pentaksirandalampendidikan777khaspku3106-130302102042-phpapp01

29
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PKU 3106 TAJUK 1 : ANDA DIKEHENDAKI MENCARI MAKLUMAT MENGENAI KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS DALAM PELBAGAI BIDANG YANG MELIBATKAN MURID KHAS. KHOR DESMOND LOW WEE KANG TING KWONG YONG

description

6666

Transcript of pentaksirandalampendidikan777khaspku3106-130302102042-phpapp01

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PKU 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PKU 3106TAJUK 1 : ANDA DIKEHENDAKI MENCARI MAKLUMAT MENGENAI KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS DALAM PELBAGAI BIDANG YANG MELIBATKAN MURID KHAS.KHOR DESMOND

LOW WEE KANG

TING KWONG YONG PENGENALANPentaksiran adalah sesuatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan khas. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran.Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang muridSeterusnya, bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yang dikumpul melalui pelbagai cara pengujian atau kaedah lain.

Seterusnya, apabila pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.

DEFINISI PENTAKSIRAN Pentaksiran dalam konteks pendidikan khas boleh didefinisikan sebagai satu proses pengumpulan maklumat untuk tujuan membuat keputusan.

Definisi membawa implikasi bahawa terdapat banyak keputusan yang penting yang perlu dibuat dalam pendidikan khas.

Keputusan yang akan dibuat adalah berdasarkan maklumat yang tertentu dan bukan dibuat dengan sewenang-wenangnya.

Cara membuat keputusan sedemikian adalah sistematik dan memperlihatkan unsur profesionalisme.

David Lambert dan David Lines 2000. Pentaksiran adalah proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.

Gearheat 1990. Pentaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan penempatan.

Mc Cluhen 1994. Pentaksiran kanak-kanak khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan, bertujuan membuat keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas. Pentaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya.

Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

KONSEP PENTAKSIRANPentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi, menghurai,maklumat tentang pembelajaran seorang bagi sesuatu tujuan Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.Umumnya

Pentaksiran = data +maklumat keputusan

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK Keobjektifan - ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. Kebolehtadbiran - kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Kemudahtafsiran - maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon,menepati tujuan mengadakan satu ujian dan pentaksiran. Kekomprehensifan - mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

Pengukuran - melibatkan data sistematik yang dikumpulkan mengikut "peraturan Pengujian - satu bentuk pengukuran spesifik Penilaian - memberikan penghakiman ke atas pengumpulan data Pentaksiran - pengintegrasian data kualitatif dan kuantitatif yang dikumpulkan untuk menyediakan maklumat mengenai pembelajaran, apa yang diajar dan bagaimana ianya diajar

Pentaksiran = Pengukuran+ Pengujian + Penilaian

13JENIS-JENIS PENTAKSIRANJenis pentaksiran yang boleh digunakan kepada pelajar-pelajar khas:

1. Kemahiran pembelajaran asas - pengamatan2. Kemahiran sosial dan tingkah laku3.Kemahiran bahasa membaca, menulis dan lisan4.Kemahiran matematikSesuatu pentaksiran ditadbir berdasarkan perkara-perkara berikut :

- Mengambilkira bagaimana seseorang pelajar melaksanakan pelbagai tugas dalam keadaan yang berbeza- Memberi makna kepada pencapaian kanak-kanak itu sebagai indivdu- Memberi interpretasi kepada pencapaian tersebut

3 domain yang diuji :AkademikTingkahlakuFizikal

Tujuan Pentaksiran

Pierangelo , R & Giuliani, G (2006)Menyatakan tujuan penaksiran adalah untuk :Pemeriksaan dan pengenalpastian (screening and identification)Kelayakan dan diagnosis (Eligibility and diagnosis)Penempatan dan perkembangan RPI (IEP Development and placement)Perancangan pengajaran (Instructional planning)Penilaian (Evaluation)

PELBAGAI CARA MENGUMPULKAN MAKLUMATRekod lamaSampel kerjaPengujianPemerhatianSoal selidik

Rekod dan laporan berkaitan- Latar belakang keluarga- Kesihatan murid- Prestasi akademik- Minat muridSeseorang murid bermasalah pembelajaran sudah pasti telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran sebelum dia masuk ke sekolah.Laporan yang dibuat oleh para profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh digunakan oleh guru pendidikan khas. Guru pkhas perlu merujuk kepada laporan tersebut untuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid.Sampel kerja-Analisis ralat-Kualiti kerjaSalah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru pkhas perlu membuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan murid dalam matapelajaran yang dipelajari.

Pengujian- Ujian rujukan norma ( ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian yang sama )Ujian rujukan kriteria ( ujian untuk mengukur samada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid )

Inventori tidak formalKuiz ( ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran telah disampaikan untuk menguji samada murid telah memahami apa yang telah diajar )Probe ( kalau seseorang guru ingin tahu samada murid boleh menjalankan sesuatu tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan)Pemerhatian- Aspek yang boleh dinilai - kefahaman konsep - pengetahuan fakta - sebutan - kecekapan mencongak - sikap - Instrumen (senarai semak & skala kadar) - semasa interaksi murid dengan guru, murid dengan murid, murid dengan bahan pembelajaran. - hasil kerja murid

Soal Selidik- Dinilai melalui aktiviti seperti:-. Temu bual. Soal jawab. Memberi respon. Aktiviti bacaan

KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Perancangan Pentaksiran Bilik DarjahTujuan :untuk mendapatkan maklumat yang sah, boleh dipercayai dan berguna berkaitan dengan pembelajaran pelajar.

Guru perlu menentukan secara jelas apa yang hendak diukur dan seterusnya menyediakan analisa pentaksiran yg dapat mengukur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diukur dengan tepat.

Sebagai guru pendidikan khas, anda harus memahami segalaaspek yang mendalam berkaitan dengan murid. Oleh yang demikian, pentaksiran yang selalu dijalankanoleh guru di sekolah bertujuan untuk mendapat maklumatberkaitan:

Kemahiran kognitifKecerdasanMemoriKemahiran motorMotor kasarMotor halus

Kemahiran persepsiPersepsi visualPersepsi auditoriKemahiran akademikBacaanTulisanMatematikKemahiran bahasaBahasa eskpresifBahasa reseptifTingkah lakuKeadaan sosio-emosi

Maklumat yang dikumpul berkenaan aspek-aspek di atas akan memberi satu gambaran yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis bantuan dan pengajaran yang perlu disediakan.

Dengan demikian, guru boleh merancangsatu program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid.

Seorang guru yang berkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat pentaksiran untuk mengendali murid di sekolah.

KesimpulanPentaksiran adalah sesuatu yang sangat penting & tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana ia merupakan sesuatu perkara yang subjektif & melibatkan antara guru dan pelajar. Guru perlu melihat pengajaran dari pelbagai aspek. Melalui pentaksiran yg dibuat, guru mampu merancang pengajaran supaya lebih berkesan & mampu menarik minat pelajar.

TAMATSekian, terima kasih