Mansor, 1992; 61-82). Sarawak yang kaya dengan
identiti yang tersendiri mampu untuk membawa kepada perubahan yang lebih baik kepada
masyarakat Iban. Identiti merupakan cerminan etnik yang terdapat di Sarawak.
1.8.7 Warisan
Menurut Timothy dan Boyd (2003;3), warisan dirujuk sebagai tangible, sumber yang
tidak boleh dipindah (bangunan, sungai, kawasan semulajadi), sumber tangible yang boleh
dipindah (objek di museum, dokumen di arkib) atau intangibles seperti nilai, adat resam,
perayaan, gaya hidup, dan merangkumi pengalaman seperti festival, seni dan acara budaya.
Melalui kajian ini, warisan adalah terbahagi kepada komponen tangible dan intangible. Jerita
tuai pula dilihat sebagai produk intangible kerana ianya merupakan warisan oral (lisan).
20
1.9 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melengkapkan lagi kajian yang telah
dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang lepas.
Antara kepentingan kajian ini adalah mengetahui cara pengurusan ‘jerita tuai’ yang
dilakukan oleh organisasi Yayasan Tun Jugah dan RTM dalam usaha menguruskan warisan
ini. Aspek pengurusan ini amat penting kerana ianya dilihat sebagai penaung kepada
kesinambungan warisan agar terus kekal. Ruang lingkup bagi pengurusan lebih menjurus
kepada usaha-usaha yang dilakukan agar seiring dengan penglibatan semua pihak yang
terlibat. Penekanan bidang pengurusan perlulah disesuaikan dengan kaedah yang mampu
mendekatkannya dengan arus pemodenan yang semakin pesat.
Selain itu, kepentingan yang tidak harus dilupakan ialah pengkaji memberi peluang
kepada masyarakat Iban khasnya untuk menambah pengetahuan tentang budaya sendiri agar
mempunyai kesedaran dalam mengekalkan warisan budaya yang semakin dihakis oleh arus
zaman. Oleh itu, sewajarnya setiap warisan yang terdapat pada sesebuah etnik khususnya Iban
dikekalkan.
Kepentingan kajian ini juga turut boleh dikaji dari aspek sebagai sumber rujukan
ilmiah. Ini amatlah penting agar warisan tradisi jerita tuai ini terus kekal dan diketahui serta
menjadi tatapan umum. Jerita tuai ini dilihat sebagai suatu khazanah yang perlu dipelihara
dan disimpan serta dibukukan bagi generasi yang akan datang. Elemen pengekalan ini
amatlah penting untuk generasi muda khasnya mengetahui dan mempunyai pengetahuan
mengenai warisan oral ini.
21
1.10 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian
Pengkaji banyak mengalami pelbagai masalah samada luaran atau dalaman, ini sekaligus
mengganggu dan merencatkan proses kajian.
Faktor masa yang terhad juga merupakan salah satu kekangan yang dihadapi oleh
pengkaji. Kebiasannya, tempoh masa yang panjang diperlukan untuk mendapat maklumat
yang lebih banyak dan terperinci. Namun, masa yang terhad menyukarkan pengkaji mendapat
data yang diperlukan. Dengan itu, pengkaji perlu memanfaatkan cuti yang ada untuk mencari
dan mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan.
Kelaziman masalah yang dihadapi oleh pengkaji adalah faktor jarak dari tempat lokasi.
Lokasi yang dikaji oleh pengkaji adalah Yayasan Tun Jugah dan Radio Televisyen Malaysia
(RTM) Sarawak. Jarak ini menjadi masalah kepada pengkaji disebabkan oleh ketiadaan
pengangkutan untuk ke lokasi kajian.
Selain itu, prosedur (birokrasi) turut menjadi masalah kepada pengkaji dalam
menjalankan kajian ini. Prosedur meluluskan surat dari pihak bertanggungjawab melambatkan
kelancaran kajian apabila mengambil masa yang lama untuk diluluskan. Malah, tempoh
berurusan dengan pihak bertanggungjawab turut mengambil masa.
Faktor perbelanjaan turut dihadapi oleh pengkaji dalam proses membuat kajian ini.
Perbelanjaan di sini merujuk kepada kos pengangkutan, makanan dan sebagainya. Walaupun,
kos yang ditanggung oleh pengkaji tidaklah sebanyak mana tetapi ianya masih membebankan.
22
BAB 2
SOROTAN KESUSASTERAAN
2.1 Pengenalan
Bab 2 pula menyentuh aspek pengenalan sorotan kesusasteraan, definisi sorotan
kesusasteraan dan rumusan. Soroton kesusasteraan dilakukan bertujuan untuk mencari
maklumat-maklumat di dalam bidang ilmu untuk menempatkan kajian yang sedang
dirancangkan. Sorotan kesusasteraan ini dilakukan dengan kaedah membuat rujukan dan
menjalankan kerangka kajian terhadap kajian-kajian lepas.
Peranan sorotan kesusasteraan adalah menilai dan membuat perbandingan antara
kajian yang dikaji dengan kajian lepas. Selain itu, kajian ini dihasilkan bagi membuktikan
kewujudan pengurusan ‘jerita tuai’ masyarakat Iban. Terdapat beberapa jenis buku dan jurnal
yang dipilih untuk membuat sorotan kesusasteraan seperti dibawah:
23
2.1.2 Pengurusan
2.1.2.1 Management : Challenges for Tomorrow’s Leaders
(oleh: Goodman/Fandt/Michlitsch/Lewis, 2007:5-16)
‘management is defined as the process of administering and
coordinating resources effectively,efficiently, and in an effort to
achieve the goals of the organisation.’ Pengurusan didefinisikan sebagai proses pentadbiran dan mengkoordinasi sumber
secara efektif, efisien dan usaha untuk mencapai matlamat organisasi. Melihat ini peranan
organisasi dalam usaha menguruskan warisan ini melibatkan banyak proses untuk menjaga
dan mengekalkan jerita tuai ini. Dalam Yayasan Tun Jugah yang menggunakan kaedah
pendokumentasian iaitu membukukan jerita tuai sebagai usaha mengekalkan warisan di
samping tujuan asalnya menginginkannya sebagai koleksi yang boleh disimpan dan
dipelihara. Manakala, dalam pengurusan yang dibawa oleh RTM pula lebih secara lisan iaitu
jerita tuai ini disiarkan melalui radio. Kaedah ini lebih bersifat secara langsung kepada
audiens dan mengcakupi audien yang ramai.
Rajah 1.1: Proses Pengurusan
(adaptasi: Management:Challenges for tomorrow’s leaders Goodman, 2007:7)
Misi dan matlamat
organisasi
Perancangan
Mengetuai Pengendali
Mengawal
24
Konteks pengurusan merangkumi 4P iaitu perancangan, pengendalian, mengetuai dan
mengawal. Aspek-aspek ini penting dalam setiap organisasi kerana proses ini saling berkaitan
untuk menguruskan sesebuah organisasi. 4P ini akan dihurai seperti berikut:
i) Perancangan
Perancangan mengandungi menetapkan matlamat dan mendefinisikan perlakuan
untuk mencapai dan mengawal situasi dalam usaha ingin mencapai matlamat.
Situasi juga perlu dianalisis dan difahami agar tindakan yang diambil bersesuaian
dengan persekitaran organisasi. Antara pihak yang dinilai untuk merancang
pengurusan adalah pengurus itu sendiri. Hal ini disebabkan oleh, pengkaji
mendapati pengurus dilihat sebagai penggerak kepada kelancaran organisasi untuk
berkembang.
Organisasi seperti Yayasan Tun Jugah dan RTM mempunyai perancangan yang
teliti untuk menguruskan warisan oral yang bersifat agak kurang produktif untuk
diperkenalkan tetapi unsur tradisinya perlu diselamatkan oleh organisasi seni.
ii) Pengendalian
Pengendalian meliputi keinginan untuk melengkapkan tugasan, siapa yang
melakukannya dan bagaimana tugasan diurus dan dipantau. Pengendalian juga
meliputi keutamaan dan tanggungjawab dalam membuat keputusan. Secara
keseluruhannya, organisasi mesti dirangka dengan teliti untuk mencapai misi dan
matlamat agar selari dengan persekitaran organisasi. Merujuk kepada konteks
pengurusan jerita tuai dalam organisasi Yayasan Tun Jugah dan RTM, perangkaan
perlu dilakukan agar usaha yang dilakukan tidak sia-sia.
25
iii) Mengetuai
Leading atau membimbing merupakan tanggungjawab seorang pengurus untuk
menggerakkan orang bawahan untuk bersama-sama mencapai matlamat
organisasi. Untuk menjadi pengurus yang baik, peranan utamanya adalah
memahami para pekerja dari segi tingkah laku, memberi motivasi dan
penghubung. Seorang pengurus harus mempunyai kebolehan untuk memahami
dan menjangka perkara yang bakal berlaku supaya dapat mempengaruhi pekerja
untuk menjadi visi menjadi realiti. Organisasi memerlukan seseorang sebagai
penggerak dalam sesebuah perkara yang dilakukan. Daripada ini, pengkaji
menjangkakan bahawa sesebuah organisasi mampu untuk bergerak jika diketuai
oleh seseorang pengurus yang berkebolehan. Pengurus banyak terbahagi kepada
beberapa peringkat seperti atasan, pertengahan dan bawahan.
iv) Mengawal
Peringkat ini pula, dikaitkan dengan pemantauan prestasi organisasi selari dengan
perkembangan dan perancangan strategi yang berterusan. Pengawalan
mengandungi perancangan dan pemahaman yang dikehendaki untuk mencapai
matlamat, mengukur sesuatu kejadian berlaku, mengenal pasti perkara yang
dirancang dan keputusan sebenar. Tindakan juga ditakrif elemen penting untuk
memastikan fungsi dan peranan organisasi adalah saling berkaitan dengan
perancangan dan pengawalan agar matlamat mampu dicapai. Visi dan misi
merupakan elemen bagi organisasi seperti RTM dan Tun Jugah supaya organisasi
mempunyai gambaran yang jelas mengenai sesuatu yang bakal berlaku dan yang
dirancang.
26
2.1.2.2 Pengurusan Strategik Sukan
(Oleh :Hoe,Tan & N.D, 2007:2)
Pengurusan merupakan elemen penting bagi organisasi seperti Yayasan Tun Jugah dan
RTM Wai Fm dalam menguruskan jerita tuai. Warisan oral merupakan elemen yang sukar
untuk dilakukan terutamanya apabila melibatkan pandangan dan penerimaan masyarakat dan
organisasi yang lain. Oleh itu, pengurusan melibatkan 4P yang melibatkan perancangan,
pengelolaan, pengambilan staf, kepimpinan dan pengawalan. Proses pengurusan adalah
melibatkan banyak peringkat yang perlu diteruskan kerana jika dilihat dari aspek kajian ini
iaitu proses pendokumentasi dan proses audio yang dibawa oleh organisasi seni seperti
Yayasan Tun Jugah dan RTM Sarawak. Elemen-elemen pengurusan juga tidak dilupakan
untuk mengendalikan warisan iaitu yang merangkumi sumber organisasi misalnya manusia,
kewangan, informasi dan teknologi agar mencapai objektif organisasi. (Hoe,Tan & N.D,
2007: 2).
2.1.2.3 Arts Administration and Management: A guide for administrators and their
staffs.
(Oleh: Harvey Shore (1940:1-4)
Formal management...has frequently been seen as creating a restrictive,
hostile environment for creativity. [ In fact ] management need not
necessarily be considered anathema in the arts...; indeed it should be not
just a tool and support, but a reflection of the artistic goals and objectives
of the artists and their institutions.
Pengurusan rasmi seringkali dilihat sebagai ancaman persekitaran dan penciptaan
penghapusan kreativiti. Secara keseluruhannya, pengurusan tidak dianggap sebagai jambatan
kepada seni dan tidak sebagai alat atau sokongan tetapi dilihat sebagai pengalihan matlamat
dan objektif organisasi. Melalui sorotan kesusasteraan ini, pengkaji melihat bahawa
pengurusan itu merupakan medium asas kepada organisasi untuk mencapai tujuan organisasi.
Peranan organisasi Yayasan Tun Jugah dan RTM Sarawak merupakan asas atau platform
27
untuk memelihara warisan tradisi seperti jerita tuai. Organisasi seperti ini perlu
diperbanyakkan lagi agar warisan oral atau warisan lain tidak ditelan zaman.
Pengurusan sinonim dengan pentadbiran di mana dikaitkan dengan pengetahuan, kerja
berkumpulan dan kepelbagaian aktiviti. Pengurusan adalah melibatkan sokongan, kemahiran
dan kepakaran yang harus digabung untuk menjadikan sesebuah pengurusan itu dijalankan
dengan baik. Pengurusan juga menyentuh mengenai kuasa untuk mengawal atau berubah
untuk mencapai matlamat. Pengurusan meliputi organisasi seni seperti muzium, perpustakaan
syarikat teater atau koir yang mempunyai struktur organisasi yang bertindak sebagai agen
pertengahan.
28
2.1.3 Konsep Pengekalan
2.1.3.1 Preserving cultural heritage through digital media
(Oleh:Yehuda E.Kalay)
Melalui cara mengekalkan warisan ini diihat bahawa teknologi moden telah
memainkan peranan yang penting kepada kelangsungan warisan ini. Pengurusannya adalah
melalui saluran media yang merupakan pengantara kepada warisan kepada masyarakat
umumnya. Ini diihat sebagai alat untuk berkomunikasi dan digunakan untuk mencipta
kandungan budaya kepada imej digital melalui saluran yang lebih mudah. Maka dengan
medium ini saluran memainkan peranan dan perlu disalurkan dengan betul agar mampu
tercapai kepada audien. Perhubungan medium dengan cara menjaga atau mengekalkan
warisan ini adalah sangat dititikberatkan. Melalui saluran media ini, ianya akan mewakili
makumat dan cara masyarakat menganalisiskannya.
2.1.3.2 Jurnal kamus Dewan edisi ke 4
Kaedah pengurusan perlu melalui aspek dan konteks mengekalkan. Hal ini kerana
warisan ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya kerana ianya dilihat sebagai lambang identiti
masyarakat khususnya etnik yang pelbagai di Sarawak ini. Konsep pengekalan perlu
dilakukan dengan sokongan daripada pelbagai pihak juga untuk memastikan sesuatu warisan
itu sentiasa kekal. Menurut kamus dewan edisi 4, yang menyatakan maksud mengekalkan
turut sinonim dengan pembawaan maksud menjaga, memelihara supaya sesebuah yang
dilakukan itu sentiasa kekal kewujudannya. Selain itu, ianya juga sinonim dengan perkataan
yang tidak berubah-ubah, tetap dan dan kelangsungannya sentiasa ada di mata dunia.
29
2.1.3.3 Perkembangan Teknologi Komunikasi
(oleh: Irwansyah)
Dalam konsep mengekal juga menyebut tentang media komunikasi seperti radio.
Radio merupakan salah satu media komunikasi yang digunakan untuk menyampaikan
maklumat kepada audiens. Perkembangan teknologi membawa kepada kemajuan kepada cara
untuk menguruskan warisan ini supaya sentiasa kekal dimata masyrakatnya sendiri. Media ini
merupakan media maklumat yang bergerak untuk masyarakat secara menyeluruh. Ini
dikaitkan pengkaji apabila menjadikan RTM Wai Fm sebagai landasan untuk mengekalkan
warisan ini dengan cara audio. Wai Fm dilihat sebagai satu-satunya saluran media yang
menyiarkan dan menyebarkan maklumat secara audio.
30
2.1.4 Jerita Tuai
2.1.4.1 Kajian Cerita Rakyat Masyarakat Iban di Sarawak
(Oleh: Lenna Demay ak Joseph Mechine ( 2007: 4-5)
“satu fenomena cerita rakyat di dunia ialah penyebarannya yang luas
sehingga kita dapati banyak persamaan yang ditunjukkan oleh cerita rakyat
berbagai bangsa di dunia. Tiap- tiap satu kelompok manusia mempunyai ciri-
ciri cerita rakyat yang tersendiri. Dalam masyarakat yang bertamadun
tinggi sekalipun, cerita rakyat dihargai sebagai warisan bangsa dan lebih
daripada sastera moden ciptaan induvidu, cerita rakyat dianggap sebagai
dapat mewakili roh atau jiwa sesuatu bangsa.”
Di sini pengkaji mendapati bahawa setiap entik di Sarawak mempunyai cerita rakyat
yang menjadi ukuran kepada warisan yang diketengahkan oleh etnik yang terlibat. Cerita
rakyat merupakan sastera tradisi yang sudah diamalkan pada masa dulu sehingga diangkat
sebagai sastera moden. Malah, ianya dilihat sebagai cermin kepada bangsa. Cerita rakyat
entik menjadi simbol kepada penjana kesusasteraan dan kelangsungan warisan dalam budaya
oral.
2.1.4.2 Wajah Sastera Sarawak
(Oleh: Hamzah Hamdani ,1988; 3-4)
‘Sebagai sebahagian daripada tradisi lisan memang perkara tersebut tidak
kurang dengan simbolnya terutama kalau ditinjau dalam konteks pandangan
dunia masyarakat setempat. Cerita-cerita lisan masyarakat Sarawak ada
daripadanya mengambil bentuk folktale, legenda dan mitos.’
Hamzah Hamdani menyatakan bahawa terdapat perkaitan antara tradisi lisan dengan
masyarakat setempat. Ini merujuk kepada pandangan masyarakat terhadap jerita tuai yang
merupakan simbol utama kepada masyarakat Iban itu sendiri. Pengkaji mengaitkan bahawa
berlaku kitaran dimana ianya menghubungkan elemen masyarakat dengan tradisi lisan sebagai
warisan tradisi yang pernah berlaku pada waktu dahulu sehingga menjadi identiti yang kekal
31
kepada masyarakat Iban. Selain itu, penulis turut menyatakan bahawa cerita-cerita lisan
terbahagi kepada bentuk forktale, legenda dan mitos. (Hamzah Hamdani ,1988: 3)
Pengkaji juga mengaitkan dengan isu penerimaan golongan muda terhadap jerita tuai
ini pada masa sekarang. Kesahihan dan unsur keaslian jerita tuai boleh ditokok tambah dalam
menarik minat pendengar / pembaca. Tiadanya bukti yang kukuh dalam ingin membuktikan
keaslian samada jerita tuai ini benar atau tidak menjadi persoalan. Oleh itu, petikan yang
digarap dari buku yang ditulis oleh Hamzah Hamdani yang menyatakan ‘forktale adalah
proses narrative yang disifatkan sebagai cereka (fiction) dan menyatakan cerita-cerita
(jerita tuai) ini pernah atau tidak pernah berlaku.’(ms 4). Petikan ini menguatkan bahawa isu
keaslian jerita tuai di sini disentuh oleh penulis bahawa proses penceritaan tidak dikenalpasti
dan mampu untuk dipertikaikan. Petikan ini dijadikan bukti untuk menjawab permasalahan
kajian pengkaji yang boleh dijadikan faktor penerimaan generasi muda terhadap warisan oral.
2.1.4.3 Sang Budiman
(Seri Lanang Jaya bin Rohani, Dahnia Anan ,2013:151)
‘Jerita tuai meliputi legenda, motis dan naratif historikal (the encyclopedia of
Iban Studies,vol.2: 824) dan ia dinyanyikan. Jerita tuai dianggap cerita atau
mitos yang sakral kerana dipercayai benar, khususnya tentang wira dan
wirawati Keling dan Kumang di kayangan Panggau Libau dan Gelung.’
Selain cerita tentang Keling dan Kumang, jerita tuai juga mengisahkan
watak wirawati mistikal Lulong dan wira Laja, Bunga Nuing dan
seumpamanya. (Richards,1981:87)
Mengikut petikan yang diambil oleh Seri Lanang Jaya dari The encyclopedia of Iban
Studies yang menyatakan jerita tuai meliputi legenda, mitos dan naratif historikal dan ia
dinyanyikan. Melalui ini pengkaji dapat membezakan bahawa aspek warisan oral seperti jerita
tuai mempunyai nilai tersendiri yang mengandungi legenda, mitos dan naratif historikal.
Aspek inilah yang menjadikan jerita tuai unik berbanding warisan oral yang lain. Jerita tuai
32
juga boleh dianggap sebagai cerita atau mitos yang secara keseluruhan dipercayai benar oleh
masyarakat dahulu seperti cerita Keling dan Kumang di kayangan Panggau Libau dan
Gelung.
2.1.4.4 International ‘Ikat’ weaving Forum
(Oleh: Sarawak Museum ,1999:28)
‘Iban have no written history, and it’s clear how they learn to weave. Sharing
a universal propensity for creating divine reasons for human activitys they
have produced various forms of folklore such as myths (ensera), legends
(jerita tuai) and invocatory chant (timang) in which they account for
institutions and related activity.’
Merujuk penulisan buku ini, pengkaji mendapati bahawa masyarakat Iban tidak
mempunyai sejarah bertulis. Ini boleh dilihat dalam konteks warisan oral yang hanya
diceritakan dari mulut ke mulut dan tidak disimpan melalui saluran yang betul. Masyarakat ini
cuma dilihat mempunyai kekayaan dalam aktiviti masyarakat dalam kehidupan seharian
mereka yang menghasilkan folklore seperti ensera, jerita tuai, dan timang. Kekayaan dari
segi warisan oral merupakan kekayaan masyarakat Iban berbanding masyarakat yang lain.
33
2.1.5 Sastera Lisan
2.1.5.1 Melayu Sarawak Yang Hilang
(Oleh:Sanib Said (2013:59 - 60)
‘Sekiranya maksud sastera rakyat mengamalkan definisi folklores ini
memberi banyak makna, satu ketika contohnya ialah cerita daripada
‘illerate, rural, backward preasants.’
Elemen folklores juga disentuh oleh pengkaji dalam kajian yang dijalankan ini. Hal ini
disebabkan oleh cerita menggambarkan penceritaan dari awal hingga akhir sehingga
membawa kepada pembaharuan yang tersendiri. Tafsiran jerita tuai melalui setiap orang
adalah berbeza apabila dinilai. Nilai warisan juga adalah tradisi yang diperturunkan dari
zaman dahulu hingga kini.
‘...special meaning of a particular group, as well as national epics;
transnational narratives have considerable adaptability to different local
circumstances. [T] raditional epics are tales of identity having a key
importance for the self-definition of a cultural community. (muka surat 62)
Cerita adalah sesuatu yang mempunyai maksud yang unik bagi setiap kumpulan terutama
masyarakat epik. Penceritaan merupakan pemindahan yang dikaitkan dengan budaya
tempatan yang menjadi identiti kepada komuniti yang mendefinisikannya mengikut
kefahaman masyarakat itu sendiri.
‘Oral tradition in Sarawak is not only rich as every cultural group has
its corpus of tradisional oral tales, sayings, chants,poerty or songs, but
is source of information on the culture of the people.’
(muka surat 62)
Tradisi lisan di Sarawak bukan sahaja kaya dengan budaya masyarakat, malah turut
mempunyai tradisi lisan melalui cerita, timang, leka main, dan sebagainya. Ini dijadikan
sumber maklumat kepada masyarakat.
34
Allen Maxwell, seorang sarjana dari Amerika Syarikat yang telah membuat penyelidikan di
Brunei dan Sarawak selama berdekad-dekad lamanya memaklumkan di dalam Melayu
Sarawak Yang Hilang (muka surat 63):
...[I]t is in the oral tradisional texts of a group is inscribed and perserved genre for
posterity. It is one particular genre of texts, the ethnohistorical epic texts, that
are most important as the ‘containers’ in which so much of tradisional culture is
to be found.
Pengkaji mendapati bahawa tradisi oral ini dibawa oleh kumpulan masyarakat yang
berusaha untuk mengekalkan melalui pemuliharaan dan pemeliharaan. Ini merupakan petikan
yang penting yang dilihat sebagai tempat untuk menyimpan budaya tradisional supaya mudah
ditemui.
35
2.1.6 Masyarakat Iban
Kaum Iban pada masa dahulu adalah dikenali sebagai Dayak Laut kerana mereka
sering belayar di laut (Roth 1968:143) dan merupakan etnik yang terbesar di Sarawak.
Penggunaan istilah ‘Iban’ hanya diterima umum pada pertengahan abad ke-20 terutamanya di
Saribas. Sebelum itu mereka menggelarkan diri mereka sebagai Dayak atau Daya’ yang
membawa maksud penduduk kawasan tinggi. Iban tergolong dalam kalangan bahasa ‘Malayic
Dayak'.
Semasa zaman Brooke, Iban dikaitkan dengan sistem sungai di mana mereka tinggal
seperti Batang Ai Iban, Iban Skrang, Iban Saribas dan Batang Rajang Iban. Sebenarnya,
istilah Wass ‘Sea Dayak’ dicipta oleh Rejim Brooke kerana Iban ialah mencerobohi laut.
Kaum Iban terdapat di segenap sudut dan lebar Sarawak, kebanyakkannya tinggal di rumah
panjang atau kampung di sepanjang tebingan sungai. Etnik Iban dikenali dengan mempunyai
identiti dan budaya dan warisan mereka sendiri.
2.1.6.1 Ensera Ayor: Epik Rakyat Iban
(Oleh: Noriah Taslim Chemaline Osup)
‘suku Iban ialah penduduk peribumi yang terbesar di Sarawak
(dikenali juga sebagai Bumi Kenyalang). Secara keseluruhannya,
penduduk Sarawak terdiri daripada 23 kumpulan etnik utama dan
berpuluh lagi suku etnik yang kecil. Mereka menganut pelbagai
kepercayaan, adat resam dan budaya serta menukarkan bahasa dan
dialek yang berbeza-beza mengikut daerah kediaman masing-
masing.’
Kajian ini dikaitan dengan masyarakat Iban yang dilihat sebagai suku kaum yang kaya
dengan warisan dan budaya yang tersendiri dan unik. Jerita tuai dilihat sebagai penggerak
kepada kelangsungan warisan oral dalam masyarakat Iban. Menurut penulis juga, Iban
meupakan etnik yang paling besar di Sarawak yang mempunyai kepercayaan, adat resam dan
budaya.
36
2.1.6.2 The Peoples of Sarawak
(Oleh: Tom Harrison)
‘The dayaks themselves say that Iban simply means a person and it’s
commonly used for ‘anyone’...’We Iban’ means not more than our
people or race. They were probably called Sea Dayaks because they
used boats and were found in the 1840’s in company with sea-going
pirates out of the Batang Lupar and Saribas.’
Kaum Iban merupakan majoriti di Sarawak yang menjadi fokus utama dalam kajian
ini. Iban itu sendiri membawa maksud yang meluas yang dikenali sebagai ‘Sea Dayak’
disebabkan oleh cara hidup yang digunakan pada masa dahulu. Kaum Iban juga pada asalnya
juga dikenali sebagai lanun kerana kebanyakkan kaum ini hidup di persisiran sungai dan
punca mata pencarian di perairan.
2.1.6.3 Emotion Concepts of the Ibans in Sarawak
(Oleh: Lily Metom)
‘The Iban direct relationship with their community is strong evidence of
their concrete. In the communal living of this ethic group, there exists
between them a strong attachment of statement which provides the
community of living.’
Pengkaji melihat perkaitan perhubungan langsung antara masyarakat dengan budaya
yang menjadi bukti yang kukuh. Dalam kehidupan etnik ini, terdapat pertalian yang kuat
dalam memperkuatkan kenyataan hidupan yang dijalani oleh masyarakat.
37
2.2 Rumusan
Secara menyeluruh melalui bab dua ini, pengkaji dapat memperolehi maklumat
berkaitan dengan tajuk kajian dengan merujuk kepada buku, jurnal, website dan sebagainya.
Data-data yang diperolehi membantu menambahbaikkan kekurangan maklumat yang
diperolehi daripada data primer.
Sorotan kesusasteraan boleh dijadikan rujukan oleh pengkaji dalam kajian yang akan
datang. Pengkaji juga menggunakan sorotan kesusasteraan daripada kajian lepas untuk
memastikan kajian yang dijalankan mendapat maklumat yang mencukupi dan menambah
maklumat yang sedia ada.
Tradisi bercerita cara lisan akan lenyap lantaran cabaran media yang lebih efisien lagi
sophisticated seperti buku, radio dan televisyen. Oleh itu, cabaran pada masa kini sangat perlu
diberi perhatian secara serius jika masih ingin mengekalkan tradisi ini. Untuk dipratikkan
pengkaji mendapati memang sukar untuk diamalkan kerana era moden mengetepikannya.
38
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab 3 ini, pengkaji akan menerangkan tentang kaedah yang digunakan dalam
pengumpulan data. Pengkaji menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Kuantitatif dan kualitatif merujuk penyelidikan dilakukan ke lapangan untuk mengutip data
kajian. Selain menjalankan kerja lapangan, penyelidikan terlebih dahulu, menjalankan kajian
keperpustakaan, iaitu untuk mendapatkan kajian daripada penyelidik yang terdahulu. Pengkaji
menggunakan dua sumber utama untuk mendapatkan maklumat samada data primer dan
sekunder.
39
3.2 Kaedah Kajian
Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif.
Kaedah kualitatif meliputi kajian perpustakaan, kerja lapangan, pemerhatian dan temubual.
Manakala, kaedah kuantitatif adalah lebih menjurus kepada borang soal selidik.
