PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS...

22
PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS MACROMEDIA AUTHORWARE MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU LITERASI TAHUN SATU Mohd Arif b. Ismail Mohd. Jasmy Abdul Rahman Mohd Kalip bin Md Tap Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Rosnaini Mahmud Universiti Putra Malaysia, Serdang Pengenalan Dunia masa kini menyaksikan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology ICT) khususnya perkembangan teknologi pengkomputeran. Komputer pertama yang dipasarkan adalah sebesar gimnasium dan hanya syarikat-syarikat yang besar sahaja mampu membelinya kerana harganya yang terlalu mahal. Akibat kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan ICT harga komputer menjadi semakin murah dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai kuasa pemprosesan yang sungguh menakjubkan. Malah penggunaannya sekarang bukan lagi setakat untuk menaip dan menyelesaikan tugas harian yang mudah tetapi penggunaannya telah meluas kesemua bidang termasuklah bidang pendidikan. Menurut Ting dan Woo (2005), ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia. Selaras dengan perkembangan ICT, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru di mana KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utamanya (KPM 2006). Projek Rintis Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia dan pelaksanaannya menekankan kepada penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi dan pengurusan sekolah. Projek ini dirintis pada tahun 1999 hingga 2002 di 88 buah sekolah. Sekolah-sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan ICT termasuk 5 809 komputer dan 261 pelayan. Selain itu, projek seperti SchoolNet, makmal pengkomputeran, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, memperkenalkan mata pelajaran ICT, memberi latihan ICT

Transcript of PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS...

Page 1: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS MACROMEDIA

AUTHORWARE MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU

LITERASI TAHUN SATU

Mohd Arif b. Ismail

Mohd. Jasmy Abdul Rahman

Mohd Kalip bin Md Tap

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Rosnaini Mahmud Universiti Putra Malaysia, Serdang

Pengenalan

Dunia masa kini menyaksikan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi

maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology – ICT)

khususnya perkembangan teknologi pengkomputeran. Komputer pertama yang

dipasarkan adalah sebesar gimnasium dan hanya syarikat-syarikat yang besar

sahaja mampu membelinya kerana harganya yang terlalu mahal. Akibat kesan

globalisasi, liberalisasi dan perkembangan ICT harga komputer menjadi semakin

murah dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai kuasa pemprosesan yang

sungguh menakjubkan. Malah penggunaannya sekarang bukan lagi setakat untuk

menaip dan menyelesaikan tugas harian yang mudah tetapi penggunaannya telah

meluas kesemua bidang termasuklah bidang pendidikan. Menurut Ting dan Woo

(2005), ICT memberi kesan yang besar ke atas anjakan perubahan sistem dan

pengurusan pendidikan di negara-negara membangun seperti Malaysia.

Selaras dengan perkembangan ICT, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

memperkenalkan ICT dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian

dan latihan guru di mana KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan

pembekalan komputer sebagai aktiviti utamanya (KPM 2006). Projek Rintis

Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia dan

pelaksanaannya menekankan kepada penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi

dan pengurusan sekolah. Projek ini dirintis pada tahun 1999 hingga 2002 di 88

buah sekolah. Sekolah-sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan ICT termasuk 5

809 komputer dan 261 pelayan. Selain itu, projek seperti SchoolNet,

makmal pengkomputeran, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris, memperkenalkan mata pelajaran ICT, memberi latihan ICT

Page 2: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

186

kepada guru-guru dan projek pengkomputeran pengurusan turut dilaksanakan

(KPM 2006). Objektif projek-projek tersebut bukan sahaja untuk meningkatkan

mutu pengajaran dan pembelajaran, malah untuk membangunkan sumber tenaga

yang mempunyai ciri-ciri pekerja yang berpengetahuan, celik dan mahir dalam

teknologi maklumat dan komunikasi, mampu bersaing pada peringkat tempatan

dan pada peringkat global, serta memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.

Elemen-elemen inilah yang akan menentukan kejayaan agenda negara -Wawasan

2020.

Pernyataan Masalah

Di Malaysia mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib

lulus dalam semua peperiksaan tidak kira peringkat UPSR, PMR, SPM, STPM dan

seterusnya peringkat yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu dalam Sukatan

Pelajaran Bahasa Melayu Prasekolah (KPM, 2000) membaca dengan faham adalah

satu daripada matlamat yang harus dikuasai oleh murid-murid tahun satu. Tetapi

untuk mencapai matlamat ini tidak semudah yang dibayangkan kerana proses

pembelajaran membaca itu sendiri adalah amat kompleks dan mewujudkan

masalah dalam pembelajaran membaca.

Oleh kerana kemahiran membaca amat penting untuk murid tahun satu , maka satu

kaedah pengajaran yang berkesan sangat diperlukan. Walaubagaimanapun terdapat

banyak masalah yang mungkin menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu. Kurangnya media pengajaran

yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu

menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Program LINUS (Literasi dan Numerasi)

dipertanggungjawabkan bagi merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Negara

atau National Key Result Area (NKRA’s). Ia merupakan usaha penambahbaikan

kepada program sedia ada di sekolah rendah iaitu Program Kelas Intervensi Awal

Membaca dan Menulis (KIA2M).

Program LINUS akan menjalankan beberapa saringan. Ini tidak bermakna semua

murid itu sama dari segi emosi dan intelek. Mereka masih berbeza. Antaranya

mempunyai sifat pemalu dan tidak aktif. Sudah tentu tahap pencapaian mereka juga

berbeza. Dari sudut mengajar membaca, guru menghadapi masalah menyebut atau

membaca secara betul dan tetap. Bunyi sebutan sesuatu perkataan adakalanya

berubah dan tidak setara ketika guru mengalami gangguan mulut. Ini boleh

mengelirukan murid dalam menerima konsep pembelajaran. Pengulangan sebutan

yang seragam perlu diulang-ulang beberapa kali bagi mengukuh ingatan murid.

Page 3: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

187

Rasa letih dan bosan terhadap guru akan berlaku kerana guru bukan mesin atau

robot.

Satu kajian keperluan telah dijalankan oleh pengkaji terhadap lapan orang guru

yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu di sekolah kawasan

Sungai Rambai, Melaka iaitu Sekolah Kebangsaan Sebatu, Sekolah Kebangsaan

Parit Penghulu, Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, dan Sekolah Kebangsaan

Parit Gantong. Guru-guru yang ditemu bual mendapati kebanyakkan murid kurang

berminat untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu

yang dianggap sukar dan membosankan. Sukatan pelajaran yang banyak perlu

murid pelajari juga membuatkan mata pelajaran ini kurang diminati. Guru-guru

bersependapat bahawa kaedah/pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang biasa

digunakan dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu

ialah secara teori dan latihtubi. Di mana biasanya pada satu waktu pengajaran

mereka akan memberikan pengenalan secara teori dengan kaedah kuliah atau

syarahan dan pada akhir waktu yang sama kemudiannya mereka akan

membimbing murid untuk menjalankan kerja-kerja amali. Bahan Bantu Mengajar

yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pelajaran ini ialah

carta, buku teks, alatan maujud, transperensi, OHP. Masalah yang dihadapi dalam

menyediakan bahan bantu mengajar ialah ketandusan idea untuk membina bahan

bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap murid. Dalam masa yang sama

guru-guru tidak mempunyai kepakaran untuk menggunakan alat bantu mengajar

yang telah dibekalkan contohnya alatan elektrik dan elektronik.Guru-guru yang

ditemu bual juga menyatakan mereka pernah menggunakan komputer iaitu untuk

menyediakan nota-nota ringkas dan menyediakan soalan-soalan latihan, ujian dan

peperiksaan.

Kesemua guru bersetuju supaya dibangunkan perisian-perisian kursus pendidikan

bagi mata pelajaran ini bertujuan untuk menarik minat murid dan menambahkan

pemahaman mereka. Guru-guru bersependapat bahawa cara untuk meningkatkan

keberkesanan penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar kepada guru

dan untuk menarik minat murid ialah dengan menyediakan dan memperbanyakkan

bilangan perisian yang mengintegrasikan unsur-unsur multimedia. Mereka juga

menyatakan sehingga kini mereka belum pernah menemui perisian untuk mata

pelajaran ini. Akhirnya guru-guru menaruh harapan yang tinggi agar untuk

permulaan ini bolehlah dibangunkan perisian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

Tahun Satu khusus bagi Literasi-membaca. Tajuk ini paling tidak diminati oleh

murid kerana bagi mereka tajuk ini membosankan dan dalam masa yang sama

mereka tidak suka untuk membuat kerja-kerja berbentuk latihtubi secara bertulis.

Guru-guru berharap dengan adanya perisian yang mempunyai unsur-unsur

multimedia seperti audio dan video bagi tajuk ini akan menarik minat dan

memotivasikan murid untuk mempelajari dengan lebih mendalam tajuk ini.

Page 4: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

188

Oleh kerana kajian keperluan telah dijalankan semasa Program KIA2M dijalankan

dan Program LINUS mula dikuatkuasakan pada awal tahun 2010 maka penkaji

masih menggunakan dapatan kajian keperluan ini untuk meneruskan kajian. Ini

disebabkan Program LINUS adalah lanjutan kepada Program KIA2M.

Berdasarkan pernyataan masalah di atas dan kesedaran inilah maka pengkaji

mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah perisian kursus pendidikan

multimedia interaktif untuk dijadikan media pengajaran bagi membantu proses

pembelajaran murid. Diharapkan juga perisian ini dapat menarik minat murid bagi

mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu. Perisian kursus pendidikan ini

diharap dapat menambahkan koleksi perisian kursus yang sedia ada. Pengkaji

percaya perisian kursus ini merupakan alternatif kepada kaedah yang sedia ada

walaupun ia belum mendapat pengiktirafan dari mana-mana pihak. Bagi golongan

pendidik perisian kursus pendidikan ini boleh dijadikan rujukan untuk membina

media pendidikan berasaskan komputer.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini selaras dengan tujuan kajian. Antaranya adalah untuk :-

1. Membina satu Perisian Kursus Pendidikan bagi pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu dengan menggunakan pendekatan model

ADDIE.

2. Penilaian terhadap Perisian Kursus Pendidikan Bahasa Melayu Literasi Tahun

Satu yang dibangunkan boleh membuktikan seperti berikut:

2.1 Perisian kursus pendidikan yang dibangunkan ini dapat memenuhi atau

menepati keperluan sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu Sekolah

Kebangsaan dan seterusnya dapat digunakan oleh guru sebagai bahan bantu

mengajar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu.

2.1 Perisian kursus pendidikan yang dibangunkan ini mempunyai ciri-ciri

multimedia seperti teks, audio, video, warna dan bersifat interaktif yang

dapat menarik minat murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi

Tahun Satu.

2.3 Perisian yang dibangunkan ini mengaplikasikan konsep Pengajaran

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang boleh disesuaikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu

Tahun Satu.

Page 5: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

189

2.4 Perisian kursus pendidikan yang dibangunkan ini dapat memudahkan

pemahaman murid dalam mempelajari pelajaran Bahasa Melayu Literasi

Tahun Satu.

2.5 Perisian kursus pendidikan yang dibangunkan ini mampu meningkatkan

motivasi murid Tahun Satu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi?

Metodologi Pembangunan Perisian

Bagi mereka bentuk dan membangunkan PKP Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu,

pengkaji telah memilih reka bentuk instruksi bersistem iaitu Model ADDIE

(2007) sebagai panduan seperti Rajah 1.

Rajah 3.1 Model ADDIE

Sumber : Ester, 2007.

Model ADDIE merupakan akronim bagi Analisis (Analysis), Reka Bentuk

(Design), Pembangunan (Development), Pelaksanaan (Implementation), dan

Penilaian (Evaluation). Oleh itu, fasa-fasa pembangunan di dalam model ini adalah

secara sistematik yang melibatkan Fasa Analisis (Analysis), Fasa Reka Bentuk

(Design), Fasa Pembangunan (Development), Fasa Pelaksanaaan (Implementation)

dan Fasa Penilaian (Evaluation).

Model ADDIE dipilih kerana ia merupakan model yang sesuai dalam mereka

bentuk sesebuah PKP serta sering menjadi asas kepada model-model reka bentuk

instruksi yang lain. Tambahan pula, setiap fasa melibatkan proses penilaian yang

Page 6: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

190

dilaksanakan secara berterusan dalam usaha untuk memastikan tiada kesilapan

yang berlaku. Dengan kata lain, Model ADDIE bersifat fleksibel di mana setiap

fasa dinilai dan ditokok tambah mengikut kesesuaian. Semakan semula dibuat jika

sekiranya program yang diuji tidak mencapai ekspetasi (Mohd. Arif 2004). Selain

itu, model ini dipilih kerana ia mempunyai struktur yang ringkas serta mudah

difahami.

Metodologi Penilaian Perisian

Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 8 orang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa

Melayu Literasi Tahun Satu dan 120 orang murid tahun satu. Sampel guru diambil

dari setiap sekolah seramai 2 orang guru. Manakala sampel murid diambil 30 orang

dari setiap sekolah. Bagi temu bual murid, pengkaji telah melibatkan seramai 40

orang murid. Iaitu setiap sekolah diwakili 10 orang murid dari murid yang terlibat.

Pemilihan murid adalah secara rawak berdasarkan senarai nama yang telah

diberikan oleh pihak sekolah. Bagi temu bual guru, pengkaji menggunakan

kesemua 8 orang yang telibat.

Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di SK. Sebatu, SK. Sungai Rambai, SK. Parit Penghulu dan

SK. Parit Gantong, Melaka. Ia merupakan sekolah harian biasa yang terdiri

daripada satu sesi persekolahan iaitu sesi pagi. Sekolah ini dipilih kerana ia

mempunyai makmal komputer yang lengkap dan terletak berhampiran dengan

Pusat Kegiatan Guru(16) Sebatu, Sungai Rambai, Melaka.

Instrumen

Data diperolehi dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diubahsuai

daripada Hasnah (2006) dan Tengku Siti Zaliha (2006). Bagi Penilian Sumatif

Guru terdiri empat bahagian iaitu Bahagian A – Aspek Struktur Organisasi Isi

Kandungan, Bahagian B – Aspek Multimedia, Bahagian C – Aspek Pengaplikasian

Konsep PPBK dan Bahagian D – Aspek Bahasa. Bagi mengukur keempat-empat

bahagian ini, guru-guru diminta menjawab soalan-soalan berdasarkan skala Likert

Lima Mata yang diberi nilai 1 hingga 5 iaitu 1 = Sangat tidak setuju, 2 = tidak

setuju, 3 = Kurang setuju, 4 = Setuju dan 5 = Sangat setuju. Manakala Penilaian

Sumatif Murid - Kebolehgunaan Perisian Kursus Pendidikan. Murid-murid

dikehendaki menjawab tujuh belas soalan Uji Minda yang terdapat di dalam

Page 7: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

191

perisian dan mencatat skor jawapan di dalam borang yang disediakan Markah Uji

Minda akan dijadikan peratus.

