pengurusan permainan tradisional

8
TAJUK 4: PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL 4.1 Pengenalan kepada permainan tradisional Membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Tempoh antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta. Turut juga dikenali sebagai permainan rakyat. 4.2 Jenis-jenis permainan tradisonal Terdapat banyak permainan tradisional yang dimainkan di setiap pelusuk negeri di Tanah Melayu sejak dari dulu lagi. Kebanyakkan permainan adalah hampir sama dan disebabkan dialek negeri berlainan, oleh yang demikian nama permainan juga sedikti mengalami perubahan. Tetapi, cara permainan dijalankan adalah masih lagi sama dari segi teknik dan cara dimainkan. Antaranya ialah: 1) Galah panjang 2) Batu seremban 3) Gasing 4) Congkak

Transcript of pengurusan permainan tradisional

Page 1: pengurusan permainan tradisional

TAJUK 4: PENGURUSAN PERMAINAN TRADISIONAL

4.1 Pengenalan kepada permainan tradisional

Membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita

Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama.

Tempoh antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta

pesta.

Turut juga dikenali sebagai permainan rakyat.

4.2 Jenis-jenis permainan tradisonal

Terdapat banyak permainan tradisional yang dimainkan di setiap pelusuk negeri

di Tanah Melayu sejak dari dulu lagi.

Kebanyakkan permainan adalah hampir sama dan disebabkan dialek negeri

berlainan, oleh yang demikian nama permainan juga sedikti mengalami

perubahan.

Tetapi, cara permainan dijalankan adalah masih lagi sama dari segi teknik dan

cara dimainkan.

Antaranya ialah:

1) Galah panjang

2) Batu seremban

3) Gasing

4) Congkak

5) Wau

6) Teng-teng

7) Sepak raga

8) Konda-kondi

9) Lain-lain

Page 2: pengurusan permainan tradisional

4.3 Peraturan-peraturan permainan tradisional

4.3.1 Galah panjang

Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan

sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di

pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh

golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan.

Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan

mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan

kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.

Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya

adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai

mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu

disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling

gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di

dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh

kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan

penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih

dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan

menangkap pemain.

Gelanggang permainan:

Page 3: pengurusan permainan tradisional

Gelanggang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan

bertar atau bersimin dan di atas padang

Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara

enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang

gelanggang antara tiga hingga empat meter. 

Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari

mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah

melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan

pertukaran kedudukan pasukan.

Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan

gelanggang.

Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat

melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata

diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.

Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira

memenangi perlawan tersebut.

4.3.2 Batu seremban

Dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat.

Dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan

objek lain berbentuk bulat.

Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji.

Dimainkan dalam beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang

berlainan

Page 4: pengurusan permainan tradisional

Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji

buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih

tinggi atau peringkat yang teratas

4.3.3 Gasing

Jenis gasing seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar,

gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku

benang dan gasing pinang.

Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5

meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing.

Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali

yang melilit jambuhnya direnggut.

Dimain dalam dua cara iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.

Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk

gasing lawan

Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Satu lagi gasing ialah gasing pinang yang dimainkan oleh kanak-kanak.

Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian

atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui

pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

4.3.4 Sepak Raga

Permainan sepak raga telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Bola diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga

sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Permainan dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola

kepada rakannya dengan tangan.

Page 5: pengurusan permainan tradisional

Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa

kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain.

Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah

bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke

bumi.

4.3.5 Congkak

Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah

congkak

Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga,

batu-batu kecil dan sebagainya.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat

dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil

"rumah".

Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke

dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah".

Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya.

Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.

Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia

boleh meneruskan permainan.

Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang

mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan

didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung

masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju

Page 6: pengurusan permainan tradisional

ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah

dalam kampung ianya dikira kalah.

4.4 Pengurusan pertandingan tradisional

Pertandingan tradisional dijalankan berdasarkan kepada kawasan atau tempat

tersebut.

Tidak terdapat peraturan yang spesifik yang telah difaktakan untuk permainan-

permainan tradisional.

Kebanyakan permainan dijalankan dengan cara sendiri atau yang diterima pakai

oleh kumpulan yang memainkan permainan tradisional tersebut.

Peraturan yang dikenakan adalah berdasarkan kepada persetujuan ramai.

Seandainya terdapat sesebuah pihak yang ingin menjalankan pertandingan

tradisional secara besaran, pandangan orang ramai hendaklah diambil kira

kerana setiap negeri mempunyai permainan yang sama tetapi berlainan dari segi

nama dan cara ia dijalankan.