3.2.1. Kaedah Kualitatif
3.2.1.1 Kajian Perpustakaan
Untuk mendapatkan data sekunder ini, pengkaji akan menjalankan kajian di beberapa
perpustakaan di sekitar Kota Samarahan dan Kuching. Antara perpustakaan yang menjadi
tumpuan kajian ini ialah CAIS, Pustaka Negeri Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Cawangan Sarawak dan perpustakaan di Simunjan. Tujuan pengumpulan data melalui kajian
keperpustakaan ini, adalah untuk meninjau aspek-aspek atau bahan-bahan yang pengkaji
terdahulu telah kaji. Menerusi data yang diiperolehi, pengkaji boleh membuat perbandingan
dan melakukan penambahbaikkan di dalam kajian ini. Pangkaji juga dapat membuat penilaian
berkaitan dengan kajian lepas dan melihat kepada kesesuaian data-data yang diperolehi untuk
diletakkan dalam kajian.
3.2.1.2 Kajian Kerja Lapangan
Kajian kerja lapangan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian utama, iaitu:
i. Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian merupakan medium terawal yang digunakan oleh pengkaji sebelum
memulakan kajian ke langkah seterusnya. Pemerhatian ini dilakukan agar
pengkaji lebih memahami perkara yang bakal dikaji. Dengan kaedah pemerhatian
ini, pengkaji lazimnya mendapat maklumat mengenai jerita tuai ini adalah
40
melalui keluarga. Ini kerana pengkaji mendengar dan membaca sendiri jerita tuai
dari sumber yang pakar.
Selain itu, pengkaji turut melakukan pemerhatian dalam organisasi Yayasan Tun
Jugah. Pengkaji telah pergi ke Yayasan Tun Jugah sebanyak tiga kali untuk
memahami peranan organisasi dalam beroperasi dalam menguruskan oral history.
Ini membuatkan pengkaji lebih tahu pengendalian organisasi dalam menguruskan
sesebuah warisan khususnya jerita tuai di mana terdapat galeri dan perpustakaan
untuk menyimpan warisan ini. Ternyata Yayasan Tun Jugah ini memainkan
peranan yang penting dalam menguruskan warisan ini.
ii. Kaedah Temubual
Melalui kaedah ini, pengkaji telah menjalankan temuramah bersama beberapa
orang individu pakar mengenai jerita tuai ini. Antara informen yang ditemubual
adalah En. Robert Menua, pengarah Oral History dari Yayasan Tun Jugah dan
Cik Monica Midi, penerbit Rancangan Waifm Iban dari Radio Televisyen
Malaysia (RTM) cawangan Sarawak.
Kaedah ini boleh dijalankan dalam dua kategori, iaitu:
i. Temubual dalam bentuk formal
Temubual formal ini merujuk kepada pakar dalam konteks kajian ini adalah
kepada pegawai organisasi. Pengkaji melakukan temuramah dengan pihak yang
bertanggungjawab dalam mengekalkan jerita tuai ini yang menekankan aspek
utamanya iaitu pengurusannya. Pengkaji akan menjalankan temuramah dengan
pihak RTM dan Yayasan Tun Jugah. Peranan organisasi ini amat penting kajian
pengkaji disebabkan peranan menjadi kayu ukur kepada kelangsungan warisan.
41
ii. Temubual dalam bentuk tidak formal
Pengkaji turut melakukan temubual dalam bentuk tidak formal dalam kajian ini.
Dalam temubual berbentuk ini, pengkaji hanya melakukan temubual dengan
orang awam seperti penduduk kampung dan pelajar untuk memperolehi maklumat
dalam bentuk tidak formal. Temubual jenis ini lebih boleh dikatakan sebagai
menanyakan pendapat dan pandangan serta pemahaman mengenai jerita tuai.
3.2.2 Kaedah Kuantitatif
Melalui kaedah borang soal selidik ini adalah dengan mengedarkan borang kepada
responden. Bentuk soalan adalah teliti dan menonjolkan idea mengikut keperluan dan tujuan
agar responden faham dengan soalan diajukan kepada mereka. Soalan berbentuk tertutup iaitu
jawapan sudah disediakan oleh pengkaji.
Sebanyak 200 set borang soal selidik akan diedarkan kepada responden. Lokasi
pengedaran borang soal selidik adalah di dua kawasan iaitu di Sekolah Menengah
Kebangsaan Simunjan No.1 dan IPTA ( UNIMAS ). Borang soal selidik yang diedarkan oleh
pengkaji terbahagi kepada 3 bahagian iaitu A, B dan C.
Bahagian A adalah meliputi soalan yang lebih kepada ciri-ciri demografi
responden.
Bahagian B pula adalah mengenai pendapat atau pandangan responden
berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji.
Bahagian C pula adalah mengenai tahap pengetahuan responden mengenai
kajian pandangan dan cadangan penambahbaikkan kepada kajian.
42
3.3 Populasi Kajian
Populasi kajian merujuk kepada golongan sasaran atau responden yang berfungsi
sebagai penggerak kepada kajian yang dilakukan. Golongan sasaran merupakan golongan
yang akan menjawab borang kaji selidik dan yang ditemuramah. Pengkaji membahagikan
populasi kajian kepada kuantitatif dan kualitatif.
3.3.1 Populasi Kuantitatif
Pengkaji telah menetapkan bahawa peringkat umur responden terbahagi kepada
golongan remaja, golongan belia dan golongan tua. Bagi peringkat golongan remaja, pengkaji
menetapkan ruang lingkup bagi umur adalah antara 15 hingga 19 tahun. Manakala, bagi
peringkat belia pula, adalah antara umur 20 hingga 39 tahun dan golongan tua pula
lingkungan umur 40 tahun dan ke atas. Borang soal selidik diedarkan di sekolah dan IPTA
disebabkan oleh kebanyakkan golongan sasaran berada diperingkat umur yang sesuai untuk
dikaji.
3.3.2 Populasi Kualitatif
Populasi kualitatif ini merujuk kepada golongan yang ditemuramah. Dalam kajian ini,
beberapa orang pegawai RTM dan Yayasan Tun Jugah telah dipilih untuk ditemuramah
daripada kakitangan yang terdapat di dalam organisasi. Ini adalah merujuk kepada bidang
kepakaran pegawai yang dijadikan sasaran untuk membantu memperolehi maklumat
mengenai warisan ini terutama berkenaan aspek pengurusan. Peranan dan fungsi organisasi
amat ditekankan dalam konteks ini disebabkan badan-badan ini memainkan peranan yang
penting. Maklumat yang diperolehi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
43
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian merujuk kepada peralatan yang digunakan dalam memastikan
kelancaran dalam kajian ini. Terdapat beberapa peralatan yang penting digunakan antaranya:
3.4.1 Instrumen kualitatif
i) Komputer riba ( laptop)
Dalam kajian ini komputer memainkan peranan yang penting sepanjang kajian ini
dilakukan. Ianya berfungsi untuk menyimpan data mentah dari sumber primer dan sekunder
yang akan diperincikan. Malah, digunakan untuk menaip data mentah menjadi data yang
lengkap bagi pengkaji. Komputer riba ini berfungsi untuk penulisan ilmiah yang berkualiti
untuk dijilidkan. Malah, sebagai alat mendokumentasikan kajian dan disimpan dengan
selamat.
ii) Kamera Digital
Kamera digunakan oleh pengkaji semasa menjalankan kajian kerja lapangan. Kamera
ini penting dalam proses pemerhatian dan temubual dalam mengambil gambar sepanjang
proses kajian ini dijalankan. Gambar-gambar akan disertakan di lampiran sebagai bukti
kepada pengkaji benar-benar melakukan kajian dan membuktikan kesahihannya.
iii). Perakam Suara
Dalam instrumen ini, pengkaji dapat merakam segala perbualan akan direkodkan
sebagai cara untuk mengumpul maklumat. Rakaman perbualan ini juga akan dijadikan
sebagai bahan bukti dalam menyiapkan kajian ini. Melalui rakaman ini, segala maklumat
44
yang diinginkan dapat dikumpul tanpa berlakunya keciciran maklumat dan boleh didengar
semula oleh pengkaji bertujuan untuk kesahihan maklumat itu.
iv). Buku Catatan
Pengkaji turut menggunakan buku catatan sebagai langkah awal untuk memperolehi
data. Ini sebagai pencegahan sekiranya maklumat hilang di dalam komputer. Buku ini
berperanan untuk mencatat maklumat yang diperolehi dan turut dijadikan rujukan oleh
pengkaji. Lazimnya, maklumat mentah yang akan dicatat oleh pengkaji dalam menganalisis
maklumat yang akan diproses.
v). Telefon
Telefon merupakan item penting dalam menjalankan kajian ini. Telefon digunakan
untuk berurusan dalam mendapatkan respon dari informan-informan yang berkaitan. Ianya
adalah berfungsi untuk menghubungi pihak berwajib dalam mendapatkan persetujuan
sebelum pergi untuk menemuramah.
3.4.2 Instrumen Kuantitatif
i. Borang Soal Selidik
Pengkaji menyediakan ‘close-ended’ kepada responden dalam kajian ini. Soalan yang
berbentuk ‘close-ended’ iaitu soalan berstruktur di mana pengkaji sendiri yang menyediakan
jawapan sebagai pilihan kepada responden.
ii. Statistical Package For Social Science ( SPSS )
Instrumen ini turut digunakan di dalam kajian ini. Pengkaji mendapati bahawa
instrumen ini penting bagi membantu dalam bab seterusnya. SPSS ini merupakan satu
45
program yang membantu dalam pengolahan data statistik. Ianya turut membantu dalam
menganalisis data dalam bentuk tabel dan grafik.
46
3.5 Rumusan
Pengkaji mendapati terdapat tajuk-tajuk penting yang dibincangkan di dalam bab 3 ini.
Antaranya adalah sumber data, kaedah yang digunakan iaitu kualitatif dan kuantitatif,
populasi dan instrumen kajian. Di dalam setiap tajuk yang terdapat di bab 3 ini mempunyai
hala tuju kepada kajian yang dijalankan oleh pengkaji sepanjang kajian ini dilakukan.
Pengkaji turut melakukan kerja lapangan untuk memperoleh data yang tepat mengenai tajuk
yang dikaji agar semua maklumat yang didapati adalah sahih. Pengaturan jadual dan masa
perlu diselenggara dengan bijak agar pengkaji memperolehi data dengan mudah dan cepat
memandangkan masa yang diperuntukkan adalah singkat.
47
BAB 4
ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Bab 4 merupakan bab yang akan menghuraikan dan menganalisis semua data yang
diperolehi sepanjang kajian ini dijalankan. Perolehan data yang dikumpul adalah berbentuk
kaedah kualitatif iaitu temubual daripada beberapa orang informen dari Yayasan Tun Jugah
dan RTM Sarawak dan kaedah kuantitatif iaitu maklum balas daripada responden (borang
soal selidik).
Soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan tiga perkara dalam kajian
pengkaji iaitu permasalahan, objektif dan hipotesis kajian. Selain itu, pengkaji juga turut
memperoleh maklumat dari data sekunder. Hal ini haruslah saling berkaitan agar mampu
menjawab kajian yang dijalankan agar data diperolehi berguna dalam kajian ini dan selaras
dengan hipotesis.
48
4.2 Analisa Data
4.2.1 Analisa data dari Yayasan Tun Jugah
Dr. Robert Menua Saleh merupakan Pengarah di bahagian Sejarah Lisan di Yayasan
Tun Jugah. Beliau merupakan pakar dan mempunyai pengalaman dalam jerita tuai dan
menguruskannya. Daripada temubual yang telah dijalankan bersama informen ini terdapat
beberapa data mentah yang diperolehi dalam membantu menjawab objektif kajian. Menurut
beliau, peranan organisasi dalam menguruskan jerita tuai sangat diperlukan untuk memastikan
warisan ini terus kekal. Tujuan utama Yayasan Tun Jugah ialah untuk memelihara dari
konteks pengurusannya agar jerita tuai ini ada kelangsungannya dari sudut pakarnya. Menurut
beliau juga, organisasi ini tidak mementingkan keuntungan tetapi hanya bertujuan untuk
memberi ilmu pengetahuan semata-mata.
Tambah beliau lagi, melalui koleksi sahaja warisan ini mampu untuk kekal di mata
masyarakat sekarang. Oleh itu, usaha Yayasan dilipatganda untuk memperolehi sumber dalam
mencari pakar dalam mengenai jerita tuai. Menurut beliau, mereka akan pergi ke kawasan
pendalaman untuk menemui pakar yang boleh menceritakan jerita tuai dan mereka akan
merekod dan mendokumentasikannya. Proses mendokumentasikan ini amat penting untuk
menjamin jerita tuai masih kekal untuk generasi mendatang.
Pendokumentasian jerita tuai oleh Yayasan Tun Jugah terdapat dua versi iaitu bahasa
Iban dan bahasa Inggeris sahaja. Selain itu, terdapat juga buku yang dijual sebagai salah satu
strategi promosi tetapi motif utama Tun Jugah adalah sebagai koleksi pembacaan dan
pengetahuan.
Beliau turut menyatakan bahawa bahagian Sejarah Lisan dalam Yayasan Tun Jugah
berfungsi memenuhi keperluan untuk merakam, mendokumentasi dan memelihara warisan
49
oral dalam bentuk yang boleh disimpan (buku). Tambahan pula, yayasan ini mengetengahkan
usaha berterusan untuk mengekalkan warisan budaya dalam kajian dan seterusnya
mendokumentasikannya. Dengan cara ini, jerita tuai mampu untuk dikekalkan dan iktirafkan
sebagai budaya Iban.
Yayasan Tun Jugah ini juga tidak hanya tertumpu kepada mengekalkan jerita tuai
semata-mata tetapi merangkumi semua warisan oral masyarakat Iban di Sarawak. Menurut
beliau, warisan oral akan direkod agar mampu untuk dikekalkan. Antara warisan oral yang
terdapat di Yayasan Tun Jugah iaitu:
i.Timang vii.Berua’
ii.Ramban viii.Ensera
iii.Pantun x.Cherita
iv.Sampi xi.Pelian
v.Sabak xii.Renung Adat
vi.Pengap
Melihat kepada konteks objektif organisasi Tun Jugah pula, secara menyeluruh En.
Robert Menua menyatakan bahawa tujuan asal bahagian Sastera Lisan adalah untuk menjaga
dan memelihara tradisi oral masyarakat Iban untuk tontonan generasi muda khususnya.
Peranan utama bahagian Sastera Lisan dalam mengekalkan dan mempromosi budaya tradisi
warisan oral adalah agenda penting organisasi agar memberi manfaat kepada generasi muda.
Ianya adalah mengeluarkan atau mendokumentasikan agar tidak hilang dengan ancaman
hiburan yang lain.
50
4.2.2 Analisa data dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak
RTM Sarawak yang menyiarkan program Wai FM Iban telah dikenal pasti sebagai
organisasi yang berusaha untuk mengekalkan warisan oral ini. Ini dilihat sebagai usaha
kerajaan dalam memartabatkan warisan etnik Iban itu sendiri. Wai Fm Iban menyiarkan dua
program jerita tuai yang berbayar iaitu Jerita Tuai Iban dan Pengingat Tuai.
