Penipisan lapisan ozon

43
7 Pengajian Am Penipisan lapisan ozon
  • Upload

    -
  • Category

    Education

  • view

    10.046
  • download

    9

Transcript of Penipisan lapisan ozon

Page 1: Penipisan lapisan ozon

7Pengajian Am

Penipisan lapisan ozon

Page 2: Penipisan lapisan ozon

Kumpulan 8

Ahli kumpulan1) Wan Nurhidayah Adila

2) Siti Aishah

3) Annabella Jane

Page 3: Penipisan lapisan ozon

Definisi Lapisan ozon

Ozon terjadi apabila sinaran ultraungu matahari bertemu dengan molekul oksigen di atmosfera yang menyebabkan berlakunya tindak balas yang menghasilkan atom oksigen.

Page 4: Penipisan lapisan ozon

Penipisan Lapisan Ozon

Keadaan dimana lapisan ozon berada dibahagian stratosfera yang mengalami hakisan akibat tindak balas gas CFC kesan daripada aktiviti manusia dengan molekul oksigen sehingga molekul oksigen tadi terhurai.

Molekul oksigen terhurai mengakibatkan sinaran ultraungu memancar terus ke bumi.

Page 5: Penipisan lapisan ozon

Punca-punca fenomena penipisan lapisan ozon

a) Penggunaan bahan kloroflorokarbon (cfc)

b) Pelepasan gas nitrogen oksida

c) Penyahutanan secara meluas

d) Bilangan kenderaan bermotor

Page 6: Penipisan lapisan ozon

a) Penggunaan bahan kloroflorokarbon (cfc)

Cfc boleh bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon dengan kehadiran cahaya ultraungu yang tinggi.

Contohnya dalam industri peti sejuk, pendingin hawa, pencuci atau pelarut, foam, aerosol atau prepollen dan sebagainya.

Page 7: Penipisan lapisan ozon

b) Pelepasan gas Nitrogen Oksida

Terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom nuklear, pelancaran roket.

Pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan lapisan ozon musnah.

Contohnya negara amerika, india, pakistan.

Page 8: Penipisan lapisan ozon

c) Penyahutanan secara meluas

Tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis.

Penyahutanan menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan pembentukan ozon terjejas.

Contohnya hutan di Pulau Langkawi, Kedah yang mengalami kepupusan.

Page 9: Penipisan lapisan ozon

d) Bilangan kenderaan bermotor

Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera.

Hal ini menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di stratosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.

Page 10: Penipisan lapisan ozon

KESAN-kesan FENOMENA PENIPISAN LAPISAN OZON

a) Kesan ke atas Sistem Geomorfologi

b) Kesan ke atas Sistem Atmosfera

c) Kesan ke atas Sistem Hidrologi

d) Kesan ke atas Sistem Ekologi

Page 11: Penipisan lapisan ozon

a) Kesan ke atas Sistem Geomorfologi

Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan :

1) Peningkatan kadar luluhawa khususnya luluhawa fizikal.

2) Pertambahan kadar hakisan seterusnya mengubah landskap sesuatu kawasan misalnya kawasan gurun panas.

3) Pemanasan suhu dunia akan mempercepatkan proses pemanasan batuan yang akan cepat mengembang dan memudahkan berlakunya penyepaian fizikal.

Page 12: Penipisan lapisan ozon

Contoh di kawasan gurun panas

Keadaan akan menjadi semakin kontang dan gersang yang akan mempercepatkan hakisan layangan angin menghakis dan mengangkut bahan batuan yang sudah tersepai dalam pelbagai bentuk dan saiz ke kawasan pinggiran gurun, lama kelamaan kawasan gurun semakin luas.

Kombinasi antara luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin menyebabkan saiz gurun semakin membesar menghala ke pinggirannya dinamakan fenomena “penggurunan”.

Page 13: Penipisan lapisan ozon

Contoh, hampir semua gurun di Afrika dan Asia Tengah seperti Gurun Sahel, Gurun Sahara, Gurun Turkestan, Gurun Namibia dan Gurun Gobi sedang mengalami fenomena penggurunan ini.

Page 14: Penipisan lapisan ozon
Page 15: Penipisan lapisan ozon

Contoh ke atas pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi

Kewujudan lubang ozon di benua Antartika boleh mencairkan litupan ais kerana pancaran matahari khususnya UV diterima permukaan ais tanpa halangan.

Pencairan suhu dunia ke atas litupan ais pergunungan tinggi seperti puncak Everest, Banjaran Himalaya, Banjaran Alps, Banjaran Andes, Banjaran Rocky dan lain-lain akan membentuk sungai-sungai glasier yang besar dan akan menambahkan kadar hakisan ragutan serta lelasan.

Page 16: Penipisan lapisan ozon

Hakisan ragutan dan lelasan akan mempercepatkan kejadian tanah runtuh, runtuhan tebing, salji runtuh, gelangsaran dan sebagainya.

Dalam jangka masa panjang, cairan ais akan membanjiri laut, meningkatkan isipadu dan paras air laut seterusnya menambahkan kadar hakisan ombak.

Page 17: Penipisan lapisan ozon
Page 18: Penipisan lapisan ozon

Contoh di kawasan pantai dan kawasan tanah pamah

Kawasan pantai lebih cepat terhakis

Kawasan tanah pamah akan mudah ditenggelami seperti negara Belanda dan Bangladesh.

Natijahnya, daratan akan menjadi semakin kecil.

Dianggarkan jika kesemua litupan ais di benua Antartika setebal 1.6 km mencair maka seluruh benua Eropah akan tenggelam.

Page 19: Penipisan lapisan ozon

b) Kesan ke atas Sistem Atmosfera

Kadar kenaikan suhu lautan khususnya lautan pasifik akan menjadi lebih cepat.

Contohnya antara September 1997, suhu lautan Pasifik telah bertambah sebanyak sebanyak 5 darjah celcius dan meliputi kawasan seluas 8000km persegi.

Kenaikan air laut menjadikan tekanan udaranya rendah.

Page 20: Penipisan lapisan ozon

Keadaan ini akan melemah, menghenti atau mengubah tiupan angin timuran selama ini membawa hujan lebat di bahagian barat Pasifik meliputi negara-negara Asia Tenggara.

Negara-negara tersebut mengalami cuaca panas dan kamarau teruk akibat kekurangan hujan.

Page 21: Penipisan lapisan ozon

Situasi ini mendorong berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi sekaligus menyebabkan jerebu seperti yang dialami di Indonesia dan Malaysia pada akhir tahun 1997.

Pada masa yang sama, negara-negara di Timur Lautan Pasifik seperti Ecuador, Peru, Chile, Mexico dan Brazil akan mengalami ribut taufan, hujan lebat dan banjir berikutan perubahan angin timuran yang menuju ke negara-negara tersebut.

Page 22: Penipisan lapisan ozon

Pemanasan global yang menambahkan kekerapan dan kekuatan kejadian El Nino itu telah berupaya mengubah cuaca dunia dari kelaziman menjadi tak menentu dan amat sukar diramal.

Page 23: Penipisan lapisan ozon

Pada skala mikro seperti kawasan pemanasan global akan menyebabkan kejadian pulau haba bandar.

Dengan terbentuknya lapisan “selimut karbon dioksida” yang membenarkan sinar lembayung masuk tetapi menghalangnya keluar di ruang atmosfera bandar telah menyebabkan tenaga matahari terperangkap.

Kitar tenaga berlaku pada ruang atmosfera yang sama, lama kelamaan akan memanaskan udara dalam bandar berkenaan.

Page 24: Penipisan lapisan ozon

Oleh kerana suhu atau kepanasan di bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan pinggir atau kawasan luar bandar maka ia seolah-olah pembentukan pulau haba yang panas di bandar dikelilingi oleh suhu sejuk di luar bandar.

Contoh bandar-bandar utama yang mengalami pulau haba ialah:

a)New York

b)London

c)Paris

d)Tokyo

e)Kuala Lumpur

Page 25: Penipisan lapisan ozon

Kejadian pulau haba akan mempercepatkan proses sejatan dan kehilangan wap-wap air di dalam atmosfera dan menyebabkan jerebu.

Udara bandar akan menjadi kering yang menggalakkan pembentukan jerebu apabila partikulat-partikulat terampai seperti debu, habuk, asap dan lain-lain memenuhi ruang udara tersebut.

Page 26: Penipisan lapisan ozon

Di kawasan hawa sederhana seperti di negara-negara Eropah yang mengalami empat musim, tempoh keempat-empat musim tersebut menjadi tidak seimbang lagi.

Musim panas lebih pangjang daripada musim bunga, musim luruh dan musim dingin.

Page 27: Penipisan lapisan ozon

c) Kesan ke atas Sistem Hidrologi

Penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global yang mengakibatkan:

1) Gangguan keseimbangan kitaran hidrologi.

2) Pengurangan kuantiti air benua.

3) Regim wilayah daripada sumber-sumber sungai, tasik, kolam.

4) Gangguan terhadap proses transpirasi tumbuhan.

Page 28: Penipisan lapisan ozon

Kadar sejatan permukaan berlaku dengan cepat, tidak sepadan dengan bekalan air misalnya daripada sumber hujan, embun, kabus, kabut dan lain-lain.

Gangguan ke atas kitaran hidrologi memungkinkan sungai, tasik dan kolam tidak mempunyai bekalan air secukupnya atau lebih kritikal lagi punca-punca tersebut mengalami kekeringan air.

Sungai akan berhenti mengalir, empangan kering dan manusia akan merasai bahangannya.

Page 29: Penipisan lapisan ozon

Simpanan air berkurangan

Air tanah berkurangan, paras mata air dalam tanah menurun, sistem akuifer kehabisan sumber air dan kawasan tadahan tidak berfungsi lagi.

Keadaan tersebut mengganggu bekalan air yang tetap kepada sungai sehingga mengalami kekeringan air.

