Penjawat Awam & Peguam Negara

download Penjawat Awam & Peguam Negara

of 45

Transcript of Penjawat Awam & Peguam Negara

1.0

Pengenalan Dalam sesebuah negara termasuk negara Malaysia, terdapat berbagai agensi-agensi

atau badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan yang mempunyai peranan tersendiri dalam menjaga keamanan rakyat dan negara khususnya. Agensi-agensi tersebut telah dipertanggungjawabkan semenjak dahulu lagi bagi memastikan dan menjaga negara agar sentiasa aman dan rakyatnya sentiasa dalam keadaan sejahtera dan mampu bersaing secara sihat agar terus maju. Dalam tugasan kami pada kali ini, kami hanya membincangkan dua agensi utama negara, iaitu Peguam Negara dan Penjawat Awam. Kedua-duanya mempunyai peranan dan tugas masing-masing, namun terdapat sesetengah perkara saling berkaitan. Peguam Negara Malaysia merupakan ketua penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia di samping menjadi Ketua Pendakwa Raya negara. Ia bererti Peguam Negara juga boleh menyiasat, mendakwa dan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas manamana pihak yang melakukan kesalahan termasuk pegawai dan pemimpin kerajaan dengan menggunakan kuasanya di samping menjadi pendakwa bagi pihak awam (rakyat). Seterusnya, penjawat awam pula telah dibekalkan dengan kuasa dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Bagi memastikan tiada sebarang masalah

penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa untuk tujuan peribadi berlaku, maka ia perlu dikawal setiap masa. Selain itu, penjawat awam mestilah sentiasa menjaga tingkahlaku dalam menjalankan tugas bagi mengekang masalah prasangka buruk orang awam terhadap kejujuran dan kesungguhan mereka. Seseorang penjawat awam juga haruslah mempunyai nilai integriti yang baik dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Justeru itu, Peguam Negara dan Penjawat Awam mempunyai kreadibiliti masingmasing dalam menjalankan tugas. Namun begitu, terdapat sesetengah perkara atau kes yang timbul akibat daripada individu dalam kalangan kedua-dua badan ini yang melakukan kesalahan dan tersasar dari landas etika kerja yang sebenar. Dalam tugasan ini juga, kami paparkan beberapa kes yang berkaitan dan telah berlaku di Malaysia.

1

2.0

Maksud perkhidmatan Awam

Perkhidmatan awam didefinisikan sebagai jentera pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan dasar sesebuah kerajaan. Jelasnya, perkhidmatan awam juga bertanggungjawab menasihati dan memberikan pandangan terhadap dasar tersebut. Menurut Perlembagaan Malaysia, perkhidmatan awam terbahagi kepada beberapa kategori iaitu : i. ii. iii. Perkhidmatan awam bagi kerajaan persekutuan (pusat) Perkhidmatan awam bagi kerajaan negeri Perkhidmatan awam bersama kerajaan persekutuan dan sebuah atau beberapa buah kerajaan negeri atau perkhidmatan awam bersama bagi dua atau beberapa buah kerajaan negeri dengan tidak termasuk kerajaan persekutuan. Dalam konteks negara Malaysia, Ketua Setiausaha Negara (KSN) merupakan pegawai perkhidmatan awam yang tertinggi. Ketua Setiausaha Negara (KSN) juga menjadi Setiausaha cabinet atau Jemaah Menteri. Kakitangan awam atau kakitangan kerajaan bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, mengikut perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuaan, Perkhidmatan Awam Negara ialah a) Angkatan tentera b) Perkhidmatan kehakiman dan undang-undang c) Perkhidmatan awam am persekutuan d) Pasukan polis e) Perkhidmatan awam bersama yang tersebut dalam Perkara 133 f) Perkhidmatan awam tiap-tiap satu Negeri

g) Perkhimatan pendidikan Mengikut Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan, perkhidmatan awam ditujukan yang memegang jawatan berpendapatan sepenuh masa dalam mana-mana perkhidmatan awam

2

(iaitu perkhidmatan awam seperti yang dinyatakan oleh perkara 132 (10) Perlembagaan Persekutuan menyebut juga bahawa pihak yang memegang jawatan berpendapatan sepenuh masa termasuklah hakim,Ketua Hakim negara, ahli Suruhanjaya Pilihanraya, dan beberapa jawatan lain, tetapi seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 160(3) Perlembagaan Persekutuan, bagi maksud Perkara 133,134, 135 dan 136 Perlembagaan Persekutuan, merujuk kepada perkhidmatan awam yang disebutkan dalam Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan. Apabila kita menyemak peruntukkan Perlembagaan Persekutuan selepas Perkara 132 didapati perkhidmatan awam yang dirujuk dalam Perkara 132 itu ialah : a) Perkhidmatan awam di bawah undang-undang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan kehakiman dan undang-undang (Perkara 138 Perlembagaan Malaysia) b) Perkhidmatan awam di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan awam (Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan) c) Perkhidmatan awam di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan) d) Perkhidmatan awam di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ( Perkara 141A Perlembagaan Persekutuan) 3.0 Peruntukan Dalam Perlembagaan Persekutuan Mengenai Penjawat Awam 3.1 Perkara 132 Di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 132 telah diperuntukan perkara seperti berikut untuk penjawat awam dimana ianya menyebut tentang Kelakuan dari Tatatertib penjawat awam. Perkara 132 (2) telah memperuntukkan bahawa kelayakan untuk pelantikan bagi orang-orang dalam perkhidmatan awam dan syarat perkhidmatan mereka ... boleh dibuat peraturan oleh undang-undang Persekutuan dan juga ... oleh Yang di- Pertuan Agong dan .. oleh undang-undang Negeri dan oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri ... . Hal ini bermaksud, bagi perkhidmatan selain perkhidmatan awam negeri, segala peraturan dan syarat lantikan, dan perkhidmatan penjawat awam boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan atau Yang di-Pertuan Agong. Bagi perkhidmatan awam negeri pula, syarat lantikan dan perkhidmatan mengenai penjawat awam boleh dibuat oleh undang-undang Negeri sendiri.

3

Bagi menyokong pernyataan di atas, hakim Mahkamah Tinggi dalam kes Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan lwn Loot Ting Yee ada menyebut penjawat awam memegang jawatan selama diperkenan oleh YDPA . Perkara 132 (2A) memperuntukkan dimana perkhidmatan awam di malaysia adalah berasakan dua prinsip iaitu setiap penjawat awam menjawat jawatan atas perkenan YDPA. Perlembagaan tidak menghadkan sejauh mana perkenan YDPA itu tetapi apabila kuasa untuk membuat kerja atau menurunkan pangkat perlu dijalankan,

Perlembagaan mengenakan acara kawalan tentang cara, kaedah, dan oleh siapa kuasa itu perlu dijalankan. Perkenan YDPA juga dilanjutkan kepada perkara mengenai lantikan, naik pangkat, pertukaran, gaji, cuti dan faedah lain. Oleh itu, penjawat awam menjawat jawatan dengan perkenan YDPA bukan sahaja dari segi lamanya perkhidmatan tetapi juga tempat dan masa perkhidmatannya. Prinsip asas perkhidmatan awam ialah seseorang itu menyerahkan seluruh hidup kerjanya kepada perkhidmatan awam dengan diberi emolumen sebagai balasan mengikut kadar kedudukan dan pencen pada masa umur tuanya. Penjawat awam tidak akan memperoleh kekayaan tetapi tidaklah pula akan terdedah kepada pengangguran atau risiko lain hidup komersial. 3.2 Perkara 133 Perkara 133 di dalam Perlembagaan Persekutuan pula membahaskan mengenai perkhidmatan besama. Secara keseluruhannya, perkara 133 ini

menetapkan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh menubuhkan perkhidmatan bersama am iaitu perkhidmatan yang akan digunakan bersama oleh Persekutuan dan Negeri. Jika ada permintaan dari sesebuah negeri atau beberapa buah negeri bagi menubuhkan perkhidmatan bersama am, maka Kerajaan Persekutuan boleh juga menubuhkannya. Penubuhan sama ada atas daya usaha Kerajaan Persekutuan atau asas pemerintahan negeri itu hendaklah melalui undang-undang Persekutuan iaitu melalui Akta Parlimen. Saraan penjawat perkhidmatan tersebut pula dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, atau oleh Kerajaan Negeri, atau secara berkongsi antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Kaedah kadar bayaran saraan tersebut mungkin seperti yang telah ditetapkan oleh undang-undang Persekutuan itu atau

4

seperti yang dipersetujui, atau yang ditetapkan oleh suruhanjaya, yang mempunyai bidang kuasa ke atas penjawat awam yang berkenaan. 3.3 Perkara 134 Perkara 134 pula adalah mengenai kuasa meminjamkan penjawat

Persekutuan kepada negeri dan sebaliknya atau atara negeri-negeri. Persekutuan boleh meminjamkan mana-mana anggota perkhidmatan awamnya atas permintaan kepada sesuatu negeri, pihak berkuasa tempatan, pihak berkuasa berkanun atau mana-mana organisasi dan mana-mana yang berkenaan. Peruntukan ini

membolehkan pemindahan pegawai atau penjawat awam atas dasar pinjaman, sama ada: i. ii. Dari persekutuan ke negeri, atau negeri-negeri Dari negeri ke persekutuan atau pihak berkuasa tempatan, berkanun atau mana-mana organisasi iii. Dari negeri ke negeri lain (jarang diamalkan)

Walaupun penjawat awam tersebut boleh dipinjamkan, namun segala saraan penjawat awam semasa dia dipinjamkan itu akan dibayar oleh negeri atau persekutuan yang meminjamnya. Penjawat awam yang dipinjamkan adalah berlainan daripada penjawat awam yang diwujudkan bagi perkhidmatan bersama (perkara 133). Secara perbandingan, perbezaan kedua-duanya adalah seperti di dalam jadual di bawah PERKARA 133 PENWUJUDAN PENJAWAT PERKARA 134 diambil dari

Penjawat di ambil melalui Penjawat undang-undang persekutuan

Persekutuan atau negeri mengenai melalui Suruhanjaya yg

penubuhan perkhidmatan berkenaan bersama

KEPUNYAAN

Penjawat kepunyaan

adalah Penjawat agensi atau kepunyaan

adalah kerajaan dri

5

suruhanjaya

yg mana

dia

datang. yg

ditubuhkan oleh undang- (kerajaan undang Persekutuan itu meminjamkan)