Analisis Data

Data yang dikumpul daripada borang soal selidik telah dianalisis dengan

menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) 14

Evaluation For Windows. Statistik deskriptif atau perihalan digunakan untuk

mendapatkan peratusan dan skor min berdasarkan data yang diperolehi. Bagi

tujuan interpretasi penilian perisian ini, pengkaji telah menggunakan Skala Likert

Lima Mata yang diberi nilai 1 hingga 5 di mana 1 = Sangat tidak setuju, 2 = tidak

setuju, 3 = Kurang setuju, 4 = Setuju dan 5 = Sangat setuju. Responden diminta

untuk menandakan salah satu nombor untuk menunjukkan persetujuan mereka

terhadap pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan perisian. Jadual 3.1

menunjukkan darjah persetujuan mereka bagi item-item tersebut di mana jadual ini

akan dijadikan panduan untuk menganalisa darjah persetujuan guru terhadap

perisian ini.

Jadual 1 Darjah Persetujuan Responden

Skor Darjah Persetujuan

5 Sangat setuju

4 Setuju

3 Kurang Setuju

2 Tidak Setuju

1 Sangat tidak setuju

Sumber : Hasnah Yusuf (2006)

Bagi menilai tahap penerimaan perisian PPBK ini, pengkaji menggunakan

interpretasi skor Jamil Ahmad (1993) di mana skor min antara 1.00 hingga 2.33

adalah merujuk kepada tahap persetujuan yang rendah, skor 2.34 hingga 3.66

menunjukkan persetujuan yang sederhana manakala skor 3.67 hingga 5.00 pula

menunjukkan tahap persetujuan yang tinggi. Manakala bagi menilai tahap

kebolehgunaan perisian kursus pendidikan ini, penjkaji telah berbincang bersama

penyelia iaitu dengan mengubah ke bentuk peratus interpretasi skor Jamil Ahmad

(1993). di mana skor min antara 0% hingga 33% adalah merujuk kepada tahap

persetujuan yang rendah, skor 34% hingga 66% menunjukkan persetujuan yang

sederhana manakala skor 67% hingga 100% pula menunjukkan tahap persetujuan

Page 8: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

192

yang tinggi. Jadual 3.2 dan Jadual 3.3 di bawah menunjukkan tahap persetujuan

murid dan guru terhadap perisian PPBK yang telah dibangunkan.

Jadual 2 Interpretasi Skor Min Terhadap Perisian Kursus Pendidikan Bahasa

Melayu Literasi Tahun Satu

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.66 Sederhana

3.67 – 5.00 Tinggi

Sumber : Jamil Ahmad (1993)

Jadual 3 Interpretasi Peratus Skor Tahap Kebolehgunaan Terhadap Perisian Kursus

Pendidikan Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu

Peratus Skor Interpretasi Skor Min

0 - 33 Rendah

34 - 66 Sederhana

67 -100 Tinggi

Adaptasi dari : Jamil Ahmad (1993)

Dapatan Kajian

Daripada perbincangan dan huraian dapatan kajian tersebut, dapatlah dirumuskan

bahawa perisian kursus pendidikan ini boleh dijadikan bahan bantu mengajar oleh

guru-guru kerana menepati sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu dan

perisian ini dapat memudahkan pemahaman murid dalam mempelajari Bahasa

Melayu Literasi Tahun Satu. Perisian ini juga telah berjaya menerapkan unsur-

unsur multimedia dan seterusnya telah berjaya menarik minat murid mempelajari

tajuk ini. Pembangunan perisian ini juga telah berjaya mengaplikasikan konsep

PPBK iaitu dengan pengaplikasian teori dan strategi pembelajaran. Akhir sekali,

dapatan kajian juga menunjukkan bahawa perisian ini telah berjaya meningkatkan

motivasi murid untuk meneruskan pembelajaran mereka. Justeru itu, perisian ini

boleh digunakan oleh guru dan murid sebagai salah satu alternatif dalam proses

Page 9: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

193

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Literasi Tahun

Satu.

Perbincangan

Daripada penganalisaan data dan hasil temu bual, secara keseluruhannya, dapatan

kajian menunjukkan responden yang terdiri daripada guru sangat bersetuju bahawa

Perisian Kursus Pendidikan ini boleh digunakan sebagai salah satu alternatif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun

Satu.

Aspek struktur organisasi isi kandungan

Dari aspek struktur organisasi isi kandungan tahap persetujuan oleh guru-guru

adalah tinggi iaitu dengan nilai min keseluruhan adalah 4.97. Julat nilai min bagi

setiap item juga adalah tinggi iaitu di antara 4.75 dan 5.00. Dapatan ini dapat

membuktikan objektif pelajaran dan isi kandungan perisian selari dan menepati

dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran Bahasa

Melayu tahun satu, KPM (2003). Guru-guru amat bersetuju bahawa Perisian

Kursus Pendidikan Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu ini boleh dijadikan bahan

bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran

Bahasa Melayu tahun satu. Hasnah (2006) berpendapat sesuatu bahan pengajaran

berkomputer yang berkesan perlulah memaparkan tujuan dan objektif pembelajaran

dengan jelas.

Jadual 4 Penilaian Sumatif Guru Bagi Aspek Isi Kandungan

BIL

ITEM

KEKERAPAN DAN

PERATUSAN

MIN

INT.

