Pentaksiran Autentik

4
Bab 2 Pentaksiran Autentik Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students) Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance Based Autentik I. Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna II. Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis) III. Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. IV. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar. Penilaian Alternatif I. Menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan II. Menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh III. Mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara dipecahasingkan IV. Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran

Transcript of Pentaksiran Autentik

Page 1: Pentaksiran Autentik

Bab 2

Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students)

Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance Based

Autentik

I. Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna II. Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,

penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)III. Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui

pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.IV. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada

dalam dunia sebenar.

Penilaian Alternatif

I. Menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan II. Menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh

III. Mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara dipecahasingkan IV. Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran V. Melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai

kerja seni orang lainVI. Mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya

secara lisan dan di khalayak ramai

Page 2: Pentaksiran Autentik

Bab 5

Bentuk pentaksiran pemerhatian

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang

ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan

psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.

Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak,

skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.

Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi

masing-masing.

Jenis Pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:-

Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)

Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”

Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Strategi Pelaksanaan

Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu. Antaranya ialah

dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek

kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

Fungsi

1. Penilaian melalui pemerhatian :

digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran

dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran

Page 3: Pentaksiran Autentik

dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek

2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti

menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan

meningkatkan motivasi pelajar

mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan keupayaan serta prestasi pelajar

3. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

4. Pemerhatian yang terancang membantu guru :

Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang mendorong/menolak minat tersebut

Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif

Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar

Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar

Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan

Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri