PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN...

24
PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2015

Transcript of PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN...

Page 1: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN

Siti Norakhma Binti Abd Manah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

2015

Page 2: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM

KELANTAN

SITI NORAKHMA BINTI ABD MANAH

40225

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Program Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2015

Page 3: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian dalam penyelidikan yang saya jalankan ini telah

digunakan sebagai bahagian sokongan untuk keperluan ijazah atau kelulusan sama ada

kepada institusi pengajian lain.

_________________________

Siti Norakhma Binti Abd Manah

(40225)

Page 4: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

Alexander Anak Chelum

Alexander Anak Chelum

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: _____________

Please tick ()

Final Year Project Report

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ……………..day of……………..2015.

Student’s Declaration:

I ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ------------------------------

(PLEASE INDICATE STUDENT’S NAME, MATRIC NO. AND FACULTY) hereby declare that the

work entitled -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

is my original work. I have not copied from any other students’ work or from any other sources except

where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been

written for me by another person.

___________________ _____________________________

Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration:

I ------------------------------------------- (SUPERVISOR’S NAME) hereby certifies that

the work entitled --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

(TITLE) was prepared by the above named student, and was submitted to the “FACULTY” as a *

partial/full fulfillment for the conferment of -------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------- (PLEASE INDICATE THE DEGREE), and the aforementioned

work, to the best of my knowledge, is the said student’s work.

Received for examination by: ______________________________ Date: _____________

(Name of the supervisor)

SITI NORAKHMA ABD MANAH, 40225, FACULTY OF APPLIED & CREATIVE ARTS

PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN

Siti Norakhma Abd Manah (40225)

BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH HONOURS

(ARTS MANAGEMENT)

PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN

(ARTS MANAGEMENT)

Page 5: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall

be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and

rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the

purpose of academic and research only and not for other purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the

content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the

Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this

Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be

distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS

permission.

Student signature ________________________ Supervisor signature: ________________

( ) ( )

Current Address:

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as

annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Lot 317, Kg Kenak,

Bunut Susu, 17020,

Pasir Mas, Kelantan

Page 6: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

Projek bertajuk “Pengurusan Perolehan Koleksi Di Muzium Islam Kelantan” telah

disediakan oleh Siti Norakhma Binti Abd Manah dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni

Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan

dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

......................................................

Encik Alexander Anak Chelum

Penyelia Program PengurusanSeni

Tarikh:......................................

Page 7: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni
Page 8: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni
Page 9: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni
Page 10: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni
Page 11: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

i

ISI KANDUNGAN

_______________________________________________________________________

HALAMAN

PENGAKUAN

PENGESAHAN

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

BAB 1: PENGENALAN

1.0 Pendahuluan………………………………………………………………………….....1

1.1 Latar Belakang Kajian…………………………………………………………………..2

1.2 Permasalahan Kajian……………………………………………………………………5

1.3 HipotesisKajian…………………………………………………………………………5

1.4 Objektif Kajian………………………………………………………………………….6

1.5 Persoalan Kajian………………………………………………………………………...6

1.6 Signifikan Kajian………………………………………………………………………..7

1.7 Skop Kajian…………………………………………………………………………..…9

1.8 Lokasi Kajian…………………………………………………………………………...10

1.9 Kesimpulan……………………………………………………………………………..11

Page 12: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

ii

BAB 2: SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Pendahuluan…………………………………………………………………………….12

2.1 Kesimpulan……………………………………………………………………………...46

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pedahuluan……………………………………………………………………………...47

3.1 Reka Bentuk Kajian……………………………………………………………………..48

3.2 Kawasan Kajian………………………………………………………………………....48

3.3 Kerangka Kajian………………………………………………………………………...49

3.4 Kaedah Pengumpulan Data Primer………………………………………………….......54

3.5 Kaedah Pengumpulan Data Sekunder…………………………………………………..56

3.6 Instrumen Kajian………………………………………………………………………..57

3.7 Kesimpulan……………………………………………………………………………...59

BAB 4: ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan ……………………………………………………………………………60