Melalui maklumat yang diperolehi oleh pengkaji dari Cik Monica Midi ialah
pengurusan dari segi penyiaran program Iban adalah berbayar. Ini bermaksud penyampai
yang bercerita mengenai jerita tuai itu dibayar skrip sebanyak RM8 untuk 1 minit dan
penyampai dibayar RM 200 untuk satu program yang bersiaran selama 30 minit.
Terdapat permasalahan yang dialami oleh organisasi RTM ini berkaitan dengan
penyiaran jerita tuai ini disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Menurut informan, bukan
sahaja jerita tuai, malah lagu Iban juga kurang diminati generasi baru kaum Iban sebeum ini.
Tetapi revolusi industri muzik Iban yang berubah sejak 5 tahun ini telah menarik minat
generasi baru untuk meminati radio Iban. Ini dinamakan peralihan zaman/ generasi tetapi
golongan pertengahan dan golongan senja agak sukar menerima perubahan ini. ini secara
tidak langsung menyukarkan Wai Fm sebagai orang tengah untuk memberi kepuasan kepada
semua pendengar. Ditambah beliau lagi, terdapat juga golongan muda yang meminati jerita
tuai Iban cuma bergantung kepada cara penyampaian penyampai program tersebut.
Melalui data yang didapati, informan menyatakan bahawa pertukaran pengelola yang
membawa kepada pertukaran penyampai menjadi salah satu masalah yang dihadapi oleh
organisasi dalam ingin memantapkan aspek pengurusan warisan ini. Menurutnya, program
Pengingat Tuai skrip ditulis oleh peminat dan orang luar dan diberikan penyampai. Manakala,
satu-satunya program yang sekali-sekala menyentuh tentang jerita tuai ialah Pengingat Bup
51
Nendak yang diterbitkan pada setiap khamis jam 7.30 pagi yang disampaikan oleh En.
Jonathan Singki Lintan yang merupakan ketua editor DBP yang juga merupakan salah
seorang penulis dan editor Bup Nendak sejak buku ini diterbitkan oleh BLB.
Untuk pembaharuan dalam menarik minat pendengar, informan menyatakan tahun ini
Wai Fm bercadang menggunakan buku-buku BLB untuk menerbitkan program ini. Namun
dengan pendekatan berbeza iaitu dengan melakonkan watak dan cerita tersebut untuk menarik
golongan muda seperti drama radio. Hal ini sedemikian agar golongan muda terus mengetahui
cerita masyarakat Iban dan program ini diteruskan walaupun menghadapi banyak masalah
cuma menggunakan pendekatan berbeza mengikut keadaan.
Informan turut memberi cadangan dalam menguruskan warisan ini agar sentiasa kekal
dengan pendekatan yang lebih kepada audiens. Menurutnya, program ini harus diterbitkan
pada waktu pagi kerana pendengar yang ramai dan melakukan sasaran di kawasan
persisiran/pendalaman dan bandaraya Kuching. Atur acara program harus bijak mengatur
strategi yang bersesuaian dengan keadaan sebagai contoh, tempoh siaran dilakukan pada
waktu petang kerana kebanyakkan pendengar mendengar radio disebabkan oleh kesesakan
lalu lintas.
Peranan organisasi amat penting di samping jalinan kerjasama perlu dipergiatkan.
Informan menegaskan bahawa setakat ini jerita tuai tidak didedahkan secara terperinci dan
kerap. Walaupun maklumat boleh didapati kerana sudah banyak dibukukan dan sumber cuma
penyampai sahaja yang sukar diperolehi. Radio hanya berperanan sebagai orang tengah untuk
menyalurkan maklumat. Di samping itu, kakitangan pegawai Wai Fm yang terhad kini
membataskan pergerakan dan bebanan kerja. Malah, sokongan pihak pemimpin Iban dan
orang yang berpengalaman untuk berbincang dengan pihak atasan RTM berkenaan tentang
52
pentingnya jerita tuai untuk mengekalkan warisan Iban. Ditambah juga dengan pendedahan
seperti ini maka masyarakat khususnya dapat mengetahui sejarah bangsa Iban, asal usul dan
sesetengah tempat di Sarawak yang mendapat nama berdasarkan sesuatu peristiwa.
53
4.2.3 Analisa Data Dari Borang Soal Selidik
Dapatan kajian turut diperolehi dari data borang soal selidik. Borang soal selidik
diedarkan sebanyak 250 set sampel kepada responden sasaran. Tetapi hanya 200 set sampel
sahaja yang dapat digunakan. Borang soal selidik ini diedarkan di dua kawasan iaitu Smk
Simunjan No.1 dan Unimas. Sekolah menjadi tumpuan pengkaji adalah disebabkan oleh
sasaran responden pengkaji adalah golongan muda dan ini menjadi tempat yang strategik
untuk memperolehi data yang bertepatan dengan kajian. Hal ini kerana, sekolah mempunyai
golongan umur yang dijadikan sasaran dalam kajian ini. Bukan sahaja pelajar, malah turut
memberi maklumat adalah tenaga pengajar yang bertugas di sekolah tersebut. UNIMAS juga
menjadi tempat sasaran pengkaji. Borang soal selidik ini adalah dikhaskan kepada pelajar
Iban sahaja untuk dijadikan responden. 200 set sampel borang soal selidik ini digunakan
untuk menjawab persoalan yang timbul agar mendapat data yang sepatutnya untuk kajian ini.
Borang soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian A: Demografi
Soalan 1: Jantina
Jantina Kekerapan ( orang ) Peratusan (%)
lelaki 74 37.0
perempuan 126 63.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 1: jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina
54
Rajah 1: Jumlah peratusan responden mengikut jantina
Rajah 1 menunjukkan bahawa peratusan responden perempuan adalah lebih tinggi
berbanding responden lelaki iaitu sebanyak 63% yang mewakili 126 orang dan 37% mewakili
74 orang responden lelaki. Perbezaan ini akan mempengaruhi dapatan kajian kerana
pengetahuan am yang dimiliki oleh lelaki dan perempuan adalah berbeza. Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa golongan perempuan lebih ramai yang berpelajaran iaitu belajar ke
peringkat lebih tinggi berbanding lelaki. Golongan perempuan dilihat sebagai golongan yang
lebih tinggi ilmu pengetahuan.
Soalan 2: Umur
Umur ( tahun) Kekerapan (orang) Peratusan ( % )
15-19 103 51.5
20-29 65 32.5
30-39 27 13.5
40 dan ke atas 5 2.5
Jumlah 200 100.0
37%
63%
JANTINA
lelaki
perempuan
55
Jadual 2: Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut umur.
Rajah 2: Jumlah peratusan responden mengikut umur
Rajah 2 di atas menunjukkan jumlah peratusan responden mengikut umur. Lingkungan
umur responden 15 hingga 19 tahun mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu 51.5% yang
mewakili 103 orang. Manakala lingkungan umur 20 hingga 29 mencatatkan 32.5% yang
mewakili 65 orang. Peratusan responden bagi lingkungan umur 30 hingga 39 dan 40 dan ke
atas masing-masing mencatatkan 13.5% dan 2.5% iaitu mewakili 27 dan 5 orang responden.
Responden yang dalam lingkungan 15 hingga 19 merupakan sasaran utama untuk
memperolehi pengetahuan dan pendapat mereka. Tambahan pula, skop dan sasaran adalah
tertumpu kepada golongan muda. Lingkungan umur adalah penting dalam kajian ini bagi
menunjukkan perbezaan pandangan dan pemikiran daripada lingkungan umur yang berbeza.
52%
33%
14%
1%
UMUR
15-19
20-29
30-39
40 dan ke atas
56
Soalan 3: Pekerjaan
Pekerjaan Kekerapan(orang) Peratusan (%)
Kerajaan 46 23.0
Pelajar 154 77.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 3: Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut pekerjaan
Rajah 3: Jumlah peratusan responden mengikut pekerjaan
Rajah 3 menunjukkan ini peratusan responden mengikut pekerjaan. Dalam rajah ini,
pelajar mencatatkan peratusan sebanyak 77% yang mewakili 154 orang. Hal ini kerana
sasaran pengedaran borang soal selidik tertumpu kepada golongan muda dan tambahan pula
lokasi pengedaran borang soal selidik adalah di sekolah. Kerajaan hanya 46 orang yang
memegang peratusan 23%. Kerajaan di sini merujuk kepada golongan guru. Perolehan data
amat membantu dalam kajian ini.
23
77
kerajaan
pelajar
0 20 40 60 80 100
PEKERJAAN
pekerjaan
57
Soalan 4: Pendidikan
Tahap pendidikan Kekerapan (orang) Peratusan (%)
Phd 2 1.0
Degree 82 41.0
Diploma / Stpm 78 39.0
Pmr 38 19.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 4: Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut tahap pendidikan
Rajah 4: Peratusan responden mengikut tahap pendidikan.
Rajah 4 di atas menunjukkan peratusan responden mengikut tahap pendidikan. Tahap
pendidikan ini terbahagi kepada Phd, degree, diploma atau Stpm dan Pmr. Peratusan bagi
tahap pendidikan bagi peringkat degree ( Ijazah Sarjana Muda) mencatatkan peratusan
tertinggi iaitu 41% yang mewakili 82 orang yang diikuti diploma/ Stpm mencatatkan 39%.
Tahap pendidikan di peringkat Pmr pula 19% iaitu sebanyak 38 orang dan selebihnya adalah
yang memegang tahap pendidikan PhD iaitu 2 orang. Tahap pendidikan mempengaruhi
1
41
39
19
0 10 20 30 40 50
Phd
Degree
Diploma/Stpm
Pmr
pendidikan
pendidikan
58
dapatan kajian kerana data yang didapati melalui kaedah soal selidik bergantung kepada
kemahiran dan pengetahuan am responden.
Soalan 5: medium pendedahan awal
medium Kekerapan( orang) Peratusan (%)
Keluarga 65 32.5
Rakan 34 17.0
Buku 34 17.0
Saluran Media Massa 67 33.5
Jumlah 200 100.0
Jadual 5: Jumlah kekerapan dan peratusan responden mengikut medium pendedahan awal
Rajah 5: peratusan responden mengikut medium pendedahan awal
Rajah 5 menunjukkan peratusan mengikut medium pendedahan awal responden
terhadap kajian ini.peratusan media massa mencatatkan peratusan yang tertinggi 34% yang
mewakili 67 orang responden yang diikuti medium pendedaha awal melalui keluarga yang
mencatatkan 32% ( 65 orang ). Selebihnya adalah melalui rakan dan keluarga mencatatkan
32%
17% 17%
34%
Medium pendidikan awal
Keluarga
Rakan
Buku
Saluran media massa
59
17% masing-masing yang mewakili 34 orang responden. Medium pendedahan ini amat
memberi kesan yang berbeza terhadap pengetahuan am bagi setiap responden. Ini
menunjukkan setiap medium adalah melalui pengalaman responden terhadap kajian.
Bahagian B: Pengetahuan Umum Responden Berkaitan Jerita Tuai
soalan 6: Adakah anda mengetahui tentang jerita tuai masyarakat Iban?
Perkara Kekerapan (Orang) Peratusan (%)
Ya 93 46.5
Tidak 107 53.5
Jumlah 200 100.0
Jadual 6: jumlah kekerapan dan peratusan responden yang memberi maklum balas terhadap
penyataan di atas.
Rajah 6: Peratusan responden yang memberi maklum balas
42
44
46
48
50
52
54
Ya Tidak
46.5
53.5
Adakah Anda Mengetahui Jerita Tuai Masyarakat Iban?
adakah anda mengetahui jerita tuai masyarakat Iban?
60
Berdasarkan rajah di atas, sebanyak 54% yang mewakili 107 orang responden yang
memberi maklum balas ‘Tidak’ terhadap penyataan yang diajukan dan selebihnya iaitu 46%
pula memberikan jawapan ‘Ya’ yang mewakili 93 orang. Dalam hal ini, dapat disimpulkan
bahawa ramai yang tidak mengetahui tentang jerita tuai ini terutamanya golongan muda etnik
Iban sendiri. Ini menunjukkan bahawa mereka kurang terdedah atau kurang berminat terhadap
jerita tuai ini. Ini yang menjadi punca kepada permasalahan yang dikaji oleh pengkaji.
Soalan 2:Adakah anda beminat dengan jerita tuai masyarakat Iban?
Perkara Kekerapan ( Orang) Peratusan (%)
Ya 129 64.5
Tidak 71 35.5
Jumlah 200 100.0
Jadual 7: Jumlah kekerapan dan peratusan responden yang memberi maklum balas terhadap
penyataan di atas
Rajah 7: Peratusan responden yang memberi maklum balas.
64.5
35.5
Adakah anda berminat dengan jerita tuai masyarakat Iban?
Ya
Tidak
61
Rajah 7 menunjukkan peratusan responden yang memberi maklum balas terhadap
soalan di atas. Sebanyak 64% yang mewakili 129 orang memberi ‘ Ya’ dan selebihnya
memberi maklum balas ‘Tidak’ terhadap penyataan di atas. Responden ramai yang
mengetahui bahawa jerita tuai ini merupakan warisan oral masyarakat Iban. Walaupun
responden kurang mengetahui tentang apakah itu jerita tuai tetapi responden kebanyakkan
tahu warisan mereka sendiri.
Soalan 3: Apakah medium yang sesuai untuk mengekalkan warisan ini?
Perkara Kekerapan (Orang) Peeratusan (%)
Buku 124 62.0
Radio 76 38.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 8: Jumlah kekerapan dan peratusan responden memberi maklum balas
terhadap penyataan di atas
Rajah 8: Peratusan responden yang memberi maklum balas terhadap penyataan di atas.
62%
38%
Apakah medium yang sesuai untuk mengekalkan warisan ini?
buku
radio
62
Berdasarkan rajah 8 di atas, peratusan tertinggi responden yang memberi maklum
balas ‘buku’ terhadap soalan di atas adalah sebanyak 62% yang mewakili sebanyak 124
orang. Dirumuskan bahawa responden berminat dengan jerita tuai ini dengan lebuh mendalam
terutamanya golongan muda. Sebanyak 38% iaitu 76 daripada 200 orang memberi maklum
balas ‘radio’ kepada soalan tersebut. Hal ini kerana, terdapat banyak jenis hiburan yang lain
yang lebih menarik.
Soalan 4: Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengekalkan warisan ini?
Perkara Kekerapan (Orang) Peratusan (%)
Kerajaan 67 33.5
Swasta 48 24.0
Sendiri 85 42.5
Jumlah 200 100.0
Jadual 9: Jumlah kekerapan dan peratusan responden yang memberi maklum balas terhadap
penyataan di atas
Rajah 9: peratusan responden yang memberi maklum balas
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
Kerajaan swasta
Sendiri
33.5
24
42.5
Siapakah Yang Bertanggungjawab Dalam Mengekalkan Warisan Ini?
Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengekalkan warisan ini?
