Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
-
Upload
hoseni-abdullah -
Category
Documents
-
view
496 -
download
3
description
Transcript of Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948
Tujuan – menggantikan MU
Merupakan kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu
Rundingan Awal Ke Arah Penubuhan PTM
i. Rundingan Menolak Pelaksanaan Malayan Union
Sejak Januari hingga Mei 1946 orang Melayu mengadakan bantahan secara aman
Tujuan – menolak MU
Mei 1946 – raja2 Melayu mengadakan pertemuan dengan British di Kuala Kangsar
Tujuan – menyampaikan pandangan menolak MU
Jun 1946 – rundingan UMNO dengan British di Pulau Pinang
Kesan;
Ø British mengadakan rundingan rasmi dengan raja2 Melayu & UMNO
Ø Raja-raja Melayu & UMNO menyerahkan satu memorandum menyatakan bantahan terhadap
Malayan Union secara rasmi
ii. Rundingan Menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu
Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
Dianggotai pegawai kanan British, wakil raja2 Melayu & wakil UMNO
Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya;
1. Raja-raja Melayu & orang Melayu menolak semua prinsip & struktur Malayan Union
2. Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
3. Mereka menolak kerakyatan jus soli
4. Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
5. Mendesak raja-raja Melayu menjadi ketua negeri-negeri Melayu
Kesan rundingan;
Ø British setuju membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
Ø British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
Ø Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British & sikap pemimpin2
UMNO sentiasa berunding menyedarkan British.
Ø British mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi (proses membebaskan negeri
yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB.
Ø Rundingan berakhir dengan termeterai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948
Ø Pada 1 Februari 1948 PTM dibentuk & majlis menandatangani diadakan di King’s House, Kuala
Lumpur.
Ciri-Ciri Utama Persekutuan Tanah Melayu 1948
Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan
Majlis Raja-raja Melayu ditubuhkan menggantikan Majlis Melayu
Perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu & diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya
Tinggi British
Syarat kerakyatan diperketatkan
Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri2 Melayu kecuali Singapura
Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan & dibantu Majlis Mesyuarat Eksekutif & Majlis
Mesyuarat Perundangan Persekutuan
Perbezaan Antara Pentadbiran PTM Dengan MU:
Perbezaan Kerakyatan PTM Dengan MU: