penjelasanpelanggarantermakontrakperkhidmatankawalankeselamatanpkk-140604192809-phpapp02 (1).pdf

36
PEMATUHAN KONTRAK DAN PEMAKAIAN SKOP PERKHIDMATAN PENJELASAN MENGENAI TERMA DAN PELANGGARAN SYARAT KONTRAK UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON

Transcript of penjelasanpelanggarantermakontrakperkhidmatankawalankeselamatanpkk-140604192809-phpapp02 (1).pdf

  • PEMATUHAN KONTRAK DAN PEMAKAIAN SKOP PERKHIDMATAN

    PENJELASAN MENGENAI TERMA DAN PELANGGARAN SYARAT KONTRAK

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • Pihak KPM telah menswastakan perkhidmatan PKK dengan hasrat untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang baik diberikan di semua Institusi-institusi Pendidikan/ Sekolah di bawah KPM.

    Oleh yang demikian, diharap penjelasan ini dapat meningkatkan kefahaman kepada Jabatan Pengguna dari segi penguatkuasaan kontrak bagi mengelak timbulnya isu kekeliruan dan ketidakfahaman berkaitan dokumen kontrak.

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • Diharap Jabatan Pengguna berupaya memastikan

    perkhidmatan yang diberikan dapat memberi nilai

    faedah yang baik bagi setiap ringgit yang

    dibelanjakan (value for money) kepada pihak

    kerajaan.

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

    1. Pihak Kontraktor diberi

    amaran sebelum

    dikenakan tindakan

    pemotongan bayaran

    Tiada surat amaran akan dikeluarkan

    sebelum tindakan pemotongan bayaran

    dikenakan.

    Surat amaran akan dikeluarkan selepas

    pemotongan dikenakan supaya

    kesalahan yang sama tidak berulang

    2. Pihak Kontraktor

    dimaklumkan terlebih

    dahulu bagi persediaan

    sebelum diaudit

    Tiada sebarang pemakluman

    dimaklumkan sebelum melaksanakan

    pemantauan kerana pihak kontraktor

    perlu sentiasa melaksanakan

    perkhidmatan dengan cemerlang

    A. PENGURUSAN PEKERJA

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

    3. Tindakan denda

    secara backdated

    Tindakan pemotongan bayaran

    secara backdated boleh dikenakan

    sekiranya terdapat bukti

    pelanggaran terma-terma kontrak

    oleh pihak kontraktor

    4. Pekerja yang berumur

    melebihi 58 tahun

    Bagi pekerja yang melebihi Tempoh

    had umur 58 tahun boleh

    dipertimbangkan dengan syarat

    dipersetujui oleh pihak kerajaan

    serta mempunyai rekod kesihatan

    yang baik dan disahkan oleh

    Hospital/ Klinik Kerajaan Sahaja.

    Klausa 7.1 (e)

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

    5. Memotong jaminan

    bon pihak kontraktor

    yang telah tamat

    tempoh kontrak

    Kerajaan berhak memotong apa-

    apa wang yang kena dibayar

    kepada kontraktor oleh kerajaan,

    sama ada sebagai denda atau

    pampasan daripada mana-mana

    perjanjian yang ditandatangani

    dengan kerajaan.

    Pemotongan jaminan bon adalah

    tertakluk kepada terma-terma dan

    syarat-syarat bon pelaksanaan.

    Klausa 12.5

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

    1. Ketidakhadiran

    pekerja

    Pihak syarikat dikenakan tindakan

    pemotongan bayaran seperti berikut

    :

    Pemotongan = KS*BJ*BP

    KS : Kadar Sejam Seorang Pengawal

    BJ : Bilangan jam tidak bertugas

    BP : Bilangan pekerja tidak bertugas

    Klausa 12.2

    2. Ketidakhadiran

    pekerja yang

    menjejaskan kualiti

    perkhidmatan

    Pihak syarikat dikenakan tindakan

    denda sebanyak 20% daripada nilai

    kontrak bulanan bagi premis yang

    terlibat.

    Klausa 12.1

    (e)

    B. KUALITI DAN PERKHIDMATAN

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

    3. Ketidakcukupan

    pekerja (sepanjang

    bulan tanpa

    pengganti

    Pihak syarikat dikenakan tindakan

    denda sebanyak 20% daripada nilai

    kontrak bulanan bagi premis yang

    terlibat.