MIN SS

%

S

%

KS

%

TS

%

STS

%

S1. Objektif pembelajaran

dalam Perisian Kursus

Pendidikan Bahasa

Melayu Literasi Tahun

Satu ini telah dinyatakan

dengan jelas.

8

(100)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5.00 Tinggi

Page 10: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

194

S2. Isi kandungan perisian ini

menepati sukatan pelajaran

Bahasa Melayu Tahun Satu

Sekolah Kebangsaan

seperti yang ditetapkan

oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

8

(100)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5.00 Tinggi

S3. Isi kandungan perisian

perisian kursus pendidikan

ini sesuai dengan tahap

kemampuan murid.

6

(75)

2

(25)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.75 Tinggi

S4. Maklumat yang

dipersembahan ke arah

pencapaian objektif.

8

(100)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

S5. Penyampaian isi pelajaran

mengikut urutan.

8

(100)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

S6. Perisian kursus pendidikan

ini menjadikan

pembelajaran lebih lancar

dan tepat.

8

(100)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

S7. Perisian kursus pendidikan

ini dapat meringankan

beban guru untuk

menyediakan bahan bantu

mengajar.

8

(100)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Page 11: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

195

S8. Perisian kursus pendidikan

ini boleh digunakan oleh

guru sebagai bahan bantu

mengajar.

8

(100)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Purata Keseluruhan

(S1 – S8)

62

(96.88

)

2

(3.13)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.97 Tinggi

SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju TS-Tidak Setuju

STS-Sangat Tidak Setuju INT.-Interpretasi

Aspek Multimedia

Aspek multimedia merupakan aspek terpenting ketika membangunkan perisian ini,

pengkaji telah mengintegrasikan unsur-unsur multimedia seperti teks, audio,

gambar, video, warna dan interaktiviti. Butang-butang navigasi juga telah

diletakkan pada setiap paparan skrin bagi menggalakkan tahap interaktiviti yang

tinggi di antara pengguna dan komputer. Pengguna dapat menukar urutan pelajaran

pada bila-bila masa mengikut sub tajuk bagi persembahan maklumat yang dipilih.

Dari segi pemilihan warna juga adalah bersesuaian dengan sasaran pengguna dan

paparan teks pula menggunakan huruf yang sesuai dan mudah dibaca.

Hasil dapatan menunjukkan guru berada pada tahap persetujuan yang tinggi di

mana nilai min keseluruhan adalah 4.84 dalam penilaian aspek multimedia yang

cuba diintegrasikan ke dalam perisian ini. Tegasnya, dapatan kajian ini

menunjukkan unsur-unsur multimedia yang telah diintegrasikan dalam perisian ini

adalah baik, bersesuaian dan seterusnya dapat menarik minat murid untuk terus

mempelajari Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu. Dapatan ini adalah sejajar

dengan dapatan Tengku Siti Zaliha (2006) yang berpendapat bahan PPBK yang

menggunakan elemen-elemen multimedia interaktif seperti gabungan teks, bunyi

(muzik), grafik dan animasi dapat menyediakan suatu persembahan pembelajaran

yang menarik dan membantu murid untuk memahami apa yang dipelajari. Dapatan

ini juga turut menyokong pendapat Halimah et al. (1996) di mana penggabungan

beberapa media dalam proses pembelajaran, akan memberikan peluang kepada

murid menggunakan deria yang disenanginya untuk menerima pengetahuan.

Page 12: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

196

Jadual 5 Penilaian Sumatif Guru Bagi Aspek Multimedia

BIL

ITEM

KEKERAPAN DAN

PERATUSAN

MIN

INT.

MIN SS

%

S

%

KS

%

TS

%

ST

S

%

S9. Saiz, warna teks dan jenis

font yang digunakan dalam

perisian kursus pendidikan

ini adalah sesuai.

7

(87.5)

1

(12.5)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.88 Tingg

i

S10 Susunan teks dalam perisian

kursus pendidikan ini teratur,

sistematik dan tidak terlalu

padat.

7

(87.5)

1

(12.5)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.88 Tingg

i

S11 Warna grafik yang

digunakan dalam perisian

kursus pendidikan ini adalah

sesuai untuk pembelajaran.

6

(75.0)

2

(25.0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.75 Tingg

i

S12 Warna latar belakang adalah

menarik dan sesuai

digunakan dalam perisian

kursus pendidikan ini.

7

(87.5)

1

(12.5)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.88 Tingg

i

S13 Penggunaan unsur

bunyi(muzik) dalam perisian

kursus pendidikan ini

menarik dan tidak

membosankan.

4

(50.0)

4

(50.0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.50 Tingg

i

S14 Penggunaan unsur bunyi

dapat menarik minat untuk

meneruskan pembelajaran.

8

(100)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5.00 Tingg

i

S15 Video klip yang dipaparkan

sesuai dengan teks dan

audio.

6

(75.0)

2

(25.0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.75 Tingg

i

Page 13: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

197

S16 Cara maklumat

dipersembahkan dalam

perisian kursus pendidikan

ini pada keseluruhannya

adalah sesuai serta menarik.

