Penjanaan Ilmu

3
Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek organisasi pendidikan di semua perigkat persekolahan.Ini termasuklah membaiki aspek kualiti pengajaran guru dan pensyarah , kualiti perkhidmatan , kurikulum, penilaian dan persijilan, perkembangan dan kebajikan pelajar, persekitaran budaya pelajar dan organisasi, pengurusan dan pentadbiran universiti dan kualiti penyeliaan serta perkembangan staf atau tenaga pengajar. Perubahan Sistematik Menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa.Dalam konteks Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020.Hal ini kerana, wawasan 2020 ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kauntitif dan kualitif.Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentrasformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai. Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang disifatkan sebgai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama.Pembaharuan yang dilakukan mestilah bersifat sitematik, iaitu tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content, educational tool dan

Transcript of Penjanaan Ilmu

Page 1: Penjanaan Ilmu

Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan

Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek

organisasi pendidikan di semua perigkat persekolahan.Ini termasuklah membaiki aspek kualiti

pengajaran guru dan pensyarah , kualiti perkhidmatan , kurikulum, penilaian dan persijilan,

perkembangan dan kebajikan pelajar, persekitaran budaya pelajar dan organisasi, pengurusan dan

pentadbiran universiti dan kualiti penyeliaan serta perkembangan staf atau tenaga pengajar.

Perubahan Sistematik

Menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai

dengan tuntutan semasa.Dalam konteks Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan

dibuat pembaharuan supaya dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020.Hal ini kerana, wawasan

2020 ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kauntitif

dan kualitif.Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa

sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentrasformasikan Malaysia menjadi

negara maju tidak mungkin dapat dicapai.

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang

disifatkan sebgai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama.Pembaharuan

yang dilakukan mestilah bersifat sitematik, iaitu tidak boleh terdiri dari satu komponen

pendidikan iaitu educational content, educational tool dan infrastuktur pendidikan mestilah

diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta

komprehensif.Dalam masa yang sama, perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara

menyeluruh dan alam konteks yang lebih luas.

Pertama, ialah dari aspek perundangan melalui Pembentangan Rang undang-undang Pendidikan

1995 yang membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan.Rang undang-undang tersebut

mnggariskan bberapa aspek iaitu pendidika dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf

dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.Selain itu, dalam rang undang-undang ini

juga Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan

kebangsaan.Sementara itu, tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun dan

pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem kebangsaan.Dalam dasar tersebut

Page 2: Penjanaan Ilmu

juga terkandung bahawa pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan serta peruntukan

diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.

Bermula dengan akta ada ini, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem

pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi andungan

pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastuktur.Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum

seolah, faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian

profesionalisme dan lain-lain hendaklah diambilkira.Begiu juga peningkatan taraf institusi

pendidikan tinggi contohnya Institusi Penguruan Sultan Idris yang telah dinaikkan taraf sebagai

Universiti Perguruan Sultan Idris.Sejjar dengan peningkatan taraf ini,adalah diharapkan

kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang

serta dapat melonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.

Sehubungan dengan matlamat pndidikan bertaraf dunia, profesion perguruan perlu dikaji

semula.Profesion penguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang radikal

dan drastik bagi mengatsi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan agenda-

agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21.Imej dan status perguruan yang semakin

tidak bermaya perlu dipulihkan segera.Penawaran kursus-kursusu perguruan lepasan diploma

dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan

kualiti dan status profesion perguruan