PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi:...

13
PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA ISU DAN CABARAN KONTEMPORARI Penyunting: Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor

Transcript of PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi:...

Page 1: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

PENGURUSAN ZAKATDI MALAYSIAISU DAN CABARAN KONTEMPORARI

Penyunting:Hairunnizam Wahid

Mohd Ali Mohd Noor

Page 2: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIAISU DAN CABARAN KONTEMPORARI

Pengkajian zakat di Malaysia amat memerlukan kepada kemahiran pelbagai korpus ilmu agar segala permasalahan zakat semasa dapat dirungkaikan secara empirik dan menyeluruh serta dapat diterima manfaatnya oleh pelbagai pemegang taruh. Isu dan cabaran semasa berkaitan pengurusan zakat bukan sahaja berkisar tentang masalah hukum-hakam serta fatwa oleh institusi agama yang sedia ada malah ia telah menjangkaui dimensi kajian yang baru seperti perakaunan, fintech dan Bitcoins, perkhidmatan perubatan yang berkait dengan asnaf, takaful dan sebagainya. Pengkajian zakat semasa yang bersifat empirik amat diperlukan untuk merungkaikan pelbagai isu semasa dalam mendepani pelbagai cabaran baru oleh pihak institusi zakat dan sudah pastilah penggunaan kaedah pengkajian yang diiktiraf sebagai mainstream pada masa kini amat diperlukan oleh para pengkaji. Pendekatan yang digunakan dalam buku ini menggunakan teori asas dalam ilmu ekonomi sebagaimana yang biasa digunakan dalam menganalisis gelagat agen ekonomi. Buku ini merupakan kompilasi artikel berkaitan zakat yang dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke 13, 2018. Sebahagian besar artikel ini adalah disumbangkan oleh para pelajar dalam Program Sarjana Ekonomi Islam, Sarjana Ekonomi dan Sarjanamuda Ekonomi di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 2018. Fokus kajian zakat dalam buku ini adalah kajian yang berkaitan dengan gelagat manusia dalam sistem pengurusan zakat yang terdiri daripada amil, asnaf serta pembayar zakat di Malaysia. Terdapat juga sebahagian artikel yang ditulis cuba memberi pencerahan beberapa aspek penting dalam kutipan dan agihan zakat yang selama ini mungkin kurang jelas sekali gus menutup sebarang kekeliruan yang berlaku. Sebagai contoh kesan kefahaman yang tidak tepat mengenai fatwa zakat dan kaedah penentuan haddul kifayah menyebabkan segelintir masyarakat menafikan peranan institusi zakat di Malaysia. Peranan amil zakat yang semakin luas dan mencabar turut diutarakan dalam buku ini selaras dengan maslahah umat yang bertambah. Justeru peranan amil dewasa ini tidak lagi sebagaimana dahulu malah ia dilihat bergerak lebih agresif di samping menonjolkan imej korporat dan teknokrat yang professional. Walau pun pendekatan yang digunakan dalam buku ini agak teknikal iaitu menggunakan pendekatan statistik dan ekonometrik, namun buku ini amat baik dijadikan sebagai bahan rujukan oleh para pelajar, pensyarah, institusi zakat dan pengkaji ilmu ekonomi Islam terutamanya dalam bidang kajian zakat.

HAIRUNNIZAM WAHID, PhD. dan MOHD ALI MOHD NOOR, PhD., adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pembangunan Inklusif dan Lestari, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia.

ISBN 978-983-3198-99-3

9 789833 198993

Page 3: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

PENGURUSAN ZAKATDI MALAYSIAISU DAN CABARAN KONTEMPORARI

Page 4: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam
Page 5: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

1

Penyunting: Hairunnizam Wahid Mohd Ali Mohd Noor

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA BANGI • 2018

http://www.ukm.my/fep

PENGURUSAN ZAKATDI MALAYSIAISU DAN CABARAN KONTEMPORARI

Page 6: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

2

Cetakan Pertama, 2018

Hak cipta Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM)

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2018

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,

disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan

sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan

sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

Diterbitkan di Malaysia oleh

Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam (EKONIS-UKM),

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

http://www.ukm.my/ekonis

e-mel:[email protected]

Dengan Kerjasama

Unit Zakat UKM

Pejabat Unit Zakat UKM

Jabatan Bendahari, Aras 1, Masjid UKM

43600 Bangi, Selangor, Darul Ehsan, MALAYSIA

e-mel: [email protected]

Dicetak di Malaysia oleh

UKM CETAK

UKM Holdings Sdn. Bhd.