63
Berdasarkan rajah 9 di atas, menunjukkan peratusan tertinggi yang dicatatkan adalah
dari ‘Sendiri’ iaitu 43% yang mewakili 85 orang. Manakala kerajaan dan swasta masing-
masing mencatatkan 33% dan 24%. Ini dirumuskan bahawa masih terdapat kesedaran dari
para responden terhadap tanggungjawab mereka berkaitan dengan warisan masyarakat mereka
sendiri.
Soalan 5:Adakah anda pernah mendengar atau membaca mengenai jerita tuai?
Perkara Kekerapan (Orang) Peratusan (%)
Ya 132 66.0
Tidak 68 34.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 10: Jumlah kekerapan dan peratusan responden yang memberi maklum balas terhadap
penyataan di atas.
Rajah 10: peratusan responden yang memberi maklum balas terhadap penyataan di atas
66
34
Ya
Tidak
0 20 40 60 80
Adakah anda pernah mendengar atau membaca mengenai jerita tuai?
adakah anda pernah mendengar atau membaca mengenai jerita tuai?
64
Rajah 10 menunjukkan peratusan responden yang tertinggi adalah ‘Ya’ iaitu 66% yang
mewakili 132 orang. Selebihnya memberi maklum balas ‘Tidak’ yang mencatatkan 34% yang
mewakili 68 orang. Hal ini boleh dirumuskan bahawa ramai yang pernah membaca dan
mengetahui jerita tuai ini kerana terdedah dengan perkembangannya.
Bahagian C: Pandangan Secara khusus Responden Berkaitan Jerita Tuai
Soalan 1:Warisan oral ini diamalkan dalam kalangan masyarakat Iban?
Perkara Kekerapan ( orang) Peratusan (%)
tidak setuju 30 15.0
neutral 99 49.5
setuju 64 32.0
sangat setuju 7 3.5
Jumlah 200 100.0
Jadual 11: Menunjukkan peratusan dan kekerapan terhadap penyataan di atas
Rajah 11: Menunjukkan peratusan responden yang memberi maklum balas
0
10
20
30
40
50
tidak setuju neutral setuju sangat setuju
65
Berdasarkan rajah di atas, sebanyak 49.5% yang mewakili 99 responden neutral (tidak
pasti) samada jerita tuai ini masih diamalkan atau tidak dalam masyarakat Iban sekarang.
Namun begitu, terdapat juga yang memberi maklum balas sangat setuju dengan penyataan di
atas yang mencatatkan 4.5% yang mewakili 7 orang bahawa masih ada yang masih
mengamalkannya. Data yang diperolehi menunjukkan bahawa jerita tuai ini masih wujud dan
masih diamalkan bagi sesetengah responden. Lantaran itu, maklum balas yang ddiberikan
dapat memberikan gambaran bahawa generasi sekarang masih boleh dipupuk untuk
mengetahui mengenai jerita tuai.
Soalan 2: Adakah anda bersetuju bahawa sambutan terhadap jerita tuai ini semakin
berkurangan?
Perkara Kekerapan ( orang ) Peratusan (%)
sangat tidak setuju 1 0.5
tidak setuju 26 13.0
neutral 128 64.0
setuju 29 14.5
sangat setuju 16 8.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 12: Menunjukkan peratusan dan kekerapan responden terhadap penyataan di atas.
0 10 20 30 40 50 60 70
sangat tidak setuju
tidak setuju
neutral
setuju
sangat setuju
Adakah anda bersetuju, bahawa sambutan terhadap jerita tuai ini semakin berkurangan?
66
Rajah 12: Menunjukkan peratusan yang maklum balas responden.
Berdasarkan rajah di atas, sebanyak 64% iaitu 128 orang yang bersifat neutral dengan
penyataan yang berkaitan tentang sambutan terhadap jerita tuai ini semakin berkurangan..
Berbanding dengan 0.5% sahaja yang mewakili 1 orang yang tidak tahu dengan pernyataan di
atas. Perolehan data ini menunjukkan bahawa kebanyakkan responden tahu mengenai jerita
tuai cuma kurang terdedah. Banyak faktor juga yang mempengaruhi seperti perubahan gaya
hidup.
Soalan 3: Adakah jerita tuai mempunyai persamaan dengan cerita rakyat masyarakat Melayu?
Perkara Kekerapan ( orang ) Peratusan (%)
tidak setuju 29 14.5
neutral 120 60.0
setuju 44 22.0
sangat setuju 7 3.5
Jumlah 200 100.0
Jadual 13: Menunjukkan peratusan dan kekerapan responden terhadap penyataan di atas.
Rajah 13: Menunjukkan peratusan responden yang memberi maklum balas.
0
10
20
30
40
50
60
tidak setuju neutral setuju sangat setuju
Adakah jerita tuai mempunyai persamaan dengan cerita rakyat masyarakat melayu?
67
Berdasarkan rajah di atas, 60% yang mewakili 120 orang yang bersifat neutral
terhadap penyataan di atas. Terdapat juga segelintir yang tidak bersetuju bahawa jerita tuai ini
mempunyai persamaan dengan cerita rakyat masyarakat melayu sebanyak 14.5% yang
mewakili 29 orang. Dapat disimpulkan bahawa responden mengetahui perbezaan antara
kedua-dua elemen ini walaupun mempunyai persamaan yang tidak ketara dari segi
penceritaannya. Kebanyakkan responden mengakui bahawa perbezaan jerita tuai dan cerita
rakyat terdapat perbezaan dan keunikkan yang tersendiri oleh etniknya.
Soalan 4: Adakah jerita tuai masih sama dengan yang asli atau sudah diubahsuai?
Perkara Kekerapan ( orang) Peratusan (%)
tidak setuju 24 12.0
neutral 98 49.0
setuju 69 34.5
sangat setuju 9 4.5
jumlah 200 100.0
Jadual 14: Menunjukkan peratusan dan kekerapan responden terhadap penyataan di atas.
Rajah 14: menunjukkan peratusan responden yang memberi maklum balas
0
10
20
30
40
50
tidak setuju neutral setuju sangat setuju
adakah jerita tuai masih sama dengan yang asli atau sudah diubahsuai (tokok tambah)?
68
Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan peratusan yang tertinggi mencatatkan 49%
yang mewakili 98 orang bersifat neutral terhadap penyataan bahawa jerita tuai ini masih asli
atau sudah diubah suai. Sebanyak 34.5% yang dicatatkan bersetuju dengan penyataan di atas
yang mewakili 69 orang responden. Namun begitu, terdapat juga responden yang tidak
bersetuju dengan penyataan yang mencatatkan 12% yang mewakili 24 orang responden. Hal
ini disebabkan oleh responden tidak pasti bahawa jerita tuai ini telah mengalami perubahan
atau tidak disebabkan oleh pendedahan pemodenan yang berlaku sekarang. Selain itu, terdapat
juga responden yang berpendapat yang jerita tuai perlu dipelbagaikan versi untuk menarik
minat masyarakat khususnya golongan muda. Unsur ubahsuai tidak mengalami masalah
selagi masih terdapat permintaan daripada masyarakat.
Soalan 5:Adakah anda bersetuju pakar mengenai jerita tuai ini semakin kurang?
Perkara Kekerapan (orang) Peratusan (%)
tidak setuju 21 10.5
neutral 94 47.0
setuju 75 37.5
sangat setuju 10 5.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 15:Menunjukkan peratusan dan kekerapan responden terhadap penyataan di atas.
0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50
tidak setuju
neutral
setuju
sangat setuju
Adakah Anda Bersetuju, Pakar Mengenai Jerita Tuai Ini Semakin Kurang?
69
Rajah 15: Menunjukkan peratusan responden yang memberi maklum balas.
Berdasarkan rajah di atas, peratusan responden yang bersikap neutral terhadap
penyataan ini mencatatkan yang paling tinggi iaitu 47% yang menunjukkan 94 orang.
Responden didapati bahawa masih terdapat pakar yang mengetahui tentang jerita tuai ini
cuma bilangannya semakin berkurangan disebabkan oleh faktor usia. Hal ini disebabkan
kerana, kebanyakkan pakar adalah golongan yang berusia. Namun terdapat juga segelintir
responden tidak bersetuju dengan penyataan ini iaitu 10.5% yang merangkumi bilangan
seramai 21 orang. Maklum balas menunjukkan bahawa masih terdapat pakar di sesetengah
organisasi yang masih bergiat aktif dalam usaha mengekalkan warisan ini.
Soalan 6:Adakah pengaruh media massa mempengaruhi minat golongan muda terhadap jerita
tuai?
Perkara Kekerapan ( orang) Peratusan (%)
tidak setuju 27 13.5
neutral 94 47.0
setuju 70 35.0
sangat setuju 9 4.5
Jumlah 200 100.0
Jadual 16:Menunjukkan peratusan dan kekerapan responden terhadap penyataan di atas.
0
10
20
30
40
50
Tidak setuju neutral setuju sangat setuju
adakah pengaruh media massa mempengaruhi minat golongan
muda terhadap jerit a tuai?
70
Rajah 16: Menunjukkan peratusan responden yang memberi maklum balas.
Berdasarkan rajah di atas, responden yang memberi maklum balas bersifat tidak pasti
atau neutral dengan penyataan merupakan peratusan tertinggi sebanyak 47% yang mewakili
94 orang daripada 200 orang responden. 9 orang responden yang mewakili 4.5% sangat
bersetuju dengan penyataan bahawa pengaruh media massa dilihat mempengaruhi minat
golongan muda. Selebihnya, 27 orang yang mewakili 13.5% tidak setuju dengan penyataan di
atas. Daripada jumlah peratusan di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat faktor penolak
selain media massa terhadap jerita tuai masyarakat Iban. Sesungguhnya, responden lebih
terdedah dengan bentuk hiburan yang lebih moden berbanding jerita tuai.
Soalan 7: Masihkah terdapat organisasi yang bertanggungjawab dalam menguruskan jerita
tuai?
Perkara Kekerapan (orang) Peratusan (%)
tidak setuju 25 12.5
neutral 106 53.0
setuju 56 28.0
sangat setuju 13 6.5
Jumlah 200 100.0
Jadual 17: Menunjukkan peratusan dan kekerapan responden terhadap penyataan di atas.
0
20
40
60
tidak setuju neutral setuju sangat setuju
Masihkah terdapat organisasi yang bertanggungjawab dalam menguruskan jerita tuai?
71
Rajah 17:Menunjukkan peratusan responden yang memberi maklum balas.
Berdasarkan rajah di atas, responden yang memberikan maklum balas neutral dengan
penyataan di atas merupakan peratusan tertinggi yang mencatatkan 53% yang mewakili 106
orang. Manakala selebihnya sebanyak 25 orang yang diwakili 12.5% responden yang tidak
bersetuju dengan penyataan di atas. Daripada jumlah peratusan di atas, dapat disimpulkan
bahawa responden mendapati masih terdapat organisasi yang bertanggungjawab untuk
mengekalkan warisan ini. Namun begitu, organisasi yang mengusahakan warisan ini kekal
adalah dalam kuantiti yang kecil sahaja. Dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan
kepada dua organisasi sahaja yang dijadikan lokasi kajian pengkaji. Terdapat juga organisasi
yang lain cuma tidak cukup terkenal untuk diketahui oleh masyarakat.
Soalan 8: Adakah anda bersetuju dengan pendapat bahawa pengurusan penting untuk
mengekalkan sesebuah warisan?
Perkara Kekerapan (orang) Peratusan (%)
tidak setuju 19 9.5
neutral 104 52.0
setuju 65 32.5
sangat setuju 12 6.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 18: Menunjukkan peratusan dan kekerapan responden terhadap penyataan di atas.
72
Rajah 18: Menunjukkan peratusan responden yang memberi maklum balas.
Rajah di atas menunjukkan bahawa sebanyak 52% yang mewakili 104 orang
responden yang bersikap neutral terhadap penyataan ini. Hal ini menunjukkan bahawa
sesebuah pengurusan sangat penting dalam usaha mengekalkan sesebuah warisan. Pengurusan
penting untuk mengekalkan warisan seperti jerita tuai yang mencatatkan 32.5% yang
merangkumi 65 orang responden yang bersetuju dengan penyataan di atas. Terdapt juga
segelintir yang tidak bersetuju dengan penyataan ini yang mencatatkan 9.5% yang mewakili
19 orang. Hal ini disebabkan, mereka berpendapat bahawa dalam mengekalkan warisan bukan
sahaja melalui pengurusan tetapi adalah daripada diri sendiri iaitu minat.
Soalan 9:Perlukah jerita tuai ini diaplikasikan dalam bentuk filem (adaptasi)?
Perkara Kekerapan (orang) Peratusan (%)
sangat tidak setuju 2 1.0
tidak setuju 19 9.5
neutral 103 51.5
setuju 61 30.5
sangat setuju 15 7.5
Jumlah 200 100.0
0
10
20
30
40
50
60
tidak setuju neutral setuju sangat setuju
adakah anda bersetuju dengan pendapat bahawa pengurusan penting untuk mengekalkan sesebuah warisan?
73
Jadual 19: Menunjukkan peratusan dan kekerapan responden terhadap penyataan di atas.
Rajah 19:Menunjukkan peratusan responden yang memberi maklum balas.
Sebanyak 51.5% dicatatkan untuk peratusan yang paling tinggi dalam penyataan di
atas yang mewakili 103 orang. Neutral di sini adalah bersikap tidak pasti dengan penyataan
samada perlunya jerita tuai ini diadaptasikan atau tidak. Terdapat juga responden yang sangat
tidak setuju dan tidak setuju dengan penyataan ini yang mencatatkan 1% dan 9.5% masing-
masing dan selebihnya adalah bersetuju. Dapat disimpulkan bahawa kebanyakkan responden
ingin pembaharuan dalam jerita tuai ini sekaligus mempromosikan jerita tuai ini dengan cara
yang lebih moden. Penambahbaikkan dalam jerita tuai perlu diperluaskan agar warisan ini
tidak dilupakan dan dari segi pembaharuan perlu dilakukan dan dimantapkan lagi untuk
tontonan mendatang.
0 10 20 30 40 50 60
sangat tidak setuju
tidak setuju
neutral
setuju
sangat setuju
Perlukah Jerita Tuai Ini Diaplikasikan Dalam Bentuk Filem
( Adaptasi)?
74
Soalan 10: Perlukah menyediakan saluran yang betul untuk memperkenalkan jerita tuai?
Perkara Kekerapan (orang) Peratusan (%)
sangat tidak setuju 1 0..5
tidak setuju 26 13.0
neutral 110 55.0
setuju 51 25.5
sangat setuju 12 6.0
Jumlah 200 100.0
Jadual 20: Menunjukkan peratusan dan kekerapan responden terhadap penyataan di atas.
Rajah 20:Menunjukkan peratusan responden yang memberi maklum balas.