    Klausa 12.1

    (e)

    4. Pekerja hadir tapi

    tidak melaksanakan

    tugas

    Pihak syarikat dikenakan tindakan

    denda sebanyak 20% daripada nilai

    kontrak bulanan bagi premis yang

    terlibat.

    Klausa 12.1

    (e)

    5. Tempoh penggantian

    pekerja dalam masa

    2 jam perlu diubah

    Perkara tersebut tidak dapat

    dipertimbangkan buat masa ini.

    Klausa 8.4

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

    6. Menjaga trafik di luar

    kawasan sekolah/

    menjalankan kerja

    yang tiada dalam

    skop perkhidmatan

    Kerja-kerja tersebut adalah di luar skop

    perkhidmatan. Pihak Kerajaan tidak boleh

    membayar atas perkhidmatan tidak

    dibekalkan atau diberikan oleh pihak

    kontraktor kerana ia melibatkan

    pertambahan kos perkhidmatan

    7. Punca kuasa bagi

    menjalankan

    pemantauan dan

    pemotongan

    Mana-mana Ketua Jabatan, pegawai atau

    kakitangan KPM, JPN, PPD, IPG, Pusat

    Koko, Pusat Matrikulasi, agensi atau

    sekolah (Pengetua/ GB) yang berkenaan

    dalam perjanjian kontrak telah diberi

    kuasa sepenuhnya oleh KSU dalam

    memastikan pelaksanaan kerja dijalankan

    dengan sempurna oleh pihak kontraktor

    yang berkaitan.

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN

    1. Pemilihan jenama

    peralatan/ barangan

    yang bebas selagi

    mematuhi piawaian

    yang ditetapkan

    Pihak kontraktor perlu

    melaksanakan perkhidmatan

    dengan menggunakan bahan,

    kenderaan, mesin, peralatan atau

    kelengkapan yang digunakan

    seperti yang dinyatakan dalam

    dokumen kontrak.

    Klausa 9

    2. Peralatan yang perlu

    berada dalam zon

    sekolah/ kontrak

    Peralatan yang diperlukan berada

    dalam zon sekolah/ kontrak perlu

    ada sewaktu pelaksanaan

    pemantauan dijalankan

    Lampiran G

    C. PEMBEKALAN PERALATAN/ BAHAN

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • a) melaksanakan Perkhidmatan mengikut Skop

    Perkhidmatan seperti di lampiran B (m/s: 35);

    b) Melaksanakan perkhidmatan dengan keanggotaan

    pengawal, syif atau giliran dan mengikut tempoh

    kawalan seperti yang dinyatakan dalam Lampiran E

    (m/s: 40);

    c) Mematuhi undang-undang yang dilaksanakan oleh

    mana-mana agensi Kerajaan yang berkenaan dengan

    Perkhidmatan;

    d) Mempunyai Polisi Insurans Perlindungan yang meliputi

    perlindungan untuk Kerajaan, harta benda yang

    dikawal dan pengawal. UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • e) melaksanakan Perkhidmatan pada setiap hari

    sepanjang tempoh perjanjian termasuk hari Sabtu,

    Ahad, cuti umum dan cuti persekolahan;

    f) Melaksanakan perkhidmatan dengan mengupah,

    menggaji atau mengambil pengawal mengikut skim

    perkhidmatan pengawal seperti Lampiran H.

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • a) sebelum Perkhidmatan dimulakan, kontraktor yang berjaya hendaklah menghubungi pihak pengurusan premis bagi menentukan kedudukan kawasan dan persekitaran premis;

    b) melaksanakan Perkhidmatan dengan jumlah keanggotaan pengawal yang mencukupi sebagaimana yang diarahkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;

    c) mengemukakan kepada Kerajaan dua (2) salinan Jadual Bertugas Pengawal apabila Perkhidmatan disempurnakan pada setiap bulan dalam Tempoh Perjanjian atau pada masa yang ditentukan oleh Kerajaan;

    Kontraktor hendaklah melaksanakan Perkhidmatan seperti berikut:

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • d) mengemukakan kepada Kerajaan perakuan bertulis

    bahawa Perkhidmatan telah dilaksanakan dengan

    sempurna pada setiap hari dalam Tempoh Perjanjian

    mengikut bentuk dan tatacara yang ditentukan oleh

    Kerajaan dari semasa ke semasa;

    e) Kontraktor hendaklah memastikan peralatan atau alat

    kelengkapan Perkhidmatan dengan kuantiti mencukupi

    dan memastikan peralatan seperti CCTV atau Alarm

    System beroperasi 1 (satu) minggu selepas tarikh

    kontrak bermula, jika berkenaan;

    f) segala kos memasang, menyenggara peralatan atau

    alat kelengkapan Perkhidmatan akan ditanggung

    sepenuhnya oleh Kontraktor; UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • g) Kontraktor hendaklah menyediakan pakaian seragam

    lengkap sebanyak dua pasang kepada pengawal

    sebagaimana yang diluluskan oleh Kementerian Dalam

    Negeri;

    h) Kontraktor hendaklah menjalankan tapisan

    keselamatan dengan agensi Kerajaan yang berkenaan

    dengan Perkhidmatan ke atas setiap pengawal dan

    mengemukakan laporan tapisan keselamatan bagi

    setiap pengawal kepada Kerajaan tidak lewat daripada

    dua (2) bulan dari Tarikh Berkuatkuasa atau satu (1)

    bulan dari tarikh pengawal mula berkhidmat, mengikut

    mana yang berkenaan;

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • i) memastikan pondok keselamatan atau mana-mana

    tempat Perkhidmatan dilaksanakan bersih dan tiada

    peralatan-peralatan yang tidak dibenarkan Kerajaan;

    j) memastikan hanya pengawal yang bertugas sahaja

    berada di pondok keselamatan atau mana-mana

    tempat Perkhidmatan dilaksanakan;

    k) mencatatkan laporan rondaan dalam Buku Laporan

    dengan lengkap dan kemas dan dikemukakan kepada

    Kerajaan pada setiap hari kerja;

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • l) melaporkan kepada Kerajaan dalam bentuk laporan

    bertulis apa-apa kejadian kerosakan, kehilangan,

    sabotaj, pencerobohan, kecurian, kebakaran atau apa-

    apa kejadian yang tidak diingini dan cubaan

    pencerobohan atau kecurian;

    m) melaporkan kepada Polis DiRaja Malaysia apa-apa

    kejadian kehilangan, pencerobohan, kecurian, sabotaj

    atau apa-apa kejadian yang tidak diingini dan cubaan

    pencerobohan atau kecurian;

    n) melaporkan kepada Bomba dan Penyelamat apa-apa

    kejadian kebakaran;

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • o) memastikan pengawal kerap membuat rondaan sekitar

    Premis dan kawasan Premis dalam masa bertugas dan

    merakam watchman clock pada setiap lawatan ke

    sekitar Premis dan kawasan Premis.

    p) mengawal pintu masuk ke Premis serta pergerakan

    pelawat dan kenderaan yang memasuki Premis;

    q) memeriksa mana-mana pegawai/kakitangan, pengawal

    atau pelawat yang disyaki membawa atau

    menyorokkan sesuatu yang boleh membahayakan

    keselamatan dan menahan mana-mana orang yang

    tidak diingini atau yang tidak dibenarkan masuk ke

    Premis;

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON

  • r) mengawasi pengawal-pengawal luar dan kerja-kerja

    kontrak yang sedang dijalankan di Premis;

    s) memastikan setiap pelawat yang berada di Premis

    memakai pas keselamatan

    t) menentukan setiap pelawat melaporkan diri di kaunter

    pengawal dan memberikan maklumat-maklumat yang

    tepat kepada pelawat;

    u) memastikan kawasan sekolah/institut selamat dari

    sebarang bentuk pencerobohan (intrusion) dengan

    memastikan semua pintu pagar dan pintu masuk

    tertutup dan berkunci. Bagi kawasan bangunan

    pastikan pintu dan tingkap terkunci dan dalam

    keadaan baik; UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON

  • v) menutup lampu, paip air, kipas angin, pendingin udara

    atau sebarang alat elektrik di Premis di mana

    penggunaannya tidak lagi diperlukan;

    w) melaporkan semua perkara mengenai keselamatan;

    x) memeriksa semua tempat tersimpannya alat atau dan

    bahan yang mudah terbakar dan memastikan ianya

    tertutup rapat dan selamat;

    y) melaksanakan kawalan yang rapi terhadap kunci-kunci

    penggera kebakaran dan kunci-kunci kawasan

    keselamatan jika ianya diletakkan di bawah kelolaan

    pengawal;

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • z) membuat laporan lengkap kepada penyelia kepada pengawal bagi semua keadaan dan kejadian luar biasa atau yang mencurigakan;

    aa) memastikan pengawal hadir mengikut waktu yang ditetapkan oleh Kerajaan dan mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini;

    bb) memastikan pengawal mahir dalam penggunaan semua alat pencegah kebakaran;

    cc) mengawasi dan memandu trafik dalam Premis;

    dd) memastikan pengawal tidak membawa apa-apa senjata yang merbahaya dalam masa bertugas; dan

    ee) mematuhi apa-apa arahan-arahan lain daripada Kerajaan yang diberikan dari semasa ke semasa.

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • Walau apa pun yang dinyatakan dalam Klausa ini, tanpa menjejaskan hak

    lain Kerajaan dalam Perjanjian ini, Kerajaan sentiasa berhak untuk

    membuat tolakan (set-off), meminda, mengurangkan, memotong atau

    mengubah pembayaran Nilai Perjanjian yang kena dibayar kepada

    Kontraktor sekiranya Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Kontraktor

    tidak mengikut mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara yang

    berikut:

    a) pelaksanaan Perkhidmatan atau mana-mana bahagiannya oleh Kontraktor didapati oleh Kerajaan tidak memuaskan atau tidak memenuhi Skop Perkhidmatan;

    b) pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini; atau

    c) pelanggaran apa-apa arahan Kerajaan yang diberikan dari semasa ke semasa sama ada secara lisan atau bertulis berkenaan dengan pelaksanaan Perkhidmatan

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • a) bebas dari apa-apa wabak atau penyakit berbahaya atau berjangkit;

    b) sentiasa menjaga kebersihan Premis dan kebersihan diri;

    c) terlatih dalam pelaksanaan Perkhidmatan;

    d) mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa berkenaan dengan kawalan keselamatan;

    e) adalah warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun sepanjang Tempoh Perjanjian,

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • f) mengemukakan kepada Kerajaan laporan kesihatan

    daripada Hospital Kerajaan bagi pengawal berumur

    melebihi 55 tahun;

    g) memakai pakaian seragam atau uniform Kontraktor dan

    tanda nama serta menggunakan peralatan atau alat

    kelengkapan Perkhidmatan yang diperlukan semasa

    melaksanakan Perkhidmatan.

    h) tidak berambut panjang dan merokok semasa

    melaksanakan Perkhidmatan;

    i) tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah dan terlibat

    dengan penyalahgunaan dadah merbahaya;

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • j) berkelayakan, berpengalaman dan terlatih dalam bidang

    kawalan keselamatan dan asas kebakaran;

    k) cergas, sihat akal fikiran dan tubuh badan;

    l) boleh menulis, membaca dan bertutur dalam Bahasa

    Melayu dengan baik;

    m) melaksanakan Perkhidmatan mengikut arahan Kerajaan

    pada setiap masa;

    n) mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu

    dan bersesuaian terhadap Perkhidmatan; dan

    o) melaksanakan Perkhidmatan dengan profesional,

    berdisiplin, sopan dan berbudi bahasa.

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • a) membaiki sebarang kerosakan alat-alat milik Kerajaan atau mana-mana orang yang dibenarkan masuk oleh Kerajaan ke dalam kawasan premis yang disebabkan oleh pengawal. Sebarang kerosakan yang tidak boleh dibaiki hendaklah diganti dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi;

    b) apa-apa perkara berkenaan dengan kebajikan pengawal;

    c) perlindungan insurans pengawal;

    d) perbelanjaan pengangkutan pengawal pergi dan balik dari dan ke Premis;

    e) penginapan dan tempat tinggal pengawal;

    f) perbelanjaan makanan dan minuman pengawal;

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • g) caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan

    Kumpulan Wang Simpanan pengawal (KWSP);

    h) perbelanjaan perubatan dan rawatan pengawal;

    i) perbelanjaan membeli, penggantian dan penyelenggaraan

    peralatan atau alat kelengkapan Perkhidmatan;

    j) pembayaran gaji, upah atau apa-apa elaun atau bayaran

    lain pengawal;

    k) penyimpanan dan tempat penyimpanan peralatan atau

    alat kelengkapan Perkhidmatan;

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • l) apa-apa kerosakan dan/atau kehilangan yang dilakukan

    terhadap aset Kerajaan dan aset awam yang dibenarkan

    oleh Kerajaan yang berada dalam kawasan Premis;

    m) pembayaran dan ganti rugi apa-apa kerosakan, kehilangan

    atau kerugian yang dialami oleh Kerajaan atau mana-

    mana orang yang dibenarkan masuk oleh Kerajaan ke

    dalam kawasan premis yang disebabkan oleh kecuaian,

    ketinggalan, kecurian atau kemusnahan terhadap harta

    Kerajaan mestilah diganti dengan jenis dan kualiti yang

    sama atau lebih tinggi;

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • a) Nama, gambar, nombor telefon pekerja

    b) Kelayakan dan latar belakang pekerja

    c) Jadual bertugas pekerja

    d) Laporan harian atau bulanan perkhidmatan

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • Sekiranya Kerajaan atas apa-apa sebab, tidak berpuas hati termasuk tetapi tidak terhad akibat daripada kecuaian, kelalaian, kesalahan, tingkah laku, perbuatan dan budi bahasa, mana-mana pengawal, Kontraktor hendaklah tanpa apa-apa kelewatan dan atas perbelanjaan sendiri menggantikan pengawal tersebut dalam masa dua (2) jam dari tarikh notis bertulis atau makluman secara lisan diberikan oleh Kerajaan menggantung tugas pengawal tersebut daripada melaksanakan Perkhidmatan di Premis dengan SERTA MERTA

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON

  • Kontraktor hendaklah memastikan peralatan atau

    alat kelengkapan Perkhidmatan di senggara

    dengan bersih, kemas, teratur atau tersusun pada

    setiap masa, mengikut mana yang berkenaan.

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • Surat Siaran KPM : KP (BPPA)600-0/1 jld 6 (6) bertarikh 18

    Februari 2013 :

    Membuat rondaan di sekitar bangunan dan kawasan sekolah dan

    merakam watchman clock pada setiap lawatan ke tempat yang

    ditentukan berdasarkan ketetapan seperti di bawah:

    Bil Bilangan

    Pengawal Hari Waktu Rondaan

    1. 2 siang

    2 malam

    Isnin hingga

    Jumaat

    Siang : setiap 2 jam bermula 7.00 pagi

    sehingga 7.00 malam

    Malam : setiap 2 jam bermula 7.00 malam

    sehingga 7.00 pagi

    2. 2 siang

    2 malam

    Sabtu dan

    Ahad Setiap 2 jam sepanjang waktu bertugas

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • Surat Siaran KPM : KP (BPPA)600-2/7/3 jld 6 (4) bertarikh 12 Jun 2012 :

    Bantal, tilam dan barang keperluan lain untuk berehat dan tidur;

    TV, pemain VCD/DVD, konsol permainan video (PlayStation) dan peralatan elektrik/elektronik lain yang boleh mengganggu tugas;

    Bahan bacaan yang mengandungi perkara-perkara lucah, hasutan, perkauman, bahan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Malaysia dan undang-undang semasa;

    Makanan daripada sumber tidak halal dan minuman yang mengandungi alkohol;

    Dadah dan bahan yang boleh memberi kesan khayal sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau gas; dan

    Pakaian peribadi yang tidak sesuai

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • Jika berlaku sebarang pertikaian berkaitan dengan

    perjanjian kontrak, perkara tersebut hendaklah

    diselesaikan secara baik di antara kedua belah

    pihak.

    Jika tiada sebarang penyelesaian, isu tersebut

    boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian

    Pertikaian (Klausa 20) yang dipengerusikan oleh

    KSU KPM atau wakil yang dilantik

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • Diharap pengurusan pemantauan PKK dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan

    Mengambil tindakan dengan lebih yakin apabila berlaku pelanggaran syarat kontrak dengan seragam

    Kerjasama Pengetua/ Guru Besar adalah diperlukan ke atas pengurusan yang teratur dan sempurna bagi pelaksanaan Kontrak PKK di sekolah.

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON

  • TERIMA KASIH

    UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET

    PPD PORT DICKSON