PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti...

47

Transcript of PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti...

Page 1: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 2: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 3: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam

2012

KOMPILASI KESILAPAN LAZIM PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM

Page 4: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

KOMPILASI KESILAPAN LAZIM PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM

Kompilasi Kesilapan Lazim Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam

Cetakan Pertama Disember 2012

© Hak Cipta Bahagian Perkhidmatan

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2012

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dikeluar ulang,

disimpan dalam sistem dapat kembali atau disiarkan dalam apa-apa jua cara sama ada

secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat izin bertulis

daripada Pengarah Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi :

Sektor Pembangunan Dasar Tatatertib Dan Keutuhan

Bahagian Perkhidmatan

Jabatan Perkhidmatan Awam

Aras 6, Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510, Putrajaya.

Tel : 03-8885 3000

Faks : 03-88811370

www.jpa.gov.my

Perhatian : Contoh-contoh kes di dalam buku ini adalah berdasarkan kepada kes sebenar sebagai panduan kepada pihak yang berkenaan. Jika terdapat sebarang

persamaan dalam kes yang dipaparkan, ia adalah secara kebetulan semata-mata.

Page 5: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

PENGENALAN

Pengurusan tindakan tatatertib merupakan salah satu elemen utama

dalam pengurusan sumber manusia perkhidmatan awam. Ia adalah satu bentuk mekanisma kawalan bagi memastikan pegawai-pegawai awam sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Pengurusan tindakan tatatertib di Kementerian/Jabatan/Agensi merupakan suatu proses yang kritikal di mana urus setia tatatertib adalah bertanggungjawab untuk memastikan setiap prosedur dipatuhi sepenuhnya bagi mengelakkan berlakunya implikasi perundangan yang serius. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993] merupakan dua (2) rujukan utama dalam menguruskan tindakan tatatertib perkhidmatan awam. Bermula pada tahun 2009, Jabatan Perkhidmatan Awam telah melaksanakan naziran pengurusan tatatertib perkhidmatan awam di Kementerian/Jabatan/Agensi sebagai salah satu usaha untuk memastikan pengurusan tatatertib dilaksanakan mengikut prosedur seperti mana yang telah diperuntukkan dalam peraturan di samping membantu pihak urus setia tatatertib di Kementerian/Jabatan/Agensi dalam mengendalikan kes-kes tatatertib pegawai awam. Sepanjang pelaksanaan naziran ini, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengenal pasti kesilapan-kesilapan lazim yang sering dilakukan oleh pihak urus setia tatatertib di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi. Perkara ini seharusnya diberikan perhatian yang sewajarnya bagi memastikan tidak berlaku sebarang ketidakakuran prosedur dan kesilapan teknikal sehingga kes-kes tatatertib pegawai awam dicabar di mahkamah yang seterusnya menyebabkan kerugian kepada pihak Kerajaan akibat kecuaian pihak urus setia tatatertib dalam menguruskan kes-kes tatatertib pegawai awam. Justeru, penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pihak urus setia tatatertib di peringkat Kementerian/Jabatan/Agensi untuk mengenalpasti kesilapan-kesilapan lazim dan dijadikan sebagai panduan dalam menguruskan tindakan

tatatertib perkhidmatan awam.

Page 6: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

PENGENALAN

v

1

KESILAPAN LAZIM KERTAS PERTIMBANGAN

PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB

/LEMBAGA TATATERTIB

1-8

2

KESILAPAN LAZIM SURAT PERTUDUHAN

9-12

3

KESILAPAN LAZIM SURAT MAKLUMAN

KEPUTUSAN

13-18

4

KESILAPAN LAZIM MESYUARAT LEMBAGA

TATATERTIB

19-20

5

KESILAPAN LAZIM TINDAKAN TAHAN KERJA

21-22

6

SENARAI KESILAPAN-KESILAPAN LAZIM

23

7

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

24

ISI KANDUNGAN

Page 7: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 8: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB AWAM (NO.2)

DI BAWAH PERATURAN 35, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM

(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

1. TUJUAN-

1.1 Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meminta

Pengerusi Lembaga Tatatertib Awam (No.2) menimbang dan

menentukan sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan itu

adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau

turun pangkat atau dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada

buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 35,

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993 (Pindaan 2002), terhadap :

Puan X

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Bahagian Y, Kementerian Z

Kerana berkelakuan melanggar tatakelakuan Pegawai Awam di

bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993.

1

2

Penentuan di bawah Peraturan 35 adalah di bawah pertimbangan “Pengerusi Lembaga Tatatertib” dan bukannya Lembaga Tatatertib.

Lembaga tatatertib yang bertanggungjawab terhadap urusan tatatertib bagi kumpulan sokongan adalah Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1 & No. 2)

PENJELASAN

1

2

3

3 Rujukan peraturan yang tepat adalah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

1

Page 9: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB

KUMPULAN SOKONGAN (NO.2) DI BAWAH PERATURAN 35, PERATURAN-

PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

1. TUJUAN

1.1 Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meminta Pengerusi

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) menimbang dan

menentukan sama ada pelanggaran tatatertib yang diadukan itu

adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau

turun pangkat atau dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada

buang kerja atau turun pangkat mengikut Peraturan 35,

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993 terhadap :

Puan X

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17

Bahagian Y, Kementerian Z

Kerana berkelakuan melanggar tatakelakuan Pegawai Awam

di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan

Tatatertib) 1993.

TAHUKAH ANDA??

2

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah menggantikan Perintah Am Bab D 1980 bagi urusan tindakan tatatertib pegawai awam berkuat kuasa mulai 15 Disember 1993.

Page 10: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

0

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB

Cadangan Untuk Mengenakan Hukuman Tatatertib Ke Atas Encik RX, Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Gred DG 41, Guru Sekolah Menengah Lubis,

Kg. Nyior, Johor Baru.

TUJUAN

1. Kertas ini dikemukakan untuk mendapatkan keputusan Lembaga Tatatertib

Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No. 2) bagi mengenakan

hukuman tatatertib ke atas Encik RX, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Siswazah, Gred DG 41, Guru Sekolah Menengah Lubis, Kg. Nyior, Johor

Baru. Laporan adalah berhubung dengan tuntutan perjalanan palsu dari Johor ke

Melaka yang telah dikemukakan oleh pegawai berkenaan kepada Pejabat

Pelajaran Negeri Johor pada 12 Jun 2003 untuk menghadiri mesyuarat

Panitia Bahasa Inggeris sedangkan mesyuarat tersebut telah pun ditunda

ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Tuntutan yang dibuat oleh pegawai

berkenaan adalah bercanggah dengan syarat tuntutan yang dibuat di bawah

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2002.

LATAR BELAKANG PEGAWAI

2. Latar belakang dan butir-butir pegawai adalah seperti berikut :

Nama : RX

No. Kad Pengenalan : 821102-08-XXXX

Tarikh Lahir dan Umur : 2 November 1982 (29 tahun)

Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

Gaji : RM 1985.32

Tarikh Pergerakan Gaji : 1 April

Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang telah dikemas kini adalah seperti di Lampiran A.

1 Latar belakang pegawai hendaklah lengkap bagi memudahkan pihak urus setia untuk menyediakan kertas pertimbangan yang lebih komprehensif dan memudahkan Lembaga Tatatertib untuk membuat keputusan.

PENJELASAN

1

3

Page 11: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB

Cadangan Untuk Mengenakan Hukuman Tatatertib Ke Atas Encik RX Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Gred DG 41, Guru Sekolah Menengah Lubis,

Kg. Nyior, Johor Baru.

1. TUJUAN

Kertas ini dikemukakan untuk mendapatkan keputusan Lembaga Tatatertib

Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan (No. 2) bagi mengenakan hukuman tatatertib ke

atas Encik RX, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Gred DG 41, Guru Sekolah

Menengah Lubis, Kg. Nyior, Johor Baru. Laporan adalah berhubung dengan tuntutan perjalanan

palsu dari Johor ke Melaka yang telah dikemukakan oleh pegawai berkenaan kepada Pejabat

Pelajaran Negeri Johor pada 12 Jun 2003 untuk menghadiri mesyuarat Panitia Bahasa

Inggeris sedangkan mesyuarat tersebut telah pun ditunda ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Tuntutan yang dibuat oleh pegawai berkenaan adalah bercanggah dengan syarat tuntutan yang

dibuat di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2002.