Berdasarkan rajah di atas, peratusan tertinggi yang dicatatkan adalah dalam segmen
neutral iaitu 110 orang yang membawa peratusan sebanyak 55% dalam penyataan yang
dikemukakan. Responden berpendapat bahawa saluran yang betul untuk memperkenalkan
warisan ini amatlah penting. Hal ini kerana, cakupan audien adalah dalam lingkungan yang
0
10
20
30
40
50
60
sangat tidak setuju
tidak setuju neutral setuju sangat setuju
Perlukah menyediakan saluran yang betul untuk memperkenalkan jerita tuai?
75
ramai. Saluran disini merujuk kepada media semasa seperti media eletronik dan media cetak.
Terdapat juga yang kurang bersetuju yang diwakili oleh segmen sangat tidak setuju dan tidak
bersetuju dengan penyataan ini iaitu masing-masing mencatatkan 0.5% dan 13%. Maklum
balas ini menunjukkan responden yang berpendapat bahawa bukan saja saluran yang betul
dapat memperkenalkan jerita tuai tetapi adalah bergantung kepada diri dan minat yang
memainkan peranan penting.
76
4.3 Pembincangan dan Dapatan Kajian
Menerusi data-data dari kualitatif dan kuantitatif yang diperolehi oleh pengkaji
terdapat banyak informasi berkaitan dengan jerita tuai dari segi pengurusannya yang perlu
dinilai semula terutama dari segi penerimaan masyarakat. Pengumpulan data lebih merungkai
aspek permasalahan dalam menguruskan jerita tuai itu sendiri. Terdapat faktor dalaman dan
luaran yang dikenalpasti sebagai punca kepada pengurusan kurang efektif dalam
mengendalikan jerita tuai ini. Melalui data yang diperolehi oleh pengkaji mendapati bahawa
perkaitan data kualitatif lebih kepada cara pengurusan pengekalan jerita tuai yang melibatkan
informan yang pakar. Manakala, data kuantitatif lebih kepada masyarakat umum mengenai
jerita tuai ini. Elemen data positif dan negatif turut diperolehi oleh pengkaji.
Antara dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian ini yang paling ketara adalah
menyentuh mengenai pakar yang semakin berkurangan. Ini merupakan data yang sangat
penting dan terutama diperolehi selepas data dianalisa. Pakar jerita tuai ini berkurangan
disebabkan oleh dua faktor iaitu usia dan pembayaran gaji. Data-data yang didapati daripada
kedua-dua kaedah ini telah mengenalpasti generasi tua selaku pakar akan semakin
berkurangan bilangannya disebabkan oleh generasi muda enggan mewarisi warisan ini. Ini
akan menyebabkan warisan jerita tuai ini semakin terpinggir disebabkan tiadanya yang ingin
mewarisinya. Di samping itu, masalah memperolehi sumber (tukang pencerita/ penyampai)
dan masalah kewangan.
Selain itu, kepentingan jerita tuai juga semakin dilupakan disebabkan warisan ini
kurang mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya golongan muda. Malah,
warisan oral ini tidak dilihat sebagai budaya oleh masyarakatnya sendiri. Meneliti data yang
77
diperolehi bahawa aspek pengurusan perlu dipertingkatkan dan penglibatan lebih banyak
organisasi diperlukan dalam usaha mengekalkan warisan ini.
Pengkaji membahagikan data yang diperolehi kepada dua bahagian iaitu dapatan data
dari kualitatif dan kuantitatif. Ini akan lebih memudahkan perjalanan kajian dengan data yang
diperolehi. Perbandingan data kualitatif dan kuantitatif juga dapat dilihat secara menyeluruh.
78
4.3.1 Dapatan kajian kualitatif
Pengkaji telah melakukan dua temubual dengan dua orang pegawai dari organisasi
berbeza iaitu En. Robert Menua dan Cik Monica Midi. Mengetengahkan medium pendedahan
yang berbeza kepada masyarakat dalam menyampaikan maklumat yang sama dilihat sebagai
usaha berkepentingan organisasi kepada masyarakat. Yayasan Tun Jugah merupakan
organisasi yang menyimpan koleksi-koleksi warisan oral ini dan RTM pula dilihat sebagai
saluran penyampaian maklumat melalui audio secara terus kepada masyarakat.
4.3.1.1 Penubuhan organisasi
Dapatan kajian yang diperolehi pengkaji pula turut menyentuh mengenai tujuan
penubuhan kedua-dua organisasi. Bagi Yayasan Tun Jugah, informan menyatakan organisasi
ini berperanan untuk menyimpan dan pendokumentasikan warisan oral seperti jerita tuai
untuk dijadikan koleksi dan harapan organisasi koleksi-koleksi jerita tuai dibukukan dan
diedarkan kepada masyarakat supaya generasi muda lebih faham jerita tuai pada zaman
dahulu yang dijadikan bahan pembacaan yang penting untuk yang akan datang. Organisasi ini
tidak mementingkan keuntungan (profit) tetapi lebih kepada memberi ilmu pengetahuan
menjurus kepada masyarakat. Penubuhan Yayasan Tun Jugah lebih kepada mengekalkan
warisan oral ini supaya warisan dan budaya sesebuah etnik tidak hilang begitu sahaja
disebabkan tidak mendapat sambutan daripada masyarakat. Matlamat organisasi untuk
mengekalkan warisan walaupun sambutan kurang dan hanya dijadikan rujukan dalam
penyelidikan dan pengetahuan.
Manakala RTM pula lebih kepada organisasi hiburan yang mementingkan keuntungan.
Hal ini disebabkan oleh kelangsungan program-program yang disiarkan di radio adalah
bergantung kepada sambutan pendengar dan sumber kewangan. Kekangan kewangan
79
menyebabkan program Jerita Tuai Iban dan Pengingat Tuai dihentikan daripada Wai Fm
(Monica Midi,2015). Wai Fm Iban berperanan menyebarkan dan menyiarkan jerita-jerita tuai
yang dikumpulkan daripada orang ramai dan hasil pengumpulan oleh pakar-pakar dalam jerita
tuai ini. Penubuhan kedua-dua organisasi ini sangat membantu dalam usaha mengekalkan
warisan ini.
4.3.1.2 Medium Pendedahan
Melihat kepada aspek pengurusannya pula, medium pendedahan kepada masyarakat
adalah melalui kaedah yang berlainan. Melihat kepada kaedah yang digunakan, pengkaji
mentafsirkan bahawa tahap pendedahan turut memainkan peranan yang penting untuk
mengekalkan warisan oral ini. melihat kepada aspek ini, pengkaji telah meneliti bahawa tahap
pendedahan dan medium yang digunakan mempengaruhi minat pendengar dan pembaca.
Medium adalah sebagai platform yang penting untuk memperkenalkan warisan ini kepada
umum.
Maklumat informan-informan yang ditemu bual adalah seperti berikut:
i. Informan dari Yayasan Tun Jugah
Dr. Robert Menua Saleh
Pengarah Bahagian Sejarah Lisan
No Telefon: 082-239672
Alamat: The Tun Jugah Foundation
Level 4 Tun Jugah
No 18 Jalan Tunku Abdu Rahman
93100 Kuching Sarawak
80
ii. Informan dari RTM Wai Fm
Cik Monica Midi
Penerbit Rancangan Wai Fm Iban
No telefon: 082-248422
Alamat: Jabatan Penyiaran Kawasan Sarawak
Jalan P. Ramlee , 93614 Kuching Sarawak.
81
4.3.2 Dapatan kajian kuantitatif
4.3.2.1 Perkaitan dengan objektif pertama
Pengkaji mendapati bahawa medium adalah merupakan langkah pertama untuk mengenalpasti
permasalahan kepada kajian ini. Selepas dianalisa data pengkaji memdapati bahawa peratusan
34% yang ditunjukkan oleh carta pai di bawah menyatakan medium media massa merupakan
tempat utama responden memperolehi makumat mengenai jerita tuai ini berbanding medium
lain seperti keluarga, buku dan kawan. Peratusan ini menunjukkan bahawa arus pemodenan
daripada segi teknologi memainkan peranan yang besar terhadap tahap pendedahan awal
kepada golongan muda khususnya. Rajah di bawah merupakan peratusan medium yang
menjawab persoalan dan permasalahan terhadap kajian.
Rajah 4.1: Peratusan medium pendedahan awal
82
Jadual 4.1: data silang perkaitan medium yang sesuai untuk mengekalkan warisan ini dengan
menyediakan saluran yang betul.
Melalui jadual ini, dapat dirumuskan bahawa hubungkait antara kedua-dua soalan ini
adalah untuk menjawab permasalahan pertama dan menjawab objektif pengkaji melalui data
yang diperolehi. Medium yang diketengahkan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah buku dan
radio dan peratusan tertinggi yang diperolehi adalah 36 orang menyatakan buku adalah
medium yang sesuai untuk memperkenalkan warisan ini. Walau bagaimanapun, data yang
diperolehi menunjukkan ketidakpastian untuk menyatakan buku adalah medium yang sesuai
untuk memperkenalkan warisan jerita tuai ini.
Pengkaji turut melakukan data silang menggunakan tiga buah soalan untuk
memastikan setiap data yang diperolehi berguna untuk menjawab objektif. Pengkaji merujuk
kepada jantina, medium pendedahan awal dan asas kepada kajian ini iaitu soalan pengetahuan
samada mengetahui tentang jerita tuai. Melalui dapatan kajian, maka akan lebih jelas
perkaitan dengan kajian ini. Data yang ditanda merah* menunjukkan perolehan data penting.
Apakah medium yang sesuai untuk mengekalkan warisan ini? * perlukah menyediakan
saluran yang betul untuk memperkenalkan jerita tuai?
Crosstabulation
Count
perlukah menyediakan saluran yang betul untuk
memperkenalkan jerita tuai?
Total
sangat
tidak
setuju
tidak
setuju
tidak
pasti
setuju sangat
setuju
apakah medium yang sesuai
untuk mengekalkan warisan
ini?
buku 1 2 36 30 13 82
radio 0 8 35 33 12 88
Jumlah 1 10 71 63 25 170
83
Jantina * medium pendedahan awal * adakah anda mengetahui tentang jerita tuai masyarakat Iban? Crosstabulation
adakah anda mengetahui tentang jerita tuai masyarakat Iban?
medium pendedahan awal Total
keluarga rakan buku saluran media massa
lain-lain
ya
Jantina
lelaki
Count 16 18 13 9 1 57
% within Jantina 28.1% 31.6% 22.8% 15.8% 1.8% 100.0%
% within medium pendedahan awal
47.1% 62.1% 43.3% 31.0% 100.0% 46.3%
perempuan
Count 18 11 17 20 0 66
% within Jantina 27.3% 16.7% 25.8% 30.3% 0.0% 100.0%
% within medium pendedahan awal
52.9% 37.9% 56.7% 69.0% 0.0% 53.7%
Total
Count 34 29 30 29 1 123
% within Jantina 27.6% 23.6% 24.4% 23.6% 0.8% 100.0%
% within medium pendedahan awal
100.0% 100.0% 100.0% 100.0% 100.0% 100.0%
tidak
Jantina
lelaki
Count 6 4 8 8 26
% within Jantina 23.1% 15.4% 30.8% 30.8% 100.0%
% within medium pendedahan awal
60.0% 40.0% 66.7% 53.3% 55.3%
perempuan
Count 4 6 4 7 21
% within Jantina 19.0% 28.6% 19.0% 33.3% 100.0%
% within medium pendedahan awal
40.0% 60.0% 33.3% 46.7% 44.7%
Total
Count 10 10 12 15 47
% within Jantina 21.3% 21.3% 25.5% 31.9% 100.0%
% within medium pendedahan awal
100.0% 100.0% 100.0% 100.0% 100.0%
Total
Jantina
lelaki
Count 22 22 21 17 1 83
% within Jantina 26.5% 26.5% 25.3% 20.5% 1.2% 100.0%
% within medium pendedahan awal
50.0% 56.4% 50.0% 38.6% 100.0% 48.8%
perempuan
Count 22 17 21 27 0 87
% within Jantina 25.3% 19.5% 24.1% 31.0% 0.0% 100.0%
% within medium pendedahan awal
50.0% 43.6% 50.0% 61.4% 0.0% 51.2%
Total
Count 44 39 42 44 1 170
% within Jantina 25.9% 22.9% 24.7% 25.9% 0.6% 100.0%
% within medium pendedahan awal
100.0% 100.0% 100.0% 100.0% 100.0% 100.0%
84
4.3.2.2 Perkaitan Dengan Objektif Kedua
Melalui pembincangan dan data yang diperolehi menunjukkan bahawa perkaitan data dilihat
kepada faktor utama yang memberi kesan kepada kajian ini. Rajah di bawah membuktikan
bahawa media massa itu sendiri memainkan peranan atau elemen yang mempengaruhi minat
golongan sekarang. Data yang diperolehi daripada responden menunjukkan tidak dinafikan
peratusan tertinggi adalah bersifat neutral terhadap soalan yang diiberikan. Elemen lain juga
memainkan peranan tetapi arus pemodenan telah banyak mempengaruhi minat golongan
responden.
Rajah 4.2: menunjukkan peratusan pengaruh media massa terhadap minat golongan muda.
85
4.3.2.3 Perkaitan dengan objektif ketiga
Objektif ketiga iaitu menganalisa peranan organisasi Yayasan Tun Jugah dan RTM
Wai Fm dalam usaha menguruskan warisan jerita tuai ini. Kaedah kualitatif digunakan oleh
pengkaji untuk menjawab objektif ketiga. Pengkaji menganalisa dan memperolehi data yang
releven dimana pengkaji mendapati bahawa organisasi-organisasi yang masih mempunyai
usaha dalam menguruskan warisan ini semakin berkurangan. Pengkaji turut memperolehi
maklumat bahawa organisasi yang dijadikan lokasi kajian pengkaji ialah mereka saling
berkaitan antara satu sama lain. Usaha yang dilakukan organisasi disokong oleh kerjasama
antara mereka. Makumat ini diperolehi daripada informan RTM iaitu beliau menyatakan perlu
adanya organisasi khas seperti yang dijalankan oleh Tun Jugah Foundation.
Usaha dan peranan organisasi perlu disebabkan melalui medium inilah masyarakat
mengetahui kewujudan tentang warisan ini. Aspek pengurusan harus diterapkan dengan
melihat kepada kepentingan jerita tuai ini dan nilai yang boleh dijadikan identiti budaya dan
dijadikan warisan kepada sesebuah etnik.
86
4.4. Rumusan
Secara menyeluruh, bab 4 disimpulkan sebagai proses merekod data yang diperolehi
dan dijadikan dapatan kajian yang masih statik dan mentah. Data-data yang dikumpul akan
diteliti dan diproses atau dianalisa untuk pemahaman dan dikaitkan dengan kajian ini. Kaedah
yang digunakan untuk mengumpul data adalah daripada kaedah kerja lapangan iaitu temubual
dan borang soal selidik. Data-data ini akan membantu dalam menjawab kajian ini. Segala
jawapan yang diperolehi daripada informan direkod agar maklumat tidak dicampur dengan
tokok tambah daripada ketidakpastian pengkaji. Manakala, analisa data daripada borang soal
selidik diterjemahkan dalam bentuk yang lebih mudah seperti jadual, carta pai dan graf.