SARAAN

Mengikut

peruntukan Selama peminjaman,

tempoh saraan

undang-undang

Persekutuan atau secara penjawat itu dibayar oleh persetujuan atau oelh negeri/ persekutuan

suruhanjaya yg berkenaan

tempat dia berkhidmat

6

3.4

PERKARA 135 Perkara 135 di dalam Perlembagaan Persekutuan membincangkan mengenai

sekatan pembuangan kerja dan penurunan pangkat. Perlembagaan Persekutuan telah mengenakan kawalan yang ketat supaya tidak berlaku pembuangan kerja dan penurunan pangkat sewenang-wenangnya. Perkara 135 juga turut mengkanunkan konsep hak asasi dalam kes pembuangan kerja atau penurunan pangkat penjawat awam di dalam perkhidmatan awam termasuk pengecualian atau kelonggaran kepada kaedah pembuangan kerja dan penurunan pangkat penjawat awam. Penjawat awam seperti yang terdapat di dalam Perkara 132 tidak boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkatnya oleh pihak berkuasa yang lebih rendah pangkatnya daripada pihak berkuasa yang melantik penjawat awam tersebut. Sebagai contoh, penjawat A dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sebagai guru, maka penjawat A tidak boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh Ketua Pengarah Pendidikan kerana pangkat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan adalah lebih tinggi daripada Ketua Pengarah Pendidikan. 3.4.1 Contoh Kes Dalam kes H.A Gomez lwn Kerajaan Malaysia, G telah dilantik sebagai kakitangan sementara, memegang jawatan kerani tapak bina (sementara). Surat lantikannya menyebut bahawa kerajaan boleh menamatkan

perkhidmatannya dengan memberi sebulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai ganti notis. Surat lantikannya juga menyebut bahawa perkhidmatan G tertakluk kepada arahan kerajaan dan peraturan lain termasuk tindakan tatatertib dan juga secara jelas telah menyebut bahawa lantikan G adalah sementara. G telah ditamatkan kerja oleh kerajaan apabila projek pembinaan yang berkenaan tamat. G mendakwa kerajaan di mahkamah dengan berhujah bahawa dia telah dibuang kerja oleh kerajaan dan pembuangan kerja itu telah dibuat tanpa mematuhi kehendak perkara 135(2) iaitu G tidak diberi hak untuk didengari kesnya. Mahkamah telah memutuskan bahawa penamatan perkhidmatan G itu bukanlah dalam erti kata dibuang kerja bagi maksud perkara 135(2). Di bawah Perintah Am Bab A perenggan 2, terdapat dua jenis lantikan iaitu yang

7

kekal dan sementara. Kedua-dua jenis lantikan ini dibezakan mengikut bentuk kerja yang dilakukan. Misalnya, pemungut cukai adalah lantikan kekal kerana cukai perlu sentiasa dipungut tetapi dalam projek pembangunan misalnya membina jalan dan bangunan, jika projek itu tamat maka adalah sah untuk menamatkan perkhidmatan penjawat yang berkenaan. G di dalam kes ini dilantik ke jawatan yang bersifat sementara. Perbezaan ini perlu dibuat kerana penamatan penjawat sementara berbeza daripada penamatan panjawat awam tetap di bawah peruntukan Peraturan Pegawai Awam (kelakuan tatatertib 1993. 3.5 Perkara 136 Perkara 136 Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan mengenai layanan sama rata bagi penjawat awam persekutuan. 136: tertakluk kepada syarat pekerjaan mereka, semua orang daripada apa-apa kaum jua pun dalam tingkat yang sama dalam perkhidmatan persekutuan hendaklah diberi layanan yang sama rata. Perkara ini perlu dibaca bersama peruntukan Perkara 153 dan perkara 161A Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak termasuk merizabkan mereka sebarang jawatan dalam perkhidmatan awam selain perkhidmatan awam negeri untuk mereka. Perkara 136 sebenarnya tidak menyentuh mengenai hak istimewa atau keistimewaan perizaban jawatan dalam perkhidmatan awam untuk kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Apabila seseorang (tanpa mengira keturunan atau

bangsa/kaum) telah dilantik ke dalam mana-mana perkhidmatan awam persekutuan maka sebarang corak diskriminasi atas dasar kaum adalah dilarang dan dengan itu layanan sama rata hendaklah diberi. 4.0 Jenis Kesalahan Penjawat Awam Peruntukan tentang jenis kesalahan dan tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap penjawat awam yang melakukan kesalahan yang berkenaan, terdapat didalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang dahulunya

8

dikenali sebagai Perintah Am Bab D. Bekas Ketua hakim Negara, Tun Mohamed Suffian Hashimdalam bukunya An Introduction to the Constitutionof Malaysia, menyebut bahawa peruntukan dalam Perintah Am Bab D menghalang wujudnya perbuatan memangsakan, menentukan dan menjamin kedudukan penjawat awam dan menyukarkan tindakan mengenepikan jawatan secara sewenang-wenangnya. Jenis kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib akan dibincangkan dibawah. 4.1 Tidak Taat Setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. Saya yang menurut perintah. Kebiasaannya ayat ini akan dijumpai di akhir surat yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan. Sebenarnya, ayat ini adalah manifestasi ringkas tentang ketaatan penjawat awam terhadap YDPA, negara dan kerajaan. Segala pematuhan dalam bentuk memberi penghormatan terhadap setiap arahan dan larangan yang dikeluarkan oleh YDPA, negara dan kerajaan juga disebut sebagai ketaatan. Namun, jika penjawat awam melakukan atau melanggar arahan tidak semestinya dia tidak taat. Sebagai contoh, penjawat awam melakukan kesalahan mencuri, dia tidak boleh dinggan sebagai derhaka atau tidak taat kerana kesalahan itu suatu kesalahan yang diisytiharkan oleh undang-undang negara. Begitu juga dengan penjawat awam yang melakukan kesalahan menyanyi lucah di khalayak ramai. Apa yang ditekankan di Perintah Am ini ialah mengenai penderhakaan dan pembelotan kepada YDPA, negara dan kerajaan. Antara perbuatan yang dianggap bermotif derhaka dan belot kepada YDPA adalah seperti berikut: i. Berperang atau cuba berperang dan bersubahatuntuk melawan YDPA, Raja atau YDPN (seksyen 121 kanun keseksaan) ii. Merancang, mengada-adakan atau berusaha memecat atau

melucutkan jawatan YDPA daripada pertuanan persekutuan (seksyen 121B kanun keseksaan) iii. Mengumpul orang, senjata atau peluru sebagai persiapan berperang melawan YDPA (seksyen 122 kanun keseksaan) iv. Menyiarkan, menyampaikan, atau merakam kod, isyarat timbal, atau apa-apa surat rasmi bagi tujuan negara asing yang boleh

memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia (seksyen 3(c)) Akta Rahsia Rasmi.

9

v.

Tidak berdiri semasa lagu negaraku dimainkan atau dinyanyikan kecuali dimainkan dalam penyiaran filem dan berita malah menyanyi lagu patriotik negara musuh maka perbuatan ini turut dianggap belot dan derhaka (seksyen akta lagu kebangsaan 1968.)

4.2

Yang Tidak Boleh Dilakukan oleh Penjawat Awam. Seseorang penjawat awam tidak boleh : a) Membelakangkan tugas awam kerana kepentingan persendirian b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan bercanggahnya kepentingan persendirian dengan tugas awamnya, c) Berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah iaitu: a. Membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awam yang boleh menjejaskan perkhidmatannya sebagai penjawat awam. b. Penjawat awam itu telah menggunakan kedudukan rasmi

jawatannya untuk faedah persendirian. Prinsip asas pekerjaan dalam perkhidmatan awam ialah setiap penjawat hendaklah menyerahkan seluruh hidup kerjanya kepada perkhidmatan awam. Dalam apa cara atau situasi sekalipun, penjawat awam tidak boleh mengambil kesempatan daripada kerja dan tugasnya untuk kepentingan diri sama ada kepentingan kewangan atau bukan kewangan. Jika wujud pertelingkahan kepentingan antara kepentingan sendiri dengan kepentingan jabatan atau awam, maka kepentingan jabatan hendaklah diutamakan sepenuhnya. Mengabaikan kepentingan awam adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 4(2). Contoh pertelingkahan adalah seperti berikut: i. Penjawat awam A telah menguruskan perniagaannya di Kuala Lipis, semasa A menjalankan kerja jabatannya di Kuala Lipis yang juga membabitkan urusan hal ehwal perniagaan. j. Ahmad mengutamakan perlulusan lesen dan tender kepada sahabatnya, ahli keluarga dan syarikatnya sahaja daripada permohonan yang ada.

10

k. Siti telah tidak mengambil tindakan terhadap tuan-tuan punya kenderaan yang melakukan kesalahan kerana Siti rapat dengan mereka dan kadangkala menerima habuan daripada mereka. l. Menguruskan hal ehwal keluarga dan diri sendiri semasa menjalankan tugas pejabat.

4.3

Menjatuhkan Nama Baik Perkhidmatan Awam Peruntukan ini menetapkan bahawa penjawat awam tidak boleh berkelakuan

yang boleh menjejaskan nama baik atau mencemarkan nama perkhidmatan awam. Sebagai contoh, penjawat awam yang memegang jawatan pengawal keselamatan telah ponteng tugas, pegawai polis berjudi, pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan menjalankan perniagaan teksi sapu atau guru lelaki yang berkelakuan tidak sopan terhadap pelajar perempuannya dan sebagainya lagi. Dalam kes Heng Kai Kok lwn Peguam Negara Singapura, seorang pegawai polis telah bersetuju untuk bersetubuh dengan seorang pelacur dan menerima rasuah bagi membebaskan seorang tahanan dan perbuatan pegawai polis tersebut dianggap menjatuhkan reputasi pasukan polis. Dalam kes Augustine lwn

Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu pula, seorang pegawai polis memiliki candu untuk diedarkan. 4.4 Kurang Kecekapan dan Usaha Peraturan 2(e) menetapkan penjawat awam tidak boleh bersifat kurang kecekapan dan kurang berusaha. Buku Panduan bagi kawalan tatatertib dalam Perkhidmatan Awam mentakrif kecekapan dan tidak berusaha ialah: Ketidakcekapan bermakna ketidakupayaan seseorang pegawai itu

menjalankan tugasnya, sungguhpun dia boleh menjadi rajin dan jujur dalam kerja dan kelakuannya.... oleh itu ketidakcekapan adalah disebabkan oleh kelemahan peribadi yang mengurangkan perjalanan kerja dari segi mutu dan kuantiti. Contoh kelemahan peribadi ini adalah termasuk lalai, melengah-lengahkan, lemah berfikir dan cenderung mengikut nafsu yang berlebihan. Seorang pegawai dianggap kurang rajin atau kurang daya usaha apabila dia tidak membuat apa yang dikehendaki dibuatnya dan tidak tahu bagaimana membuatnya. Hasil kedua-dua jenis kesalahan ini, iaitu

11

ketidakcekapan dan tidak rajin adalah sama: kerja yang dibuat kurang bermutu dan kurang dari segi kuantiti. 4.5 Bertindak Tidak Jujur atau Tidak Amanah Menurut Kamus Dwibahasa, tidak jujur ditakrifkan sebagai tidak lurus atau tidak ikhlas dan merujuk kepada perbuatan atau sifat yang suka menipu. Penjawat awam boleh dianggap tidak jujur jika apa yang dilakukannya adalah bagi mendapat faedah untuk dirinya, walaupun dia mengetahui yang perbuatan itu salah dari segi tatacara jabatan atau undang-undang. Penjawat awam yang membuat tuntutan palsu bagi perjalanan yang tidak dilakukannya atau menuntut sewa hotel palsu adalah contoh yang boleh dikatakan bertindak secara tidak jujur. Contoh lain ialah, Linggam seorang pegawai kaji bumi telah mendapat tahu daripada hasil kajiannya bahawa terdapat emas yang banyak di kawasan tanah milik Raju. Linggam kemudiannya menyuruh atau memujuk Raju supaya menjualkan tanah itu kepadanya dengan harapan apabila kerajaan mengambil balik tanah itu maka Linggam akan mendapat harga yang tinggi. Dalam kes ini Linggam boleh dikatakan telah bertindak tidak jujur. Banyak lagi kesalahan tidak jujur dan tidak amanah yang dilakukan oleh penjawat awam hari ini tidak kira kecil atau besar. 4.6 Tidak Bertanggungjawab Peraturan 4(2)(g) telah menetapkan bahawa penjawat awam tidak boleh berkelakuan tidak bertanggungjawab. Kamus An English Readers Dictionary

mentakrifkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu sebagai perbuatan yang dilakukan tanpa berhati-hati. Contoh yang paling mudah adalah apabila penjawat awam berjawatan pemandu yang tidak mempedulikan jalan rosak. Dia memandu dengan cara yang boleh merosakkan kenderaan kerajaan itu dengan sengaja. Dengan itu, dia telah dianggap melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Kelakuan tidak bertanggungjawab ini juga termasuklah bersifat tidak rajin dan cuai dalam melakukan tugas. Contoh kes: V.C Jacob lwn Peguam Negara Singapura: seorang inspektor kesihatan kanan telah dibuang kerja kerana gagal menyelia kerja kakitangan bawahannya dan tidak memberitahu ketuanya bahawa

12

ada beberapa kakitangan bawahannya yang tidak datang bertugas. 4.7 Ingkar Perintah Sebagai seorang penjawat awam, perbuatan ingkar perintah atau berkelakuan apa cara yang boleh dianggap atau ditagsir dengan munasabah sebagai ingkar perintah adalah tidak dibenarkan. Dalam kes Pepper lwn Webb, mahkamah ada menyebut, seseorang dianggap ingkar perintah jika keingkaran itu dibuat secara sengaja atas sebarang arahan yang sah dan munasabah. Ingkar perintah juga boleh dijadikan alasan untuk dibuang kerja kerana pekerja itu telah melanggar kontrak perkhidmatannya jika dia sengaja mengingkari arahan atau perintah yang sah dan munasabah yang dikeluarkan kepadanya oleh majikan. Dalam kes Conell lwn Giborne Times Co. Ltd mahkamah menyebut bahawa jika keingkaran itu secara sengaja dan berterusan oleh seorang pekerja, maka pekerja itu boleh dibuang kerja. Seperti mana yang termaktub di dalam konsep umum undang-undang pekerjaan ialah, pekerja hendaklah sentiasa bersedia berkhidmat dan patuh kepada segala arahan yang sah dan munasabah. Setiap pekerja perlulah patuh kepada semua arahan majikan yang sah dan munasabah. Arahan yang sah ialah arahan yang tidak melibatkan risiko yang berbahaya dan arahan itu tidak menyalahi undangundangdan juga orang atau majikan yang membuat arahan itu mempunyai bidang kuasa mengenai arahan yang dikeluarkannya. Jika seorang ketua jabatan yang beragama islam menyuruh seorang setiausaha membelikan nasi bungkus untuk makan tengahari pada bulan puasa maka arahan itu tidak sah. Dan jika setiausaha itu menolak arahan tersebut, dia tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah. Arahan yang munasabah pula ialah arahan yang ada kaitan atau hubungan antara pekerja dan pekerjaannya. Jika seorang pegawai mengarahkan seorang pelayan pejabat membuang sampah dari biliknya, maka rahan itu munasabah. Jika seorang pegawai kanan kastam telah mengarahkan pegawai-pegawai bawahannya mengejar bot yang disyaki bot penyeludup maka arahan itu munasabah tetapi jika seorang ketua pejabat mengarahkan setiausahanya mencuci tandas setiap pagi sebagai sebahagian kerja harian, maka arahan itu tidak munasabah. Begitu juga dengan seorang pegawai mengarahkan keraninya membelikan makanan anjing dan

13

mengarahkan kerani itu menghantar kerumahnya, maka arahan itu juga tidak munasabah. 4.8 Mempengaruhi atau menggunakan pengaruh untuk kepentingan diri. Penjawat awam tidak boleh membawa atau mencuba apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan sesuatu tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu merupakan tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota perkhidmatan awam yang lain. Sebagai contoh, penjawat awam A yang ditempatkan di satu tempat kerja diluar bandar telah menggunakan pengaruh dan tekanan seorang yang berpengaruh dalam politik untuk membolehkan dia ditempatkan di satu tempat kerja di bandar yang berhampiran rumahnya. Dengan ini A boleh dianggap telah menggunakan pengaruh dan tekanan luar untuk menyokong tuntutannya. 5.0 Jenis Tindakan Tatatertib Yang Boleh Dikenakan Terhadap Penjawat Awam Yang Melakukan Kesalahan Tatatertib Dalam Perintah Am 36, Bab D, ada menyatakan jenis tindakan tatatertib seperti amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat dan buang kerja yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib. Salah satu hukuman yang berkenaan atau kombinasi dua atau lebih hukuman yang berkenaan boleh dikenakan oleh pihak berkuasa tatatertib. Terdapat dua perintah yang menyenaraikan jenis hukuman iaitu Perintah Am 36, Bab D 1980 dan Perintah Am 42, Bab D 1968. Namun begitu, kedua-dua perintah ini mempunyai sedikit perbezaan. Ia dapat dilihat bagi hukuman turun gaji tidak disenaraikan dalam Perintah Am 42, Bab D 1968, manakala bagi tindakan tahan kenaikan gaji dan menamatkan perkhidmatan tidak disenaraikan dalam Perintah Am 36, Bab D 1980. Setiap jenis tindakan tatatertib yang digariskan dalam Perintah Am 36, Bab D 1980 mempunyai huraian dan intipatinya tersendiri. Tindakan yang pertama ialah amaran (warning). Dalam Perintah Am Bab D tiada bahagian lain yang menghuraikan berkenaan amaran sama ada berkaitan dengan cara tindakan amaran atau setakat mana hukuman tersebut dikenakan. Meskipun begitu, dalam Perintah Am 43, Bab D 1968 ada dinyata dan dihuraikan berkenaan hukuman amaran tersebut. Dalam Perintah Am 43, Bab D 1968 ada diperuntukkan berkenaan sekiranya seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib

14

berkaitan dengan kerja atau kelakuan yang tidak memuaskan di bawah Perintah Am 36 dan dia tidak mampu membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah, maka hukuman amaran atau celaan boleh dijatuhkan oleh pihak berkuasa tatatertib ke atas tertuduh mengikut aspek yang sewajarnya. Seterusnya, hukuman berkenaan mestilah direkodkan secara bertulis dan simpanan rekod rasmi berkaitan kejadian juga perlu disediakan. Denda (fine) adalah sebarang hukuman dalam bentuk wang yang dikenakan kerana sesuatu kesalahan yang dilakukan (Mozley and Whiteleys Law Dictionary dalam Abdul Aziz Hussin, 2002). Denda juga boleh didefinisikan sebagai hukuman dalam bentuk wang yang dikenakan atas kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh seseorang penjawat awam. Oleh itu, denda tidak boleh dikenakan dengan cara menyuruh berlari mengelilingi pejabat, melarang keluar makan tengahari dan menghalang bercakap dengan sesiapa sepanjang waktu kerja. Antara kesalahan yang boleh dikenakan denda adalah : ...tidak hadir bekerja tanpa cuti pada kali pertama dan kedua dan bagi tempoh yang tidak panjang, kelalaian menjalankan tugas seperti tidak mengunci peti besi dan stor apabila meninggalkan pejabat (dengan syarat kehilangan harta kerajaan belum terjadi lagi) dan tidak membersihkan serta menggantikan isian dalam beberapa alat pemadam api, walaupun telah diberi amaran dan celaan sebelum ini. Penjawat awam yang bersalah boleh menyelesaikan denda dengan menyerahkan wang tunai atau melalui potongan gaji atau melalui ganjaran pencen bagi yang hampir bersara. Jumlah wang denda yang dikenakan adalah tidak melebihi jumlah tiga hari gaji pokok penjawat awam berkenaan bagi setiap kali hukuman kesalahan sepertimana yang termaktub dalam Perintah Am 37 (a) Bab D. Manakala bagi penjawat awam yang telah didenda melebihi sekali dalam sebulan kalendar, maka jumlah denda mestilah tidak melebihi daripada 15 % gaji pokok. Menurut Abdul Aziz Hussin (2002), emolumen ialah segala sasaran kewangan penjawat awam yang berkenaan, tidak termasuk sebarang elaun (seperti elaun khidmat awam, elaun memangku, elaun tanggung kerja, elaun pemandu, dan lain-lain). Tindakan tatatertib seterusnya ialah lucuthak emolumen (forfeiture of emoluments). Kebiasaannya, lucuthak emolumen dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas. Tidak bekerja maka gaji tidak dibayar atau tiada kerja tiada gaji, itulah konsep asas lucuthak gaji. Hukuman lucuthak gaji boleh berlaku dalam dua jenis keadaan, iaitu terhadap penjawat

15

awam yang tidak hadir bertugas tanpa cuti, atau tanpa kebenaran, atau tanpa sebab yang munasabah dan terhadap penjawat awam yang digantung kerja kerana kes jenayah dan akhirnya dia dibuang kerja mengikut Perintah Am 37 (b), Bab D. Perbezaan antara denda dan lucuthak emolumen ialah hukuman lucuthak gaji tidak mempunyai atau tertakluk kepada sebarang had maksimum seperti yang ditentukan dalam hukuman denda. Ada kemungkinan, hukuman lucuthak gaji hanya setengah gaji hari penjawat awam. Tempoh hari penjawat awam tidak hadir bekerja sama ada tidak hadir bekerja tanpa cuti atau tanpa kebenaran yang sah atau tanpa sebarang sebab yang munasabah perlu diambilkira dalam jumlah gaji yang dilucuthak. Contohnya, sekiranya seseorang penjawat awam tidak hadir bekerja selama setengah hari, maka gajinya dipotong separuh hari dan jika tidak hadir bekerja selama enam hari, maka gaji yang dipotong ialah bagi jumlah enam hari gajinya. Namun begitu, langkah lain boleh diputuskan oleh pihak berkuasa tatatertib selain daripada langkah yang dinyatakan. Seseorang penjawat awam yang tidak hadir bekerja tanpa sebarang alasan yang kukuh tidak layak mendapat sebarang gaji atau emolumen bagi tempoh tersebut seperti mana prinsip tiada kerja tiada gaji yang juga dinyatakan dalam Perintah Am 14 (A), Bab C 1974. Suatu perakuan mengenai ketidakhadiran penjawat awam tersebut kepada pihak berkuasa yang membayar gaji dan emolumen mestilah dibuat oleh Ketua Jabatan bagi melancarkan pemotongan gaji dan emolumen bagi tempoh tersebut dilakukan dan tindakan ini hanya satu syarat yang perlu dipatuhi, tidak termasuk dalam tindakan tatatertib. Seterusnya ialah tangguh pergerakan gaji (deferment of salary movement). Menunda atau memindahkan tarikh kenaikan gaji penjawat awam yang berkenaan ke suatu tarikh yang lain pada masa hadapan merupakan definisi bagi hukuman tatatertib tangguh pergerakan gaji. Ia boleh dilaksanakan bagi tempoh 3, 6, 9, 12 bulan atau lebih mengikut budi bicara yang diberikan dan pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji penjawat awam berkenaan. Justeru itu, dalam tempoh dan sepanjang hukuman berkuatkuasa, penjawat awam tersebut tidak layak menerima sebarang pergerakan gaji. Terdapat keadaan yang menangguh pergerakan gaji kerana tidak dapat disahkan dalam jawatan atau tidak lulus peperiksaan yang disyaratkan. Namun begitu, dalam dua keadaan ini bukanlah termasuk dalam tindakan tatatertib, tetapi berlandaskan kepada pemenuhan syarat perkhidmatan sahaja seperti yang termaktub dalam Perintah Am 47, Bab A 1973.

16

Hukuman turun gaji (reduction of salary) Perintah Am 42, Bab D bererti gaji penjawat awam yang terlibat dikurangkan tidak melebihi tiga pergerakan gaji berdasarkan segmen gaji dan kadar peningkatan gaji. Tempoh hukuman yang dikenakan mestilah tidak melebihi 3 tahun dan tidak kurang daripada setahun pada tarikh hukuman dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib. Dalam tempoh hukuman juga, penjawat awam yang bersalah tidak layak menerima sebarang pergerakan gaji dan pergerakan gaji akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman ditamatkan. Jenis tindakan tatatertib yang keenam ialah turun pangkat (reduction in rank). Turun pangkat bererti gred penjawat awam diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. Gaji pengawai ditetapkan pada satu mata gaji dalam jadual gaji bagi gred yang dikurangkan itu supaya lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir sebelum hukuman (Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993). Lazimnya, penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib yang pada awalnya wajar dibuang kerja, akan tetapi atas faktor hukuman di ringankan, maka hukuman tatatertib turun pangkat hanya dikenakan. Selain itu, penjawat awam yang difikirkan tidak sesuai dan tidak berkelayakan lagi untuk terus menyandang jawatan sekarang atas faktor-faktor tertentu seperti kualiti kerja merosot, sifat peribadi, tahap kesihatan yang kritikal kerana kesalahan sendiri (contohnya menghidap AIDS) dan lain-lain boleh disyorkan hukuman turun pangkat. Hukuman tatatertib buang kerja (dismissal) merupakan hukuman dan langkah terakhir bagi penjawat awam yang melakukan sebarang kesalahan tatatertib yang tidak boleh dibicarakan dengan hukuman lain. Ia bererti penjawat awam tersebut akan ditamatkan perkhidmatannya. Antara beberapa kesalahan tatatertib yang amat berat dan hukuman tatatertib buang kerja sewajarnya dikenakan ialah : Perbuatan dengan sengaja tidak taat setia kepada negara dan perkhidmatan awam, termasuk menjadi pembelot, terlalu membelakangkan kewajipan awam, ingkar perintah dan menghalang tugas termasuk penentangan tugas secara nyata, tidak hadir kerja, misalnya tujuh hari berturut-turut, sabitan di mahkamah jenayah atas perbuatan jenayah yang berat, misalnya rasuah, pecah amanah, merompak, merogol, dan yang seumpamanya, dan memecahkan rahsia kerajaan dan negara kepada negara musuh. (Abdul Aziz Hussin, 2002) Kesimpulannya, menurut Utusan Malaysia yang bertarikh 1 Julai 2011, kesalahan tatatertib yang serius dalam kalangan penjawat awam ialah kes tidak hadir tanpa cuti. Setiap

17

hukuman tatatertib yang dibincangkan di atas mempunyai pelaksanaan dan implikasinya yang tersendiri. Namun begitu, sebahagian besar jenis hukuman tatatertib tidak menjelaskan jenis kesalahan tatatertib yang boleh dikaitkan dengannya. 6.0 Pakaian Tertib/ Etiket Pakaian Antara aspek yang ditekankan oleh kerajaan terhadap penjawat awam dan penjawat badan-badan berkanun adalah mengenai pakaian dan juga aspek penyalahgunaan atau penagihan dadah. Kertas ini membincangkan dua perkara berkenaan. Ia dibincangkan disini kerana ia merupakan perkara baru yang diperuntukkan secara nyata didalan Peraturanperaturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (selepas ini akan disebut juga PPA 1993)(bagi pegawai awam) dan juga didalam Peraturan-peraturan Tatatertib Badanbadan Berkanun 2000 (yakni Jadual Kedua kepada Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 (selepas ini akan disebut juga PTB 2000(bagi pegawai-pegawai badanbadan berkanun). Salah satu peraturan baru yang diperkenalkan dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun 2000 ialah masing-masing Peraturan 6 dan Peraturan 5, iaitu mengenai etiket pakaian semasa bertugas dan untuk urusan rasmi. Peraturan 6 PPA 1993 dan Peraturan 5 PTB 2000, iaitu mengenai peraturan/etiket berpakaian terbahagi kepada dua, iaitu mengenai pakaian harian semasa bertugas. Dibawah Peraturan 6(1) PPA 1993 dan Peraturan 5 (1) PTB 2000, pakaian penjawat awam/badan berkanun adalah sebagaimana mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/ Lembaga badan berkanun dari semasa ke semasa, mengikut mana yang berkenaan, dan peraturan mengenai pakaian semasa menghadiri upacara rasmi. Dibawah Peraturan 6(2) PPA 1993 dan 5(2) PTB 2000, penjawat awam atau badan berkanun, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah berpakaian sebagaimana ditentukan bagi upacara tersebut dan jika tiada arahan sedemikian, maka dia hendaklah berpakaian yang sesuai dengan upacara tersebut. Mengenai Peraturan 6(1), PPA 1993 dan Peraturan 5(1) PTB 2000, ianya sendiri bukanlah membuat apa-apa arahan mengenai pakaian apa yang boleh dan tidak boleh dipakai oleh penjawat awam semasa bertugas harian mereka. Peraturan 6(1) PPA 1993 dan Peraturan 5(1) PTB 2000 ini perlu dibaca bersama-sama dengan apa-apa arahan berkaitan berpakaian, yang akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Lembaga badan berkanun berkenaan, mengikut mana yang berkenaan, dari semasa ke

18

semasa. Dengan itu Peraturan 6(1) PPA 1993 dan Peraturan 5(1) PTB 2000 juga mengesahkan kehadiran apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam/Lembaga badan berkanun (berkaitan berpakaian harian) ke dalam peraturan-peraturan tatatertib. Namun jika Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Lembaga badan berkanun (mengikut mana yang berkenaan) mengeluarkan arahan sedemikian (dalam bentuk Pekeliling atau Surat Pekeliling misalnya), adakah penjawat awam atau penjawat badan berkanun berkenaan dengan sendirinya tahu, atau diandaikan tahu, dan dengan itu terus berkuatkuasa terhadap penjawat awam atau badan berkanun berkenaan? Jawapannya Tidak, penjawat awam atau penjawat badan berkanun berkenaan setiap daripada mereka perlu diberitahu secara khusus"kehadiran arahan sedemikian, misalnya mengedarkan arahan itu untuk dibaca dan difahami oleh setiap mereka (dan mereka mengesahkan membaca dan memahaminya dengan menurunkan tandatangan pada edaran itu). Penulis menekankan hal ini kerana nampaknya cara inilah yang telah diiktiraf dan disahkan oleh mahkamah didalam kes Halimatussaadiah lwn. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia dan seorang lagi. Bagi maksud Peraturan 6, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sememangnya sebelum peraturan itu berkuatkuasa telahpun mengeluarkan Pekeliling berkaitan berpakaian ini. Pekeliling yang dimaksudkan ialah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985. Pekeliling ini juga telah dipanjangkan pemakaiannya kepada penjawat badan berkanun. Dibawah ini diperturunkan sebahagian kandungan Pekeliling berkenaan yang relevan dengan perbincangan disini:

19

PAKAIAN-PAKAIAN YANG DITETAPKAN PADA MASA BEKERJA 2.1 Pakaian Lelaki 2.1.1 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan A dan B,lounge suit atau bush-jacket dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. 2.1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D, seluar panjang beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. 2.1.3 Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang; pakaian Melayu dengan kain sarung tidak dibenarkan. 2.1.4 Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, pegawai-pegawai awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang dipakai itu adalah buatan Malaysia. 2.1.5 Jeans atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja. 2.1.6 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping. 2.1.7 Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.2

Pakaian Wanita 2.2.1. Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. Jeans, slacks seluar pendek dan apaapa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja. 2.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.3

Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita) 2.3.1 Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya.

2.4

Pakaian batik (Lelaki dan Wanita) 2.4.1 Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negara atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika

20

dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam adalah juga digalakkan memakai batik buatan Malaysia jika keadaan membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negara dengan anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing. 2.4.2 Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia. 2.5 Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita) 2.5.1 Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing. 2.6 Pakaian Yang Menjolok Mata (Lelaki dan Wanita) 2.6.1 Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata. 3. 3.1 PAKAIAN-PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI RASMI Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki 3.1.1. Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA. SULIT, 2578/Pt.1 35 bertarikh 8hb. Jun 1970 di Lampiran A mengenai Pakaian Seragam PegawaiPegawai Tadbir dan Professional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam atau pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai uniform, maka lounge suit bolehlah dipakai kecuali jika peraturan pakaian khas ditetapkan. 3.2 Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki) 3.2.1 Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain, seperti menghadiri upcara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan (national), di mana tidak ada perwakilan daripada luar negara, maka pakaian waktu bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan di dalam pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa (International), maka pakaian lounge suit hendaklah dipakai. UPACARA-UPACARA

21

Jika kita perhatikan peruntukan di dalam Pekeliling berkenaan, nampaknya ia mengandungi tiga bentuk arahan iaitu arahan mengenai jenis pakaian dan cara berpakaian yang mesti dipakai pada masa atau tempat tertentu, arahan yang berbentuk memberi budibicara untuk penjawat awam memakainya atau tidak (misalnya baju batik dibawah perenggan 2.1.4 Pekeliling); dan larangan memakai jenis-jenis pakaian tertentu, ataupun jenis pakaian pada tempat-tempat atau upacara tertentu (misalnya larangan memakai pakaian menutup muka dibawah perenggan 2.2.1 Pekeliling dan pakaian yang menjolok mata dibawah perenggan 2.6.1 Pekeliling) Mengenai larangan berpakaian menutup muka pada masa bekerja, ia pernah berbangkit didalam kes Halimatussaadiah lwn. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia dan seorang lagi. Didalam kes ini, seorang penjawat awam wanita senantiasa memakai purdah (iaitu penutup muka, selain daripada telekung labuh, yang menutup seluruh muka kecuali sedikit diruang mata), semasa waktu beliau bekerja (yakni waktu kerja). Beliau telah ditunjukkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 itu, dan dinasihatkan oleh ketua jabatannya (dan juga oleh seorang pakar agama Islam) untuk menanggalkan purdah itu, tetapi beliau enggan. Kemudiannya beliau diberi Surat Tunjuk Sebab Dengan Tujuan Buang Kerja atas perbuatannya itu. Akhirnya beliau dibuang kerja berkaitan pelanggaran larangan berpakaian menutup muka itu. Mahkamah memutuskan bahawa tidak salah bagi Kerajaan (yakni Perkhidmatan Awam) membuat apa-apa peraturan atau syarat mengenai cara berpakaian (yang harus, diarah atau dilarang dipakai) penjawat awam semasa bekerja demi tatatertib perkhidmatan asalkan arahan atau syarat itu tidak berlawanan dengan ketenteraman awam, akhlak atau kesihatan. Dengan itu Mahkamah memutuskan

pembuangan kerja itu sah atas keengkaran penjawat awam berkenaan mematuhi peraturan atau syarat berpakaian semasa bekerja. Adalah jelas bahawa kerajaan begitu perihatin dan amat menekankan soal etiket pakaian penjawat awam atau penjawat badan berkanun. Selain daripada itu, masaalah penyalahgunaan dadah yang turut juga menyerang penjawat awam atau penjawat badan berkanun turut dipandang serius oleh kerajaan. Ini menjadikan dua perkara tersebut didokumenkan didalam Peraturan Tatatertib. Amat jelas tujuan ianya diwujudkan, iaitu kearah menjadikan perkhidmatan awam/badan berkanun disegani, berwibawa dan melaksanakan tugas dengan baik. Kita semua, samaada dikalangan penjawat awam sendiri

22

atau penjawat badan berkanun, dan juga orang awam, perlu sama-sama menyokong pemakaian peraturan-peraturan berkenaan dan menghayati maksud atau tujuannya. 7.0 Penamatan Perkhidmatan Terdapat enam jenis penamatan perkhidmatan awam iaitu penamatan perkhidmatan awam dengan notis, penamatan perkhidmatan atas sebab kesihatan, penamatan perkhidmatan kerana tidak memenuhi syarat perkhidmatan, penamatan perkhidmatan seperti syarat kontrak perkhidmatan, penamatan perkhidmatan demi kepentingan

perkhidmatan awam dan penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam. Berikut merupakan penjelasan jenis penamatan perkhidmatan yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia. a) Penamatan dengan notis.

Penamatan perkhidmatan dengan notis bermakna pihak yang ingin menamatkan perkhidmatan akan memberitahu secara bertulis niatnya itu kepada pihak yang satu lagi. Maka terdapat dua pihak yang terlibat dalam penamatan dengan notis iaitu i. ii. 7.1 Penamatan dengan notis oleh pihak kerajaan Penamatan dengan notis oleh pihak penjawat awam

Penamatan Dengan Notis Oleh Pihak Kerajaan Mengikut perintah Am 60, Bab A, kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan

penjawat awam yang belum lagi diletakkan ke taraf jawatan berpencen dengan member notis yang sesuai dengan syarat perlantikannya. Ini bermakna penjawat awam yang telah diletakkan ke jawatan berpencen tidak boleh ditamatkan dengan menggunalan Perintah Am 60, Bab A. Awalaupun diperuntukkan bahawa kerajaan boleh memberhentikan penjawat awam yang belum diletakkan ke jawatan berpencen dengan member notis dalam tempoh yang sesuai, tertakluk kepada syarat lantikan tetapi umumnya syarat lantikan (yang dibuat seragam) telah menetapkan tempoh notis iaitu tiga bulan. Bagi penamatan perkhidamtan penjawat awam berjawatan sementara dan penjawat awam kontrak (yang akan ditamatkan perkhidmatannya sebelum tamat tempoh kontraknya) adalah mengikut kaedah lamanya seseorang itu berkhidmat, seperti yang berikut :

23

Lama Berkhidmat Satu Bulan Kurang Daripada Satu Tahun Tiga Bulan Lebih Daripada Satu Tahun Tanpa Mengira Lamanya

Tempoh Notis

Dengan Membayar Sebulan Gaji Sebagai Ganti Notis

7.2

Penamatan oleh Pihak Penjawat Awam Perintah Am 61 (i), (ii) Bab A memperuntukkan seseorang penjawat awam yang ingin

meletak jawatan juga boleh melakukannya dengan kaedah yang berikut : Status Penjawat Awam Yang Disahkan Jawatan Satu Bulan Notis Yang Belum Disahkan Jawatan (Dalam Percubaan) Atau Sementara Membayar Sebulan Gaji Sebagai Ganti Notis Tanpa Mengira Status Mengikut Perintah Am 62, Bab A pula penjawat awam yang ada ikatan (misalnya perlu berkhidmat untuk beberapa tahun yang ditentukan atau mempunyai ikatan hutang yang belum selesai dengan kerajaan) hendaklah menyelesaikan ikatan yang berkenaan sebelum notis di bawah Perintah Am 61, bab A boleh diluluskan kecuali ada pengecualian diberikan oleh kerajaan. Walau apa sekalipun boleh membenarkan tempoh notis seperti yang dibincangkan di atas ini, dipendekkan dalam keadaan tertentu (Perintah Am63, Bab A). b) Penamatan perkhidmatan atas sebab Kesihatan Perintah Am 19 dan 20, Bab F Tahun 1974 yang dibaca sekali dengan perintah Am Bab C adalah berkaitan dengan tajuk ini. kuasa menamatkan perkhidmatan atas sebab kesiahatan diperuntukkan dalam Seksyen 10(5) (a), Akta Pencen 1980. Mengikut Seksyen tersebut kerajaan boleh menghendaki mana-mana penjawat awam bersara daripada perkhidmatan awam apabila kerajaan berpuas hati dengan laporan perubatan penjawat awam yang berkenaan bahawa dia tidak berupaya melaksanakan tugas awamnya atas sebab kemerosotan fikiran dan tubuh badannya yang kekal. Perintah Am 19, Bab F Tahun 1974, memperuntukkan seperti yang berikut : Tempoh Notis Tiga Bulan Notis

24

19. Bersesuaian dengan peruntukkan dalam Perintah Am Bab C dan dalam bab ini, Lembaga Perubatan boleh dipanggil : i. Apabila pegawai didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti sakit biasanya. ii. Apabila pegawai perubatan berpendapatan bahawa tiada harapan bagi pegawai menjadi sihat untuk bertugas iii. Apabila pada tiap-tiap tahun dalam masa tiga tahun berturut-turut, pegawai itu telah bercuti sakit sebanyak 45 hari atau lebih. iv. v. vi. Apabila kesiuman otak atau kesihatan badan pegawai diragukan. Apabila pegawai disahkan menghidap penyakit tibi, kusta, atau barah. Apabila pegawai atau keluarganya perlu diperiksa untuk mendapatkan rawatan di luar negeri kerana tiada rawatan sedemikian di negeri ini.

Bagi tujuan perbincangan, peruntukkan Perintah Am 19 (vii) Bab F, tidak berkaitan). Jika laporan Lembaga Perubatan mengesahkan penjawat awam itu menghidap sesuatu penyakit yang kekal atau tidak sihat untuk selama-lamanya dan tidak layak untuk terus berkhidmat, maka penjawat awam yang berkenaan akan ditamatkan pperkhidmatannya. Mengikut Seksyen 8 (b) dan Seksyen 17, Akta Pencen 1980 (Akta 227/1980) seseorang penjawat awam yang bertaraf tetap yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun yang ditamatkan perkhidmatannya atas sebab kesihatan, layak diberi pencen. c) Penamatan Perkhidmatan keran Tidak Memenuhi Syarat Perkhidmatan. Sudah menjadi prisip umu yang diluluskan bahawa dalam setiap kontrak (termasuk kontrak perkhidmatan), pihak yang menerima dikehendaki menerima syarat yang ditentukan oleh pihakpencadang, tanpa mengenakan apa-apa syarat balas. Begitulah juga dalam kontrak perkhidmatan antara kerajaan dengan penjawat awamnya. Kerajaan telah menegenakan syarat antara lain : i. ii. Hendaklah mempunyai kelayakan akademik yang tertentu; Tidak menghidap penyakit yang berat (seperti tibi, kustsa, AIDS) atau menagih dadah atau tidak pernah disabitkan dalam kes jenayah. iii. Hendaklah lulus apa-apa peperiksaan yang diperlukan bagi perkhidmatan yang berkenaan.

25

Seseorang penerima tawaran (seperti penjawat awam) yang menyembunyikan fakta dan butiran tentang keperluan penting kontrak perkhidmatan, umpamanya seperti (i), (ii) dan (iii) di atas, akan menyebabkan kontrak perkhidmatan itu boleh dibatalakan atas opsyen pihak yang satu lagi (iaitu kerajaan). Prinsip inilah yang digunakan dalam perintah Am 57, 58, dan 59, Bab A tahun 1973 dalam menamatkan perkhidmatan penjawatnya yang tidak memenuhi syarat penting perkhidmatannya. d) Penamatan perkhidmatan seperti Syarat Kontrak Kerja Perbincangan tentang hal ini dirasakan lebih mudah jika terlebih dahulu dirujuk kepada kea H.A Gomez lwn kerajaan Malaysia. Dalam kes ini G telah dilantik sebagai telah dengan jelas menyebut bahawa lantikan G adalah sementara. Setelah tamatnya projek pembinaan itu, perkhidmatan G telah ditamatnya. Hakim harun ada menybut bahawa terdapat dua jenis lantikan iaitu yang kekal dan yang sementara. Kedua-dua jenis lantikan ini dibezakan berdasarkan bentuk kerja yang dilakukan. Contohnya lantikan seseorang bagi sesuatu tertentu sahaja misalnya membina jalan dan bangunan, adalah dianggap sementara, iaitu jika projek tersebut tamat maka adalah adalah sah perkhidmatan penjawat awam yang berkenaan ditamatkan. Oleh itu penamatan perkhidmatan G adalah sah. Bentuk perkhidmatan G adalah contoh penamatan perkhidmatan seperti syarat kontrak kerjanya Sebagai perbincangan tambahan, perlulah juga disebutkan bahawa mengikut Perintah Am Bab A Tahun 1973 penjawat awam dalam kontrak boleh menyambung kontrak kerjanya dengan memberitahu niatnya untuk menyambung kerja kepada Ketua Jabatannya enam bulan sebelum tamat kontraknya itu. Terpulangkan kepada budi bicara pihak pihak kerajaan sama ada untuk menyambung kontrak tersebut ataupun tidak, bergantung kepada keperluan semasa dan tertakluk kepada apa-apa syarat kontrak yang baru jika ada. e) Penamatan Perkhidamatan demi kepentingan Perkhidmatan Awam. Mengikut seksyen 11 (b) Akta Penncen 1980 kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan perkhidmatan penjawat awam yang berkenaan dengan persetujuan penjawat awam berkenaan, pada bila-bila masa umurnya atas alas an demi kepentingann perkhidmatan awam. Penjawat awam yang berkenaan bermaksud penjawat awam yang yang tidak berghuna kepada perkhidmatannya iaitu tiada sifat daya usaha, malas, selalu lari daripada tugas secara sorok-menyorok, lemah dalam tudas dan tanggungjawab, bertugas ibarat pahat dengan penukul dan sebagainya.