Page 30: Penipisan lapisan ozon
Page 31: Penipisan lapisan ozon

Contoh di kawasan-kawasan gurun panas dan tropika kering

Peningkatan suhu yang berlebihan membolehkan garam-garam galian dari dalam tanah ditarik ke permukaan atau hampir permukaan bumi dalam bentuk larutan menerusi daya tarikan kapilari.

Garam-garam galian seperti kalsium karbonat akan ditinggalkan di permukaan manakala airnya akan tersejat ke udara.

Peninggalan dan pengumpulan garam di permukaan akan membentuk lapisan keras dan kematu dikenali sebagai hardpan, caliche dan duripan .

Page 32: Penipisan lapisan ozon

Contoh di kawasan iklim sejuk dan sederhana

Kawasan tersebut menerima pengaruh salji, tetapi proses sebaliknya yang akan berlaku.

Dimana pemanasan global menyebabkan kuantiti cairan ais akan bertambah, lebih cepat memasuki sungai dan melimpah seterusnya membanjiri kawasan-kawasan yang rendah.

Dalam konteks keseimbangan sistem sungai, keadaan ini dianggap sebagai satu gangguan yang menyebabkan tahap keseimbangan sungai sudah tidak seimbang lagi.

Page 33: Penipisan lapisan ozon

d) Kesan ke atas Sistem Ekologi

Penipisan lapisan ozon mempengaruhi ekosistem-ekosistem yang terdapat dalam golongan sistem ekologi.

Contohnya ekosistem hutan.

Apabila suhu dunia meningkat, kecenderungan hutan untuk terbakar adalah tinggi seperti yang berlaku di :

i. Amerika Syarikat

ii. Australia

iii. Kepulauan Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.

Page 34: Penipisan lapisan ozon

Kebakaran hutan secara besar-besaran akan memusnahkan :

i. Kepelbagaian biologi (biodiversiti).

ii. Kepupusan spesies flora dan fauna yang berharga.

iii. Merosakkan rantaian makanan serta habitat.

Kesan daripada kemusnahan tersebuut akan menyebabkan ekologi hutan akan berakhir.

Page 35: Penipisan lapisan ozon

Kesan kepada ekologi akuatik, misalnya ekosistem laut :

Air laut yang panas telah memusnahkan hidupan plankton yang menjadi makanan utama kepada hidupan laut yang lain.

i. Akhirnya ikan, kerang, sotong turut musnah dan pupus apabila bekalan makanannya berkurangan.

ii. Contohnya, nelayan ikan bilis di pesisir pantai Ecuador dan Peru terjejas teruk akibat peningkatan suhu laut apabila sumber ikan bilis di kawasan tersebut makin berkurang.

Page 36: Penipisan lapisan ozon

Kemusnahan terhadap pertumbuhan karang laut dan terumbu karang paling ketara.

i. Kawasan laut tropika merupakan kawasan pembiakan terumbu karang yang paling aktif dan menjadi habitat kepada hidupan laut yang lain.

ii. Terumbu karang terdapat di taman-taman maritim utama di dunia seperti di :

Pulau Tioman di Pahang

Pulau Sipadan di Sabah

Pulau Redang di Terengganu

Pulau Langkawi di Kedah

Page 37: Penipisan lapisan ozon

Polip-polip karang hanya akan hidup, membiak dan membesar dengan baik apabila suhu laut tersebut adalah sederhana.

Apabila suhu meningkat, polip-polip karang akan mati dan sekaligus memusnahkan habitat hidupan laut.

Page 38: Penipisan lapisan ozon

Kesan-kesan yang lain akan menyebabkan :

1. Kesihatan terjejas

o Penyakit kulit,demam panas,ketarak mata.

2. Menjejaskan persekitaran sosial.

o Aktiviti riadah tidak dapat dijalankan.

Page 39: Penipisan lapisan ozon

Langkah-langkah mengatasi penipisan lapisan ozon

a) Melalui persidangan

Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) mengadakan persidangan bagi membincangkan kesan penipisan lapisan ozon dan langkah untuk mengatasinya.

b) Kempen kesedaran dan badan sukarela

Badan badan sukerela seperti Greenpeace dan WWF meningkatkan kempen kesedaran kepada masyarakat dunia melalui demonstrasi,ceramah dan bengkel.

Page 40: Penipisan lapisan ozon

c) Mengekalkan kawasan hutan sebagai hutan simpan

Masalah penyahutanan yang berleluasa di negara maju akan menyebabkan pemanasan global berlaku.

Oleh itu, negara di seluruh dunia perlu mewartakan kawasan hutan sebagai kawasan hutan simpan dalam mengekalkan suhu bumi.

Page 41: Penipisan lapisan ozon

d) Kesedaran dalam kalangan pengguna

Masyarakat digalakkan mengurangkan penggunaan bahan CFCs dalam kehidupan harian.

e) Kempen kesedaran melalui pendidikan

Pihak kementerian perlu menerapkan isu-isu penipisan lapisan ozon ini dalam sukatan pelajaran seperti matapelajaran geografi dan sains.

Page 42: Penipisan lapisan ozon

rujukan

1) Lomgman Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal

2) Internet

Page 43: Penipisan lapisan ozon

Sekian Terima Kasih