Pentingnya Kita Mengambiltahu Adanya Bandar Melayu Tradisi

6
Abdul Hamid A, and Noor Fazamimah MA MIP E-Bulletin 1(3): 2-7 September 2013 2 PENTINGNYA KITA MENGAMBILTAHU ADANYA BANDAR MELAYU TRADISI DALAM PENYEDIAAN KAJIAN RANCANGAN PEMAJUAN UNTUK JADIKANNYA ASAS PEMELIHARAAN WARISAN NEGARA Oleh, Abdul Hamid Akub (APPM 450/01) dan Noor Fazamimah Mohd Ariffin (MSc. URP) (Kajian Bandar Melayu Tradisi ini adalah sebahagian daripada Tesis MSc. URP Noor Fazamimah. Terima kasih kepada Prof Madya Dr Syed Zainol Abidin Idid sebagai penyelia kajian) Pengenalan Kini dalam skop bidang Perancang Bandar yang semakin mengecil (jika diambilkira situasi semasa berkenaan skop bidang di Kementerian Kewangan dan pertelingkahan kita dengan lain-lain profession) maka salah satu peluang khusus kepada kita tentunya kajian Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) untuk jururancang melibatkan diri. Pada awal artikel ini ditulis sekitar tahun 2010 (pernah dihantar ke MIP tetapi sepi) dalam situasi dimana kajian Rancangan Struktur (RS) dan RT mahupun RKK heboh dibincangkan tetapi apabila artikel ini diterbitkan tahun 2013 situasi kajian RS, RT dan RKK telah berbeza. Ahli-ahli MIP bukan lagi membincangkan tentang kajian-kajian tetapi kesan-kesan dan pelaksnaan RS, RT dan RKK itu sendiri. Budget untuk penyediaan RS, RT dan RKK dikatakan telah menurun mendadak atas pelbagai alas an. Bagi saya yang mungkin rasa sukar untuk terlibat dalam Kajian Rancangan Pemajuan ini (kerana saya lebih mengkhusus kepada Kebenaran Merancang), di sini cuba untuk memberi sedikit pandangan dan cadangan yang boleh dijadikan panduan semasa penyediaan kajian tersebut (jika ada). Bukan untuk membangkitkan suasana pertikaian politik, menuding jari atau melemahkan bangsa-bangsa lain, cuma ini hanyalah saranan ilmiah untuk kita sama-sama pandang dan kaji. Apa yang ingin disentuh di sini tentang wujudnya Bandar Melayu Tradisi ditengah-tengah pusat bandar yang mana kita tidak tahu bandar ini atau kita terlepas pandang yang kini menghadapi tekanan hebat pembangunan. Di mana kami maksudkan ianya menghadapi pelbagai masalah seperti tekanan pembangunan seterusnya kawasan signifikan `diceroboh’, dibina bangunan baru yang tidak sensitif kepada persekitaran, masalah kawasan signifikan dipinggirkan oleh kemajuan dan wujudnya juga kawasan ini dilihat sebagai kawasan yang menyumbang kepada kemiskinan bandar. Kami juga dapati bahawa hampir semua kajian RT terdahulu yang terdapatnya Bandar Melayu Tradisi (samada secara sedar atau tidak), gagal menyentuh pemeliharaan dan pemulihaan Bandar Melayu Tradisi ini. Sesetengahnya menterjemah sesuatu Pusat Bandar yang ada sebagai Pusat Perdagangan Khusus, Pusat Perdagangan Utama dll. Ada sesetengahnya kajian pula mengambil konteks pemeliharan kawasan bersejarah tetapi tidak mengambil kira setting, komponen dan ciri-ciri Bandar Melayu Tradisi yang ada. Tumpuan lebih kepada garispanduan membangun dan memperelok kawasan perniagaan, memelihara bangunan lama, rumah kedai lama dan monumen sahaja. Dilihat penyenaraian elemen warisan yang dibuat oleh Persuruhjaya Warisan pada ketika ini juga hanya mengambil bangunan untuk disenaraikan sebagai Warisan Negara bukannya setting sesuatu kawasan. Oleh itu sesiapa yang terjumpa, ternampak, terserempak Bandar Melayu Tradisi ini semasa menyediakan kajian Rancangan Pemajuan silalah membuat perhatian yang sewajarnya demi memelihara warisan negara untuk ganerasi akan datang. Apa Pentingnya Bandar Melayu Tradisi Apa yang penting sangat untuk kita mengambil Bandar Melayu Tradisi ini untuk dipelihara sebagai Warisan Negara? Sebenarnya pelbagai faktor yang dimiliki oleh Bandar Melayu Tradisi ini yang menjadikan ianya signifikan antaranya ialah Petempatan Melayu sebagai petempatan yang mula-mula dibuka (terawal) di Negara ini. Ianya juga mempunyai kesan sejarah dan lanskap budaya yang unik. Melayu sebagai penduduk asal dan dominan di Negara ini juga menjadikan Bandar Melayu Tradisi tersebut perlu dipelihara sebagai lambang kepada bumi semenanjung ini dan yang paling penting adalah sebagai warisan yang harus diketahui oleh ganerasi akan datang, ganerasi 1 Malaysia. Dalam fikiran kita ada atau tidak Bandar Melayu Tradisi yang boleh dijadikan asas panduan kita untuk tujuan di atas dan bagaimana ianya boleh menjadi landskap budaya yang boleh mewujudkan sesuatu identity Bandar? Apa yang kita maklum bandar-bandar di Malaysia ini wujud hasil dari Penjajah Inggeris dan yang membuka petempatan untuk dijadikan pusat pentadbiran seperti Bandar Baru Sungai Buloh (bandar terancang pertama), Kuala Lipis dan bandar-bandar kawasan perlombongan bijih timah seperti Bandar Kuala Lumpur, Sungai Lembing, Sungai Besi, Ipoh, dan lain-lain.

Transcript of Pentingnya Kita Mengambiltahu Adanya Bandar Melayu Tradisi

Page 1: Pentingnya Kita Mengambiltahu Adanya Bandar Melayu Tradisi

Abdul Hamid A, and Noor Fazamimah MA MIP E-Bulletin 1(3): 2-7 September 2013

2

PENTINGNYA KITA MENGAMBILTAHU ADANYA BANDAR MELAYU TRADISI DALAM PENYEDIAAN KAJIAN RANCANGAN PEMAJUAN UNTUK JADIKANNYA

ASAS PEMELIHARAAN WARISAN NEGARA

Oleh, Abdul Hamid Akub (APPM 450/01) dan Noor Fazamimah Mohd Ariffin (MSc. URP)

(Kajian Bandar Melayu Tradisi ini adalah sebahagian daripada Tesis MSc. URP Noor Fazamimah. Terima kasih kepada Prof Madya Dr Syed Zainol Abidin Idid sebagai penyelia kajian)

Pengenalan

Kini dalam skop bidang Perancang Bandar yang semakin mengecil (jika diambilkira situasi semasa

berkenaan skop bidang di Kementerian Kewangan dan pertelingkahan kita dengan lain-lain profession) maka salah satu peluang khusus kepada kita tentunya kajian Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) untuk jururancang melibatkan diri. Pada awal artikel ini ditulis sekitar tahun 2010 (pernah dihantar ke MIP tetapi sepi) dalam situasi dimana kajian Rancangan Struktur (RS) dan RT mahupun RKK heboh dibincangkan tetapi apabila artikel ini diterbitkan tahun 2013 situasi kajian RS, RT dan RKK telah berbeza. Ahli-ahli MIP bukan lagi membincangkan tentang kajian-kajian tetapi kesan-kesan dan pelaksnaan RS, RT dan RKK itu sendiri. Budget untuk penyediaan RS, RT dan RKK dikatakan telah menurun mendadak atas pelbagai alas an. Bagi saya yang mungkin rasa sukar untuk terlibat dalam Kajian Rancangan Pemajuan ini (kerana saya lebih mengkhusus kepada Kebenaran Merancang), di sini cuba untuk memberi sedikit pandangan dan cadangan yang boleh dijadikan panduan semasa penyediaan kajian tersebut (jika ada).

Bukan untuk membangkitkan suasana pertikaian politik, menuding jari atau melemahkan bangsa-bangsa

lain, cuma ini hanyalah saranan ilmiah untuk kita sama-sama pandang dan kaji. Apa yang ingin disentuh di sini tentang wujudnya Bandar Melayu Tradisi ditengah-tengah pusat bandar yang mana kita tidak tahu bandar ini atau kita terlepas pandang yang kini menghadapi tekanan hebat pembangunan. Di mana kami maksudkan ianya menghadapi pelbagai masalah seperti tekanan pembangunan seterusnya kawasan signifikan `diceroboh’, dibina bangunan baru yang tidak sensitif kepada persekitaran, masalah kawasan signifikan dipinggirkan oleh kemajuan dan wujudnya juga kawasan ini dilihat sebagai kawasan yang menyumbang kepada kemiskinan bandar.

Kami juga dapati bahawa hampir semua kajian RT terdahulu yang terdapatnya Bandar Melayu Tradisi (samada secara sedar atau tidak), gagal menyentuh pemeliharaan dan pemulihaan Bandar Melayu Tradisi ini. Sesetengahnya menterjemah sesuatu Pusat Bandar yang ada sebagai Pusat Perdagangan Khusus, Pusat Perdagangan Utama dll. Ada sesetengahnya kajian pula mengambil konteks pemeliharan kawasan bersejarah tetapi tidak mengambil kira setting, komponen dan ciri-ciri Bandar Melayu Tradisi yang ada. Tumpuan lebih kepada garispanduan membangun dan memperelok kawasan perniagaan, memelihara bangunan lama, rumah kedai lama dan monumen sahaja. Dilihat penyenaraian elemen warisan yang dibuat oleh Persuruhjaya Warisan pada ketika ini juga hanya mengambil bangunan untuk disenaraikan sebagai Warisan Negara bukannya setting sesuatu kawasan. Oleh itu sesiapa yang terjumpa, ternampak, terserempak Bandar Melayu Tradisi ini semasa menyediakan kajian Rancangan Pemajuan silalah membuat perhatian yang sewajarnya demi memelihara warisan negara untuk ganerasi akan datang. Apa Pentingnya Bandar Melayu Tradisi

Apa yang penting sangat untuk kita mengambil Bandar Melayu Tradisi ini untuk dipelihara sebagai Warisan Negara? Sebenarnya pelbagai faktor yang dimiliki oleh Bandar Melayu Tradisi ini yang menjadikan ianya signifikan antaranya ialah Petempatan Melayu sebagai petempatan yang mula-mula dibuka (terawal) di Negara ini. Ianya juga mempunyai kesan sejarah dan lanskap budaya yang unik. Melayu sebagai penduduk asal dan dominan di Negara ini juga menjadikan Bandar Melayu Tradisi tersebut perlu dipelihara sebagai lambang kepada bumi semenanjung ini dan yang paling penting adalah sebagai warisan yang harus diketahui oleh ganerasi akan datang, ganerasi 1 Malaysia.

Dalam fikiran kita ada atau tidak Bandar Melayu Tradisi yang boleh dijadikan asas panduan kita untuk tujuan di atas dan bagaimana ianya boleh menjadi landskap budaya yang boleh mewujudkan sesuatu identity Bandar? Apa yang kita maklum bandar-bandar di Malaysia ini wujud hasil dari Penjajah Inggeris dan yang membuka petempatan untuk dijadikan pusat pentadbiran seperti Bandar Baru Sungai Buloh (bandar terancang pertama), Kuala Lipis dan bandar-bandar kawasan perlombongan bijih timah seperti Bandar Kuala Lumpur, Sungai Lembing, Sungai Besi, Ipoh, dan lain-lain.