4.1 Dapatan Kajian Objektif 1……………………………………………………………....62

4.2 Dapatan Kajian Objektif 2……………………………………………………………...78

Page 13: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

iii

4.3 Dapatan Kajian Objektif 3………………………………………………………………83

4.4 Dapatan Kajian Melalui Pemerhatian ………………………………………………….89

4.5 Kesimpulan……………………………………………………………………………...91

BAB 5: PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 Pendahuluan…………………………………………………………………………… 93

5.1 Perbincangan …………………………………………………………………………...94

5.2 Penemuan Kajian ……………………………………………………………………....103

5.3 Cadangan……………………………………………………………………………….106

5.4 Implikasi Kajian …………………………………………………………………….....108

5.5 Kesimpulan……………………………………………………………………………..110

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

ABRIVIASI

Page 14: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

1

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini memfokuskan tentang Pengurusan Perolehan Koleksi di Muzium Islam

Kelantan (MIK). Selain itu, kajian ini turut menyentuh tentang kaedah yang digunakan oleh

pihak muzium dalam mendapatkan koleksi untuk dipamerkan di dalam Muzium Islam

Kelantan. Kajian ini juga membincangkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh pihak

pengurusan dalam teknik reka letak koleksi seperti artifak yang terdapat di dalam Muzium

Islam Kelantan dan juga tentang penjagaan dan pemeliharaan koleksi Muzium Islam

Kelantan.

Pengurusan perolehan koleksi sangat penting dalam organisasi sesebuah muzium.

Pengurusan perolehan koleksi mengambil kira aspek-aspek seperti pendaftaran koleksi yang

diterima melalui sewa, derma, peminjaman, pembelian atau pun pertukaran melalui muzium

lain. Sesebuah muzium mempunyai prosedur yang telah ditetapkan bagi memperoleh koleksi

untuk dipamerkan di muzium. Oleh itu, pihak pengurusan perolehan koleksi memainkan

peranan yang penting dalam memastikan koleksi yang diterima dan terdapat di muzium

terpelihara.

Page 15: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

2

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Menurut sebuah buku terbitan Muzium Islam Kelantan, sejarah bangunan Muzium Islam

Kelantan adalah bangunan ini terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu yang merupakan bekas

pejabat lama Majlis Agama Islam dan Aadat Istiadat Melayu Kelantan. Bangunan ini adalah

salah sebuah bangunan yang mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang unik di bandar Kota

Bharu. Kerja-kerja ubahsuai bangunan ini telah dimulakan sejak awal tahun 1991 dan telah

siap sepenuhnya menjelang perasmian bangunan tersebut pada 11 November 1991 dengan

menelan belanja sebanyak RM218,000. Bangunan yang diubahsuai ini memuatkan Muzium

Islam, perpustakaan islam dan asrama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz al-Quran.

Bangunan ini asalnya adalah rumah kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, iaitu Encik

Hassan bin Mohd Salleh pada tahun 1990 sehingga 1920. Bangunan ini dibina pada tahun

1902 dan berasaskan ciri-ciri bangunan rumah Melayu Kelantan-Pattani iaitu pada

penghujung abad ke-19 dan pada awal abad ke-20.

Bangunan ini diperbuat daripada kayu cengal terpilih dan atapnya pula menggunakan bata

buatan Singgora yang terkenal lebar tebal dan kukuh. Berbagai-bagai jenis ukiran menghiasi

setiap pintu, tingkap dan ruang. Pada sesetengah tempat pula ukiran-ukiran ini memagar ayat-

ayat suci al-Quran yang digubah dalam satu seni reka dan khat yang cantik dan menarik.

Daun tingkapnya pula dibuat sedemikian rupa (sisik angin) untuk mendapatkan udara

walaupun tingkapnya tertutup.

