PENUBUHAN UMNO

download PENUBUHAN UMNO

of 3

Transcript of PENUBUHAN UMNO

  • 7/27/2019 PENUBUHAN UMNO

    1/3

    PENUBUHAN UMNOMar

    12

    0 comments

    DAFTAR RASMI PENUBUHAN UMNO DI JOHOR

    Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

    Pada awal abad ke-20, orang Melayu tiba-tiba berhadapan dengan fahaman baru yang dibawa oleh golongan

    terpelajar dalam bidang agama dari Timur Tengah. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Golongan ini telah

    menyebarkan idea hidup beragama ala moden dan bebas daripada cengkaman penjajah asing. Fahaman Kaum

    Muda yang agresif ini telah ditolak oleh para ulamak konservatif dan para cendekiawan Melayu secara baik tetapi

    mereka tetap menghalusi mesej yang dibawa oleh Kaum Muda dan menyerapkannya dalam urusan harian dengan

    toleransi yang tinggi untuk mengelak kejutan budaya yang boleh menggugat keamanan.

    Akibat daripada penolakan itu, Kaum Muda dan para penyokongnya meneruskan agenda mereka melalui penulisan

    dalam penerbitan akhbar dan majalah. Penerbitan akhbar dan majalah Melayu ini mendapat sambutan yang amat

    menggalakkan. Akhbar dan majalah baru terbit seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Melalui media itu, orang

    Melayu mula mendapat kefahaman dan kesedaran secara menyeluruh. Mereka bersemangat untuk menyumbangkan

    buah fikiran dan tenaga untuk kebaikan bangsa Melayu.

    Apabila Inggeris gagal mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun, satu bangsa Asia yang

    diperlekehkan pada tahun 1941, orang Melayu mula membuka mata. Mereka berasa yakin bahawa orang Melayu

    juga boleh menjadi gagah seperti Jepun lebih-lebih lagi keadaan fizikal orang Jepun lebih kecil daripada orang

    Melayu sendiri. Pada waktu yang sama, tentera Jepun turut membakar semangat orang Melayu agar berfikiran

    merdeka melalui slogan Asia Untuk Orang Asia. Paradigma minda ini telah berlaku secara menyeluruh dan besar-

    besaran.

    Orang Melayu berasa perlu bertindak untuk kepentingan negara dan bangsa sendiri. Namun, pada kenyataannya

    mereka masih banyak ketinggalan terutamanya dalam bidang pelajaran dan ekonomi. Mereka berjaya bersatu dan

    mempunyai kesedaran dan kefahaman yang sama dalam fikiran tetapi apabila Jepun menyerah kalah dan Inggeris

    kembali menjajah mereka terpaksa menerimanya dengan hati yang berbelah bagi.

    Di Batu Pahat, pihak Komunis Bintang Tiga telah mengambil kesempatan merampas kuasa semasa kekosongan

    kuasa mentadbir yang ditinggalkan oleh Jepun. Mereka telah bertindak menjadi pemerintah selama 14 hari dari 17

    hingga 31 Ogos 1945. Mereka membunuh banyak orang Melayu dengan kejam . Berikutan dengan itu, wujud

    perpaduan Melayu yang diketuai oleh Kiai Saleh. Beliau telah menubuhkan tentera Selendang Merah untuk

    membalas dendam dengan membunuh ahli-ahli komunis dan orang-orang Cina yang disyaki menyokong komunis di

    Parit Sulong dan di mukim-mukim yang dilalui menghala ke Batu Pahat.

    http://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/03/penubuhan-umno.htmlhttp://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/03/penubuhan-umno.htmlhttp://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/03/penubuhan-umno.html#comment-formhttp://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/03/penubuhan-umno.html#comment-formhttp://sejarah-tunsheikh.blogspot.com/2010/03/penubuhan-umno.html
  • 7/27/2019 PENUBUHAN UMNO

    2/3

    Dato Onn berjaya menghentikan kemaraan Kiai Salleh di Bandar Batu Pahat. Kiai Salleh telah dipujuk supaya

    membubarkan tenteranya dan berhenti memburu orang-orang Cina Komunis . Peristiwa ini memberikan kesan yang

    amat mendalam kepada orang Melayu tentang betapa perlunya bersatu padu dan memiliki kuasa di tanah air sendiri.

    Kumpulan komunis dan orang-orang Cina di Batu Pahat amat terkejut dengan keupayaan tentera Selendang Merah

    dan perpaduan Melayu. Mereka telah meminta maaf dan berterima kasih kepada Dato Onn, sebagai Pegawai

    Daerah dan pemimpin yang telah berjaya menghentikan pertumpahan darah rakyat ketika itu.

    Pada 25 Disember 1945, Sir Harold Mac Michael berjaya mendapat tandatangan persetujuan penubuhan Malayan

    Union daripada kesemua Raja-raja Melayu dari 9 buah negeri. Melalui akhbar-akhbar, Dato Onn bin Jaafar segera

    menyeru orang-orang Melayu bersatu membincangkannya. Pada 3 Januari 1946, beliau telah menubuhkan

    Pergerakan Melayu Semenanjung di Batu Pahat dan mengusahakan perjumpaan Melayu secara besar-besaran

    dalam Kongres Melayu Pertama di Kuala Lumpur. Pada 22 Januari 1946, Pemerintahan Tentera British (BMA) telah

    mengumumkan penguatkuasaan Malayan Union akan bermula pada 1 April 1946.

    Orang Melayu yang masih belum reda kemarahannya dan semangat yang sedang membara seperti api dalam

    sekam ini terus menyala apabila Inggeris terus melaksanakan rancangan penubuhan kerajaan Malayan Union.

    Pergerakan Melayu Semenanjung Batu Pahat yang juga diketuai oleh DatoOnn telah menjadi urusetia dan berusaha

    menjemput seluruh pertubuhan, kelab dan persatuan Melayu supaya hadir di Kongres Melayu Pertama.

    Penubuhan Malayan Union mesti dihalang kerana Inggeris hanya bertujuan untuk mengembalikan maruahnya yang

    telah diragut ketika kalah dalam peperangan dan penubuhkan Malayan Union akan menghilangkan langsung

    ketuanan Melayu dan mencabar maruah bangsa. Institusi raja hilang kedaulatan dan kuasa. Negeri-negeri Tanah

    Melayu diletakkan di bawah Pejabat Tanah Jajahan Inggeris dan kerajaan Malayan Union diketuai oleh seorang

    gabenor. Pihak Inggeris juga tidak mengendahkan langsung suara orang Melayu meskipun penubuhan Malayan

    Union tidak dipersetujui rakyat.

    Orang Melayu berasa terancam dan terus bersatu. Pada 1 hingga 4 Mac 1946, Kongres Melayu Pertama telah

    diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur. Dalam kongres ini semua pertubuhan digabungkan di bawah

    PEKEMBAR atau UMNO. Dato Onn terpilih sebagai Yang Dipertua dan menetapkan Majlis pelancaran Malayan

    Union dan perlantikan gabenor dipulaukan oleh semua orang Melayu dan juga raja-raja.. Kongres ini juga

    menetapkan semua orang Melayu berkabung membantah Malayan Union dengan keluar di jalan-jalan raya dan

    memakai songkok dan baju dengan lilitan putih. Tujuan Kongres Melayu Pertama ini ialah untuk mencari jalan dan

    bersatu menolak penubuhan Malayan Union. Hasil daripada pertemuan pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu ini,

    satu resolusi menolak Malayan Union dan perlunya perpaduan dengan satu persatuan diwujudkan. Satu tarikh

    pertemuan setuju diadakan.

  • 7/27/2019 PENUBUHAN UMNO

    3/3

    Pada 11 Mei 1946 pertemuan itu telah diadakan di Johor Bahru. Persidangan telah diadakan di Istana Besar dan

    penubuhan PEKEMBAR atau UMNO telah dirasmikan. Dalam kongres ini mereka bersetuju untuk mengembangkan

    bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union ke seluruh pelosok negara. Ke arah itu mereka perlu mengeluarkan

    satu memorandum sebulat suara mewakili seluruh orang Melayu dengan satu suara . Berikutan dengan itu satu

    resolusi ditetapkan agar semua orang Melayu keluar menunjukkan bantahan dan UMNO ditubuhkan.

    Mengikut Undang-undang Tubuh atau Perlembagaan UMNO, penubuhan UMNO bertujuan menjalankan segala

    ikhtiar dan usaha bagi mendirikan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Perjuangannya adalah untuk

    memajukan dan menjaga kepentingan orang Melayu khasnya dan rakyat amnya dalam semua lapangan. UMNO juga

    mengutamakan agama Islam dan adat resam Melayu dan berikhtiar dan berusaha mengembangkannya. UMNO

    akan memelihara kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan dan menubuh, mengawal dan

    memelihara asas-asas pemerintahan demokrasi berparlimen.

    Tentangan terhadap Malayan Union bertambah hebat melalui UMNO sebagai sebuah pertubuhan politik yang

    tersusun. UMNO telah melancarkan rapat-rapat umum dan tunjuk perasaan di seluruh negara hingga berjaya

    memaksa kerajaan British mengadakan beberapa rundingan hingga tertubuhnya sebuah jawatan kuasa merangka

    perlembagaan baru yang dipersetujui oleh UMNO. Laporan Jawatankuasa Kerja ini menjadi asas kepada

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dikeluarkan pada bulan Disember 1947. Pada 21 Januari 1948

    Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948 menggantikan

    Malayan Union.