Page 2: Pentingnya Kita Mengambiltahu Adanya Bandar Melayu Tradisi

Abdul Hamid A, and Noor Fazamimah MA MIP E-Bulletin 1(3): 2-7 September 2013

3

Di Mana Adanya Bandar Melayu Tradisi

Berdasarkan Hamid Saad (1988) dan Ezrin Arbi (1985) Bandar Melayu tradisi bermula dari petempatan Melayu tradisional dengan persekitaran landskap budaya istimewa yang terdiri daripada elemen fizikal seperti bangunan, sungai dan lain-lain dan bukan fizikalnya seperti gaya hidup, aktiviti ekonomi dan lain-lain. Beberapa bandar Melayu Tradisi yang dikenalpasti adalah Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuala Dungun, Pekan, Johor Lama, Bandar Maharani, Kelang, Kuala Selangor dan Kota Setar.

Nik Hassan (1998) menerangkan bahawa bandar Melayu tua di Semenanjung Malaysia dikenali sebaga “Kota”, sebenarnya wujud pada kurun ke-5 seperti Lembah Bujang (Kedah), Lembah Kinta (Perak) dan Santubong (Sarawak). Dokumen penulisan dari China, India dan Parsi menyebut beberapa petempatan iaitu Chieh-cha (Kedah), Kataka (Kedah), Chih-tu (Kelantan), Fo-lo-an (Kuala Berang), Teng-ya-nung (Terengganu), Peng-keng (Pekan), Jeh-li-tong (Johor Lama) dan Tiumah (Tioman). Sumber daripada kesusasteraan Melayu juga menyebut beberapa bandar Melayu sebelum Kesultanan Melayu Melaka seperti Gangga Negara (Perak) dan Temasik (Singapura).

Kebanyakan pemerintahan ini bermula dengan mengamalkan bentuk dan budaya Hindu sebelum kedatangan Islam pada kurun ke-15 yang dikenali sebagai pemerintahan Kesultanan Melayu. Itulah sebabnya bandar Melayu tua banyak di pengaruhi watak Hindu manakala kebanyakan Kerajaan Kesultanan Melayu sekarang adalah bermula dari Kesultanan Melayu Melaka yang menjadi kuasa utama di perairan Selat Melaka sebelum kedatangan Portugis pada tahun 1511. Kuasa pemerintahan Melayu adalah berdasarkan kepada sistem Kesultanan secara monarki berlandaskan status “daulat” dan memerintah secara mutlak menentukan keseluruhan sistem dan proses perbandaran. Apa yang menyedihkan, bentuk dan pola “Kota” Kesultanan Melayu Melaka ini tidak dapat digambarkan oleh sesiapa dalam bentuk pelan fizikal, cuma yang ada adalah gambaran artis sahaja. Ianya dipercayai dimusnahkan oleh Portugis semasa pemerintahanya dan sejarah bandar Melaka hanya didokumentasikan bermula semasa pemerintahan Portugis. Rujukan penulis ke Muzium Samudera, Melaka Bandaraya Bersejarah, terdapat beberapa gambaran artis terhadap Bandar Perlabuhan Melayu Melaka pada zaman Kesultanan Melaka. Ianya digambarkan bahawa terdapatnya Istana, Masjid, dan Pasar Terbuka, Pelabuhan dan Jetty di tebing Sungai Melaka sebagai tempat berdagang dan di seberang sungai adalah kawasan perkampungan.

