PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (AKHIR · PDF file... (AKHIR TAHUN) MASA ~ 1 JAM 15 MINIT ......
Transcript of PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (AKHIR · PDF file... (AKHIR TAHUN) MASA ~ 1 JAM 15 MINIT ......
Muka Surat 1
SJK ( C ) PU SZE
BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KERTAS 1~ PEMAHAMAN)
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (AKHIR TAHUN)
MASA ~ 1 JAM 15 MINIT
Nama:____________________ ( ) Markah:______________%
Kelas: 3 ( ) Tarikh:_____ / 10 / 2016
Tandatangan ibu bapa: _____
(A) Soalan 1 hingga 12 ~ Pilih jawapan yang betul (12 X 2 = 24%)
Soalan 1 berdasarkan Gambar 1.
Gambar 1
1. Ribuan penonton mula ___________ Stadium Larkin untuk menyaksikan
perlawanan bola sepak Piala Malaysia.
A. merempuhi C. membanjiri
B. memasuki D. mendapati
2. Istana Negara yang terletak di Jalan Istana adalah salah satu bangunan
_________ negara kita.
A. warisan C. mewariskan
B. pewaris D. diwarisi
3. Tangan kakak __________ terkena pisau yang tajam .
Muka Surat 2
A. terdarah C. mendarah
B. berdarah D. sedarah
4. Lily yang _______________ itu tidak mempunyai banyak kawan.
A. buah mulut C. berat mulut
B. ikat perut D. berat hati
Soalan 5 berdasarkan Gambar 2.
Gambar 2
5. Bapa ____________ apabila keretanya telah dicalarkan
A. suka hati C. besar hati
B. berat mulut D. naik angin
Soalan 6 berdasarkan Gambar 3.
Gambar 3
6. Kereta api bergerak di atas ______________ .
A. landasan C. landaskan
B. landasi D. melandasi
Muka Surat 3
Soalan 7 berdasarkan Gambar 4.
Gambar 4
7. Kiat Man memasukkan beberapa ___________ ais ke dalam gelasnya.
A. hiris C. biji
B. potong D. ketul
Soalan 8 berdasarkan Gambar 5.
Gambar 5
8. Ayah membeli ___________ rambutan di pasar malam.
A. setandan C. seikat
B. sebiji D. seulas
9. Semua murid mesti berbaris di tapak perhimpunan sebelum masuk ke kelas
masing-masing .
Perkataan seerti bagi berbaris ialah ___________ .
A. berselerak C. bertolak
B. beratur D. berhimpun
Muka Surat 4
10. Pelajaran adik semakin maju selepas mengikuti kelas tuisyen.
Perkataan berlawan bagi maju ialah ___________ .
A. merosot C. baik
B. lancar D. pantas
11. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
A. Malaysia telah melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas .
B. Malaysia telah melangkah maju ke Era Teknologi Angkasa Lepas .
C. malaysia telah melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas .
D. Malaysia telah melangkah maju ke Era Teknologi angkasa lepas .
12. Pilih ayat yang menggunakan tanda baca dengan betul.
A. wah, rupa-rupanya manusia amat menghargai sungai !
B. Wah, rupa-rupanya manusia amat menghargai sungai !
C. Wah ! rupa-rupanya manusia amat menghargai sungai .
D. Wah, rupa rupanya manusia amat menghargai sungai .
(B) Pilih dan tuliskan jawapan yang betul (10 x 1 = 10%)
takziah , musnah , memarahi , tohor , kalah , lena , tajam , angkuh , terbenam , gagah
Sinonim ( 5 markah ) Antonim ( 5 markah )
1. sombong = 6. menang x
2. berani = 7. terbit x
3. cetek = 8. tumpul x
4. nyenyak = 9. memuji x
5. rosak = 10. tahniah x
Muka Surat 5
(C) Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai (6 x 2 = 12%)
mencabut rumput memberikan keselesaaan pencemaran udara
menanam tin-tin kosong hutan simpan membuang sampah sarap
1..
Pemandangan di _________________________
sangat indah.
2..
Encik Jaafar dan anaknya sedang ____________
_______________ di kawasan perumahan
mereka.
3.
Hui Chong dan abangnya ___________________
_________________ dan tayar buruk supaya
tidak menakung air.
4.
Kawasan taman permainan yang bersih dapat
__________________________ kepada
pengunjung.
5.
Perbuatan _____________________________
ke dalam sungai mestilah dihentikan dengan segera.
6.
Pembakaran terbuka akan menyebabkan
__________________________ yang teruk.
Muka Surat 6
(D) Baca petikan dengan teliti. Kemudian lengkapkan jadual ( 5 X 2 = 10%)
Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di hadapan Dataran Merdeka
dan Kelab Diraja Selangor. Bangunan ini mula dibina pada bulan Oktober 1894
dan siap dibina pada April 1897.
Terdapat beberapa peristiwa sejarah yang berlaku di sini, misalnya di
hadapan bangunan inilah bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957
dan Jalur Gemilang dikibarkan.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan salah satu bangunan warisan.
Bangunan ini turut diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori
Tapak Warisan pada tahun 2007 oleh Jabatan Warisan Negara.
Catatan
1. Nama tempat
2. Lokasi
3. Tahun siap dibina
4. Peristiwa sejarah yang
berlaku
5. Jabatan yang mewartakan
bangunan ini sebagai Warisan
Kebangsaan
Muka Surat 7
(E) Pilih dan bulatkan perkataan berimbuhan yang betul ( 5 x 2 = 10% )
Datuk Lee Chong Wei ( 1. dilahirkan , kelahiran ) pada 21 Oktober
1982 di Pulau Pinang.Beliau mula (2. bercebur , menceburi ) sukan badminton
pada usia 11 tahun. Pada mulanya, beliau seorang pemain bola keranjang.
Beliau (3. mengalih , beralih ) arah kerana mendapat halangan
daripada ibunya.Ketika berusia 17 tahun, beliau (4. menyertai , peserta ) skuad
kebangsaan. Beliau juga (5. menerima , terimaan ) gelaran sebagai wira negara
dalam kerjayanya.
(F)Padankan tokoh-tokoh negara dengan sumbangan mereka ( 5 x 2 = 10% )
1.Memperkenakan makanan tradisi rakyat
Malaysia ke peringkat antarabangsa.
2. Berjaya memperkenalkan Malaysia
dengan karya rekaan kasutnya.
3.Seorang pemain skuasy wanita pertama
Malaysia yang memenangi piala dunia.
4.Beliau ialah wanita pertama yang
dilantik sebagai Gabenor Bank Negara
Malaysia.
5.Beliau berjaya melancarkan buku
komik“Budak Kampung” pada tahun 1979.
Dato’ Jimmy Choo
Datuk Nicol Ann David
Datuk Redzuawan
Ismail ( Chef Wan )
Dato’ Mohammad Nor
Khalid ( LAT )
Tan Sri Dato’ Sri Dr.
Zeti Akhtar
Muka Surat 8
(G)Baca dan fahami petikan di bawah.Kemudian,jawab soalan-soalan yang
berikutnya. (12%)
Kini, ramai penternak menternak kambing kerana kambing mempunyai
banyak kegunaan. Hampir semua bahagian tubuh kambing boleh digunakan.
Tanduk kambing boleh dijadikan sebagai barangan perhiasan. Malahan,
tanduk kambing juga boleh dibuat cincin. Seterusnya, susu kambing
mengandungi banyak khasiat. Susu kambing sangat baik diminum kerana boleh
menguatkan tulang. Susu kambing juga boleh dijadikan sabun pencuci muka
untuk melembapkan kulit muka.
Di samping itu, daging kambing pula sangat enak dimakan. Daging
kambing boleh dimasak gulai atau sate. Juadah daging kambing ini sangat
digemari oleh orang ramai. Akhir sekali, kulit kambing boleh digunakan untuk
membuat kraf tangan. Antaranya patung wayang kulit dan kompang.
1. Pada masa sekarang, ramai penternak menternak kambing kerana
___________________________________________________________
2. Yang berikut,bahagian manakah kambing digunakan untuk membuat cincin ?
A. kulit kambing C. gigi kambing
B. tanduk kambing D. tulang kambing
3. Perkataan patung dalam petikan bermaksud ___________ .
A. mainan C. boneka
B. muzik D. pemain
Muka Surat 9
4. Aktiviti- aktiviti yang berikut boleh dilakukan kalau kita melawat ke ladang
penternakan kambing, kecuali _________________ .
A. diajar cara-cara penternakan kambing
B. melihat cara memproses pembuatan baja najis kambing
C. memerah susu kambing
D. membuat kompang dengan kulit kambing
5. Nyatakan salah satu kegunaaan bahagian- bahagian tubuh badan kambing
berpandukan teks dalam petikan . (4 markah)
a) Kulit kambing b) Tanduk kambing
1. ______________________ 1. ______________________
______________________ ______________________
c) Susu kambing d) Daging kambing
1. _______________________ 1. _______________________
_______________________ _______________________
Muka Surat 10
(H)Baca dan fahami teks di bawah.Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.(12%)
Jom Belajar Memasak Bersama Chef Wan
Anjuran Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Kampung Seri Delima
Tarikh : 25 hingga 26 Ogos 2016
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Bilangan peserta : Terhad kepada 30 orang sahaja
Tema masakan : Kuih-muih tradisional dan masakan kampung
Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftarkan diri kepada Puan Rohani
Rahim di talian 03-2854697 selewat-lewatnya 20 Ogos 2016.
Para peserta yang mengikuti kursus ini akan menerima sijil penyertaaan
dan hadiah istimewa daripada Chef Wan.
1. Program Jom Belajar Memasak Bersama Chef Wan ini dianjurkan oleh
_________________________________________________________
2. Tema masakan pada hari tersebut ialah ____________________________
___________________________________________________________
3 .Bilakah tarikh tutup program ini ?
A. 20 Ogos 2016 B. 22 Ogos 2016
C. 25 Ogos 2016 D. 26 Ogos 2016
Muka Surat 11
Chong Wei Kin/Bahasa Melayu/Tahun 3/Muka surat 10.
4. Berikut ialah pernyataan yang benar tentang petikan, kecuali
_____________ .
A. para peserta yang mengikuti program ini akan mempelajari kuih-muih
tradisional dan masakan kampung.
B. program ini berlangsung selama lapan jam .
C. hanya 30 orang peserta sahaja yang boleh menyertai program ini.
D. para peserta yang mengikuti kursus ini akan menerima pakej percutian ke
Sabah.
5. Nyatakan dua jenis kuih-muih tradisional yang pernah anda pelajari.
(4 markah)
Kuih-muih tradisional
1. ___________________________________
2. ___________________________________
### KERTAS SOALAN TAMAT ###
Peringatan : Murid-murid yang didapati meniru atau memberi tiru
semasa peperiksaan dijalankan akan diberi markah kosong.
Disediakan oleh : Puan Chong Wei Kin
Disemak oleh : Puan Puah Lee Ching