Penjelasan Problem Based Learning
-
Upload
khuzainey-ismail -
Category
Documents
-
view
6.032 -
download
1
Transcript of Penjelasan Problem Based Learning
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
TUGASAN : PROBLEM BASED-LEARNING (PBL)
PENSYARAH : EN. KAMAROLZAMAN BIN JIDI
KHUZAINEY BINTI ISMAILGB070117
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1.0 Pengenalan 3
1.1 Perbandingan corak pembelajaran aktif 5
2.0 Langkah-langkah pengajaran dengan kaedah penyelesaian masalah 6
2.1 kebaikan kaedah penyelesaian masalah 10
2.2 kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah 11
3.0 Model kurikulum PBL 12
4.0 Penilaian di dalam PBL 14
5.0 Kesimpulan 16
Rujukan 17
Lampiran 18
2
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
1.0 Pengenalan
Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) yang menjadi kaedah popular di banyak
universiti di Eropah dikendalikan dengan memperkenalkan suatu masalah yang realistik.
Masalah ini mestilah dipilih untuk menarik pelajar menyelesaikannya dalam pasukan masing-
masing. Ianya telah diperkenalkan oleh Barrows and Tamblyn (1980). Mereka telah membuat
kajian keatas pelajar perubatan di McMaster School di Canada. Semasa kajian dilakukan para
pelajar secara individu dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberi oleh pengajar . Dapatan
kajian adalah para pelajar akan terikat dengan pembelajaran mereka di dalam konsep
penyelesaian masalah. Melalui PBL pelajar memperolehi real-world challenges, higher-order
thinking skills, problem-solving skills, interdisciplinary learning, independent learning,
information-mining learning, teamwork dan kemahiran berkomunikasi
Keinginan menyelesaikan masalah tersebut mendorong pelajar melaksanakan
pembelajaran kendiri dan pengajaran antara rakan sebaya (peer teaching) dalam kumpulan dan
antara kumpulan. Melalui PBL, para pelajar dapat membina kemahiran pemikiran kritis dan
kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. PBL menyediakan suasana pembelajaran
yang menggalakkan percambahan ilmu dan idea di kalangan pelajar, langsung menjurus
kepada pembinaan komuniti pembelajaran dinamik. Proses pembelajaran PBL adalah seperti
Rajah 1
Rajah 1 : Proses pembelajaran PBL
3
Pemasalahan diberi: membentuk pemikiran kognitif, peranan kerja berkumpulan, brainstorming, persetujuan terhadap penyata masalah
Analisa masalah dan isu pembelajaran : brainstorming dan analisa masalah, mengenalpasti isu pembelajaran dan objektif pembelajaran
Penemuan dan membuat laporan : Membuat kerja secara berkumpulan dan di antara rakan sebaya
Pembentangan penyelesaian : Pelajar akan membentangkan hasil perbincangan. Pembelajaran kontektual dan aplikasi ilmu dapat dijana.
Gambaran keseluruhan, integrasi dan penilaian
Pembelajaran kendiriPembelajaran kendiri
Pembelajaran kendiriPembelajaran kendiri
Pembelajaran kendiriPembelajaran kendiri
Pembelajaran kendiriPembelajaran kendiri
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
Gambar 1 : Pendekatan pembelajaran PBL
Pengajaran secara PBL, pengajar berfungsi sebagai fasilitator untuk memastikan pelajar
tidak lari jauh daripada matlamat masalah, memberi motivasi dan panduan untuk mencari
penyelesaian, dan memberi penutup (closure) selepas penyelesaian di bentangkan oleh pelajar
untuk memperbetulkan konsep sekiranya terdapat kesilapan, dan memberi ulasan terhadap
penyelesaian yang akan dibentangkan.
Rajah 2 : Peranan pengajar di dalam pembelajaran PBL
Boud (1985) telah mencadangkan Pembelajaran Berasaskan Masalah ini adalah merujuk
kepada matlamat dan bidang sesuatu pengajaran. Beliau telah menggariskan lapan (8) ciri
untuk pembelajaran PBL :-
i. Pelajar menghargai sesuatu pembelajaran melalui pengalaman.
ii. Pelajar akan lebih bertanggungjawab terhadap pembelajarannya.
iii. Pembelajaran ini boleh diapplikasikan bagi semua jenis bidang pengajaran.
iv. Pembelajaran yang melibatkan teori dan amali.
v. Pembelajaran ini lebih memfokuskan kepada proses pembelajaran.
vi. Pengajar berperanan sebagai fasilitator
vii. Hasil daripada pembelajaran adalah ‘student self-assessment’ dan ‘peer
assessment’
4
pelajarpelajar
Proses, heuristics dan pengetahuan
Proses, heuristics dan pengetahuan
Facilitating, coaching and mediating
Facilitating, coaching and mediating
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
viii. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar.
Barrows (1986) telah memperkenalkan taksonomi kaedah pembelajaran PBL . Menurut beliau
terdapat pelbagai gabungan variasi melalui kaedah PBL bagi mencapai objektif pembelajaran
seperti:-
i. ‘Lecture Based Cases’ : Pelajar akan membentangkan maklumat dan membuat
demostrasi berdasarkan soalan yang diberi oleh pengajar.
ii. ‘Cased – based lecturer’ : Pelajar perlu mencari maklumat pembelajarannya terlebih
dahulu sebelum pengajar mengajar perkara tersebut.
iii. Kaedah berdasarkan kes : Pelajar dikehendaki membuat kajian bagi menyelesaikan
masalah yang berasaskan kes dan ianya perlu dibentangkan di dalam sesi
perbincangan pada keesokkan harinya.
iv. ‘Modified case-based’ : Pelajar diberi beberapa maklumat dan mereka dikehendaki
untuk membuat keputusan dan tindakan berasaskan kepada maklumat tersebut.
v. Kaedah penyelesaian masalah : Pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah yang
diberi oleh pengajar. Oleh yang demikian mereka perlu ada pemahaman yang tinggi
terhadap masalah tersebut dan menentukan kriteria yang dianggap bagi menghasilkan
penyelesaian.
vi. ‘Closed-loop problem based’ : Pelajar diminta untuk menyelesaikan masalah
berdasarkan beberapa kaedah dan pengajar akan menilai melalui kaedah-kaedah yang
digunakan.
1.1 Perbandingan corak pembelajaran aktif
Kaedah Struktur pembelajaran
Peranan Pelajar Peranan pengajar
Jenis-jenis aktiviti
Problem Based-
Learning
Berasaskan masalah
Penglibatan aktif di kalangan pelajar kerana berlaku soal jawab berasaskan pandangan dan pengalaman pembelajaran mereka
Pemboleh pembelajaran
Bekerja di dalam kumpulan dan pembelajaran individu
Project Based-
Learning
Pengajaran berstruktur
Melibatkan kerja berkumpulan untuk menyelesaikan masalah dan pembentukan strategi bagi mencari
Penyelia projek
Kaedah penyelesaian masalah dan pengurusan masalah
5
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
penyelesaian masalah
Problem-solving learning
Pengajar akan mengajar secara langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah
Pengetahuan untuk menyelesaikan masalah
Pembimbing untuk mendapatkan penyelesaian yang betul
Menyelesaikan masalah berdasarkan pemasalahan yang diberi.
Pembelajaran berasaskan
tindakan
Pembelajaran secara berkumpulan yang melibatkan perbincangan penyelesaian masalah
Pelajar akan mencapai matlamat pembelajaran mereka dan membantu rakn sepasukan melalui tindakan dan ‘reflection’
Fasilitator Pencapaian kepada matlamat individu
2.0 Langkah-langkah pengajaran dengan kaedah penyelesaian masalah
Strategi penyelesaian masalah merupakan cara pengajaran yang berdasarkan kepada
penyiasatan saintifik. Tujuan penyelesaian masalah menyediakan peluang kepada pelajar
mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang telah dipelajari, menggalakkan pemikiran kritis,
analitis, logis dan rasional, memperkukuhkan prinsip dan teori yang telah dipelajari, meningkat
dan memperkukuhkan ingatan pelajar, memenuhi kehendak prinsip ‘ belajar melalui membuat,
mendatangkan kepuasan kepada pelajar yang berjaya mencapai hasil yang dikehendaki,
membina sifat yakin di kalangan pelajar dan memupuk perkembangan sifat berdikari. Menurut
Prof. Khalid Mohamed Nor (2002) terdapat 3 fasa dalam menyelesaikan masalah iaitu:-
i. Fasa pemahaman masalah
- Fahamkan masalah dengan memastikan semua takrif dan makna berkaitan
diketahui
- Tuliskan semula fakta dan maklumat yang berkaitan
- Senaraikan semua maklumat yang diberi dan buat senarai lain bagi maklumat yang
tidak diketahui
- Rumuskan pertalian maklumat tersebut dalam bentuk sebutan matematik ataupun
grafik seperti rajah, graf, gambarajah, carta dan lain-lain
6
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
ii. Fasa penentuan cara penyelesaian
- Gunakan pengalaman penyelesaian yang lepas untuk memerhatikan kesamaan
masalah dari segi pertalian maklumat yang ada
- Jika tidak ada kesamaan, cuba selesaikan dengan menggunakan prinsip asas, hujah
logik atau kaedah cuba dan salah
- Sekiranya langkah tersebut tidak menghasilkan jawapan, lihat semula maklumat tadi
dengan tujuan untuk merumus semula masalah supaya boleh diselesaikan dengan
pendekatan yang berlainan.
iii. Fasa perumusan masalah
- Selepas mendapat jawapan, rumuskan jalan penyelesaian supaya ia dapat dijadikan
pengalaman dan contoh menyelesaikan soalan yang serupa pada masa yang akan
dating.
Model-model penyelesaian masalah adalah seperti berikut :-
i. Model Dewey
Menurut John Dewey, pembelajaran menyelesaikan masalah melibatkan lima peringkat
penyelesaian.
ii. Model Polya
Mengikut Polya, terdapat empat peringkat di dalam menyelesaikan masalah dalam
matematik iaitu:-
7
Mengenalpasti masalah
Mencari maklumat rumusan
Membentuk hipotesis
Menguji hipotesis
Menilai dan membuat keputusan
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
Memahami soalan bermasalah : pelajar akan dibimbing untuk memahami item-
item yang terlibat di dalam masalah itu, perkaitan antara item-item yang
dikenalpasti dan item-item yang hendak dicari atau dijawab.
Merancang strategi penyelesaian: terdapat beberapa cara iaitu dengan memilih
operasi-operasi yang sesuai, menggunakan cara gambarajah, menggunakan
cara analogi dan menggunakan cara analogi
Melaksanakan strategi penyelesaian: Sebaik sahaja strategi penyelesaian
masalah telah dirancang, pelajar boleh melaksanakan strateginya untuk
menyelesaikan masalah. Pelajar-pelajar hendaklah menghuraikan langkah-
langkah penyelesaiannya secara sistematik untuk mendapatkan jawapan yang
betul.
Menyemak semula masalah dan penyelesaiannya: Pelajar boleh menyemak
jawapan dengan mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah matematik
yang sama atau menggunakan cara ‘songsang’ seperti jawapan yang didapati
daripada operasi bahagi boleh disemak dalam operasi darab, pembedaan
dengan pengamilan.
iii. Model Lester.
Berdasarkan Model Polya, Lester pada tahun 1978 menyarankan enam peringkat
penyelesaian masalah yang dikenali sebagai Model Lester. Keenam-enam peringkat itu
adalah :-
Kesedaran masalah
Kefahaman masalah
Analisis objektif
Perancangan strategi
Pelaksanaan strategi
Prosedur dan penilaian penyelesaian
8
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
iv. Theory of Constraints (TOC)
Ianya digunakan untuk membantu para pelajar menyelesaikan masalah, masalah
akademik dan peribadi. Ia membantu pelajar menggunakan kemahiran berfikir dan
berkomunikasi dengan sistemaik, berlogik, tepat dan mudah dalam proses penyelesaian
masalah. Terdapat 3 langkah utama dalam TOC iaitu :-
Kesedaran dan mengenalpasti situasi bermasalah: penyataan masalah dan
menentukan apa yang perlu diubah, menentukan objektif penyelesaian.
Mengenalpasti cara menyelesaikan masalah iaitu dengan menentukan apa
perubahan yang berlaku
Perlaksanaan cara penyelesaian masalah dengan mengendalikan proses
perubahan.
Terdapat 3 teknik penyelesaian masalah yang digunapakai di dalam TOC iaitu:-
Teknik umum : digunakan untuk menyelesaikan masalah konflik, atau memikir
tentang sesuatu keadaan, situasi, idea dan sebagainya. Banyak menggunakan
kaedah dan teknik mengajar seperti main peranan, perbincangan, sumbangasan
dan pemudahcaraan.
Teknik sebab dan akibat : Teknik ini digunakan untuk membimbing pelajar
membuat keputusan selepas member pertimbangan tentang akibatnya dari
sesuatu masalah yang timbul. Banyak menggunakan kemahiran berfikir secara
kritis, kreatif dan reflektif.
Teknik mencita-citakan kejayaan: Digunakan untuk menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan cabaran. Teknik ini memerlukan teknik merancang serta
koloboratif dan sistematik, serta kemahiran berfikir secara sistematik dan logical
9
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
v. Model Inkuiri Suchman
2.1 Kebaikan kaedah Penyelesaian Masalah
Huraian Kebaikan Kaedah Penyelesaian Masalah
i. Pengukuhan ingatan dan kefahaman : Apabila seseorang pelajar membuat analisis, menyelesaikan masalah yang diberi oleh pensyarah dan mencari kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut maka daya ingatan seseorang
10
Kebaikan kaedah PBLKebaikan kaedah PBL
Pengukuhan ingatan dan kefahamanPengukuhan ingatan dan kefahaman
Mengembangkan sikap tanggungjawab pelajarMengembangkan sikap tanggungjawab pelajar Pelajar berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain
Kemahiran bekerja di dalam kumpulanKemahiran bekerja di dalam kumpulan
Kemahiran pengurusan projekKemahiran pengurusan projek
Kemahiran berkomunikasiKemahiran berkomunikasi
Pelajar berdikari dan berinisiatifPelajar berdikari dan berinisiatif
Memilih masalahMemilih masalah Menerangkan proses
Menerangkan proses
Mengumpul data dan membuat
hipotesis
Mengumpul data dan membuat
hipotesis
Menguji hipotesis dan membuat
teori
Menguji hipotesis dan membuat
teori
Membincangkan peraturan-peraturan
Membincangkan peraturan-peraturan
Menganalisis proses
Menganalisis proses
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
pelajar itu dapat dikembangkan. Ini membantu untuk pengukuhan ingatan dan kefahaman pelajar mengenai ilmu pengetahuan yang diperolehinya.
ii. Kemahiran berkomunikasi :Pelajar digalakkan untuk bekerja secara berkumpulan dan berinteraksi di antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Pelajar juga diminta untuk membentangkan hasil kerja yang telah diperolehi. Kemahiran berkomunikasi ini secara tidak langsung dapat dibentuk di kalangan pelajar.
iii. Pelajar berfikiran terbuka dan menerima pendapat orang lain : Perdebatan dan sesi bercambahan fikiran di kalangan pelajar menyebabkan mereka lebih terbuka di dalam perbincangan dan menerima pendapat orang lain. Ini sedikit sebanyak membantu mereka semasa bekerja kelak kerana konsep bekerja secara berpasukan telah diterapkan semasa proses pembelajaran ini dijalankan.
iv. Pelajar berdikari dan berinisiatif : Setiap pelajar akan berusaha sendiri dan berinisiatif untuk berjaya di dalam pembelajaran mereka. Pelajar akan mencari maklumat samada di dalam perpustakaan, buku rujukan, majalah, jurnal, artikel dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan yang diperlukan.
v. Mengembangkan sikap dan tanggungjawab pelajar : Setiap pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Ini membantu mereka untuk lebih bersikap positif untuk mencapai kecemerlangan di dalam pembelajaran mereka.
vi. Kemahiran pengurusan : Pelajar berusaha untuk menguruskan masa dan disiplin diri untuk menyiapkan tugasan mereka.
2.2 Kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah
Huraian kelemahan-kelemahan kaedah penyelesaian masalah
i. Penyelesaian mengambil masa
11
Keburukan kaedah PBLKeburukan kaedah PBL Isu berbentuk konventional sukar diselesaiIsu berbentuk konventional sukar diselesai
Penilaian pembelajaran sukarPenilaian pembelajaran sukar
Penyelesaian mengambil masa yang lamaPenyelesaian mengambil masa yang lama
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
Setiap tugasan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana perlu membuat rujukan terlebih dahulu untuk mendapatkan isi kandungan yang diperlukan. Pelbagai rujukan perlu dirujuk seperti jurnal, buku, artikel dan sebagainya untuk memantapkan hujahan kelak.
ii. Penilaian Pembelajaran
Penilaian pembelajaran tidak tetap dan pelbagai kaedah penilaian diperlukan. Ini memerlukan pelajar untuk terus berusaha dan sentiasa berdaya saing sesama mereka untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
iii. Isu berbentuk konventional sukar
Sekiranya isu semasa yang cuba dihuraikan adalah lebih menyenangkan berbanding dengan isu konventional. Berkemungkinan para pelajar perlu merujuk kepada bahan bacaan yang lama yang sukar diperolehi.
3.0 Model kurikulum PBL
Kurikulum di dalam PBL direkabentuk untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran, meransang pemikiran kreatif dan kritis di kalangan pelajar,
menggalakkan pemerhatian dan pengujian hipotesis, memperkembangkan keyakinan dan
kepakaran melalui perbincangan, perbahasan, perdebatan dan melatih kemahiran
terancang. Rekabentuk kurikulum PBL merangkumi objektif PBL, objektif pembelajaran,
struktur kursus PBL, jadual waktu, panduan kepada pengajar, sumber pembelajaran dan
kriteria penilaian. Kurikulum direkabentuk berdasarkan kepada pengetahuan, isi kandungan
dan kaedah menyelesaikan masalah sesuatu subjek. Terdapat pelbagai kurikulum PBL
yang direka mengikut kesesuaian organisasi. Terdapat pelbagai kaedah kurikulum di dalam
Problem Based-Learning sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah :-
Kaedah Applikasi Kurikulum Jadual PBL
Single Module Approach
Direka dengan menggunakan model McMaster. Pelajar akan menyelesaikan masalah yang diberi oleh pengajar. Perjumpaan dan perbincangan dengan
12
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
pengajar dilakukan 2 atau 3 kali untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Problem-Based learning on a shoestring
Hanya melibatkan beberapa orang pengajar dan kos pembelajaran yang minima. Kekurangan : Kebergantungan pembelajaran sepenuhnya terhadap pengajar, pelajar menjadi kurang yakin terhadap kurikulum
Tahun1 PBL Mengajar Mengajar PBL Mengajar
Tahun 2
Mengajar PBL Mengajar PBL Mengajar
Tahun 3
Mengajar Mengajar Mengajar PBL PBL
The Funnel Approach
Pelajar didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali pada tahun pertama samada melalui kelas, bengkel dan seminar. Kurikulum ini dibina kerana pengajar mempercayai pelajar harus didedahkan kepada prinsip dan konsep sesuatu pembelajaran sebelum mereka melalui pembelajaran PBL dan memberi ruang dan peluang belajar kepada pengajar kurang berpengalaman di dalam proses pembelajaran PBL
Tahun 1 Lecture-based learning
Tahun 2 Problem based-learning
Tahun 3 Problem based-learning
The two-strand approach
Kurikulum ini direka untuk seiringkan antara pengajaran PBL dan kaedah pembelajaran campuran. Ianya diaplikasikan di universiti dan kolej.
Tahun 1
Tahun 2
The integrated approach
PBL bukan sekadar prinsipal tetapi ia merupakan falsafah dalam kurikulum seperti dalam model McMaster. Ia menggalakkan pembelajaran secara
Tahun 1
Masalah1 Masalah2 Masalah3 Masalah4
Tahun 2
Masalah5 Masalah6 Masalah7 Masalah8
13
Problem-based learning modules
Problem-based learning modules
Mixed approach modules
Mixed approach modules
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
berkumpulan yang dipantau oleh seorang pengajar. Pelajar digalakkan bekerja di dalam aktiviti berkumpulan.
Tahun 3
Masalah9 Masalah10 Masalah11 Masalah13
Contoh garis panduan pengajaran berkonsepkan PBL di dalam kursus psikologi pendidikan:-
Minggu Kandungan kursus
Minggu pengenalan
Pengenalan kursus , persediaan PBL
1 Punca masalah – penyata masalah, analisa senario masalah
2 Isu pembelajaran dan analisis masalah – Kenalpasti objektif dan isu pembelajaran
3 Membuat laporan – penulisan laporan secara pembelajaran kendiri
4 Persediaan pembentangan masalah secara berkumpulan
5 Pembentangan untuk melihat hasil kajian/ penemuan
6. Pengajar membuat penilaian serta sesi soal jawab
4.0 Penilaian di dalam PBL
Penilaian dijalankan untuk menentukan samada segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran iaitu pencapaian pelajar, objektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum yang
telah dijalankan mencapai objektif atau tidak. Kegunaan penilaian adalah untuk membaiki
rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan. Proses
perlaksanaan penilaian melibatkan proses pengukuran, proses penganalisaan, proses
interpretasi dan melapor.
Pelajar perlu dinilai selepas mereka memperolehi ilmu pengetahuan atau menguasai
kemahiran yang berkaitan. Soalan harus dibina berdasarkan kepada kebolehan dan
pengetahuan lepas pelajar serta sesuai dengan pengalaman mereka. Sebelum proses
14
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
penyelesaian masalah dimulakan, pengajar harus membimbing pelajar memahami dan
mengenalpasti masalah itu. Pengajar harus berbincang dengan pelajar berbagai cara yang
membolehkan mereka menyelesaikan masalah. Di dalam proses pengajaran, pengajar hanya
sebagai fasilitator. Oleh yang demikian segala proses pemikiran dan penyelesaian masalah
dijalankan sendiri oleh pelajar. Contoh kriteria penilaian secara PBL melalui kursus Psikologi
Pendidikan :
Komponen Pembelajaran Proses Penilaian Markah
Isu
pembelajaran
dan masalah
(10 markah)
Merujuk kepada
objektif dan
pembangunan
pembelajaran
Penyata masalahHipotesisObjektif
pembelajaran
Mengenalpasti masalah
Idea dan hipotesis masalah
Mencapai objektif
pembelajaran yang
komprehensif
5
5
Kerja
berkumpulan
(20 markah)
Membuat
laporan,
persembahan
kumpulan dan
pengajaran
sesama rakan
sebaya
Persembahan secara
berkumpulan
Penilaian oleh rakan-rakan
Persembahan merangkumi
kualiti kepada penyelesaian
masalah melalui idea atau
kajian
5
15
Pembelajaran
untuk belajar
(30 markah)
Penulisan esei
melalui portfolio
Penulisan esei individu melalui pembelajaran
kendiri dan belajar dari rakan sebaya (1500 –
2000 patah perkataan)
Refleksi pembelajaran kepada pelajar
Integrasi antara kerja secara
individu dan berkumpulan.
Kualiti sistesis, pembelajaran
kendiri dan kualiti dapatan
maklumat dan kerja secara
berkumpulan.
Kefahaman pembelajaran dan
refleksi hasil pembelajaran.
Pandangan individu
mengenai penyelesaian yang
diperolehi merangkumi
10
20
15
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
pengetahuan, teori dan
kontektualisme
Jumlah keseluruhan 60
5.0 Kesimpulan
Proses pembelajaran dan pengajaran secara PBL adalah lebih realistik di dalam dunia
pendidikan di mana pelajar dapat bekerja secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah
yang diberi, pelajar dapat memperkembangkan pemikiran mereka kearah pemikiran yang lebih
kreatif dan kritis juga kompleksiti masalah mendorong proses pembelajaran. Tiada lagi suapan
daripada pengajar dan ini mendorong semangat dan motivasi pelajar untuk terus berjaya di
dalam bidang mereka.
Proses pembelajaran sebegini hanya sesuai diimplimentasikan kepada pelajar yang dewasa
dan matang sahaja. Pelajar sekolah rendah juga boleh diterapkan pembelajaran sebegini
kerana ini lebih membantu mereka untuk lebih berjaya di dalam pembelajaran mereka. Kaedah
pembelajaran ini banyak membantu pelajar untuk lebih berusaha di dalam pembelajaran,
proses kendiri untuk berjaya dan tidak hanya bergantung kepada pensyarah semata-mata.
Rujukan :
16
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
Mok Son Sang (2006). Nota Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran: Mutimedia-ES Resources Sdn Bhd
Onn-Seng Tan, Ph.D. (2003) Problem-based Learning Usinf Problems to Power Learning in the 21th century:Thomson Asia Pte Ltd
Maggi Savin-Baden and Claire Howell Major (2004) Foundations of Problem-based Learning : Society for Research into Hagher Education & Open University Press
Dr. Ee Ah Meng (2003) Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas (Semester 1): Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Husin Jusoh (2007) Psikologi Pendidikan dalam PTV: Penerbit UTHM
Lampiran : Contoh perlaksanaan PBL di universiti tempatan
UF3712FALSAFAH PERBANDINGAN
17
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
SINOPSIS
Kursus ini membincangkan pelbagai permasalahan kefalsafahan dari tradisi asia dan barat dengan menggunakan pendekatan sejarah dan analitikal. Pertamanya, kursus ini akan meninjau sejarah falsafah dengan memberi tumpuan kepada persoalan-persoalan dan tema-tema khusus yang berbangkit dalam falsafah Yunani Purba, Pertengahan (Islam dan Kristian), Asia Selatan dan Asia Timur. Kedua, kursus ini membincangkan dan menilaikan secara kritis beberapa permasalahan-permasalahan kefalsafahan mengenai metafizik, epistemologi, etika, politik dan erti kehidupan.
OBJEKTIF
Untuk memperkenalkan pelajar kepada ahli-ahli falsafah, penulisan-penulisan kefalsafahan serta permasalahan-permasalahan utama dari kedua-dua tradisi kefalsafahan Barat dan Asia.
Untuk mendorongkan pelajar supaya berfikir secara kritis dengan menilai secara analitik penghujahan-penghujahan kefalsafahan.
Untuk menggalakkan pelajar supaya mengambil bahagian secara aktif dalam perbincangan kelas.
RUJUKAN
Blocker, H. Gene (1999). World Philosophy: An East-West Comparative Introduction to Philosophy. New Jersey: Prentice-Hall.
Koller, John M. & Patricia Joyce Koller (1998). Asian Philosophy. New Jersey: Prentice Hall.
Lawhead, William. (2003). The Philosophical Journey: An Interactive Approach. 2nd ed. New York: McGraw-Hill
Nagel, Thomas (1985). What Does It All Mean? A Very Short Introduction to Philosophy. Oxford: Oxford University Press.
Soccio, Douglas J. (1998). Archetypes of Wisdom. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company.
Wall, Thomas F. (2001). Thinking Critically About Philosophical Problems. Belmont, California: Wardsworth Group.
MINGGU 1
FALSAFAH PRA-SKORATIK: APAKAH HAKIKAT KEJADIAN ALAM
18
GB070117
PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM PTV (MBE 1023)
Kuliah memperkenalkan kursus secara umum dengan mengupas pengertian dan ruang likup falsafah. Kuliah bermula dengan perbincangan mengenai, dan penilaian terhadap, pandangan ahli-ahli falsafah pra-Sokratik tentang hakikat kejadian alam. Antara ahli-ahli falsafah yang akan dibincangkan ialah Thales, Anaximender, Anaximenes, Pythagoras, Heraclitus, Parmenides, Empedocles, Democritus, dan Protagoras.
TOPIK PERBINCANGAN
Yakinkah anda dengan pandangan Protagoras bahawa kebenaran itu bersifat relatif?
RUJUKAN
Kolak, Daniel (1997). Lovers of Wisdom: A Historical Introduction to Philosophy. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company.
Lawhead, William (1996). The Voyage of Discovery: A History of Western Philosophy. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company.
Lawhead, William. (2003). The Philosophical Journey: An Interactive Approach. 2nd ed. New York: McGraw-Hill
Russell, Bertrand (1993). Sejarah Falsafah Barat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Soccio, Douglas J. (1998). Archetypes of Wisdom. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company. Bab Pertama, pp. 2- 22.
19