Pengurusan Stok Siap

3
A) Pengurusan Stok Stok ialah barang dagangan yang dibeli dan dijual semula dengan tujuan untuk mendapat keuntungan.Menyimpan stok yang berlebihan akan menyebabkan modal terikat,kesesakan kedai dan menghadapi kemungkinan barangan menjadi lapok dan rosak. Panduan dalam pengurusan stok a) Stok mesti disimpan pada paras yang sesuai. Penyimpanan stok yang berlebihan akan melibatkan kos yang tinggi seperti kos modal terikat dan kos pergudangan. Penyimpanan stok yang kurang akan menyebabkan peniaga tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan yang tinggi pada masa-masa tertentu. b) Stok yang bergerak pantas harus disimpan lebih daripada stok yang bergerak perlahan. c) Stok yang diterima daripada pembekal perlu di semak bagi memastikan kuantiti dan kualitinya baik dan betul.Selanjutnya stok perlu direkodkan di dalam buku rekod. d) Stok harus disusun dan diperagakan dengan kemas,menarik dan mudah dilihat oleh pelanggan. B) Pengurusan Pekerja Pekerja perlu diuruskan dengan baik. Pengurusan pekerja memerlukan perhatian dari aspek latihan,disiplin,motivasi dan kebajikannya.Peniaga atau usahawan mestilah menunjukkan teladan yang baik dan adil kepada semua pekerjanya. Panduan dalam pengurusan pekerja atau kakitangan

description

Pengurusan Stok Siap

Transcript of Pengurusan Stok Siap

Page 1: Pengurusan Stok Siap

A) Pengurusan Stok

Stok ialah barang dagangan yang dibeli dan dijual semula dengan tujuan untuk mendapat

keuntungan.Menyimpan stok yang berlebihan akan menyebabkan modal terikat,kesesakan

kedai dan menghadapi kemungkinan barangan menjadi lapok dan rosak.

Panduan dalam pengurusan stok

a) Stok mesti disimpan pada paras yang sesuai.

Penyimpanan stok yang berlebihan akan melibatkan kos yang tinggi seperti kos modal

terikat dan kos pergudangan.

Penyimpanan stok yang kurang akan menyebabkan peniaga tidak dapat memenuhi

permintaan pelanggan yang tinggi pada masa-masa tertentu.

b) Stok yang bergerak pantas harus disimpan lebih daripada stok yang bergerak perlahan.

c) Stok yang diterima daripada pembekal perlu di semak bagi memastikan kuantiti dan

kualitinya baik dan betul.Selanjutnya stok perlu direkodkan di dalam buku rekod.

d) Stok harus disusun dan diperagakan dengan kemas,menarik dan mudah dilihat oleh

pelanggan.

B) Pengurusan Pekerja

Pekerja perlu diuruskan dengan baik. Pengurusan pekerja memerlukan perhatian dari aspek

latihan,disiplin,motivasi dan kebajikannya.Peniaga atau usahawan mestilah menunjukkan

teladan yang baik dan adil kepada semua pekerjanya.

Panduan dalam pengurusan pekerja atau kakitangan

a) Pengkhususan dan pembahagian kerja kakitangan.Setiap pekerja mestilah diberi tugas

mengikut kemahiran mereka untuk menjamin kecekapan.

b) Menegur dan memberi arahan yang jelas.Masa dan jadual bekerja mesti di tetapkan.

c ) Menjaga kebajikan pekerja.Pekerja perlu di beri tempat bekerja yang selamat dan

selesa.Gaji dan elaun hendaklah diberi secara berpatutan dan adil.

Page 2: Pengurusan Stok Siap

d) Mematuhi peraturan dan undang-undang yang bersabit dengan hak dan kepentingan

pekerja seperti Akta Pekerja.Akta Pekerja,Akta Keselamatan sosial Pekerja dan Ordinan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

C) Pengurusan Masa

Pengurusan masa yang bijak sangat penting untuk menentukan perniagaan berjalan dengan

lancar.Senarai kerja dan jadual kerja hendaklah dikemaskinikan mengikut keadaan dan

peredaran masa.Banyak kerja yang boleh dilakukan sementara ketiadaan pelanggan seperti

mengemas stok, kerja-kerja pembersihan dan penyemakan akaun.

D) Pengurusan Wang

Pengurusan wang secara bijak dan cekap adalah penting kerana wang ialah penggerak utama

sesebuah perniagaan.Berbelanja mengikut senarai kepentingan dan kemampuan adalah sangat

di perlukan.Perkara yang perlu diberikan perhatian seperti memusingkan wang

perniagaan,merancang perbelanjaan dan menyediakan penyata kewangan.

Panduan dalam pengurusan Wang

a) Semua wang masuk dan keluar mesti di kawal untuk mengelakkan pembaziran dan

penyelewengan.

b) Sistem simpan kira atau perakaunan yang lengkap harus diamalkan untuk merekod semua

urus niaga yang berlaku.

c) Memahami penyata kewangan iaitu Akaun Penamat dan Kunci Kira-kira kerana perkara

ini dianggap sebagai kad laporan bagi sesuatu perniagaan.