Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu

10
Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu Penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511 telah memulakan suatu era baru campurtangan kuasa Barat di rantau Asia Tenggara khususnya di Tanah Melayu. Menyedari bahawa rantau Asia Tenggara memiliki kekayaan, khususnya pusat pengeluaran rempah yang pada masa itu menjadi barang dagangan paling berharga, ini telah menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba menjelajah ke Asia Tenggara dengan tujuan untuk mendapatkan dan memonopoli perdagangan rempah, meluaskan pasaran serta pengaruh politik mereka. PENAKLUKAN PORTUGISKE ATAS MELAKA (1511–1641) Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis pada 1511 telah menandakan berm ulanya penjajahan kuasa Barat di kepulauan Melayu. Penaklukan Melaka oleh Portugis berdasarkan kepentingan ekonomi kerana Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur.

Transcript of Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu

Page 1: Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu

Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu

Penaklukan Melaka oleh Portugis pada 1511 telah memulakan suatu era baru

campurtangan kuasa Barat di rantau Asia Tenggara khususnya di Tanah Melayu.

Menyedari bahawa rantau Asia Tenggara memiliki kekayaan, khususnya pusat

pengeluaran rempah yang pada masa itu menjadi barang dagangan paling berharga, ini

telah menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba menjelajah ke Asia Tenggara dengan

tujuan untuk mendapatkan dan memonopoli perdagangan rempah, meluaskan pasaran

serta pengaruh politik mereka.

PENAKLUKAN PORTUGISKE ATAS MELAKA (1511–1641)

Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis pada 1511 telah menandakan berm ulanya

penjajahan kuasa Barat di kepulauan Melayu. Penaklukan Melaka oleh Portugis

berdasarkan kepentingan ekonomi kerana Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan

Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau

Hindia Timur.

Di samping itu, kedatangan Portugis ke Timur adalah bertujuan untuk menghancurkan

agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli

perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang

bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso d’

Albuquerque.

Page 2: Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu

Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510

untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez

de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka.

Setibanya mereka di Melaka, rombongan de Sequiera telah ditahan.Walau

bagaimanapun, de Sequiera berjaya melarikan diri

dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso.Dengan alasan penahanan

rombongan tersebut, Alfonso telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang

Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511 dan akhirnya

Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511.

PUNCA KEJATUHAN MELAKA KE TANGAN PORTUGIS

Antara punca utama yang telah dikenal pasti sehingga menyebabkan Melaka berjaya

ditawan oleh Portugis adalah kerana berlakunya pengkhianatan dalam negeri diikuti

dengan ketiadaan Bendahara yang berkaliber seperti Tun Perak, serta kekuatan

angkatan tentera Portugis, khususnya pemilikan senjata moden dan strategi

peperangan yang lebih teratur.

PENAKLUKAN BELANDA KE ATAS MELAKA (1641–1824)

Tekanan yang dihadapi oleh Belanda di Eropah di abad ke- 16 telah menguatkan lagi

azam Belanda untuk menjadi bangsa yang merdeka, berkuasa, kuat dan

berdaulat.Penindasan Sepanyol ke atas Belanda, penutupan pelabuhan Lisbon

terhadap kapal Belanda dan penerbitan buku Itinerario oleh Van Linschoten yang

Page 3: Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu

membongkar rahsia jalan laut dan tempat yang kaya dengan hasil rempah telah

mendorong orang Belanda mengembangkan pengaruh ke rantau Asia Tenggara.

Dalam usaha menyatukan kekuasaan Belanda di Timur, seluruh kapal perniagaan

Belanda yang berdagang di Timur telah digabungkan dan dikenali sebagai Syarikat

Hindia Timur Belanda. Di samping itu, pada 1606, Belanda telah mengikat perjanjian

dengan Negeri Johor untuk membuat pakatan bagi melancarkan serangan bersama ke

atas Portugis di Melaka.

Bagi mengukuhkan kedudukannya pihak Belanda telah berjaya menawan dan

menubuhkan pusat pentadbiran di Betawi. Setelah kedudukannya menjadi bertambah

kukuh, hasrat Belanda untuk menawan Melaka telah diteruskan. Dalam bulan Jun 1640

sehingga Januari 1641, Melaka telah dikepung oleh Belanda dengan bantuan Johor.

Pengepungan yang berterusan ini telah menyebabkan kebuluran yang teruk di

kalangan tentera Portugis dan akhirnya pada 16 Januari 1641, pihak Portugis telah

menyerah kalah tanpa syarat dan Melaka jatuh ke tangan Belanda.

PENYERAHAN MELAKA KEPADA KUASA INGGERIS (SYARIKAT HINDIA TIMUR)

PADA 1795

Menjelang berlakunya Revolusi Perancis, Britain dan Belanda telah membuat satu

perjanjian persahabatan yang memberi hak kepada mana-mana negara tersebut untuk

menduduki tanah jajahan sekiranya negara-negara tersebut terlibat dalam peperangan

dan gagal mengawal tanah jajahan tersebut. Berikutan dengan perjanjian tersebut pihak

Belanda telah membenarkan Inggeris mengambil alih tanah jajahan Belanda, setelah

pihak Belanda telah dikalahkan oleh negara Perancis pada 1795. Dengan perjanjian

Page 4: Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu

tersebut Syarikat Hindia Timur Inggeris telah mengambil-alih tanah jajahan Belanda di

Timur dan pada Belanda telah menyerahkan Melaka kepada kuasa Inggeris. Namun

begitu apabila Perang Napolean telah ditamatkan pada 1815, Melaka telah

dikembalikan semula ke tangan Belanda dan kedudukan ini kekal sehinggalah

termeterainya perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 yang telah menyerahkan Melaka

kepada pemerintahan Inggeris.

PENYERAHAN PULAU PINANG PADA 1786

Pada 1600 pedagang Inggeris telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris

selaras dengan hasrat untuk memperkembangkan perdagangan mereka di Timur. Pada

permulaan kegiatannya, Inggeris lebih cenderung memusatkan perhatian dan kegiatan

mereka di India. Kehilangan kekuasaan ke atas Amerika akibat Peperangan

Kemerdekaan 1783 telah mendorong Inggeris untuk memperluaskan tanah jajahan

mereka di kawasan Timur. W alaupun Syarikat Hindia Timur Inggeris telah berjaya

menubuhkan loji mereka di Madras dan Benggala pada pertengahan abad ke-18 tetapi

mereka sentiasa terdedah kepada serangan musuh, khususnya Perancis yang sedang

mencari tapak untuk meluaskan penaklukannya di Timur. Menyedari hakikat ini,

Inggeris telah berusaha untuk membangunkan sebuah pelabuhan di Timur Teluk

Benggala. Ini akan membolehkan perdagangan dengan negara China dapat diteruskan.

Inggeris juga cuba mengelak untuk menggunakan pelabuhan Melaka yang terletak di

bawah kekuasaan Belanda.

Penggunaan pelabuhan Bangkahulu pula dianggap tidak menguntungkan kerana

kedudukan pelabuhan tersebut terpisah jauh dari Selat Melaka yang merupakan laluan

perdagangan utama di antara China dengan India.

Page 5: Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu

FRANCIS LIGHT DAN PEMBUKAAN PULAU PINANG PADA 1786

Pada 1771, Francis Light telah mendapat tawaran daripada Sultan Kedah (Sultan

Abdullah) yang membenarkan pihak Inggeris mendirikan pusat perniagaan di mana-

mana kawasan di sepanjang pantai negeri Kedah dengan syarat Inggeris memberi

perlindungan kepada Kedah dalam menghadapi ancaman Siam dan Bugis. Akhirnya

Syarikat Hindia Timur Inggeris dan Sultan Kedah telah mencapai persetujuan yang

membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris mendirikan penempatan di Pulau Pinang.

Pulau Pinang telah dibuka dengan rasminya pada 11 Ogos 1786. Pulau Pinang telah

dijadikan pelabuhan bebas pada 1788 dan menjelang 1800 suatu perjanjian telah

dibuat, iaitu menyerahkan Seberang Prai kepada pihak Inggeris. Namun begitu Pulau

Pinang tidak dapat membangun dengan pesat. Pulau Pinang yang mengalami

kekurangan pendapatan menyebabkan timbulnya masalah kewangan.Keadaan

diburukkan lagi apabila British telah menguasai Batavia pada 1811 dan seterusnya

pembukaan Singapura pada 1819 telah mengakibatkan kemerosotan Pulau Pinang.

PEMBUKAAN SINGAPURA 1819

Selepas berakhirnya Perang Napoleon di Eropah, Belanda telah kembali berkuasa di

Timur khususnya di Kepulauan Melayu. Selaras dengan konvensyen London pada 13

Ogos 1814, Britain bersetuju untuk memulangkan kesemua tanah jajahan mereka di

Hindia Timur. Belanda juga telah kembali mengawal jalan perdagangan melalui Selat

Melaka dan Selat Sunda dan keadaan ini telah menyebabkan Inggeris terpaksa

mencari alternatif lain dalam mencari kawasan yang strategik bagi meneruskan

perdagangannya. Bagi memastikan kepentingan perdagangan British dengan China

dapat diteruskan, British memerlukan suatu penempatan baru di Kepulauan Melayu

bagi melindungi perdagangannya dengan negeri China. Penempatan tersebut mestilah

memenuhi keperluan tertentu antaranya;

Page 6: Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu

1) Dapat menyediakan kemudahan bagi kapal British berlabuh dan meneruskan

pelayaran ke India dan British;

2) Terletak di tengah-tengah jalan perdagangan bagi kepulauan Melayu. Pulau Pinang

tidak begitu sesuai kerana kedudukannya jauh ke Utara manakala Bangkahulu terpaksa

bersaing dengan Betawi, selain kedudukannya yang terpisah dari jalan perdagangan

antarabangsa;

3) Penempatan tersebut mestilah terletak di luar pengaruh kawasan politik Belanda.

Bagi menjayakan hasrat tersebut, Stamford Raffles telah mendapat kepercayaan untuk

mencari penempatan baru. Dalam bulan Ogos 1818 Raffles telah mengemukakan

cadangan untuk membuka pelabuhan baru di Selatan Selat Melaka. Pada Januari 1819

Raffles dan William Farguhar telah tiba di Singapura dan telah membuat keputusan

untuk mengkaji kemungkinan untuk mendirikan penempatan Inggeris di pulau tersebut.

PERPECAHAN EMPAYAR JOHOR

Singapura merupakan sebahagian daripada Empayar Johor tetapi sehingga

kedatangan Inggeris ke Singapura, tiada penempatan Inggeris di Singapura. Menyedari

kedudukan Singapura yang strategik di samping masalah perebutan tahta antara Sultan

Abdul Rahman (Sultan Johor yang sah di sisi Belanda) dengan Tengku Hussain,

Page 7: Penjajahan Kuasa Barat Di Tanah Melayu

Raffles telah mengiktiraf Tengku Hussain sebagai Sultan Johor yang sah. Akhirnya

pada 6 Januari 1819 satu perjanjian telah ditandatangani yang telah mengesahkan

pendudukan Inggeris di Singapura dan juga mengiktiraf Tengku Hussain sebagai Sultan

Johor. Pendudukan Inggeris di Singapura ini telah menimbulkan bantahan kepada

pemerintah Belanda apatah lagi dengan kemajuan pesat Singapura telah mengancam

kedudukannya daripada penguasaan perdagangan di Selat Melaka.

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824

Selama lebih daripada 200 tahun, hubungan Inggeris- Belanda di Timur saling berm

usuhan antara satu sama lain. Pembukaan Melaka oleh Raffles pada 1819 telah

membangkitkan lagi kemarahan Belanda ke atas pemerintahan Inggeris.Untuk

memperbaik hubungan antara kedua-dua pihak yang menjadi semakin rumit, beberapa

siri rundingan telah diadakan di antara 1820 hingga 1823. Tetapi rundingan ini gagal

mencari jalan penyelesaian. Sementara itu kemajuan pesat Singapura telah

menyebabkan Inggeris berazam untuk mengekalkan kekuasaan ke atas Singapura.

Setelah beberapa perundingan diadakan, akhirnya satu perjanjian telah dicapai dan

kedua-dua pihak telah memeterai perjanjian yang dikenali juga sebagai perjanjian

London. Tujuan perjanjian ini adalah untuk menamatkan pergeseran yang berterusan

antara kedua-dua belah pihak demi untuk kepentingan masing-masing. Antara perkara

penting yang terkandung dalam perjanjian tersebut ialah Inggeris akan kekal berkuasa

ke atas Singapura, manakala Melaka diserahkan kepada Inggeris dan Bangkahulu

diserahkan kepada Belanda. Dengan termeterainya perjanjian ini, pembahagian kuasa

antara Inggeris dengan Belanda telah disaksikan dan kedudukan politik Inggeris dan

Belanda telah dikukuhkan lagi. Perjanjian 1824 ini juga telah menamatkan sejarah

Empayar Johor, apabila kekuasaannya di kawasan Riau-Lingga terletak di baw ah

pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga telah membolehkan Inggeris menguasai Pulau

Pinang, Melaka dan Singapura yang juga dikenali sebagai Negeri Selat