2

Rajah 1: Gambaran Komponen Petempatan Melayu Melaka 1. Masjid, 2. Istana,

6

3 5

1

3. Pasar Terbuka, 4. Padang Permainan, 5. Anak Sungai, 6. Kumpulan rumah -rumah kampung. Sumber gambar: MuziumSamudera Negeri Melaka (2008)

4

Apa Ciri-Ciri dan Komponen Bandar Melayu Tradisi

Berdasarkan Hamid Saad (1988) dan penyelidikan oleh Yahya (1998), bentuk tipikal petempatan Melayu tidak mempunyai sempadan fizikal seperti pagar, dinding dan sebagainya tetapi ia menggunakan alam semulajadi sebagai penunjuk sempadan seperti pokok, batas, tebing semulajadi seperti anak sungai, bukit dan sebagainya. Kedudukan Bandar Melayu Tradisi mengambil kedudukan di muara sungai kerana pergantunggan manusia kepada sungai dan laut sebagai sumber kehidupan seharian. Pemilihan lokasi di tepi sungai yang bersesuaian dengan aktiviti dan keperluan komuniti membawa kepada pembentukan komposisi Landskap Budaya kepada Petempatan Melayu (Raja Bahrin, 1988). Kedudukan di muara sungai ini membantu perkembangan Petempatan Melayu Tradisi bermula dengan kegiatan Pelabuhan Dagang Melayu dengan kedatangan peniaga dari India, Siam dan Cina (Nik Hassan, 1998). Berita mengenai pelabuhan Melayu ini telah tersebar ke Eropah. Perkembangan pelabuhan Melayu ini telah mengalakkan kedatangan pedagang dari Parsi, Semenanjung Arab and Eropah untuk berdagang (Jaafar, 1980). Kedatangan pedagang luar ini membantu dalam membangunkan Bandar Melayu Tradisi kepada bandar pelabuhan dan pusat perdagangan (Nik Hassan, 1998).

Page 3: Pentingnya Kita Mengambiltahu Adanya Bandar Melayu Tradisi

Abdul Hamid A, and Noor Fazamimah MA MIP E-Bulletin 1(3): 2-7 September 2013

4

Perkembangan pelabuhan dan perdagangan di pentengahan Kurun ke-19 telah menjadikan Bandar Melayu antara bandar yang penting di Semenanjung Malaysia (Hamid, 1988). Semua bandar-bandar ini terletak di muara sungai menyebabkan ia juga dikenali sebagai bandar “kuala”, (Ezrin, 1985).

India Laut China

Transit

SEGMEN Istana

Cina Pasar SEGMEN

natif

pelabuhan

Ware sungai

House

Rajah 2: Model Bandar Pelabuhan Melayu awal Sumber: Widodo (1996), Noor Fazamimah(2007)

Merujuk kepada gambaran tipikal pelabuhan Melayu awal menunjukkan ianya didominasi oleh Komplek Istana sebagai pusat pemerintahan, terdapat segmen natif iaitu penduduk Kampung Melayu dan segmen Cina. Segmen Melayu membina penempatan mereka berdekatan dengan istana sementara itu segmen Cina membina penempatan sementara berdekatan dengan pelabuhan sementara menunggu angin monsun untuk mereka berdagang dari China ke India. Pasar pelabuhan bertindak sebagai tempat pertemuan berdagang antara golongan istana, natif dan Cina. Istana dibina berdekatan dengan pasar dan pusat perdagangan kerana Sultan mempunyai peranan yang besar dalam mengawal aktiviti perdagangan ini.

Ketibaan Islam pada kurun ke-13 sehingga kurun ke-16 Masehi telah mendapat sambutan menggalakkan

daripada masyarakat Melayu. Ajaran ini banyak mempengaruhi pembentukan budaya dan cara hidup di Bandar Melayu tradisi. Karektor dan rekabentuk fizikal seperti Istana, rumah kediaman adalah berlandaskan kepada ajaran Islam. Selain istana, Masjid adalah komponen penting Bandar Melayu Tradisi sebagai pusat keagamaan dan juga simbol agama Islam. Rekabentuk fizikal dan karektor Istana Kesultanan Melayu dan rumah kediaman penduduk diambilkira berdasarkan kepada kepercayaan dan ajaran agama Islam. Rekabentuk dan karektor sebegini boleh dilihat juga kepada lain-lain bangunan dan struktur seperti wakaf, pintu gerbang dan perkuburan (Mohamad Tajuddin, 1998).