7

(87.5)

1

(12.5)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.88 Tingg

i

S17 Arahan yang terdapat dalam

perisian kursus pendidikan

ini jelas dan teratur.

6

(75.0)

2

(25.0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.75 Tingg

i

S18 Pengguna boleh menukar

urutan pelajaran bila-bila

masa mengkut sub topik

yang dipilih.

8

(100)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5.00 Tingg

i

S19 Pengguna boleh keluar dari

perisian atau berhenti pada

bila-bila masa.

8

(100)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5.00 Tingg

i

S20 Ikon yang digunakan senang

dikenalpasti fungsinya.

7

(87.5)

1

(12.5)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.88 Tingg

i

S21 Pemilihan butang yang salah

tidak akan menyebabkan

program tergendala.

6

(75.0)

2

(25.0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.75 Tingg

i

S22 Penempatan butang interaktif

adalah sesuai dan berkesan

7

(87.5)

1

(12.5)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.88 Tingg

i

Purata Keseluruhan

( S9 – S22 )

94

(83.93

)

18

(16.07

)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.84 Tingg

i

SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju TS-Tidak Setuju

STS-Sangat Tidak Setuju INT.-Interpretasi

Page 14: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

198

Teori Pembelajaran

Pembangunan Perisian Kursus Pendidikan Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu ini

melibatkan tiga teori pembelajaran utama iaitu teori pembelajaran behaviorisme,

kognitivisme dan konstruktivisme. Teori pembelajaran behaviorisme menekankan

kepada tiga prinsip utama iaitu rangsangan, gerakbalas dan peneguhan. Teori

Pembelajaran Kognitivisme pula melibatkan proses minda yang aktif untuk

mendapat, mengingat dan menggunakan pengetahuan dan maklumat. Teori

pembelajaran konstruktivisme telah diterapkan dalam perisian kursus ini, di mana

kebebasan diberikan kepada murid untuk menentukan hala tuju dan mengawal

proses pembelajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan nilai min purata

keseluruhan bagi teori behaviorisme adalah 4.85, Purata min keseluruhan bagi teori

pembelajaran kognitivisme adalah 4.88. Manakala purata min keseluruhan bagi

teori konstruktivisme adalah adalah 4.88. Ketiga-tiga teori berada di skala yang

tinggi. Kesimpulannya, berdasarkan purata keseluruhan min 4.87 bagi ketiga-tiga

teori pembelajaran, memang tidak dapat disangkalkan lagi bahawa, perisian ini

telah berjaya mengaplikasikan teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan

konstruktivisme dalam usaha untuk menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Dapatan ini adalah selari

dengan dapatan Shaifol (2004) yang menegaskan bahawa pengaplikasian teori-

teori pembelajaran akan memberikan rangsangan positif yang membolehkan murid

membentuk rangsangan tindak balas ke arah yang diinginkan oleh mereka.

Page 15: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

199

Jadual 6 Penilaian Sumatif Guru Bagi Aspek Pengaplikasian Konsep PPBK

(Teori Pembelajaran)

Soalan

ITEM

KEKERAPAN DAN

PERATUSAN

MIN

INT.

MIN SS

%

S

%

KS

%

TS

%

STS

%

(S23 – S27) Purata : Teori

Behaviorisme

34

(85.0)

6

(15.0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.85 Tinggi

(S28 – S32) Purata : Teori

Kognitivisme

35

(87.5)

5

(12.5)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.88 Tinggi

(S33 – S38) Purata : Teori

Konstruktivisme

42

(87.5)

6

(12.5)

0

(0)

0

(0)

0

(0) 4.88 Tinggi

(S23 – S38) Purata Keseluruhan

111

(86.7)

17

(13.3)

0

(0)

0

(0)

0

(0) 4.87 Tinggi

SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju TS-Tidak Setuju

STS-Sangat Tidak Setuju INT.-Interpretasi

Strategi Pembelajaran

Pembangunan perisian kursus pendidikan ini melibatkan tiga strategi pembelajaran

utama iaitu strategi pembelajaran aktif, anjal dan kooperatif. Daripada data-data

yang dikumpul dan dianalisa, jelas menunjukkan perisian ini telah berjaya

mengaplikasikan ketiga-tiga strategi pembelajaran tersebut. Purata min keseluruhan

bagi strategi pembelajaran aktif adalah 4.91. strategi pembelajaran anjal adalah

4.94. Manakala strategi pembelajaran kooperatif adalah 4.96. Jelaslah bahawa

daripada data-data yang dikumpul dan dianalisa menunjukkan bahawa perisian ini

telah berjaya (purata keseluruhan min 4.93) mengaplikasikan strategi pembelajaran

Page 16: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

200

aktif, anjal dan kooperatif dalam usaha menarik minat murid untuk terus

menggunakan perisian ini sebagai salah satu alternatif bahan bantu belajar dalam

proses pembelajaran mereka supaya menarik dan berkesan. Ini selaras dengan

kajian yang telah dibuat oleh Hasnah (2006) yang menjelaskan strategi-strategi

pembelajaran yang diaplikasikan ke dalam perisiannya dapat menarik minat murid

untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Jadual 7 Penilaian Sumatif Guru Bagi Aspek Pengaplikasian Konsep PPBK

(Strategi Pembelajaran)

Soalan

ITEM

KEKERAPAN DAN

PERATUSAN

MIN

INT.

MIN SS

%

S

%

KS

%

TS

%

STS

%

(S39 – S42) Purata : Strategi

Pembelajaran Aktif

29

(90.6)

3

(9.4)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.91 Tinggi

(S43 – S46) Purata : Strategi

Pembelajaran Anjal

30

(93.8)

2

(6.3)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.94 Tinggi

(S47 – S49) Purata : Strategi

Pembelajaran

Kooperatif

23

(95.8)

1

(4.2)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.96 Tinggi

(S39 – S49) Purata Keseluruhan

82

(93.2)

6

(6.8)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.93 Tinggi

SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju TS-Tidak Setuju

STS-Sangat Tidak Setuju INT.-Interpretasi

Page 17: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

201

Aspek Bahasa

Bagi aspek bahasa, data menunjukkan skor min keseluruhan 4.79 di mana 79.2%

guru berada pada skala sangat setuju dan 20.8% guru bersetuju. Ini membuktikan

bahawa perisian ini telah menggunakan sebutan Bahasa Melayu baku. Keterangan

mengenai aktiviti setiap modul dinyatakan dengan ringkas dan jelas. Bentuk

tulisan (Font Century Gothic) adalah seragam sesuai dan tidak mengelirukan

murid. Laras bahasa yang digunakan juga sesuai. Jelaslah aspek bahasa yang

terkandung dalam perisian kursus pendidikan dapat memberi kefahaman murid

bagi mengikuti Bahasa Melayu Literasi Tahun Satu. Justeru, perisian ini amat

sesuai sekali digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

bahasa melayu literasi tahun satu.

Jadual 8 Penilaian Sumatif Guru Bagi Aspek Bahasa

( Pemahaman Murid)

BIL

ITEM

KEKERAPAN DAN

PERATUSAN

MIN

INT.

MIN SS

%

S

%

KS

%

TS

%

STS

%

S50

.

Maklumat yang terkandung

dalam Perisian Kursus

Pendidikan memudahkan

murid memahami dengan

jelas Bahasa Melayu

Literasi

7

(87.5)

1

(12.5)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.88

Tinggi

S51

.

Dengan menggunakan

Perisisn Kursus Pendidikan

ini membantu pemahaman

murid dalam Bahasa

Melayu Literasi.

5

(62.5)

3

(37.5)

0

(5)

0

(0)

0

(0)

4.15 Tinggi

S52

.

Laras bahasa yang

digunakan dalam Perisian

Kursus Pendidikan ini jelas

dan mudah difahami

7

(87.5)

1

(12.5)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.88 Tinggi

Page 18: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

202

S53

.

Keterangan yang ada di

dalam Perisian Kursus

Pendidikan ini memberi

manfaat dan memudahkan

pemahaman murid.

8

(100)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

S54

.

Sebutan huruf, perkataan

dan ayat jelas dan

menggunakan bahasa baku.

4

(50)

4

(50)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.50 Tinggi

S55

.

Maklumat yang disusun

memudahkan pemahaman

murid.

7

(87.5)

1

(12.5)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.88 Tinggi

Purata Keseluruhan

(S50-S55)

38

(79.2)

10

(20.8)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

4.79 Tinggi

SS-Sangat Setuju S-Setuju KS-Kurang Setuju TS-Tidak Setuju

STS-Sangat Tidak Setuju INT.-Interpretasi

Aspek Motivasi

Berdasarkan penganalisaan data, perisian kursus pendidikan Bahasa Melayu

Literasi Tahun Satu ini mampu untuk meningkatkan motivasi murid tahun satu

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan pengintegrasian unsur-unsur

multimedia dan pengaplikasian teori dan strategi pembelajaran telah menghasilkan

satu perisian yang lengkap dan seterusnya dapat menarik minat murid untuk terus

meneroka perisian ini. Dengan adanya perisian perisian ini juga dapat mengubah

corak pembelajaran murid yang mana akan dapat mengelakkan murid daripada

ponteng kelas dan mula memberikan perhatian kepada mata pelajaran Bahasa

Melayu. Perisian ini juga membolehkan murid mengulangi semua pembelajaran

tanpa rasa malu dan ianya akan menjadikan suasana pembelajaran yang lebih

menyeronokkan. Dalam masa yang sama kata-kata perangsang yang diberi dapat

meningkatkan semangat belajar dan seterusnya memotivasikan murid untuk

meneruskan pembelajaran. Dengan skor min keseluruhan 5.0 di mana 100%

murid berada pada skala sangat setuju, dapatlah dirumuskan bahawa pelajar lebih

bermotivasi setelah menggunakan perisian. Justeru, perisian ini amat sesuai sekali

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa

Melayu Literasi. Kenyataan ini selaras dengan kajian-kajian lepas seperti dalam

kajian Rosmaria (2003) dan Hasnah (2006).

Page 19: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

203

Jadual 9 Penilaian Sumatif Murid Bagi Aspek Motivasi

(Dapatan Skor Markah Uji Minda di dalam Perisian Kursus Pendidikan Bahasa

Melayu Literasi Tahun Satu ).

BIL

ITEM

KEKERAPAN DAN

PERATUSAN

MIN

INT.

MIN 100 - 67

%

66 - 34

%

33 - 0

%

Uji Minda 1

Pilih sebutan yang

betul

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 2

Pilih sebutan yang

betul

120

(100)

0

(0)

0

(5)

5.0 Tinggi

Uji Minda 3 Menulis huruf

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 4 Menulis huruf

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 5 Menulis huruf

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 6 Menulis huruf

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 7 Menulis huruf

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 8 Menulis huruf

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 9 Menulis perkataan

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Page 20: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

204

Uji Minda 10 Menulis perkataan 120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 11

Menulis nama

benda berdasarkan

gambar

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 12 Menyusun huruf

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 13

Menulis perkataan

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 14

Memilih ayat yang

sesuai dengan

gambar

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 15

Menyusun

perkataan

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 16

Menyusun

perkataan

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

Uji Minda 17

Menyusun

perkataan

120

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

PURATA

KESELURUHAN

2040

(100)

0

(0)

0

(0)

5.0 Tinggi

(100 – 67)%-Tinggi (66 -34)% - Sederhana (33 – 0)% - Rendah INT.-

Interpretasi

Page 21: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

205

Penutup

Dunia pendidikan negara memperoleh suntikan baru dan mampu menjana

pembangunan nilai modal insan dengan pembentangan Bajet 2010 baru-baru ini.

Bermula peringkat sekolah rendah, menengah dan tinggi, bajet berkenaan

memperuntukan jumlah besar demi memastikan mutu pendidikan negara

dipertingkat bagi melahirkan generasi berilmu (Ruhaiza 2007). Ini secara tidak

langsung akan meningkatkan penggunaan komputer dan perisian pendidikan

dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dewasa ini, penggunaan

komputer dan perisian PPBK dilihat mempunyai implikasi yang besar terhadap

sistem pendidikan negara. Ini adalah agar pendidikan negara setanding dengan

pendidikan negara-negara maju.

Sehubungan dengan itu, pembangunan perisian kursus pendidikan Bahasa Melayu

Literasi Tahun Satu ini telah berjaya mencapai tujuan dan objektif kajian yang

telah ditetapkan. Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti

namun ianya masih boleh diperbaiki lagi di samping perisian ini mempunyai

banyak kelebihannya yang tersendiri. Justeru, diharapkan penghasilan perisian

ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan bahan bantu mengajar bagi guru-

guru Bahasa Melayu Tahun Satu di mana ia boleh dijadikan satu alternatif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan, menarik dan

menyeronokkan. Adalah diharapkan juga perisian ini akan menjadi pendorong ke

arah penghasilan lebih banyak perisian PPBK pada masa akan datang dalam usaha

untuk mengatasi masalah ketandusan perisian interaktif bagi mata pelajaran Bahasa

Melayu.

Rujukan

Ester, D. 2007. Model ADDIE. http://www.dennistester.com/addie.htm.

[10 Julai 2007] .

Halimah Badioze Zaman, Indera Renganathan & Mohd Jan Nordin. 1996.

Pembangunan pakej multimesia Matematik berpendidikan komputer :

Pengenalan sudut & garis lurus. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains &

Matematik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 20 – 21 Nov.

Page 22: PENILAIAN PEMBANGUNAN PERISIAN KURSUS …fkip.unri.ac.id/wp-content/uploads/2017/08/2014-13-Arif-ms-185-206... · dalam Bahasa Inggeris, ... PMR, SPM, STPM dan ... kepada program

206

Hasnah Bt. Yusuf. 2006. Pembangunan dan penilaian pengajaran dan

pembelajaran pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah “Tokoh Mazhab”.

Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamil Ahmad. 1993. Tinjauan tentang kekangan-kekangan dalam pelaksanaan

Sains KBSM di sekolah-sekolah menengah di negeri Kedah. Tesis Sarjana

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

2006-2010.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2000. Sukatan Matapelajaran Bahasa Melayu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Sukatan Pelajaran Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah, Bahasa Melayu Tahun Satu, Pusat

Perkembangan Kurikulum.

Mohd Arif Ismail. 2004. Model reka bentuk instruksional dalam pengajaran dan

pembelajaran. Prosiding Seminar Aliran Terkini Pengajaran Sumber dan

Teknologi Maklumat 2004, hlm.1-11.

Rosmaria. Bt. Mohd. Sahat 2003. Pembangunan perisian pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer (PPBK): Adab menjaga fitrah lelaki

dan Perempuan. Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Ruhaiza Rusmin. 2007. Frasa baru pendidikan. Harian Metro.

http://www.hmetro.com.my. [24 September 2007].

Shaifol Bahari Sulaiman. 2004. Pembangunan dan penilaian perisian multimedia

bagi kursus teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan

pembelajaran, kursus sekolah bestari. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Tengku Siti Zaliha Bt Tengku Wook. 2006. Pembinaan bahan pengajaran

pembelajaran berbantukan komputer berasaskan CD-Rom Tamaduan

Dunia. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.