Pentaksiran Dalam Pj

download Pentaksiran Dalam Pj

of 21

description

PJ

Transcript of Pentaksiran Dalam Pj

TAJUK 8: PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI SUBTAJUK: PEMBENTUKAN FOLIO DAN PENTAKSIRANNYA

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Pentaksiran adalah daripada perkataan Latin yangbermaksud duduk bersama dengan pembelajar dan mengesahkan respon adalah bermaksud dengan apa yang dimaksudkan.

Menurut David Payne(2003), pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu DAN membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat

Apa yang boleh ditaksir?

PENGETAHUANSIKAPKEMAHIRANPerancangan Pentaksiran hendaklah:Bebas daripada bersifat berat sebelah atau dipengaruhi oleh (bias)Menunjukkan apa yang telah (atau apa yang sepatutnya) diajar dan dipelajariMenyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajaran (pengajaran/kurikulum)Memaklumkan ketidaksefahaman

Mengapa guru perlu tahu mengenai pentaksiran?Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran muridMemantau kemajuan muridMemberi dan menetapkan penggredanMenentukan keberkesanan pengajaranMempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikanMenilai guru dan pendidikMenjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaranPENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI KESIHATANUjian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.

Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaranUjian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . Pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.

Penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan penilaian dalam PjMemfokuskan kepada setiap individuSetiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

Memilih wakilHasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.

Menentukan status semasaMengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :a) Pemberian gredb) Mengecualikan pelajar dari suatu aktivitic) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasid) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentue) Menentu aktiviti tertentu.

Memotivasikan individuPenilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan maka kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.

Menilai pengajaran dan program Pendidikan JasmaniPenilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.

UJIAN RUJUKAN KRITERIA

Digunakan untuk menilaitahap prestasikemajuan murid.Keputusan yang diperolehi melalui ujian ini tidak akan dibandingkan dengan murid lain.Selalunya digunakanbagi menilai tahapkecergasan berkaitankesihatan.Melibatkan pengukuran terhadap seseorang muridyang diasaskan dari jangkaanprestasiyang adakepada murid yang dinilai.

UJIAN RUJUKAN NORMA

Digunakanapabilaguruinginmentafsirkemajuan prestasidalam satu-satu ujian.Berupayamembandingkankeputusandalam kalangan murid dalam satu darjah atau kumpulan.Sering digunakan oleh guru untuk menentukan gredyangdiperolehioleh muriddalam satu-satu ujian.

PENILAIAN FORMATIF

Digunakanuntukmengenal pastiperkembangan pembelajaran yang telah dilalui oleh murid semasa mereka mengikutisebarangkelas pengajaran.Berupaya menjelaskan sama ada objektifpembelajaran pada suatu peringkat telah tercapai atau pun tidak.Mempengaruhi corak P &P seterusnya.Ujian kriteria merupakan sub kepada penilaian formatif

PENILAIAN SUMATIF

Digunakan pada peringkat akhir sesuatu topik pengajaran.Dilaksanakan pada akhir penggalpersekolahan atau peringkat akhir persekolahan.Tujuannya adalah untuk mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid bagi satu kelas atau kumpulan.Berbentuk pemarkahan yang mengutamakan aras gred.(ujian kriteria & norma)

UJIAN KECERDASAN

Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian mental, ialah ujian yang digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu.Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang iniUjian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon.

Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai. Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada: Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor

KESIHATANKEMAHIRAN MOTORKomposisi Badan Fleksibiliti Daya Tahan Kardiovaskular Kekuatan Otot Daya Tahan Otot

Kelajuan Koordinasi Ketangkasan Kuasa Imbangan Masa Reaksi

SEKIAN TERIMA KASIH21