Sundra (1998) antara orang yang paling hampir dapat menjelaskan kriteria Bandar Melayu Tradisi.

Menurut Sundra (1998) orang Melayu tinggal di petempatan kecil yang dikenali sebagai Kampung, proses urbanisasi telah menukar kampung ini kepada nukler aktiviti perdagangan dengan kuasa politiknya dikawal oleh Sultan yang memerintah. Pertambahan penduduknya serta perkembangan perdagangan telah menukar penempatan ini sebagai sebuah bandar kecil dan seterusnya sebagai bandar pelabuhan Melayu. Bandar Melayu Tradisi ini masih menterjemahkan struktur bandarnya yang sama dengan struktur asalnya iaitu struktur Kampung. dimana terdapatnya Istana Sultan yang memerintah (di Kampung adalah Rumah Penghulu), Masjid dibina melambangkan penganutnya dan tempat beribadat (di Kampung adalah Surau), Pasar untuk aktiviti perdagangan harian dan Kuala sebagai pusat pengangkutan dan pelabuhan (di Kampung anak sungai dan jeti). Rajah 3 menunjukan susunatur tipikal Kampung tradisional dan komponennya yang seterusnya menjadi asas pembentukan Bandar Melayu Tradisi.

Rajah 3: Gambaran Komponen Petempatan Melayu 1. Surau, 2. Kubur, 3. Rumah Penghulu, 4. Padang Permainan, 5. Pasar, 6. Sawah Padi, 7. Anak Sungai, 8.Kumpulan rumah-rumah.

Sumber: Sundra Rajoo (1998)

Page 4: Pentingnya Kita Mengambiltahu Adanya Bandar Melayu Tradisi

Abdul Hamid A, and Noor Fazamimah MA MIP E-Bulletin 1(3): 2-7 September 2013

5

Kuala Terengganu Sebagai Bandar Melayu Tradisi

Noor Fazamimah (2007), telah dapat menterjemahkan pendapat Sundra terhadap salah satu bandar yang dikatakan sebagai bandar Melayu Tradisi oleh Hamid Saad (1988) dan Ezrin Arbi (1985) yang masih ada iaitu Kuala Terengganu. Apa yang paling penting dalam pengesahan status Bandar Melayu Tradisi terhadap Kuala Terengganu, Noor Fazamimah (2007) telah menyatakan bahawa Bandar Kuala Terengganu diasaskan oleh Kesultanan Negeri Terengganu sendiri yang dimulakan oleh Sultan Zainal Abidin 1 (1726-1733) yang memindahkan pemerintahanya dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu. Apa yang jelas tentang bermulanya pembinaan Bandar Melayu Tradisi Kuala Terengganu adalah pada zaman pemerintahan Sultan Mansur II (1831-1837) yang membina Komplek Sultan Mansur II di Bukit Puteri sehingga ke Sultan-sultan yang membina Kompleks Istana Maziah, Masjid Zainal Abidin, Pasar Payang dan lain-lain sehingga kini. Ini menunjukan juga bahawa Kuala Terengganu bebas dari pengaruh pembangunan komponen-komponen utamanya oleh penjajah samada Inggeris ataupun Jepun walaupun kedua-dua penjajah ini pernah mentadbir Negeri Terengganu (sila rujuk rajah 3 sehingga 6).

Rajah 4: Sultan Mansur II Complex (1831-1836) Sumber: Abdul Halim (1997), Noor Fazamimah (2007) Rajah 5: Istana Hijau semasa pemerinyahan Sultan Omar (1839-1876). Sebelahnya adalah Kota Bukit Puteri Sumber : Buyong(1982), Noor Fazamimah (2007)

Rajah 6: Bukti Pembangunan Fizikal Semasa Pemerintahan Kesultanan Melayu Terengganu Sumber: Noor Fazamimah, (2007- terjemahan bebas)

Sultan Zainal Abidin I (1726-1733)

Istana Kota Lama, Bukit Kledang

Dimakamkan di Bukit

Kledang

Sultan Mansur I (1733 – 1794)

