PENILAIAN PERLAKSANAAN KOMPONEN FIZIK DALAM KURIKULUM SAINS GUNAAN MENGGUNAKAN MODEL CIPP

download PENILAIAN PERLAKSANAAN KOMPONEN FIZIK DALAM KURIKULUM SAINS GUNAAN MENGGUNAKAN MODEL CIPP

of 171

Transcript of PENILAIAN PERLAKSANAAN KOMPONEN FIZIK DALAM KURIKULUM SAINS GUNAAN MENGGUNAKAN MODEL CIPP

  • i

    PENILAIAN PERLAKSANAAN KOMPONEN FIZIK DALAM KURIKULUM

    SAINS GUNAAN MENGGUNAKAN MODEL CIPP

    NORLLY BINTI MOHD ISA

    Disertasi ini dikemukakan

    sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan Fizik

    Fakulti Pendidikan

    Universiti Teknologi Malaysia

    SEPTEMBER 2011

  • ii

  • iii

    PENGESAHAN PENYELIA

    "Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

    karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

    Ijazah Sarjana Pendidikan Fizik".

    Tandatangan : ..

    Nama Penyelia : DR FATIN ALIAH PHANG

    Tarikh : 23 SEPTEMBER 2011

  • iv

    Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : ....................................................

    Nama Penulis : NORLLY BINTI MOHD ISA

    Tarikh : 23 SEPTEMBER 2011

  • v

    Kasih sayang, cinta dan pengertian kalian adalah nadi perjuangan umie

    Terima kasih buat suami Eady Eswaddy

    dan anak-anakku Effa Ellya, Farish Eiman & Faheem Elman.

  • vi

    PENGHARGAAN

    Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA

    dapatlah saya menyiapkan disertasi ini bagi memenuhi sebahagian daripada syarat

    penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Fizik.

    Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

    pensyarah penyelia iaitu Dr Fatin Aliah Phang kerana telah banyak memberikan tunjuk

    ajar, panduan dan bantuan kepada saya sepanjang menjalankan disertasi ini. Tidak lupa

    kepada Dr Shaharom Nordin dan Dr Seth Sulaiman yang juga banyak memberikan

    input dan idea dalam proses menjalankan kajian.

    Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir SMV Tanjung

    Puteri dan MSAB yang merupakan majikan saya atas sokongan dan galakan yang

    diberikan. Terima kasih juga kepada rakan sekerja dan rakan seperjuangan yang turut

    sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan disertasi ini.

    Khas buat seluruh keluarga yang memberikan segala bantuan, dorongan dan

    semangat, semoga kita akan terus bahagia dalam keberkatan. Amin.

    Sekian, terima kasih.

  • vii

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan mata pelajaran Sains Gunaan (Applied

    Science) bagi komponen fizik terhadap pelajar-pelajar aliran Vokasional Ketukangan di

    sekolah-sekolah Menengah Vokasional di negeri Johor. Mata pelajaran ini baru

    diperkenalkan bermula sesi 2008; mengandungi tujuh komponen fizik dari sepuluh

    keseluruhannya dan diwujudkan khas untuk pelajar aliran Vokasional Ketukangan

    menggantikan mata pelajaran Sains Teras. Kajian ini menggunakan Model Penilaian

    CIPP Stufflebeam yang mengkaji dari dimensi konteks, input, proses dan produk

    kepada pelaksanaan kurikulum ini. Penilaian konteks meninjau dari segi matlamat dan

    wawasan pembentukannya. Penilaian input mengkaji dari segi kandungan kurikulum,

    pengetahuan dan kemahiran guru serta kelengkapan peralatan pengajaran (P&P) dan

    pembelajaran yang disediakan. Penilaian proses melihat dari aspek strategi P&P,

    strategi penilaian dan kesesuaian jadual waktu. Dimensi produk pula meneliti dari aspek

    penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian di akhir persekolahan

    yang dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian. Kajian ini dijalankan ke atas 187

    pelajar Tingkatan 5 aliran Vokasional Ketukangan dan 32 orang guru yang mengajar

    Sains Gunaan di seluruh negeri Johor. Dalam kajian ini, satu set soal selidik (Instrumen

    I) digunakan untuk mengumpul pendapat guru-guru dari empat dimensi CIPP.

    Manakala satu set ujian (Instrumen II) digunakan untuk mengukur pencapaian pelajar

    dalam Sains Gunaan. Selain itu, kajian penelitian juga dijalankan ke atas dokumen-

    dokumen yang berkaitan dengan kurikulum Sains Gunaan. Keseluruhannya, tahap

    perlaksanaan kurikulum Sains Gunaan berada pada tahap yang memuaskan. Dapatan

    kajian menunjukkan terdapat juga beberapa aspek yang kurang memuaskan dan perlu

    ditangani seperti bahan rujukan, latihan guru dan kerja amali. Di samping itu,

    dikemukakan juga cadangan kajian untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti

    pelaksanaan Sains Gunaan.

  • viii

    ABSTRACT

    This study aims to evaluate the implementation of Applied Science (Sains Gunaan) for

    the Physics component of the craftsmanship vocational stream students in secondary

    vocational schools in Johor. This new subject was introduced in 2008; it contains seven

    Physics components out of the ten overall chapters and created specifically for

    craftsmanship vocational stream students to replace the Science subjects. This study

    employed the Stufflebeam CIPP Evaluation Model to study the dimensions of context,

    input, process and product of the implementation of this new curriculum. In the Context

    evaluation, the goals and vision of its formation were reviewed. In the evaluation of

    Input the curriculum content, knowledge and skills of teachers as well as the teaching

    tools available was assessed. The evaluation of Process is to examine aspects of

    teaching and learning strategies, assessment strategies and the appropriateness of the

    timetable. The dimension of Product examined the mastery of knowledge and skills at

    the end of the study and as practiced in daily life. This survey was conducted to 187

    Form 5 students of the craftsmanship vocational stream and 32 teachers who teach

    Applied Science in Johore. In this study, a questionnaire (instrument I) was used to

    obtain the opinions of teachers from the four dimensions of CIPP. A set of test items

    (instrument II) was used to measure student achievement in Applied Science. In

    addition, studies were also conducted on the documents related to the curriculum of

    Applied Sciences. The overall evaluation of the Applied Science curriculum shows that

    it is at a satisfactory level. There are also some aspects that are lacking such as

    reference materials, teacher training and practical works. In addition,

    recommendations are proposed to improve the quality of Applied Science.

  • ix

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    JUDUL i

    PENGAKUAN ii

    DEDIKASI iii

    PENGHARGAAN iv

    ABSTRAK v

    ABCTRACT vi

    KANDUNGAN vii

    SENARAI JADUAL xi

    SENARAI RAJAH xiii

    SENARAI SINGKATAN xiv

    SENARAI LAMPIRAN xv

    1 PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 3

    1.3 Pernyataan Masalah 6

    1.4 Objektif Kajian 7

    1.5 Persoalan Kajian 8

    1.6 Kerangka Kajian 8

    1.7 Kepentingan Kajian 10

    1.8 Skop dan Batasan Kajian 11

  • x

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    1.9 Definisi Istilah 11

    1.9.1 Komponen Fizik 12

    1.9.2 Kurikulum Sains Gunaan 12

    1.9.3 Aliran Pendidikan Vokasional 12

    1.9.4 Sekolah Menengah Vokasional 13

    1.9.5 Model Penilaian CIPP 13

    1.10 Rumusan 14

    2 SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pendahuluan 15

    2.2 Mata Pelajaran Sains Gunaan 15

    2.3 Model Penilaian Kurikulum 16

    2.3.1 Modul Penilaian Rasional 17

    2.3.2 Model Penilaian Responsif 18

    2.3.3 Model Penilaian Matlamat Bebas 19

    2.3.4 Model Penilaian Penerangan 20

    2.3.5 Model Penilaian Ketidaksamaan 21

    2.3.6 Model Penilaian CIPP 22

    2.3.7 Perbandingan setiap Model 25

    Penilaian Kurikulum

    2.4 Kajian Mengenai Penilaian Kurikulum 30

    2.5 Rumusan 39

    3 METODOLOGI

    3.1 Pendahuluan 40

    3.2 Rekabentuk Kajian 40

    3.3 Populasi dan Sampel Kajian 41

  • xi

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    3.4 Instrumen Kajian 42

    3.4.1 Instrumen I 43

    3.4.2 Instrumen II 44

    3.4.3 Penelitian Dokumentasi 45

    3.5 Kajian rintis 45

    3.6 Analisis data 46

    3.7 Kalendar kajian 49

    3.8 Rumusan 50

    4 ANALISIS DATA

    4.1 Pendahuluan 51

    4.2 Analisis data bagi dimensi Konteks 52

    4.3 Analisis data bagi dimensi Input 55

    4.3.1 Kurikulum mata pelajaran 55

    Sains Gunaan

    4.3.2 Perbandingan hasil 57

    pembelajaran mata pelajaran

    Sains Gunaan

    4.3.3 Latar belakang guru mata 59

    pelajaran Sains Gunaan

    4.3.4 Pendapat guru dari dimensi 62

    Input

    4.4 Analisis data bagi dimensi Proses 65

    4.4.1 Masa pembelajaran mata 65

    pelajaran Sains Gunaan

    4.4.2 Organisasi sukatan mata 65

    pelajaran Sains Gunaan

    4.4.3 Pentaksiran mata pelajaran 67

    Sains Gunaan

  • xii

    BAB PERKARA MUKA SURAT

    4.5 Analisis data bagi dimensi Produk 73

    4.5.1 Demografi pelajar dan 73

    keputusan ujian

    4.5.2 Analisis keputusan 78

    Peperiksaan SPM 2010

    4.5.3 Pendapat guru dari dimensi 80

    Produk

    4.5.4 Pendapat Guru Dari Pelbagai 82

    Bidang

    4.6 Rumusan 83

    5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

    5.1 Pendahuluan 86

    5.2 Kesimpulan 87

    5.3 Perbincangan 88

    5.3.1 Dimensi Konteks 88

    5.3.2 Dimensi Input 89

    5.3.3 Dimensi Proses 90

    5.3.4 Dimensi Produk 91

    5.4 Cadangan 92

    5.4.1 Cadangan penambahbaikan 92

    5.4.2 Cadangan kajian masa depan 94

    5.5 Rumusan 95

    RUJUKAN 96

    LAMPIRAN A-M 103-154

  • xiii

    SENARAI JADUAL

    JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    1.1 Syarat kelayakan minimum pengambilan pelajar Aliran

    Vokasional Ketukangan Ketukangan

    5

    1.2 Kerangka kajian berdasarkan model CIPP 9

    2.1 Perbandingan Kekuatan dan Kelemahan Model-model

    Penilaian Kurikulum

    26

    3.1 Pembahagian soalan mengikut dimensi kajian 44

    3.2 Nilai Statistik Alpha Cronbach 46

    3.3 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus. 47

    3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan min. 47

    3.5 Gred dan markah untuk Instrumen II 48

    3.6 Perlaksanaan Kajian 50

    4.1 Analisis pendapat guru terhadap mata pelajaran Sains

    Gunaan dari dimensi Konteks

    54

    4.2 Ringkasan kandungan modul komponen fizik 56

    4.3 Rumusan Perbandingan Hasil Pembelajaran Sains

    Gunaan dengan Hasil Pembelajaran Sains PMR, Sains

    SPM dan Fizik SPM

    58

    4.4 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut jantina guru 59

    4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

    umur guru

    59

  • xiv

    JADUAL TAJUK MUKA SURAT

    4.6 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut kelulusan

    akademik responden

    60

    4.7 Taburan Pengalaman Mengajar Responden 60

    4.8 Taburan Pengalaman Mengajar mata pelajaran Sains

    Gunaan Responden

    61

    4.9 Taburan mata pelajaran yang diajar respomden sebelum

    mengajar mata pelajaran Sains Gunaan

    61

    4.10 Analisis terhadap kehadiran kursus persediaan mengajar

    dan penilaian bagi mata pelajaran Sains Gunaan

    62

    4.11 Analisis pendapat guru terhadap mata pelajaran Sains

    Gunaan dari dimensi Input

    62

    4.12 Format Instrumen Pentaksiran bagi Mata Pelajaran

    Sains Gunaan mulai SPM 2009

    68

    4.13 Analisis pendapat guru terhadap mata pelajaran Sains

    Gunaan dari dimensi Proses

    70

    4.14 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut jantina

    pelajar

    73

    4.15 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut sekolah 74

    4.16 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut kursus 75

    4.17 Taburan kekerapan pendapat pelajar terhadap mata

    pelajaran Sains Gunaan

    75

    4.18 Analisis keputusan SPM Sains Gunaan peringkat

    Kebangsaan

    79

    4.19 Analisis keputusan SPM Sains Gunaan Negeri Johor

    mengikut sekolah kajian

    80

    4.20 Analisis pendapat guru terhadap mata pelajaran Sains

    Gunaan dari dimensi Produk

    80

    4.21 Analisis (nilai min) pendapat guru berdasarkan

    opsyen/bidang sebelum mengajar Sains Gunaan

    82

    4.22 Ringkasan hasil dapatan kajian. 85

  • xv

    SENARAI RAJAH

    RAJAH TAJUK MUKA SURAT

    2.1 Prosedur Penilaian Rasional Tyler 17

    2.2 Prosedur Penggunaan Model Penilaian Matlamat Bebas 20

    2.3 Komponen utama Model Penilaian CIPP dan

    hubungannya dengan program yang dijalankan.

    29

    4.1 Tujuh Modul Dalam Bidang Fizik. 56

    4.2 Komponen dalam mata pelajaran Sains Gunaan 66

    4.3 Modul Bersandar dan Modul Tidak Bersandar 67

    4.4 Analisis taburan keputusan pelajar pada peperiksaan

    PMR, Akhir Tahun Tingkatan 4, Peperiksaan Percubaan

    SPM dan ujian Instrumen II.

    76

    4.5 Pola taburan keputusan pelajar pada peperiksaan PMR,

    Akhir Tahun Tingkatan 4, Peperiksaan Percubaan SPM

    dan ujian Instrumen II.

    78

  • xvi

    SENARAI SINGKATAN

    BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

    CIPP - Konteks (Context), Input (Input), Proses (Process) dan

    Produk (Product).

    HSP - Huraian Sukatan Pelajaran

    IKM - Institut Kemahiran Mara

    IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

    JPT - Jabatan Pengajian Teknik

    KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

    MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan

    MPAV - Mata Pelajaran Aliran Vokasional

    PMR - Penilaian Menengah Rendah

    SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

  • xvii

    SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

    A Surat kelulusan untuk menjalankan kajian dari

    BPPDP

    103

    B Instrumen Kajian I 104

    C Pengesahan Instrumen I 108

    D Instrumen Kajian II 109

    E Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 123

    F Pengesahan Instrumen II 128

    G Keputusan ujian rintis. 129

    H Huraian Sukatan Mata Pelajaran Applied Science 130

    I Hasil Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Gunaan

    Berdasarkan Huraian Sukatan Mata Pelajaran

    144

    J Analisis Data Instrumen I 149

    K Cadangan Peruntukan Masa P&P Mengikut Modul 150

    L Analisis Data Instrumen II 151

    M Analisis Keputusan SPM 2010 Mata Pelajaran

    Applied Science

    154

  • 1

    BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Di Malaysia, keperluan untuk membangunkan ekonomi berasaskan

    pengetahuan merupakan satu strategi untuk mengekalkan kadar pertumbuhan yang

    tinggi serta terus berdaya saing bagi mencapai Wawasan 2020. Dengan modal insan

    yang terdidik dan terlatih, negara akan lebih mudah menghadapi sebarang cabaran

    pada masa depan. Menurut Teori Modal Manusia yang diperkenalkan oleh Theodore

    Schultz (Mohd Salleh, 1998), sesebuah negara itu boleh membangun dan maju jika

    ia mempunyai sumber modal insan yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi. Oleh

    itu, kerajaan telah mula bergerak ke arah melatih pekerja mahir dan separuh mahir

    untuk memenuhi pasaran ekonomi masa depan negara.

    Untuk menuju ke arah negara maju berasaskan perindustrian, Kementerian

    Pelajaran Malaysia (KPM) khasnya Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

    (BPTV) telah diberi tumpuan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai

    bidang pekerjaan. Oleh itu, kerajaan telah menyediakan lebih banyak Sekolah

    Teknik dalam Rancangan Malaysia Kelima dan Rancangan Malaysia Keenam

  • 2

    sebagai langkah awal kerajaan bagi melahirkan tenaga mahir dan separa mahir

    seperti yang dikehendaki oleh sektor perindustrian negara (Yahaya, 1993a).

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) merupakan nadi kepada usaha untuk

    membangunkan modal insan yang akan memacu kemajuan negara pada masa

    hadapan. Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang

    tahun 2020 amat bergantung kepada keupayaan warga KPM untuk menyediakan

    pendidikan berkualiti yang menekankan pembangunan insan secara holistik dan

    membangunkan daya inovasi dan kreativiti pelajar. Dengan ini, modal insan yang

    berilmu, kreatif, inovatif dan berketrampilan serta berupaya untuk memacu ekonomi

    berteraskan pengetahuan dan mencipta kekayaan baru bagi negara dapat dihasilkan

    (Muhyiddin, 2010).

    Ini bersesuaian dengan yang dinyatakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran

    berikut :

    Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang

    berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat

    kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi

    kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan

    praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu

    melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam

    bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan.

    (BPTV, 2009, 2)

    KPM telah mewujudkan pendidikan vokasional pada tahun 1968 bagi tujuan

    untuk melatih pelajar-pelajar dalam bidang kemahiran (Mohd Salleh, 1998).

    Tujuannya adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir

    dalam pelbagai bidang pengkhususan seperti Automotif, Penyejukan dan

    Penyamanan Udara, Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Binaan Bangunan, Elektrik

  • 3

    dan Elektronik (Yahaya, 1993b). Sekiranya pelajar-pelajar lulus dengan cemerlang

    dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mereka boleh memohon untuk

    memasuki pusat pengajian tinggi seperti politeknik, Institut Pengajian Tinggi Awam

    (IPTA) dan lain-lain institusi yang menawarkan bidang vokasional. Pelajar yang

    mendapat keputusan yang kurang memuaskan pula boleh melanjutkan pelajaran

    mereka ke Institut Kemahiran Mara (IKM) contohnya untuk mendapatkan Sijil

    Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Terdapat juga pelajar yang terus

    bekerja terutamanya di industri-industri selepas tamat pengajian (Siti Atiqah, 2008).

    Bermula tahun 2008, satu revolusi telah berlaku kepada pendidikan aliran

    Vokasional apabila silibus baru untuk Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)

    diperkenalkan. Seiring dengan itu satu mata pelajaran baru telah diperkenalkan iaitu

    Sains Gunaan (Applied Science) yang menggantikan mata pelajaran Sains (Science).

    Mata pelajaran ini direka bentuk bagi memenuhi aspirasi pendidikan teknik dan

    vokasional untuk menghasilkan tenaga kerja K-ekonomi bagi negara maju (JPT,

    2003). Ia memfokuskan kepada aplikasi prinsip-prinsip sains dalam kehidupan

    pelajar bidang teknik dan vokasional terutama kepada kerjaya masa depan mereka.

    Sebahagian besar daripada aktiviti pembelajaran adalah berbentuk hands-on dalam

    situasi sebenar bagi memastikan pelajar lebih memahami konsep sains dan

    aplikasinya semasa mengendalikan radas.

    1.2 Latar Belakang Kajian

    Proses perancangan dan pembinaan kurikulum bukanlah satu proses yang

    boleh dilakukan secara sambil lewa. Ia perlu memaparkan sifat dan ciri-ciri generasi

    masa hadapan yang hendak dilahirkan. Maka, aspek perancangan dan pembinaannya

    perlulah berteraskan falsafah-falsafah tertentu (Rohizani, 2005). Mengikut Laporan

    Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum perlulah mengandungi segala rancangan

    yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan.

  • 4

    Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, sesebuah kurikulum yang dirancang

    memainkan peranan dalam memperkembangkan potensi pelajar terutama dari segi

    intelek, rohani, jasmani dan emosi secara menyeluruh dan seimbang ke arah

    melahirkan masyarakat yang berguna dan memberikan sumbangan kepada

    pembangunan negara.

    Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ini

    berkesan, maka input kepada pendidikan ini penting seperti pengetahuan dan

    kemahiran guru, kelengkapan peralatan yang mencukupi, strategi pembelajaran

    hendaklah tepat dan sesuai pada sasaran. Selain daripada input yang lengkap, proses

    pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan juga perlu dititikberatkan iaitu dari

    segi strategi pengajaran dan pembelajaran, strategi penilaian dan juga kesesuaian

    jadual waktu pembelajaran yang diperuntukkan. Setelah proses pembelajaran

    dilaksanakan amatlah penting untuk penilaian dilakukan ke atas produk yang

    dihasilkan. Produk yang baik merupakan satu indikator kepada keberkesanan input

    dan proses yang dijalankan dengan mengukur pencapaian pelajar, dari aspek

    pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai mereka di akhir pembelajaran.

    Sebagaimana yang diketahuai aliran Vokasional adalah satu aliran yang lebih

    menjurus kepada kemahiran manipulatif berbanding pengetahuan akademik. Pelajar

    yang mengambil bidang Vokasional Ketukangan ini merupakan pelajar dari

    kelompok sederhana dan lemah berdasarkan syarat kelayakan minimum mereka ke

    aliran tersebut. Untuk pengambilan sesi 2009 dan 2010 ini, syarat kelayakan

    minimum yang ditetapkan adalah seperti Jadual 1.1 sebagaimana yang terkandung

    dalam Borang Permohonan ke Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional (BPTV,

    2009).

  • 5

    Jadual 1.1 : Syarat kelayakan minimum pengambilan pelajar aliran

    Vokasional Ketukangan (BPTV, 2009, 4)

    Kursus

    aliran Vokasional

    Pencapaian minimum

    dalam peperiksaan PMR

    i. Automotif

    ii. Elektrik & Elektronik

    Gred C bagi mata pelajaran berikut:

    Bahasa Melayu

    Sains

    Matematik

    Bahasa Inggeris

    dan minimum gred D dalam mana-mana

    satu mata pelajaran lain.

    i. Penyejukan & penyamanan

    udara

    ii. Amalan Bengkel Mesin

    iii. Kimpalan & Fabrikasi Logam

    iv. Binaan Bangunan

    Gred C bagi mata pelajaran berikut:

    Bahasa Melayu

    Bahasa Inggeris

    Gred D bagi mata pelajaran berikut:

    Sains

    Matematik

    dan mana-mana satu mata pelajaran

    lain.

    Berdasarkan kepada pencapaian minimum pelajar yang mengikuti mata

    pelajaran Sains Gunaan ini, timbul satu persoalan iaitu adakah mereka mampu

    menunjukkan hasil pembelajaran sebagaimana yang dihasratkan dalam tujuan dan

    objektif pembentukan kurikulum mata pelajaran tersebut memandangkan terdapat

    tujuh tajuk dari komponen Fizik yang sering dianggap sukar dan mencabar oleh

    pelajar-pelajar?. Malah bagi pelajar aliran Sains Tulen yang biasanya dari kelompok

    pelajar berprestasi tinggi juga, bidang Fizik bukanlah bidang yang mudah bagi

    mereka (Subahan, 1999).

  • 6

    Apabila sesebuah kurikulum baru itu dibentuk ianya adalah berdasarkan

    kepada beberapa faktor iaitu (Rohizani, 2005) :

    (i) Perkembangan atau penemuan ilmu-ilmu baru

    (ii) Perubahan kehendak masyarakat

    (iii) Perkembangan Dasar Kerajaan

    (iv) Idea-idea baru dalam bidang pendidikan dan

    (v) Kelemahan yang didapati dalam kurikulum sedia ada.

    Bagi mengenal pasti sama ada penambahbaikan yang berlaku ke atas

    kurikulum yang baru dibentuk satu kajian berbentuk tinjauan kepada keberkesanan

    kurikulum tersebut perlu dilakukan. Bagi tujuan tersebut, antara kaedah yang

    popular digunakan adalah yang diperkenalkan oleh Stufflebeam iaitu Model

    Penilaian CIPP. Model ini telah dibangunkan pada akhir 1960-an dan melalui

    pelbagai proses peningkatan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa

    (Stufflebeam, 2003). CIPP adalah akronim kepada Konteks (Context), Input (Input),

    Proses (Process) dan Produk (Product). Dengan memilih model ini penyelidik dapat

    membuat penilaian secara menyeluruh ke atas kurikulum yang dibentuk. Model dan

    rasional pemilihan model ini akan dihuraikan dengan lanjut dalam Bab 2.

    1.3 Pernyataan Masalah

    Berdasarkan latar belakang kajian, pengkaji menjalankan penilaian ke atas

    pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kurikulum Sains Gunaan berfokus pada

    komponen fizik kepada pelajar aliran Vokasional Ketukangan di sekolah-sekolah

    menengah Vokasional di negeri Johor ini. Memandangkan ia masih di peringkat

    awal pelaksanaannya, maka adalah amat releven suatu penilaian dijalankan bagi

    memastikan pembentukan kurikulum Sains Gunaan ini benar-benar berbaloi dan

    mencapai tujuan dan objektifnya. Selain itu, pengkaji juga ingin menilai keperluan

    pembentukan kurikulum Sains Gunaan ini yang dikhaskan kepada segolongan

  • 7

    pelajar dalam aliran Vokasional Ketukangan sedangkan kurikulum Sains yang sedia

    ada telah terbentuk sejak sekian lama.

    Kajian ini juga akan memungkinkan proses penambahbaikan ke atas

    pengisian dan juga perlaksanaan kurikulum Sains Gunaan. Ini penting agar ianya

    akan menjadi satu mata pelajaran yang diiktiraf dan tidak dipertikaikan oleh pihak

    yang terlibat dengan pengajian tinggi atau kerjaya pelajar setanding dengan mata

    pelajaran sains sebelumnya dan juga mata pelajaran yang lain.

    Bagi menjawab persoalan tersebut, penilaian ke atas pembentukan dan

    perlaksanaan kurikulum Sains Gunaan berfokus pada komponen fizik dari segi

    konteks pembentukan, input yang disediakan, proses yang dijalankan dan produk

    yang dihasilkan daripadanya berdasarkan model CIPP akan dijalankan.

    1.4 Objektif Kajian

    Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk menilai kurikulum Sains Gunaan

    berfokus kepada komponen fizik dari aspek dimensi konteks, input, proses dan

    produk berdasarkan model CIPP.

  • 8

    1.5 Persoalan Kajian

    Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendapatkan jawapan daripada

    persoalan kajian yang berikut :

    (i) Menilai sejauh manakah kurikulum Sains Gunaan (komponen fizik)

    relevan dengan matlamat dan wawasan pembentukannya pada

    dimensi konteks?

    (ii) Menilai input kurikulum Sains Gunaan (komponen fizik) dari segi

    kandungan kurikulum, pengetahuan dan kemahiran guru serta

    kelengkapan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang

    disediakan?

    (iii) Menilai perlaksanaan kurikulum Sains Gunaan (komponen fizik) dari

    dimensi proses iaitu strategi pengajaran dan pembelajaran, strategi

    penilaian dan kesesuaian jadual waktu?

    (iv) Menilai sejauh manakah keberkesanan perlaksanaan kurikulum Sains

    Gunaan dari dimensi produk iaitu dari aspek penguasaan ilmu

    pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian di akhir persekolahan

    yang dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian?

    1.6 Kerangka kajian

    Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan model penilaian CIPP

    Stufflebeam dengan mengkaji empat dimensi yang dinilai iaitu dari segi konteks,

    input, proses dan produk. Kerangka kajian (Jadual 1.2) telah dibina sebagai panduan

    kepada penyelidik semasa menjalankan kajian agar ianya lebih jelas dan berpandu.

    Objektif utama kajian adalah untuk menilai pelaksanaan kurikulum Sains Gunaan

    berfokus pada komponen fizik.

  • 9

    Jadual 1.2: Kerangka kajian berdasarkan model CIPP

    Persoalan kajian Aspek kajian Instrumen kajian

    Penilaian

    dimensi

    Konteks

    Menilai sejauh manakah

    kurikulum Sains Gunaan

    (komponen fizik) relevan

    dengan matlamat dan

    wawasan pembentukannya

    pada dimensi konteks ?

    matlamat

    wawasan

    pembentukan

    Instrumen I - soal

    selidik

    Penelitian dokumen

    - HSP Sains

    Gunaan

    Penilaian

    dimensi

    Input

    Menilai input kurikulum

    Sains Gunaan (komponen

    fizik) dari segi kandungan

    kurikulum, pengetahuan

    dan kemahiran guru dan

    kelengkapan peralatan

    pengajaran dan

    pembelajaran yang

    disediakan?

    kandungan

    kurikulum

    pengetahuan

    dan kemahiran

    guru

    kelengkapan

    peralatan

    pengajaran dan

    pembelajaran

    Instrumen I soal

    selidik

    Instrumen II

    kertas ujian

    Penelitian dokumen

    - Panduan

    Kemasukan ke

    Sekolah Menengah

    Teknik/Vokasional

    Penilaian

    dimensi

    Proses

    Menilai perlaksanaan

    kurikulum Sains Gunaan

    (komponen fizik) dari

    dimensi proses iaitu strategi

    pengajaran dan

    pembelajaran, strategi

    penilaian dan kesesuaian

    jadual waktu?

    strategi

    pengajaran dan

    pembelajaran

    strategi

    penilaian

    dan kesesuaian

    jadual waktu

    Instrumen I soal

    selidik

    Penelitian dokumen

    - HSP Sains

    Gunaan

    Penelitian dokumen

    - Format

    Pentaksiran Mata

    Pelajaran Applied

    Science

    Penilaian

    dimensi

    Produk

    Menilai sejauh manakah

    keberkesanan perlaksanaan

    kurikulum Sains Gunaan

    dari dimensi produk iaitu

    dari aspek penguasaan ilmu

    pengetahuan dan

    kemahiran yang

    bersesuaian di akhir

    persekolahan yang dapat

    diamalkan di dalam

    kehidupan seharian?

    penguasaan

    ilmu

    pengetahuan

    dan kemahiran

    Instrumen I soal

    selidik

    Instrumen II -

    kertas ujian

    Penelitian dokumen

    - HSP Sains

    Gunaan

    Penelitian dokumen

    - Analisis

    Keputusan SPM

    bagi tahun 2010

    *Diubahsuai dari Stufflebeam, D.L. (1983)

  • 10

    1.7 Kepentingan Kajian

    Sebagaimana yang diketahui kurikulum Sains Gunaan ini merupakan satu

    mata pelajaran yang baru diperkenalkan seiring dengan revolusi pengajaran dan

    pembelajaran MPAV bagi pelajar aliran Vokasional di sekolah-sekolah Vokasional.

    Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sama ada pelaksanaan mata pelajaran

    Sains Gunaan kepada pelajar-pelajar aliran Vokasional di sekolah-sekolah

    Vokasional ini memberikan kesan yang positif berbanding mata pelajaran Sains

    yang telah dijalankan sebelumnya. Kajian ini penting kerana matlamat mata

    pelajaran Sains Gunaan adalah membekalkan pengetahuan dan kemahiran yang

    boleh digunakan di dalam kehidupan seharian. Tidak kurang pentingnya juga, pihak

    KPM terutamanya BPTV dapat mengetahui pencapaian objektif mata pelajaran

    Sains Gunaan yang sebenarnya berlaku.

    Oleh yang demikian kajian yang dijalankan ini sedikit sebanyak akan dapat

    memberikan maklumat terkini kepada pihak BPTV, KPM dan pihak-pihak yang

    sewajarnya akan pelaksanaan kurikulum Sains Gunaan yang dinilai dengan

    menggunakan model penilaian CIPP iaitu konteks, input, proses dan produk agar

    ianya menyeluruh pada semua peringkat. Pembuktian kepada keberkesanan mata

    pelajaran ini perlu dan penting bagi memastikan mata pelajaran ini diiktiraf oleh

    pihak pengajian tinggi dan juga sektor pekerjaan bagi memastikan proses

    pembelajaran yang berlangsung selama dua tahun ini tidak sia-sia.

    Perubahan dan penambahbaikan ke atas kurikulum yang dibentuk perlu

    dilakukan segera oleh pihak tertentu untuk kepentingan pelajar, masyarakat dan

    negara jika didapati ianya kurang berkesan. Dasar pendidikan negara perlu

    dilaksanakan. Wawasan negara perlu dimartabatkan, Falsafah Pendidikan Negara

    perlu dipraktikkan sebagai teras pendidikan kepada semua pelaksana.

  • 11

    1.8 Skop dan Batasan Kajian

    Dengan mengambil kira faktor limitasi masa, tempat dan kos terhadap

    kajian, maka kajian ini akan memfokuskan kepada skop yang bersesuaian. Menurut

    Mohd Najib (1999), penyelidik tidak akan dapat mengkaji semua perkara yang

    berkaitan dengan masalah kajian yang berkaitan. Oleh itu, skop kajian ini hanya

    menumpukan kepada perlaksanaan kurikulum Sains Gunaan berfokus pada

    komponen fizik dari aspek dimensi konteks, input, proses dan produk seperti yang

    dijelaskan di bahagian Persoalan Kajian.

    Kajian ini hanya terbatas kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran

    Sains Gunaan dan pelajar-pelajar tingkatan lima aliran Vokasional Ketukangan sesi

    2010 di enam buah Sekolah Menengah Vokasional di Johor, memandangkan kursus-

    kursus ketukangan dan mata pelajaran Sains Gunaan hanya ditawarkan di sekolah

    tersebut. Memandangkan kumpulan pertama pelajar yang mempelajari mata

    pelajaran Sains Gunaan ini hanya menduduki peperiksaan SPM bermula tahun 2009,

    maka menilai keberkesanan produk dapat dilakukan berdasarkan perbandingan

    pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM untuk tempoh dua tahun sahaja.

    Penelitian juga perlu dilakukan dengan menilai pencapaian pelajar dari ujian-ujian

    yang dijalankan di peringkat sekolah.

    1.9 Definisi Istilah

    Definisi istilah-istilah yang diterangkan ini merupakan istilah khusus yang

    digunakan dalam kajian ini. Juga diterangkan definisi istilah ini dalam konteks

    kajian yang dijalankan oleh penyelidik.

  • 12

    1.9.1 Komponen Fizik

    Komponen Fizik adalah tajuk-tajuk yang terkandung dalam kurikulum Sains

    Gunaan yang menjurus kepada bidang pembelajaran fizik iaitu berkisar kepada

    empat sistem iaitu mekanikal, bendalir, keleektrikan dan haba. Semua sistem ini

    dibincangkan dalam tujuh modul iaitu Daya (Force), Kerja (Work), Kadar dan

    Rintangan (Rate and Resistance), Tenaga (Energy), Kuasa (Power), Pengubah

    Tenaga (Energy Convertors) dan Cahaya dan Sistem Optik (Light and Optical

    System).

    1.9.2 Kurikulum Sains Gunaan

    Kurikulum mata pelajaran ini adalah hasil gabungan tiga komponen iaitu

    Fizik, Kimia dan Biologi. Tujuh daripadanya dari komponen Fizik, satu komponen

    Kimia dan dua komponen Biologi. Ketiga-tiga komponen ini menekankan kepada

    penggunaan sains dalam kehidupan harian manusia dan menitikberatkan aplikasi

    sains dalam kerjaya berkaitan ketukangan (JPT, 2003)

    1.9.3 Aliran Pendidikan Vokasional

    Aliran Pendidikan Vokasional merupakan satu aliran pendidikan di sekolah

    menengah Vokasional yang menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan

    kemahiran asas bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian, pertanian dan

    perdagangan. Aliran ini bertujuan membina asas yang kukuh untuk pelajar

    melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional (KPM, 2003). Aliran

  • 13

    Pendidikan Vokasional dalam kajian ini adalah merujuk kepada bidang Ketukangan

    Kejuruteraan iaitu Elektrik dan Elektronik, Amalan Bengkel Mesin, Kimpalan dan

    Fabrikasi Logam, Automotif, Binaan Bangunan, serta Penyejukan dan Penyaman

    Udara.

    1.9.4 Sekolah Menengah Vokasional

    Sekolah Menengah Vokasional ialah institusi pendidikan yang menawarkan

    jurusan atau kursus dalam aliran Pendidikan Vokasional dan Latihan Kemahiran

    (SKM) (KPM, 2003). Terdapat sebanyak enam buah Sekolah Menengah Vokasional

    di Negeri Johor telah terlibat dalam kajian ini iaitu:

    (i) Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri, Johor bahru

    (ii) Sekolah Menengah Vokasional Kluang, Kluang

    (iii) Sekolah Menengah Vokasional Kota Tinggi, Kota Tinggi

    (iv) Sekolah Menengah Vokasional Muar, Muar

    (v) Sekolah Menengah Vokasional Segamat, Segamat

    (vi) Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat, Batu Pahat

    1.9.5 Model Penilaian CIPP (Kontek-Input-Proses-Produk)

    Menurut Azizi et al. (2007), Model Penilaian CIPP yang diperkenalkan oleh

    Daniel Stufflebeam merupakan model yang sesuai digunakan sebagai panduan

    dalam mengkaji keberkesanan sesuatu program. Model ini terbahagi kepada

    penilaian terhadap empat aspek program iaitu konteks, input, proses dan produk.

    Menurut beliau, penilaian boleh dilakukan terhadap sesuatu program dengan

  • 14

    menggunakan keempat-empat aspek tersebut atau menggunakan salah satu

    daripadanya.

    Dalam kajian ini penilaian konteks adalah penilaian yang dijalankan ke atas

    dasar dan hala tuju mata pelajaran Sains Gunaan meliputi objektif pembelajaran,

    kurikulum yang disediakan dan kumpulan sasaran kepada mata pelajaran ini.

    Penilaian input pula adalah penilaian yang dijalankan ke atas infrastruktur yang

    disediakan iaitu pengalaman dan pengetahuan guru-guru yang mengajar mata

    pelajaran ini, buku teks dan bahan rujukan yang disediakan, peralatan dan

    kelengkapan kerja amali dan bantuan sokongan. Penilaian dari segi proses pula

    adalah penilaian yang dilakukan kepada perlaksanaan mata pelajaran ini seperti

    kaedah pengajaran dan pembelajaran, penggunaan bahan bantu mengajar dan juga

    aspek pemantauan. Penilaian produk pula adalah lebih menekankan kepada

    keputusan dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Gunaan.

    1.10 Rumusan

    Dalam bab ini telah diberikan pengenalan secara keseluruhan terhadap kajian

    yang dijalankan oleh penyelidik iaitu kajian ke atas pembentukan dan perlaksanaan

    kurikulum Sains Gunaan berfokus kepada komponen fizik berdasarkan model CIPP

    iaitu dari segi konteks pembentukan kurikulum, input yang disediakan, proses yang

    dijalankan dan produk yang dihasilkan daripadanya. Terdapat satu objektif yang

    perlu dicapai dan empat persoalan kajian perlu dijawab melalui kajian ini. Pada

    masa yang sama, kepentingan kajian dan batasan kajian juga telah dinyatakan iaitu

    kajian ini hanya melibatkan enam buah sekolah menengah Vokasional di negeri

    Johor yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains Gunaan. Pada

    bahagian akhir bab ini, definisi bagi beberapa istilah penting yang digunakan dalam

    kajian ini telah dijelaskan dan sebarang interpretasi kajian ini perlulah merujuk

    kepada definisi yang telah dikemukakan dalam bab ini.

  • 15

    BAB 2

    SOROTAN KAJIAN

    2.1 Pendahuluan

    Dalam bab ini, penyelidik membuat tinjauan penulisan yang mempunyai

    hubungan dengan tajuk dibincangkan satu persatu mengikut faktor yang dikaji.

    Perihal yang dibincangkan turut disokong oleh pendapat, pandangan serta teori-teori

    daripada tokoh-tokoh yang menguasai bidang-bidang yang berkenaan. Model yang

    sesuai digunakan bagi membantu kajian dan seterusnya menjadi panduan untuk

    membina kerangka kajian.

    2.2 Mata pelajaran Sains Gunaan

    Mata pelajaran Sains Gunaan ialah mata pelajaran yang baru diperkenalkan

    kepada pelajar-pelajar aliran Vokasional di sekolah-sekolah menengah vokasional

    pada tahun 2008 bagi menggantikan mata pelajaran Sains Teras sejajar dengan

  • 16

    revolusi yang dilakukan kepada pendidikan aliran Vokasional apabila silibus baru

    untuk Mata Pelajaran aliran Vokasional (MPAV) diperkenalkan.

    Mata Pelajaran Sains Gunaan ini telah didokumenkan dalam dua buah

    dokumen iaitu Huraian Sukatan Mata Pelajaran (HSP) Applied Science (Sains

    Gunaan) yang diterbitkan oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, KPM pada tahun 2003

    dan Format Pentaksiran Peperiksaan SPM 2009 Applied Science (Sains Gunaan)

    terbitan Lembaga Peperiksaan, KPM pada 2009.

    Komponen Fizik merupakan komponen yang terbesar dibincangkan dalam

    mata pelajaran Sains Gunaan ini iaitu merangkumi 70% dari keseluruhan modul

    yang ada. Sejumlah 94 hasil pembelajaran telah dinyatakan di bawah modul

    komponen Fizik dalam sukatan pelajaran Sains Gunaan ini.

    2.3 Model Penilaian Kurikulum

    Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Azizi Yahaya et al. (2001) dan

    Yahya Buntat et al. (2006), terdapat banyak model-model penilaian kurikulum yang

    boleh digunakan dalam menilai kurikulum, program atau mata pelajaran. Antara

    model-model yang dibincangkan oleh mereka adalah Model Penilaian Rasional

    Tyler (1950), Model Penilaian Responsif Robert Stake (1967), Model Penilaian

    Matlamat Bebas Michael Scriven (1972), Model Penilaian Penerangan

    (Illuminative) (1972), Model Penilaian Ketidaksamaan Provus (1969) dan Model

    Penilaian CIPP Daniel Stufflebeam (1971).

  • 17

    2.3.1 Model Penilaian Rasional Tyler (1950)

    Menurut model Penilaian Tyler, penilai mestilah menilai tingkah laku

    pelajar-pelajar sebab perubahan tingkah laku yang dikehendaki dalam pendidikan.

    Model ini juga sering digunakan untuk mengukur pencapaian dan kemajuan

    seseorang pelajar. Model ini mengetepikan dimensi proses dalam melaksanakan

    penilaian (Azizi et al., 2001). Model ini mementingkan keserasian antara matlamat,

    pengalaman dan hasil matlamat merupakan objektif yang boleh dinilai (tingkah

    laku). Tingkah laku ini merefleksikan perubahan pada pelajar selepas menerima

    pengalaman yang eksplisit. Model ini sering menggunakan ujian pra dan ujian pos.

    Jika suatu matlamat khusus tidak tercapai, arahan atau pengalaman yang didedahkan

    akan diubahsuai sehingga memastikan pelajar berupaya mencapai objektif yang

    ditetapkan (Yahya et al., 2006). Prosedur penilaian rasional ini adalah berhubung

    antara satu sama lain, iaitu antara matlamat dan penilaian, antara penilaian dan

    tingkah laku/pengalaman dan juga antara tingkah laku/pengalaman dan matlamat

    sebagaimana Rajah 2.1.

    Rajah 2.1: Prosedur Penilaian Rasional Tyler (Yahya et al., 2006, 4)

    Terdapat beberapa kelemahan dalam model ini yang telah disimpulkan oleh

    Azizi et al. (2001) dan Yahaya et al. (2006). Antara kelemahan tersebut ialah:

    (i) Tiada pendapat yang konsisten mengenai siapa patut memilih

    objektif, atau objektif yang mana patut dipilih.

    (ii) Sungguhpun objektif dapat didefinisikan dari segi pelaksanaan,

    masalah untuk mendapatkan hasil pengukuran adalah jauh dari pada

    yang dapat dikesan.

  • 18

    (iii) Bukan semua penggubal kurikulum bersetuju tentang perlunya

    menetapkan objektif terlebih dahulu.

    (iv) Program sesuatu kursus hanya dapat dilihat sebagai satu pendekatan

    untuk menentukan matlamat, dan kedua-dua isi dan pengalaman

    pembelajaran yang terlibat akan menjadi jalan ke arah mencapai

    matlamat dan ini bererti matlamat yang sama boleh dicapai melalui

    beberapa usaha dan pendekatan.

    2.3.2 Model Penilaian Responsif Robert Stake (1967)

    Robert Stake telah mengasaskan model penilaian responsif pada tahun 1967.

    Beliau telah mendefinisikan penilaian sebagai perbandingan antara perkara yang

    diperhatikan atau dilaksanakan dengan piawai yang ditetapkan. Penilaian responsif

    biasanya lebih kompleks, kognitif, emosi dan memenatkan jika berbanding dengan

    kaedah tradisional yang lain. Penilai dalam penilaian responsif adalah sebagai

    pemerhati dan juga pemungut data. Mereka menggunakan masa yang sedikit dalam

    membina instrumen tetapi memerlukan masa yang banyak dalam membuat

    pemerhatian terhadap sesuatu program dan mengumpulkan pendapat (Yahya et al.,

    2006).

    Ciri-ciri pendekatan responsif ialah (Azizi et al., 2001):

    (i) Pendekatan ini lebih ke arah aktiviti program dari tujuan (intent)

    program.

    (ii) Mempunyai hubungan dengan orang ramai untuk mendapatkan

    maklumat.

    (iii) Perbezaan perspektif nilai dalam kalangan orang ramai menjadi

    ukuran dalam melaporkan kejayaan dan kegagalan sesuatu program.

  • 19

    Yahaya et al. (2006) telah membuat kesimpulan tentang kelemahan model ini

    iaitu:

    (i) Kepercayaan adalah secara subjektif

    (ii) Masalah atau kebolehpercayaan dari segi penyelidik.

    (iii) Banyak tugas yang diperlukan dalam pengumpulan dan

    penganalisisan data.

    (iv) Kos yang tinggi.

    2.3.3 Model Penilaian Matlamat Bebas Michael Scriven (1972)

    Konsep Penilaian Matlamat Bebas dipekenalkan oleh Scriven pada tahun

    1972. Model ini lebih menekankan kepada cara bagaimana hendak mengurangkan

    prasangka dengan tidak memaklumkan kepada pengendali program itu. Penilai

    mesti berada dan menghadiri sesuatu program dan menyelidik kesemua hasilnya.

    Model ini menganggap pelajar sebagai responden utama. Model ini bertujuan untuk

    mengesan kesan dan hasil sesuatu program serta menentukan sama ada program

    tersebut berkesan atau tidak (Yahya et al., 2006).

    Model Penilaian Matlamat Bebas lebih menekankan penilaian formatif.

    Dalam Model Penilaian Matlamat Bebas, penilai tidak boleh menyekat hasil sesuatu

    penyelidikan tetapi hanya berdasarkan matlamat program sahaja. Hasil sebenar

    lebih dipertimbangkan daripada hasil yang dijangkakan. Semasa menentukan

    matlamat, fokus kajian penilaian tidak dikecilkan. Hubungan antara pengendali

    program dengan penilai diminimumkan. Penilaian ini juga mengambil banyak

    masa. Penilaian berdasarkan model ini bermula dari pemerhatian ke atas program,

    menemuramah dan kemudian mengenalpasti kesan program yang dijalankan seperti

    yang divisualkan dalam Rajah 2.2.

  • 20

    Rajah 2.2: Prosedur Penggunaan Model Penilaian Matlamat Bebas

    (Yahya et al., 2006,42)

    2.3.4 Model Penilaian Penerangan (Illuminative) (1972)

    Parlett dan Hamilton (1972) telah memperkenalkan konsep Penilaian

    Penerangan (illuminatif) iaitu untuk mengkaji program inovasi dengan melihat cara-

    cara program itu dijalankan, cara program dipengaruhi oleh pelbagai situasi

    pendidikan apabila diaplikasikan, kesan program yang dijalankan terhadap

    pengalaman akademik dan hasil tugasan murid pada tahun 1972. Penilaian

    illuminatif adalah penilaian yang mempunyai ciri-ciri dan kriteria mengikut

    penilaian responsif. Ia adalah lebih peka terhadap keperluan, minat dan soalan

    daripada pembaca yang berlainan. Penilaian ini menerangkan persoalan yang

    berkaitan dengan projek mengimplementasikan inovasi dalam pendidikan. Fokus

    utama penilaian adalah kepada langkah-langkah sesuatu program itu beroperasi, cara

    program itu dipengaruhi oleh situasi mengikut sekolah yang berbeza, pertimbangan

    yang dilakukan terhadap kebaikan dan keburukannya terhadap pelajar dan

    mengaplikasi kebijaksanaan pelajar berdasarkan pengalaman sebenar dalam

    akademik. Penilaian illuminatif lebih menekankan kandungan dan proses inovasi

    berbanding dengan hasil yang diperolehi (Yahya et al., 2006).

    Model ini menumpukan kepada dua konsep dalam penilaian iaitu sistem

    pengarahan dan learning milieu iaitu pembelajaran kepada keadaan sekeliling.

    Penilai illuminatif berpendapat sistem pengarahan merupakan panduan pendidikan

  • 21

    asas yang mengandungi pelbagai perancangan dan penyataan yang berkait rapat

    dengan perancangan bagi pengajaran yang tertentu, membentuk satu set pedagogi

    yang dijangkakan, kandungan kurikulum yang baru, dan teknik serta kelengkapan

    yang jelas sebagai satu sistem. Penilaian dengan cara illuminatif ini merangkumi

    tiga peringkat iaitu penyeliaan oleh penyelidik, penyelidikan yang berterusan dan

    peringkat penjelasan. Ketiga-tiga peringkat ini adalah berkait rapat antara satu sama

    lain dalam memperkembangkan penyelidikan. Penilaian ini bermula dengan

    penggunaan pangkalan data yang luas, sistematik dan progresif iaitu dengan

    memberi perhatian kepada fenomena yang unik dan tidak dapat diramalkan (Yahya

    et al., 2006).

    Kelebihan model ini adalah pada menggunakan progressive focusing iaitu

    penumpuan secara bertambah maju untuk memperkembangkan tema agar kajian

    lanjutan dapat dijalankan dan dapat menyesuaikannya dalam rangkaian kerja sesuatu

    perkerjaan untuk memudahkan pengumpulan dan analisis data dilakukan. Walaupun

    begitu, penilai perlu berpengetahuan dan berpengalaman dalam menggunakan

    metodologi bagi kajian kualitatif dan pakar dalam kemahiran interpersonal dan

    kemahiran komunikasi. Penilaian yang berjaya adalah bergantung kepada saling

    kepercayaan antara penilai dan yang dinilai.

    2.3.5 Model Penilaian Ketidaksamaan Provus (1969)

    Model Ketidaksamaan (Discrepancy Model) yang direka bentuk oleh

    Malcum Provus pada tahun 1969, mempunyai perbezaan dengan model penilaian

    yang lain. Salah satu perbezaan yang paling nyata ialah Model Ketidaksamaan lebih

    menekankan proses pengurusan maklumat secara berterusan iaitu mementingkan

    kemajuan program dan begitu juga pencapaian program. Model ini bermula daripada

    mengenal pasti masalah sesuatu program yang dinilai. Model ini digunakan untuk

    menguji kepentingan input, proses dan output sesuatu program. Tujuan penilaian

  • 22

    adalah untuk memastikan sama ada hendak memajukan, mengekalkan ataupun

    menamatkan sesuatu program. Ciri-ciri Model Provus (1969) yang paling asas ialah

    mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah yang wujud dan

    sesuatu program hanya akan ditamatkan dalam keadaan di mana masalah tidak dapat

    diselesaikan (Yahya et al., 2006).

    Kelebihan model ini ialah memberi penekanan kepada definisi sesuatu

    program, menganalisis definisi sesuatu program secara berterusan dan memberi

    fokus kepada penilaian program yang telah dimasukkan. Selain itu, model ini juga

    memperkenalkan konsep pengurusan maklumat dan kepentingannya untuk membina

    data yang mengabungkan sifat pelajar, proses kelas dan hasil pelajar. Kelebihan

    seterusnya ialah model ini mempunyai perkembangan hubungan antara staf tetap,

    perancang program dan pembangun program. Model ini menggunakan penilaian

    formatif iaitu pembetulan sesuatu proses pada peringkat awal dan bukan peringkat

    akhir.

    Kelemahan model ini ialah memerlukan jangka masa yang agak panjang

    untuk mengimplikasikan model ini. Ini adalah kerana setiap soalan mesti dijawab

    untuk mengenal pasti perbezaan yang wujud dalam sesetengah kes. Kelemahan yang

    kedua ialah ia memerlukan keupayaan dan pengetahuan yang lebih tinggi untuk

    membuat objektif yang muktamad.

    2.3.6 Model Penilaian CIPP Daniel Stufflebeam (1971)

    Model penilaian CIPP adalah akronim daripada model penilaian yang

    bermaksud Konteks, Input, Proses dan Produk. Model ini telah dipelopori oleh

    Daniel L. Stufflebeam semenjak tahun 1960-an. CIPP ialah pendekatan berfokus

    dalam menilai sesuatu keputusan dan penekanan kepada maklumat terhadap sesuatu

  • 23

    pengurusan program atau operasi. Maklumat daripada penilaian ini dipelbagai

    peringkat dapat membantu pengendali program mendapat keputusan yang lebih baik

    dan tepat kerana aktiviti penilaian telah dirancang dengan memberi tumpuan dan

    fokus kepada sesuatu keperluan dan peringkat yang tertentu. Penilaian dapat

    dilakukan terus pada aspek atau peringkat yang tertentu tanpa menunggu proses

    pada peringkat yang seterusnya berlaku (Yahya et al., 2006).

    Tujuan pendekatan ini adalah untuk membantu pengendali program

    membuat keputusan dalam peringkat perancangan program dan semasa proses

    pengendalian program sebagai satu cara yang dapat memberi nilai tambahan kepada

    keputusan atau hasil yang diperolehi. Empat aspek yang terkandung dalam model

    penilaian CIPP dibina berasaskan kepada jawapan kepada beberapa soalan mudah

    seperti.

    (i) Apakah yang perlu dijalankan?

    (ii) Bagaimana hendak dijalankan ?

    (iii) Apakah anda melakukan apa yang anda rancang?

    (iv) Bolehkah program ini dilakukan?

    (Yahya et al., 2006, 71)

    Persoalan pertama melibatkan pengumpulan dan penilaian analisis keperluan

    untuk menentukan matlamat, keutamaan dan objektif. Persoalan kedua melibatkan

    langkah-langkah dan keperluan sumber untuk mencapai matlamat dengan

    mengambil kira bahan dan program luaran yang menarik seperti pengumpulan

    maklumat. Persoalan ketiga adalah bagi membolehkan membuat keputusan

    berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelaksanaan program. Persoalan

    keempat adalah berdasarkan kepada ukuran hasil sebenar berbanding dengan hasil

    jangkaan. Pembuat keputusan mempunyai kuasa yang lebih untuk membuat

    keputusan jika sesuatu program adalah berterusan, diubahsuai atau ditolak

    keseluruhannya (Yahya et al., 2006).

  • 24

    Penilaian konteks ialah menilai syarat-syarat awal dan keperluan yang

    terdapat dalam sesuatu situasi. Penilaian konteks tertumpu kepada persekitaran

    yang dihadapi. Konteks merangkumi isu-isu, masalah-masalah dan had untuk

    menjalankan program. Tujuan penilaian konteks ialah untuk mengukur,

    menterjemah dan mengesahkan tentang perjalanan sesuatu program. Ia mungkin

    juga dapat menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu program. Melalui penilaian

    ini pengkaji dapat mengandaikan jangkaan kekuatan dan kelemahan dalam

    beberapa aspek yang berkaitan dengan sesuatu kajian. Biasanya penilaian konteks

    akan menyediakan garis panduan untuk perubahan kerana keputusan yang diperolehi

    merupakan asas untuk memperbaiki matlamat yang sedia wujud dalam menentukan

    sesuatu perubahan. Lazimnya penilaian konteks ini adalah strategi paling awal dan

    asas kepada penilaian yang seterusnya (Yahya et al., 2006).

    Penilaian input adalah berkait rapat dengan keupayaan sistem untuk

    mengendalikan program yang berteraskan sumber dan strategi. Penilaian ini

    digunakan oleh pengkaji untuk membuat tindakan awal untuk mempertingkatkan

    strategi dengan menyusun semula keputusan yang ada. Seandainya strategi awal

    tidak begitu relevan untuk mencapai keputusan, maka penilaian input dapat

    digunakan untuk mengubahkan strategi sedia ada kepada strategi yang lebih

    meyakinkan. Penilaian input memberi penekanan kepada dua perkara yang penting

    iaitu dapat memenuhi perancangan prosedur dan perbelanjaan dan satu lagi dapat

    menentukan tahap penggunaan yang boleh diterima dan berpotensi untuk berjaya.

    Penggunaan input yang berkesan dan maksimum dapat memungkinkan memperolehi

    hasil dan kejayaan yang lebih cemerlang. Semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran di sekolah, faktor guru merupakan satu contoh dimensi penilaian

    input. Guru mempunyai ciri-ciri, sifat, kepakaran dan kebolehan yang tertentu dan

    tersendiri. Kepakaran guru ini jika digunakan pada tahap yang maksimum dan kerja

    yang dijalankan sesuai dengan tahap kepakarannya akan dapat memperolehi hasil

    yang maksimum. Apabila sesorang guru tidak mempunyai kepakaran yang sesuai

    dengan bidang pengajarannya, institusi akan mengadakan kursus atau bengkel yang

    sesuai supaya kepakaran guru yang merupakan input yang penting akan bertambah

    (Yahya et al., 2006).

  • 25

    Penilaian proses adalah merupakan peringkat mengurus sesebuah program.

    Pada peringkat ini para penyelidik memainkan peranan untuk mengendalikan atau

    menyemak setiap proses yang telah dirancang supaya penilaian yang dijalankan

    dapat dikenalpasti dengan lebih terperinci dan kaedah penyelesaian yang lebih

    berkesan dapat dijalankan. Tujuan penilaian proses dijalankan untuk mengawasi

    perjalanan program supaya matlamat dan objektif setiap program akan dapat dicapai

    sebagaimana yang telah dirancangkan dan diharapkan. Proses yang terlibat dalam

    kajian terutamanya kajian pembelajaran ialah yang melibatkan kaedah pembelajaran

    ataupun bagaimana sesuatu proses pembelajaran telah dijalankan dengan teknik

    yang paling berkesan (Yahya et al., 2006).

    Penilaian produk dinamakan juga penilaian hasil. Penilaian ini adalah

    bertujuan untuk mengaitkan matlamat, konteks input dan proses dengan hasil

    program. Tahap kejayaan dalam satu-satu program dapat diukur melalui perubahan

    yang telah berlaku. Mengikut Stufflebeam, setiap penilaian yang dibuat

    mengandungi tiga aktiviti iaitu mengumpul seberapa banyak maklumat,

    mengorganisasikan maklumat yang dikumpul dan menganalisis maklumat yang

    telah diperolehi melalui kaedah pengukuran dan statistik. Seterusnya penilaian yang

    dilakukan dilaporkan kepada pihak yang mengendalikan program untuk keputusan

    dapat buat terhadap program yang telah dijalankan (Yahya et al., 2006).

    2.3.7 Perbandingan Setiap Model Penilaian Kurikulum

    Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Azizi et al. (2001) dan Yahaya

    et al. (2006), satu perbandingan antara kekuatan dan kelemahan antara setiap model

    penilaian kurikulum telah dapat dibuat sebagaimana Jadual 2.1.

  • 26

    Jadual 2.1: Perbandingan Kekuatan dan Kelemahan Model-model Penilaian

    Kurikulum

    Model Kekuatan Kelemahan

    Model

    Penilaian

    Rasional Tyler

    (1950)

    (i) Tidak semestinya tumpukan

    pada pelajar (pencapaian).

    (ii) Objektif sebagai rujukan

    yang kukuh terdapat

    arahan, bimbingan dan

    panduan.

    (iii) Kaedah yang praktikal

    boleh menggunakan kaedah

    ini secara berterusan.

    (iv) Sistematik dan menarik

    (appealing).

    (i) Tiada pendapat yang

    konsisten mengenai siapa

    yang patut memilih

    objektif atau objektif yang

    mana patut dipilih.

    (ii) Sesungguhpun objektif

    dapat didefinisikan dari

    segi pelaksanaan, masalah

    untuk mendapatkan hasil

    pengukuran addalah jauh

    dari yang dapat dikesan.

    (iii) Bukan semua penggubal

    kurikulum bersetuju

    tentang perlunya

    menetapkan objektif

    terlebih dahulu.

    (iv) Program sesuatu kursus

    hanya dapat dilihat sebagai

    satu pendekatan untuk

    menentukan matlamat dan

    kedua-dua isi dan

    pengalaman pembelajaran

    yang terlibat akan menjadi

    jalan ke arah mencapai

    matlamat. Ini bererti

    matlamat yang sama boleh

    dicapai melalui beberapa

    usaha dan pendekatan.

    Model

    Penilaian

    Responsif

    Robert Stake

    (1967)

    (i) Keesahan yang tinggi.

    (ii) Mempunyai maklum balas

    yang tinggi terhadap

    stakeholders.

    (iii) Kemungkinan mendapat

    tanggapan yang baru.

    (iv) Menggalakkan pelbagai

    jenis data dan sumber.

    (v) Data yang boleh dipercayai

    dan menyakinkan.

    (vi) Bersifat fleksibel.

    (i) Kepercayaan adalah secara

    subjektif.

    (ii) Masalah atau

    kebolehpercayaan dari segi

    penyelidik.

    (iii) Banyak tugas yang

    diperlukan dalam

    pengumpulan dan

    penganalisisan data.

    (iv) Kos yang tinggi.

  • 27

    Model

    Penilaian

    Matlamat

    Bebas Michael

    Scriven

    (1972)

    (i) Membekalkan data

    mengenai kesan program

    (ii) Penilai menjadi sensitif

    untuk memberi perhatian

    kepada kesan program

    (iii) Mengenalpasti sebab-sebab

    bagi kesan program dan

    semak dengan kewujudan

    sebab-sebab tersebut

    (iv) Memperkenalkan

    metodologi lain untuk

    penilaian misalnya kaedah

    antropological dan

    historical

    (v) Melindungi pendidik dan

    pengguna daripada

    mendapat produk atau

    perkhidmatan pendidikan

    yang kurang baik

    (i) Bergantung kepada

    implemantasi

    (ii) Penilai tidak diberi satu

    panduan atau piawaian

    yang khas semasa menilai

    sesuatu program yang

    besar. Program tersebut

    dinilai oleh penilai

    mengikut kepandaian dan

    kreativiti masing-masing.

    (iii) Memerlukan perbelanjaan

    yang besar

    Penilaian

    Penerangan

    (1972)

    (i) Menggunakan progressive

    focusing iaitu penumpuan

    secara bertambah maju

    untuk memperkembangkan

    tema agar kajian lanjutan

    dapat dijalankan dan dapat

    menyesuaikannya dalam

    rangkaian kerja sesuatu

    perkerjaan untuk

    memudahkan pengumpulan

    dan analisis data dilakukan.

    (i) Penilai perlu

    berpengetahuan dan

    berpengalaman dalam

    menggunakan methodologi

    bagi kajian kualitatif dan

    pakar dalam kemahiran

    interpersonal dan

    kemahiran komunikasi.

    (ii) Penilaian yang berjaya

    adalah bergantung kepada

    saling kepercayaan antara

    penilai dan yang dinilai.

    Model

    Penilaian

    Ketidaksamaan

    Provus

    (1969)

    (i) Penekanan kepada definisi

    sesuatu program.

    (ii) Analisis definisi sesuatu

    program secara berterusan.

    (iii) Fokus kepada penilaian

    program yang telah

    installed.

    (i) memerlukan jangka masa

    yang agak panjang untuk

    nmengimplikasikan model

    ini.

    (ii) Setiap soalan mesti

    dijawab untuk mengenal

    pasti perbezaan yang

    wujud dalam sesetengah

    kes.

  • 28

    (iii) Memerlukan keupayaan

    dan pengetahuan yang

    lebih tinggi untuk membuat

    objektif yang muktamad.

    Model

    Penilaian CIPP

    Daniel

    Stufflebeam

    (1971)

    (i) matlamat CIPP adalah

    untuk memastikan

    bagaimana pembuat

    keputusan dapat

    menggunakan hasil

    penilaian

    (ii) mempunyai langkah terbaik

    dalam memberi kefahaman

    tentang projek berdasarkan

    konteks dan proses kerja.

    (iii) membantu membentuk

    perubahan walaupun

    sesuatu projek masih lagi di

    dalam proses.

    (iv) Langkah kerja CIPP adalah

    lebih fleksibel dan mudah

    untuk diikuti dan dapat

    menguji kes atau situasi

    yang berlainan di dalam

    keseluruhan projek.

    (v) keupayaannya untuk

    membuat penilaian

    dipelbagai tahap samaada

    pada peringkat sebelum,

    semasa atau selepas sesuatu

    program yang dijalankan.

    (vi) penekanan kepada

    pengumpulan maklumat

    yang bertujuan untuk

    memudahkan membuat

    keputusan.

    (vii) Maklumat yang telah

    diperolehi amat berguna

    untuk kegunaan program

    itu sendiri atau menjadi

    panduan kepada program-

    program yang lain.

    (i) maklumat tentang

    hubungan antara penilaian

    dan membuat keputusan

    adalah sukar dibuktikan.

  • 29

    Berdasarkan dari perbandingan yang telah dilakukan terhadap model-model

    penilaian tersebut pengkaji mendapati Model Penilaian CIPP adalah yang paling

    sesuai untuk menilai pelaksanaan kurikulum Sains Gunaan memandangkan model

    ini merupakan satu model yang menilai sesuatu program dengan lengkap mengikut

    setiap langkah perlaksanaan program tersebut. Penilaian dijalankan dari awal

    perancangan program, penilaian pada peringkat permulaan perlaksanaan iaitu

    berkaitan kemudahan dan keperluan yang dibekalkan dan disediakan untuk

    menjalankan program, penilaian pada peringkat perjalanan program dan juga

    penilaian kepada hasil ataupun output dari program yang yang telah dijalankan.

    Dengan kaedah ini, penilaian ke atas mata pelajaran Sains Gunaan dapat dijalankan

    secara menyeluruh bermula dari pembinaan objektif pembelajaran (Konteks),

    perancangan kurikulum yang dibentuk, peralatan dan bahan bantu mengajar serta

    guru-guru yang disediakan (Input), proses perlaksanaan pengajaran dan

    pembelajaran (Proses) yang dijalankan, sehinggalah kepada hasil pembelajaran iaitu

    keputusan pelajar yang mempelajari mata pelajaran tersebut (Produk) sebagaimana

    yang divisualkan dalam Rajah 2.3.

    Rajah 2.3: Komponen utama Model Penilaian CIPP dan hubungannya dengan

    program yang dijalankan (Stufflebeam, 2003, 33).

  • 30

    Model ini juga telah banyak digunakan dalam proses menilai dan

    meningkatkan mutu mata pelajaran yang baru diperkenalkan seperti yang dilakukan

    oleh Ahamad Rahim et al. (2010), Mohd Nordin et al. (2010), Ferda Tunc (2010),

    Hakan Karatas (2009), Arundhati et al. (2009), Muhammad Amin (2008), Tiwi

    (2007), Yahya et al.(2006), Nur Hayati (2005), Yahya et al. (2003), Robiah et al.

    (2001), Azizi dan Roslan (2000) dan Azizi (1999).

    2.4 Kajian Mengenai Penilaian Kurikulum

    Menurut Stufflebeam (2003), penilaian adalah proses mengenalpasti,

    memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan

    mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan

    jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari

    sesuatu program pendidikan. Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu

    proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.

    Telah banyak kajian-kajian mengenai keberkesanan sesuatu kurikulum atau

    mata pelajaran telah dijalankan di Malaysia. Ia bermula seawal tahun 1930an iaitu

    apabila pihak Inggeris mula memperkenalkan kurikulum dalam sistem persekolahan

    (Subahan, 1999). Perkembangan dan pembaharuan kurikulum Sains mengambil kira

    perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan kecemerlangan dalam

    pendidikan Sains. Langkah-langkah yang diambil setakat ini telah menjadikan

    kurikulum Sains sekolah setanding dengan kurikulum Sains di negara maju.

    Walaupun begitu, penyelidik telah menumpukan kepada kajian-kajian keberkesanan

    yang dilakukan ke atas mata pelajaran Sains dan Fizik, kajian-kajian keberkesanan

    perlaksanaan pembelajaran di Sekolah-sekolah Teknik dan Vokasional serta kajian-

    kajian keberkesanan program pembelajaran yang dijalankan dengan berpandukan

    Model CIPP. Ini adalah bertujuan agar kajian ini lebih berpandu dan memfokus

    kepada tajuk dan objektif kajian sahaja.

  • 31

    Dalam satu kajian inovasi kurikulum sains di Malaysia, Nor Azizah dan

    Shamsiah (1993) telah menjalankan satu kajian ke atas enam buah sekolah

    menengah di Kuala Lumpur melibatkan 180 orang pelajar dan 18 orang guru

    berkaitan dengan penerapan nilai-nilai murni, kaitan pengajaran guru dengan

    pengalaman harian, masalah yang dihadapi oleh guru dari segi perancangan, bahan

    rujukan, perlaksanaan pendidikan Sains, buku teks serta persepsi pelajar terhadap

    pengajaran dan bimbingan guru. kajian dijalankan dengan menggunakan teknik

    pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian Nor Azizah dan Shamsiah (1993)

    menyatakan bahawa guru-guru mengalami kerumitan dalam melaksanakan

    pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar. Ini kerana mereka mengalami

    masalah dalam membuat perancangan dan penyesuaian dalam melaksana aktiviti

    pengajaran mengikut masa dan jadual yang disediakan, alat radas yang terhad dan

    bahan bantu mengajar yang terbatas. Sebahagian aktiviti dalam buku teks tidak

    dapat diikuti oleh pelajar kerana laras bahasa yang tinggi. Skop kurikulum yang

    terlalu luas dan perlu dihabiskan dalam masa yang singkat juga menjadi masalah

    kepada guru. elemen-elemen lain yang dikaji mendapat respon positif. Secara

    keseluruhannya Sains KBSM adalah baik tetapi guru-guru perlu diberi latihan lanjut

    kerana mereka dilatih dalam Sains Paduan (Nor Azizah dan Shamsiah, 1993, 188).

    Subahan (1999) menyatakan usaha perlu dibuat supaya kurikulum

    dipadankan dengan keperluan dan kesediaan pelajar, kurikulum juga perlu

    dipadankan dengan kesediaan guru dan penyelidikan perlu digunakan sebagai

    panduan untuk pembentukan kurikulum. Walaupun suatu kurikulum telah dibentuk

    dengan baik, kejayaan kurikulum terletak kepada guru yang melaksanakan

    kurikulum di sekolah. Kursus pendedahan guru tentang kandungan kurikulum atau

    kaedah mengajar kurang berkesan tanpa memberi guru latihan pengalaman kegiatan

    yang sama yang akan dilalui oleh pelajar. Kaedah yang lebih berkesan ialah

    merancang kursus yang berfokuskan kesediaan guru dalam pengetahuan dan

    kemahiran yang perlu dipunyai untuk pelaksanaan kurikulum baru (Subahan,1999).

    Guru-guru membuat adaptasi dalam melaksanakan komponen kurikulum mengikut

    kehendak peperiksaan. Mereka tidak seratus peratus melaksanakan kurikulum ini

    seperti yang dikehendaki oleh pembina kurikulum (Subahan,1999). Di Malaysia,

    guru dikehendaki melaksanakan kurikulum mengikut perspektif kesetiaan, iaitu

  • 32

    seperti dikehendaki oleh pembina kurikulum. Beberapa kajian menunjukkan

    perlaksanaan awal perubahan kurikulum adalah tidak berkesan (Subahan,1999).

    Azizi dan Roslan (2000) telah menjalankan soal selidik ke atas 72 responden

    yang terdiri dari pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik di Negeri

    Sembilan, Johor dan Melaka bagi mengkaji keberkesanan perlaksanaan mata

    pelajaran Lukisan Kejuruteraan dari aspek pengajaran dan pembelajaran. Hasil

    kajian mendapati guru-guru mempunyai pengetahuan yang luas pada setiap tajuk

    dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan secara keseluruhanya guru-guru

    yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan dapat menguasai kemahiran

    yang diperlukan dalam melaksanakan program mata pelajaran Lukisan

    Kejuruteraan. Azizi dan Roslan (2000) mendapati secara keseluruhanya tahap

    keberkesanan kaedah dan strategi pengajaran guru adalah sesuatu yang boleh

    dibanggakan di mana skor keseluruhan terhadap keberkesananya adalah tinggi.

    Minat pelajar terhadap mata pelajaran lukisan kejuruteraan dari semasa kesemasa

    semakin bertambah dan wujud peningkatan kemahiran pelajar dalam

    mengendalikan peralatan Lukisan Kejuruteraan. Ini menunjukkan bahawa

    peningkatan minat pelajar berkadar terus dengan peningkatan kemahiran ini

    membukti proses peningkatan potensi kendiri pelajar telah berlaku. Walau

    bagaimana pun tahap kebolehan pelajar dalam membantu rakan-rakan dalam

    menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Lukisan Kejuruteraan masih berada

    pada tahap sederhana.

    Robiah et al. (2001), telah menjalankan kajian tentang Pembudayaan Sains

    dan Teknologi: Kesan Pendidikan dan Latihan di Kalangan Belia di Malaysia

    dengan melakukan tinjauan pendapat, kajian senarai semak analisis keperluan, temu

    bual dan teknik delphi yang telah diubahsuaikan. Keempat set soal selidik telah

    dibentuk dan ditadbirkan kepada pelajar, pelatih, guru dan pengajar di beberapa

    buah sekolah harian yang terpilih, sekolah asrama, institusi latihan teknik dan

    vokasional, dan institusi latihan vokasional swasta di Wilayah Persekutuan,

    Selangor dan Negeri Sembilan serta sesi temu bual dan cadangan piawai dari

    beberapa orang pakar sains dan teknologi daripada universiti dan pentadbir dari

  • 33

    institut latihan terlibat. Hasil kajian Robiah et al. (2001), mendapati guru-guru dan

    pengajar bersetuju bahawa kurikulum yang digunakan di sekolah dan institut latihan

    sesuai dan relevan. Kurikulum itu dilihat seimbang dan memenuhi keperluan

    individu. Ia juga diorientasikan bagi mencapai keperluan akademik dan kerjaya para

    belia. Hasil dapatan Robiah et al. (2001) juga, dari segi kemudahan infrastruktur,

    khususnya bahan serta persekitaran untuk pembelajaran sains dan teknologi, guru-

    guru berpendapat bahawa ia mencukupi. Namun, komputer, bahan bacaan dan alat

    bantu mengajar yang terkini masih belum mencukupi. Robiah et al. (2001),

    mendapati para pelajar dan pelatih berpendapat bahawa guru serta pengajar mata

    pelajaran sains dan matematik melatih mereka untuk menjalankan kajian dan

    pemerhatian saintifik, tetapi teknik pengajaran terutama mata pelajaran kemahiran

    hidup tidak begitu memuaskan. Komputer dan internet tidak banyak digunakan.

    Kebanyakan pengajaran berlaku di dalam bilik darjah sahaja.

    Yahya et al. (2003) telah menjalankan kajian untuk menguji keberkesanan

    perlaksanaan mata pelajaran komponen Kemahiran Hidup (Sains Pertanian) di

    sekolah-sekolah menengah daerah Pontian berdasarkan model CIPP. Hasil kajian

    mendapati bahawa guru-guru komponen Kemahiran Hidup Pertanian terdiri

    daripada guru-guru yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang baik

    dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran komponen sains pertanian di

    sekolah. Mereka juga mendapati guru-guru bersetuju bahawa aspek peranan

    pengetua, kemudahan bengkel dan peralatan serta peruntukan kewangan telah

    dilaksanakan dengan baik sekali. Secara keseluruhan kajian ini mendapati guru-

    guru kemahiran hidup menyatakan bahawa mereka mempunyai pengetahuan dan

    kemahiran untuk melaksanakan pengajaran komponen Sains Pertanian di sekolah

    mereka. Guru-guru yang menjalani kursus di maktab-maktab perguruan telah diberi

    pendedahan yang lebih banyak dan mempunyai lebih kemahiran di dalam mata

    pelajaran yang dipelajari semasa menjalani latihan mengajar di maktab. Yahya et al.

    (2003) mendapati guru-guru menyokong dan mempunyai kesungguhan positif

    terhadap strategi perlaksanaan komponen Sains Pertanian di sekolah. Kebanyakan

    guru-guru Kemahiran Hidup menyatakan bahawa pengetua mereka memang prihatin

    dan sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada guru-guru KHB untuk

  • 34

    meningkatkan lagi keberkesanan perlaksanaan komponen Sains Pertanian di

    sekolah.

    Shahril (2004), telah menjalankan satu kajian tentang Amalan Pengajaran

    Yang Berkesan: Kajian di Beberapa Sekolah Menegah di Wilayah Persekutuan dan

    Selangor berdasarkan model input-output Slavin. Model ini mengatakan bahawa

    input adalah pengajaran guru yang berkesan di pengaruhi oleh empat faktor: kualiti

    pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa yang menjadi pemboleh

    ubah tidak bersandar. Manakala output pula adalah peningkatan dalam pencapaian

    akademik pelajar yang berupa pemboleh ubah bersandar. Shahril (2004) telah

    membina satu set instrumen kajian yang mengandungi 26 item dan di bahagikan

    kepada empat sub-skala bagi mengukur amalan pengajaran yang berkesan

    berdasarkan Model Slavin. Seramai 208 orang pelajar telah di pilih sebagai

    responden. Kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar terhadap gurunya di

    dalam pengajaran. Hasil kajian mendapati, mengikut persepsi pelajar, guru yang

    berkesan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan mempelbagaikan bahan

    media atau alat bantu mengajar dan setiap kali selesai mengajar guru berkesan akan

    memantau kemajuan dan kefahaman murid-murid dengan pelbagai cara sama ada

    penilaian secara sumatif atau formatif. Guru akan mengajar mengikut aras kebolehan

    dan keupayaan pelajar dan memastikan kesemua isi pelajaran dalam sukatan

    pelajaran atau buku teks diajar dan dihabiskan. Guru yang berkesan akan memberi

    motivasi dan insentif kepada pelajar supaya tekun dan belajar bersungguh-sungguh.

    Selain itu, guru akan memberi ganjaran kepada pelajar yang mencapai kejayaan dan

    dendaan kepada pelajar yang gagal. Akhir sekali guru yang berkesan akan mengajar

    dengan menggunakan sepenuh masanya seperti masa yang diperuntukkan untuk

    mengajar, memberi mas a yang mencukupi untuk pelajar menghabiskan tugasan atau

    latihan, dan memberi pelbagai jenis tugasan kepada pelajar (Shahril, 2004,38).

    Kajian oleh Nur Hayati (2005), merupakan suatu penilaian terhadap

    pembelajaran bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi swasta berdasarkan

    Model Penilaian CIPP, dengan menganalisis persepsi pelajar dari segi objektif, isi

    kandungan, bahan pengajaran, tenaga pengajar, kaedah pengajaran, dan kaedah

  • 35

    penilaian. Kajian dijalankan di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di

    Melaka dengan sampel kajian terdiri daripada 250 pelajar yang telah mengikuti

    kursus bahasa Melayu. Data dikumpulkan melalui borang soal selidik. Hasil

    kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif tentang

    pembelajaran bahasa Melayu di KYM. Kedua-dua kursus bahasa Melayu yang

    dinilai menunjukkan kekuatan dari keempat-empat dimensi yang dikaji. Walau

    bagaimanapun, hasil kajian turut menemukan beberapa kelemahan. Dari dimensi

    input, terdapat beberapa topik yang mendapat persetujuan yang rendah, dan

    pelajar didapati masih bergantung kepada pensyarah untuk mendapat bahan

    pembelajaran. Dari dimensi proses pula, hasil kajian mendapati bahawa kaedah

    pengajaran kuliah dalam kumpulan besar tidak digemari oleh pelajar.

    Kepincangan turut ditemui dari segi keberkesanan penggunaan alat bantu

    mengajar dan keupayaan tenaga pengajar menimbulkan minat terhadap kursus

    bahasa. Nur Hayati (2005) menyatakan pelaksanaan kursus bahasa Melayu perlu

    diteruskan tetapi dengan beberapa pengubahsuaian untuk meningkatkan mutu

    pembelajaran bahasa Melayu.

    Yahya et al. (2006) telah menjalankan satu kajian tinjauan bertujuan untuk

    melihat keberkesanan pelaksanaan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup (Sains

    Pertanian) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah daerah Pontian dari

    persepsi guru berdasarkan Model CIPP. Data-data dikumpul menggunakan soal

    selidik. Seramai 36 orang guru kemahiran hidup pertanian di lapan buah sekolah

    menengah di daerah Pontian ini terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati

    bahawa dari dimensi konteks purata keseluruhan mengenai kesesuaian kurikulum

    mata pelajaran kemahiran hidup pertanian yang dipelajari di Univsersiti Teknologi

    Malaysia memenuhi keperluan pembelajaran di sekolah. Keseluruhan kandungan

    kurikulum mata pelajaran kemahiran hidup pertanian yang dipelajari mempunyai

    kekuatan yang tinggi dan dapat memenuhi keperluan pembelajaran di sekolah. Dari

    segi dimensi input, Yahya et al. (2006) mendapati bahawa keseluruhan responden

    juga bersetuju bahawa guru mata pelajaran kemahiran hidup pertanian yang sedang

    mengajar di sekolah masih memerlukan latihan-latihan baru bagi menambahkan

    ilmu dan pengetahuan-pengetahuan terkini selaras dengan perubahan-perubahan

    kurikulum baru dan polisi-polisi kerajaan. Strategi pelaksanaan dari dimensi proses

  • 36

    juga mendapat respon yang baik. Manakala dari dimensi produk kajian ini

    mendapati objektif program ini tercapai.

    Tiwi (2007), mendapati matlamat dan objektif Program Kajian Lapangan

    Pendidikan Alam Sekitar telah dicapai dengan sangat berkesan. Program kajian luar

    Pendidikan Alam Sekitar dapat mencapai objektif utama konteks untuk membantu

    meningkatkan kefahaman mengenai integrasi Pendidikan Alam Sekitar kepada guru

    pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah merasai keadaan sebenar serta

    mengaplikasikan kemahiran melalui pendedahan sebenar ke dalam subjek yang

    diajar, pengetahuan alam sekitar, semangat untuk mengintegrasikan Pendidikan

    Alam Sekitar di dalam subjek major masing-masing dan menambah bahan sumber

    Pendidikan Alam Sekitar di kalangan responden. Hasil kajian Tiwi (2007),

    mendapati responden bersetuju terdapat peningkatan pengetahuan tentang mata

    pelajaran Pendidikan Alam Sekitar hasil daripada penyertaan dalam program yang

    dikaji. Responden juga bersetuju penyertaan dalam program Pendidikan Alam

    Sekitar membantu meningkatkan daya kreativiti dan berjaya meningkatkan motivasi

    kendiri dalam melaksanakan tanggungjawab.

    Arundhati et al. (2009) telah menjalankan satu kajian kes bagi menilai

    Program Prasiswazah Fizik di Universiti Terbuka Kebangsaan Indira Ghandi.

    Seramai 509 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian ini. Pelbagai

    kaedah digunakan termasuk analisis dokumen, analisis data, soal selidik dan kajian

    kes dijalankan berdasarkan model penilaian CIPP. Kajian ini adalah bagi menjawab

    persoalan mengapa kadar kejayaan pelajar adalah rendah walaupun mempunyai

    enrolmen yang ramai dan meningkat setiap tahun. Hasil dari kajian ini didapati

    punca sebenar permasalahan ini adalah sikap pelajar sendiri semasa proses

    perlaksanaan program itu berlangsung. Selain itu faktor input seperti persekitaran

    dan kemudahan pembelajaran perlulah seiring dengan matlamat dan objektif

    program yang dirancangkan.

  • 37

    Karatas (2009) telah menjalankan penilaian ke atas kurikulum Bahasa

    Inggeris yang dijalankan di Universiti Teknikal Yildiz, Turki dengan menggunakan

    kaedah CIPP ini. Beliau telah menjalankan soal selidik ke atas 35 orang guru dan

    415 pelajar. Setiap dari responden telah menjawab soal selidik yang mengandungi

    45 soalan yang masing-masing terdiri dari empat komponen iaitu konteks, input,

    proses dan produk. Hasil dari penilaian yang dijalankan, secara keseluruhannya

    didapati kedua-dua pihak pelajar dan guru menerima bahawa kurikulum Bahasa

    Inggeris yang dijalankan di universiti itu adalah amat baik dan berkesan. Walau

    bagaimana pun guru-guru berpendapat agar peningkatan kepada kualiti bahan bantu

    mengajar perlu dilakukan bagi memperbaiki input yang sedia ada.

    Mohd Nordin et al. (2010), menggunakan model CIPP untuk menilai

    pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) bidang pertanian di sekolah

    menengah dalam kalangan 695 orang sampel yang terdiri daripada guru mata

    pelajaran, pentadbir dan pelajar. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik,

    temubual dan senarai semak serta pemerhatian. Mohd Nordin et al. (2010)

    mendapati semua responden bersetuju pelaksanaan MPV (Pertanian) berjalan

    dengan baik serta memenuhi matlamat kurikulum MPV (Pertanian), kecuali

    pentadbir memberi tahap sederhana bagi komponen kesan pelaksanaan. Kurikulum

    MPV (Pertanian) didapati sangat sesuai (nilai min tinggi) dengan matlamat kursus

    dan persekitaran sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran MPV (Pertanian)

    serta kerja-kerja amali menyumbang secara signifikan kepada kesan pelaksanaan

    program MPV (Pertanian) dan pencapaian akademik pelajar MPV (Mohd Nordin et

    al., 2010) dan membuat kesimpulan bahawa pelaksanaan program MPV

    (Pertanian) di sekolah menengah harian pada umumnya telah dilaksanakan dengan

    baik mengikut sepertimana perancangan dalam Pelan Induk Mata Pelajaran

    Vokasional Sekolah Menengah Akademik, KPM 2003

    Tunc (2010), menjalankan penilaian ke atas pelaksanaan program

    pembelajaran bahasa Inggeris di Sekolah Persediaan, Universiti Ankara, Turki.

    Beliau telah menjalankan kajian ke atas 406 orang pelajar dan 12 tenaga pengajar.

    Beliau menggunakan model CIPP dalam menjalankan penilaiannya ke atas konteks,

  • 38

    input, proses dan produk program yang dijalankan. Hasil dari kajian beliau didapati

    dari dimensi konteks perlu dilakukan sedikit perubahan agar pelaksanaan program

    ini lebih berfokus. Dari dimensi input pula, beliau mendapati bahawa objektif

    program bahasa inggeris ini tidak dinyatakan dengan jelas. Selain itu isi kandungan

    di dalam kurikulum ini juga terdapat banyak kekurangan sehingga menjadikan ia

    satu program yang lemah. Dari dimensi proses pula, pengkaji mendapati kaedah

    penilaian dan peperiksaan yang dijalankan juga tidak jelas kepada pelajar dan

    pengajar. Banyak cadangan-cadangan penambahbaikan telah dikemukakan dalam

    kajian ini bagi meningkatkan kualiti dan memantapkan program yang akan

    dijalankan selanjutnya.

    Perubahan telah dibuat pada isi kandungan, objektif dan pendekatan.

    Kurikulum bukan sahaja mengandungi isi kandungan yang perlu diajar tetapi juga

    cara bagaimana isi kandungan perlu diajar. Masih banyak lagi penerokaan perlu

    dibuat untuk membentuk satu teori pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang

    pembentukan dan pengajian kaedah mengajar sains. (Subahan, 1999). Hasil kajian

    Nor Azizah dan Shamsiah (1993), Subahan (1999) Robiah et al. (2001), Nur Hayati

    (2005), Yahya et al. (2006), Tiwi (2007), Arundhati et al. (2009) dan Tunc (2010),

    menunjukkan penilaian dalam dimensi konteks perlu dilakukan sebelum dan selepas

    pembinaan sesuatu kurikulum bagi menghasilkan kurikulum yang benar-benar

    berguna, sesuai dan praktikal demi masa depan generasi akan datang.

    Hasil dari kajian-kajian Nor Azizah dan Shamsiah (1993), Subahan (1999),

    Azizi dan Roslan (2000), Robiah et al. (2001), Shahril (2004), Yahya et al. (2003),

    Yahya et al. (2006), Arundhati et al. (2009), Karatas (2009) dan Tunc (2010),

    membuktikan bahawa peranan guru adalah amat penting dalam menentukan

    keberkesanan sesuatu mata pelajaran. Guru sebagai input dalam sesuatu

    perlaksanaan kurikulum perlulah cukup persediaannya dari segi pengetahuan dan

    kemahiran. Selain itu, infrastruktur yang disediakan juga perlu cukup bagi menjamin

    perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran yang lancar.

  • 39

    Keputusan peperiksaan dan ujian sering dilihat sebagai kayu pengukur dalam

    menilai keberkesanan sesuatu proses pembelajaran. Ia sebenarnya hanyalah salah

    satu komponen yang membuktikan sesuatu pembelajaran itu berhasil dan berkesan.

    Hasil kajian Nor Azizah dan Shamsiah (1993), Azizi dan Roslan (2000), Robiah et

    al. (2001), Nur Hayati (2005) dan Tiwi (2007) mendapati pelbagai sudut perlu

    ditinjau bagi membuktikan keberkesanan pembelajaran seperti perubahan tingkah-

    laku dan persepsi pelajar terhadap sesuatu perkara selepas pembelajaran berbanding

    sebelumnya, kebolehan pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya dalam

    kehidupan seharian dan kesedaran pelajar terhadap bertapa ilmu yang dipelajarinya

    itu berguna.

    Adalah diharapkan kajian yang dijalankan ini akan menyumbang kepada

    penambahbaikan mata pelajaran Sains Gunaan bagi memastikan segala konteks,

    objektif dan tujuan penggubalannya tercapai dengan sokongan dari input yang

    berguna, proses yang berkesan dan menghasilkan produk yang membanggakan.

    2.5 Rumusan

    Dalam bab ini, penyelidik menerangkan secara menyeluruh tentang sorotan

    kajian yang telah dijalankan. Kajian tentang intipati mata pelajaran Sains Gunaan

    telah diterangkan dengan jelas bagi memberikan pengetahuan dan kefahaman

    tentang kurikulum dan perlaksanaan mata pelajaran tersebut. Kajian-kajian tentang

    model-model penilaian dilakukan bagi membuat perbandingan dan mencari satu

    kaedah atau model yang paling sesuai untuk digunakan dalam kajian keberkesanan

    ini. Penelitian juga telah dilakukan terhadap hasil kajian keberkesanan yang telah

    dilakuka