Melalui data-data yang diperolehi maka dapat disimpulkan bahawa wujudnya
permasalahan dan elemen yang lain timbul melalui setiap jawapan yang diperolehi daripada
kaedah-kaedah yang digunakan. Kesimpulannya, bab ini sangat penting untuk menjawab
kecurigaan dalam kajian ini. Seterusnya, data-data ini akan disimpulkan dan cadangan
diberikan dalam bab 5.
87
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan
Jerita tuai merupakan tradisi warisan masyarakat Iban di Sarawak yang perlu
dikekalkan kerana ianya cerminan kepada identiti dan budaya etnik Iban. Pengurusan
merupakan usaha yang dilihat perlu dipertingkatkan dari segi penglibatan pelbagai pihak
khususnya. Sudut pandang masyarakat sendiri harus melihat jerita tuai adalah sesuatu warisan
yang berharga. Oleh itu, pelbagai usaha dan perubahan yang dilaksanakan perlulah bermula
daripada diri setiap masyarakat Iban itu sendiri dalam kontek kesedaran akan kepentingannya
kelak. Pendedahan awal dalam maksud lain dari aspek pendidikan amatlah diperlukan agar
mampu untuk dipupuk dan disemai dalam jiwa kanak-kanak khususnya. Usaha ini pula perlu
disokong oleh pihak bertanggungjawab seperti Yayasan Tun Jugah dan RTM dan organisasi
lain yang mempunyai matlamat yang sama. Namun jika perkara ini tidak dibendung, tidak
mustahil kita bakal kehilangan khazanah kesenian masyarakat Iban. Oleh itu, sementara
masih terdapat jerita tuai yang dikekalkan dalam bentuk dokumentasi dan audio maka ianya
perlulah dijaga sebaik-baiknya agar dapat dijadikan sebagai salah satu warisan yang diiktiraf
kelak.
Secara menyeluruh, pengkaji mendapati bahawa pengurusan merupakan platform yang
efektif dalam mengekalkan dan menjaga warisan oral seperti jerita tuai ini. Tanpa pengurusan
yang sistematik, warisan jerita tuai ini bakal mengalami kepupusan dari segi keasliannya.
Konteks budaya dan warisannya pula, juga mengalami tempias dengan pemodenan hiburan
pada zaman sekarang. Warisan oral merupakan contoh terbaik yang perlu dikekalkan oleh
88
organisasi kesenian dan masyarakat Iban sendiri. Tanpanya, warisan hanya akan tinggal
sebagai warisan sahaja dan identiti dan budaya masyarakat Iban akan hilang dek masa.
Jerita tuai semakin dilupakan oleh generasi muda disebabkan oleh arus pembangunan
yang semakin pesat hingga mengabaikan warisan yang perlu kita kekalkan untuk generasi
mendatang. Faktor ketiadaan minat yang semakin meruncing hingga menjadi faktor penolak
kepada jerita tuai ini untuk dikenali. Namun, jika dikaitkan dengan minat ianya dianggap
sebagai subjektif ( Robert Menua, 2015) kerana cita rasa bagi seseorang adalah berbeza.
Organisasi-organisasi yang bertanggungjawab atau yang bercirikan kesenian dijadikan
medium dan platform agar mudah mencapai golongan sasaran. Organisasi boleh dikatakan
sebagai orang tengah untuk mengetengahkan produk. Peranan Yayasan Tun Jugah dan RTM
Sarawak perlu diketengahkan fungsinya agar masyarakat sedar bahawa masih terdapat
organisasi yang masih mempertahankan warisan ini dan bukannya hanya warisan daripada
penceritaan semata-mata. Ini amat penting kerana warisan oral ini adalah sebagai identiti
kepada etnik Iban dan kesenian yang perlu dibanggakan. Oleh itu, organisasi ini perlu
melaksanakan beberapa strategi dan pembaharuan dalam pengendalian pengurusan jerita tuai
ini.
Pengkaji merangkumi setiap bab dalam kajian memainkan peranan yang penting untuk
menghasilkan kajian yang bermutu dan berkualiti agar mampu menjadi kajian ilmiah yang
baik. Setiap bab pula mempunyai sub topik yang berkaitan dengan kajian pengkaji.
Rangkuman dalam bab satu lebih kepada pengenalan kepada kajian yang dijalankan oleh
pengkaji berkaitan permasalahan yangg menjadi punca tercetusnya idea kajian ini dijalankan
pengkaji. Persoalan dalam kajian akan mengaitkan dengan objektif untuk menjawab kepada
permasalahan kajian. Bab satu turut membincangkan tentang pengurusan organisasi dalam
89
usaha mengekalkan warisan jerita tuai ini. Kaedah atau cara pengurusan yang menjadi fokus
utama kepada kajian ini. Cara pengurusan antara dua organisasi yang mengekalkan warisan
yang sama tetapi menggunakan dua kaedah yang berbeza untuk mengekalkan warisan Iban
ini. Organisasi yang menjadi sasaran kajian adalah Yayasan Tun Jugah dan RTM (Wai Fm).
Hipotesis turut dijalankan agar kajian ini mempunyai andaian awal terhadap maklumat
yang diperolehi selepas data-data dianalisa (bab 4). Selain itu, kerangka konseptual
merupakan elemen penting yang dilihat sebagai pengukur agar kajian tidak lari dari yang
sepatutnya. Sebagai contoh, kerangka konseptual yang berkaitan dengan tajuk kajian
pengurusan pengekalan jerita tuai masyarakat Iban di Sarawak adalah seperti identiti, Iban,
pengurusan, organisasi dan jerita tuai. Meliputi batasan-batasan yang dihadapi semasa
menjalankan kajian ini samada dari luar atau dalaman. Hasil kajian atau kepentingan kajian
adalah sangat penting untuk melihat samada mencapai objektif kepada kajian yang dijalankan
pengkaji.
Menjurus kepada bab 2 pula, unsur ilmiah dijadikan rujukan untuk memperkukuhkan
pernyataan yang dilakukan oleh pengkaji. Perkaitan kajian dengan buku dilakukan dengan
mengambil petikan sorotan kesusasteraan. Sorotan kesusasteraan yang diambil oleh pengkaji
melalui kaedah sekunder samada buku, jurnal, akhbar dan sebagainya.
Metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah
menggunakan dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif, instrumen kajian dan populasi
kajian. Kedua-dua kaedah ini digunakan agar data yang diperolehi banyak terkumpul untuk
membantu dalam kajian. Kaedah kualitatif adalah secara temuramah bersama pakar jerita tuai
dalam kajian pengkaji. Disebabkan pengkaji hanya menggunakan dua organisasi dalam kajian
ini, maka informan hanya dua orang sahaja. Tetapi pemilihan informan adalah tepat
90
disebabkan oleh mereka merupakan golongan yang pakar mengenai jerita tuai dan orang kuat
dalam menguruskan jerita tuai. Kaedah kuanlitatif pula, adalah mengedarkan borang soal
selidik. Pengkaji telah berjaya mengedarkan 200 borang soal selidik di SMK Simunjan No.1
dan UNIMAS. Borang soal selidik bertujuan untuk mendapat pandangan responden mengenai
jerita tuai. Ini menjadi sasaran pengkaji disebabkan populasi kajian adalah generasi muda
yang berumur 15 hingga 40 tahun. Kedua-dua data yang diperolehi dari dua kaedah akan
membolehkan pengkaji lebih memahami kajian. Semua ini termasuk dalam bab 3 bagi kajian
ini.
Dalam bab 4 pula, merupakan bab yang paling penting kerana ianya merupakan bab
yang memperolehi data dan menganalisa data untuk dijadikan hasil dapatan kepada kajian ini.
Hasil dan dapatan kajian adalah kunci utama kepada kajian ini dimana ianya akan menjawab
kepada permasalahan dan objektif kajian khususnya. Aspek perbincangan untuk menganalisa
daripada dua kaedah perlu diteliti agar perolehan semua data adalah sahih untuk digunakan.
Kaedah kualitatif menyokong data dari kaedah kuantitatif dimana perkaitan data mampu
menjawab persoalan yang timbul dari kajian yang dilakukan. Sub topik dalam bab 4 ini yang
paling penting adalah perbincangan hasil dapatan kajian. Perbincangan ini merupakan aspek
secara analisa merangkumi kedua-dua data hingga menghasilkan penemuan baru kepada
kajian ini. Penemuan baru inilah merupakan data yang disokong oleh dapatan kajian pengkaji.
Bab terakhir dalam kajian ini pula membincangkan tentang kesimpulan secara
mnyeluruh iaitu melibatkan bab 1 sehingga bab 5. Bab ini juga membincangkan tentang
cadangan kepada kajian samada kepada organisasi dan pengkaji akan datang. Cadangan-
cadangan ini disarankan oleh pengkaji selepas memperolehi data-data daripada informan dan
dapatan data daripada borang soal selidik yang telah dianalisis. Ini akan menambahbaik kajian
secara teratur jika mempunyai perancangan secara sistematik jika pengurusan warisan jerita
91
tuai ini dilakukan dengan tertib dan mendapat sokongan banyak pihak. Usaha ini dilihat
sebagai salah satu cara mengekalkan warisan jerita tuai ini sentiasa wujud di mata
masyarakatnya sendiri.
Namun begitu, segala usaha akan menjadi sia-sia sekiranya tiada sokongan daripada
masyarakat umum itu sendiri. Oleh itu, antara langkah yang perlu diambil bagi memastikan
warisan oral ini kekal adalah dengan:
92
5.2 Cadangan Kepada Organisasi
1. Strategi Promosi Yang Berkesan Dalam Organisasi Menguruskan Jerita Tuai
Organisasi perlu memainkan peranan yang penting untuk menguruskan warisan ini.
Melihat kepada usaha organisasi dalam memperkenalkan jerita tuai itu sendiri. Ini bermaksud
konsep 4 P (produk, place, price, promotion) digunakan. Merangkumi strategik dari aspek
promosi, organisasi perlu melakukan dari segi secara langsung atau tidak langsung. Ini dapat
dilihat dari sudut kaedah pengurusan iaitu secara pendokumentasian (tidak langsung) atau
audio (langsung). Kesannya adalah berbeza melalui aspek penyampaian kepada masyarakat.
Oleh itu, strategi perlu dilakukan dan ditambahbaik untuk jerita tuai ini dikenali.
Sudut pandang antara dua organisasi iaitu Yayasan Tun Jugah dan RTM yang
membawa kaedah yang berbeza adalah sesuatu yang sangat baik dalam mengekalkan jerita
tuai ini. Tidak dinafikan sambutan masyarakat itu sendiri yang menjadi faktor penolak kurang
minat kerana menganggap jerita tuai ini sekadar cerita dongeng semata-mata. Kurang
memahami konteks atau konsep sebenar jerita tuai itu yang menyebabkan masyarakat kurang
meminatinya. Tahap pendedahan terhadap jerita tuai dari segi pengurusannya perlulah diambil
serius oleh kedua-dua organisasi ini.
Bagi Yayasan Tun Jugah, penghasilan jerita tuai dalam pendokumentasian dilihat
kepada konteks mencari sumber pakar dalam penceritaan jerita tuai. Strategi pencarian
perlulah diperluaskan agar pakar-pakar mudah diraih oleh organisasi. Hal ini disebabkan
untuk mencari sumber yang boleh menceritakan atau pakar, pihak organisasi perlu ke
kawasan pendalaman dengan sendiri. Usaha Tun Jugah ini perlu diteruskan kerana limitasi
kepada kewujudan pakar semakin berkurangan.
93
Selain itu, strategi promosi perlu dilakukan dari segi penghasilan versi jerita tuai oleh
Yayasan Tun Jugah. Menurut En.Robert Menua, versi jerita tuai hanya terdapat dalam bahasa
Iban dan English sahaja. Kekurangan kepelbagaian membataskan pembaca khususnya untuk
membaca dan mengenali jenis-jenis jerita tuai dari pemahaman mereka sendiri. Boleh
disarankan untuk mengeluarkan buku dalam versi bahasa Melayu juga agar sasaran audien
lebih banyak. Konsep kepelbagaian ini melibatkan usaha organsasi dalam mengekalkan
warisan oral ini.
Manakala, RTM pula harus melakukan yang terbaik untuk mengekalkan warisan oral
ini disebabkan oleh mereka merupakan satu-satunya organisasi penyiaran yang menyiarkan
jerita tuai dalam stesen Wai Fm Iban. Melalui dapatan kajian yang diperolehi didapati bahawa
wujud pelbagai masalah terutama apabila berkaitan segi kewangan dan mendapatkan pakar.
Oleh itu, cara pendekatan yang berbeza perlu diambil mengikut keadaan.
Strategi promosi yang dicadangkan pengkaji kepada organisasi adalah memberikan
lebih masa kepada slot penyiaran jerita tuai. Hal ini disebabkan cuma diperuntukkan setengah
jam sahaja untuk program jerita tuai ini. Limitasi masa membataskan jerita tuai ini didengari
oleh pendengar. Ditambah pula masa penyiaran yang kurang sesuai untuk diudarakan kerana
penyiaran dilakukan pada sebelah malam. Slot penyiaran perlu dikaji semula atau dirombak
semula untuk mendapatkan pendengar yang lebih ramai berbanding dahulu. Malah, durasi
penyiaran setiap program jerita tuai ini perlu ditambahkan lagi. Hal ini kerana, masa yang
singkat membataskan pendengar dan seringkali terlepas waktu siaran.
Selain itu, pengkaji turut memberi cadangan kepada organisasi untuk mencari
penyampai yang berkebolehan dan berkaliber untuk menyampaikan cerita yang boleh menarik
minat pendengar. Melalui maklumat yang diperolehi daripada informan bahawa penyampaian
94
cerita kurang menarik disebabkan oleh penyampai kurang pandai untuk bercerita. Ini juga
menjadi salah satu faktor yang perlu diambil serius kerana penyampai merupakan orang
tengah yang perlu memainkan penting untuk menyampaikan mesej cerita. Organisasi RTM
Sarawak perlu mencari penyampai yang bersesuaian dan tidak semata-mata disebabkan oleh
gaji yang ditawarkan. Menurut informan, bayaran slot dan gaji adalah dua perkara yang
berbeza dan bayaran adalah lumayan dan berpatutan.
2. Meneliti Penglibatan Organisasi Kerajaan Dan Swasta Yang Membantu Dalam
Menguruskan Jerita Tuai.
Pihak kerajaan dan swasta perlu berganding bahu dalam menguruskan jerita tuai
masyarakat Iban di Sarawak ini. Organisasi inilah yang sangat berperanan penting
memartabatkan warisan ini agar terus kekal menerusi fungsinya sebagai orang tengah yang
memperkenalkan jerita tuai ini kepada umum. Cara pengurusannya juga perlu bersesuaian
dengan medium yang digunakan samada secara pendokumentasian dan audio (radio). Oleh
itu, diharapkan pengkaji yang akan datang mampu mengenalpasti lebih ramai organisasi yang
terlibat dalam menguruskan jerita tuai ini.