Dimakamkan Kampung Masjid

Sultan Zainal Abidin II

(1794-1808) Membina Masjid kayu

(Abidin Mosque) di Kampung Masjid

Sultan Ahmad Shah I

(1808 -1830)

Sultan Abdul Rahman

(1830)

Sultan Daud (1830-1831)

Sultan Mansur II

(1831-1837) Membina Kompleks

Sulatan Masur II di Bukit Puteri

Sultan Muhammad I

(1837-1839)

Sultan Omar (1839-1875)

Membina Istana Hijau Membina semula Abidin

Mosque Kuala Terengganu menjadi

pelabuhan utama

Sultan Ahmad II

(1875-1881)

Sultan Zainal Abidin III

(1881-1918) Membangunkan semula Bandar selepas kebakaran Membina Istana Maziah (1895) dan pintu besar Membina Pejabat Kadi, Sekolah Inggeris dan Pejabat Pelajaran (Komplek Istana Maziah), Sekolah Melayu (Kg. Keling), Pejabat Pos (Padang Maziah) Menandatangan dengan British – Terengganu sebagai Negeri bebas

Sultan Muhammad II

(1918-1920) Sultan Sulaiman Badrul Alam (1920-1942)

Perang Asia Timur Raya (World War II)

Page 5: Pentingnya Kita Mengambiltahu Adanya Bandar Melayu Tradisi

Abdul Hamid A, and Noor Fazamimah MA MIP E-Bulletin 1(3): 2-7 September 2013

6

Noor Fazamimah (2007) dalam kajianya juga telah membuktikan bahawa kewujudan Bandar Melayu Tradisi Kuala Terengganu adalah dipengaruhi oleh faktor fizikal dan sosial budaya (bukan fizikal) masyarakat Melayu itu sendiri. Dalam erti kata yang ringkas, komponen fizikal utama Bandar Melayu Tradisi yang merangkumi Istana, Masjid, Pasar, Sungai, Kampung serta persekitaran semulajadinya. Istana sebagai lambang sistem pemerintahan diraja Melayu dan sekaligus sebagai Pusat Pentadbiran dan Kediaman Sultan dan kerabatnya, Masjid sebagai simbol keagamaan penganutnya dan Pasar mengambarkan gaya hidup seharian masyarakat Melayu membeli keperluan dan memasarkan barangan harian. Rajah 7: Kriteria Rekabentuk Bandar Melayu Tradisi oleh Sultan yang Memerintah

Noor Fazamimah (2007) telah juga membuat perbandingan Bandar Melayu Tradisi Kuala Terengganu dengan Bandar Kota Bharu, Kelantan yang mana kedua-dua bandar ini penduduknya adalah majoritinya masyarakat Melayu. Hasilnya terdapat hampir semua ciri-ciri dan kriteria Bandar Melayu Tradisi di Kuala Terengganu terdapat di Kota Bharu. Antara persamaan yang ketara adalah kedua-dua bandar ini tidak

Page 6: Pentingnya Kita Mengambiltahu Adanya Bandar Melayu Tradisi

Abdul Hamid A, and Noor Fazamimah MA MIP E-Bulletin 1(3): 2-7 September 2013

7

`dipengaruhi’ pembentukannya oleh Penjajah. Sultan yang menentukan setting bandar serta kedua-duanya terdapat Istana, Masjid, Pasar dan lain-lain dalam jarak yang boleh dihubungi dengan pejalan kaki (sila rujuk rajah 8).

Rajah 9: Persamaan antara Bandar Melayu Tradisi Kuala Terengganu dengan Kota Bharu

Karater Pusat Bandar Kuala Terengganu Pusat Bandar Kota Bharu

Sosio- Politik Sistem Pemerintahan Islam - Monarki sama

Pembentukan Bandar tidak dipengaruhi oleh sama

Penjajah.

Sultan yang menentukan pembentukan bandat. sama

Sosio- Ekonomi dan Bergantung kepada sungai dan laut – perkejaan sama

Budaya utama nelayan dan berdagang.