Aras Bawah, Bangunan Penerbit UKM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Perpustakan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Hairunnizam Wahid

Pengurusan Zakat Di Malaysia: Isu dan Cabaran Kontemporari / Hairunnizam

Wahid, Mohd Ali Mohd Noor,

1. Zakat. 2. Islam—Charities. 3. Islamic Giving. I. Mohd Ali Mohd Nor, II.

Judul

Page 7: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

3

Kandungan

Kandungan …3

Sekapur Sirih…6

Prakata …7

Senarai Penulis…8

BAHAGIAN SATU

Haddul Kifayah & Kualiti Hidup Asnaf

Bab 1 Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Nilai Had Kifayah

Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi: Kajian Terhadap Asnaf Miskin Di

Universiti Kebangsaan Malaysia Nur Alisha Madiha Mohamad Ismail & Hairunnizam Wahid...11

Bab 2 Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa

Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu

Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd

Noor …29

Bab 3 Pola Perbelanjaan dan Cadangan Had Kifayah Mahasiswa Institusi

Pengajian Tinggi: Kajian Pelajar Prasiswazah di Kampus Cheras, Universiti

Kebangsaan Malaysia

Muhammad Nur Hassan & Hairunnizam Wahid ... 51

Bab 4 Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir dan Miskin: Kajian

kes Di Raub Pahang

Nur Shahida Samsudin, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid …73

Bab 5 Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian

Terhadap Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat Selangor

Siti Nuriatul Husna Mohd Nashruddin & Hairunnizam Wahid …87

Bab 6 Kemudahan Asas Peralatan Rumah dalam Kalangan Isirumah Fakir dan

Miskin: Kajian di Selangor

Siti Nasibah Md Nor & Hairunnizam Wahid …107

BAHAGIAN DUA

Persepsi Pembayar dan Penerima Zakat

Bab 7 Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap

Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor

Nur Amirah Jaafar, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor ... 125

Page 8: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

4

Bab 8 Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan dan Implikasinya

dalam Merealisasi Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap Penduduk

Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan

Nor Ayuni Mohamad Zulkifli, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd

Noor …133

Bab 9 Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan

Perubatan Asnaf: Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

(PPUKM)

Nur Farahana Saripudin, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor…167

Bab 10 Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat oleh

Lembaga Zakat Selangor (LZS): Kajian di Perkampungan Orang Asli Daerah

Sepang, Selangor Norhapizah Ismail, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor ...183

BAHAGIAN TIGA

Gelagat Pembayar Zakat

Bab 11 Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian dalam

Kalangan Kakitangan Kerajaan di Jabatan Agama Islam Melaka, Melaka

Siti Zulaikha Nasir, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …203

Bab 12 Isu Pemilikan dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian

Terhadap Institusi Koperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Nasrul Shafiq Ashraf Jaafar, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd

Noor …231

Bab 13 Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan dalam Kalangan

Usahawan di Selangor : Cadangan Menggunakan Peranti Bizzakat

Ahmad Syakir Rurol Mukhan, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam

Wahid ... 247

Bab 14 Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan: Kajian

terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Nur Najihah Zilani, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …245

Bab 15 Peranan Institusi Masjid dan Pondok dalam Memberikan Kefahaman

Tentang Fatwa Zakat Pendapatan: Satu Kajian Terhadap Masyarakat di Mukim

Kenering dan Gerik, Perak Muhammad Mustaqim Mohd Tarmizi & Hairunnizam Wahid …281

Bab 16 Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Terhadap Gelagat

Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh, Perak

Mohamed Hanif Mohamed Nor & Hairunnizam Wahid …297

Page 9: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

5

BAHAGIAN KEEMPAT

Isu Kontemporari Pengurusan Zakat

Bab 17 Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia

Siti Nabihah Esrati, Shifa Mohd Nor & Mariani Abdul Majid …317

Bab 18 Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain dalam Pengurusan Zakat di