Page 16: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

3

Terdapat sebuah anjung di bahagian hadapan bangunan ini yang menyerupai beberapa

bangunan lain yang berdekatan seperti Istana Balai Besar dan Istana Jahar. Fungsi anjung ini

antara lain ialah sebagai tempat untuk menyaksikan pelbagai upacara atau pertunjukan yang

sering diadakan di Padang Merdeka yang terletak betul-betul di hadapan rumah berkenaan.

Pada tahun 1905, bangunan ini dipilih menjadi tempat sambutan lawatan Maharaja Siam

iaitu Maharaja Chulalongkorn Rama V ke Kota Bharu. Pada 3 Julai 1917, rumah ini berserta

dengan kawasan telah dibeli oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dengan harga RM15,

000. Pada 9 Ogos 1917, bangunan ini mula dijadikan pejabat Majlis Agama Islam Kelantan

setelah berpindah dari pejabat sementaranya di tingkat atas bangunan lama Pejabat Tanah

Kota Bharu yang terletak di hadapan Istana Balai Besar.

Tingkat bawah bangunan ini pernah menjadi tempat belajar murid-murid madrasah

Muhammadiah Melayu yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan pada tahun 1917.

Penggunaan sepenuhnya kedua-dua bangunan ini menjadi pejabat ialah selepas merdeka

apabila sekolah berkenaan berpindah ke bangunan baru di Jalan Merbau pada awal tahun

1956.

Page 17: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

4

Bangunan ini menjadi Pejabat Majlis Agama Islam Kelantan selama 72 tahun 6 bulan iaitu

mulai 9 Ogos 1917 sehingga 15 Februari 1990 apabila Majlis Agama Islam Kelantan

berpindah ke bangunan baru di Jalan Sultan Yahya Petra Lundang. Selama tiga dekad iaitu

bermula tahun 1920 sehingga 1940, rumah ini menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah

seperti mesyuarat-mesyuarat, perbincangan forum, tempat menterjemah, menerbit kitab-kitab

dan juga pejabat mufti pada masa itu.

Pengubahsuaian.

Sebelum diubahsuai pada tahun 1991, bangunan ini pernah diubahsuai sebanyak dua kali

iaitu pada tahun 1917 dan 1962. Pengubahsuaian ini terpaksa dilakukan bagi menyesuaikan

sebuah rumah kediaman kepada ruang pejabat.

Tidak dapat dinafikan bahawa telah berlaku sedikit pindaan dan perubahan daripada reka

bentuk asal semasa pengubahsuaian. Beberapa ukiran dan seni khat telah dibuang atau

bertukar tempat tetapi tidak mengubah ciri-ciri utama bangunan yang asal.

Kerja-kerja pengubahsuaian pada tahun 1991 ini adalah merupakan pengubahsuaian yang

paling besar terhadap bangunan ini. Walaupun berlaku pengubahsuaian, namun bangunan ini

rnasih mengekalkan ciri-ciri luar bangunan ini tetapi boleh dikatakan hampir keseluruhan ciri-

ciri dalaman seperti struktur bilik tangga dan pintu telah berubah atau dibuang.

Page 18: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

5

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Muzium Islam Kelantan mempunyai koleksi yang mempunyai nilai-nilai kebudayaan

yang tinggi. Terdapat isu yang dikenalpasti oleh pengkaji tentang pengurusan perolehan

koleksi di Muzium Islam Kelantan iaitu muzium ini kurang mendapatkan koleksi untuk

dipamerkan di muzium disebabkan peruntukan yang terhad. Selain itu, muzium ini hanya

mendapatkan koleksi yang tidak terdapat di lokasi kajian sahaja. Ruang galeri yang sempit

menyebabkan tiada kepelbagaian teknik reka letak koleksi yang dipamerkan di Muzium Islam

Kelantan. Muzium ini juga tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemeliharaan koleksi

terbabit.