Mempunyai kemahiran kraf–batik, sama

songket, beralatan dapur - brass, kayu, emas, senjata

Pusat pelabuhan Pantai Timur sama

Fizikal Komponen Komponen Fizikal Utama: Komponen Fizikal Utama:

1. Istana (Komplek Istana Maziah) 1. Istana (Komplek Istana Balai Besar)

2. Masjid (Masjid Abidin) 2. Masjid (Masjid Muhamadi)

3. Pasar (Kedai Pasar Payang) 3. Pasar (Pasar Buluh Kubu)

4. Kawasan Riadah Awam (Padang 4. Kawasan Riadah Awam (Padang

Maziah) Merdeka)

5. Sungai (Sungai Terengganu River) 5. Sungai (Sungai Kelantan)

6. Kampung Melayu Tradisi 6. Kampung Melayu Tradisi

Semua komponen boleh didapat dalam jarak Semua komponen boleh didapat dalam jarak

berjalan kaki berjalan kaki

Sumber : Noor Fazamimah (2007)- terjemahan bebas

Penutup

Kegagalan pengenalpastian terhadap Bandar Melayu Tradisi oleh kita dalam setiap penyediaan Rancangan Pemajuan bukan setakat di Bandar Kuala Terengganu dan Kota Bharu sahaja yang mempunyai ciri-ciri ini tetapi terdapat bandar-bandar lain seperti Pasir Mas, Klang, Pekan, Alor Setar dan lain-lain akan menyebabkan kita gagal membentuk suatu polisi yang signifikan dalam memelihara sesuatu kawasan warisan pada masa akan datang. Kajian-kajian terdahulu dilihat banyak mengabaikan Bandar Melayu Tradisi ini menyebabkan kurang impak yang dapat dirasai pada masa kini. Hatta ada yang memasukkan bangunan-bangunan perniagaan baru atas dasar dan polisi sebagai pusat tumpuan perniagaan sedangkan ianya menjejaskan setting Bandar Melayu Tradisi sediada itu. Sebagai contoh baru-baru ini cadangan membangunkan semula Pasar Payang di Kuala Terengganu yang pastinya akan memecahkan setting atau komponen Bandar Melayu Tradisi ini namun dari segi pemakaian RT ianya mungkin tidak bercanggah kerana Pusat Bandar Kuala Terengganu digalakkan pembangunan komersil di Pusat Bandar (padangan saya secara umum sahaja). Rujukan Hamid Saad (1988). Petempatan Dan Asas Pertapakan Bandar, Rujukan Kepada Semenanjung Malaysia. Fakulti Alam

Bina, Universiti Teknologi Malaysia. Unpublished. Ezrin Arbi (1985). Pertempatan Serta Bandar-bandar Awal Di Tanah Semenanjung. Fakulti Alam Bina, Universiti

Teknologi Malaysia. Unpublished. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (1998). Kota Sebagai Pusat Perkembangan Peradaban Malaysia. Proceedings on 4th International Malaysian Studies.3-4 August 1998. Universiti Kebangsaan Malaysia: Institut

Alam dan Tamadun Melayu. Sundra Rajoo (1998). The Malay Urban Tradition. In Chen V.F. The Encyclopedia of Malaysia Architecture.Kuala

Lumpur: Archipelago Press. Yahya Ahmad (1998) . The Kampong. In Chen V.F. The Encyclopedia of Malaysia Architecture.Kuala Lumpur:

Archipelago Press. Raja Bahrin Raja Ahmad(1988). The Terengganu Timber Malay House.Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi (1998). The Mosque As A Community Development Centre: Programme

AndArchitectural Design Guidelines For Contemporary Muslim Societies. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia Publication.

Noor Fazamimah (2007). Role Of Cultural Landscape In Improving The Identity Of The Kuala Terengganu Town Centre Sebagai Bandar Melayu Bersejarah, Thesis For Master Of Science (Urban And Regional Planning. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.