Negeri Sembilan Nur Syahirah Mohd Noh, Mohd Ali Mohd Noor & Mohd Shahid Mohd

Noh …345

Bab 19 Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis

Agama Islam Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah

Hairunnizam Wahid, Mohd Fairus Mohd Salleh, Azlina Ahmad, Norida

Basnan, Azizah Mohd Harun & Ainol Basirah Abdul Wahab …359

Bab 20 Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat serta Peranan Masjid:

Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cyberjaya

Nur Farahanis Abas, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor …385

Bab 21 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman Desa

Asnaf Fakir dan Miskin di Perlis

Nor Jannatul Farhana Mohd Zambri, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam

Wahid …405

Bab 22 Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan dalam Peningkatan

Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji

Kamarul Azlan Mustaffa, Hairunnizam Wahid & Mohd Ali Mohd Noor ...423

Page 10: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

6

Sekapur Sirih

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT atas limpahan nikmat dan

rahmat-Nya.

Unit Zakat UKM sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memperkukuhkan

dan memperkasakan pendidikan mahasiswa UKM. Antara saranan Unit Zakat

UKM adalah dengan menggalakkan para mahasiswa UKM untuk menyertai

pelbagai konvensyen akademik yang dianjurkan di peringkat universiti, yang

berpotensi untuk memangkin kecemerlangan akademik dan inovasi dalam

pembelajaran. Sejarah Islam jelas membuktikan bahawa zakat telah memberi

sumbangan besar dalam dunia pendidikan dan telah melahirkan jutaan

cendikiawan.

Usaha memperkasakan ilmu dalam kalangan mahasiswa sangat

diambil berat oleh pihak kami walupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

Usaha ini menuntut kepada tindakan dan kerjasama yang serius daripada

semua pihak agar benar-benar mencapai matlamat dalam memberikan

kebajikan khususnya kepada para mahasiswa. Dengan cabaran ketirisan ilmu

dalam kalangan mahasiswa, inisiatif Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM

dalam mengadakan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-13 2018

(PERKEM 2018) adalah satu langkah yang tepat pada masanya dan wajar

disertai oleh setiap mahasiswa. Unit Zakat UKM sentiasa mengalu-alukan

program seperti ini supaya dapat membudayakan keilmuan dalam kalangan

mahasiswa dan seterusnya menjana keintelektualan untuk melahirkan graduan

beraspirasi kebangsaan, berkompeten, berdaya saing dan inovatif.

Akhir kata, Unit Zakat UKM ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan tahniah kepada penerbitan buku ini bersempena Persidangan

Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-13 2018 (PERKEM 2018) sebagai salah

satu usaha memperkasakan kecemerlangan mahasiswa. Koloberasi ini amat

baik dan bertepatan dengan maqasid zakat yang telah dianjurkan dalam Islam.

Semoga PERKEM 2018 menghasilkan impak yang tinggi dalam

merealisasikan seruan kerajaan untuk memperkasakan pendidikan tinggi di

Malaysia.

Salam Hormat

MUHAMMAD TAJUDDIN ABDUL RAHIM

Unit Zakat UKM

Page 11: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

7

Prakata

Dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan

salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Perubahan ekonomi dan perkembangan pesat teknologi pada masa kini telah

memberikan satu impak yang besar kepada pengurusan zakat di Malaysia. Cabaran

pengurusan zakat dewasa ini tidak lagi berlegar kepada masalah kutipan dan agihan

semata-mata bahkan bagaimana teknologi diaplikasi bagi memenuhi keperluan semasa

dalam suasana ekonomi yang tidak menentu. Institusi zakat perlu berdiri kukuh bagi

meyakinkan pembayar zakat dan asnaf terhadap kredibiliti institusi menguruskan dana

zakat. Walau pun suasana ekonomi tidak menjanjikan ia baik sepanjang masa, namun

pengurusan zakat yang baik, effisien dan telus mampu mengekalkan keyakinan

masyarakat terhadap amanah yang dipikul oleh institusi zakat dalam menguruskan dana

zakat. Alhamdulillah, pengurusan institusi zakat di Malaysia merupakan antara yang

terbaik di rantau ini dan telah menjadi institusi contoh kepada negara lain.

Persidangan PERKEM ke-12, 2017 yang lalu telah berjaya menghasilkan

sebuah buku berkaitan topik zakat yang bertajuk ‘Pengurusan Zakat di Malaysia: satu

pendekatan analisis gelagat’. Pada kali ini, sebagai kesinambungan persidangan yang

lepas, sebuah buku yang bertajuk ‘Pengurusan Zakat di Malaysia: isu dan cabaran

kotemporari’ merupakan buku kedua berkaitan topik zakat yang telah berjaya

diterbitkan melalui persidangan PERKEM ke-13, 2018. Pelajar daripada Program

Sarjana Ekonomi Islam merupakan penyumbang utama buku ini yang rata-rata

memfokuskan kepada beberapa isu dan cabaran pengurusan zakat termasuklah isu

penentuan haddul kifayah, zakat perubatan, persepsi dan gelagat pembayar dan

penerima zakat, aspek perakaunan terhadap aset yang dibiayai oleh dana zakat serta

peranan dan kepentingan teknologi dalam pengurusan zakat.

Sekalung tahniah dan terima kasih kami kepada semua penyumbang sehingga

buku ini berjaya diterbitkan khusus kepada penyumbang utama dana bagi penerbitan

buku ini iaitu Unit Zakat UKM. Penghargaan juga kepada beberapa pihak di institusi

zakat negeri yang telah membantu para pelajar mengumpulkan data, memberi khidmat

nasihat dan menyantuni dengan mesra pelajar yang membuat penyelidikan. Bantuan dan

sokongan ini, mudah-mudahan akan dapat menjadikan pelajar tersebut lebih proaktif,

inovatif dan berdaya maju di masa hadapan. Penghargaan juga ditujukan kepada pihak

yang telah menyumbang geran kepada penyelidikan dalam buku ini seperti Jabatan

Akauntan Negara Malaysia (Kod Projek: EP-2017-027).

Akhir kata, besar harapan kami agar buku ini dapat memberi manfaat kepada

semua pihak yang berkepentingan sama ada kepada institusi zakat, pembuat dasar,

kumpulan pelaksana, NGO, universiti dan masyarakat. Kami menyusun sepuluh jari

memohon maaf di atas sebarang kekurangan dan kelemahan dalam buku ini.

Sekian, terima kasih.

Sidang Penyunting

Page 12: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

8

Senarai Penulis

Ahmad Syakir Rurol Mukhan, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ainol Basirah Abdul Wahab. Pensyarah, Pusat Pembangunan Inklusif &

Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan

Malaysia

Azizah Mohd Harun, Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif &

Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan

Malaysia

Azlina Ahmad, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif & Lestari,

Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Hairunnizam Wahid, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif &

Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan

Malaysia

Kamarul Azlan Mustaffa, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mariani Abdul Majid, PhD. Profesor Madya, Pusat Pembangunan Inklusif &

Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan

Malaysia

Mohamed Hanif Mohamed Nor, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Ali Mohd Noor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif &

Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan

Malaysia

Mohd Fairus Mohd Salleh, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan

Inklusif & Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti

Kebangsaan Malaysia

Mohd Shahid Mohd Noh, PhD. Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah & Ekonomi,

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Muhammad Mustaqim Mohd Tarmizi, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Nur Hassan, Pelajar Sarjanamuda Ekonomi, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nasrul Shafiq Ashraf Jaafar, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi

& Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Ayuni Mohamad Zulkifli, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nor Jannatul Farhana Mohd Zambri, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Norhapizah Ismail, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 13: PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA - ukm.my kerja/buku perkem e-rep.pdf · Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam

9

Norida Basnan, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Pembangunan Inklusif &

Lestari, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan

Malaysia

Nur Alisha Madiha Mohamad Ismail, Pelajar Sarjanamuda Ekonomi, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Amirah Jaafar, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Farahana Saripudin, Pelajar Sarjana Ekonomi, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Farahanis Abas, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Najihah Zilani, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Shahida Samsudin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Nur Syahirah Mohd Noh, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Shifa Mohd Nor, PhD. Pensyarah Kanan, Pusat Keutuhan Tadbir Urus &

Akauntabiliti, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan

Malaysia

Siti Nabihah Esrati, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Nasibah Md Nor, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Nuriatul Husna Mohd Nashruddin, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti

Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Zulaikha Nasir, Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, Fakulti Ekonomi &

Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia