Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

13
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH Disediakan Oleh : Ezaruddin bin Mohamad Othman PPG PSV 2 ( ambilan Jun 2011 )

description

gy

Transcript of Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Page 1: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN

MORAL DI SEKOLAH RENDAH

Disediakan Oleh : Ezaruddin bin Mohamad OthmanPPG PSV 2 ( ambilan Jun 2011 )

Page 2: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Pengenalan Pentaksiran• Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku

berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran.

• Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrumen pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan.

Page 3: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Tujuan Pentaksiran• Pelaporan pencapaian—menentukan setakat mana pencapaian seseorang pelajar• Dignostik---Ujian Diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran.

Membantu guru menentukan strategi pengajaran pemulihan yang perlu digunakan.

• Penempatan---Ujian penempatan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pada pelajar sebelum pengajaran. Bertujuan untuk menentukan aras bahan pelajaran yang sesuai untuk digunakan.

• Pemilihan---Ujian pemilihan bertujuan memilih calon-calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan.

• Penggerak-----berperanan sebagai alat motivasi bagi pelajar-pelajar.• Maklum balas-----Hasil ujian akan memberikan maklum balas tentang

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.• Pensijilan----Sijil-sijil prestasi akan diberikan setelah pelajar Berjaya lulus ujian

atau peperiksaan.• Membuat pengumpulan----Di dalam bilik darjah, hasil ujian sering digunakan

untuk mengumpulkan pelajar –pelajar mengikut kebolehan mereka.

Page 4: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Pentaksiran Secara Formal

• Hanna Gerald S dan Dettmer Peggy A (2004) -Penilaian secara formal ialah penilaian yang dilaksanakan secara formal atau rasmi.

• Melibatkan suatu prosedur atau tatacara yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua calon.

• Dirancang atau dibina berasaskan peraturan atau tatacara yang telah ditetapkan.

• Setiap kurikulum yang menjadi dasar dalam kursus akan diteliti serta dikaji untuk menentukan apakah jenis, bentuk dan bagaimana setiap penilaian akan dilaksanakan.

Page 5: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Jenis-jenis Penilaian formal

Page 6: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Penilaian Formatif

Ee Ah Meng (1998) menjelaskan bahawa penilaian formatif ialah penilaian yang melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit pembelajaran atau satu bab dalam bab yang berkaitan.

Page 7: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Ciri-ciri Penilaian Formatif• Penilaian formatif ialah penggunaan ujian untuk melihat

pencapaian murid dalam sesuatu bab pembelajaran.• Ia bersifat formatif kerana ada unsur pembentukan semula

selepas pelaksanaan sesuatu ujian.• Hasil yang diperolehi adalah digunakan untuk memperbaiki

pembelajaran dan bukan untuk memberi gred.• Objektif utama adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan.• Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran.• Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta

potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

• Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Page 8: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Penilaian Sumatif

• Ee Ah meng menjelaskan bahawa penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu kursus.

• Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.

• Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

• Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan Malaysia.

• Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.

Page 9: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Objektif Penilaian di Sekolah (Formatif dan Sumatif)

• Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.

• Mengetahui keberkesanan pengajaran.• Merancang dan mengubah suai pengajaran.• Menjalankan tindakan susulan yang sesuai

dengan serta-merta.

Page 10: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Kepentingan Penilaian dalam Pendidikan Moral

• Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.

• Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.

• Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif (pemikiran), afektif (perasaan) dan tingkah laku moral.

• Penilaian juga akan membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan mencapai kejayaan.

Page 11: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah
Page 12: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

Perbezaan antara Penilaian Formatif dan Sumatif

Page 13: Pentaksiran Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah

SEKIAN TERIMA KASIH