2. BUTIR-BUTIR PEGAWAI

Nama : RX

No. Kad Pengenalan : 821102-08-XXXX

Tarikh lahir dan umur : 2 November 1982 (29 tahun)

Tarikh bersara wajib : 2 November 2037

Tarikh Lantikan Pertama : 14.04.2004 Ke Dalam Perkhidmatan Kerajaan Tarikh Di Lantik Ke : 2.03.2007 Jawatan sekarang Taraf Jawatan : Tetap dan Berpencen Jawatan Semasa : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pelanggaran tatatertib Siswazah

Jawatan Sekarang dan Gred : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Siswazah

Gaji sekarang dan mata gaji : RM 1985.32

Tarikh Pergerakan Gaji : 1 April

Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang telah dikemas kini adalah seperti di Lampiran A.

4

Page 12: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

BORANG PENENTUAN OLEH PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB

MENGIKUT PERATURAN 36 (1) , PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI

AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

KEPUTUSAN

Saya, sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2),

Jabatan W memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib Encik Q, Penolong

Pegawai Jurutera Gred J29, yang bertugas di Jabatan W adalah dari jenis

yang patut dikenakan :

Hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 Hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993

(KAMARUL ZIDAN BIN MUSTOR)

Ketua Pengarah Jabatan W, Kementerian Z Tarikh : 12 Januari 2008

1

2

5

1 2 Penggunaan rujukan peraturan yang tidak tepat. Rujukan peraturan yang tepat adalah

Peraturan 35(1).

Borang Penentuan ini ditandatangani di atas kapasiti sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib dan bukannya berdasarkan kepada jawatan yang

disandang di Kementerian/Jabatan

PENJELASAN

Page 13: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

BORANG PENENTUAN OLEH PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB MENGIKUT PERATURAN 35 (1) PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993

KEPUTUSAN

Saya, sebagai Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2),

Jabatan W memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib Encik Q, Penolong

Pegawai Jurutera Gred J29, yang bertugas di Jabatan W adalah dari jenis

yang patut dikenakan :

Hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

(KAMARUL ZIDAN BIN MUSTOR)

Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) Jabatan W Tarikh : 12 Januari 2008

TAHUKAH ANDA??

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang

kerja atau turun pangkat.

6

Page 14: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

5. ULASAN URUS SETIA

5.1 Urus setia setelah mengkaji dan meneliti fakta-fakta dan

keterangan-keterangan yang ada mengenai kes ini berpendapat bahawa

tindakan pegawai merupakan kesalahan berat dan dicadangkan agar

pegawai dikenakan tindakan buang kerja. Urus setia berpandangan

bahawa :

5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan 4.(2)(f), Bab D yang memperuntukkan: “4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak bertanggungjawab.”

1

2

7

1 2 Ulasan Urus setia adalah untuk menjelaskan berkenaan perlanggaran tatatertib pegawai dan bukannya mengesyorkan hukuman tatatertib.

Penggunaan rujukan peraturan yang tidak tepat. Rujukan yang tepat adalah peraturan 4.(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab.

PENJELASAN

Page 15: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

5. ULASAN URUS SETIA

5.1 Urus setia setelah mengkaji dan meneliti fakta-fakta dan

keterangan-keterangan yang ada mengenai kes ini berpendapat bahawa

tindakan pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-

sebab yang munasabah selama 180 hari bagi tempoh Februari 2012

sehingga Ogos 2012 jelas bercanggah dengan tatakelakuan pegawai

awam.

5.2 Ketidakhadiran pegawai tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau

tanpa sebab munasabah itu boleh dikenakan tindakan tatatertib

selaras dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tersebut boleh ditafsirkan

sebagai tidak bertanggungjawab dan melanggar peraturan 4.(2)(g)

seperti berikut:

“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab.”

Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa sebab yang munasabah adalah merupakan pelanggaran tatakelakuan yang paling kerap dilakukan oleh pegawai awam.

TAHUKAH ANDA??

8

Page 16: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 17: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

Encik Ali Bin Dollah (No. K/P : 750911-08-1111) Jabatan W, 71000, Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

Melalui dan salinan : Abdul Rashid Maidyn Pengarah Sumber Manusia Jabatan W 71800, Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan, KENYATAAN ALASAN TINDAKAN TATATERTIB Bahawa satu laporan telah diterima oleh Lembaga Tatatertib yang menyatakan bahawa tuan, Encik Ali Bin Dollah, (No. K/P : 750911-08-1111) telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap tuan.

Page 18: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

Encik AB (No. K/P : 750911-08-XXXX) Jabatan W, 71000 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

Melalui dan salinan : Encik Abdul Rashid Maidyn Pengarah Sumber Manusia Jabatan W 71000 Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan, KENYATAAN ALASAN TINDAKAN TATATERTIB

Bahawa satu laporan telah diterima oleh Lembaga Tatatertib yang

menyatakan bahawa tuan, Encik AB, (No. K/P : 750911-08-XXXX)

telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan

tindakan tatatertib diambil terhadap tuan.

1

2

Peraturan 52, P.U.(A) 395/1993 telah memperuntukkan bagi tujuan penyampaian notis/dokumen berkaitan urusan tatatertib hendaklah menggunakan alamat kediaman.

Penggunaan tajuk yang tepat adalah Tindakan Tatatertib Tidak Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat.

PENJELASAN

Maklumat berkenaan pegawai yang melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah lengkap dan tepat iaitu mengandungi nama, No. K/P, jawatan, gred dan tempat bertugas semasa.

1

2

3

3

9

Page 19: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

\

Encik AB (No. K/P : 750911-08-XXXX) No.1, Lorong Balai Taman Permata Indah 71000 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

Melalui dan salinan : Encik Abdul Rashid Maidyn Pengarah Sumber Manusia Jabatan W 71000 Nilai Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan, TINDAKAN TATATERTIB TIDAK DENGAN TUJUAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT Bahawa satu laporan telah diterima oleh Lembaga Tatatertib yang menyatakan bahawa tuan, Encik AB (No. K/P : 750911-08-XXXX), Juruteknik Gred J32, Unit Penyelenggaraan, Jabatan W, Nilai, Negeri Sembilan telah berkelakuan yang melanggar tatakelakuan dan membolehkan tindakan tatatertib diambil terhadap tuan.

Tindakan tatatertib dikatakan telah bermula apabila telah wujud satu kesalahan tatatertib/kes prima facie dan surat pertuduhan telah

dikeluarkan.

TAHUKAH ANDA??

10

Page 20: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

2. Lembaga Tatatertib setelah menimbangkan segala maklumat yang diterima berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 di atas pertuduhan berikut : “Bahawa tuan, Encik LK (No. K/P :760102-04-XXXX) yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J27, Institut R, Jitra, Kedah telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah mulai 3 September 2009 sehingga ke hari ini. Tindakan tuan yang tidak hadir tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah menyebabkan tuan telah melakukan kesalahan di bawah peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tuan itu adalah satu kesalahan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu bertentangan dengan Peraturan 4.(2)(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002)

1

2

3

11

PENJELASAN

1

2

Penentuan di bawah Peraturan 35 adalah di bawah pertimbangan Pengerusi Lembaga Tatatertib dan bukannya Lembaga

Tatatertib.

Terma rujukan peraturan yang tepat adalah peraturan 37 iaitu tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat.

Peraturan 4.(2)(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 adalah rujukan peraturan yang tepat bagi tidak

bertanggungjawab.

3

Page 21: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

2. Pengerusi Lembaga Tatatertib, setelah menimbangkan segala maklumat yang diterima, berpendapat bahawa tuan patut dikenakan tindakan tatatertib dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 atas pertuduhan berikut : “Bahawa tuan, Encik LK (No. K/P :760102-04-XXXX) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred J27, semasa bertugas di Institut R, Jitra, Kedah telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah mulai 3 September 2009 sehingga ke hari ini. Tuan boleh dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tuan itu adalah satu kesalahan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4.(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan :

“4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab;

TAHUKAH ANDA??

12

Kuorum bagi suatu mesyuarat Lembaga Tatatertib hendaklah terdiri daripada Pengerusi dan

seorang anggota lain.

Page 22: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 23: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 24: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

Encik AQ Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 Melalui dan Salinan : - Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian W Tuan, TINDAKAN TATATERTIB Lembaga Tatatertib di dalam mesyuarat Bil. 1/2009 pada 21 Februari 2009 telah menimbangkan dengan teliti pertuduhan ke atas tuan, dan memutuskan bahawa tuan dikenakan tindakan tatatertib ke atas pertuduhan tersebut. 2. Sehubungan itu, tuan dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji sebanyak 2 pergerakan selama 9 bulan mengikut peraturan 38.(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan

Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

1

2

3

13

1

2

Peraturan 52, P.U.(A) 395/1993 telah memperuntukkan bahawa bagi tujuan penyampaian notis/dokumen berkaitan urusan tatatertib hendaklah menggunakan alamat kediaman. Dapatan bersalah hendaklah

dinyatakan dengan jelas.

Tarikh kuatkuasa hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Tatatertib hendaklah dinyatakan supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan.

3

PENJELASAN

Page 25: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

Encik AQ (761011-03-XXXX) No. 12A/R, Taman Pagoda 31200, Ipoh PERAK DARUL RIDZUAN. Melalui dan Salinan : - Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian W Kompleks X 62050 Putrajaya Tuan, TINDAKAN TATATERTIB Lembaga Tatatertib di dalam mesyuarat Bil.1/2009 pada 21 Februari

2009 telah menimbangkan dengan teliti pertuduhan ke atas tuan, dan

memutuskan bahawa tuan bersalah di atas pertuduhan tersebut.

2. Sehubungan itu, tuan dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji selama 9 bulan mengikut peraturan 38.(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]

berkuatkuasa pada tarikh pergerakan gaji pegawai.

Amaran secara pentadbiran tidak termasuk dalam hukuman tatatertib seperti mana yang telah diperuntukkan dalam peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

TAHUKAH ANDA??

14

Page 26: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

3. Mengikut peraturan 14, Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib

Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993], tuan adalah dengan ini

diberi peluang untuk membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan

Perkhidmatan Awam (Jabatan Perkhidmatan Awam) melalui Ketua

Jabatan di dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh penerimaan surat

keputusan Lembaga Tatatertib ini.

4. Sila akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat

akuan terima yang disertakan dan dikembalikan melalui Ketua Jabatan

tuan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

............................................

(ROMLI BIN HAJI HASSAN)

Ahli Lembaga Tatatertib

Kumpulan Pengurusan (No.2)

Jabatan X

Tarikh : 15 Mei 2007

1

2

3

15

5

Sebarang surat menyurat hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi atau mana-mana ahli Lembaga Tatatertib

bagi pihak Pengerusi (peraturan 53)

3

PENJELASAN

1

2

Peraturan 14, P.U.(A) 396/1993 hanya menyatakan peluang untuk pegawai mengemukakan rayuan tanpa menyatakan tempoh masa yang diperuntukkan. Rujukan peraturan yang tepat adalah

peraturan 14 dan 15(1).

Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (peraturan 12(1), P.U.(A) 396/1993).

Page 27: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

3. Mengikut peraturan 14 dan 15(1), Peraturan-Peraturan

Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993], tuan

adalah dengan ini diberi peluang untuk membuat rayuan kepada

Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam (Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam) melalui Ketua Jabatan di dalam tempoh 14 hari

mulai dari tarikh penerimaan surat keputusan Lembaga Tatatertib ini.

4. Sila akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat

akuan terima yang disertakan dan dikembalikan melalui Ketua Jabatan

tuan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(ROMLI BIN HAJI HASSAN)

b.p. Pengerusi

Lembaga Tatatertib

Kumpulan Pengurusan (No.2)

Jabatan X

Tarikh : 15 Mei 2007

TAHUKAH ANDA??

Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam adalah terdiri daripada anggota-anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dilantik di bawah Perkara 139

Perlembagaan Persekutuan. 16

Page 28: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

Encik SY (761011-03-XXXX) No. 12A/K, Taman Nusantara 32000, Kangar PERLIS. Melalui dan salinan : Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian R Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62050 PUTRAJAYA

Tuan,

KEPUTUSAN TINDAKAN SURCAJ OLEH LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO.1)

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) dalam mesyuarat bilangan

1/2009 pada 3 April 2009 setelah menimbangkan dengan teliti pertuduhan ke

atas tuan, melalui surat pertuduhan bertarikh 3 Februari 2009, memutuskan

tuan bersalah ke atas pertuduhan tersebut.

2. Sehubungan itu, tuan dikenakan tindakan surcaj sebanyak 20% daripada

nilai semasa iaitu sebanyak RM 621.33 mengikut peraturan 51, Peraturan-

Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 bagi pertuduhan

berkenaan.

3. Mengikut peraturan 14 dan 15(1), Peraturan-Peraturan Lembaga

Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 tuan adalah dengan ini diberi

peluang untuk membuat rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib

Perkhidmatan Awam (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) melalui Ketua

Jabatan di dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh penerimaan surat

keputusan Lembaga Tatatertib ini.

1

2

17

Tiada peruntukan untuk pegawai

merayu bagi tindakan surcaj.

1 2 Pihak Berkuasa Tatatertib yang memutuskan kesalahan surcaj adalah Lembaga Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa selain buang kerja atau turun pangkat

PENJELASAN

Page 29: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

Encik SY (761011-03-XXXX) No. 12A/K, Taman Nusantara 32000, Kangar PERLIS. Melalui dan Salinan : - Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian R Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62050 PUTRAJAYA

Tuan,

KEPUTUSAN TINDAKAN SURCAJ OLEH LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO.2)

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2) dalam mesyuarat

bilangan 1/2009 pada 3 April 2009 setelah menimbangkan dengan teliti

pertuduhan ke atas tuan, melalui surat pertuduhan bertarikh 3 Februari

2009, memutuskan tuan bersalah ke atas pertuduhan tersebut.

2. Sehubungan itu, tuan dikenakan tindakan surcaj sebanyak 20%

daripada nilai semasa iaitu sebanyak RM 621.33 mengikut peraturan 51,

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993

bagi pertuduhan berkenaan.

3. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima yang disertakan dan kembalikan kepada pihak Kementerian melalui Ketua Jabatan tuan.

TAHUKAH ANDA??

18

“Justice Delayed, Justice Denied”. Justeru, kes-kes tatatertib hendaklah diselesaikan dalam tempoh masa yang munasabah bagi mengelakkan sebarang kesukaran dalam mendapatkan pembuktian bagi kes-kes yang

terlibat.

Page 30: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 31: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 32: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

MINIT MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO.2)

JABATAN X KALI KE-6

_____________________________________________________________________

Tarikh : 13 Ogos 2010 Masa : 3.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung

1. KEHADIRAN

Nama : Hussien Jan Bin Kamil - Pengerusi

Jawatan : Pengarah Jabatan X

Nama : Jani Bin Jailuddin - Anggota 1

Jawatan : Timbalan Pengarah Jabatan X

Nama : Ghani Bin Don - Anggota 2

Jawatan : Ketua Sektor Pengurusan

Nama : Jamilah Binti Kadir - Setiausaha

Jawatan : Ketua Unit Sumber Manusia

2. PERUTUSAN PENGERUSI

3. PERKARA-PERKARA DIBINCANGKAN

3.1 KERTAS LTTKS (No.2) - Puan RC

Bil. 31/2010 840110-02-XXXX

3.1.1 Asas-Asas Yang Dibincang

3.1.1.1 Pegawai semasa bertugas di Pasukan B, Bahagian O, Pejabat

W, didapati tidak hadir bertugas atau tanpa kebenaran terlebih

dahulu atau tanpa sebab yang munasabah mulai 23 Julai 2010

sehingga kini. Surat arahan bertugas serta-merta telah

dikeluarkan sebanyak 2 kali di dua alamat yang berlainan.

3.1.2 Asas-Asas Keputusan

3.1.1.2 Pengerusi memutuskan pegawai dikenakan hukuman amaran.

1

2

Asas-asas Lembaga Tatatertib membuat keputusan hendaklah diperincikan sewajarnya bagi membolehkan keputusan yang tepat dan adil diambil terhadap pegawai berkenaan.

2 1 Maklumat keanggotaan Lembaga

Tatatertib hendaklah lengkap dan mematuhi Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993]

PENJELASAN

20

Page 33: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

MINIT MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN SOKONGAN (NO. 2),

JABATAN X KALI KE-6

_______________________________________________________________________________________________

Tarikh : 13 Ogos 2010 Masa : 3.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung

1. KEHADIRAN

Nama : Hussien Jan Bin Kamil - Pengerusi Jawatan : Pengarah Jabatan X, Gred : M54

Nama : Jani Bin Jailuddin - Anggota 1 Jawatan : Timbalan Pengarah Jabatan X, Gred : M52

Nama : Ghani Bin Don - Anggota 2 Jawatan : Ketua Sektor Pengurusan Jabatan X, Gred : M48

Nama : Jamilah Binti Kadir - Setiausaha Jawatan : Ketua Unit Sumber Manusia Jabatan X, Gred : N41

2. PERUTUSAN PENGERUSI

3. PERKARA-PERKARA DIBINCANGKAN

3.1 KERTAS LTTKS (No.2) - Puan RC

Bil. 31/2010 (840110-02-XXXX)

Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi)

Gred N17

3.1.1 Asas-Asas Pertimbangan

3.1.1.1 Pegawai semasa bertugas di Pasukan B, Bahagian O, Pejabat W, didapati tidak

hadir bertugas atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang

munasabah mulai 23 Julai 2010 sehingga kini. Surat arahan bertugas serta-merta

telah dikeluarkan sebanyak 2 kali di dua alamat yang berlainan. Setelah meneliti

representasi pegawai ke atas pertuduhan yang dihadapkan ke atasnya, Lembaga

Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) memutuskan pegawai

bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapkan dan dikenakan hukuman turun

gaji sebanyak 2 pergerakan gaji selama 12 bulan di bawah peraturan 38(e)

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatetertib) 1993.

3.1.2 Asas-Asas Keputusan

3.1.1.2 Lembaga Tatatertib berpandangan bahawa tindakan pegawai tidak hadir bertugas

tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan yang serius. Ini menggambarkan

pegawai tidak komited dengan tugas yang telah diamanahkan walaupun telah

beberapa kali dikenakan tindakan tatatertib. Hukuman yang dikenakan adalah

sebagai pengajaran kepada pegawai tersebut dan pegawai lain supaya lebih

bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

19

21

Page 34: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 35: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 36: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB

KUMPULAN SOKONGAN (NO.2), JABATAN W

Cadangan Sama Ada Untuk Tahan Kerja/Tidak Tahan Kerja Ke Atas

Encik RM, No. K.P : 821102-08-XXXX, Pemeriksa Kereta Motor Gred A17,

Jabatan W

1. TUJUAN

Kertas ini dikemukakan untuk pertimbangan Pengerusi Lembaga

Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.2), Jabatan W sama ada untuk

menahan/tidak menahan kerja Encik RM, Pemeriksa Kereta Motor Gred A17,

Jabatan W kerana telah dituduh di Mahkamah Majistret J pada 2 Disember

2009 atas kesalahan di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan.

1

2

22

PENJELASAN

Rujukan peraturan bagi tindakan tahan kerja perlu dinyatakan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesilapan.

2 1 Tindakan tahan kerja di bawah peraturan 44, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 hendaklah diputuskan oleh Lembaga Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa buang kerja atau turun

pangkat sahaja.

Page 37: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN LEMBAGA TATATERTIB KUMPULAN

SOKONGAN (NO.1), JABATAN W

Cadangan Untuk Menahan Kerja Di Bawah Peraturan 44.(1)(a),

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993

Terhadap Encik RM, No. K.P : 821102-08-XXXX, Pemeriksa Kereta Motor

Gred A17, Jabatan W

1. TUJUAN

Kertas ini dikemukakan bertujuan untuk meminta Lembaga Tatatertib

Kumpulan Sokongan (No.1) memutuskan cadangan untuk menahan kerja

terhadap Encik RM, Pemeriksa Kereta Motor Gred A17, Jabatan W yang

telah dituduh di Mahkamah Majistret J pada 2 Disember 2009 atas kesalahan

di bawah Seksyen 420, Kanun Keseksaan.

TAHUKAH ANDA??

Tindakan “tahan kerja” dan “gantung kerja” bukanlah merupakan hukuman tatatertib tetapi ia adalah merupakan sebahagian daripada peruntukan substantif dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

1993.

23

Page 38: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 39: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 40: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

10) LEMBAGA TATATERTIB MENGENAKAN HUKUMAN TATATERTIB SELAIN DARI HUKUMAN YANG TELAH DIPERUNTUKKAN DALAM PERATURAN 38, PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993.

SENARAI KESILAPAN LAZIM

1) RUJUKAN PERATURAN/ TERMA TIDAK TEPAT

2) TIDAK MENGGUNAKAN ALAMAT KEDIAMAN BAGI TUJUAN PENYAMPAIAN DOKUMEN YANG BERKAITAN DENGAN URUSAN TATATERTIB

3) PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB YANG TIDAK TEPAT

4) KEANGGOTAAN LEMBAGA TATATERTIB YANG TIDAK MENEPATI PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA TATATERTIB

PERKHIDMATAN AWAM [P.U.(A) 396/1993]

5) ASAS PERTIMBANGAN DAN KEPUTUSAN DALAM MINIT MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB TERLALU RINGKAS DAN UMUM

6) BORANG PENENTUAN PENGERUSI/PRIMA FACIE TIDAK

DILENGKAPKAN /DITANDATANGANI OLEH PENGERUSI.

7) MASIH LAGI MENGGUNAKAN KAEDAH MITIGASI TERHADAP HUKUMAN BAGI PEGAWAI YANG SEDANG DALAM TINDAKAN

TATATERTIB TERSEBUT.

8) MINIT MESYUARAT/CABUTAN MINIT MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB TIDAK DIMASUKKAN KE DALAM FAIL KES

PEGAWAI.

9) SURAT PERTUDUHAN/MAKLUMAN KEPUTUSAN PEGAWAI TIDAK DITANDATANGANI OLEH PENGERUSI ATAU ANGGOTA

LEMBAGA TATATERTIB BAGI PIHAK PENGERUSI.

Page 41: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 42: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

24

FAIL-FAIL KES TATATERTIB PEGAWAI DIBUKA SECARA

INDIVIDU DAN HENDAKLAH SENTIASA DIKEMASKINI.

4

MEMASTIKAN KERTAS-KERTAS PERTIMBANGAN/ SURAT PERTUDUHAN DIRUJUK DENGAN PENASIHAT UNDANG-

UNDANG/ IBU PEJABAT

2

MENYEDIAKAN SENARAI SEMAK BAGI SETIAP FAIL-FAIL KES PEGAWAI BAGI MEMASTIKAN SETIAP DOKUMEN BERKAITAN ADALAH LENGKAP DAN DAPAT DIPANTAU

DARI SEMASA KE SEMASA

1

DOKUMENTASI KERTAS-KERTAS PERTIMBANGAN DIJILIDKAN DAN DILABELKAN SEWAJARNYA SUPAYA

LEBIH TERSUSUN DAN TERATUR

3

MENYEDIAKAN BENGKEL/SEMINAR/KURSUS KEPADA URUS SETIA/KETUA JABATAN/PEGAWAI AWAM BAGI MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN DALAM PENGURUSAN TINDAKAN TATATERTIB

PERKHIDMATAN AWAM

5

Page 43: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 44: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

JAWATANKUASA KERJA BUKU KOMPILASI KESILAPAN LAZIM PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM

Penaung

YBhg. Datuk Farida Mohd Ali

Penasihat YBhg. Dato’ Mohtar bin Mohd Abd. Rahman

YBhg. Datin Munirah binti Abdullah Bajanuddin

Ketua Editor Encik Pauzan bin Ahmar

Sidang Editor

Puan Rosnita binti Hamzah Puan Salamah binti Abdul Latiff Encik Azlan bin Haji Ahmad Encik Zawawi bin Ghazali Puan Idatul Farita binti Mohamad Toha Puan Anita Zarina binti Salahuddin Cik Khalilulnisha binti Abu Bakar Encik Yusuff bin Abdul Latif Encik Mohammad Fairuz bin Mohd Nasir Encik Raynaur bin Abdul Samad Encik Zulkifli bin Osman Puan Hazwaani binti Abdul Halim Encik Zul Azri bin Abdullah Puan Anita Zarina binti Salahuddin Encik Mohamad Marwan bin Ahmad Tajuri Cik Wan Mardiana binti Abdul Jalal Encik Mohammad Azziyadi bin Ismail Encik Mohd Rizam bin Razman Cik Wan Nur Hanisah binti Abd Razai Urus setia Puan Zarith binti Haji Jarili Cik Siti Noriyah binti Noi Encik Hasnizam Bin Abdul Hamid Encik Mohd Faizal bin Zainal Abidin

Page 45: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Jabatan Perdana Menteri,

Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Belia Dan Sukan

dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

dalam menyumbangkan buah fikiran dan tenaga dalam menjayakan penerbitan

buku ini.

Page 46: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan
Page 47: PENGURUSAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM · 5.1.1 Perbuatan pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti dan sebab-sebab yang munasabah selama 180 hari adalah jelas melanggar subperaturan

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

MALAYSIA

Bahagian Perkhidmatan

Jabatan Perkhidmatan Awam

Aras 6, Blok C2, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62150 Putrajaya

www.jpa.gov.my