Agensi-agensi yang bertanggungjawab perlu tampil kehadapan agar usaha yang
dijalankan diketahui umum. Penglibatan organisasi boleh dikategorikan oleh pengkaji sebagai
kerjasama mengekalkan warisan ini. Walaupun warisan dilihat sebagai khazanah negara yang
tidak menyumbang dari segi ekonomi tetapi nilai tradisi dan identiti perlu dinilai semula
kerana budaya etnik merupakan sesuatu yang tidak ternilai dan tidak dapat dibandingkan
dengan wang ringgit. Malah, kerjasama perlu dilipatgandakan supaya warisan ini kekal dan
berterusan untuk diwarisi oleh semua golongan kelak. Cik Monica Midi pernah menyatakan
95
bahawa kerjasama perlu dijalin antara Yayasan Tun Jugah supaya usaha mengekalkan warisan
ini lebih diketahui oleh masyarakat umum khususnya.
Selain itu, medium atau kaedah yang digunakan juga memainkan penting untuk
menarik minat audien terutamanya golongan muda yang semakin meminggirkan warisan oral
ini. Minat audiens merupakan medium yang perlu diteliti kerana minat adalah elemen yang
utama dalam mengekalkan warisan oral ini.
3. Mengangkat Jerita Tuai Sebagai Sastera Di Peringkat Sekolah Dan UA (Universiti
Awam)
Menerusi temuramah bersama En.Robert Menua , salah seorang informen pengkaji.
Beliau mencadangkan untuk memperkenalkan jerita tuai sebagai subjek matapelajaran yang
diajar di sekolah seperti komsas (literature Melayu). Ini sekaligus dapat mengangkat warisan
itu sendiri dimana jerita tuai dipelajari dan diketahui kerana mereka terdedah dengan warisan
ini. Hal ini secara tidak langsung berkesan dimana generasi muda terdedah di peringkat awal
dan ini akan menyebabkan mereka tahu akan jerita tuai ini. Ini akan mengurangkan usaha dari
organisasi yang bertungkus lumus menggandakan usaha dalam menguruskan jerita tuai
sekiranya sudah diperkenalkan terlebih dahulu di peringkat awal.
Selain itu, informan daripada RTM ( Wai FM ) iaitu Cik. Monica Midi selaku penerbit
rancangan Wai Fm Iban turut mencadangkan supaya terdapat pendidikan bahasa Iban di
sekolah. Beliau mengutarakan untuk menjadikan jerita tuai ini komsas bahasa Iban. Ini dilihat
amat bersesuaian untuk diketengahkan kerana warisan ini adalah medium yang unik dan perlu
dikekalkan.
Pendidikan merupakan usaha yang sangat penting dan sukar untuk dilakukan jika tidak
mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Hal ini disebabkan, langkah drastik yang
96
dilakukan oleh kerajaan adalah melalui pendidikan. Pengkaji melihat kepada usaha dan hasil
dalam jangka panjang terhadap warisan ini. Perkaitan warisan ini dengan pendidikan perlu
diselaras dengan sistematik dan teliti supaya usaha yang dilakukan tidak dipersia-siakan.
97
5.3 Cadangan Kepada Pengkaji Yang Akan Datang
1. Mengenalpasti Halangan-Halangan Dalam Menguruskan Jerita Tuai.
Halangan dalam menguruskan jerita tuai memang tidak dapat dinafikan
kewujudannya. Halangan dari aspek dalaman dan luaran. Hal ini disebabkan oleh arus
pemodenan akan melenyapkan warisan jika tidak diuruskan dengan bijak terutama warisan
oral seperti jerita tuai ini. Kesedaran merupakan kunci utama yang perlu diterapkan dalam diri
generasi muda sekarang kerana pelaksanaan pengurusan jerita tuai ini adalah untuk warisan
yang perlu disambung untuk diketahui generasi mendatang.
Antara yang perlu diambil kira oleh pengkaji untuk menghasilkan kajian ilmiah adalah
membuat lebih banyak rujukan dan kajian mengenai organisasi-organisasi yang berusaha
mengekalkan warisan ini. Pengkaji perlu menyenaraikan organisasi yang menguruskan
warisan ini supaya pengkaji yang akan datang mengetahui organisasi yang bertanggungjawab
untuk mempertahankan warisan ini. Melalui senarai organisasi ini maka ini dapat
memudahkan pengkaji akan datang mempelajari aspek pengurusan dari segi kaedah yang
digunakan.
Masalah pakar juga akan wujud jika warisan ini tidak dikendali dengan bijak.
Golongan pakar ini seringkali dipersoalkan apabila dikaitkan dengan pengekalan warisan. Hal
ini kerana, warisan sinonim dengan golongan yang berumur dan peranan mereka amat
diperlukan terutama menyentuh mengenai warisan oral. Golongan yang pakar semakin
berkurangan disebabkan faktor usia dan tiadanya golongan muda yang ingin meneruskan
warisan ini. Malah, generasi muda tidak mengambil endah dengan warisan tradisi ini.
Masalah ini perlu dipandang dengan lebih serius supaya permasalahan berkaitan warian ini
98
dapat dibendung. Oleh itu, halangan-halangan ini perlu diambil kira dan pengkaji mendatang
sedar akan permasalahan ini dan memperbaikinya.
SENARAI RUJUKAN
BUKU
Heda Jason, D. s. (1977). Patterns in Oral Literature. Great Britain: Mouton & Co.
Tugang, N. A. (2011). Ritual Kain Pua Dalam Budaya Iban di Sarawak. Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Wolfgang Heog, T. L. (2003). Digital Audio Broadcasting: Principles and Applications of
Digital Radio. England: John Wiley and Son Ltd.
Gavin, T. (2004). Iban Ritual Textiles. Netherland: Koninklijk Instituut Voor Taal,Land-en
Volkenkunde.
Janan, S. L. (2013). Sang Budiman. Selangor, Malaysia: cetakan pertama .
Machine, L. D. (2007). Kajian Cerita Rakyat Masyarakat Iban di Sarawak. Kota Samarahan,
Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak.
Tersan, R. (2001). Myth and Legends From The Land of The Hornbill. University of
Michigan: Pelanduk Publication.
Williams, C. (2006). Management. Unites States: Cengage Learning.
Gaut, B. N. (2007). Art, Emotion and Ethics. Oxford, New York: Oxford University Press.
Hamdani, H. (1988). Wajah Sastera Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Henderson, G. m. (2003). Literature and ourselves: A thematic introduction for the readers
and writers. New York: Longman, 4 ed.
Magetsari, N. (1992). Kamus Istilah perpustakaan dan dokumentasi. Kuala lumpur: Pusat
Pembinaan da Pengembangan Bahasa, Department Pendidikan dan Kebudayaan, 248
pages.
Metom, L. (2014). Emotions concepts of the Ibans in Sarawak. Singapore:
partridgepublishing.
Osman, M. T. (1991). Pengkajian Sastera Rakyat: Bercorak Cerita. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Osup, C. A. (2006). Leka Main: Puisi Rakyat Iban- Analisis bentuk dan fungsi. Selangor:
Universiti Sains Malaysia.
Reggie, t. (2001). Myhts and Legends from the land of the hornbill. Selangor: Pelanduk Pub.
said, S. (2013). Melayu sarawak:Sejarah yang Hilang. Kota Samarahan: Universiti Malaysia
Sarawak.
Shenna Gillespie, T. F. (1994). Literature across culture. Boston: Allyn and Bacon.
JURNAL
Beaver, J. E. (2003). what do we mean by 'heritage'? Adventure works Monthly, 3.
Christof Faller, B.-H. J. (2002). Technical Advances in Digital Audio Radio Broadcasting.
1303-1333.
Mis, M. A. (2010). Lingua Franca di Sarawak: Aplikasi Teori Pilihan Bahasa. Gema Online
Journal of Language Studies, volume 10 (2).
Noor, M. M. (1999). Crossing Ethics Borders in Malaysia: Measuring the Fluidity. Universiti
Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Press, vol 55, no 1, 61-82.
AKHBAR
Buda, B. B. (2011, january 29). Jerita Iban- Penatai bansa Iban bagi ke 2. Retrieved from
Borneo post online: www.borneopostonline.com
WEBSITE
http://sribuansalokbatik.blogspot.com/2012/09/tiga-gaya-asas-kepimpinan.html
http://www.scribd.com/doc/33154242/Apa-itu-pengurusan
LAMPIRAN
INFORMAN-INFORMAN
Informan Pertama
Nama: Dr. Robert Menua Saleh
Jawatan:Pengarah Bahagian Sejarah
Lisan Yayasan Tun Jugah
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Penyunting
INFORMAN KEDUA
Nama: Cik Monica Midi
Jawatan: Penerbit Rancangan Wai Fm
Iban.
Status: Bujang
Pekerjaan: Penyampai Radio
LAMPIRAN
Kerja Lapangan Pengkaji di Yayasan Tun Jugah
LAMPIRAN
Kerja Lapangan Pengkaji di Radio Televisyen Sarawak (RTM)
Kerja Lapangan Pengkaji di Smk Simunjan No.1
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Soalan Temubual Bersama Organisasi
Soalan berkaitan dengan organisasi.
1. Terangkan serba ringkas tentang organisasi?
2. Peranan organisasi dalam mengekalkan warisan ini?
3. Apakah matlamat atau objektif yang ingin dicapai oleh organisasi yang menguruskan
warisan tradisi ini?
4. Bagaimanakah cara pengurusan jerita tuai dalam organisasi ini?
5. Usaha-usaha yang dilakukan oleh organisasi berkaitan menguruskan warisan ini?
Soalan berkenaan dengan Jerita Tuai
6. Apakah itu jerita tuai?
7. Jenis-jenis jerita tuai?
8. Perbezaan jerita tuai dengan yang lain ( cerita rakyat masyarakat Melayu)?
9. Contoh-contoh jerita tuai disiarkan?
10. Adakah jerita tuai warisan sastera oral masyarakat Iban?
11. Dari manakah asal-usul jerita tuai ini?
12. Melalui pandangan pihak tuan, apakah keunikkan atau keistimewaan yang terdapat
dalam jerita tuai secara menyeluruh?
Soalan Cadangan
13. Bagaimanakah cara untuk menambahbaik dalam pengurusan mengekalkan jerita tuai
ini?
14. Apakah antara medium lain yang digunakan untuk menguruskan jerita tuai ini?
15. Sebagai seorang pegawai/ pengurus apakah peranan yang patut dijalankan untuk
mengekalkan jerita tuai ini?
16. Apakah pendekatan yang digunakan oleh pihak tuan/puan dalam usaha menguruskan
warisan ini?
17. Apakah harapan pihak tuan/puan dalam jangka masa singkat dan panjang?
18. Berapakah jangkaan audien yang disasarkan?
19. Melalui perspektif pihak tuan, bagaimanakah perkembangan jerita tuai pada masa
kini?
20. Melihat kepada kepentingan jerita tuai ini harus dikekalkan, apakah inisiatif yang
perlu diambil?
21. Bagaimanakah organisasi melihat aspek pengurusan organisasi lain dalam
menguruskan jerita tuai ini?
22. Konteks pengurusan bagaimanakah yang diterapkan oleh organisasi?
Soalan Permasalahan
23. Melalui pemerhatian pengkaji, generasi masa kini semakin kurang mengetahui jerita
tuai masyarakat Iban bolehkah anda terangkan faktor-faktor yang menyebabkan
terjadinya masalah ini?
24. Bagaimanakah sambutan daripada masyarakat berkaitan dengan jerita tuai ini?
25. Apakah masalah yang dihadapi dalam menguruskan pengekalan jerita tuai oleh pihak
bertanggungjawab?
26. Dari manakah memperolehi sumber maklumat berkaitan jerita tuai?
27. Pakar atau golongan yang mahir semakin berkurangan didapati untuk memperolehi
maklumat, apakah pendapat pihak tuan?
28. Golongan sasaran yang diperlukan untuk memberi maklumat?
LAMPIRAN
Soalan borang soa1 selidik
BAHAGIAN A: CIRI-CIRI DEMOGRAFI RESPONDEN
Arahan : Anda diminta untuk menandakan ( / ) di ruang yang disediakan.
1. Jantina:
Lelaki Perempuan
2. Umur:
15-19 30-39
20-29 40 dan ke atas
3. Pekerjaan:
Kerajaan Pelajar
Swasta Lain-Lain (Nyatakan)___________
Persendirian
4. Pendidikan:
Phd Spm
Degree Pmr
Diploma/Stpm Lain-Lain (Nyatakan)___________
5. Medium pendedahan awal:
Keluarga Saluran media massa
Rakan Lain- lain (Nyatakan)____________
Buku
BAHAGIAN B
Arahan: Anda diberi pilihan untuk menjawab ( Ya / Tidak ) dan sila tandakan( / ) pada petak
yang disediakan.
1. Adakah anda mengetahui tentang Jerita Tuai masyarakat Iban?
Ya Tidak
2. Adakah anda berminat dengan jerita tuai masyarakat Iban?
Ya Tidak
3. Apakah medium yang sesuai untuk mengekalkan warisan ini?
Buku Radio
4. Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengekalkan warisan ini?
Kerajaan Diri sendiri
Swasta Lain-lain ( nyatakan )____________
5. Adakah anda pernah mendengar atau membaca mengenai jerita tuai?
Ya Tidak
BAHAGIAN C:
Arahan: Sila tandakan ( / ) di ruangan yang disediakan mengikut skala yang ditetapkan
berdasarkan pendapat anda.
1
Sangat
tidak
setuju
2
Tidak
setuju
3
Tidak
pasti
4
setuju
5
Sangat setuju
bil Soalan
1 2 3 4 5
1 Warisan oral ini diamalkan dalam kalangan
masyarakat Iban?
2 Adakah anda bersetuju, bahawa sambutan terhadap
jerita tuai ini semakin berkurangan?
3 Adakah jerita tuai mempunyai persamaan dengan
cerita rakyat masyarakat Melayu?
4 Adakah jerita tuai masih sama dengan yang asli atau
sudah diubahsuai (tokok tambah)?
5 Adakah anda bersetuju, pakar mengenai jerita tuai ini
semakin kurang?
6 Adakah pengaruh media massa mempengaruhi minat
golongan muda terhadap jerita tuai?
7 Masihkah terdapat organisasi yang
bertanggungjawab dalam menguruskan jerita tuai?
8 Adakah anda bersetuju dengan pendapat bahawa
pengurusan penting untuk mengekalkan sesebuah
warisan?
9 Perlukah jerita tuai ini diaplikasikan dalam bentuk
filem ( adaptasi )?
10 Perlukah menyediakan saluran yang betul untuk
memperkenalkan jerita tuai?