(Sumber: hasil temubual bersama informen, Encik Ali Riduan bin Daud)

1.3 HIPOTESIS KAJIAN

Menerusi kajian ini iaitu Pengurusan Perolehan Koleksi di Muzium Islam Kelantan,

pengkaji menjangkakan lebih ramai lagi pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang akan

mengkaji berkenaan dengan pengurusan perolehan koleksi ini. MIK dikenali dengan koleksi

seperti artifak yang mempunyai sejarah yang tinggi dan menarik. Ramai pengunjung untuk

melihat koleksi yang dipamerkan di muzium terbabit. Pengkaji turut meramalkan bahawa

dengan adanya kajian ini, ramai pelajar yang akan berminat untuk mendapatkan ilmu

berkenaan dengan pengurusan perolehan koleksi sebagai persediaan mereka untuk membuat

tesis nanti. Selain itu, kajian ini juga akan membantu para pegawai dari muzium lain bagi

mengkaji semula bahagian pengurusan perolehan koleksi di muzium mereka.

Page 19: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

6

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji mengenalpasti beberapa objektif kajian dalam kajian ini. Antaranya adalah :

1. Mengenalpasti prosedur yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan perolehan

koleksi di Muzium Islam Kelantan.

2. Mengetahui teknik reka letak koleksi di Muzium Islam Kelantan.

3. Mengkaji kaedah penjagaan dan pemeliharaan koleksi di Muzium Islam Kelantan.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Terdapat beberapa persoalan kajian dalam kajian ini. Antaranya adalah :

1. Apakah prosedur yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan perolehan koleksi di

Muzium Islam Kelantan?

2. Bagaimanakah teknik reka letak koleksi di Muzium Islam Kelantan?

3. Bagaimanakah kaedah penjagaan dan pemeliharaan koleksi di Muzium Islam

Kelantan?

Page 20: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

7

1.6 SIGNIFIKAN KAJIAN

Pengkaji menyenaraikan beberapa signifikan kajian yang merangkumi beberapa aspek

iaitu:

1.6.1 Muzium Islam Kelantan

Menerusi kajian ini, ia memberi kepentingan kepada kakitangan Muzium Islam

Kelantan khususnya pihak pengurusan perolehan koleksi muzium ini. Hal ini

kerana melalui kajian ini, pegawai yang terlibat dengan koleksi dapat mengetahui

lebih lanjut tentang kaedah untuk menguruskan koleksi yang diterima mahupun

melalui inisiatif yang lain. Selain daripada itu juga, kajian ini turut memberi

kelebihan kepada pihak pengurusan koleksi bagi membaiki kelemahan yang wujud

dalam mengendalikan koleksi di Muzium Islam Kelantan.

1.6.2 Masyarakat

Dengan pengendalian koleksi yang baik dan terancang oleh pihak pengurusan

perolehan koleksi Muzium Islam Kelantan, masyarakat memperoleh pendedahan

tentang koleksi yang mempunyai sejarah yang agung ini. Pendedahan ini

menjadikan masyarakat lebih berilmu tentang keunikan koleksi yang dipamerkan

di Muzium Islam Kelantan.

Page 21: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

8

1.6.3 Pelajar

Pendedahan awal tentang sejarah di persekolahan membuatkan pelajar

berkeinginan untuk melihat secara langsung akan koleksi yang terdapat di

muzium. Pengurusan koleksi yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang

berkaliber mampu memberikan pendedahan terbaik kepada pelajar berkenaan

dengan koleksi yang terdapat di muzium.

1.6.4 Pengkaji akan datang

Dengan adanya kajian pengurusan perolehan koleksi di muzium, ini akan

memudahkan bagi pengkaji akan datang menjalankan kajian dengan menjadikan

kajian ini sebagai rujukan pada masa akan datang. Pengkaji akan datang akan

menjalankan kajian dengan lebih lanjut lagi tentang koleksi di muzium

berdasarkan kajian yang telah dilakukan.

Page 22: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

9

1.7 SKOP KAJIAN

1.7.1 Muzium Islam Kelantan

Pengkaji akan menjalankan kajian yang mendalam dengan skop kajian di

Muzium Islam Kelantan. Pengkaji akan menggunakan pendekatan temubual dengan

pegawai-pegawai di MIK bagi memenuhi butiran maklumat dalam kajian ini. Muzium

Islam Kelantan terlibat dengan menjadi medan lokasi pengkaji dalam menjalankan

kajian berkenaan pengurusan perolehan koleksi.

1.7.2 Bahagian pengurusan perolehan koleksi Muzium Islam Kelantan

Pengkaji akan bersama-sama dengan pegawai yang terlibat dengan pengurusan

perolehan koleksi Muzium Islam Kelantan. Di sini, pengkaji akan meneliti pengurusan

kakitangan dalam menguruskan setiap perolehan koleksi yang diterima dan

dipamerkan di Muzium Islam Kelantan. Mereka yang terlibat dengan pengurusan

perolehan koleksi ini akan membantu pengkaji sama ada secara langsung mahupun

tidak dalam kajian ini.

1.7.3 Pengunjung Muzium Islam Kelantan

Pengunjung Muzium Islam Kelantan akan membantu kajian yang akan

dijalankan oleh pengkaji kelak. Mereka akan terlibat sama ada secara langsung

mahupun tidak langsung melalui temubual bebas dengan pengkaji.

Page 23: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

10

1.8 LOKASI KAJIAN

Muzium Islam ditubuhkan pada tahun 1991 beroperasi pada bangunan lama Majlis Agama

Islam Kelantan (MAIK) terletak di Jalan Sultan Kota Bharu bersebelahan dengan Masjid

Muhammadi, Padang Merdeka dan Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu). Muzium

ini beralamat di Muzium Islam Kelantan, Jalan Masjid, Kota Bharu, 15000 Kota Bharu,

Kelantan.

Rajah 1.1: Peta lokasi kajian Muzium Islam Kelantan

(sumber: http://www.muzium.kelantan.gov.my/)

Page 24: PENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM … perolehan koleksi (24pgs).pdfPENGURUSAN PEROLEHAN KOLEKSI DI MUZIUM ISLAM KELANTAN Siti Norakhma Binti Abd Manah Sarjana Muda Seni

11

1.9 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dalam bab satu, iaitu pengenalan, pengkaji menerangkan

keseluruhan tentang perkara yang hendak dikaji berkenaan dengan Pengurusan Perolehan

Koleksi di Muzium Islam Kelantan.

Pengkaji menjelaskan tentang latarbelakang kajian yang menyentuh tentang perkara

berkenaan dengan pengurusan perolehan koleksi di Muzium Islam Kelantan. Dalam bahagian

ini pengkaji menjelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang istilah muzium menurut ICOM dan

juga muzium yang dijadikan medan para penyelidik bagi mendapatkan informasi.

Selain daripada itu, pengkaji turut menjelaskan tentang permasalahan kajian yang dikaji

oleh pengkaji. Pengkaji turut menyentuh tentang objektif kajian dalam kajian yang dijalankan

ini. Pengkaji menyatakan beberapa objektif sepanjang menjalankan kajian ini. Pengkaji juga

menerangkan tentang hipotesis kajian yang diramalkan selepas kajian ini sempurna disiapkan.

Lokasi kajian ini turut dinyatakan oleh pengkaji dalam laporan kajian ini. Pengkaji

menerangkan tentang kepentingan kajian ini kepada masyarakat, pengunjung, kakitangan dan

ramai lagi. Skop kajian ini merupakan Muzium Islam Kelantan. Pengkaji menyatakan

persoalan semasa menjalankan kajian ini. Secara keseluruhan, bab satu menerangkan tentang

pokok pangkal perkara yang hendak dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini.