Penilaian RBT

download Penilaian RBT

of 4

Transcript of Penilaian RBT

  • 8/8/2019 Penilaian RBT

    1/4

    Bentuk-bentuk Penilaian RBT

    Menurut Najeemah Md.Yusof, (2006) di dalam bukunya yang bertajuk

    Konsep Pendidikan telah menerangkan bahawa setiap matapelajaran ataupun

    apa-apa sahaja perkara memerlukan suatu bentuk penilaian untuk mengetahui

    samada matlamat atau objektif dicapai,begitu juga dengan subjek Kemahiran

    Hidup di mana beberapa cara penilaian telah ditetapkan untuk mengetahui

    samada objektif yang diinginkan pada pelajar ataupun pendidik telah tercapai

    ataupun tidak.

    Kita perlu mengetahui terlebih dahulu bahawa penilaian dan pentaksiran

    ialah sesuatu yang berbeza.Penilaian ialah mengenalpasti pasti

    kewajaran/kualiti/harga sesuatu bidang yang luas manakala pentaksiran pula

    ialah mengenal pasti aras penguasaan dalam bidang secara lebih khusus

    sebagai contoh kemahiran mengecat. Proses penilaian pula memiliki dua cabang

    utama iaitu penilaian formatif yang bermaksud mengenal pasti sejauh mana unit-

    unit kemahiran/pengetahuan telah dapat dikuasai.Penilaian sumatif pula ialah

    mengenal pasti sejauh manas gugusan unit-unit kemahiran atau pengetahuan

    telah dapat dikuasai.

    Menurut Finch ,C.R & Crunkilton , J.R (1984) di dalam pembentangan Md.

    Arif Bin Md. Zin b eberapa bentuk penilaian dalam matapelajaran ini telah di

    perolehi untuk memastikan bahawa objektif tercapai.Bentuk penilaian yang

    kebanyakan digunakan dalam apa sahaja bidang ialah bentuk penilaian ujian

    secara bertulis ataupun ujian pensil dan kertas.Bentuk penilaian ini

    membolehkan penilaian terhadap calon ataupun pelajar melalui aspek

    pengetahuan.Lebih mudah untuk difahami bahawa bentuk penilaian ini adalah

    berlandaskan kefahaman calon atau pelajar terhadap matapelajaran yang

    diambil. Ia boleh disenaraikan sebagai penilaian terhadap aspek kognitif.Bentuk

    penilaian ini didapati dapat membentuk komuniti yang mempunyai inisiatif

    tersendiri untuk memperoleh dan menampilkan ilmu yang diperoleh selama

    proses pembelajarannya.

  • 8/8/2019 Penilaian RBT

    2/4

    Bentuk penilaian kedua pula ialah penilaian berasaskan rubrik.Bentuk

    penilai berasaskan rubrik ini boleh difahami melalui proses penjadualan terhadap

    pencapaian yang telah dicapai.Bentuk penilaian ini didapati berguna di dalam

    proses penilaian kendiri di mana ia dapat membantu untuk mengenalpastipotensi pelajar dan kita dapat menambahbaik sekiranya terdapat kekurangan

    pada pelajar tersebut.

    Bentuk penilaian yang seterusnya ialah melalui proses

    pemerhatian.Proses pemerhatian ini dijalankan oleh tenaga pengajar terhadap

    muridnya ataupun dilakukan oleh pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan.Proses

    pemerhatian ini amat mementingkan terhadap penilaian terhadap suatu aktiviti

    yang bukan pasif,bermakna aktiviti yang dijalankan itu haruslah aktiviti yang

    melibatkan kerja-kerja tertentu.Bentuk penilaian ini biasanya bersifat memilih di

    mana.Pemerhatian akan dijalankan dan calon terbaik akan mendapat markah

    atau sebagainya.Proses pemerhatian ini seharusnya dilaksanakan tanpa memilih

    kasih terhadap pelajar dari segi fizikal ataupun aspek yang digemari guru

    semata-mata,akan tetapi pemerhatian haruslah dinilai dengan jujur tanpa

    memilih kasih dari segi bakat,pengetahuan,potensi dan aspek-aspek lain yang

    dapat meningkatkan kualiti pelajar tersebut.

    Bentuk penilaian yang sering digunakan ialah bentuk penilaian berbentuk

    portfolio.Proses penilaian berbentuk portfolio ini ialah suatu himpunan bukti-bukti

    terhadap bahan-bahan tertentu untuk membuktikan pengalaman yang tulen di

    dalam menjalankan sesuatu kerja.Data-data tertentu diambil,dianalisis lalu

    dihimpunkan.Bentuk penilaian ini didapati dapat mewujudkan pelajar yang

    berdikari dalam proses pencarian bahan untuk dijadikan himpunan portfolio

    mereka,bentuk ini juga membolehkan pelajar memeperolehi penguasaan ilmulebih daripada apa yang dibincangkan di dalam bilik darjah.

  • 8/8/2019 Penilaian RBT

    3/4

    Bentuk penilaian secara konstektual juga dijalankan di dalam sesuatu

    proses penilaian.Bentuk penilaian secara konstektual ini dilaksanakan dalam

    keadaan yang sebenar bukan di dalam keadaan tidak berpijak di bumi yang

    nyata.Bentuk penilaian ini juga berkait rapat dengan bentuk penilaianpemerhatian.Di mana apabila proses pemerhatian di jalankan bermakna proses

    konstektual yang dilaksanakan dalam keadaan yang sebenar juga sedang

    berjalan.

    Konstruktivisme ataupuan membina ialah bentuk penilaian yang dapat kita

    fahami dengan mengetahui sejauh manakah pelajar mampu membina

    pengetahuan atau kemahiran sendiri terhadap matapelajaran tersebut.Melalui

    proses ini kita dapat mengetahui sejauh manakah kemampuan pelajar

    menguasai kemahiran tersebut melalui pengetahuan serta kefahaman yang

    dimiliki mereka.

    Bentuk penilaian berasaskan kompitensi ataupun berbentuk keterampilan

    juga dianggap penting dalam proses penilaian.Melalui proses ini kita dapat

    mengetahui keupayaan pelajar melakukan sesuatu dengan kerja-kerja amali

    ataupun ujikaji bukan dengan menyatakan pengetahuan ataupun kefahaman

    semata-mata.Matapelajaran RBT mementingkan keterampilan yang dimiliki oleh

    individu kerana matapelajaran ini banyak melibatkan kerja-kerja amali,akan

    tetapi pengetahuan dan kefahaman juga diperlukan kerana tanpa pengetahuan

    dan kefahaman kesukaran untuk melakukan kerja-kerja amali mungkin tidak

    dapat berjalan dengan lancar.

    Proses penilaian berasaskan projek ialah satu bentuk penilaian yang

    paling diminati oleh pelajar.Rata-rata pelajar menunjukkan minat yang tinggi

    terhadap bentuk penilaian berasaskan projek.Projek dapat dirangkumi dengan

    pelbagai kemahiran serta pengetahuan yang dimiliki oleh pelajar.Didapati proses

    penilaian ini dapat meningkatkan jati diri dari segi semangat kerjasama,

    keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran hands-on daripada

    pelajar yang diperolehi oleh mereka sepanjang perlaksanaan projek.

  • 8/8/2019 Penilaian RBT

    4/4

    Pentaksiran kendiri adalah proses di mana ia digunakan sepenuhnya atau

    seiring dengan pentaksir luar.Proses ini memerlukan ketulusan yang tinggi oleh

    para pentaksir agar segala penilaian yang dijalankan dapat diketahui samada

    ianya tercapai ataupun tidak tercapai.

    Kesimpulannya,bentuk-bentuk penilaian yang dibincangkan di atas adalah

    amat penting kerana proses penilaian ini melibatkan proses penilaian antara

    tenaga pengajar dan pelajar.Didapati bentuk-bentuk penilaian ini dapat

    memberikan faedah kepada pelajar sekiranya ia dijalankan dengan jujur dan

    mengikuti langkah-langkah yang telah digariskan,justeru itu dengan proses

    penilaian ini kita dapat mengetahui samada objektif yang ingin dicapai dalam

    matapelajaran tersebut terhadap pelajar dapat dicapai ataupun

    sebaliknya.Seandainya proses pentaksiran dijalankan dengan tidak jujur,maka

    produk Modal Insan yang dikeluarkan adalah tidak bermutu tinggi seperti yang

    diharapkan,oleh itu ia haruslah dijalankan dengan langkah yang betul demi

    mencapai kualiti Modal Insan yang dapat membantuk meningkatkan produktiviti

    Negara.