26

Selain itu, mereka layak layak diberikan pencen, ganjaran dan faedah persaraan lain. namun jumlah pencen bergantung kepada tempoh lama perkhidmatannya yang boleh diambil kira oleh akta. f) Penamatan Perkhidmatan demi Kepentingan Awam Menggunakan kuasa Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan , maka Seksyen 10(5)(b), Akta Pencen 1980 membuat peruntukkan bahawa Ynag di-Pertuan Agong, dalam hal Pegawai Persekutuan atau Pegawai Tempatan Persekutuan atau pihak berkuasa negeri dalam hal Pegawai Negeri boleh menghendaki mana-mana pegawai bersara daripada perkhidmatan awam dengan cara ditamatkan perkhidmatannya demi kepentingan awam. Menggunakan kuasa perkara 132(2) perlembagaan persekutuan juga maka Perintah Am (Kelakuan dan Tatatertib) (Bab D) dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, termasuklah Perintah Am 44, Bab D Tahun 1980 (penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam.) dengan menggunakan kuasa di atas, pihak perkhidmatan awam boleh menamatkan penjawatannya dengan alasan demi kepentingan awam.

8.0

PEGUAM NEGARA Peguam Negara ialah penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan. Peranan

dan tanggungjawab beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Peguam Negara Persekutuan adalah dilantik menurut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri. Seseorang yang dilantik menjadi Peguam Negara Persekutuan hendaklah mempunyai kelayakan untuk menjadi hakim Mahkamah Persekutuan. Antara individu-individu yang pernah memegang jawatan sebagai peguam negara di Malaysia ialah Thomas Vernor Alexander Brodi (1955-1959), Tan Sri Dato' Cecil M. Sheridan (1959-1963), Tan Sri Dato' Haji Abdul Kadir Yusuf (1963-1977), Tan Sri Dato' Haji Hamzah Datuk Abu Samah (1977-1980), Tan Sri Dato' Abu Talib Othman (1980-1993), Tan Sri Dato' Seri Mohtar Abdullah (1994-2000), Dato' Seri Ainum Mohd Saaid (2001), Tan Sri Abdul Ghani Patail (2002-kini). Jabatan yang terlibat ialah jabatan Peguam Negara yang mana melaksanakan bidang kuasa peguam negara yang berfungsi untuk memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang undang-undang antarabangsa dan syariah kepada

27

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Selain itu, jabatan ini juga menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul di samping menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan. Tugas lain pula ialah memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah. Peguam negara juga befungsi bagi mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya. Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang juga adalah fungsi lain jabatan ini. 8.1 Bidang Kuasa Peguam Negara Perkara 145(2) menyentuh mengenai kuasa Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau Menteri-Menteri lain berkaitan dengan apa-apa sahaja undang-undang atau melaksanakan apa-apa sahaja tugas yang berkaitan dengan undang-undang. Peguam Negara juga merujuk atau mengetahui tugas yang diberikan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain. Rasional kewujudan jawatan Penasihat Undang-Undang Kementerian adalah berdasarkan kepada Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan yang mana menyebut (2) Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang diPertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang diPertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah

Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain. Penasihat Undang-Undang yang bertugas di Kementerian merupakan wakil khas Peguam Negara yang mana fungsi amnya adalah untuk menasihati kementerian dalam hal-hal perundangan. Oleh yang demikian, kehadiran Penasihat Undang-Undang kementerian ialah bagi melaksanakan tugas-tugas Perlembagaan

28

seperti yang dinyatakan dengan jelasnya di bawah Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan tersebut. Antara fungsi-fungsi yang dilaksanakan oleh Penasihat Undang-Undang adalah seperti berikut :

Menyedia dan mengurus segala aspek pembelaan terhadap permohonan kes-kes habeas corpus;

Memberi nasihat undang-undang kepada Kementerian secara bertulis atau lisan; Menggubal atau meminda undang-undang utama termasuk peraturan-peraturan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri;

Menggubal atau meminda undang-undang subsidiari termasuk peraturan-peraturan bagi pihak Kementerian Dalam Negeri;

Menyemak segala dokumen perjanjian dan dokumen yang ada kesan di sisi undangundang untuk ditandatangani oleh Kementerian;

Sebagai perantara bagi pihak Kementerian dalam kes-kes sivil yang di bawah bidangkuasa dan kawalan Penasihat Undang-Undang memfailkan tindakan bagi pihak Kerajaan sebagai yang menuntut; dan

Sebagai perantara bagi pihak Kementerian dalam kes-kes sivil yang di bawah bidangkuasa dan kawalan Penasihat Undang-Undang tindakan di mahkamah apabila pihak Kerajaan dituntut. Bidang kuasa Kementerian ini dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 di bawah Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2004 (P.U.(A) 206/2004) dan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (Pindaan) (No. 2) 2006 (P.U. (A) 352/2006). Antara contohnya seperti kes yang kontroversi melibatkan ketua hakim negara pada masa tersebut iaitu Tun Salleh Abbas. Abdul Talib memainkan peranan dalam pemecatan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas dan lima hakim lain pada tahun 1984. Pada 28 Mei 1988 (Sabtu), Peguam Negara Tan Sri Abu Talib menemui Tun Salleh di pejabat Tun Salleh kira-kira jam 9.30 pagi. Pertemuan itu adalah untuk berperanan sebagai penasihat bagi isu yang membabitkan beliau.

29

Peguam negara itu juga telah dirujuk oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan akhirnya telah menasihati Tun untuk membuat tuntutan kes di mahkamah dan dakwaan ke atas Tun Salleh Abbas telah di buat oleh peguam negara itu sendiri. Perkara 145(3) pula memperuntukkan kuasa Peguam Negara yang boleh dijalankan mengikut budi bicaranya iaitu untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding jenayah yang membabitkan sesuatu kesalahan selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera. Perkara 145(3A) memperuntukan kuasa undang-undang untuk memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk menentukan mahkamah bagi menjalankan apa-apa prosiding dan peguam kuasa berkuasa untuk memulakan prosiding seperti yang diperuntukan dalam perkara 145(3) dan jika terdapat prosiding lain hendak dijalankan di mahkamah itu, maka prosiding itu perlu dipindahkan. Jabatan Peguam Negara diwujudkan untuk memenuhi peranan pendakwaan selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan: Memberi nasihat kepada agensi-agensi penguatkuasa dari aspek siasatan dan pendakwaan Mengkaji kertas siasatan, memberi arahan dan membuat keputusan sama ada untuk mendakwa atau tidak Mengkaji semua keputusan Mahkamah-Mahkamah Rendah bagi memutuskan sama ada untuk merayu ke Mahkamah Rayuan Mengendalikan pendakwaan kes-kes di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Pejabat Peguam Negara di Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pihak mana yang perlu diheret ke mahkamah, yang mana boleh dilepaskan. Peguam Negara juga berhak menentukan pertuduhan apa yang harus dikenakan terhadap seseorang. Terdapat pelbagai bentuk kes yang pernah dijalankan di bawah prosedur dan tanggunjawab tersebut antaranya ialah seperti contoh petikan akhbar berikut: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengarahkan polis Selangor menjalankan siasatan lebih lanjut terhadap kes seorang remaja lelaki, Aminulrasyid

30

Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis di sini pada Isnin lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihak Peguam Negara meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh polis pagi ini. Sehubungan itu, menurut beliau, polis akan meneruskan siasatan sebelum menyerahkan kertas laporan itu kepada Peguam Negara minggu depan. "Selepas kita selesaikan siasatan ini, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Peguam Negara pada Isnin depan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi lewat petang ini. Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memaklumkan, kertas siasatan kes membabitkan pelajar terbabit telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.Menurut Musa, polis telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada DPP hari ini dan terpulang kepada pejabat itu untuk membuat penilaian seterusnya.Malah polis, kata Musa, pada masa yang sama menyambut baik usaha kerajaan mengadakan inkuiri dalaman bagi melihat sama ada terdapat justifikasi terhadap polis dalam kes berkenaan" Dalam perkara 145(4) menyatakan pada melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal itu. Melalui perkara 145, keseluruhannya bidang kuasa Peguam Negara meliputi menjadi penasihat utama tentang undang-undang kepada kerajaan. Peguam Negara juga merupakan pendakwa raya dan diberi kuasa untuk memula, menjalankan atau memberhentikan mana-mana prosiding jenayah kecuali di Mahkamah Syariah, Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Tentera. Peguam Negara juga

bertanggungjawab bagi penggubalan perundangan bagi Kerajaan. 8.2 Profil Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah dilahirkan pada 6 Oktober 1955. Beliau menerima pendidikan undang-undang di Universiti Malaya dan menamatkan pengajian pada tahun 1979. Beliau memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia pada 1980 sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu, Sabah. Pada tahun 1985, beliau dilantik sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Negeri Sabah. Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Bahagian

31

Penasihat dan Antarabangsa pada tahun 1995. Pada tahun 1997, beliau telah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang. Pada tahun 2000, sekali lagi beliau telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan. Pada tahun 2002, beliau telah menerima jawatan sebagai Peguam Negara Malaysia. Pada 13 Mei 1993, Tan Sri telah dianugerahkan pingat Persekutuan Kesatria Mangku Negara (KSM) oleh Yang di-Pertuan Agong. Pada 1 Julai 1995, DYMM Raja Perlis mengurniakan darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Dato'. Pada 16 September 2001, Tuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri Sabah mengurniakan beliau darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Dato'. Pada 16 September 2002, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah mengurniakan beliau darjah kebesaran Kelas Pertama Negeri Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima. Pada 30 Mac 2003, Tan Sri telah dianugerahkan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka oleh DYMM Sultan Kelantan. Pada 7 Jun 2003, Tan Sri telah dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang diPertuan Agong. Pada 13 Disember 2003, Tan Sri telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Setia- Sultan Sharafuddin Idris Shah(SSIS) yang membawa gelaran Datuk Setia oleh DYMM Sultan Selangor. Pada 4 Ogos 2005, Tan Sri telah dianugerahkan Panglima Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong. Peguam Negara juga merupakan ahli beberapa Badan dan Jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain, antaranya Jemaah Pengampunan, Majlis Pendidikan Negara, Malaysia/Thailand Joint Authority, Majlis Tanah Negara juga Dewan Bahasa dan Pustaka. 8.3 Kes-Kes Yang Melibatkan/Mewakili Peguam Negara

Kes 1 : Muhamad Azmi vs Pendakwa Raya Korum : Korum : Y.A.A Tan Sri Dato Seri MD Raus bin Sharif

32

Y.A Dato Hj. Abdul Malik bin Hj. Ishak Y.A Dato Clement Skinner Timbalan Pendakwa Raya : Nadia Hanim Mohd Tajuddin Perayu : Hadir sendiri, tiada peguam

Pertuduhan : Pertuduhan Pertama : Bahawa kamu pada 03/01/2010, jam lebih kurang 7.00 malam bertempat di alamat NO. 20, Jalan Aman 4,Taman Aman,Sungai Mati, dalam daerah Ledang, dalam Negeri Johor, di dapati telah merogol anak kandung perempuan kamu nama : Siti Mastura binti Muhamad Azmi, KPT : 951003-01-5368,berumur 14 tahun 4 bulam,dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua : Bahawa kamu pada 03/01/2010, jam lebih kurang 7.00 malam bertempat di alamat No.20, Jalan Aman 4, Taman Aman, Sungai Mati, dalam daerah Ledang, dalan Negeri Johor, di dapati dengan paksa telah memasukkan alat sulit kamu ke dalam mulut anak kandung perempuan kamu secara tanpa kerelaannya nama : Siti Mastura binti Muhamad Azmi, KPT : 951003-01-5368, berumur 14 tahun 4 bulan, dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 377C Kanun Keseksaan Fakta Kes : 1. Perayu di dalam kes ini telah dituduh dengan dua (2) pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan untuk kesalahan merogol dan juga di bawah s.377C, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Muar (HMS).

33

2.

Di atas kedua-dua pertuduhan tersebut, Perayu telah mengaku bersalah dan mahkamah telah menerima pengakuan bersalah Perayu dan mendapati Perayu bersalah dan disabitkan di atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

3.

Pada masa yang sama, Perayu juga dituduh dengan satu lagi kes berlainan no kes 62-4-2010 di mana terdapat 2 pertuduhan sama yang melibatkan seorang lagi anak kandungnya yang berlainan di mana Perayu telah mengaku salah dan dikenakan penjara 20 tahun dan 15 sebatan bagi pertuduhan pertama dan 15 tahun penjara dan 2 sebatan bagi tuduhan kedua. Hukuman : Tuduhan 1 : Penjara 20 tahun DTT (10/2/2010) dan 15 sebatan Tuduhan 2 : Penjara 15 tahun DTT (10/2/2010) dan 2 sebatan Tuduhan 1 dan 2 untuk dijalankan serentak Hukuman 62-5-2010 dijalankan berasingan selepas selesai hukuman 62-4-2010

Rayuan : Perayu merayu terhadap hukuman agar hukuman penjara dan sebatan dikurangkan serta berjalan serentak dengan kes 62-4-2010 Tarikh bicara/keputusan : 12.12.2011 Keputusan mahkamah : Rayuan ditolak dan hukuman Hakim Mahkamah Tinggi dikekalkan.

34

Kes 2 : Pendakwa Raya vs Muhammed Hussain Abdullla Korum : Korum : Puan Hakim Zuhrina binti Mohamed Nor

Timbalan Pendakwa Raya : Afidah Nor binti Ariffin Peguambela Pertuduhan : Bahawa kamu pada 25 November 2011, lebih kurang jam 7.35 pagi di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 2(CPP2), Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal : Tiada

Tambang Murah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LCCT), di dalam daerah Sepang, dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine anggaran seberat 3,880 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Fakta kes : Pada 25 November 2011 jam lebih kurang 7.35 pagi, di Cawangan Pemeriksaan Penumpang CPP2 LCCT, pegawai Kastam yang bertugas iaitu Raudah Binti Abu Bakar (A1) dan Pegawai Kastam Syed Khairul Azhar bin Syed Mohamad (A2) telah menahan seorang penumpang lelaki warganegara India (kemudian disebut OKT) dari penerbangan New Delhi kerana disyaki membawa dadah berbahaya di dalam beg yang dibawa oleh beliau. OKT telah dilihat melalui lorong hijau sebelum diarahkan untuk beg beliau diimbas. Hasil imbasan ke atas beg bagasi yang dibawa oleh OKT menunjukkan imej mencurigakan di skrin mesin pengimbas. A1 telah memeriksa beg OKT dan mendapati ada benda keras di bahagian bawah di dalam beg tersebut. A1 juga telah mengarahkan OKT untuk mengeluarkan barang-barang yang berada dalam beg tersebut bagi tujuan imbasan kali kedua dengan keadaan beg tersebut kosong tetapi OKT cuba mengelak dengan terus cepat-cepat beredar dari kaunter tersebut. A1 lantas memanggil OKT untuk kembali ke kaunter 2 dan pada masa yang sama, A1 telah mengarahkan A2 untuk membuat imbasan sekali lagi. A1 dan A2 kemudian bersama-sama mengeluarkan barang-barang beg tersebut dan membuat imbasan ke atas beg yang telah kosong itu. Hasil imbasan mendapati

35

masih terdapat imej yang mencurigakan tertera pada mesin pengimbas.A1 dan A2 selepas itu telah membawa OKT ke bilik CPP2 untuk pemeriksaan rapi di mana kemudian pemeriksaan rapi yang dilakukan oleh pihak pasukan bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan KLIA telah menemui satu objek keras yang dibalut dengan bungkusan kertas hitam di dalam beg tersebut. Apabila objek tersebut dikeluarkan dan dibuka, didapati bahan Kristal jernih di dalam bungkusan plastik lutsinar yang tersorok di dalamnya. A1 telah mengeluarkan sedikit bahan Kristal tersebut dan diuji dengan test kit di mana hasil analisa awal adalah positif dadah jenis Methamphetamine. Barang eksibit iaitu dadah telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya untuk dianalisa dan laporan kimia masih belum diperolehi. Status kes : Pertuduhan telah dibacakan kepada OKT melalui jurubahasa Tamil dan OKT faham terhadap pertuduhan ke atasnya. Mahkamah telah menetapkan 2 Februari 2012 sebagai tarikh baru sebutan bagi laporan kimia.

Kes 3 : Pendakwa Raya vs Sivakumar A/L Shanmugam Korum : Korum : Hakim (1) YA Datuk Sulong Bin Matjeraie (2) YA Dato Clement Allan Skinner (3) YA Datuk Linton Albert Timbalan Pendakwa Raya : Ahmad Bin Bache Peguam : Tiada

Pertuduhan: Pertuduhan pertama : Bahawa kamu, pada 29 Jun 2005, lebih kurang jam 6.30 petang, di hadapan rumah No. 106, Lorong Bukit Panchur 3, Taman Bukit Panchur, Nibong Tebal, dalam

36

Daerah Seberang Perai Selatan, dalam Negeri Pulau Pinang, telah mengedar dadah berbahaya iaitu 65.3 gram campuran Heroin dan Monoacetylmorphines, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan kedua : Bahawa kamu, pada 29 Jun 2005, lebih kurang jam 8.30 malam, di bawah Flat Bukit Lancang, Jalan Tan Sri The Ewe Lim, Jelutong, dalam Daerah Timur Laut, dalam Negeri Pulau Pinang, telah mengedar dadah berbahaya iaitu 188.4 gram campuran Heroin dan Monoacetylmorphines (153.9 gram Heroin dan 34.5 gram

Monoacetylmorphines, dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.

Fakta kes : Pada 29.6.2005, C. Insp. Balasubramaniam a/l Rajoo (SP7) dari JSJN, Bukit Aman telah mengetuai tiga pasukan polis dari Jabatan Siasatan Narkotik Bukit Aman ke Nibong Tebal, Pulau Pinang. Jam lebih kurang 6.15 petang, mereka telah sampai ke rumah No. 6, Lorong Bukit Panchur 3, Taman Bukit Panchur, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Rumah tersebut merupakan rumah bertingkat dua dan 'corner lot'. Pemerhatian telah dibuat oleh ketiga-tiga pasukan tersebut selama 15 minit. Pintu pagar utama rumah tersebut didapati terbuka separuh dan pintu hadapan rumah bertutup. Lebih kurang jam 6.30 petang seorang lelaki dan seorang perempuan India dilihat keluar dari pintu hadapan rumah tersebut dan lelaki India tersebut dilihat memegang sebuah beg plastik berwarna putih di tangan kanannya. Atas arahan SP7, ketiga-tiga pasukan tersebut telah menyerbu rumah tersebut melalui pintu pagar hadapan. Apabila ternampak pasukan polis, lelaki India tersebut yang kemudiannya dikenali sebagai Tertuduh (YKT) telah dilihat membuangkan beg plastik putih yang beliau pegang ke dalam sebuah tong sampah yang berdekatan dengan pagar hadapan rumah sebelum melarikan diri menuju ke arah belakang rumah tersebut. SP7 dan pasukannya bersama dengan pasukan yang diketuai oleh D/Sgt. Hamid

37

mengejar YKT manakala C. Insp. Abdul Halim Bin Haji Ishak (SP12) yang mengetuai pasukan ketiga berada di bahagian hadapan rumah untuk mengawasi tong sampah di mana beg plastik tersebut dikatakan dibuang oleh YKT. Di belakang rumah tersebut, YKT dilihat sedang memanjat pagar zink belakang rumah untuk melarikan diri tetapi dia gagal kerana pagar zink tersebut tertumbang dan pihak polis berjaya menangkapnya selepas pergelutan yang menyebabkan YKT mengalami sedikit kecederaan. Setelah itu, SP7 membawa YKT kembali ke bahagian hadapan rumah di mana tong sampah itu berada. Sementara itu, C. Insp. Ame Nurfazilah bt. Md. Azali telah menahan perempuan India tersebut (isteri YKT) di bahagian hadapan rumah berkenaan. Dengan disaksikan YKT, SP7 telah memeriksa beg plastik putih yang berada di dalam tong sampah hitam dan mendapati beg plastik tersebut mengandungi 4 bungkusan plastik yang mengandungi ketulan-ketulan dan serbuk yang disyaki heroin. Pemeriksaan kemudian telah dijalankan di dalam rumah tersebut tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah. Selepas tandaan barang-barang kes dan tindakan lain, YKT dan isterinya bersama-sama barang-barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Nibong Tebal. Di Balai Polis Nibong Tebal, menurut SP7, beliau dan pasukannya menemubual dengan YKT. Amaran di bawah Seksyen 37A(1)(b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 telah diberikan dan selepas itu YKT telah memberi satu kenyataan dan kemudian memimpin SP7 dan pasukannya ke Flat Batu Lancang di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong, Pulau Pinang. Setibanya di lokasi tersebut jam 8.30 malam, 29.6.2005, YKT telah menunjukkan sebuah kereta Perodua Kelisa bernombor pendaftaran PFQ 3180 berwarna perak metallic di kawasan flat tersebut. Kereta tersebut didapati berkunci. SP7 membuka pintu tersebut dengan

menggunakan kunci yang diserahkan oleh YKT semasa dalam perjalanan dari Nibong Tebal ke Pulau Pinang di Jambatan Pulau Pinang. SP7 telah memeriksa kereta tersebut dan menjumpai sebuah beg kertas berwarna coklat berjenama Louis Vuitton di tempat duduk penumpang belakang tempat duduk pemandu. Di dalam beg kertas tersebut, SP7 menjumpai 11 bungkusan plastik yang mengandungi ketulanketulan dan serbuk yang disyaki heroin. Di 'boot' kereta tersebut, SP7 menjumpai satu beg berwarna coklat yang mengandungi satu alat timbang digital, satu alat sealer dan satu sudu 'stainless steel'. Semua barang kes dirampas dan YKT dibawa ke Ibu Pejabat Kontijen Pulau Pinang di mana SP7 membuat laporan-laporan polis.

38

Barang kes yang dirampas dari kereta di Flat Batu Lancang kemudiannya telah diserahkan kepada C. Insp. Hasbullah Ali Bin Alias (SP8), pegawai penyiasat bagi kes ini pada pukul 2.45 pagi, 30.6.2005. Selepas itu, YKT dibawa balik ke Balai Polis Nibong Tebal bersama barang kes yang dirampas di rumahnya di Nibong Tebal dan kemudiannya telah diserahkan kepada C. Insp. Zailani Bin Mohd Yusof (SP9), pegawai penyiasat bagi kes Nibong Tebal, pada jam 5.00 pagi tarikh yang sama. Ahli kimia (SP6) mengesahkan bahawa 11 peket plastik (EA1-EA11) yang dirampas dalam kereta dengan kandungan yang disyaki heroin yang diterima darpada SP8 dan 4 bungkusan plastik (A2-A5) yang dirampas di dalam tong sampah yang mengandungi bahan-bahan yang disyaki dadah heroin daripada SP9, masingmasing mengandungi campuran 153.9 gram heroin dan 34.5 gram

monoacetylmorphines bagi barang kes bertanda EA1-EA11 dan campuran 25.8 gram heroin dan 39.5 gram monoacetylmorphines bagi barang kes bertanda A2-A5 tersebut. Heroin dan monoacetylmorphines adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952. Tarikh bicara : 1/12/2011 Keputusan : Notis tidak dapat diserahkan buat kali pertama. Kes ditangguh kepada 6 Januari 2012.

Kes 4 : Pendakwa Raya vs Farid Amirul Hisham Wu bin Abdullah Korum: Korum : Hakim (1) YA Dato Malik bin Ishak (HMR) (2) YA Dato Azhar @ Izhar bin hj Maah (HMR) (3) YA Datuk Wira Mohtarudin Bin Baki (HMR)

39

Timbalan Pendakwa Raya : Farah Ezlin Binti Yusop Khan Responden : Tidak hadir Latar belakang kes : Perayu merayu terhadap sabitan dan hukuman yang mana Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan rayuan pihak Responden terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan mengenepikan perintah Tuan Majistret. Pertuduhan : Bahawa kamu, pada 27.3.2009 jam lebih kurang 7.15 malam bertempat didalam kedai buku MPH Bookstore Ground Floor Mid Valley dalam Daerah Brickfields, Wilayah Persekutuan dalam Bandaraya Kuala Lumpur di dalam sebuah bangunan tempat menyimpan harta telah mencuri 1 buku bertajuk The Sistine Secrets berharga RM89.90 dan 1 buah buku bertajuk Decoding the Heavens berharga RM105.00 kepunyaan pasaraya kedai buku MPH oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Fakta kes : Pada tarikh 27.03.2009, jam 7.15 malam, SP 1 (Pengawal) dan SP 2 (House Detective Supervisor) telah melihat Responden mengeluarkan magnetic sensor dari 2 buah buku dan kemudiannya menanggalkan tanda harga. Responden dilihat menuju ke kaunter dan membuat pembayaran terhadap 2 buah buku yang lain, manakala, 2 buah buku yang ditanggalkan magnetic sensor dan tanda harga telah pun dimasukkan ke dalam beg yang disandangnya. Sebaik sahaja Responden keluar melepasi pintu, SP 1 terus menahan dan memeriksa beg Responden dan menemui 2 buah buku. Kedua-dua buku ini telah dicamkan oleh SP 1, SP 2 dan SP 3 (Pegawai Penyiasat). Keputusan Mahkamah Rayuan :

40

Kes ditangguh atas alasan Responden gagal hadir kali ketiga. TPR memohon waran tangkap dikeluarkan. Kes ditetapkan untuk bicara pada 08 Februrari 2012. Alasan keputusan Mahkamah : Tiada

Kes 5 : Pendakwa Raya vs Mohd Noor Azli bin Nasir Korum : Korum : Hakim : Puan Noradidah binti Ahmad Timbalan Pendakwa Raya : Amer Abu Bakar bin Abdullah Peguam : Encik Syed Azimal Pertuduhan : Bahawa kamu pada tarikh 5/12/2010 jam lebih kurang 10.30 malam di restoran Santai, Jalan Tanjung Lumpur, di dalam daerah Kuantan, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur telah dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan sebuah kerusi terhadap seorang bernama Muhammad Haidir Ravi Bin Abdullah No K/P: 701116-06-5271 yang mengalami cedera patah tangan kiri. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan Fakta kes : Pada 5/12/2010 jam lebih kurang 10.30 malam semasa Pengadu(A1) bersama Zalina Binti Ibrahim (A2) dan Mohd Fakhrul Bin Saidon (A3) sedang minum dan berbincang mengenai urusan perniagaan di Restoran Santai, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Mohd Noor Azli Bin Nasir (suami A2)(B1) telah datang dan terus mencapai sebuah kerusi kayu dan memukul Pengadu(A1). Kejadian disaksikan sendiri oleh saksi mata iaitu Zalina Binti Ibrahim(isteri kepada B1) dan juga Mohd Fakhrul Bin Saidon (anak saudara kepada Zalina Binti Ibrahim).

41

Pengadu kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan dan disahkan oleh Dr Mohd Qiuzi Iqbal Bin Mohd Sabari bahawa Pengadu mengalami patah tulang siku tangan kiri (closed fractured medial epicondyle with left humerus total displacement and closed fractured left olecranon). Pihak pendakwaan telah memanggil 7 orang saksi penting untuk kes, OKT menukar pengakuan kepada bersalah selepas pihak mahkamah menukar kepada pertuduhan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan di akhir kes pendakwaan. Tarikh keputusan : 30 November 2011 Keputusan : Mengaku salah atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 kanun Keseksaan. Denda RM 2000 dan sekiranya gagal bayar,dikenakan hukuman penjara selama 6 bulan. Alasan keputusan : Pendakwaan gagal membuktikan elemen di bawah pertuduhan Seksyen 326 Kanun Keseksaan,namun kes disabitkan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Kes 6 : Pendakwa Raya vs Samsuri Bin Tumin Korum : Korum : Hakim (1) YAA Tan Sri Md. Raus Bin Sharif (2) YA Dato Bentara Luar Dato Haji Hashim bin Dato Haji Yusof Timbalan Pendakwa Raya : YA Tan James Foong Cheng Yuen Peguam : Encik Zahar Pertuduhan : "Bahawa kamu pada 21 Februari 2006, jam lebih kurang 6.00 petang di kawasan hadapan rumah (kawasan kebun getah), Lot 1536A, Jalan Muhibbah Dalam, Ulu Tiram di dalam daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Ta'zim, telah

42

didapati mengedar dadah berbahaya iaitu 430.4 gram Cannabis, dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.". Fakta kes : Bertindak atas maklumat yang diterima pada 21/2/2006 jam lebih kurang 6.00 petang SP4 bersama-sama dengan 8 lagi anggota polis termasuk SP5 telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di alamat Lot 1536A, Jalan Muhibbah Dalam, Ulu Tiram, Johor. Dalam pemeriksaan di dalam rumah tersebut, SP4 dan pasukan serbuan telah menemui sejumlah kecil dadah iaitu 6 biji pil Eramin 5 dan 2 tiup mengandungi dadah disyaki syabu di dalam salah sebuah bilik dalam rumah tersebut. Seorang penghuni rumah tersebut bernama Sulaiman bin Sadik telah ditangkap berkaitan dengan rampasan sejumlah kecil dadah-dadah tersebut. Semasa SP4 dan anggota pasukan serbuan masih menjalankan pemeriksaan di dalam rumah tersebut, SP4 dan anggota pasukan serbuan melihat sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dengan nombor pendaftaran JBN 2162 yang ditunggang oleh seorang lelaki Melayu datang dan berhenti di hadapan perkarangan rumah tersebut. SP4 dan beberapa anggota pasukan serbuan terus keluar dari rumah dan pergi menghampiri penunggang motosikal tersebut. SP4 memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dan dengan serta merta lelaki Melayu tersebut melepaskan motosikalnya dan berlari ke arah kebun getah yang berada di hadapan rumah tersebut. Melihat keadaan tersebut SP4 bersama-sama dengan SP5 dan D/Lkpl Syukri telah mengejar lelaki Melayu tersebut dan dalam jarak lebih kurang 50 meter lelaki Melayu itu telah berjaya ditahan selepas berlaku sedikit pergelutan. Setelah lelaki Melayu itu berjaya ditahan, SP4 telah membuat pemeriksaan ke atas lelaki Melayu itu. SP4 telah menjumpai satu ketulan mampat berisi daun-daun kering disyaki dadah ganja yang bersalut dengan kertas timah dan loytape (P8). Ketulan mampat tersebut telah ditemui terselit di celah pinggang bahagian hadapan seluar yang dipakai oleh lelaki Melayu itu. Baju yang dipakai oleh lelaki itu dilepaskan keluar untuk menutup ketulan mampat tersebut. Pemeriksaan lanjut ke atas leiaki itu, SP4 telah menjumpai satu ketulan dadah disyaki ganja dibalut dengan kertas timah (P9) dari dalam poket seluar bahagian hadapan sebelah kiri yang dipakai oleh lelaki

43

Melayu itu. SP4 juga telah menjumpai kad pengenalan lelaki Melayu itu yang bernama Samsuri bin Tumin yang dicamkan sebagai tertuduh dalam kes ini. Tertuduh telah ditangkap dan bersama barang kes dadah dibawa balik ke Pejabat Cawangan Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Johor Bahru Selatan." Tarikh keputusan : 29 November 2011 Keputusan : Rayuan OKT (Perayu) ditolak. Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendapati OKT bersalah dan dihukum gantung sampai mati dikekalkan.

44

9.0

Kesimpulan Secara keseluruhannya dapatlah kita lihat bahawa seseorang penjawat awam juga

haruslah mempunyai nilai integriti yang baik dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Peruntukan-peruntukan bidang kuasa juga segala jenis hukuman bagi kesalahan tatatertib juga kesalahan yang terlibat telah ditetapkan seperti yang telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga segala akta yang berkait. Oleh yang demikian, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen seharusnya patuh dan tidak hanya melakukan tugas secara membuta tuli terutamanya semua perkara berkaitan tindakan terhadap penjawat awam dan seharusnya dirujuk terlebih dahulu kepada pihak berkenaan. Rasional kewujudan jawatan-jawatan seperti jawatan Penasihat Undang-Undang Kementerian adalah berdasarkan kepada Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana menyebut tentang peruntukan dan perkara berkaitan peguam negara. Sentiment perkauman juga isu berkaitan politik seharusnya tidak dicampur aduk dalam pelaksaannya sehingga boleh mengakibatkan keteresan keberkesanan perlembagaan itu sendiri seterusnya membawa kepada masalah ketidakpercayaan rakyat terhadap tunjang utama pentadbiran negara. Setiap rakyat seharusnya memberikan kepercayaan penuh kepada pihak pentadbir bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan yang boleh membawa kepada keuntungan pihak luar. Komitmen juga sokongan perlu juga diberikan bagi memudahkan kelancaran sistem pentadbiran negara di samping dapat memfokuskan dasar-dasar negara yang menuju kea rah negara maju menjelang Wawasan 2020 kelak.

45